abdullah presiden angkasa seminar penentu halatuju...
Post on 03-Jul-2019
227 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
Teks Ucapan Perasmian
YBhg. Dato’ Haji Abdul Fattah Haji
Abdullah
Presiden ANGKASA
Seminar Penentu Halatuju Koperasi
Sekolah Negeri Terengganu
3
Assalamualaikum Warahmatullahhi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1Koperasi.
Terima kasih Pengara Majlis.
Yang Berbahagia Tuan Haji
Mohamed Jais Hassan, Pengerusi
4
Perhubungan ANGKASA Negeri
Terengganu
Yang Dihormati Puan Wan Fazida
Wan Awang, Penolong Pengarah
Kanan, Suruhanjaya Koperasi
Malaysia Cawangan Kemaman
5
Yang
Dihormati………………………………,
wakil Jabatan Pendidikan
Terengganu
Tuan-tuan dan Puan-puan
Pengetua negeri Terengganu, guru-
6
guru seterusnya hadirin dan hadirat
yang dihormati sekalian.
Syukur Alhamdulillah kepada ALLAH
S.W.T kerana dengan limpah kurnia
dan keizinan-NYA dapat kita
bersama-sama menghadiri Seminar
7
Penentu Halatuju Koperasi Sekolah
Negeri Terengganu ini.
Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan tahniah kepada
Perhubungan ANGKASA Negeri
Terengganu yang telah
8
menjalinkan kerjasama dengan
Bahagian Pembangunan
Kepimpinan dan Modal Insan
Koperasi, ANGKASA dalam
menganjurkan program ini yang
dihadiri oleh barisan Pengetua
Sekolah negeri Terengganu. Saya
9
mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua yang sudi hadir
untuk bersama-sama menjayakan
seminar ini.
Seminar ini, satu usaha ANGKASA
untuk percambahan minda dan
10
perkongsian ilmu tentang halatuju
dan perkembangan gerakan
koperasi sekolah di Negara ini.
Hadirin yang dihormati sekalian,
11
Mengikut Statistik Koperasi Sekolah
Negeri Terengganu bagi tahun
berakhir 30 Jun 2016, bilangan
Koperasi Sekolah adalah sebanyak
155 buah dengan jumlah
anggotanya seramai 105,560
orang. Jumlah keseluruhan syer dan
12
yuran adalah RM1,560,188 dan nilai
asetnya sebanyak RM18,766,825.
Jumlah perolehan pula sebanyak
RM18,914,448. Dengan angka-
angka yang dinyatakan ini, jelas
menunjukkan bahawa Koperasi
Sekolah di Terengganu mampu
13
menjana perolehan yang agak
tinggi dan mengumpul asset yang
banyak. Koperasi sekolah
pelengkap kepada koperasi
dewasa dalam menjayakan Dasar
Koperasi Negara untuk sektor
14
koperasi menyumbang RM50 bilion
menjelang 2020.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kemajuan sesebuah koperasi
sekolah dipengaruhi banyak faktor.
15
Antaranya pemilihan guru
penasihat koperasi iaitu guru-guru
yang dilantik haruslah mempunyai
kelayakan, minat dan sikap yang
positif terhadap koperasi sekolah.
Guru tersebut juga perlu
mempunyai ilmu dan asas yang
16
kukuh dalam bidang perniagaan
manakala guru yang dilantik
sebagai Bendahari harus faham
dan jelas dengan Penyata
Kewangan.
17
Selain itu, Pengetua juga perlu
memainkan peranan yang proaktif
dalam memastikan guru penasihat
koperasi menjalankan tugas
mereka berlandaskan kepada Akta
dan Undang-Undang Kecil supaya
tujuan penubuhan koperasi sekolah
18
tidak lari dari matlamat asalnya iaitu
menjaga kebajikan anggota dan
bukannya bermotifkan kepada
keuntungan semata-mata.
Matlamat koperasi sekolah adalah
untuk melatih pelajar-pelajar dalam
bidang keusahawanan.
19
Sumbangan koperasi kepada
sekolah juga adalah faktor yang
membawa kepada kemajuan
sesenuah koperasi sekolah.
Koperasi sekolah dapat memberi
impak yang besar kepada pelajar-
20
pelajar kerana dengan adanya
koperasi, pelajar-pelajar dapat
membeli barang-barang dengan
harga yang murah da nada
sesetengah koperasi sekolah
mampu meletakkan harga yang
lebih rendah dari kedai di luar.
21
Hadirin yang dihormati sekalian,
Koperasi sekolah kini telah
melangkah ke satu lagi bisnes iaitu
Kiosk. Sehingga hari ini, terdapat 19
buah koperasi sekolah telahpun
22
menjalankan perniagaan Kiosk di
perkarangan sekolah masing-
masing manalaka 9 buah koperasi
sekolah lagi dalam proses
mewujudkan Kiosk. Kop. SMK (P)
Pasir Mas Bhd, Kelantan mempunyai
10 unit kiosk diikuti Kop. SMK Kota
23
Bhd, Kelantan mempunyai 5 unit
kiosk. Dengan adanya kiosk ini,
perolehan bulanan yang diperolehi
koperasi sekolah ini dapat
ditingkatkan di samping memberi
kemudahan dan manfaat kepada
pelajar dan guru untuk membeli
24
barangan keperluan. Oleh itu, saya
sangat menyokong koperasi-
koperasi sekolah di Terengganu
untuk bersama-sama mewujudkan
kiosk di sekolah masing-masing.
25
Keuntungan yang diperolehi oleh
koperasi sekolah perlu dipulangkan
kepada anggotanya melalui
agihan dividen, rebet dan
sebagainya. Sesetengah koperasi
sekolah banyak membantu dalam
menangani prasarana sekolah.
26
Contohnya membeli buku rujukan
yang terbaru untuk diletakkan di
perpustakaan sekolah untuk
manfaat pelajar, membeli
tambahan meja dan kerusi di
kantin, membina garaj kenderaan
guru, dewan dan sebagainya.
27
Guru penasihat koperasi sekolah
juga perlu diberi ruang dan peluang
untuk menghadiri kursus atau
seminar tentang pendidikan dan
pengurusan koperasisekolah bagi
memastikan tadbir urus koperasi
28
dapat dilaksanakan dengan baik
dan efektif di samping berkongsi
idea dan pengalaman bersama
koperas-koperasi sekolah yang lain.
Selain itu, lawatan penanda aras ke
koperasi sekolah yang berjaya juga
penting bagi mendapat ilmu dan
29
idea berkaitan pengurusan dan
perniagaan yang diceburi yang
boleh mendatangkan keuntungan
kepada koperasi sekolah.
Selain itu, penglibatan pelajar
dalam pengurusan koperasi juga
30
perlu diperluaskan supaya pelajar-
pelajar mendapat pengalaman
menguruskan perniagaan. Dengan
penglibatan pelajar-pelajar, maka
ciri-ciri keusahawanan dapat
diterapkan kepada pelajar. Jatidiri
yang kental juga dapat
31
mempengaruhi kejayaan sesebuah
koperasi keran ajati diri dapat
mendidik manusia bersikap
amanah, jujur, sadik dan
bertanggungjawab.
32
Harapan saya agar semua koperasi
sekolah dapat berjalan dengan
jayanya dan dapat terus memberi
banyak faedah dan kemudahan
kepada anggotanya dan sekolah.
Dengan kerjasama semua pihak,
saya yakin ia akan memberi impak
33
yang positif terhadap kemajuan
sesebuah koperasi demi manfaat
bersama.
Akhir kata, saya berharap koperasi
sekolah akan terus sukses dan
dapat terus menyumbang dengan
berkesan kepada ekonomi negara
34
dan mampu bergerak seiring
dengan koperas-koperasi dewasa
yang berjaya.
Saya dengan lafaz
Bismillahhirrahmanirahhim,
merasmikan Seminar Penentu
top related