amalan pelajar tahun 4 sarjana muda teknologi …€¦ · ini menunjukan bahawa pengurusan bengkel...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya SITI UMAIRAH BINTI JUSOF KHADIDI
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja
Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi.
** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
Tarikh: 10 MEI 2011 Tarikh: 10 MEI 2011
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
AMALAN PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA TEKNOLOGI
SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP
PENGURUSAN BENGKEL/ MAKMAL DI JABATAN PENDIDIKAN
TEKNIK DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
(HURUF BESAR)
DR. ROHANA BINTI HAMZAH
(NAMA PENYELIA) NO 9, JALAN BRUSEH
35500 BIDOR,
PERAK
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai
skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : …………………………….
Nama Penyelia : DR. ROHANA BINTI HAMZAH
Tarikh : 10 MEI 2011
AMALAN PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP PENGURUSAN BENGKEL/
MAKMAL DI JABATAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,
UTM
SITI UMAIRAH BINTI JUSOF KHADIDI
Laporan Projek ini Dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………….
Nama Penulis : SITI UMAIRAH BINTI JUSOF KHADIDI
Tarikh : 10 MEI 2011
DEDIKASI
Penghargaan istimewa ini saya tujukan khas buat abi dan ummi yang tersayang,
di atas galakan, sokongan serta doa yang sentiasa mengiringi setiap langkah dan
perjalananku...sesungguhnya anakmu ini amat menyayangi kalian berdua..
Jusof Khadidi Bin Darus
Noriah Binti Ahmad
Terima kasih di atas dorongan kalian
Tidak lupa juga buat saudara- mara dan sahabat handai..
Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pertolongan, dorongan dan nasihat yang
diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah sahaja yang dapat
membalas segala jasa dan budi baik kalian semua...
Insya’ Allah
Semoga Di Rahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya...
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya
dapatlah saya menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada masanya sebagai syarat
akhir kursus sebelum menerima segulung ijazah.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat para pensyarah
JPTK, Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala
pujian untuk Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah
S.A.W. Segala puji dan syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana telah memberiku
kekuatan menyempurnakan penyelidikan ini. Setinggi penghargaan yang tidak
terhingga kepada penyelia projek sarjana muda iaitu Dr Rohana Binti Hamzah yang
sentiasa memberi nasihat, bimbingan dan juga sokongan yang berterusan sehinggalah
kajian ini dapat disempurnakan. Segala teguran dan nasihat yang diberikan akan
dijadikan panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari yang mendatang.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat, abi, ummi, abang, kakak serta adik
yang tanpa jemu mendoakan kejayaan dan memberi dorongan yang tiada
penghujungnya. Akhir sekali buat teman seperjuangan, terima kasih di atas kerjasama
dan bimbingan dari kalian. Semoga kejayaan ini membawa rahmat kepada kita semua.
vi
ABSTRAK
Pengurusan bengkel amat penting bagi sesebuah institusi latihan dan pendidikan
bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan serta
dapat mengukir bakat para pelajar. Kajian ini dilakukan bagi mengetahui tahap
keberkesanan bengkel/ makmal di JPTK Fakulti Pendidikan, UTM. Antara faktor- faktor
yang dikaji ialah mengetahui tahap keberkesanan pengurusan organisasi bagi tenaga
pengajar dan pembantu bengkel/ makmal, pengurusan bahan, alatan dan mesin serta
pengurusan ruang bengkel/ makmal di JPTK. Terdapat seramai 90 orang pelajar tahun
akhir Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) dipilih sebagai
populasi kajian ini serta merupakan kajian kuantitatif. Data dikumpul dengan
menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 42 item mengikut skala Likert.
Kajian rintis yang telah dijalankan telah memperolehi nilai Alpha Cronbach 9.0. Data
yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages
for Social Sciences (SPSS) Versi 15.0 untuk mendapatkan nilai frekunsi, peratus dan
juga min. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pengurusan
bengkel di keenam- enam bengkel di JPTK adalah berkesan. Namun daripada enam
buah bengkel yang dikaji, bengkel pertanian memperolehi nilai min yang paling rendah,
ini menunjukan bahawa pengurusan bengkel pertanian perlu dipertingkatkan dari semua
aspek. Manakala bengkel masakan merupakan bengkel yang paling berkesan sistem
pengurusanya. Dimana tenaga pengajar dan pembantu bengkel telah menguruskan
bengkel dengan baik serta pengurusan bahan, alatan, mesin dan ruang telah diuruskan
dengan sistematik bagi melahirkan bakal pendidik yang berkemahiran serta
meningkatkan tahap keselamatan di dalam bengkel/ makmal.
vii
ABSTRACT
Workshop management is very important for a training and education institution
to ensure they remain in good condition and safe to use and can be carved out student’s
talent. Therefore, the purpose of this research is to determine the effectiveness of the
workshop / laboratory in JPTK Faculty of Education, UTM. Among the factors have
been studied were the effectiveness of the organization's management involved the
instructors and assistants to the workshop / laboratory, materials management,
equipment and machinery, and workshop space management in JPTK laboratory. This
research involved 90 final year students from Bachelor of Technology with Education
(Living Skills) have been chosen as the population and this research is a quantitative
research. Data were collected using a Likert scale questionnaire containing 42 items.
The pilot study was conducted to obtain the value of 9.0 Cronbach Alpha. Data were
analyzed using computer software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)
version 15.0 to obtain the frequency, percentage and mean. Overall, this finding
indicates that management workshops in the six workshops on effective in JPTK. But
among the six workshops that review, agricultural workshop was obtaining the lowest
means value, this indicates that agriculture should improve management workshops in
all aspects. While cooking workshop is the most effective workshop management
system. The instructor and assistant have manage well the workshop and materials
management, equipment, machinery and space has been manage systematically in order
to produce future educators who are skilled and be able to enhance safety in the
workshop / laboratory.
viii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
HALAMAN JUDUL ii
PERAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SIMBOL xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Skop Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Kepentingan Kajian 10
ix
1.8.1 Pelajar 10
1.8.2 Pensyarah 10
1.8.3 Staf Sokongan 11
1.8.4 Jabatan Pendidikan Teknikal 11
Dan Vokasional
1.8.5 Universiti Teknologi Malaysia 11
1.9 Kerangka Konsep Kajian 12
1.10 Definisi Istilah 15
1.10.1 Amalan 15
1.10.2 Pengetahuan 15
1.10.3 Masalah 16
1.10.4 Pengurusan Bengkel 16
1.10.5 Bengkel 16
1.10.6 Organisasi 17
1.11 Penutup 17
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Pengurusan 18
2.3 Kepentingan Pengurusan Bengkel 22
2.4 Pengurusan Organisasi Bengkel 24
2.4.1 Penolong Pegawai Latihan Vokasional 25
2.4.2 Pembantu Makmal Kanan Jabatan 26
2.4.3 Pembantu Makmal/Bengkel 27
2.5 Pengurusan Bahan, Peralatan Dan Mesin 28
2.6 Pengurusan Penyelenggaraan Kelengkapan 32
Bengkel
2.7 Pengurusan Ruang Bengkel 33
2.8 Pengurusan Stor 37
2.9 Pengurusan Keselamatan Pelajar 39
x
2.10 Total Quality Management (TQM) 44
2.11 Penutup 47
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 49
3.2 Reka Bentuk Kajian 49
3.3 Lokasi Kajian 50
3.4 Populasi Kajian 51
3.5 Instrumen Kajian 51
3.41 Bahagian A : Maklumat Peribadi 53
Responden
3.42 Bahagian B : Pengurusan bengkel/ 53
makmal di JPTK
3.6 Prosedur Kajian 54
3.7 Jangka Masa Kajian 57
3.8 Kajian Rintis 58
3.8.1 Pengesahan Instrumen 59
3.8.2 Kebolehpercayaan 59
3.9 Pengkodan Data 62
3.10 Analisis Data 64
3.11 Penutup 65
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 66
4.2 Bahagian A : Maklumat Demografi Responden 67
4.2.1 Bangsa Responden 67
4.2.2 Jantina 68
4.2.3 Umur 69
4.3 Bahagian B : Persoalan Kajian 70
4.3.1 Soalan Kajian 1 : Apakah Tahap 71
xi
Keberkesanan Pengurusan Organisasi
Bengkel/ Makmal Bagi Tenaga Pengajar
Dan Pembantu Bengkel
4.3.2 Soalan Kajian 2 : Apakah tahap 76
keberkesanan Pengurusan Bahan,
Alatan Dan Mesin Di Bengkel/
Makmal JPTK
4.3.3 Soalan Kajian 3 : Apakah Tahap 76
Keberkesanan Pengurusan Ruang
Di Bengkel/Makmal JPTK
4.3.4 Keselurukan Dapatan Kajian 81
4.4 Penutup 82
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 83
5.2 Rumusan 83
5.2.1 Rumusan Analisis Demografi Responden 84
5.2.2 Apakah Tahap Keberkesanan Pengurusan 84
Organisasi Bengkel/ Makmal Bagi
Tenaga Pengajar Dan Pembantu Bengkel
5.2.3 Apakah Tahap keberkesanan Pengurusa 84
Bahan, Alatan Dan Mesin Di Bengkel/
Makmal JPTK
5.2.4 Apakah Tahap Keberkesanan Pengurusan 85
Ruang Di Bengkel/Makmal JPTK
5.3 Perbincangan 85
5.3.1 Tahap Keberkesanan Pengurusan 86
Organisasi Bengkel/ Makmal Bagi
Tenaga Pengajar Dan Pembantu Bengkel
5.3.2 Tahap keberkesanan Pengurusa Bahan, 89
xii
Alatan Dan Mesin Di Bengkel/
Makmal JPTK
5.3.3 Tahap Keberkesanan Pengurusan 91
Ruang Di Bengkel/Makmal JPTK
5.4 Cadangan Kajian 93
5.5 Saranan Kajian Lanjutan 95
5.6 Penutup 96
BIBILIOGRAFI 97
LAMPIRAN
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap 53
Persoalan Kajian
3.2 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 54
3.3 Senarai Aktiviti Dan Jangkaan Kajian 57
3.4 Nilai Alpha Cronbach 58
3.5 Soalan Kajian Yang Dibaiki 59
3.6 Nilai Korelasi Dan Interprestasi Kebolehpercayaan 61
Soal Selidik
3.7 Nilai Alpha Cronbach Melalui Kajian Rintis 61
3.8 Pengkodan Data bahagian A 62
3.9 Pengkodan Data bahagian B 63
3.10 Skala Lima Mata Kepada Tiga Mata 64
3.11 Taburan Min Mengikut Tahap 65
4.1 Taburan Frekuensi Dan Peratus Mengikut Bangsa 67
4.2 Taburan Frekuensi Dan Peratus Mengikut Jantina 68
4.3 Taburan Frekuensi Dan Peratus Mengikut Umur 69
4.4 Analisis Pelajar Terhadap Keberkesanan Pengurusan 71
Organisasi Bengkel Bagi Tenaga Pengajar
Bengkel/Makmal Di JPTK.
4.5 Analisis Pelajar Terhadap Keberkesanan Pengurusan 74
Organisasi Bengkel Bagi Pembantu Bengkel/Makmal
Di JPTK
4.6 Min Keseluruhan Soalan Kajian 1: Keberkesanan 76
Pengurusan Organisasi Bagi Tenaga Pengajar
xv
Dan Pembantu Bengkel/Makmal Di JPTK.
4.7 Analisis Keberkesanan Pengurusan Bahan, 77
Alatan Dan Mesin Di Bengkel/Makmal JPTK
4.8 Analisis Tahap Pengurusan Ruang Di Bengkel/ 79
Makmal JPTK
4.9 Analisis Keseluruhan Dapatan Persoalan Kajian 81
xvi
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.0 Kerangka Kajian 14
2.0 Pendekatan pengurusan sebagai satu 21
proses
2.1 Cara Penyusunan Bahan Dalam Bengkel 29
/ Makmal
2.2 Cara Penyusunan Peralatan Dan Mesin 31
2.3 Contoh Pengurusan uang Bengkel/ 34
Makmal JPTK
2.4 Teori Domino Kemalangan 42
3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 55
4.1 Taburan Frekuansi Mengikut Jantina 68
4.2 Frekuansi Mengikut Peringkat Umur 69
xvii
SENARAI SIMBOL
FP - Fakulti Pendidikan
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuteraan
SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
Kemahiran Hidup
S.W.T - Subhanahuwataala
S.A.W - Sallallahualaiwassalam
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
TQM - Total Quality Management
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Contoh Borang Soal Selidik
B Pengesahan Instrumen
C Analisis Nilai Keboleh percayaan Alpha Cronbach
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perubahan era globalisasi masa kini menjadikan pendidikan teknik dan
vokasional salah satu agenda utama pembangunan negara dengan visi dan misi
untuk mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Oleh itu, dalam usaha
mencapai taraf negara maju tersebut beberapa perkara telah diberi perhatian oleh
kerajaan iaitu usaha penambahan tenaga kerja dalam bidang berkaitan teknik dan
vokasional dan kedua penambahan institusi pendidikan teknik dan vokasional.
Menurut Khairul Anwar, (2009), pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan
Teknikal dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran Malaysia telah
ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk mempromosikan pendidikan teknikal
dan vokasional. Bahagian ini seterusnya diberi status jabatan dan dinamakan
Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995. Selain merangka polisi,
jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal
dan vokasional selaras dengan program pengindustrian dan modernisasi Negara.
Menurut beliau lagi, pada peringkat awalnya penubuhan BPTV
bahagiaan ini berfungsi untuk memastikan keseimbangan polisi pendidikan dan
perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Antara bidang
operasi yang terdapat di BPTV pada ketika itu ialah menyediakan perkhidmatan
dalam penyelidikan, perancangan, pelaksanaan, pengkoordinasian, pengawasan,
2
pemantauan perkembangan PTV dan juga sebagai agensi pusat untuk Sekolah
Menengah Teknik dan Vokasional.
Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan beberapa jenis latihan
yang berhubung rapat dengan kerja kemahiran dan teknologi, Kementerian
Penerangan,(1971). Menurut Gillie, (1973), Pendidikan Teknik dan Vokasional
juga merupakan satu program latihan semula dan direka bentuk untuk individu
bagi mendapatkan pekerjaan mahir,separa mahir atau juruteknik atau sepera
professional di dalam sesuatu pekerjaan.
UNESCO mengatakan bahawa pendidikan teknik dan vokasional
sepatutnya menjadi sebahagian daripada keseluruhan sistem pendidikan. Oleh
itu, sumber kebudayaan hendaklah dipertimbangkan. Ia bukan hanya setakat
melatih seseorang untuk sesuatu pekerjaan dengan jalan memberikan kemahiran
dan pengetahuan, tetapi diterapkan bersama dengan pendidikan am, memupuk
perkembangan sifat dan watak serta menambahkan keupayaan untuk kefahaman,
pernilaian, melahirkan pernyataan diri dan pendapat serta menyesuaikan diri
dengan alam persekitaran yang sentiasa berubah (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 1979)
Menurut Rahim Busus, (1987), Pendidikan Teknik dan Vokasional di
Malaysia adalah sebagai program secara menyeluruh yang merangkumi semua
program pendidikan dan latihan teknik dan vokasional, untuk menghasilkan
tenaga manusia di peringkat separa mahir dan mahir iaitu pada peringkat sijil dan
diploma.
Berdasarkan sejarah serta pendapat beberapa orang pengkaji kita dapat
lihat bahawa pendidikan Teknik dan Vokasional adalah amat penting kepada
Negara, justeru itu, pelbagai tindakan yang telah di ambil oleh kerajaan untuk
mengetengahkan pendidikan Teknik dan Vokasional di mata masyarakat
Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum pendidikan Teknik dan Vokasional ini
merupakan mata pelajaran yang banyak melibatkan latihan dan amali bengkel.
3
Oleh itu, mewujudkan sebuah bengkel yang efisien merupakan satu
tanggungjawab yang utama, justeru itu, cara pengendalian dan pengurusan
bengkel amat penting bagi memastikan pelajar mendapat latihan kemahiran yang
berkesan.
Menurut Rohana et.al, (2003), salah satu bidang utama dalam pendidikan
Teknik dan Vokasional adalah memberi latihan dan amali bengkel, oleh itu
wujudkan sebuah bengkel yang efisien merupakan salah satu tanggungjawab
yang utama untuk guru- guru teknik dan vokasional, hal ini bagi melahirkan
pelajar yang berpengetahuan serta berkemahiran tinggi. Pengurusan bengkel
yang efisien akan memberi kesan yang positif kepada para pelajar dalam
membina serta mempertingkatkan kemahiran mereka.
Menurut Badrie (1995), menyatakan dalam teori domino kemalangan
berlaku, 80% adalah disebabkan tindakan tidak selamat, 10% adalah disebabkan
keadaan tidak selamat dan 2% tidak dapat dielakkan kerana tidak dapat
menjangka kemalangan tersebut. Oleh itu, pengurusan bengkel yang
bersistematik dan efisien, dapat mengelakan kemalangan di dalam bengkel.
Pada dasarnya, segala bentuk aktiviti di dalam pengurusan bengkel atau
bilik khas akan mempengaruhi hasil dan kepuasan kepada pelaksana dan
pengguna bengkel. Pelaksana dan pengguna bengkel ini merujuk kepada tenaga
pengajar. Aktiviti bagi pengurusan merangkumi aspek-aspek merancang,
melaksana, mengawal dan menilai (Yahya Abdul Hamid, 1989 dalam Haslina
Yusoff, 2005). Pengurusan bengkel yang baik dan teratur bukan sahaja
memberikan kebaikan kepada proses pengajaran dan pembelajaran malah ia
menjadi kebanggaan kepada guru yang menguruskan perkara tersebut. Ini
disebabkan banyak masa dan tenaga telah digunakan bagi merancang, mengelola
dan menyelenggara sesebuah bengkel.
Menurut Nelson dalam Azimah (2008) pula, kemalangan berlaku
biasanya adalah disebabkan oleh dua punca kecuaian iaitu kecuaian manusia dan
punca daripada keadaan peralatan dan mesin serta keadaan kerja. Walau
4
bagaimanapun, semua kemalangan boleh dielakkan dengan langkah-langkah
penghindaran kemalangan. Oleh sebab itu, sebelum sesuatu kemalangan yang
merugikan berlaku langkah-langkah pencegahan kemalangan perlu diambil
secara drastik. Oleh itu, pengurusan bengkel yang efektif harus di pertingkatkan
di bengkel- bengkel PTV.
1.2 Latar Belakang Masalah
Universiti Teknologi Malaysia merupakan salah sebuah institusi
pengajian tinggi yang menawarkan pendidikan teknik dan vokasional, iaitu di
Fakulti Pendidikan di bawah Jabatan Teknik dan Kejuruteraan. Jabatan
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan berupaya untuk menghasilkan guru dan
jurulatih yang kreatif, inovatif, terampil, dan berpengetahuan dalam Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan. Para pelajar akan terlibat dalam pelbagai bidang
aktiviti penyelidikan dalam bidang teknikal dan pendidikan teknik (Mohd
Safarin, Ketua JPTK UTM)
Kursus yang di tawarkan di jabatan ini ialah Kursus Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kejurteraan Awam)/(Kejuruteraan
Mekanikal)/(Kejuruteraan Elektrik)/(Kemahiran Hidup). Kursus bertujuan
membolehkan bakal guru mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam
bidang Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Elektrik/Kemahiran Hidup serta
kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Kursus ini
merangkumi mata pelajaran pengkhususan Kejuruteraan Awam/ Kejuruteraan
Mekanikal/ Kemahiran Hidup, mata pelajaran profesional seperti asas
pendidikan, isu semasa pendidikan, teknologi maklumat dan praktikum
(http://www.utm.my/admissionutm/pdf/Prospektus%200910.pdf)
Menurut Siti Atikah (2008), bagi mengeluarkan bakal-bakal profesional
ini, kemahiran yang tinggi dalam latihan teknikal amatlah diperlukan. Di dalam
5
melahirkan mahasiswa- mahasiswa yang berkemahiran tinggi, pengurusan
bengkel yang efisen bagi latihan amali amat penting. Ini adalah untuk
memantapkan lagi ilmu yang dimiliki oleh mahasiswa sebelum melangkah ke
alam pekerjaan.
Menurut Maizul dalam Azimah (2008), menyatakan produk yang
dikeluarkan oleh sesuatu sistem pengeluaran dapat diukur dan ditentukan
kepiawaian kualitinya. Produk pendidikan tidak mudah untuk diukur dan tidak
mudah ditentukan piawaiannya. Dengan menfokuskan definisi kualiti pendidikan
kepada aspek perkhidmatan ini bererti penilaian kualiti adalah berasaskan
keadaan perkhidmatan yang diberikan dan bukan produk yang dikeluarkan oleh
sistem.
Menurut Azizi (2007) pula bahawa faktor keselamatan, kelengkapan,
persekitaran dan pengurusan mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bengkel. Justeru, faktor inilah yang pasti perlu dipastikan
untuk menghasilkan makmal yang berkualiti dalam memertabatkan penghasilan
kemahiran kepada para pelajar dan diperakui oleh pihak luar.
Menurut Md. Nazri (2004) bengkel adalah tempat melakukan kerja-kerja
amali, dimana aplikasi teori kepada praktikal mampu memantapkan penghayatan
pelajar terhadap ilmu yang dipelajari. Oleh itu, bengkel yang mempunyai
simulasi suasana pekerjaan sebenar haruslah diuruskan dengan baik bagi
memastikan pelajar memperolehi manfaat dari latihan praktikal.
Menurut Platts dalam Zunuwanas (2009), menyatakan pelajar perlu
membuat latihan pratikel dan menyelesaikan permasalahan yang diberikan
mengikut apa yang telah dipelajari dalam teori. Mereka perlu memberikan
maklum balas dan dapat mempelajari daripada latihan yang dijalankan. Menurut
Armstrong (1999), terdapat empat langkah pengurusan yang perlu dipatuhi agar
matlamat yang disasarkan dapat dilaksanakan dengan cara yang terbaik serta
6
menggunakan sumber yang berkesan, iaitu perancangan, pengorganisasian,
pemotivasian dan pengawalan.
Menurut Nelson dalam Azimah (2008) pula, kemalangan berlaku
biasanya adalah disebabkan oleh dua punca kecuaian iaitu kecuaian manusia dan
punca peralatan dan mesin serta keadaan kerja. Walaubagaimanapun, semua
kemalangan boleh dielakkan dengan sistem pengurusan serta langkah – langkah
keselamatan di ambil ketika aktiviti amali dijalankan.
Menurut Azarudin (2004), sistem pendidikan teknikal amat memerlukan
bengkel sebagai tempat pengajaran. Segala kemudahan dan peralatan perlu
dikendalikan dengan secukupnya dan di jaga dengan sempurna supaya ianya
tidak mengganggu pengajaran. Tugas yang begitu rumit dalam menguruskan
bengkel memerlukan tenaga dan perhatian dari tenaga pengajar
yangbertanggungjawab. Kebanyakan guru bengkel yang mengajar di Sekolah
Menengah Teknik mendapat pendidikan dari Maktab Perguruan Teknik (guru
bukan siswazah) dan Universiti Teknologi Malaysia (guru siswazah). Ramai
darpada mereka tidak mendapat latihan khas dalam pengurusan bengkel.
Menurut Gorman dalam Haslina (2005), telah menggariskan syarat fizikal
bengkel adalah, ia melibatkan kemudahan susunan peralatan, penggunaan dan
pengendalian ruang kerja, kepanasan, lampu, pengedaran udara serta
pemeliharaan bengkel.
Menurut Goetsch (2005), diperkenalkan oleh Herbert W. Heinrich yang
merupakan orang terawal menemui langkah pencegahan kemalangan dan
keselamatan industri. Dikenali sebagai Teori Domino Heinrich kerana mirip
kepada konsep domino iaitu apabila suatu benda itu diusik atau diganggu, benda
yang seterusnya akan turut terjejas dan ini berterusan sehingga ke benda yang
penghabisan. Dimana teori ini mempunyai lima eleman penting iaitupembawa
keturunan dan persekitaran social, kesalahan yang dilakukan oleh individu,
7
kelakuan yang tidak selamat atau hazard mekanikal dan fizikal, kemalangan dan
kecederaan.
Menurut Yahya (1989), kejayaan seorang pengurus bengkel banyak
bergantung kepada pengetahuan, kebolehan dan kepakarannya yang diperlukan
dalam pengurusan. Empat perkara penting dalam pengurusan iaitu perancangan,
penyusunan atau organisasi, pengarahan dan pengawalan. Kelemahan dalam
menguasai pengendalian alatan dan mesin di dalam bengkel juga turut
mengundang bahaya apabila melakukan kerja- kerja amali. Oleh sebab itu,
pengetahuan dan kemahiran dalam menguasai ilmu pengendalian alatan dan
mesin amat penting bagi melindungi keselamatan diri dan orang sekeliling
daripada sebarang kemalangan.
Persekitaran bengkel perlu dititik beratkan agar dapat menimbulkan
suasana yang selesa bagi mahasiswa mahupun pensyarah. Pengudaraan bagi
sesebuah bengkel perlu diambil kira seperti bukaan tingkap yang ada dan juga
pencahayaan yang cukup untuk memastikan kerja dijalankan dengan baik.
Pensyarah juga perlu memastikan ruang kerja bagi mahasiswa adalah sesuai
dengan bilangan mahasiswa yang ada. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan
bagi mengenalpasti kualiti sistem pengurusan bengkel yang berkualiti di Jabatan
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan di UTM.
1.3 Pernyataan Masalah
Salah satu bidang utama dalam pendidikan Teknik dan Vokasional adalah
memberi latihan dan amali bengkel. Oleh itu, untuk mewujudkan sebuah bengkel
yang efisien, pengurusan bengkel yang berkesan perlu dilaksanakan bagi
mengelakkan permasalahan berlaku di dalam bengkel kemahiran. Selain itu,
dalam pengurusan bengkel haruslah mempunyai satu organisasi yang mantap
untuk memcapai matlamat yang ditentukan untuk berkembang maju. Menurut
8
Atory (1986) pembinaan organisasi yang mantap dan berkesan dapat
menguruskan segala aktiviti dengan baik. Aktiviti pengurusan tidak hanya
terletak pada pensyarah dan pembantu makmal sahaja tetapi, pelajar juga turut
berperanan dalam mengurusakan bengkel, bagi memastikan sistem pengurusan
bengkel berjalan lancar.
Pengurusan bengkel PTV di JPTK masih memerlukan pemerhatian yang
serius supaya kelancaran perlaksanaannya dapat dipastikan. Oleh itu kajian ini
adalah untuk mengetahui tentang amalan pelajar- pelajar tahun akhir SPH
mengenai pengurusan bengkel di JPTK dari aspek pengurusan bahan dan alatan,
pengurusan organisasi dan pengurusan ruang. Kajian yang telah dijalankan juga
melibatkan masalah- masalah yang selalunya dihadapi oleh pelajar dalam
pengurusan organisasi bengkel, pengendalian bahan dan alatan, dan pengurusan
ruang bengkel di dalam bengkel PTV di JPTK.
1.4 Objektif Kajian
Memandangkan perlaksanaan mata pelajaran teknik dan kejuruteraan ini
amat berguna kepada bakal- bakal guru teknik dan vokasional, maka focus kajian
ini adalah berdasarkan kepada objektif berikut:
i. Mengenalpasti tahap keberkesanan pengurusan organisasi bagi tenaga
pengajar dan pembantu bengkel/ makmal di JPTK.
ii. Mengenalpasti tahap keberkesanan pengurusan bahan, peralatan dan
mesin di bengkel- bengkel dan makmal JPTK.
iii. Mengenalpasti tahap keberkesanan pengurusan ruang di bengkel dan
makmal JPTK.
9
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kajian ini, penyelidik ingin mengetahui:
i. Apakah tahap keberkesanan pengurusan organisasi bagi tenaga pengajar
dan pembantu bengkel / makmal di JPTK?
ii. Apakah tahap keberkesanan pengurusan bahan, alatan dan mesin di
bengkel dan makmal JPTK?
iii. Apakah tahap keberkesanan pengurusan ruang di dalam bengkel dan
makmal JPTK?