borang pengesahan status tesisטּ - fp.utm.my bin hama… · pensyarah program persisir pengajian...
Post on 02-Feb-2018
233 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pin. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ּט
JUDUL : BEBAN TUGAS GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN
DAERAH KOTA TINGGI
SESI PENGAJIAN : 2012/2013
Saya HAMDAN BIN HAMAMI No. Matriks MP 111288
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi
Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( 4 )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan
Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________________ ____________________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: DR. M.AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN
No. 22 JALAN PULASAN,
BANDAR SRI PERANI
81900 KOTA TINGGI Nama Penyelia
Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”
Tandatangan : ………………………………………….….
Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN
Tarikh :
BEBAN TUGAS GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN
DAERAH KOTA TINGGI
HAMDAN BIN HAMAMI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2013
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………
Nama Penuh : HAMDAN BIN HAMAMI
Tarikh : 5 September 2013
iii
DEDIKASI
Segala puji bagi Allah, tuhan pentadbir sekalian alam
Selawat dan salam buat Nabi junjungan.
Penulisan ini didedikasikan khas buat
Isteri tercinta,
Nor Aziah Binti Alias
Serta
Kedua-dua putera tersayang
Aiman & Faris
Terima kasih atas segalanya
Semoga kalian sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah s.w.t
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dr. M Al-Muz-zammil Bin
Yasin atas segala bimbingan yang memungkin penulisan ini dapat disempurnakan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pihak berikut:
Pensyarah Program Persisir Pengajian Sarjana Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan,
Staf & kakitangan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Staf & kakitangan Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia.
Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi
Semua warga pendidik di daerah Kota Tinggi
Serta
Rakan-rakan seperjuangan
Semoga segala sokongan dan bantuan yang dihulurkan mendapat keredhaan dari
Allah s.w.t hendaknya
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji beban tugas guru di sekolah kebangsaan
gred A di daerah Kota Tinggi. Kajian ini melibatkan 265 orang guru penolong dan
tiga orang Guru Besar sekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi. Kajian dijalankan
secara tinjauan dan temubual. Instrument soalselidik yang digunakan telah
diubahsuai dari kajian terdahulu. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 15.0 bagi mendapatkan nilai
pekali Alpha Cronbach, min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan. Data temubual
pula dianalisis dengan kaedah analisis secara tematik. Hasil analisis menunjukkan
satu instrument yang sah dan tekal dapat dibangunkan melalui kajian ini dan beban
tugas guru yang diukur adalah pada tahap sederhana tinggi bagi 4 bidang utama
sekolah yang dikaji. Hasil temubual menunjukkan beberapa langkah juga telah
diambil oleh pentadbir dalam meringankan beban tugas ini, namun masih tidak
memadai disebabkan wujud beberapa halangan. Di akhir kajian ini telah diutarakan
beberapa cadangan bagi tujuan penambahbaikan seterusnya.
vi
ABSTRACT
This research aimed to study teacher’s workloads in gred A primary school at
Kota Tinggi District. The study involved 265 teachers and three headmaster from
primary school in Kota Tinggi District. Studies were conducted through surveys and
interviews. The questionnaire used was adapted previous reseach. The quantitative
data was analyzed using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version
15.0 to obtain Cronbach Alpha coeffiecient values, mean, standard deviation,
frequency and percentage. The interview data was analyzed qualitatively using
thematic analysis method. The results of the analysis showed that a valid and
consistent instrument was successfully developed through this study and the
workloads measured were moderately high for all four major areas studied. Interview
results showed that several actions had been taken by the school administrators in
order to reduce workloads among teachers, however it was insufficient due to certain
constraints. Several suggestion were put forth at the end of this study for further
improvement.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xviii
SENARAI SINGKATAN xix
SENARAI SIMBOL xxi
SENARAI LAMPIRAN xxii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 15
1.4 Objektif Kajian 16
1.5 Persoalan Kajian 16
1.6 Kepentingan Kajian 17
1.7 Skop Kajian 20
viii
BAB PERKARA MUKASURAT
1.8 Batasan Kajian 21
1.9 Definisi Istilah 21
1.9.1 Beban tugas 22
1.9.2 Pentadbir Sekolah 22
1.9.3 Guru 22
1.9.4 Peranan 23
1.9.5 Tahap 23
1.9.6 Kesahan 23
1.9.7 Tekal 24
1.10 Kesimpulan 24
2 KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan 25
2.1 Tugas guru 25
2.2 Beban Tugas Guru 30
2.2.1 Kelas terlalu padat 30
2.2.2 Guru bekerja lebih masa 31
2.2.3 Guru menghadapi tekanan dan masalah
kesihatan 32
2.3 Kajian Lepas 32
2.3.1 Kajian Dalam Negara 33
2.3.2 Kajian Luar Negara 35
2.4 Teori Berkaitan beban tugas guru 36
2.4.1 Teori Fua Faktor Herzberg 36
2.4.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow 38
2.5 Saranan mengurangkan beban tugas guru 41
2.5.1 Saranan oleh NUTP 42
ix
BAB PERKARA MUKASURAT
2.5.2 Perakuan Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi menangani beban tugas
guru 2010
43
2.5.3 Perakuan Kementerian Pelajaran bagi
menangani beban tugas guru Tahun 2012
44
2.5.4 Memperkenal sistem tunggal kemasukan
data
46
2.5.5 Melanjutkan tempoh berkerja guru 46
2.5.6 Penglibatan Ibubapa dan pihak ketiga 47
2.6 Kriteria Soalselidik 49
2.6.1 Keobjektifan 49
2.6.2 Kesahan 49
2.6.2.1 Kesahan Muka 50
2.6.2.2 Kesahan Kandungan 50
2.6.2.3 Kesahan Peramal 50
2.6.2.4 Kesahan Serentak 50
2.6.2.5 Kesahan Binaan 51
2.6.3 Kebolehpercayaan 51
2.6.3.1 Kaedah ulang uji 51
2.6.3.2 Kaedah bentuk selari 52
2.6.3.3 Kaedah bahagi dua 52
2.6.3.4 Kaedah ketekalan dalaman 53
2.6.4 Kepenggunaan 54
2.7 Kesimpulan 54
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 55
3.2 Rekabentuk Kajian 55
3.3 Tempat Kajian 58
x
BAB PERKARA MUKASURAT
3.4 Persampelan 58
3.4.1 Persampelan Rawak Kelompok 59
3.4.2 Persampelan Tidak Rawak Bertujuan 61
3.5 Instrumen Kajian 62
3.5.1 Instrument Soalselidik 62
3.5.2 Instrument Temubual 78
3.6 Kajian Rintis 79
3.6.1 Kesahan Instrumen 80
3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen 80
3.7 Prosedur Kajian 82
3.8 Analisis Data 84
3.8.1 Analisis data secara kuantitaitif 85
3.8.2 Analisis data secara kualitaitif 87
3.9 Kesimpulan 89
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 90
4.2 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 92
4.3 Demografi Responden 93
4.3.1 Jantina 93
4.3.2 Bangsa 94
4.3.3 Umur 94
4.3.4 Pengalaman Mengajar 95
4.3.5 Status Perkahwinan 96
4.3.6 Gred Jawatan Guru 96
4.3.7 Kelayakan Akademik Tertinggi 97
4.3.8 Tempat Bertugas 97
4.4 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 98
xi
BAB PERKARA MUKASURAT
4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 1:
Adakah satu instrumen soal selidik yang
sah dan tekal bagi sekolah boleh dibina
dengan menggabungkan instrument yang
disediakan oleh pengkaji lepas?
98
4.4.1.1 Beban Tugas Dalam Bidang
Kurikulum
199
4.4.1.2 Beban Tugas Dalam Bidang
Hal Ehwal Murid
101
4.4.1.3 Beban Tugas Dalam Bidang
Ko-Kurikulum
102
4.4.1.4 Beban Tugas Dalam
Tugas-Tugas Sampingan
103
4.4.2 Analisis Persoalan Kajian 2 :
Apakah tahap beban tugas guru setelah
diukur menggunakan instrument yang
dibina?
105
4.4.2.1 Tahap Beban Tugas Dalam
Bidang Kurikulum
106
4.4.2.2 Tahap Beban Tugas Dalam
Bidang hal Ehwal Murid
113
4.4.2.3 Tahap Beban Tugas Dalam
Bidang hal Ko- Kurikulum
117
4.4.2.4 Tahap Beban Tugas Dalam
Bidang Tugas-Tugas
Sampingan
120
4.4.3 Analisis Persoalan Kajian 3:
Bagaimanakah pentadbir boleh berperanan
mengurangkan beban tugas guru di sekolah?
129
4.4.3.1 Guru diberi waktu mengajar
yang sepatutnya
130
xii
BAB PERKARA MUKASURAT
4.4.3.2 Sediakan modul guru ganti 131
4.4.3.3 Hadkan waktu mengadakan
kelas tambahan
132
4.4.3.4 Wujudkan pasukan guru untuk
mengajar subjek UPSR
133
4.4.3.5 Guru digerakkan dalam blok
yang sama
135
4.4.3.6 Sesuaikan jadual waktu Guru 135
4.4.3.7 Beri subjek mengikut opsyen
dan kemampuan guru
136
4.4.3.8 Wujudkan persekitaran
pembelajaran
137
4.4.3.9 Sokongan teknikal bahan bantu
mengajar
138
4.4.3.10 Agihkan tugas secara adil 138
4.4.3.11 Imbangkan Pemberatan tugas
yang ditanggung oleh guru
139
4.4.3.12 Berikan tugas mengikut minat
guru
140
4.4.3.13 Buat penggiliran tugas 141
4.4.3.14 Bimbing guru jalankan tugas
sampingan
142
4.4.3.15 Hadkan tempoh guru bekerja
pada hujung inggu
143
4.4.3.16 Dapatkan bantuan pihak luar
untuk ringankan beban tugas
guru
144
4.4.4 Analisis Persoalan Kajian 4 : Apakah
halangan yang dihadapi oleh pentadbir
sekolah dalam meringankan beban tugas
guru?
145
xiii
BAB PERKARA MUKASURAT
4.4.4.1 Sikap guru yang suka
bertangguh kerja
146
4.4.4.2 Arahan dari pihak atasan 147
4.4.4.3 Ketiadaan guru opsyen 148
4.4.4.4 Masalah peribadi guru 149
4.4.4.5 Nisbah guru masih belum
memadai
150
4.5 Rumusan Analisis Data 151
4.6 Kesimpulan 153
5 DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 154
5.2 Perbincangan 154
5.2.1 Maklumat Latar Belakang responden 156
5.2.2 Adakah satu instrumen soal selidik yang
sah dan tekal bagi mengukur beban tugas
guru di sekolah boleh dibina dengan
menggabungkan instrument yang disediakan
oleh pengkaji lepas?
158
5.2.3 Apakah tahap beban tugas guru setelah
diukur menggunakan instrumen yang dibina?
159
5.2.3.1 Beban Tugas Dalam Bidang
Kurikulum
159
5.2.3.2 Beban Tugas Dalam Bidang Hal
Ehwal Murid
162
5.2.3.3 Beban Tugas Dalam Bidang
Ko-Kurikulum
164
5.2.3.4 Beban Tugas Dalam Bidang
Tugas-Tugas Sampingan
165
xiv
BAB PERKARA MUKASURAT
5.2.4 Bagaimana pentadbir boleh berperanan
mengurangkan beban tugas guru di sekolah?
168
5.2.5 Apakah halangan yang dihadapi oleh
pentadbir sekolah dalam meringankan
beban tugas guru?
174
5.3 Cadangan Penambahbaikan Beban Tugas
Di Sekolah
176
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 179
5.5 Penutup 180
RUJUKAN 182
LAMPIRAN 192
xv
SENARAI JADUAL
JADUAL PERKARA MUKA SURAT
3.1 Jadual persampelan Krejcie & Morgan (1970) 60
3.2 Senarai sekolah dan bilangan guru yang terlibat sebagai
responden.
61
3.3 Nilai skala Likert dan Tahap penilaian responden 63
3.4 Senarai item soalselidik dari Tan (2012) dan Azita (2012) 65
3.5 Item yang telah dikeluarkan dari soalselidik 70
3.6 Item yang diubahsuai bagi dimenasi beban tugas dalam
bidang Kurikulum
72
3.7 Item yang diubahsuai bagi dimenasi beban tugas
dalam bidang Hal Ehwal Murid
72
3.8 Item yang diubahsuai bagi dimenasi Beban tugas
dalam tugas-tugas sampingan
73
3.9 Senarai item yang diterimapakai sebagai instrument
soalselidik
74
3.10 Bilangan dan nombor item setiap dimensi 78
3.11 Persoalan Kajian dan solan temubual yang digunakan 79
3.12 Nilai Alpha Cronbach dan aras kebolehpercayaan
instrumen
80
3.13 Nilai Alpha Cronbach bagi setiap dimensi 81
3.14
Pengubahsuaian item berdasarkan Alpha Cronbach if
item deleted
82
3.15 Cara soalselidik ditadbir mengikut sekolah 83
3.16 Analisis data berdasarkan persoalan kajian 85
3.17 Interpretasi skor min Nunally dan Bernstein (1994 ) 87
3.18 Contoh jadual rentas trankripsi temubual 88
3.19 Tahap pemprosesan data kualitatif 89
xvi
JADUAL PERKARA MUKA SURAT
4.1 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 92
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 93
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 94
4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 95
4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 95
4.6 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 96
4.7 Taburan Responden Mengikut Gred Jawatan 96
4.8 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Akademik
Tertinggi
97
4.9 Taburan Responden Mengikut Tempat Bertugas 97
4.10 Alpha Cronbach if item deleted bagi setiap item dan
Apha Cronbach bagi Beban Tugas Guru Dalam
Bidang Kurikulum
99
4.11 Alpha Cronbach if item deleted bagi setiap item dan
Apha Cronbach bagi Beban Tugas Guru Dalam
Bidang Hal Ehwal Murid
101
4.12 Alpha cronbach if item deleted bagi setiap item dan
Apha cronbach bagi Beban Tugas Guru Dalam
Ko-Kurikulum
102
4.13 Alpha cronbach if item deleted bagi setiap item dan
Apha cronbach bagi Beban Tugas Guru Dalam
Tugas-Tugas Sampingan
104
4.14 Analisis Tahap Beban Tugas Guru Dalam Bidang
Kurikulum
111
4.15 Analisis Tahap Beban Tugas Guru Dalam Bidang
Hal Ehwal Murid
115
xvii
JADUAL PERKARA MUKA SURAT
4.16 Analisis Tahap Beban Tugas Guru Dalam Bidang
Ko-Kurikulum
119
4.17 Analisis Tahap Beban Tugas Guru Dalam Bidang
Tugas -Tugas Sampingan
125
4.18 Tahap Beban Tugas Guru mengikut bidang berdasrkan
min dan sisihan piawai
129
4.19 Rumusan Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan
Kajian
151
xviii
SENARAI RAJAH
JADUAL PERKARA MUKA SURAT
2.1 Model Teori Dua Faktor Herzberg 37
2.2 Model Teori Keperluan Maslow 40
3.1 Kerangka kajian secara keseluruhan 57
xix
SENARAI SINGKATAN
SPSS - Statistical Package for Social Sciences
Bil - Bilangan
No - Nombor
M - Min
SP - Sisihan Piawai
SK - Sekolah Kebangsaan
SJKC - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
SKM - Sekolah Kurang Murid
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SPBT - Skim Pinjaman Buku Teks
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
ABM - Alat Bantu Mengajar
ILO - International Labour Organisation
SMM - Sistem Maklumat Murid
RMT - Rancangan Makanan Tambahan
KWAPM - Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
ICT - Information and Communication Technology
KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KSSM - Kurikulum Standard Sekolah Menengah
PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris
SPPBS - Sistem Penilaian & Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PdP - Pembelajaran dan Pengajaran
HEM - Hal Ehwal Murid
SSDM - Sistem Salah Laku Disiplin Murid
xx
NUTP - National Union Of The Teaching Profession
MSSD - Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah
MSSJ - Majlis Sukan Sekolah-sekolah Johor
MSSM - Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia
SUKMA - Sukan Malaysia
JKMIBTG - Jawatankuasa Menangani Isu Beban Tugas Guru
JKPMIBTG - Jawatankuasa Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
SAP - Sistem Analisis Peperiksaan
SAPS - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
SPPBS - Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PKBS - Penilaian Kursus Berasaskan Sekolah
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
EPRD - Educational Planing & Research Division
(Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan)
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri Johor
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
MCE - Malaysian Certificate of Education
STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
HSC - Higher School Certificate
GB1 - Guru Besar Pertama
GB2 - Guru Besar Kedua
GB3 - Guru Besar Ketiga
xxi
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
f - Kekerapan
α - Alpha
n - Bilangan seterusnya
k - Bilangan item dalam ujian
q - Pecahan sampel yang menjawab salah
p - Pecahan sampel yang menjawab betul
r - Korelasi skor
S2
- Skor varian
∑ - Sigma
< - kurang daripada
xxii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 192
B Transkripsi Temubual Dengan Guru Besar
SK Muzaffar Syah
200
C Transkripsi Temubual Dengan Guru Besar
SK Bukit Lintang
211
D Transkripsi Temubual Dengan Guru Besar
SK Bandar Penawar 2
217
E Analisis Kebolehpercayaan Kajian Rintis 224
F Analisis Kebolehpercayaan Kajian Sebenar 229
G Analisis Demografi 234
H Analisis frekuensi dan min setiap dimensi 236
I Surat Kelulusan Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan
249
J Surat Pengesahan Status pelajar 250
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Beban tugas guru merupakan salah satu daripada isu yang menarik minat
banyak pihak tidak kira dari golongan yang bergelar guru itu sendiri, ahli akademik,
ibu bapa, ahli politik mahupun pemimpin masyarakat apabila menyentuh persoalan
berkaitan sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2005), beban merujuk kepada tanggungan (kewajiban) yang berat
manakala tugas merujuk kepada kewajipan sesuatu (kerja tanggungjawab) yang
mesti dilaksanakan. Oleh itu, beban tugas bermaksud tanggungan yang berat dalam
melaksanakan tanggungjawab. Dalam konteks pendidikan di negara ini, beban tugas
merujuk kepada tekanan dan tahap tanggungan kerja yang berat bukan sahaja dalam
melaksanakan tugas hakiki iaitu menyampaikan pengajaran. Malah, ianya meliputi
tugas menguruskan aktiviti ko-kurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran,
perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain (Utusan Online, 01 April 2010).
Beberapa kajian yang dijalankan sebelum ini membuktikan bahawa guru di negara
ini mengalami tahap beban tugas yang serius.
Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 (2007), tugas hakiki seorang
Guru Akademik Biasa Bukan Siswazah meliputi pengendalian pengajaran dan
pembelajaran yang ditetapkan untuk 22 hingga 30 waktu seminggu melibatkan
perancangan mengajar dalam tempoh setahun serta menyelia dan memastikan latihan
2
kepada pelajar agar sentiasa mencukupi. Dalam mengendalikan matapelajaran yang
diajar juga, mereka perlu menghadiri taklimat berkaitan matapelajaran yang diajar,
menjadi ahli panitia serta menyediakan sudut matapelajaran bagi kelas yang diajar.
Mereka juga perlu menilai pelajar mereka melalui ujian-ujian yang melibatkan
beberapa tugas seperti mengurus bank soalan, merekod keputusan. Mereka juga perlu
mengesan kelemahan dan seterusnya menjalankan kelas pemulihan. Di makmal atau
bengkel, guru perlu memastikan keselamatan pelajar serta mengawasi penggunaan
peralatan. Guru juga perlu mengendalikan aktiviti ko-kurikulum serta beberapa tugas
lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Secara keseluruhanya, pekeliling ini
membahagikan tugas guru kepada tujuh aspek yang utama iaitu (1) Pengajaran dan
Pembelajaran (2) Ko-kurikulum (3) Pengurusan Hal Ehwal Murid (4) Pengurusan
Pejabat dan Pentadbiran serta Kewangan (5) Pembangunan Fizikal (6) Pembangunan
Staf dan (7) Hubungan Komuniti. Menurut Abdull Shukor (2006), guru juga terlibat
dengan tugas perkeranian, fasilitator, motivator, perancang, penasihat ko-kurikulum,
pemimpin kelab, persatuan, unit beruniform, jurulatih sukan, guru data dan banyak
lagi. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 juga turut
menggariskan bahawa tanggungjawab mengadakan permuafakatan dengan ibu bapa
dan komuniti, melaksanakan tugas-tugas pentadbiran seperti mengisi kad laporan
murid dan memantau kehadiran murid di bilik darjah juga merupakan antara tugas
seorang guru.
Dalam menjalankan tugas sebagaimana yang digariskan, guru turut bergelut
dengan beberapa isu yang menjejaskan usaha mereka dalam memberi perkhidmatan
pendidikan yang terbaik kepada anak didik mereka. Guru terpaksa menangani
masalah disiplin pelajar yang sepatutnya menjadi tanggungjawab ibu bapa (Sapora,
2008). Mereka juga menghadapi masalah seperti saiz kelas yang terlalu besar (Berita
Harian Online, 18 Mei 2010), masalah penempatan, kekerapan guru keluar, tugas
yang tidak jelas, ujian dan peperiksaan yang terlampau banyak, bertugas pada hujung
minggu (Laporan Mesyuarat Kedua Parlimen Kedua Belas, 2010) dan arahan yang
bertindih oleh pihak atasan (Shuhada Choo, Zanariah & Masfiza, 2010). Sistem
pengurusan secara berpusat (sentralisasi) juga banyak memberi bebanan kepada guru
kerana mereka menjalankan tugas yang bukan core business mereka (Abdul Rahman,
2005). Selain itu, mereka juga perlu menjalankan tugas perkeranian seperti surat
menyurat, pemfailan, membuat kertas kerja, memungut derma dan lain-lain yang
3
perlu disiapkan mengikut waktunya (Syed Kamaruzaman, 2005). Mereka juga
terlibat dengan kerja penyelenggaraan infrastruktur sekolah seperti menangani isu
longkang tersumbat dan siling bocor (Utusan Online, 23 Januari 2008). Di samping
itu, guru turut terlibat dengan tugas mengendalikan persiapan hari sukan (Siti Nor
Afzan, 2009). Kepelbagaian tugas mengajar dan isu yang banyak telah
mempengaruhi tahap beban tugas yang ditanggung oleh guru. Menurut Zamree,
Noraziah & Usman (2012), guru menghadapi beban tugas yang berat pada hari ini.
Beban tugas yang tinggi dihadapi guru turut diakui sendiri oleh pihak
Kementerian Pelajaran. Pada 1995, satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh
Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah mengkaji tentang tekanan yang dihadapi oleh
guru dan salah satu faktor yang diberikan perhatian ketika itu ialah berhubung beban
tugas guru. Menurut laporan ini, beban tugas guru bertambah disebabkan mereka
banyak menjalankan tugas bercorak perkeranian tanpa diberikan kemudahan atau
kelengkapan komputer (Abdul Rahman, 2005). Pada 2005, Laporan Jawatankuasa
yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Ambrin
Buang mendedahkan bahawa guru-guru di beberapa negeri terbeban dengan masa
kerja yang berlebihan iaitu melebihi 48 jam seminggu (Utusan Online, 21 November
2005). Pada 2008, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
menegaskan bahawa guru di negara ini menghadapi beban tugas guru yang berat
kerana terlibat dengan pelbagai tugas termasuk menangani masalah disiplin,
penyelengaraan sekolah serta beberapa tugas remeh temeh yang lain. YAB Tan Sri
Muhyddin Yassin yang merupakan Menteri Pelajaran juga turut mengakui bahawa
ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri menghadapi beban tugas yang tinggi
(Utusan Online, 01 April 2010). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025 juga mendedahkan bahawa purata jam guru bekerja dalam
seminggu adalah tinggi.
Waktu bekerja yang panjang serta keperluan melaksanakan pelbagai aktiviti
menyebabkan guru-guru di Malaysia telah melahirkan kebimbangan mereka terhadap
peningkatan beban tugas dalam Dialog Nasional Pendidikan Negara sepertimana
yang dinyatakan dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013–2025. Pada pertemuan yang dipengerusikan sendiri oleh Y.A.B Tan Sri
Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran, Kesatuan Perkhimatan Perguruan
4
Kebangsaan NUTP telah mengutarakan beberapa saranan bagi menangani beberapa
isu yang timbul (Utusan Online, 01 April 2010).
Sebagai respon terhadap cadangan dari NUTP, Y.A.B Tan Sri Muhyiddin
Yassin telah mengarahkan agar satu jawatankuasa khas dibentuk yang dikenali
sebagai Jawatankuasa Khas Bagi Menangani lsu Beban Tugas Guru (JKMIBTG).
Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin
Haji Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada ketika itu dan dianggotai
oleh beberapa pegawai dari Kementerian Pelajaran serta wakil NUTP. Mereka diberi
masa selama dua bulan bagi menyenaraikan tugas dan tanggungjawab guru,
mengenal pasti faktor yang menyebabkan beban tugas guru bertambah dan
mencadangkan tindakan bagi menangani isu beban tugas guru bagi mencari jalan
penyelesaian terhadap isu berkenaan (Utusan Online, 01 April 2010).
Pada 3 Jun 2010, Jawatankuasa yang telah dibentuk oleh KPM telah
membentangkan dapatannya kepada Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pelajararan. Dalam pembentangan itu, sebanyak 14 faktor telah dikenal pasti
sebagai penyumbang kepada isu beban tugas guru. Berdasarkan faktor yang
dikenalpasti ini, jawatankuasa tersebut juga mencadangkan 28 perakuan bagi
menangani perkara tersebut. Bagi merealisasikan semua perakuan ini, satu
Jawatankuasa Pelaksana Bagi Menangani lsu Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) telah
ditubuhkan dan bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menyemak
status pelaksanaan tersebut (Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2010)
1.2 Latar Belakang Masalah
Tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga berperanan dalam
mendidik rohani, jasmani, akal dan emosi supaya murid dapat menghayati dan
mengamalkan ilmu yang dipelajari (Muhyiddin, 2012). Dalam berperanan untuk
memupuk dan membangunkan potensi pelajar, mereka perlu memiliki kesihatan
yang baik dari segi mental dan fizikal (Pillay, Goddard & Wilss, 2005). Namun,
5
beban kerja yang ditanggung oleh guru telah menyebabkan mereka sering merasa
tertekan (Sapora, 2008) dan meningkatkan risiko terhadap peningkatan beberapa
jenis penyakit (Siti Nor Afzan, 2009). Lambakan tugas juga menyebabkan tumpuan
guru terhadap tugas utama mereka terganggu dan menyebabkan kualiti pengajaran
mereka terjejas (Abdull Shukor et al., 2006). Masalah sedemikian menyebabkan guru
tidak dapat berperanan seperti yang diharapkan.
Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan beban tugas serta tekanan
kerja dikalangan guru pada hari ini. Perubahan yang terlalu kerap dan drastik dalam
sistem pendidikan seringkali memberi beban terhadap guru. Walaupun transformasi
yang berlaku dalam sistem pendidikan memerlukan kesediaan guru untuk menerima
perubahan tersebut dan memahaminya dengan lebih berkesan (Sanitah & Norsiwati,
2012), perubahan polisi dalam pendidikan juga menjadi penyebab utama tekanan di
kalangan guru (Kyriacou & Pei, 2004). Pada 2003, Dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mula
dilaksanakan. Dasar ini menuntut agar semua guru yang terlibat dalam pengajaran
kedua-dua subjek tersebut supaya mahir berbahasa Inggeris dalam bilik darjah.
Namun, Laporan Eksekutif Kajian Pembina (2009) mendapati bahawa sebahagian
daripada guru memiliki tahap penguasaan yang amat kritikal terhadap bahasa
tersebut. Allahyarham Tan Sri Razali Ismail yang merupakan Timbalan Menteri
Pelajaran sebelum ini mendedahkan bahawa kira-kira 35% guru yang terlibat tidak
menguasai bahasa tersebut (Utusan Online, 5 September 2008). Keadaan ini
menyukarkan perlaksanaan dasar tersebut kerana mereka gagal untuk menguasai
ilmu serta konsep melalui bahasa yang mereka tidak kuasai (Mohd Rasdi, 2003).
Kelemahan yang dihadapi oleh guru ini memerlukan mereka menghadiri kursus yang
tertentu. Keperluan guru menghadiri kursus ini merupakan salah satu perkara yang
menyumbang kepada peningkatan beban tugas mereka (Laporan Mesyuarat Kedua
Parlimen Kedua Belas, 2010).
Perubahan dalam kurikulum sekolah rendah dari KBSR kepada Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) juga dikenalpasti menjadi rugutan terhadap
pertambahan beban tugas guru. Sungguhpun guru perlu bersikap positif dengan langkah
kerajaan untuk melaksanakan tranformasi pendidikan, keputusan mendadak kerajaan
akan memberi impak kepada penyesuaian diri guru untuk menyampaikan ilmu tersebut
6
(Sanitah et al., 2012). Dapatan kajian oleh Tan (2012) menunjukkan bahawa
perlaksanaan KSSR merupakan salah satu rungutan guru yang berkaitan dengan
beban tugas. Berbanding dengan kurikulum sebelumnya, kurikulum baru ini
menekankan kepada sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang berterusan
sepanjang tahun semasa bagi setiap murid meliputi pendokumentasian yang agak
teknikal dan kompleks. Selain itu, guru-guru juga diminta agar senantiasa
mengemaskini skor pelajar dalam sistem secara atas talian (online). Oleh kerana
perlaksanaan kurikulum tersebut begitu berbeza dengan kurikulum sebelumnya,
maka pentadbir yang terdiri daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan
dikatakan cuba mengelak untuk mengambil tanggungjawab mengajar matapelajaran
KSSR ini dan menyerahkanya kepada guru penolong biasa (Mohd Zawawi,
komunikasi peribadi, 05 Januari 2013). Akibatnya, guru tersebut kian terbeban
kerana dipertanggungjawabkan untuk mengajar banyak subjek sedemikian bagi kelas,
tahun dan matapelajaran yang berbeza.
Kekerapan guru yang dihantar berkursus dan menghadiri mesyuarat juga
menyebabkan beban tugas guru bertambah (Laporan Mesyuarat Kedua Parlimen
Kedua Belas, 2010). Antara kursus yang perlu dihadiri oleh guru adalah kursus
berbentuk intensif bagi meningkatkan kemahiran mereka (Utusan Online, 5
September 2008). Selain itu, tranformasi kurikulum dari KBSR dan KBSM kepada
KSSR dan KSSM juga memerlukan guru mengikuti kursus dan bengkel bagi
mendapatkan tatacara menjalankan pembelajaran mengikut standard (Sanitah et al.,
2012). Ketiadaan guru tertentu di sekolah memerlukan guru lain untuk menggantikan
kelas yang ditinggalkan. Ini menyebabkan wujud rasa tidak puas hati guru lain
disebabkan pertambahan tugas mereka (Abdul Rahman, 2005). Bagi guru yang
menghadiri kursus tersebut, mereka perlu menyambung semula kerja yang
tertangguh semasa ketiadaan mereka di sekolah. Mereka juga akan berdepan masalah
untuk menghabiskan sukatan pelajaran kerana kekangan masa (Kamaruzaman, 2007).
Saiz kelas yang terlalu besar juga menyebabkan beban tugas guru bertambah.
Menurut Shuhada Choo (2010), kebanyakan sekolah, terutama sekolah di bandar,
mengalami masalah kepadatan kelas sehingga ada di antaranya yang melebihi 40
murid. Menurut Johari & Noornazlifah (2012), keadaan ini disebabkan bilangan guru
yang tidak mencukupi berbanding nisbah pelajar. Situasi ini menyebabkan guru yang
7
ada terpaksa memeriksa dan menyemak hasil kerja murid yang ramai dengan
mengambil masa yang lebih lama dan menjadikan tugas tersebut semakin rumit
(Abdul Rahim et al., 2006). Abdul Rahman (2005) menyatakan bahawa saiz kelas
terlalu besar menyebabkan suasana menjadi tidak kondusif dan menyukarkan
pelaksanaan pengajaran guru dengan berkesan. Kepadatan kelas juga boleh
mengundang masalah disiplin pelajar. Menurut Kamaruzaman (2007), guru
menghadapi tekanan disebabkan kerenah dan bilangan murid yang ramai dalam
sesebuah kelas. Menurut nisbah yang digunapakai sekarang, bilangan murid dalam
sesebuah kelas tidak boleh melebihi 50 orang. Namun, bagi mengimbangi beban
tugas guru, nisbah mereka dengan bilik darjah dan murid perlu diperbaiki.
Beban tugas guru juga bertambah apabila terdapatnya ketidakselarasan
arahan dipelbagai peringkat atasan. Ini menyebabkan guru terpaksa melaksanakan
tugas yang hampir serupa berulang kali. Shuhada Choo et al. (2010) mendedahkan
bahawa Lok Yim Pheng, Setiausaha Agung NUTP sebagai berkata guru menanggung
beban kerja berganda akibat ”arahan atas arahan” dimana guru perlu melakukan kerja
yang hampir sama pengisianya dalam masa yang berlainan disebabkan arahan yang
datang dari peringkat yang berbeza iaitu dari Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri
dan juga Pejabat Pelajaran Daerah. Sebagai contoh, pada 11 Februari 2011, semua
sekolah di negeri Johor diarahkan untuk melaksanakan Larian Perdana Mahkota
secara serentak pada hari Sabtu atas arahan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. (Utusan
Online, 12 Februari 2011). Pada 2 Julai 2011, seluruh sekolah di negeri ini juga
terlibat dengan program Larian Perdana 1 Murid 1 Sukan yang diadakan secara
serentak di seluruh negara (Utusan Online, 02 Julai 2011). Kedua-dua Program ini
mempunyai konsep dan pengisian sama tetapi diarahkan oleh pihak yang berlaian.
Ketidakselarasan juga wujud dalam aplikasi perisian yang dibangunkan oleh pihak
KPM dan JPN. Sebagai contoh pihak KPM telah mengarahkan semua guru untuk
memasukkan markah ujian dan peperiksaan secara atas talian (online) melalui Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang dibangunkan oleh mereka namum pada
masa yang sama guru juga dikehendaki memasukan data tersebut secara luar talian
(offline) atas arahan JPN dan PPD. Hal sedemikian jelas menyebabkan guru
memperuntukkan sejumlah masa dan tenaga mereka yang berlebihan untuk tujuan
yang sama. Dalam hal yang lain pula, sesetengah tugasan pula perlu diubah sebelum
tugasan yang awal dapat diselesaikan (Syed Kamaruzaman, 2005).
8
Beban tugas guru juga bertambah apabila mereka diarahkan untuk bertugas
pada hari Sabtu (Laporan Mesyuarat Kedua Parlimen Kedua Belas, 2010). Melalui
Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 / 2005: Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu yang
dikeluarkan, guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.
Sungguhpun hak mereka untuk menikmati kerja 5 hari seminggu telah diumumkan,
masih terdapat aduan mengenai guru yang betugas pada hari sabtu (Johari et al.,
2012). Ada guru yang terpaksa datang ke sekolah pada pada hari Sabtu untuk
jalankan program dan aktiviti PIBG (Abdul Rahman, 2005) selain menjalankan
aktiviti kokurikulum. Siti Nor Afzan (2009) pula pernah melaporkan bahawa terdapat
guru j-QAF yang bertugas tujuh hari seminggu disebabkan terlibat dengan aktiviti
ko-kurikulum pada hari sabtu dan Program Kem Bestari Solat pada hari Ahad.
Keadaan ini menyebabkan guru tidak mempunyai masa untuk berehat dan bersama
keluarga (Abdul Razak, 2010).
Tan (2012) dalam kajiannya mendapati bahawa guru-guru turut terbeban
dengan tugas perkeranian. Perkara ini diakui sendiri oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri
Muhyiddin Yassin apabila menyatakan bahawa tugas perkeranian merupakan antara
punca bertambahnya beban tugas guru di samping tugas lain seperti menguruskan
aktiviti ko-kurikulum, bilik darjah dan hal ehwal murid (Utusan Online, 1 April
2010). Menurut Abdul Rahman (2005), tugas perkeranian seperti urusan pentadbiran,
menyediakan buku rekod dan borang berkaitan murid menyebabkan beban tugas
mereka bertambah. Menurut Syed Kamaruzaman (2005), guru-guru juga terpaksa
berhadapan dengan tugas yang pelbagai seperti membuat kertas kerja, mengutip
derma, menjalankan kajian, surat menyurat, pemfailan dan lain-lain. Guru juga perlu
menyediakan alat bantu mengajar dan belajar, mengagihkan buku teks, mendaftar
pelajar dan melengkapkan kedatangan pelajar (Johari & Noornazifah, 2012).. Selain
itu, Guru-guru juga turut terbeban dengan kemasukan data dalam beberapa aplikasi
yang dibangunkan oleh KPM (Zawiyah & Mariah, 2008).
Beban tugas guru juga didapati meningkat apabila kebanyakan kerja
pentadbiran di sekolah dijalankan dengan tidak menggunakan teknologi. Bagi
mengurangkan beban tugas, sepatutunya organisasi sekolah mengamalkan
pendekatan menggunakan teknologi. Menurut Rahmad Sukor (2005), asimilasi IT
memudahkan proses kerja kerana ia dapat mengelakkan pengulangan kerja secara
9
rutin, mempercepat proses mendapatkan maklumat dan membuat keputusan. Namun,
kajian oleh Lokman, Mohd Anuar, Al-Muzzammil & Phoon (2010) pula menyatakan
bahawa peranan guru besar dalam pelaksanaan penggunaan teknologi di sekolah
rendah adalah pada tahap yang sederhana. Kurangnya galakan pihak pentadbir dalam
pengintegrasian teknologi menyebabkan tiada inovasi dalam cara bekerja dan
kebanyakan tugas di sekolah masih dikongkong oleh pengurusan bersifat
ketinggalan zaman. Pendekatan sebegini menyebabkan guru-guru akan merasakan
tugas mereka sangat membebankan.
Agihan tugas yang tidak seragam di kalangan guru juga menyebabkan beban
tugas yang digalas oleh guru tertentu lebih tinggi. Abdull Shukor et al. (2006) pernah
melaporkan bahawa terdapat guru di sekolah rendah yang diberikan tugas sampingan
sehingga 12 jawatan dengan purata jawatan setiap guru adalah sebanyak 8 jawatan
meliputi tugas tugas kurikulum seperti ketua panitia, hal ehwal murid seperti menjadi
ahli jawatankuasa kantin dan keselamatan serta tugas hal ehwal ko-kurikulum yang
merupakan bidang yang memberi tugas sampingan paling banyak. Tugas sedemikian
memerlukan guru-guru ini menghadiri dan menyiapkan minit mesyuarat serta kertas
kerja. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
menyatakan bahawa terdapat guru yang bekerja antara 40 sehingga 80 jam seminggu
dengan purata seorang guru bekerja selama 57 jam seminggu. Perbezaan jumlah
tugas sampingan dan jumlah jam bekerja seminggu yang ketara menunjukkan
terdapat segelintir guru yang yang dibebani tugas sampingan lebih banyak dan
bekerja dengan tempoh yang lebih lama berbanding guru lain. Laporan ini
menyokong dapatan yang dikemukakan oleh Wan Roselinda (2008) yang mendapati
terdapat sebilangan guru di sekolah melaksanakan tugas tertentu dalam jangkamasa
yang ekstrem berbanding guru lain. Hal sedemikian memberi gambaran bahawa
pentadbir sekolah kurang mengambilkira prinsip keadilan dalam pembahagian tugas
dan cenderung untuk mengagihkan tugas berdasarkan siapa yang boleh menjalankan
sesuatu tugas dengan baik. Amalan sedemikian adalah kurang baik dari aspek
pembangunan sumber manusia di sekolah kerana menyebabkan sesetengah guru
mengalami tekanan kerja yang sangat tinggi sementara kurang usaha untuk
mempertingkat kemampuan individu yang lain. Menurut Shuhada Choo (2010),
pembahagian beban tugas secara sama rata merupakan antara cadangan diterima oleh
KPM yang bagi menangani isu beban tugas guru.
10
Bebanan tugas yang keterlaluan yang dihadapi oleh guru di Malaysia pada
hari ini telah memberi kesan terhadap pelbagai aspek. Dari segi kualiti pengajaran,
bebanan tugas yang berlebihan menyebabkan perlakuan mengajar guru tidak
mencapai standard yang ditetapkan oleh kementerian (Abdull Shukor, Abd. Rahim &
Mohamad Yazi, 2006). Menurut Noran Fauziah, Zaidatol Akmaliah & Rahil (2002),
guru tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan mengajar
kerana perlu menyiapkan tugasan lain. Selain itu, keperluan guru untuk menghadiri
kursus menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan kelas yang diajar dalam
jangkamasa yang lama (Kamaruzaman, 2007). Ini menyebabkan guru berdepan
faktor kekangan masa untuk menghabiskan sukatan matapelajaran. Kekangan masa
dan sumber di samping beban tugas lain yang sedia ada telah mengundang
kebimbangan mereka terhadap tuntutan untuk menyelesaikan tugas (Nurul Izzah,
Zailina, Saidi & Haslinda, 2010). Dapatan kajian oleh Azita (2012) menyatakan
bahawa guru juga terbeban akibat dipersalahkan ke atas penurunan prestasi pelajar.
Peranan yang keterlaluan menuntut guru untuk bekerja melebihi masa
(Hushim, 2005). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 juga
menyatakan bahawa secara purata, seorang guru bekerja sekitar 57 jam seminggu.
Kajian oleh Abdul Rahman (2006) menyatakan bahawa, guru di sekolah kebangsaan
gred A dan B masing-masing secara purata mengambil masa selama 77.51 dan 60.85
jam bagi melakukan tugas mereka. Dapatan ini hampir serupa dengan laporan yang
disiarkan dalam Utusan Online (17 November 2005) yang menyatakan bahawa
terdapat guru di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Selangor, dan Kuala Lumpur yang
bekerja selama 74 jam seminggu. Lebih dari itu, Abdull Shukor et al. (2006) pula
melaporkan bahawa guru di sekolah rendah menggunakan sebanyak 84.26 jam
seminggu untuk menjalankan tugas mereka. Berbanding dengan penjawat awam lain
yang berkerja selama 8 jam sehari iaitu 40 jam seminggu (Utusan Online, 21
November 2011), tempoh bekerja bagi guru-guru tersebut melebihi hampir sekali
ganda.
Tempoh bekerja yang panjang memberi kesan terhadap keperluan peribadi
diri guru itu sendiri. Guru yang perlu bekerja pada setiap sabtu tidak mempunyai
waktu rehat yang cukup dan masa yang berkualiti bersama keluarga (Abdul Razak
2010). Tambahan lagi, terdapat guru membawa pulang sebahagian tugas untuk
11
disiapkan di rumah (Abdull Shukor et al., 2006). Menurut Siti Nor Afzan (2009) pula,
terdapat guru j-QAF yang terlalu terbeban dengan tugas menghabiskan lebih banyak
masa di sekolah disamping keluarga sehingga pernah mengalami sakit jiwa.
Walaupun sesetengah pihak beranggapan bahawa guru mempunyai tempoh bekerja
hanya setengah hari, tetapi banyak tugasan lain yang mereka lakukan selepas tempoh
persekolahan itu (Syed Kamaruzaman, 2005). Mereka juga perlu melaksanakan tugas
sepanjang tahun bagi mempertingkat pencapaian sekolah sungguhpun ada dakwaan
guru mempunyai rehat yang panjang, (Abdul Razak, 2010).
Bebanan tugas yang berlebihan juga menyebabkan wujudnya tekanan yang
serius di kalangan guru (Kyriacou & Pei, 2004 ; Abdull Shukor et al., 2006).
Tekanan sedemikian menyebabkan mereka kerap melakukan kesilapan dalam
pekerjaan (Syed Kamaruzaman, 2005). Menurut Siti Nor Afzan (2009) pula, guru
yang tertekan juga berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit
kritikal seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan buah pinggang serta
mendedahkan mereka kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar,
kebimbangan melampau dan kemurungan. Bagi guru wanita pula, mereka yang
mengalami beban tugas yang tinggi dikatakan mempunyai status mental yang lemah
(Nurul Izzah et al., 2010). Beban kerja yang tinggi juga menyebabkan golongan ini
menerima kesan terhadap kesuburan mereka dan mengakibatkan mereka cenderung
untuk memiliki jumlah anak yang lebih sedikit (Mohd Zamree, Noraziah & Usman,
2012). Tekanan dalam tempoh yang panjang yang disebabkan beban tugas yang
melampau juga menjadi penyebab terjadinya burnout di kalangan guru (Pillay et al.,
2005) dan boleh menyebabkan guru memohon untuk meletak jawatan lebih awal
(Sapora, 2008). Ini kerana sebahagian beban tugas yang perlu dilakukan oleh mereka
bukan pada tahap kemampuan dan bakat mereka yang sebenar. Ini menyebabkan
cabaran tersebut tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Kesukaran mereka untuk
menyempurnakan tugas akan mengundang kepada kekecewaan dan tekanan serta
mengakibatkan mereka mengambil keputusan untuk berhenti mengajar (Johari et al.,
2012).
Kajian yang dijalankan oleh Azita (2012) mendapati bahawa secara
keseluruhan guru-guru pada hari ini merasa terbeban dengan tugas yang dipikul.
Kajian yang dijalankan terhadap beberapa buah sekolah menengah di daerah Batu
12
Pahat yang membahagikan beban tugas guru kepada tiga elemen menyatakan bahawa
guru-guru menghadapi bebanan yang tinggi dalam melaksanakan tugas pengajaran
dan pengurusan kelas serta dalam menjalankan tugasan sampingan manakala
menghadapi bebanan pada tahap sederhana dalam menjalankan tugas pentadbiran.
Kajian yang sama juga mendapati bahawa guru-guru melahirkan rungutan pada tahap
yang tinggi berkaitan tugas mereka dan pihak sekolah didapati mengambil tindakan
pada tahap yang sederhana dalam mengurangkan rasa tidak puas hati mereka.
Sungguhpun terdapat kaitan antara persoalan kajian bagi mengenalpasti tahap
rungutan guru dan tindakan pihak sekolah dalam mengurangkan rungutan tersebut,
namun, ia tidak menunjukkan kaitan yang begitu jelas dengan persoalan kajian yang
utama iaitu mengenalpasti tahap beban tugas dalam tiga elemen yang dinyatakan
secara lebih terperinci. Oleh itu, tindakan pihak sekolah dalam mengurangkan
rugutan guru yang dikaji secara umum tidak menjelaskan bagaimana beban tugas
yang dinyatakan dalam tiga elemen itu ditangani oleh pihak sekolah. Dari segi
soalselidik yang digunakan, kajian ini hanya melaporkan kebolehpercayaan (Alpha
Cronbach) bagi beban tugas secara keseluruhan dan tidak menyatakanya secara
terperinci mengikut elemen beban tugas yang dikaji. Selain itu, terdapat item dalam
instrumen ini yang digunakan untuk mengkaji tahap beban tugas tetapi lebih bersifat
mengkaji tahap rungutan dan sebaliknya. Terdapat juga item soalselidik yang
berulang dalam mengenalpasti beban tugas sampingan guru namum mencatat min
yang bebeza. Ini menunjukkan item tersebut mempunyai tahap ketekalan
(consistency) yang boleh diragui.
Kajian oleh Abdull Shukor et al. (2006) terhadap beban tugas guru di daerah
Kota Star mendapati bahawa guru terbeban dengan tugas yang pelbagai apabila
memperuntukkan masa bekerja yang tinggi dalam seminggu. Kajian tersebut yang
membahagikan beban tugas kepada empat jenis tugas melaporkan bahawa guru
memperuntukkan masa bekerja paling lama bagi tugas akademik secara rutin, diikuti
tugas bukan akademik secara rutin, tugas akademik secara bermusim serta tugas
bukan akademik secara bermusim dengan purata jumlah bekerja bagi keempat-empat
jenis tugas tersebut selama 84.26 jam seminggu. Selain itu juga kajian tersebut
mendapati bahawa guru-guru secara purata memegang 7.9 jawatan atau tugas
sampingan. Sungguhpun tempoh bekerja dan bilangan tugas sampingan yang
dipegang dilaporkan agak tinggi, kajian ini tidak membandingkan kedua-dua elemen
13
tersebut dengan jumlah jam dan bilangan tugas sebenar yang sepatutunya
diperuntukan oleh guru melalui mana-mana garis panduan yang ditetapkan.
Dapatan oleh Tan (2012) yang mengkaji beban tugas di tiga buah Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina di Segamat pula menyatakan bahawa guru-guru menghadapi
beban tugas yang tinggi dalam tiga bidang utama di sekolah iaitu Kurikulum, Hal
Ehwal Murid dan Ko-Kurikulum. Kajian ini tersebut juga mendapati tiada perbezaan
beban tugas yang dihadapi oleh guru antara sekolah gred A, gred B dan sekolah
kurang murid (SKM). Kajian yang sama juga mengenalpasti beberapa rungutan guru
berhubung beban tugas iaitu (1) Terlibat dengan aktiviti tambahan di sekolah (2)
Menjadi guru ganti (3) Menjalankan kelas tambahan (4) Menguruskan peperiksaan
dalaman dan luaran (5) Menjalankan aktiviti ko-kurikulum (6) Memegang pelbagai
jawatan (6) Kerap diarahkan menghadiri kursus, mesyuarat dan seminar dan (7)
Melaksanakan KSSR. Seterusnya kajian ini melaporkan cadangan oleh guru dalam
mengurangkan beban tugas mereka dengan (1) Menambah bilangan pembantu tadbir
(2) Mengurangkan kursus yang tidak relevan dengan bidang tugas (3) Mengkaji dan
megambiklira pendapat dan pandangan guru (4) Mengurangkan kelas tambahan (5)
Mengurangkan kerja-kerja pengurusan peperiksaan dalaman dan luaran (6) Tidak
mewajibkan guru ganti menjalankan pengajaran dan pembelajaran (7)
Menggabungkan aktiviti ko-kurikulum (8) Mengatasi kelemahan program KSSR dan
(9) Mencadangkan pihak kementerian agar tidak terburu-buru memperkenalkan
sesuatu dasar. Kajian ini bagaimanapun hanya melibatkan 3 buah Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dengan saiz populasi seramai 70 guru. Dapatan kajian ini akan
lebih menyeluruh jika menggunakan sampel yang lebih besar dan melibatkan jenis
dan bilangan sekolah yang lebih banyak.
Ketiga-tiga kajian ini menunjukkan tahap beban tugas yang dialami guru
keseluruhanya adalah tinggi. Walaubagaimanapun, setiap kajian membincangkan
tahap beban tugas tersebut dalam dimensi yang berbebeza-beza dan menggunakan
ukuran yang berlainan iaitu min, jumlah jam bekerja serta bilangan jawatan yang
dipegang. Kesemua kajian yang dijalankan juga tidak melibatkan pandangan
pentadbir sekolah terutamanya dalam mengkaji saranan dan peranan pihak pentadbir
dalam mengani isu tersebut.
14
Sungguhpun mengharapkan dedikasi yang tidak terhingga dalam mendidik
anak bangsa, kerajaan tetap mengambil perhatian terhadap permasalahan guru
berkaitan beban tugas yang tinggi (Muhyiddin, 2012). Sebagai respon terhadap
saranan daripada NUTP, KPM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi
Menangani lsu Beban Tugas Guru (JKMIBTG). Hasil daripada kajian selama 2
bulan yang dijalankan oleh jawatankuasa ini, sebanyak 14 faktor telah dikenalpasti
menjadi penyumbang terhadap peningkatan beban tugas guru dan mencandangkan
28 perakuan bagi menangani isu tersebut. Antara perakuan yang telah diambil
tindakan ialah (1) Mengeluarkan surat surat pekeliling berhubung pelaksanaan
bekerja 5 hari seminggu (2) Menyediakan Garis Panduan Penggabungan
Jawatankuasa bagi mengurangkan tugas rencam guru (3) Memohon peruntukan
kewangan bagi menampung keperluan khidmat Kumpulan Guru Simpanan
Kebangsaan (KGSK) dan Guru Sandaran Tidak terlatih (GSTT) bagi menangani
masalah kekuarangan guru (4) Memohon pertambahan jawatan pembantu tadbir
sebagai kajian rintis di 50 buah sekolah gred A bagi mengurangkan tugas
perkeranian oleh guru (5) Membangunkan Pelan Operasi Latihan, memperkenalkan
Kursus Dalam Parkhidmatan sacara atas talian (online) serta memansuhkan Panilaian
Tahap Kecekapan (PTK) bagi mengurangkan kekerpaan guru keluar berkursus dan
(6) Menubuhkan One Stop Centre bagi tujuan pengumpulan data.
Usaha dalam meringankan beban tugas guru tidak hanya boleh disandarkan
kepada KPM semata-mata. Pihak pentadbiran sekolah terutamanya, perlu
memainkan peranan yang sama penting dalam usaha meringankan beban tugas guru
serta memberi sokongan kepada guru dalam melaksanakan tugas. Menurut Abdull
Shukor et al. (2006) pula, Guru Besar dan Penolong Kanan perlu mendampingi guru
dalam pada aktiviti yang bukan bercorak pengajaran dan pembelajaran bagi
meyakinkan guru terhadap keprihatinan yang diberikan oleh pentadbir. Pentadbir
juga perlu mempunyai alternatif dan inisiatif lain agar usaha bagi meringankan
beban tugas ini melalui beberapa aspek dalam pengendalian di sekolah dapat dilihat
dengan jelas. Namun, dapatan kajian oleh Azita (2012) menyatakan bahawa usaha
pentadbir sekolah dalam menangani rungutan guru berhubung beban tugas yang
ditanggung adalah pada tahap sederhana.
15
1.3 Pernyataaan Masalah
Beban tugas guru yang keterlaluan dikaitakan dengan beberapa perkara
seperti perubahan drastik dalam dasar pendidikan, perlaksanaan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KSSR) kekerapan guru menghadiri kursus atau mesyuarat, saiz
kelas yang terlalu besar, ketidakselarasan arahan diperingkat atasan, guru perlu
bertugas pada hari sabtu, lambakan tugas perkeranian, cara bekerja yang bersifat
tradisional dan agihan tugas tidak seragam. Perakuan yang diambil oleh KPM
melalui jawatankuasa yang ditubuhkan tidak dapat menangani sepenuhnya isu ini
dan tindakan dari pihak sekolah juga perlu dalam membantu menangani isu ini.
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji sebelum ini juga melaporkan tahap
beban tugas guru secara keseluruhanya adalah tinggi (Azita, 2012 ; Tan, 2012 dan
Abdull Shukor et al., 2006). Di samping itu, terdapat juga pelbagai rungutan lain
yang dikenalpasti berkaitan beban tugas mereka. Walaubagaimanapun kajian-kajian
tersebut menggunakan soalselidik yang berbeza antara satu sama lain dan mengkaji
bebanan tersebut dalam dimensi yang berlainan. Dalam kajian yang dijalankan oleh
Azita (2012) pula, ia tidak melaporkan nilai kebolehpercayaan setiap elemen bagi
mengetahui tahap beban tugas guru secara terperinci selain terdapat item soalselidik
yang kurang tepat dengan persoalan dan dimensi yang hendak dikaji serta terdapat
item yang berulang. Kajian yang dijalankan oleh Abdull Shukor et al. (2006) pula
mengukur tahap beban tugas guru di Sekolah Kebangsaan dari segi jumlah masa
yang diperuntukan dan jumlah jawatan yang dipegang dan ia berbeza dengan kajian
yang dijalankan oleh Tan (2012) dan Azita (2012) yang menggunakan min dalam
mengetahui tahap beban tugas guru masing-masing di sekolah Jenis Kebangsaan
Cina dan Sekolah Menengah.
Kajian-kajian yang dijalankan ini juga hanya mengambilkira pandangan
daripada guru dalam mengenalpasti cadangan dan penambahbaikan dalam
meringankan beban tugas guru tanpa merujuk pandangan Guru Besar atau pentadbir
selaku pemimpin peringkat atasan dan pertengahan di sekolah. Pandangan dari
golongan ini penting kerana dalam memastikan bebanan yang dihadapi oleh guru
berada pada tahap optimum, mereka juga berdepan dengan pelbagai batasan dan
cabaran dari pelbagai sudut. Oleh itu, timbul satu persoalan adakah satu instrumen
16
soalselidik yang lebih sah dan tekal serta mengkaji beban tugas guru dalam dimensi
yang lebih menyeluruh dapat dibangunkan menggunakan soalselidik yang sedia ada.
Selain itu, kajian yang pandangan pihak pentadbir juga harus dijalankan bagi
mendapatkan maklumat yang lebih tepat berkaitan peranan dan cabaran mereka
dalam meringankan beban tugas guru ini.
1.4 Objektif Kajian
Melalui pernyataan masalah yang dibincangkan ini, maka kajian ini
memperincikan 4 objektifnya iaitu ;
1.4.1 Mengetahui samada satu instrumen soal selidik yang sah dan tekal bagi
mengukur beban tugas guru di sekolah boleh dibina dengan
menggabungkan instrumen yang disediakan oleh pengkaji lepas.
1.4.2 Mengetahui tahap beban tugas guru setelah diukur menggunakan
instrument yang dibina.
1.4.3 Mengetahui bagaimana pentadbir boleh berperanan mengurangkan beban
tugas guru di sekolah.
1.4.4 Mengenalpasti halangan yang dihadapi oleh pentadbir sekolah dalam
meringankan beban tugas guru.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam mencapai objektif kajian, terdapat empat persoalan kajian yang dibentuk
bagi diperoleh hasil dapatanya iaitu ;
17
1.5.1 Adakah satu instrumen soal selidik yang sah dan tekal bagi mengukur
beban tugas guru di sekolah boleh dibina dengan menggabungkan
instrument yang disediakan oleh pengkaji lepas?
1.5.2 Apakah tahap beban tugas guru setelah diukur menggunakan instrument
yang dibina?
1.5.3 Bagaimanakah pentadbir boleh berperanan mengurangkan beban tugas
guru di sekolah?
1.5.4 Apakah halangan yang dihadapi oleh pentadbir sekolah dalam
meringankan beban tugas guru?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini mempunyai kepentinganya yang tersendiri terhadap beberapa pihak
yang saling mempunyai hubungan dengan dalam menggerakkan organisasi sekolah.
1.6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia
a) Memberi gambaran kepada pihak kementerian terhadap cabaran dan halangan
yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam meringankan beban tugas guru bagi
memastikan mereka dapat memberi perkhidmatan pendidikan yang benar-
benar berkualiti seiring dengan hasrat yang hendak dicapai dalam falsafah
pendidikan kebangsaan. Cabaran dan halangan yang dihadapi mungkin
berkait rapat dengan beberapa dasar yang bersifat sentralisasi seperti
menentukan bilangan perjawatan, jumlah peruntukan yang disalurkan ke
sekolah serta beberapa polisi melibatkan hubungan sekolah dengan pihak luar.
Melalui hasil temubual yang diprolehi daripada beberapa orang pentadbir
sekolah, diharap agar pihak KPM dapat mengkaji semula beberapa dasar
yang dipraktikan untuk membantu pihak sekolah meringankan beban tugas
guru.
18
b) KPM merupakan entiti yang bertanggungjawab dalam menilai keberkesanan
sistem pendidikan sedia ada dan membuat perubahan seiring dengan
keperluan semasa dan akan datang. Dalam memastikan keberhasilanya, guru-
guru dan pentadbir sekolah merupakan barisan hadapan yang
dipertanggungjawabkan merealisasikan agenda tersebut. Melalui
maklumbalas yang diberikan oleh guru dan hasil temubual yang diperolehi
dari pihak pentadbir, pihak KPM diharap dapat menilai implikasi perubahan
tersebut bukan sahaja dari segi hasilanya, tetapi juga terhadap beban tugas
yang ditanggung oleh guru dan cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah.
Dapatan ini sangat penting kepada KPM kerana mereka perlu mengetahui
apakah perkara yang boleh menjadi halangan dalam mencapai matlamat
perubahan dalam sistem seperti yang dihasratkan dan seterusnya diambil
tindakan segera.
1.6.2 Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri
a) Memberi gambaran kepada pihak PPD bahawa selain dari menjalankan tugas
hakiki menjalankan tugas-tugas di sekolah, guru juga berhadapan dengan
tugas lain yang sering dilibatkan oleh pihak mereka yang menyebabkan
pertambahan beban tugas guru tersebut. Melalui kajian ini juga, pihak PPD
dan JPN seharusnya dapat menimbang penglibatan guru ini dalam
menjalankan tugas mereka diperingkat daerah atau negeri agar mereka tidak
terus terbeban dengan tugas-tugas sampingan.
b) Dapatan dari kajian ini juga diharap memberi panduan kepada pihak PPD dan
JPN bagi menyelaras setiap aktiviti yang melibatkan penyertaan guru agar
tidak bertindan antara satu sama lain serta mengganggu kelancaran operasi
sekolah disebabkan kekurangan guru.
c) Kajian ini juga diharap dapat memberi panduan dan maklumat kepada pihak
PPD dan JPN dalam membantu pihak sekolah dalam meringankan beban
tugas guru dengan beberapa pendekatan yang sesuai seperti membekalkan
guru yang mencukupi dari segi bilangan dan opsyen.
19
1.6.1 Pihak pentadbiran sekolah
a) Memberi kesedaran kepada pihak pentadbiran sekolah untuk mengambil
beberapa inisiatif dalam beberapa aspek pengurusan bagi mengurangkan
pergantungan terhadap usaha KPM dalam meringankan beban tugas guru.
b) Memberi panduan kepada pihak pentadbir sekolah tentang bagaimana mereka
boleh berperanan mengurangkan beban tugas guru dengan menambahbaik
beberapa aspek perjalanan sekolah melalui maklumbalas yang diberikan oleh
beberapa orang pentadbir yang ditemubual.
c) Mencadangkan pentadbiran sekolah untuk lebih mengutamakan pengurusan
yang lebih humanistik seperti mengagihkan tugas secara adil dan menganalisa
beban tugas yang ditanggung oleh setiap guru dan mengambikira beberapa
faktor lain.
1.6.2 Golongan guru
a) Hasil temubual yang diperolehi oleh pentadbir terhadap peranan mereka
dalam meringankan beban tugas guru boleh dijadikan gambaran kepada pihak
guru bahawa terdapat beberapa langkah yang diambil oleh pihak atas sekolah
dalam memelihara kebajikan mereka. Oleh itu, mereka diharapkan lebih
menghargai usaha tersebut dan lebih bertanggungjawab apabila diamanahkan
untuk menjalankan sesuatu tugas.
b) Hasil temubual berkaitan halangan yang dihadapi oleh pentadbir dalam
meringankan beban tugas guru pula diharap dapat memberi gambaran kepada
guru-guru terhadap cabaran yang dihadapi oleh pihak atasan sekolah dalam
memelihara kebajikan mereka. Oleh itu mereka diharap agar dapat
memberikan kerjasama dan membantu pihak sekolah dalam mewujudkan
suasana kerja yang lebih harmoni berbanding membuat tuntutan yang
pelbagai terhadap dalam memenuhi kepentingan mereka.
20
c) Melalui maklumabalas yang diperolehi terhadap tahap beban tugas yang
dialami oleh pihak guru, kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran
tentang situasi sebenar yang mereka hadapi dalam melaksankan tugas selaku
pendidik. Oleh itu, mereka diharapkan lebih bijak menguruskan masa dan
menangani tekanan selaku golongan yang dianggap profesional dan dilatih
menjadi individu yang seimbang dari pelbagai segi. Kesedaran mereka
terhadap situasi tugas yang dipikul pada hari ini juga diharapakan agar
menjadikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dengan
mengamalkan sikap tolong menolong dan saling melengkapi antara satu sama
lain dengan berkongsi pengetahun dan kepakaran.
1.6.4 Pengkaji lain di masa akan datang
a) Memberi maklumat dan rujukan tambahan dari segi isu, serta kajian literatur
kepada mereka yang berminat untuk menjalankan kajian berkaitan beban
tugas guru dimasa akan datang.
b) Dapatan serta beberapa cadangan penambahbaikan kajian di akhir penulisan
ini dapat dijadikan asas kepada pengkaji lain dalam memperluas skop dan
batasan kajian serta merekabentuk kajian baru bagi memperbanyak hasil
penulisan berkaitan bidang yang dikaji.
1.7 Skop Kajian
Skop kajian ini hanya menumpukan kepada persoalan berkaitan beban tugas
guru di sekolah rendah. Ianya mengkaji tahap beban tugas yang dialami guru dalam
tujuh aspek tugas guru diringkaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan 11 (2007), iaitu
Pengajaran dan Pembelajaran (Kurikulum), ko-kurikulum, pengurusan hal ehwal
murid, pengurusan pejabat dan pentadbiran serta kewangan, pembangunan fizikal,
pembangunan staf dan hubungan komuniti dari persepektif guru. Kajian ini juga
memberi perhatian terhadap peranan yang boleh dimainkan oleh pentadbir serta
21
halangan yang dihadapi oleh pentadbir sekolah dalam meringankan beban tugas guru
melalui pandangan pihak pentadbir sendiri.
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini hanya melibatkan guru-guru penolong dari sekolah kebangsaan Gred
A di daerah Kota Tinggi sahaja bagi mendapatkan data secara soalselidik. Sekolah
gred B dan sekolah kurang murid (SKM) tidak dilibatkan dalan kajian ini. Ini
bersandarkan kepada dapatan kajian oleh Tan (2012) yang menyatakan bahawa tiada
perbezaan terhadap tahap beban tugas yang dialami oleh guru dari sekolah gred A, B
dan sekolah kurang murid. Kajian ini juga tidak melibatkan guru-guru di sekolah
menengah disebabkan skop tugas yang berbeza. Ia juga tidak melibatkan sekolah
menengah, SJK (C), SJK (T) sebagai populasi kajian disebabkan tempoh
menjalankan kajian yang agak terhad terutamanya untuk mengedarkan borang
soalselidik, menemubual dan juga menganalisis data. Bagi mendapatkan maklumat
secara temubual pula, hanya tiga orang pentadbir dari sekolah jenis yang sama
dijadikan subjek kajian dalam kajian ini. Oleh sebab itu, kajian ini mempunyai
batasan dari segi ciri-ciri dan saiz populasi. Oleh yang demikian, pandangan setiap
responden dan subjek kajian dari kedua-dua pendekatan tidak menggambarkan
pendapat dari keseluruhan guru dan pentadbir sekolah di daerah Kota Tinggi
khususnya apatahlagi bagi menggambarkan situasi sebenar yang berlaku dalam
setiap sekolah di negara ini.
1.9 Definisi Istilah
Bahagian ini menjelaskan definisi beberapa istilah yang sering digunakan
dalam persoalan ini dari pelbagai sumber dan juga mengikut operasi dan konteks
kajian.
22
1.9.1 Beban tugas
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), beban merujuk kepada
tanggungan (kewajiban) yang berat manakala tugas merujuk kepada kewajipan
sesuatu (kerja tanggungjawab) yang mesti dilaksanakan.
Dalam konteks kajian ini, ia merujuk kepada tahap tanggungjawab yang tinggi
yang perlu dilaksananakan oleh guru penolong mencakupi empat bidang utama
di sekolah iaitu kurikulum, Hal Ehwal Murid, Ko-kurikulum dan tugas-tugas
sampingan lain.
1.9.2 Pentadbir Sekolah
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), pentadbir merujuk kepada
orang yang mentadbirkan, pengelola, pengurus dan menjadi pemerintah
manakala maksud sekolah ialah tempat untuk belajar dan mengajar atau tempat
untuk menerima dan memberi pelajaran. Dari kedua-dua takrifan ini, pentadbir
sekolah ditakrifkan sebagai orang yang mentadbir atau menjadi pengurus
kepada tempat untuk menerima dan memberi pengajaran.
Dalam kajian ini, pentadbir sekolah merujuk kepada guru besar serta guru
penolong kanan atau penyelia petang di Sekolah Kebangsaan (SK) yang bukan
sekolah kurang murid (SKM) di daerah Kota Tinggi.
1.9.3 Guru
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), guru merujuk kepada orang
yang tugasnyanya mengajar, pengajar atau pendidik dan pengasuh. Dalam
konteks kajian ini, ia merujuk kepada guru penolong iaitu yang bukan terdiri
samada dari golongan guru besar, guru penolong kanan atau penyelia petang di
sekolah kebangsaan (SK) yang bukan sekolah kurang murid di daerah Kota
Tinggi.
23
1.9.4 Peranan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), peranan merujuk kepada
bahagian (pekerjaan atau tugas) yang perlu dipegang. Dalam konteks kajian
ini, peranan merujuk kepada tanggungjawab atau tindakan yang berada dalam
bidang kuasa pentabir sekolah yang perlu dijalankan oleh mereka dalam
meringankan beban tugas guru.
1.9.5 Tahap
Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ia bermaksud tingkat atau
peringkat. Dalalam konteks kajian ini, ia merujuk kepada darjah atau
peringkat yang menunjukkan sejauhmana sesuatu perkara itu dihadapi atau
dipraktikan. Ianya merupakan satu pembolehubah yang boleh diukur
berdasarkan tarif operasi atau item-item yang digunakan dalam instrumen
tertentu dan merupakan data berbentuk sela (interval) dari 1 hingga 5. Nilai
menghampiri 1 menunjukkan tahap sesuatu perkara itu dipraktikan atau
dialami dengan rendah dan sebaliknya.
1.9.6 Kesahan
Menurut Mohd Najib (2003), Kesahan merujuk samada satu item itu benar-
benar menguji apa yang ingin diuji. Menurut Azizi Yahya et al. (2006), ia
merujuk kepada sesuatu yang bererti dan berguna yang disimpulkan dalam
skor ujian. Dalam konteks kajian ini, ia bermaksud adakah sesuatu item itu
benar-benar menguji tahap beban tugas dalam satu-satu aspek dan dimensi
menggunakan terma dan frasa yang mudah difahami.
24
1.9.7 Tekal
Menurut Mohd Najib (2003), tekal merujuk kepada kebolehpercayaan atau
konsistensi responden memberi jawapan. Dalam konteks kajian ini, ia
merujuk kepada ketekalan responden memberi jawapan atau maklumbalas
yang sama terhadap sesuatu item dalam dua masa yang berbeza.
1.10 Kesimpulan
Bab ini membincangkan latarbelakang berkenaan isu beban tugas guru di
negara ini dengan menjelaskan tugas hakiki yang sepatutnya ditekankan oleh seorang
guru di sekolah dan tugas-tugas sampingan lain yang menyebabkan sebahagian besar
guru di seluruh negara merasa kian terbeban dengan profesion mereka. Selain itu,
dijelaskan juga faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan beban tugas tersebut
serta kesanya terhadap kesihatan fizikal dan mental guru serta akibatnya terhadap
profesion perguruan dimasa akan datang. Turut dibincangkan ialah tindakan yang
diambil oleh KPM dalam menangani isu tersebut serta perkembangannya hingga kini.
Berdasarkan latarbelakang masalah yang diutarakan, bahagian ini seterusnya
menyatakan permasalahan yang ingin dikaji beserta objektif dan kepentingan kajian
terhadap beberapa pihak. Secara keseluruhanya, bab ini sangat penting kerana ia
menjadi asas terhadap hala tuju kajian dan kaedah perlaksanaanya di setiap peringkat
yang akan dibincangkan dalam bab berikutnya.
top related