abdul aziz bin sattar - wikipedia bahasa melayu, ensiklopedia bebas

5
7/26/14 Abdul Aziz bin Sattar - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Aziz_bin_Sattar 1/5 Datuk Aziz Sattar Datuk Aziz bin Sattar Kelahiran Abdul Aziz bin Sattar 8 Ogos 1925 Pakalongan (sebuah kampung di Pulau Bawean,melayu memanggilnya BOYAN), Surabaya Daerah (Kini: Gresik), Indonesia Meninggal dunia 6 Mei 2014 (umur 88) Kajang, Selangor, Malaysia Warganegara Malaysia Pekerjaan Penyanyi, Pelakon Tahun aktif 1950-an - 2010-an Ketokohan Lawak Agama Islam Pasangan 4 kali: Hashimah Delan, Siti Rumina Ahmad, Dayang Sofia dan ? Anak 7 orang Abdul Aziz bin Sattar Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Datuk Abdul Aziz bin Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar (8 Ogos 1925 - 6 Mei 2014) merupakan salah seorang seniman serba boleh. Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau. Isi kandungan 1 Biografi 2 Filem lakonan 3 Filem arahan 4 Sitkom 5 Drama 6 Siri Animasi 7 Pencapaian dan Anugerah 8 Profesional/ahli persatuan 9 Meninggal dunia 10 Rujukan 11 Pautan luar Biografi Beliau dilahirkan di Desa Pakalongan, Pulau Bawean (Boyan), Kabupaten Gresik (Masa itu: Soerabaja) Provinsi Jawa Timur, Indonesia pada 8 Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura. Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal - Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol. Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman pendudukan Jepun di Malaya. Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji

Upload: nabiilah-fahn

Post on 15-Dec-2015

113 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

a great actor that i love very much

TRANSCRIPT

  • 7/26/14 Abdul Aziz bin Sattar - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Aziz_bin_Sattar 1/5

    Datuk Aziz Sattar

    Datuk Aziz bin Sattar

    Kelahiran Abdul Aziz bin Sattar

    8 Ogos 1925

    Pakalongan (sebuah kampung di

    Pulau Bawean,melayu

    memanggilnya BOYAN), Surabaya

    Daerah (Kini: Gresik),

    Indonesia

    Meninggal

    dunia

    6 Mei 2014 (umur 88)

    Kajang, Selangor, Malaysia

    Warganegara Malaysia

    Pekerjaan Penyanyi, Pelakon

    Tahun aktif 1950-an - 2010-an

    Ketokohan Lawak

    Agama Islam

    Pasangan 4 kali: Hashimah Delan, Siti Rumina

    Ahmad, Dayang Sofia dan ?

    Anak 7 orang

    Abdul Aziz bin Sattar

    Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

    Datuk Abdul Aziz bin Sattar atau lebih dikenali sebagaiAziz Sattar (8 Ogos 1925 - 6 Mei 2014) merupakansalah seorang seniman serba boleh. Beliau telah terbabitdalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem,pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.

    Isi kandungan

    1 Biografi

    2 Filem lakonan3 Filem arahan

    4 Sitkom5 Drama

    6 Siri Animasi7 Pencapaian dan Anugerah

    8 Profesional/ahli persatuan

    9 Meninggal dunia

    10 Rujukan

    11 Pautan luar

    Biografi

    Beliau dilahirkan di Desa Pakalongan, Pulau Bawean(Boyan), Kabupaten Gresik (Masa itu: Soerabaja)Provinsi Jawa Timur, Indonesia pada 8 Ogos 1925.Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu KotaRaja, Singapura.

    Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketikaberusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, SattarSawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapurapada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, disitulah dia mempunyai dua kawan rapat yang turutmenjadi pelakon terkenal - Allahyarham Salleh Kamil danAllahyarham Shariff Dol.

    Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehinggadarjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannyaketika zaman pendudukan Jepun di Malaya. Pada umurseawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlisperkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji

  • 7/26/14 Abdul Aziz bin Sattar - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Aziz_bin_Sattar 2/5

    Persandingan Datuk Aziz Sattar dan

    Datin Hashimah Delan

    sebanyak RM150.

    Pada usia 15 tahun, Pak Aziz pernah diseksa askar Jepun kerana dituduh mencuri. Malah, beliau pernahmerengkok dalam penjara selama enam bulan bersama ayah Seniwati Roseyatimah, Wak Jasni, kerana disyakiterbabit dalam kes rusuhan Natrah (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950.

    Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajakdua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar bekerjasebagai juru alihsuara. Namun, dia terkejut kerana gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanyasebagai pemandu lori iaitu hanya RM70 sebulan . Pada 1953, dia dipelawa berlakon sebagai watak tambahandalam filem Putus Harapan. Filem pertama beliau membawa watak penting adalah filem Arjuna, diikuti siriBujang Lapok dan filem Aksi Kucing.

    Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Kumpulan Panca Sitara versi 1990-an, bersamaAllahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarhamah Normadiah, Allahyarham Aziz Jaafar dan Allahyarham NasirP Ramlee.

    Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya saja yang lebih diperkatakan iaitubersama Siti Rumina Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).

    Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit.

    Bilangan Anak :7 orang

    1. Ruzaiman

    2. Ruzaidah3. Ruzainah

    4. Zainuddin5. Dahlia

    6. Dalina7. Sandakiah

    Pada 16 Disember 2006, Datuk Aziz Sattar berkahwin dengan DatinHashimah Delan. Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah,Khairuddin Haiyon di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam denganmas kahwin RM100.

    Filem lakonan

    1. Putus Harapan (1953)

    2. Mangsa (1953)3. Hati Iblis (1953)

    4. Jasa (1954)5. Arjuna (1954)6. Kipas Hikmat (1955)

    7. Ribut (1956)8. Putera Bertopeng (1957)

    9. Bujang Lapok (1957)10. Hantu Jerangkong (1957)

    11. Hantu Kubur (1958)

  • 7/26/14 Abdul Aziz bin Sattar - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Aziz_bin_Sattar 3/5

    12. Filem Anak Pontianak (1958)13. Nujum Pak Belalang (1959)

    14. Raja Laksamana Bentan (1959)15. Pendekar Bujang Lapok (1959)

    16. Sumpah Wanita (1960)17. Ali Baba Bujang Lapok (1961)

    18. Seniman Bujang Lapok (1961)19. Siti Muslihat (1962)

    20. Labu Labi (1962)21. Nasib Labu Labi (1963)

    22. Pilih Menantu (1963)23. Siapa Besar (1964)24. Mambang Moden (1964)

    25. Takdir (1965)26. Pusaka Pontianak (1965)

    27. Sri Andalas (1966)28. Aksi Kucing (1966 Malay Film Productions Ltd)

    29. Keluarga Si Comat (1975 Sabah Film Production)30. Prebet Lapok (1979 Indra Film Production)

    31. Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production)32. Da Di Du (1981 Indra Film Production)

    33. Darah Satria (1983)34. Bujang Lapok Kembali Daa (1986)35. O.K Orang Kampung Otak Kimia (1990)

    36. Filem Queen Control (1992)37. Tarik-Tarik (1993)

    38. Abang 92 (1993)39. Simfoni Duniaku (1994)

    40. Suami, Isteri dan .....? (1996)41. Layar Lara (1997)42. Jibon (1998)

    43. Embun (filem) (2002)

    44. Soalnya Siapa? (2002)45. Pontianak Harum Sundal Malam (2004)

    46. Filem Father (2004)

    47. Pontianak Harum Sundal Malam II (2005)

    48. Cicak-Man (2006)49. Anak Halal (2007)

    50. Setem (2009)

    51. Momok The Movie (2009)

    52. Kecoh Betul (2010)

    Filem arahan

    1. Keluarga Si Comat (1975 Sabah Film Production)

    2. Si Badol (1979 Sabah Film Production)3. Prebet Lapok (1979 Indra Film Production)

    4. Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production)

  • 7/26/14 Abdul Aziz bin Sattar - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Aziz_bin_Sattar 4/5

    5. Da Di Du (1981 Indra Film Production)

    6. Setinggan (1982)

    7. Darah Satria (1983)8. Tujuh Biang Keladi (1984 Nirwana Film Production)

    9. Bujang Lapok Kembali Daa (1986)

    10. Perawan Malam (1986)11. Tak Kisahlah Beb (1988)

    12. Filem O.K. (Orang Kampung Otak Kimia) (1989)

    13. Filem Adik (1990)

    14. Simfoni Duniaku (1994)15. Gelora Cinta

    16. Filem Father (2004 Pengarah bersama S Baldev Singh)

    17. Filem Maaria (2005 Pengarah bersama S Baldev Singh)

    18. Stok Lama (2008) bersama S. Shamsuddin

    Sitkom

    1. Kelas Malam (2000)

    Drama

    1. Manjalara (2007)

    2. Bujang Sepah Lalalitamplom (2012)

    3. Tanah Kubur Musim Ke-9 (2014)

    Siri Animasi

    1. Abang Sidi

    2. Budak Lapok (2007)

    3. Upin & Ipin dalam episod Kenangan Mengusik Jiwa (2012)

    Pencapaian dan Anugerah

    Tarikh Anugerah/Penghormatan

    1981 Filem Komedi Terbaik, Filem Festival Malaysia ke-2. (Filem: Penyamun Tarbus)

    1990 Ahli Mangku Negara, Agong.

    1994 Anugerah Seniman Veteran, Filem Festival Malaysia ke-11.2000 Menerima "Tokoh Budaya Kolej Burhanuddin Helmi" dari Universiti Kebangsaan Malaysia

    2000 Anugerah Seniman Veteran (Lelaki), Anugerah Bintang Popular 2000.

    2007 Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku

    Mizan Zainal Abidin[1]

    Profesional/ahli persatuan

    Bendahari, Persatuan SENIMAN.

    1994-1996 Pengerusi Jawatankuasa, GAFIM

  • 7/26/14 Abdul Aziz bin Sattar - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Aziz_bin_Sattar 5/5

    1997 Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Festival Filem Malaysia ke-13.... - 2014 Presiden Persatuan Bawean Malaysia (PBM)

    Meninggal dunia

    Aziz Sattar mengembuskan nafasnya yang terakhir pada 6 Mei 2014, kira-kira jam 2.00 pagi di Pusat

    Perubatan KPJ Kajang akibat penyakit jantung.[2]

    Rujukan

    1. Datuk Aziz Sattar (http://www.sinemamalaysia.com.my/artist/info/?id=Abdul_Azez_Bin_Satta_2310)Sinemamalaysia.com.my: 2013: Anugerah artis lelaki sepanjang hayat (Anugerah Bintang Popular Malaysia)

    2. Niezam Abdullah. "Seniman Aziz Sattar Meninggal Dunia (http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/05/06/aziz-sattar-meninggal-dunia/)", 6 Mei 2014. Dicapai pada 6 Mei 2014.

    Pautan luar

    Artis : Info Datuk Aziz Sattar - Cinema Malaysia (http://cinemamalaysia.com.my/artist/info/?

    id=abdul_azez_bin_satta_2310)

    Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Abdul_Aziz_bin_Sattar&oldid=3465902"

    Kategori: Kelahiran 1925 Kematian 2014 Melayu Malaysia Muslim Malaysia Pelakon lelaki Malaysia

    Pelawak Malaysia Pelakon Melayu Pelawak Melayu Pelakon lelaki Singapura Kelahiran Indonesia

    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 19:10, 19 Julai 2014.

    Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma

    tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.