4.0 peta cadangan guna tanah 2020 - mbsa.gov.my · pdf filepenyelidikan dan pembangunan ......
Post on 31-Jan-2018
1.091 Views
Preview:
TRANSCRIPT
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-1
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
4.0 PETA CADANGAN GUNA TANAH 2020
Peta cadangan guna tanah 2020 digunakan sebagai panduan dalam
merancang dan mengawal pembangunan kawasan rancangan tempatan oleh
Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, agensi-agensi kerajaan, pemaju dan
pemilik tanah.
Peta guna tanah ini memperincikan zon kawalan pemajuan dari segi intensiti dan
jenis pembangunan yang boleh dilaksanakan, cadangan jaringan jalan raya, rizab
utiliti dan kemudahan masyarakat. Peta Guna Tanah 2020 ini perlu dirujuk bersama
pelan-pelan subjek, pelan sisipan, gambar rajah-gambar rajah, penyataan bertulis
dan jadual kelas kegunaan tanah.
4.1 Cadangan Guna Tanah 2020
Cadangan guna tanah bagi kawasan rancangan tempatan sehingga 2020
adalah seperti Jadual 4.1. Guna tanah utama didominasi oleh aktiviti
perumahan dan diikuti dengan guna tanah lain-lain.
Jadual 4.1 : Pecahan Guna Tanah RT MBSA (Pengubahan 2) 2020
Guna Tanah Luas
(Hektar)
Peratus
(%)
Kediaman 9 816.80 33.81
Industri 3 679.12 12.67
Perniagaan dan Perkhidmatan 1 172.40 4.04
Pembangunan Bercampur 337.64 1.16
Institusi dan Kemudahan Masyarakat 2 557.52 8.80
Tanah Lapang dan Rekreasi 2 193.89 7.55
Pengangkutan 4 839.12 16.66
Infrastruktur dan Utiliti 1 449.49 4.99
Pertanian 94.14 0.32
Hutan 2 105.80 7.25
Badan Air 784.08 2.70
JUMLAH 29 030.00
100.00
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-2
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-3
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-4
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
4.2 Kelas Kegunaan Tanah dan Pemakaiannya Dalam Rancangan Tempatan
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
Kelas kegunaan tanah merupakan jadual kegunaan tanah yang perlu
dibaca bersama RT MBSA (Pengubahan 2) 2020. Kelas kegunaan tanah
memperincikan aktiviti dan guna tanah / bangunan yang dibenarkan dan
yang tidak dibenarkan secara lebih jelas bagi setiap Blok Perancangan
Kecil.
Selain itu juga, kelas kegunaan tanah menjadi rujukan kepada MBSA dalam
mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang. Jadual Kelas
Kegunaan Tanah memberi penerangan seperti berikut :
Kolum 1 : Blok Perancangan Kecil
Kolum 2 : Guna Tanah Utama
Kolum 3 : Guna Tanah Sokongan Utama Yang Dibenarkan
Kolum 4 : Catatan
KOLUM 1
KOLUM 2
KOLUM 3
KOLUM 4
Blok
Perancangan
Kecil
Guna
Tanah
Utama
Kelas
Kegunaan
Yang
Dibenarkan
Guna Tanah
Sokongan
Lain Yang
Dibenarkan
Kelas
Kegunaan
Tanah
Sokongan
Yang
Dibenarkan
Catatan
Kolum yang menunjukkan
zon guna tanah utama
seperti mana yang
ditunjukkan dalam peta
guna tanah 2020
Kolum yang menunjukkan
kelas kegunaan tanah yang
dibenarkan bagi guna tanah
utama
Kolum yang
menyatakan guna
tanah sokongan lain
yang dibenarkan
selain dalam Kolum 2
Kolum ini
memperincikan
kelas
kegunaan
yang
dibenarkan
bagi jenis guna
tanah
sokongan lain
Kelas guna
tanah yang
tidak
dibenarkan.
Syarat kelas
guna tanah
lain yang
dibenarkan
Syarat bagi
kelas
kegunaan
yang
dibenarkan.
• Perkara-
perkara yang
perlu diambil
perhatian
oleh MBSA
sama ada di
dalam
membuat
keputusan
atau di
dalam
menyatakan
syarat-syarat
yang perlu
dipatuhi oleh
pemohon
kelulusan
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-5
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
Jadual 4.2 : Kelas Kegunaan Tanah dan Bangunan RT MBSA (Pengubahan 2) 2020 KELAS AKTIVITI
A - Kediaman
A1 - Kediaman Teres
Sesebuah
Berkembar /Kluster
Rumah Bandar
Rumah Berbilang Tingkat
B – Perniagaan
B1 – Perniagaan Runcit Perniagaan Runcit Makanan Dan Minuman
Perniagaan Runcit Peralatan Rumah
Perniagaan Runcit Barangan Peribadi
Perniagaan Runcit Keperluan Pembelajaran Dan
Pendidikan
Perniagaan Runcit Pertanian
Perniagaan Runcit Barangan ICT
Perniagaan Haiwan Peliharaan
B2 - Perniagaan Borong
Jualan Borong Makanan Dan Minuman
Jualan Borong Peralatan Rumah Dan Barangan
Peribadi
Jualan Borong Peralatan Kenderaan
Jualan Borong Peralatan Pertanian Dan Peralatan
Perniagaan
Jualan Borong Berskala Besar/Gudang
B3 - Perkhidmatan Peribadi
Dan Isirumah
Perkhidmatan Baik Pulih
Dobi
Kedai Gunting Rambut
Pusat Rawatan Kecantikan Dan Kesihatan
Pusat Latihan Kecergasan
Kedai / Studio Gambar
Kedai Jahit
B4 - Pusat Makanan
Restoran
Medan Selera / Penjaja
Gerai
Kiosk
B5 - Perniagaan Dan Ruang
Pameran
Perniagaan Dan Pameran
B6 - Perkhidmatan Perniagaan
Dan Profesional
Perkhidmatan Kewangan
Perkhidmatan Insurans
Syarikat Hartanah
Syarikat Pembinaan
Perkhidmatan Profesional, Seperti Perkhidmatan
Perundangan, Perundingan, Perkhidmatan ICT Dan
Pusat Data IT.
Agensi Seperti Agensi Pemasaran, Pelancongan Dan
Sewaan
Perkhidmatan Pencetakan
Sekolah Memandu
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-6
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
KELAS AKTIVITI
B – Perniagaan
B7 - Pusat Beli Belah
‘Hypermarket’ / Pasaraya
B8 - Pendidikan Swasta
Universiti
Kolej
Sekolah
Pusat Latihan
Tadika / Taska / Pusat Jagaan / Pusat Tuisyen
B9 - Rumah Kebajikan Swasta
Rumah Orang Tua / ‘Retirement Community ‘
Rumah Anak Yatim
Pusat Perlindungan
B10 - Pusat Kesihatan Swasta
Hospital
Klinik
B11 - Tanah Perkuburan Swasta
Tanah Perkuburan
Bangunan Peringatan
Bangunan Krematorium
Dewan Pengurusan Mayat
B12 - Pusat Persidangan Dan
Konvensyen
Pusat Persidangan Dan Konvensyen
B13 - Stesen Minyak Dan Gas
Stesen Minyak/Gas
Pusat Cuci Kereta/Bengkel Alat Ganti Kecil
Restoran Makanan Segera
Pasar Mini
Pusat Makanan
B14 - Bangunan Kediaman
Dan Penginapan
Komersial
Hotel /Hotel Bajet
Pusat Peranginan
Pangsapuri Perkhidmatan Komersial
SOHO
B15 - Hiburan Dan Rekreasi
Komersial
Kelab Golf
‘Driving Range’
Kelab Persendirian
Taman Hiburan (Amusement Park)
Arked Hiburan Keluarga
Pusat Boling/Snuker
‘Internet Café’
Memancing
Taman Tema
Gelanggang Permainan (Badminton, Futsal dan lain-
lain)
Litar Lumba
Pusat Sukan Lasak
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-7
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
KELAS AKTIVITI
B – Perniagaan
B17 - Asrama Pekerja
Asrama Pekerja
B18 - Asrama Pelajar
Asrama Pelajar
B19 - Enterprise
Penyelidikan Dan Pembangunan (Teknologi
Aeronautikal)
Perkhidmatan Aviation
Teknologi Maklumat Dan Multimedia
Perkhidmatan
R&D (Teknologi Aeronautikal)
B20 – Terminal Pengangkutan Terminal
Hentian bas / teksi
C – Perindustrian
C1 - Gudang (Warehouse)
Gudang Penyimpanan Barangan Dan Kargo Gudang
Transit Barangan. Pusat Penyimpanan Kenderaan
Baru Dan Terpakai.
Pusat Tahanan Kenderaan Institusi Kewangan.
Pusat Penyimpanan Kenderaan Terbiar Dan
Kenderaan Lupus Hayat.
Percetakan (Pengeluaran)
C2 - Industri Ringan
Aktiviti Industri Mengikut Garis Panduan Perletakan Dan
Penzonan Industri Jabatan Alam Sekitar Negeri
Selangor.
C3 - Industri Sederhana
Aktiviti Industri* Mengikut Garis Panduan Perletakan
Dan Penzonan Industri Jabatan Alam Sekitar Negeri
Selangor.
(*Aktiviti Industri Seperti Bengkel Membaiki Kenderaan
Bermotor Berjentera dan Aktiviti Baik Pulih Kapal Terbang
Adalah Termasuk di Bawah Kategori Ini )
C4 – Industri Berat Aktiviti Industri* Mengikut Garis Panduan Perletakan
Dan Penzonan Industri Jabatan Alam Sekitar Negeri
Selangor.
C5- Industri Khas
Industri Pembuatan Berteknologi Tinggi
Makmal Kajian
Penyelidikan Dan Pembangunan
Rekabentuk Bahan (Product Design)
Pemerosesan Maklumat / Pusat Komputer
Pembangunan Perisian
Pusat Latihan Perindustrian
Pusat Pengagihan (Central Distribution)
Industri Penerbangan
C6 - Pusat Barangan Lusuh
Dan Terpakai
Pusat Pengasingan Komponen Kenderaan Dan
‘Crusher’
Bengkel Kereta Potong Dan Jualan Borong
Kemudahan / Pusat Pemprosesan Dan Kitar Semula
Peralatan Elektrik Dan Elektronik.
Tapak Logam Skrap Dan Logam Lusuh
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-8
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
KELAS AKTIVITI
C – Perindustrian
C7 - Industri Perkhidmatan
Membaiki Kereta Dan Motosikal
Memasang Alat Ganti Dan Aksesori
Bengkel Servis Kenderaan
Jual Servis & Baiki Mesin
Pencetakan
C8 - Industri Desa / Industri
Kecil Dan Sederhana
Kraftangan
Perusahaan Makanan Ringan
Industri Kecil Sederhana
D - INSTITUSI AWAM DAN KEMUDAHAN MASYARAKAT AWAM
D1 - Institusi Awam
Pejabat / Agensi Kerajaan
Kuarters Kerajaan
Badan Berkanun
Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan
Tapak Tahanan Kenderaan Polis Dan Jabatan
Pengangkutan Jalan.
Pusat Tapak Pelupusan Aset Jabatan Kerajaan
Institusi Kebajikan
Kegunaan Kerajaan
D2 - Institusi Pendidikan Awam
Institut Pengajian Tinggi
Kolej/ Maktab
Pusat Latihan
Sekolah Menengah
Sekolah Rendah
Taska / Tadika / Tabika / Pra-Sekolah
D3 - Institusi Keselamatan
Awam
Polis
Tentera
Balai Bomba Dan Penyelamat
Jabatan Pertahanan Awam
D4 - Institusi Keagamaan
Masjid
Surau / Madrasah / Musolla
Tokong
Kuil
Gereja
Gudwara
Lain-lain Tempat Keagamaan
D5 - Tanah Perkuburan Awam
Tanah Perkuburan Islam
Tanah Perkuburan Cina
Tanah Perkuburan Hindu
Tanah Perkuburan Kristian
Bangunan Peringatan/ Krematorium Dan Dewan
Pengurusan Mayat
Tapak Perkuburan Bersepadu
D6 - Institusi Kesihatan Awam
Hospital
Poliklinik
Klinik Kesihatan
Klinik Desa
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-9
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
KELAS AKTIVITI
D - INSTITUSI AWAM DAN KEMUDAHAN MASYARAKAT AWAM
D7 - Dewan / Balai Raya
Dewan / Balai Raya
D8 - Perpustakaan
Perpustakaan
D9 - Lain-lain Kemudahan
Lain-lain Kemudahan
E - TANAH LAPANG AWAM DAN REKREASI AWAM
E1 - Tanah Lapang Dan
Rekreasi
Kompleks Sukan
Stadium
Taman Bandar
Padang Bola / Futsal
Tanah Lapang
Taman Permainan / Gelanggang Permainan
Zon Penampan / Kawasan Hijau
E2 - Taman Tasik
Kegunaan Rekreasi Khusus Taman Tasik
E3 - Taman Hutan Bandar
Kegunaan Rekreasi Khusus Taman Hutan Bandar
F - PENGANGKUTAN
F1 - Landasan Lapangan
Terbang
Runway / Taxiway
F2 - Terminal Lapangan
Terbang
Bangunan Terminal
‘Contact Pier’
Bangunan Satelit
F3 - Kemudahan Operasi
Penerbangan
‘Apron Control Tower ‘
‘Engine Test Facility ‘
‘Ground Service Equipment (GSE)’
‘Forwarders’
Alat Bantuan Penerbangan
F4 - Kemudahan Sokongan
Operasi
Lapangan Terbang Dan Lain-
Lain
‘Air Disaster’ Unit
‘Aircraft Hanger’
Bangunan Pentadbiran Dan Pengurusan
‘Maintainance Repair Overhaul (MRO)’
Bangunan Katering
‘Quarantine Facilities ‘
Kemudahan Sosial Untuk Kakitangan dan lain-lain
F5 - Kemudahan Kargo Dan
Perdagangan
‘Container Storage’
‘Cargo Complex’
‘Transit Facilities’
‘Airmail And Courier Complex’
‘Centralised Warehouse’
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-10
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
KELAS AKTIVITI
F - PENGANGKUTAN
F6 - Heliport
‘Heliport ‘
F7 - Landasan Rel
Landasan ERL
Landasan Keretapi
Landasan MRT
F8 - Lebuh Raya / Jalan Raya
(Jaringan
Jalan Raya)
Lebuh Raya / Jalan Raya (Jaringan Jalan Raya)
F9 - Terminal Pengangkutan
Awam
Terminal Pengangkutan
Hentian Bas / Teksi
‘Park & Ride’
Kawasan Tempat Letak Kenderaan Awam
F10 – Depoh Depoh
G - INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
G1 - Bekalan Elektrik
‘Co Generation Plant’
Talian Rentis
Pencawang Masuk Utama (PMU)
Pencawang Pengagih Utama (PPU)
Stesen Suis Utama (SSU)
Pencawang Elektrik (PE)
G2 - Bekalan Air
Laluan Paip Air
Rumah Pam
Tangki Air
Kolam Bekalan Air
Kolam Tadahan Air
Takat Pengambilan Air
Loji Pembersihan Air
Lain-Lain
G3 - Telekomunikasi
Pemancar Utama (Main Transmission Tower)
‘Exchange Station’
Menara Pemancar Telekomunikasi
Rangkaian Telekomunikasi
IT Hab
Stesen Radio/Televisyen
Menara Radar / Antena
Lain-Lain Berkaitan
G4 - Bekalan Gas
‘Fuel Farm’
‘Forward Fuel Base’
Stesen Agihan Gas
Stesen Daerah
Laluan Gas
Lain-Lain
G5 - Pengairan Dan Perparitan
Rangkaian Sistem Perparitan Dan Sungai
Kolam Tadahan Banjir
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-11
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
KELAS AKTIVITI
G - INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
G6 - Pembetungan
Loji Rawatan Kumbahan
Stesen Pam
Kolam Pengoksidaan
Tangki Najis
Lain-Lain
G7 - Pelupusan Sisa Pepejal
Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal
‘Incinerator’
Tapak Pelupusan
Pusat Kitar Semula
Stesen Pemindahan
Lain-Lain
H - PERTANIAN
H1 - Pertanian
Kelapa Sawit
Getah
Buah-Buahan
Tanaman Kontan
Lain-Lain
H2 - Bangunan Bagi Tujuan
Pertanian
Bangunan untuk tujuan pertanian
Stor
H3 - Penternakan
Lembu
Kambing
Biri-Biri
Ayam
Itik
Angsa
Campuran
Lain-Lain
H6 - Akuakultur
Penternakan Dalam Sangkar
I - PERHUTANAN
J - BADAN AIR
J1 – Sungai
J2 – Kolam tadahan
Sungai dan Rizabnya
Kolam Tadahan
K – PADANG GOLF
K1 – Padang Golf Padang golf
L – PEMBANGUNAN BERCAMPUR
L1 – Pembangunan Bercampur Pembangunan Bercampur
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-12
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
Jadual 4.3 : Matriks Panduan Am Kelas Kegunaan Tanah Dalam Zon Guna Tanah
Zon Guna
Tanah
Kelas
Ke
dia
ma
n
Pe
rnia
ga
an
Pe
rin
du
stria
n
Inst
itu
si
Aw
am
&
Ke
mu
da
ha
n M
asy
ara
ka
t
Tan
ah
La
pa
ng
Aw
am
d
an
Re
kre
asi
Aw
am
Pe
ng
an
gku
tan
Infr
ast
ruktu
r &
Utilit
i
Pe
rta
nia
n
Pe
rhu
tan
an
Ba
da
n A
ir
Pa
da
ng
Go
lf
Pe
mb
an
gu
na
n B
erc
am
pu
r
A – Kediaman
A1 – Kediaman √ x x o x x x o x x o o
B – Perniagaan
B1 – Perniagaan Runcit o √ o o x o x x o x x o
B2 - Perniagaan Borong x √ o x x x x x x x x o
B3 - Perkhidmatan Peribadi
Dan Isirumah o √ x x x x x x x x
o o
B4 - Pusat Makanan o √ o o o o x x o x x o
B5 - Perniagaan Dan Pusat
Pameran
x √ o x x o x x x x x o
B6 - Perkhidmatan
Perniagaan & Profesional
o √ o o x o x x x x
x o
B7 - Pusat Beli Belah o √ x x x o x x x x x o
B8 - Pendidikan Swasta o √ o x x x x x x x x o
B9 - Rumah Kebajikan Swasta o √ o x x x x x x x o o
B10 - Pusat Kesihatan Swasta o √ x x x x x x x x x o
B11 - Tanah Perkuburan
Swasta
x √ x x x x x x x x
x x
B12 - Pusat Persidangan Dan
Konvensyen
x √ x o x x x x x x
x o
B13 - Stesen Minyak Dan Gas o √ o o x o x x x x x o
B14 - Bangunan Kediaman
Dan Penginapan
Komersial
o √ x o x o x x x x x o
B15 - Hiburan Dan Rekreasi
Komersial
x √ x x o o x x x x o o
B17 - Asrama Pekerja x √ o o x x x x x x x o
B18 - Asrama Pelajar x √ o o x x x x x x x o
B19 - Enterprise x √ x x x x x x x x x x
B20 – Terminal Pengangkutan o √ o o x √ x x x x x x
C – Perindustrian
C1 - Gudang (Warehouse) x x √ x x x x x x x x x
C2 - Industri Ringan x x √ x x x x x x x x x
C3 - Industri Sederhana x x √ x x x x x x x x x
C4 - Industri Khas x x √ x x x x x x x x x
C5 - Pusat Barangan Lusuh
Dan Terpakai x x √ x x x x x x x x
x
C6 - Industri Perkhidmatan x x √ x x x x x x x x x
C7 – Industri Desa / Industri
Kecil dan Sederhana x o √ x x x x x x x x
x
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-13
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
Zon Guna
Tanah
Kelas
Ke
dia
ma
n
Pe
rnia
ga
an
Pe
rin
du
stria
n
Inst
itu
si
Aw
am
&
Ke
mu
da
ha
n M
asy
ara
ka
t
Tan
ah
La
pa
ng
Aw
am
d
an
Re
kre
asi
Aw
am
Pe
ng
an
gku
tan
Infr
ast
ruktu
r &
Utilit
i
Pe
rta
nia
n
Pe
rhu
tan
an
Ba
da
n A
ir
Pa
da
ng
Go
lf
Pe
mb
an
gu
na
n B
erc
am
pu
r
D - Institusi Awam Dan Kemudahan Masyarakat Awam
D1 - Institusi Awam o o o o x o x o o x x o
D2 - Institusi Pendidikan Awam o o o o x x x x o x x o
D3 - Institusi Keselamatan Awam o o o o x o x x o x x o
D4 - Institusi Keagamaan o o o o x x x x x x x o
D5 - Tanah Perkuburan Awam o x o o x x x x x x x o
D6 - Institusi Kesihatan Awam o o x o x o x x x x x o
D7 - Dewan / Balai Raya o o o o x x x x x x x o
D8 - Perpustakaan o o x o x x x x x x x o
D9 - Lain-lain Kemudahan o o o o x o x x x x x o
E - Tanah Lapang Awam Dan Rekreasi Awam
E1 - Tanah Lapang Dan Rekreasi o o o o √ o x o x o o o
E2 - Taman Tasik x x x o √ x x x x x o o
E3 - Taman Hutan Bandar x x x o √ x x x x x x x
F - Pengangkutan
F1 - Landasan Lapangan
Terbang x x x x x √ x x x x x
x
F2 - Terminal Lapangan Terbang x x x x x √ x x x x x x
F3 - Kemudahan Operasi
Penerbangan x x x x x √ x x x x x
x
F4 - Kemudahan Sokongan
Operasi Lapangan Terbang Dan
Lain-Lain
x x x x x √ x x x x x
x
F5 - Kemudahan Kargo Dan
Perdagangan x x x x x √ x x x x x x
F6 - Heliport x x x x x √ x x x x x x
F7 - Landasan Rel o o o o x √ x x x x o o
F8 - Lebuh Raya / Jalan Raya o o o o x √ o o x x o o
F9 - Terminal Pengangkutan
Awam o o o o x √ x x x x x
o
F10 – Depoh x x o x x √ x x x x x x
G - Infrastruktur Dan Utiliti
G1 - Bekalan Elektrik o o o o o o √ o o x o o
G2 - Bekalan Air o o o o o o √ o o x o o
G3 - Telekomunikasi o o o o o o √ o x x o o
G4 - Bekalan Gas o o o o o o √ o x x o o
G5 - Pengairan Dan Perparitan o o o o o o √ o x x o o
G6 - Pembetungan o o o o o o √ o x x o o
G7 - Pelupusan Sisa Pepejal x x o x x x √ x x x x x
G8 – Lain-lain o o o o o o √ x x x x o
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-14
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
Zon Guna
Tanah
Kelas
Ke
dia
ma
n
Pe
rnia
ga
an
Pe
rin
du
stria
n
Inst
itu
si
Aw
am
&
Ke
mu
da
ha
n M
asy
ara
ka
t
Tan
ah
La
pa
ng
Aw
am
d
an
Re
kre
asi
Aw
am
Pe
ng
an
gku
tan
Infr
ast
ruktu
r &
Utilit
i
Pe
rta
nia
n
Pe
rhu
tan
an
Ba
da
n A
ir
Pa
da
ng
Go
lf
Pe
mb
an
gu
na
n b
erc
am
pu
r
H - Pertanian
H1 - Pertanian x x x x x x x √ x x x x
H2 - Bangunan Bagi Tujuan
Pertanian x x x x x x x √ x x
x x
H3 - Penternakan x x x x x x x √ x x x x
H6 - Akuakultur x x x x x x x √ x x x x
I - Perhutanan
I1 – Perhutanan x x x x x x x x √ x x x
J - Badan Air
J1 – Sungai o o o o o o x o o √ o o
J3 – Kolam Tadahan o o o o o o x o o √ o o
K – Padang Golf
K1 – Padang Golf o o o x x x x x x x √ x
L – Pembangunan Bercampur
L1 – Pembangunan
bercampur x x x x x x x x x x x √
PETUNJUK SYARAT KEGUNAAN TANAH
Dibenarkan Dibenarkan Dengan Syarat
(Sokongan)
Tidak Dibenarkan
√ o x
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-15
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
4.3 Pembangunan Perumahan
Keperluan perumahan rancangan tempatan sehingga tahun 2020 adalah
seperti pada Jadual 4.4. Penyediaan perumahan ini memberi penekanan
untuk meningkatkan kualiti kehidupan yang lebih baik dan selesa serta
pembangunan kediaman yang mampan.
Jadual 4.4 : Keperluan Perumahan Sehingga 2020 Tahun
2010 2015 2020
Bilangan Unit Rumah 137 632 152 383 167 134 Sumber : RT MBSA 2020
Anggaran keperluan perumahan ini adalah berdasarkan sasaran
pertumbuhan penduduk dengan mengambilkira faktor-faktor tanah
persekitaran, kedapatan tanah dan dasar perumahan semasa.
Kategori kediaman terbahagi
kepada :
i. Rumah sesebuah
ii. Rumah berkembar
iii. Rumah Teres
iv. Rumah Kluster
v. Rumah bandar
vi. Rumah berbilang tingkat
Tumpuan pembangunan perumahan di kawasan rancangan tempatan
ialah di Setia Alam, Denai Alam, Seksyen U10 dan Subang di bahagian
utara. Walaubagaimanapun kawasan pembangunan Kwasa Land,
Seksyen U4 akan dibangunkan dan dijangka akan menjana pertumbuhan
perumahan yang pesat. Manakala Alam Impian dan Kota Kemuning di
selatan juga menjadi tumpuan kediaman untuk Shah Alam. Seksyen 7 pula
menjadi tumpuan pembangunan perumahan di bahagian tengah
kawasan rancangan tempatan.
Kampung-kampung tradisional dan Tanah Rezab Melayu (TRM) yang
mempunyai nilai tradisi perlu dikekalkan sebagai salah satu aset tarikan
pelancong. Selaras dengan itu, pembangunan di kawasan ini perlu
dirancang dengan sebaiknya melalui penekanan terhadap garis panduan
perancangan. Kampung-kampung tradisional dan Tanah Rezab Melayu di
kawasan rancangan tempatan adalah seperti Kampung Sg. Plong,
Kampung Merbau Sempak, Kampung Paya Jaras, Kampung Paya Jaras, Kg.
Padang Jawa, Kampung Bukit Kemuning dan Kampung Jalan Kebun.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-16
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
Bagi sebahagian kawasan ini dicadangkan kajian Rancangan Kawasan
Khas bagi mengenalpasti kaedah yang berkesan untuk memajukan dan
memandu pembangunan ini.
Pembangunan perumahan di kawasan rancangan tempatan menekankan
konsep kejiranan dengan menekankan aspek-aspek berikut :
Kemudahsampaian (accessibility)
Kesampaian (reachability)
Penggunaan (usability)
Keselamatan melalui rekabentuk (crime prevention through
environmental design)
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-17
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
4.4 Pembangunan Perniagaan
Aktiviti perniagaan akan terus bertumpu
dan memperkukuhkan pusat-pusat
perdagangan dan pusat perkhidmatan
sedia ada di daerah ini. Galakan akan
terus diberikan terhadap penggunaan
ruang-ruang perniagaan kosong semasa
terutamanya di kawasan pembangunan
baru. Keluasan kawasan perniagaan
dianggarkan akan meningkat sehingga
lebih kurang 1172.40 hektar bagi
keseluruhan kawasan RT MBSA pada 2020.
SACC Convention Centre, Shah Alam
Selaras dengan strategi penyerakan pembangunan dari pembangunan di
kawasan sedia ada, pembangunan perniagaan dicadang diserakkan ke
kawasan pinggiran daerah ini di mana langkah ini dijangkakan mampu
memajukan kawasan Tanah Rizab Melayu di samping meningkatkan
penyertaan bumiputera dalam sektor perniagaan.
4.5 Pembangunan Perindustrian
Pembangunan industri di kawasan RT dijangka akan mengalami
transformasi dan menjadi lebih maju yang menjurus ke arah industri
berteknologi tinggi dan industri modal bernilai tambah tinggi serta bidang
penyelidikan dan pembangunan. Industri berintensif buruh dijangka akan
terus berkurangan dan kurang memainkan peranan dalam pembangunan
wilayah.
Berdasarkan senario ini, pengukuhan kawasan-kawasan perindustrian sedia
ada dicadangkan di samping pembentukan zon-zon pembangunan
perindustrian baru yang berteraskan ke arah berteknologi tinggi, industri
modal bernilai tambah tinggi serta bidang-bidang penyelidikan dan
pembangunan sumber-sumber yang terdapat di daerah ini. Kawasan
Perindustrian Shah Alam didapati mempunyai potensi tinggi untuk
dibangunkan ke arah tersebut.
Pengukuhan pembangunan industri kawasan MBSA adalah bagi
mengambil peluang sepenuhnya penggalakan pertumbuhan ekonomi
kawasan Koridoraya Multimedia (KRM). Pengukuhan kawasan-kawasan
industri ini juga mampu untuk menyerakkan pembangunan keluar dari
kawasan sesak dan dijangka mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas
kawasan tersebut.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-18
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
Kawasan-kawasan industri ini akan mempunyai pengkhususan masing-
masing agar mampu bersaing selaras dengan perkembangan perindustrian
di peringkat global.
Bagi aktiviti perindustrian berat dan berintensif buruh di Shah Alam, adalah
digalakkan untuk mengubah struktur industri sedia ada kepada industri
berasaskan intensif modal dan berteknologi tinggi. Langkah pemindahan
dan perubahan struktur industri ini dijangka dapat mengurangkan
kesesakan di kawasan-kawasan tersebut serta dapat mengubah arah aliran
pergerakan trafik dan pengangkutan di daerah ini.
Aktiviti perindustrian tanpa kebenaran di Kampung Baru Subang dan
Kampung Baru Sungai Buloh akan ditangani dengan pelaksanaan program
pemutihan kilang tanpa kebenaran. Cadangan ini perlu, memandangkan
jenis-jenis industri di kawasan ini lebih bercorak ‘value added’ yang mana
merupakan salah satu sumber tarikan pelabur asing ke kawasan RT.
Cadangan pembangunan perindustrian akan melibatkan langkah-langkah
seperti berikut:-
i. Pengekalan industri sedia ada
ii. Penempatan semula industri yang bercanggah dengan guna tanah ke
kawasan terancang dan langkah-langkah pemutihan
iii. Peningkatan taraf kemudahan kawasan industri
iv. Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran dengan merujuk kepada
Garis Panduan Syarat Teknikal Minima Kilang Tanpa Kebenaran Negeri
Selangor (GPSTMKTK Selangor)
v. Pembangunan industri baru di atas lot industri kosong
vi. Pembangunan industri baru komited
vii. Zon industri baru.
Terdapat beberapa industri yang beroperasi di luar kawasan perindustrian
terutamanya di Kampung Merbau Sempak, Seksyen U17 dan Subang.
Industri-industri ini memerlukan pemantauan dari segi aktiviti / operasi bagi
mengelakkan gangguan ke kawasan persekitaran. Industri-industri ini
dicadangkan untuk dipindahkan ke dalam kawasan perindustrian
berhampiran.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-19
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
4.6 CADANGAN REKABENTUK BANDAR, PEMBANGUNAN LANSKAP DAN REKREASI
Corak pembangunan yang telah terbentuk di kawasan RT ini secara
umumnya telah memperlihatkan kepada pertumbuhan hutan konkrit
khususnya di kawasan pusat-pusat bandar dan kawasan petempatan sedia
ada. Penyerakan pembangunan dilihat berkembang sejajar mengikut
koridor lebuh raya dan jalan-jalan utama yang seterusnya menyukarkan
penentuan sebenar persempadanan, imej dan karakter kawasan RT.
Kesan daripada ini juga memperlihatkan kawasan hijau, kawasan hutan
termasuk Kawasan Sensitif Alam Sekitar terus diterokai untuk pembangunan
dengan tidak menitikberatkan kesannya terhadap kualiti alam sekitar
dalam jangka masa panjang.
Sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan perbandaran
mampan langkah-langkah am berikut dicadangkan akan dilaksanakan di
kawasan RT ini yang mana perincian cadangan -cadangan ini akan
dijelaskan di bahagian ll laporan ini :-
Cadangan imej dan reka bentuk bandar keseluruhan kawasan RT adalah
berdasarkan sasaran memastikan suasana perbandaran yang seiring
dengan pencapaian bandar bertaraf dunia dan bandar di negeri maju.
Kawasan-kawasan pembaharuan bandar dan kawasan pembangunan
baru dari kawasan usang dan sesak telah dikenal pasti secara jelas untuk
dibangunkan sebagai komponen ekonomi dan kebudayaan bandar yang
lebih efisien, di samping mengenal pasti mana-mana kawasan
pembaharuan bandar serta pembangunan semula yang berpotensi untuk
membantu mempertingkatkan imej MBSA.
Pengukuhan Imej Perbandaran Melalui Pembangunan Baru dan
Pembaharuan Bandar Selaras Dengan Sasaran Negeri Maju
Pembentukan imej bandar yang ideal
memainkan peranan penting dalam
penentuan fungsi sesuatu bandar.
Pengukuhan Imej Perbandaran Melalui Elemen Reka Bentuk Bandar Berdasar Fungsi dan Peranan Bandar
Bagi menjadikan daerah ini sebagai
kawasan bandar metropolitan yang
responsif (mesra pengunjung) dan
bagi meningkatkan legibiliti
pengunjung, berdasarkan fungsi dan
peranan bandar, beberapa usaha
dicadangkan termasuk :
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-20
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
i. Cadangan peningkatan imej pintu-pintu masuk utama dan titik-titik
ketibaan dengan mengaplikasikan imej moden di pintu-pintu masuk
utama ke kawasan MBSA di dalam bentuk pintu gerbang masuk, papan
billboard, arca atau papan alu-aluan ketibaan iaitu di pintu-pintu masuk
utama dan persekitaran laluan ke Pusat-Pusat Bandar.
ii. Cadangan peningkatan imej bandar melalui peningkatan tahap
kefahaman peta minda oleh penyediaan elemen reka bentuk bandar
dengan langkah mengukuhkan elemen sedia ada atau mencadangkan
elemen reka bentuk bandar yang baru. Antara lain ialah mengukuhkan
elemen mercu tanda di kawasan tumpuan pusat bandar seperti :
Memperindah persekitaran mercu tanda sedia ada dan mengenal
pasti mercu tanda baru bagi kawasan-kawasan utama perbandaran
Mengawal pembangunan di persekitaran mercu tanda sedia ada
untuk memastikan koridor visual ke arah mercu tanda terpelihara
berdasarkan pengalaman bersiri pengguna laluan utama dan
pejalan kaki
Mewujudkan titik-titik nodus bandar yang baru dan meningkatkan
ruang-ruang awam sedia ada supaya dapat berfungsi sebagai
nodus bandar yang aktif.
Memastikan rangkaian hubungan fizikal dan visual antara daerah-
daerah bandar serta elemen-elemen bandar supaya dapat
mengujudkan persekitaran bandar yang harmoni dan mesra
pengguna.
Mengenal pasti titik-titik vista dan aksis bandar untuk meningkatkan
tahap ‘legibility’ bandar.
iii. Cadangan peningkatan imej bandar melalui kesesuaian pandangan
dan fungsi kawasan (‘Visual appropriateness’). Bagi cadangan ini,
bahagian ll akan akan menunjukkan cadangan penataan imej yang
bersesuaian MBSA dan juga berdasarkan kepada kesesuaian
pemakaian imej berkenaan di daerah-daerah bandar. Penataan imej
ini boleh direka bentuk di dalam bentuk lampu jalan, papan tanda
jalan/ tanda arah dan papan maklumat, struktur kerangka banner dan
’billboard’ majlis, hentian bas, bentuk papan iklan perniagaan dan
tandas awam.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-21
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
Penataan imej bandar sepanjang koridor pengalaman visual bersiri adalah
penting di dalam membentuk imej dan pemahaman pengunjung tentang
karakter bandar secara keseluruhannya. Pengalaman visual bersiri ini boleh
mempengaruhi persepsi pengunjung tentang imej sesuatu kawasan dan
ianya perlu diintegrasikan dengan koridor alam semula jadi sebagai
sebahagian aset reka bentuk bandar. Untuk itu, dua aspek pengawalan
reka bentuk terlibat seperti berikut :
Memastikan semua kawasan yang membentuk koridor visual utama
bandar terutama di sepanjang jalan-jalan protokol dan jalan utama
rentas perbandaran di rancang dengan kawalan imej visual yang
sepadan termasuk kawasan koridor visual yang perlu dikawal.
Memastikan pengekalan latar belakang bandar di dalam bentuk
kawasan hijau, kawasan berbukit, pemeliharaan kawasan mempunyai
pokok-pokok matang dan semua kawasan ciri semula jadi untuk diadun
di dalam perancangan visual terutama sepanjang koridor visual utama
lebuh raya dan pengangkutan rel.
Mencadangkan penambahbaikan visual melalui usaha ‘screening’
kawasan - kawasan berkualiti visual rendah dari koridor laluan utama
bandar.
Penentuan zon-zon berkarakter khusus yang boleh diketengahkan sebagai
nodus aktiviti bandar / ‘meeting points’ untuk meningkatkan tahap
kepelbagaian (‘variety’ dan ‘’richness’ ) daerah ini. Kemampuan zon-zon
berkarektor khusus ini untuk menarik kedatangan pengunjung dan
kemampuannya berfungsi secara aktif dan efisien akan meningkatkan rasa
kecintaan dan kepunyaan kepada penduduk kepada bandar mereka.
Dari sudut pembangunan lanskap, secara umumnya, Pusat Bandaraya
Shah Alam mempunyai pembangunan lanskap yang baik dan terancang
dengan ruang pembangunan yang fleksibel.
Bagi memastikan pembangunan ladskap agar lebih kondusif dan selamat
bagi pengguna, cadangan pendekatan pembangunan lanskap bagi
daerah ini akan menitikberatkan aspek-aspek berikut:
Dicadangkan “Urban redevelopment” seperti pembangunan semula
kawasan usang, program menaik taraf fasiliti sedia ada,
mempelbagaikan guna tanah dalam satu-satu kawasan,
mengoptimumkan kawasan sedia ada dengan sebaiknya dengan
pendekatan lanskap;
Pengukuhan Imej Perbandaran Melalui Penataan Koridor Visual dan Koridor Alam Semula Jadi
Penentuan Zon-zon Berkarakter Khusus / Beridentiti Distingtif
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-22
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
Penyelarasan penggunaan tanah dengan lebih efektif bagi mengenal
pasti kawasan untuk penyediaan jaringan ruang luaran berlanskap;
Mengintegrasikan pembangunan lanskap di dalam semua aspek
kawasan pembangunan sedia ada dan akan datang seperti
penggunaan “vertical landscaping”, “linear park” dan peningkatan
semula kualiti rupa bentuk bandar.
Mengintegrasikan semua pembangunan lanskap persisiran sungai
dengan kawasan lapang sedia ada bagi mewujudkan rangkaian
kawasan rekreasi yang berfungsi dan berkesan. Ini termasuk
penggabungan dan penjalinan antara kawasan rekreasi berlanskap
dengan pusat-pusat perniagaan dan perkhidmatan bagi
mengoptiomakan fungsi dan penggunaan kemudahan yang
disediakan. Cadangan ini perlu dilaksanakan melalui perancangan
elemen-elemen lanskap seperti ‘stopping point’, tempat/ruang makan
dan ‘convenience kiosk’ yang mampu meningkatkan kualiti keselesaan
dan keselamatan.
Membangunkan kawasan-kawasan tasik dan badan air sebagai
kawasan sebagai kawasan rekreasi berlanskap yang digandingkan
dengan corak pembangunan berhadapan air.
4.7 CADANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN PENGURUSAN LALU LINTAS
i. Sistem Rangkaian Jalan Raya
Sistem pengkelasan jalan raya yang lebih jelas mengikut hirarki adalah
penting dalam perlaksanaan program pembaikan jalan, pembinaan
jalan baru dan menaiktaraf jalan-jalan sedia ada.
Lebuh raya berfungsi sebagai laluan kepada lalu lintas wilayah dan
mempunyai reka bentuk yang tinggi. Laluan masuk adalah terhad
dengan jarak minimum antara dua persimpangan ialah 3 kilometer.
Jenis persimpangan yang dibenarkan adalah persimpangan bertingkat.
Pengagih utama berfungsi sebagai laluan jarak jauh menghubungkan
lalu lintas antara bandar. Pengawalan masuk ke pengagih utama
mestilah dibuat. Jarak minimum antara persimpangan dicadangkan 1
kilometer dan jenis persimpangan yang dicadangkan adalah
persimpangan berlampu isyarat atau jenis persimpangan bertingkat jika
didapati isipadu lalulintas terlalu tinggi.
Pengagih sekunder berfungsi sebagai jalan pengumpul yang
menghubungkan lalu lintas ke pengagih utama. Jenis persimpangan
yang dicadangkan bagi jalan sekunder adalah jenis persimpangan
berlampu isyarat atau persimpangan keutamaan. Beberapa jalan
negeri juga telah dinaiktarafkan menjadi jalan pengagih sekunder.
Antaranya ialah cadangan jalan baru yang menghubungkan Bandar
Baru Sungai Buloh ke cadangan Lebuh Raya Meru Link.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-23
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
Pengagih tempatan merupakan jalan-jalan dalam bandar, taman
perumahan dan kampung-kampung. Pengagih tempatan digunakan
oleh lalu lintas jarak dekat. Rajah 6.7 menunjukkan jaringan jalan
keseluruhan kawasan MBSA yang melibatkan pengekalan jalan sedia
ada, cadangan naik taraf dan cadangan jalan baru.
a. Cadangan Jaringan Jalan Raya dan Pembinaan Jalan Baru
Di kawasan MBSA , terdapat 9 cadangan jalan baru termasuk juga
pembangunan jalan baru yang komited. Cadangan jalan ini
dijangka akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di samping
menampung keperluan lalu lintas. Antaranya ialah :
Cadangan Lebuh Raya Lembah Klang Utara Baru, 6 lorong 2
hala, dengan rizab 66 meter.
Cadangan Lebuh Raya Meru Link, 4 lorong 2 hala, dengan rizab
66 meter.
Cadangan Lebuh Raya Ekspress Pantai Barat, 6 lorong 2 hala,
dengan rizab 66 meter.
Lebuh Raya LKSA (Shah Alam – Kemuning), 4 lorong 2 hala,
dengan rizab 66 meter.
Cadangan jalan baru, 4 lorong 2 hala, dengan rizab 40 meter,
yang menghubungkan Bandar Baru Sungai Buloh dengan
cadangan Lebuh Raya Meru Link.
Cadangan jalan baru, 4 lorong 2 hala, dengan rizab 30 meter
yang menghubungkan Seksyen 31 dengan Bukit Lanchong.
Cadangan jalan baru, 2 lorong 2 hala, dengan rizab 20 meter
yang menghubungkan Seksyen 28 dengan Seksyen 31.
Cadangan jalan baru, 2 lorong 2 hala, dengan rizab 30 meter
yang menghubungkan Lebuh raya Persekutuan 2 (E2) dengan
Jalan Negeri B3 (Jalan Kebun) melalui Kampung Padang Jawa
dan Kampung Sungai Kandis.
Cadangan jalan baru, 2 lorong 2 hala, dengan rizab 30 meter
sebagai sebahagian daripada Persiaran Aman.
b. Cadangan Menaiktaraf Jalan dan Persimpangan
Beberapa jalan telah dikenalpasti untuk tujuan dinaiktaraf supaya
dapat menampung kapasiti lalu lintas yang semakin bertambah.
Jalan-jalan tersebut ialah:
Laluan Persekutuan 3214 (Jalan Batu Tiga - Sungai Buloh), yang
dinaiktaraf kepada laluan 6 lorong 2 hala dengan rizab 40 meter.
Laluan Persekutuan 3214 (Jalan Batu Tiga –Sungai Buloh) yang
dinaiktaraf menjadi sebahagian Lebuh Raya Koridor Guthrie,
kepada 6 lorong 2 hala, dengan rizab 40 meter.
Laluan Persekutuan 190 (Jalan Bukit Kemuning), yang dinaiktaraf
kepada laluan 4 lorong 2 hala, dengan rizab 40 meter.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-24
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
Laluan Persekutuan 54 (Jalan Sungai Buloh), yang dinaiktaraf
kepada laluan 4 lorong 2 hala, dengan rizab 30 meter.
Laluan Persekutuan 15 (Jalan Lapangan Terbang Subang), yang
dinaiktaraf kepada laluan 4 lorong 2 hala, dengan rizab 30 meter.
Persiaran Hishamudin, yang dinaiktaraf kepada 6 lorong 2 hala,
dengan rizab 40 meter.
Persiaran Sukan dari Bulatan Stadium ke persimpangan Laluan
Persekutuan 3214, yang dinaiktaraf kepada 6 lorong 2 hala,
dengan rizab 40 meter
Persiaran Raja Muda sehingga Lebuh raya Shah Alam [E5], yang
dinaiktaraf kepada laluan 4 lorong 2 hala dengan rizab jalan 40
meter
Bagi mengatasi masalah kesesakan di persimpangan pula,
beberapa persimpangan akan dinaiktaraf seperti berikut:
Bulatan Jubli Perak.
Bulatan Sejahtera.
Bulatan Kayangan.
Bulatan Megawati.
Bulatan Stadium.
Persimpangan bertingkat di Lebuh raya Persekutuan 2 / Laluan
Persekutuan 3214 (Jalan Batu Tiga – Sungai Buloh) / Laluan
Persekutuan 3214 (Persiaran Jubli Perak).
Persimpangan bertingkat di Laluan Persekutuan 3214 (Jalan Batu
Tiga – Sungai Buloh) / Persiaran Kerjaya / Persiaran Sukan .
Persimpangan bertingkat di Laluan Persekutuan 3214 (Jalan Batu
Tiga – Sungai Buloh) / jalan sedia ada menuju ke TTDI Jaya.
Persimpangan bertingkat di Laluan Persekutuan 3214 / Persiaran
Selangor.
Persimpangan bertingkat di Laluan Persekutuan 54 / Persiaran Jati.
Persimpangan bertingkat di Laluan Persekutuan 54 / Laluan
Persekutuan 3214.
Persimpangan bertingkat di Persiaran Sukan / Persiaran Akuatik /
Jalan Lontar Peluru 13/39.
Simpang tiga berlampu isyarat di persimpangan Persiaran Sukan /
Jalan Lontar Lembing 13/38.
Simpang tiga berlampu isyarat di persimpangan Jalan Lompat
Pagar 13/37 / Jalan Lontar Lembing 13/38.
Simpang tiga berlampu isyarat di persimpangan Persiaran Sukan /
Jalan Tukul Besi 13/41.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-25
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
Lebuh Raya Jalan Persekutuan
Jalan Negeri
Jalan Tempatan
Cadangan Lebuh Raya
Cadangan Jalan
Menaiktaraf Jalan
Cadangan Persimpangan
Cadangan Naik Taraf Persimpangan
Nombor Jalan
PETUNJUK
SKALA 1 : 2500M
RANCANGAN TEMPATAN
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (PENGUBAHAN 2) 2020
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-26
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
ii. Cadangan Mempertingkatkan Sistem Pengangkutan Awam
Sistem pengangkutan awam di Kawasan RT terdiri daripada
perkhidmatan bas, kereta api dan teksi.
a. Cadangan Terminal Pengangkutan Awam
Terminal pengangkutan awam dicadangkan akan disediakan di
Setia Alam, Seksyen U13 dan di Seksyen U4 (pembangunan Kwasa
Land Sdn. Bhd.). Terminal di Seksyen U4 akan berfungsi sebagai pusat
transit peralihan mod pengangkutan yang melibatkan perkhidmatan
rel, transit, bas dan teksi. Ia akan berperanan sebagai pusat
pengangkutan utama dan menjadi pusat transit utama kepada
pengguna untuk ke Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Kuala
Lumpur.
Dua terminal pengangkutan awam sedia ada yang akan dinaiktaraf
iaitu di Seksyen 17 dan di Bukit Jelutong (U8) manakala terminal di
Seksyen 27 dikekalkan.
b. Cadangan Mempertingkatkan Perkhidmatan Bas
Terdapat 5 cadangan laluan baru perkhidmatan bas iaitu :-
Puncak Alam melalui Bukit Jelutong.
Seksyen 17 melalui Seksyen 7.
Seksyen 25 melalui Seksyen 17.
Seksyen 32 (Bukit Kemuning) melalui Seksyen 17.
Seksyen 30 melalui Kota Kemuning dan Bukit Rimau.
Terdapat juga 3 pertambahan laluan iaitu :-
Seksyen 8 – Lebuh raya Persekutuan 2.
Seksyen 19 – Seksyen 30 (Bukit Kemuning).
Seksyen 13 – Pusat Bandar Shah Alam.
Setiap laluan bas inter Blok Perancangan adalah dengan kekerapan
perjalanan setiap 20-30 minit. Bagi laluan di antara kawasan MBSA
dengan kawasan berjiran pula adalah dengan kekerapan 15 minit
bagi setiap perjalanan.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-27
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
c. Cadangan Perkhidmatan Rel dan Transit
Cadangan untuk menyediakan stesen dan laluan perkhidmatan rel
serta transit di kawasan RT adalah di Seksyen U4 (pembangunan
Kwasa Land Sdn. Bhd.) laluan transit (MRT) Sg. Buloh – Kajang.
Juga sedang dibangunkan Stesen LRT di Glenmarie, Seksyen U1 dan
di Putra Heights, Subang Jaya yang terletak bersempadan kawasan
Rancangan Tempatan.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-28
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
Lebuh Raya Jalan Persekutuan
Cadangan Laluan Rel
Cadangan Laluan Transit
Cadangan Stesen Rel Cadangan Stesen Transit Landasan Keretapi / Komuter Stesen Komuter
SKALA 1 : 2500M
PETUNJUK
RANCANGAN TEMPATAN
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (PENGUBAHAN 2) 2020
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-29
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
4.8 CADANGAN PEMBANGUNAN PELANCONGAN
Pembangunan pelancongan di kawasan RT menumpukan kepada Konsep
Pelancongan Bandar “(urban tourism)” seperti berikut :
Rajah 4.5 : Lokasi Pelancongan di Shah Alam Tema Kawasan Pelancongan
Pelancongan Alam Semulajadi Taman Botani Negara Shah Alam,
Seksyen U11
Bukit Cherakah, Seksyen U11
Pelancongan MSC i-City, Seksyen 7
Pelancongan Sukan Stadium Melawati dan Stadium Tertutup,
Seksyen 13
Extreme Park, Seksyen 13
Pelancongan Persidangan dan
Pameran
Pusat Bandar, Seksyen 14
Pelancongan Membeli Belah SACC Shah Alam
Bazarena, Seksyen 13
Space U8, Seksyen U8
Setia City Mall, Seksyen U13
Pelancongan Taman Tema Wet World, Seksyen 3
i-City, Seksyen 7
Bagi meyokong pembangunan pelancongan, kemudahan sokongan
seperti sistem pengangkutan, penginapan dan ICT akan disediakan
secukupnya.
Taman Botani Negara Shah Alam
i-City, Shah Alam
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-30
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
4.9 Alam Sekitar dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah perkara yang
dititikberatkan dalam RT MBSA (Pengubahan 2) 2020. Kawasan yang telah
dikenalpasti sebagai kawasan sensitif alam sekitar dalam kawasan RT
adalah seperti berikut :
Hutan Simpan Bukit Cherakah
Tanah tinggi
Kawasan tadahan Subang
Kawasan sekitar Hutan Simpan Bukit Cherakah dan kawasan tadahan
Subang, lingkungan 300 meter radius dikekalkan sebagai kawasan
pertanian bagi memastikan kawasan sensitif alam sekitar tersebut tidak
terganggu dan tercemar.
Pembangunan kawasan tanah tinggi di Seksyen U10 perlu dikawal dan
perlu mematuhi Garis Panduan Perancangan Pembangunan Kawasan
Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan Tanah Tinggi Negeri Selangor. Selain itu,
kehendak-kehendak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) seperti tidak
membenarkan sebarang bentuk pembangunan di kawasan yang
mempunyai kecerunan lebih dari 35 darjah perlu dipatuhi.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-31
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
4.10 Perancangan Infrastruktur dan Utiliti
4.10.1 Saliran dan Perparitan
Sistem saliran semula jadi di kawasan MBSA, khususnya Sg. Kandis di
BPK 2 dan Sg. Damansara di BPK 5 perlu dinaiktaraf, diselenggarakan
dan dibaik pulih bagi mengekalkan muatan aliran semula jadi. Kerja-
kerja penyaluran anak sungai Sg. Klang yang cetek hendaklah
disegerakan di BPK 2 iaitu di kawasan Sg. Kandis. Perangkap sampah
perlu disediakan dititik keluar longkang dalaman ke longkang
monsun serta sebelum masuk ke Sg. Klang. Bagi kawasan Kg. Melayu
Subang, sistem perparitan bandar sedia ada hendaklah dinaikkan
taraf untuk menampung aliran sedia ada serta pembangunan baru
di BPK 5 iaitu di sekitar Kg. Paya Jaras.
Kolam tadahan banjir perlu dibina bagi takungan air larian
permukaan di dalam pembangunan Pusat Wilayah serta bandar-
bandar baru dan dapat berfungsi sebagai kolam rekreasi. Reka
bentuk sistem saliran dan pengairan hendaklah mematuhi Garis
Panduan Manual Saliran Mesra Alam oleh Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS).
Kolam tadahan sedia ada di kawasan RT dilihat mampu
menampung janaan aliran permukaan sedia ada.
Walaubagaimanapun bagi perancangan pembangunan baru
kolam tadahan baru perlu diwujudkan bagi menampung
penambahan aliran permukaan sebelum di saliran kepada saliran
sedia ada dengan mematuhi Garis Panduan MSMA serta kehendak
JPS.
Bagi pembangunan sedia ada dan baru di kawasan komersial air
buangan dari dapur basuhan restoran makanan hendaklah dirawat
terlebih dahulu menggunakan Perangkap Minyak “(Grease Trap)”
sebelum dialirkan ke dalam sistem perparitan sedia ada.
4.10.2 Pembentungan
Sistem pembetungan dan rawatan kumbahan berpusat
dicadangkan pembinaannya di kawasan Bukit Lanchong dan
kawasan-kawasan pembangunan baru khasnya di BPK 2 iaitu di
kawasan Sg. Kandis dan BPK 5 iaitu di kawasan Kg. Paya Jaras.
Setiap kumbahan mestilah menjalani rawatan yang terperinci
sebagaimana garis panduan pihak JPP sebelum dilepaskan ke
dalam saliran semula jadi khasnya Sg. Klang.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-32
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
Loji rawatan sedia ada di Bukit Lanchong, di Bukit Jelutong dan di
Bukit Rahman Putra perlu dinaiktarafkan kepada sistem mekanikal
bagi menampung penyambungan baru akibat dari penambahan
bebanan P.E daripada rancangan perumahan baru.
Untuk pembangunan baru bagi kawasan perancangan sistem
pembetungan baru perlu diadakan bagi menampung bebanan
kumbahan mengikut saiz pembangunan baru. Kelulusan reka bentuk
sistem kumbahan berpusat mengikut saiz Penduduk Setara (P.E)
hendaklah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.
Satu tapak loji rawatan kumbahan berpusat baru dicadangkan bagi
menampung kawasan Kota Kemuning, Jalan Kebun dan Seksyen 27,
Shah Alam.
4.10.3 Pelupusan Sisa Pepejal
Sebuah pusat pungutan sampah (‘transfer station’) dicadangkan di
BPK 1 iaitu di Seksyen 21 bagi menyediakan tempat pusat pungutan
sampah (‘transfer station’) yang mencukupi sebelum dihantar ke
Bukit Tagar di Hulu Selangor.
Pusat pungutan sampah (‘transfer station’) di Seksyen 21 juga
dicadangkan sebagai Pusat Pungutan.
4.10.4 Bekalan Air
Dua jenis paip utama dicadangkan
dinaiktarafkan merentasi BPK.1 di sekitar
Pusat Bandar iaitu 1200mm, dan 1000mm
garis pusat. Pada tahun 2020 kadar
penggunaan air per kapita adalah pada
paras 220 liter/orang/sehari. Kadar
permintaan air bagi penduduk di dalam
BP1 pada tahun 2020 ialah sebanyak
386.23 juta liter sehari. Bekalan air dari loji
sedia ada dari Skim Bekalan Air Sungai
Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dijangka dapat
menampung unjuran permintaan sehingga tahun 2020. Walau
bagaimanapun bagi skim baru dalam kawasan perancangan baru
perlulah menyediakan tangki-tangki simpanan baru dan paip-paip
agihan baru.
Paip-paip lama yang bersaiz kecil perlulah diganti dengan paip yang
lebih berkualiti untuk mengurangkan kejadian kebocoran. Bekalan
air di Daerah Petaling akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Syarikat
Bekalan Air Selangor (SYABAS).
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-33
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
4.10.5 Bekalan Elektrik
Bekalan elektrik dijangka dapat menampung keperluan keseluruhan
daerah ini sehingga tahun 2020. Namun demikian satu Pencawang
Pembahagi Utama (PPU) dicadangkan di Perindustrian Bukit
Kemuning.
4.10.6 Sistem Telekomunikasi
Sistem telekomunikasi bagi daerah ini juga dijangka tidak
menghadapi masalah sehingga tahun 2020. Cadangan adalah lebih
kepada peningkatan taraf kemudahan dengan menggunakan
sistem ‘Coded Digital Multiple Access’ (CDMA).
Mutu perkhidmatan juga boleh dinaik taraf kepada penggunaan
sistem berasaskan “fibre optic” berbanding “copper” yang diguna
sekarang yang berkapasiti tinggi untuk menghantar data. Ini selaras
dengan perkembangan teknologi audio dan grafik semasa.
4.10.7 Sistem Bekalan Gas
Memandangkan penggunaan sistem berpusat masih tidak begitu
menggalakkan di daerah ini, maka dicadangkan setiap kawasan
perumahan baru disediakan infrastruktur paip gas sewaktu kelulusan
awal pembangunan. Namun begitu, digalakkan supaya penukaran
kelengkapan perlu dibuat di setiap unit rumah baru, di mana
kelengkapan dapur perlu sesuai dengan sistem talian gas berpusat
berbanding sekarang yang hanya menggunakan tong gas individu.
R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4-34
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (PENGUBAHAN 2) 2020
Cadangan Pusat Kitar Semula
Cadangan Tapak Pemindahan Sampah
Cadangan Tapak Rawatan Kumbahan Berpusat (CSTP)
Cadangan Menaik Taraf Rawatan Kumbahan Berpusat Sedia Ada
Cadangan Perangkap Sampah
Jajaran Paip Air (Cadangan)
Jajaran Paip Air (Sediada)
Sistem Perparitan
Cadangan menaiktaraf rawatan kumbahan berpusat kumbahan berpusat yang sedia ada
Cadangan tapak rawatan kumbahan berpusat (cstp) bagi kawasan Kota Kemuning, Bukit Rimau, Jalan Kebun dan HICOM.
Cadangan menaiktaraf sistem perparitan Langkah : Penyelenggaraan, mendalam, melebarkan serta disediakan perangkap sampah dititik masuk ke sungai
Cadangan tapak pemindahan sampah (transfer station)
Cadangan pusat kitar semula
Cadangan menaiktaraf rawatan kumbahan berpusat kumbahan berpusat yang sedia ada
Cadangan menaiktaraf sistem perparitan Langkah : Penyelenggaraan, mendalam, melebarkan serta disediakan perangkap sampah dititik masuk ke sungai
Cadangan tapak rawatan kumbahan (cstp)
Cadangan menaiktaraf rawatan kumbahan berpusat kumbahan berpusat yang sedia ada
Cadangan tapak rawatan kumbahan (cstp)
Cadangan Tangki Air Lam Bee Estate Twl 76.0m Bwl 70.0m Muatan 23ml
Tangki Air Kg. Baru
Subang Twl 29.25m Bwl 23.15m Muatan 4.6ml
Tangki Air Seksyen 7 Twl 54.9m Bwl 47.6m Muatan 45.3ml
Tangki Air Seksyen 16 (A) Twl 61m Bwl 54.9m Muatan 9.09ml Tangki Air Seksyen 16 (B) Twl 61m Bwl 54.9m Muatan 9.09ml
top related