amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 3
Post on 09-Dec-2016
277 Views
Preview:
TRANSCRIPT
AMALAN KESELAMATAN BENGKEL DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR
TINGKATAN 3 ALIRAN KEMAHIRAN HIDUP SEMASA MELAKUKAN
KERJA-KERJA AMALI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN
UNIVERSITI, JOHOR
KHAIRUL AZHAR BIN MOHD ZULPAKAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
AMALAN KESELAMATAN BENGKEL DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR
TINGKATAN 3 ALIRAN KEMAHIRAN HIDUP SEMASA MELAKUKAN
KERJA-KERJA AMALI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN
UNIVERSITI, JOHOR
KHAIRUL AZHAR BIN MOHD ZULPAKAR
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat,
ayah dan ibuku yang dicintai…
Mohd Zulpakar Bin Hj. Abu Bakar (PIS) dan Puniah Binti Biran.
Adik dan abang yang dikasihi…
Anuar bin Mohd Zulpakar serta keluarga
Mohd Azmi bin Mohd Zulpakar serta keluarga
Khairul Azman bin Mohd Zulpakar serta keluarga
Khairul Azrine Bin Mohd Zulpakar.
Tidak lupa juga kepada tunang yang diingati..
Kamaliah Binti Mohd Zain.
Kepada semua saudara-mara dan sahabat handai..
Terima kasih tidak terhingga di atas segala pertolongan, dorongan dan nasihat yang
diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah sahaja yang dapat
membalas dengan seadilnya segala budi baik kalian dengan sebaik-baik ganjaran
Insya’Allah…
Semoga Di Rahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya..
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan
hidayah-Nya, penyelidik dapat menyiapkan kajian ini.
Penyelidik ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada
beberapa pihak yang telah membantu pengkaji untuk menyiapkan dan menyempurnakan
projek sarjana muda ini.
Terlebih dahulu, penyelidik ingin merakamkan penghargaan kepada pihak
Universiti Teknologi Malaysia yang telah menerima saya sebagai salah seorang pelajar
di antara ribuan yang ada.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Dr.
Zainudin Bin Abu Bakar di atas bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan perbincangan yang
telah diberikan sepanjang penyelidikan projek ini.
Tidak ketinggalan juga penyelidik mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam proses menyiapkan kertas projek sarjana muda ini.
Dan akhir sekali penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan di
Universiti Teknologi Malaysia di atas sokongan dan teguran yang bernas dalam usaha
untuk membantu memperbaiki dan menyempurnakan projek sarjana muda ini dengan
jayanya. Semoga apa yang dihasilkan akan memberi manfaat kepada semua kerana
usaha ini adalah kerana tuhan untuk manusia.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji amalan keselamatan bengkel di
kalangan pelajar-pelajar tingkatan 3 aliran kemahiran hidup semasa melakukan kerja-
kerja amali di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Johor. Instrumen
kajian yang digunakan adalah soal selidik. Soal selidik digunakan sebagai instrumen
kajian yang diedarkan kepada 98 orang pelajar. Tiga aspek yang dikaji iaitu
pengetahuan, kemahiran dan pengamalan berkaitan dengan keselamatan bengkel.
Analisis kajian dibuat berdasarkan kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan
perisian SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) versi 13.0. Ujian
kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 20 orang responden. Alpha Cronbach yang
diperoleh ialah 0.737. Dapatan kajian menunjukkan pelajar dapat mengamalkan dengan
baik langkah-langkah keselamatan semasa melakukan kerja-kerja amali di dalam
bengkel. Beberapa cadangan diberi untuk meningkatkan mutu keselamatan di kalangan
pelajar semasa melakukan kerja-kerja amali di masa akan datang.
vi
ABSTRACT
The aim of this research was to investigate the practice of safety among the
student form 3 flow course of doing living skill practical work in the workshop in
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Johor. Questionnaire was used as the
instrument and distributed to 98 students. Three aspects investiged were knowledge,
skills, and the safety practice in workshop. Data were analysed using the SPSS
(Statistical Packages for the Social Sciences) version 13.0 to get the frequency,
percentage and means. Reliability analysis was conducted to 20 respondents and the
result for the Alpha Cronbach was 0.737. Result showed that the student has practiced a
good safety while performing practical work in the school workshop. Some
recommendations are given to upgrade the standard of practice on safety in workshop
among students in the future.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
TAJUK KAJIAN iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1-4
1.2 Latar belakang Masalah 4-8
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
viii
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Amalan 11
1.8.2 Pelajar 11
1.8.3 Keselamatan 12
1.8.4 Kerja Amali Bengkel 12
1.8.5 Bengkel 13
1.8.6 Kemahiran Hidup 13
1.9 Penutup 14
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Pengertian Keselamatan Bengkel 15
2.3 Pengetahuan Tentang Cara-Cara Penjagaan 16-19
Dan Penyelenggaraan Peralatan Tangan
Dan Mesin
2.4 Kemahiran Tentang Cara-cara Penjagaan 20-24
Dan Penyelenggaraan Peralatan Tangan
Dan Mesin
2.5 Pengamalan Tentang Cara-Cara Penjagaan 24-30
Dan Penyelenggaraan Peralatan Tangan
Dan Mesin
2.6 Penutup 30
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka bentuk Kajian 31
3.3 Lokasi kajian 32
3.4 Responden Kajian 32-33
3.5 Alat Kajian 34
3.5.1 Bahagian A (Demografi Responden) 35
3.5.2 Bahagian B (Soal Selidik) 35-36
3.6 Kajian Rintis 37
3.7 Analisis Data 38
3.8 Penutup 39
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Bahagian A : Demografi Responden 40
4.2.1 Kekerapan Dan Peratusan Responden 41
Mengikut Jantina
4.2.2 Kekerapan Dan Peratusan Responden 41
Mengikut Bangsa
4.2.3 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan 42
Responden Mengikut Agama
4.2.4 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan 43
Responden Pernah Mengikuti Seminar
Bengkel
x
4.3 Bahagian B : Soal Selidik 43-45
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 46-49
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 50-53
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 54-57
4.4 Perbandingan Analisis Min 57
4.5 Penutup 58
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Perbincangan 59
5.2.1 Tahap Pengetahuan Pelajar Mengenai 60-62
Cara-Cara Penjagaan Dan
Penyelenggaraan Peralatan Tangan
Dan Mesin
5.2.2 Tahap Kemahiran Pelajar Mengenai 62-65
Cara-Cara Penjagaan Dan
Penyelenggaraan Peralatan Tangan
Dan Mesin
5.2.3 Tahap Pengamalan Pelajar Mengenai 65-66
Cara-Cara Penjagaan Dan
Penyelenggaraan Peralatan Tangan
Dan Mesin
5.3 Rumusan 66-67
5.4 Cadangan 68
5.4.1 Pihak Guru 68
5.4.2 Pihak Sekolah 69
5.4.3 Pihak Jabatan Pendidikan Negeri 70
5.4.4 Pihak Kementerian Pendidikan 70
xi
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71
5.6 Penutup 72
BIBLIOGRAFI 73-78
LAMPIRAN A 79-83
LAMPIRAN B 84
LAMPIRAN C 85-86
LAMPIRAN D 87
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 3.1 Taburan kelas bagi pelajar tingkatan 3 yang 33
mengambil bidang kemahiran teknikal
Jadual 3.2 Taburan soalan mengikut setiap persoalan 36
Jadual 3.3 Skala Likert 36
Jadual 4.1 Kekerapan Dan Peratusan Responden 41
Mengikut Jantina
Jadual 4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden 41
mengikut bangsa
Jadual 4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden 42
mengikut agama
Jadual 4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden 43
pernah mengikuti seminar bengkel
Jadual 4.5 Skala pemeringkatan 5 mata kepada 3 mata 44
Jadual 4.6 Penentuan tahap dan peratusan 45
Jadual 4.7 Skala min 45
Jadual 4.8 Taburan kekerapan dan peratusan responden 46
bagi tahap pengetahuan pelajar mengenai cara-cara
xiii
penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan
dan mesin
Jadual 4.9 Taburan jumlah purata nilai min responden 49
bagi tahap pengetahuan pelajar mengenai cara-cara
penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan
dan mesin
Jadual 4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min responden 50
bagi tahap kemahiran pelajar mengenai cara-cara
penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan
dan mesin
Jadual 4.11 Taburan jumlah purata nilai min responden 53
bagi tahap kemahiran pelajar mengenai cara-cara
penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan
dan mesin
Jadual 4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min responden 54
bagi tahap pengamalan pelajar mengenai cara-cara
penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan
dan mesin
Jadual 4.13 Taburan jumlah purata nilai min responden 57
bagi tahap pengamalan pelajar mengenai cara-cara
penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan
dan mesin
Jadual 4.14 Perbandingan analisis min 57
xiv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN TAJUK
OSHA Akta Keselamatan Pekerja Dan Kesihatan
NIOSH National Institute of Organization Safety
and Health
EPRD Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan
JPNJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor
SPSS Statistical Package for Social Science (SPSS)
For Windows
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A. Borang Soal Selidik
B. Surat Pengesahan Fakulti Pendidikan
C. Salinan Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
Daripada EPRD
D. Salinan Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
Daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN)
16
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Falsafah pendidikan Malaysia menjelaskan bahawa pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
Kerajaan Malaysia telah meletakkan satu hala tuju ke arah pembangunan dan
kemajuan negara melalui wawasan 2020. Untuk mencapai matlamat tersebut, negara
memerlukan ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam pelbagai bidang
terutama yang berteraskan perindustrian. Ia boleh dicapai melalui sistem pendidikan
negara yang berfungsi sebagai agen perubahan masyarakat. Melalui sistem pendidikan,
generasi baru digembleng, dijana dan digerakkan agar menjadi tenaga mahir atau
separuh mahir. Sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang terbaik
17
di Asia Tenggara, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Dasar Pendidikan
Negara yang bersesuaian dengan Dasar Perindustrian Negara bagi
memastikan sistem pendidikan berganjak mengikut keperluan dan perubahan zaman.
Oleh itu, kurikulum pendidikan telah diubahsuai supaya mampu menyediakan rakyat
yang cenderung ke arah kemahiran dan vokasional melalui pengenalan mata pelajaran
Kemahiran Hidup (KH).
Di Malaysia, selain daripada sekolah menengah harian biasa dan sekolah
menengah sains, terdapat juga sekolah menengah teknik dan vokasional. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah ini dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu melibatkan teori dan amali. Semasa melakukan amali pelajar akan mendapat
kemahiran dalam penggunaan mesin dan alatan. Menurut Yahya Emat (1996), latihan
amali sangat penting dalam memberikan pelajar kemahiran yang diperlukan semasa
mereka bekerja di dalam sektor industri kelak. Selain pelajar mendapat kemahiran, aspek
keselamatan juga sering di titik beratkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Untuk memenuhi keperluan sektor industri, pelajar-pelajar akan didedahkan
dengan pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan. Pelajar-pelajar ini juga dilatih
bagaimana hendak menggunakan peralatan tangan serta pengendalian mesin. Dalam
usaha mempelajari dan memenuhi semua kemahiran ini, pelajar bukan sahaja berdepan
dengan kemungkinan berlakunya kesilapan dan kegagalan tetapi juga akan menghadapi
pelbagai risiko kecuaian dan kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
Kemalangan yang terjadi di dalam bengkel bukan sahaja akan mengakibatkan kerosakan
harta benda dan kecederaan anggota badan manusia malah boleh membawa maut.
Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang
berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke
arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara
18
kreatif, inovatif dan produktiviti. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan
tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta
sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja.
Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan
keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan
kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata
pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang berhasrat melahirkan warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia
demi menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu yang berbentuk amali, penggunaan bengkel amat diperlukan. Bengkel
Kemahiran Hidup terbahagi kepada tiga jenis bengkel iaitu bengkel Kemahiran
Manipulatif (KMT), bengkel Pertanian dan bengkel Ekonomi Rumah Tangga. Di antara
ketiga-tiga bengkel ini, bengkel Kemahiran Hidup (KMT) yang paling banyak
digunakan. Hal ini kerana bengkel ini telah dipecahkan kepada 4 bengkel iaitu bengkel
Kerja Kayu dan Logam, bengkel Paip Asas, bengkel Elektrik dan bengkel Enjin.
Untuk melatih pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan projek-
projek tertentu, maka suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar melaksanakan
tugasan tersebut dengan lebih berkesan. Kemudahan peralatan yang lengkap dan teratur
untuk digunakan atau keadaan persekitaran tempat tersebut seharusnya menjadi
penyumbang kepada penghasilan projek yang baik. Oleh itu, pelajar seharusnya
menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan diri
dan juga orang lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap
pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat
kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan.
Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam
bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran terhadap
19
keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan
keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja-kerja amali di sekolah dan
seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan,
ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang
sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh
kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya.
Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi
berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang
terjadi biasanya boleh mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan kehilangan nyawa.
Hal ini akan menjadikan sekolah pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak
terjamin daripada aspek keselamatannya. Untuk memastikan sekolah adalah institusi
yang selamat bagi para pelajar menimba ilmu dan kemahiran, satu kajian mestilah
dilakukan untuk mengetahui amalan pelajar dalam mengamalkan keselamatan di
bengkel. Di samping itu, pihak Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah mestilah
sentiasa mengemas kini kelemahan dalam pelaksanaan amalan keselamatan yang sedia
ada.
Kajian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1993), mendapati
semua bengkel Kemahiran Hidup di sekolah menengah menggunakan pelbagai jenis
alat-alat tangan dan mesin. Kemalangan yang melibatkan penggunaan alatan serta mesin
akan dapat dicegah jika ianya dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna dari semasa
ke semasa. Keselamatan biasanya berkaitan dengan bahaya. Sejak kecil lagi kita telah
diingatkan supaya menjaga keselamatan diri, orang lain dan objek yang berada di
persekitaran kita. Pendidikan yang diterima dari kecil ini menimbulkan kesan yang
20
mendalam dalam jiwa kita. Dengan itu, nyatalah kesedaran akan pentingnya
keselamatan telah menjadi sebahagian daripada hidup kita.
Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi
langkah-langkah keselamatan. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada
diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja, terhadap
persekitaran dan keselamatan harta benda. Kesedaran mengutamakan keselamatan akan
hanya timbul sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk mengetahui dan
memahami akan kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam bengkel. Keselamatan
di dalam bengkel akan lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu ramai menggunakan
ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam satu masa. Ruang yang sempit
serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana melakukan aktiviti di bengkel.
Disebabkan ruang yang terhad dan sempit perkara seperti gangguan emosi, keadaan
yang panas dan suasana yang tidak teratur boleh berlaku.
Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap acuh
tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan juga
rakan sekerja. Kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan hendaklah dipupuk dari
awal lagi agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada jiwa pelajar itu sendiri.
Dengan itu, hasil kerja dapat dipertingkatkan dan suasana kerja berjalan dengan selamat.
Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan mengakibatkan kecederaan, kehilangan
nyawa dan kerosakan harta benda. Malahan, imej institusi yang terlibat juga akan buruk
serta memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan. Selain itu juga,
kerugian terpaksa di tanggung akibat kerosakan dan tanggungan kos perubatan
Secara lazimnya, terdapat peraturan-peraturan keselamatan bengkel di sekolah
tetapi bagi pelajar yang masih mentah dan kurang pengalaman, adakah mereka akan
sentiasa amalkan dan patuhinya sepanjang masa. Dengan itu, langkah-langkah yang
sewajarnya perlulah diambil untuk memelihara dan menjaga keselamatan pelajar yang
terbabit. Pelajar akan diingatkan dari masa ke semasa supaya mereka dapat membentuk
budaya kerja yang selamat untuk diri sendiri, orang lain, alatan dan persekitaran.
21
Selain daripada itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah
ditubuhkan sebagai Jabatan Kerajaan pada 1 Januari 1971 bagi menguatkuasakan Akta
Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 dan kemudian menjadi Badan Berkanun mulai 1 Julai
1985. PERKESO mentadbirkan skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan
kepada para pekerja terhadap beberapa kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan
termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian.
Menurut Kementerian Sumber Manusia (1999), menyatakan walaupun kadar
kemalangan industri kita semakin menurun, namun kerajaan masih belum berpuas hati.
Hal ini kerana mengikut laporannya, penurunan tersebut masih tinggi jika dibandingkan
dengan negara-negara membangun yang lain. Kepentingan menjaga keselamatan penting
kerana ia dapat menghalang pengaliran keluar wang bagi membayar pampasan akibat
bencana pekerjaan. Berdasarkan laporan kemalangan yang dikeluarkan oleh PERKESO,
sejak kebelakangan ini jumlah kemalangan perusahaan semakin meningkat. Pada tahun
1995, jumlah kemalangan dilaporkan sebanyak 114,134 kes, diikuti 1996 sebanyak
106,505 kes, 86,589 kes pada tahun 1997, manakala bagi tahun 1998 dan 1999 adalah
sebanyak 85,338 dan 92,074 kes. Pada tahun 2001 menunjukkan penurunan sebanyak
9,777 kes berbanding dengan kes kemalangan yang berlaku pada tahun sebelumnya iaitu
sebanyak 95,006 kes. Penurunan kemalangan perusahaan ini menandakan wujud
kesedaran keselamatan pekerjaan di kalangan individu.
Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa. Biasanya
kemalangan yang berlaku di sekolah kurang di dedahkan kepada media massa.
Kemalangan tersebut hanya di rekod dalam buku rekod kemalangan sekolah. Misalnya,
kemalangan yang terjadi di Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar pada tahun 1991,
seorang pelajar automotif mengalami kecederaan yang serius di seluruh muka dan
badannya akibat daripada kecuaian semasa menjalankan kerja amali di bengkel
automatif (Buku rekod kemalangan, 1999). Kejadian tersebut berlaku ketika pelajar
tersebut sedang membaik pulih salur pengalir haba kereta, tiba-tiba salur air tersebut
pecah, air panas tersembur dan menyimbah tubuh pelajar berkenaan ketika kejadian itu
berlaku.
22
Aspek keselamatan merupakan faktor yang paling penting ditekankan semasa
melakukan kerja-kerja amali khususnya di bengkel. Kesedaran terhadap keselamatan
bengkel perlu ditanamkan kepada setiap bakal guru ini supaya sikap mementingkan
keselamatan ini dapat diamalkan semasa menjadi pendidik di sekolah. Seterusnya
menerapkan pentingnya menjaga keselamatan kepada para pelajar semasa menjalani
aktiviti di bengkel. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat mengenai amalan
pelajar terhadap keselamatan bengkel. Aspek keselamatan perlu diberi perhatian utama
dan merupakan ciri penting yang mesti diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran
di bengkel pada setiap masa. Hal ini penting agar tidak berlakunya lagi perkara-perkara
yang tidak di ingini berlaku seperti kemalangan, kecederaan terhadap fizikal.
Latihan amali yang diikuti di bengkel adalah merupakan pendedahan awal
kepada pelajar sebelum mereka menempuh ke alam pekerjaan yang sebenar kelak.
Walaupun pelaksanaan kepentingan keselamatan didedahkan kepada para pelajar ia
tidak menjamin keselesaan para pelajar seratus peratus semasa menjalankan amali di
bengkel. Hal ini kerana pengetahuan, kemahiran dan amalan serta suasana juga
merupakan faktor penting dalam pelaksanaan kepentingan keselamatan bengkel.
Pendedahan awal di alam persekolahan akan dapat membiasakan diri pelajar apabila
keluar bekerja dalam situasi yang sebenar kelak.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan maklumat di atas, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti
amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar tingkatan 3 aliran Kemahiran Hidup
semasa melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Universiti. Kajian-kajian dilakukan memfokuskan kepada beberapa aspek seperti
pengetahuan, kemahiran dan amalan semasa melakukan kerja-kerja amali di dalam
bengkel. Pengkaji juga ingin mengenal pasti sejauh manakah aspek keselamatan yang
dilakukan semasa kerja-kerja dalam penyenggaraan bengkel tersebut.
23
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti secara khusus perkara-perkara
berikut melalui persepsi pihak yang terlibat di dalam melihat amalan keselamatan
bengkel di kalangan pelajar tingkatan 3 aliran Kemahiran Hidup semasa melakukan
kerja-kerja amali di dalam bengkel di sekolah.
i. Mengenal pasti sejauh manakah pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar
tentang cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan
mesin.
ii. Mengenal pasti sejauh manakah kemahiran yang dimiliki oleh pelajar
tentang cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan
mesin.
iii. Mengenal pasti sejauh manakah pengamalan pelajar mengenai cara-cara
penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin.
1.5 Persoalan Kajian
Secara khususnya kajian ini bertujuan menjawab persoalan-persoalan berikut :
i. Apakah tahap pengetahuan pelajar mengenai cara-cara penjagaan dan
penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin?.
ii. Apakah tahap kemahiran pelajar mengenai cara-cara penjagaan dan
penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin?.
iii. Apakah tahap pengamalan pelajar mengenai cara-cara penjagaan dan
penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin?.
top related