abdullah presiden angkasa majlis pra pelancaran...

33
1 TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN KARNIVAL PRODUK DAN PERKHIDMATAN KOPERASI

Upload: others

Post on 26-Jan-2020

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

1

TEKS UCAPAN

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS PRA PELANCARAN

KARNIVAL PRODUK DAN

PERKHIDMATAN KOPERASI

Page 2: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

2

MALAYSIA 2019 (MACCOPS 2019)

18 SEPTEMBER 2019 (RABU)

10.30 PAGI

DEWAN DATO’ MOHD ALI BAHARUM

A, ANGKASA

Page 3: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

3

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh

(PROTOKOL SAPAAN AKAN

DIBERIKAN PADA MAJLIS)

1. Terlebih dahulu saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih

Page 4: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

4

kepada semua wakil pengarang

dan rakan–rakan media yang hadir

pada Majlis Pra Pelancaran

MACCOPS 2019 pada pagi ini.

2. Saya juga amat menghargai

sokongan padu yang telah Tuan–

tuan dan Puan–Puan berikan

Page 5: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

5

dalam menyebar luas peranan,

tanggungjawab dan aktiviti yang

dijalankan ANGKASA dalam usaha

memperkasa Gerakan Koperasi

Negara.

Para Rakan Media Yang

Dihormati,

Page 6: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

6

3. Angkatan Koperasi Kebangsaan

Malaysia Berhad (ANGKASA) akan

menganjurkan KARNIVAL PRODUK

DAN PERKHIDMATAN KOPERASI

MALAYSIA 2019 (MACCOPS 2019)

EDISI KE-EMPAT yang akan

berlangsung dari 28 sehingga 30

November 2019 di Persada

Page 7: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

7

International Convention Centre,

Johor Bahru.

4. Penganjuran MACCOPS 2019

edisi ke-4 ini akan dianjurkan

bersama-sama Suruhanjaya

Koperasi Malaysia (SKM) di mana

edisi tahun ini akan menjadi

Page 8: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

8

tumpuan koperasi-koperasi dari

sektor-sektor ekonomi utama

negara, iaitu pembangunan

komuniti, kewangan, inovasi dan

teknologi, pertanian, perladangan,

pembangunan hartanah dan

pemborongan dan peruncitan,

pelancongan, penjagaan diri dan

Page 9: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

9

kesihatan yang akan membawa

pelbagai produk dan

perkhidmatan gerakan koperasi ke

peringkat perdagangan global.

5. MACCOPS telah julung kalinya

diadakan pada tahun 2014 dan

pada masa itu juga, ANGKASA

Page 10: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

10

telah mula mengorak langkah ke

pemerkasaan sektor koperasi

secara komprehensif untuk

menyebar luas produk dan

perkhidmatan mereka ke pringkat

global. MACCOPS 2017 yang

dianjurkan bersempena ICA KL

yang menghimpunkan 1,000

Page 11: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

11

pemimpin koperasi dari 104 buah

negara telah menjadi “game

changer” yang membawa nama

Malaysia ke peringkat Global.

6. Bertemakan ‘Coop Global

Gateway to Sustainable Trade’

atau ‘Koop Gerbang Global

Page 12: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

12

Perdagangan Lestari’ untuk

MACCOPS 2019 berasaskan prinsip-

prinsip strategik untuk menjadikan

Koperasi sebagai ejen

memperkasakan pembangunan

ekonomi bagi masyarakat di

seluruh dunia disamping menjadi

alat dorongan ekonomi bagi

Page 13: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

13

kumpulan terpinggir selain tempat

bergantung usahawan generasi

baru.

7. Tema ini juga sejajar dengan

hasrat ANGKASA sebagai badan

apeks koperasi negara untuk

memenuhi keperluan dan

Page 14: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

14

perkembangan ekonomi digital

ahli dan gerakan koperasi.

MACCOPS 2019 juga diharapkan

untuk memperkasa peranan

koperasi sebagai aset kelas baru

dan menjana keuntungan kepada

40 Ekonomi Global yang terendah

untuk menjadikan Malaysia

Page 15: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

15

sebagai landasan Ekonomi Halal

Dunia yang kukuh.

Para Rakan Media Yang

Dihormati,

8. Strategi MACCOPS 2019 juga

telah diselaraskan dengan Dasar

Page 16: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

16

Keusahawanan Nasional 2030 yang

diterajui Kementerian

Pembangunan Usahawan.

ANGKASA juga akan memastikan

ekspo perdagangan kali ini akan

menerapkan teras-teras Wawasan

Kemakmuran Bersama yang

Page 17: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

17

dilaksanakan oleh Kerajaan

Malaysia.

9. Seperti yang diumumkan pada

Mesyuarat Khas Kabinet yang lalu,

Wawasan baharu ini menunjukkan

komitmen Kerajaan untuk

menstruktur semula ekonomi

Page 18: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

18

Malaysia bagi menjamin ianya

terus berkembang dengan

mampan dan memberikan

kesejahteraan kepada semua

lapisan masyarakat. Hasrat

wawasan ini juga adalah agar

seluruh rakyat Malaysia mengecapi

taraf hidup wajar atau a decent

Page 19: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

19

standard of living menjelang tahun

2030.

10. Gerakan Koperasi dan

ANGKASA akan menjajarkan hala

tuju sektor koperasi dengan dasar-

dasar yang positif seperti di atas

dan InshaAllah, Gerakan Koperasi

Page 20: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

20

dengan 14, 247 koperasi dan 6

JUTA AHLI akan bersama-sama

dengan kerajaan melaksanakan

objektif Wawasan Kemakmuran

Bersama sebelum 2030 dengan

sumbangan dari sektor – sektor

koperasi ini.

Page 21: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

21

Para Rakan Media Yang

Dihormati,

11. ANGKASA akan bekerjasama

dengan pelbagai pemain industri

dalam dan luar negara secara

proaktif kerana MACCOPS 2019

merupakan persada yang terbaik

Page 22: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

22

di mana gerakan koperasi di

Malaysia dapat berdagang

memastikan ekosistem koperasi

negara berdaya tahan di samping

menjadi penyumbang kepada

KDNK Negara sehingga RM60 bilion

(unjuran) pada 2030 atau lebih

awal.

Page 23: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

23

12. Beberapa program khusus dan

berimpak tinggi yang

dirancangkan semasa MACCOPS

2019 termasuk Sesi Pemadanan

Perniagaan, Demonstrasi Produk

dan Perkhidmatan, Pocket Talk,

Perjanjian Persefahaman dan

Kontrak, Persidangan Tahunan

Page 24: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

24

ASEAN Cooperative Organization,

dan Seminar Cooperative to

Cooperative (C2C) di antara

koperasi tempatan dan

antarabangsa. Beberapa koperasi

utama antarabangsa dan syarikat

multinasional telah dijemput untuk

merancakkan pameran dan aktiviti

Page 25: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

25

perbincangan perdagangan yang

akan dilaksanakan sepanjang

MACCOPS 2019.

13. Saya bagi pihak ANGKASA

berharap penganjuran edisi ke-4

MACCOPS 2019 akan menarik

pelawat-pelawat dari masyarakat

Page 26: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

26

tempatan dan dari negara jiran

seperti Singapura dan Indonesia.

Terdapat pelbagai acara menarik

yang boleh memberi manfaat

kepada setiap lapisan masyarakat

seperti golongan kanak-kanak,

belia dan seisi keluarga. MACCOPS

2019 juga akan melaksanakan

Page 27: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

27

“jualan harga patut” yang akan

menawarkan produk-produk

barangan asas dengan harga

yang lebih rendah dan kompetitif.

14. Justeru, Sokongan padu

daripada semua pengamal media

adalah amat penting bagi

Page 28: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

28

menjayakan MACCOPS 2019.

Anda semua boleh memainkan

peranan yang penting kerana

liputan yang meluas akan memacu

gerakan koperasi Negara dan

akan memberi impak yang positif

kepada semua 6 juta ahli koperasi

Page 29: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

29

yang merupakan 20% daripada

rakyat Malaysia

15. ANGKASA menerusi Bahagian

Komunikasi Koporat ANGKASA

akan senantiasa berhubung

dengan semua pengamal media

bagi mengumumkan acara-acara

Page 30: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

30

menarik yang dirangka oleh

ANGKASA semasa MACCOPS 2019.

Semoga hubungan rapat

ANGKASA dan rakan – rakan

media akan terus diperkukuh

dengan lebih erat.

Page 31: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

31

16. Akhir kata, saya mengharapkan

Karnival MACCOPS 2019 akan terus

menjadi platform perdagangan

antara koperasi dan koperasi

(C2C) di peringkat nasional dan

global serta menjadi jambatan

yang menghubungkan masyarakat

dengan gerakan koperasi.

Page 32: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

32

17. dengan lafaz

bismillahirrahmanirrahim, saya

merasmikan Majlis Pra Pelancaran

MACCOPS 2019.

Sekian, terima kasih.

Page 33: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra

33

WabillahiTaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh