51983171-folio-moral.docx

13
Penghargaa n Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ribuan terima kasih kepada pihak yang telah menolong dan memberi kerjasama yang tidak ternilai untuk saya menyiapkan kerja kursus Pendidikan Moral. Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah membantu saya menyiapkan kerja kursus pada masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Pendidikan Moral, Cik Chaw. Beliau telah memberikan panduan,bimbingan dan nasihat yang

Upload: kuhaanpro

Post on 07-Jul-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 51983171-Folio-Moral.docx

Penghargaan

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ribuan terima kasih kepada pihak yang telah menolong dan memberi kerjasama yang tidak ternilai untuk saya menyiapkan kerja kursus Pendidikan Moral.

Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah membantu saya menyiapkan kerja kursus pada masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Pendidikan Moral, Cik Chaw. Beliau telah memberikan panduan,bimbingan dan nasihat yang sungguh berfaedah semasa saya menjalankan projek ini.

Saya juga ingin megucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan sokongan kepada saya. Rakan-rakan saya juga telahmenolong saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini serta mencarikan bahan. Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Page 2: 51983171-Folio-Moral.docx

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sedia menolong saya dalam kerja kursus ini. Saya tidak akan lupa pertolongan yang telah diberikan.

OBJEKTIFDalam menyiapkan folio ini terdapat beberapa objektif kajian. Antaranya ialah :

- Mencungkil bakat dalam diri saya

- Dapat mengenali ahli keluarga dengan lebih baik

- Dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga

- Dapat mengajar kita supaya memelihara alam sekitar sebagai

tanggungjawab bersama

- Dapat menyedarkan kita tentang kesan negatif daripada

pencemaran

Page 3: 51983171-Folio-Moral.docx

Kaedah KajianAntara kaedah kajian yang saya gunakan dalam folio ini ialah :

- Kaedah lisan seperti perbualan

Perbualan berlaku antara saya dan beberapa orang sumber misalnya

nenek dan datuk saya berbual tentang sejarah keluarga

- Internet

Saya menggunakan internet untuk mencari mengenai alam sekitar dan

kesan-kesan daripada pencemaran yang berlaku

Page 4: 51983171-Folio-Moral.docx

- Buku dan majalah

Saya merakam, menulis dan mencatatkan semua maklumat yang

dalam kerja kursus ini

Nama saya Satishwara Rao a/l Narasimma Naidu. Saya dilahirkan di Klinik Sheela pada 25 September 1996. Saya tinggal di Sepang sehingga umur saya mencecah 3 tahun dan kemudian berpindah ke sini iaitu Telok Panglima Garang. Saya mempunyai 2 orang kakak, Devisri - 23 tahun dan Divyasri – 19 tahun serta seorang abang, Thiwaan Rao – 21 tahun. Saya akan memulakan persekolahan di Tadika Perpaduan dan kemudian ke SK Telok Panglima Garang.

Sekarang, saya di tingkatan 3 di SMK Telok Panglima Garang. Saya akan menduduki PMR pada tahun ini. Saya pernah menyertai beberapa aktiviti di sekolah. Saya telah mengamalkan nilai kerajinan. Kerajinan bermaksud usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. Saya melatih menulis esei secara bersungguh-sungguh agar mampu menang di peringkat kebangsaan. Semua usaha saya tidak sia-sia dan saya mendapat saguhati. Hal ini memberi saya semangat untuk berusaha dengan lebih lagi supaya dapat memenangi tempat pertama di peringkat kebangsaan.

Selain itu, saya juga mengamalkan kesederhanaan. Kesederhanan ialah bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Saya selalu membantu ibu bapa melakukan kerja rumah. Saya juga membantu membantu rakan dalam menyelesaikan masalah dalam pelajaran.

Dengan ini, saya rasa sangat bersyukur kerana dapat berkhidmat untuk orang lain. Saya juga dapat mengetahui yang diri saya boleh menjadi

Page 5: 51983171-Folio-Moral.docx

pengerusi majlis yang baik. Oleh itu, saya berharap pada masa akan datang. Saya berpeluang berkhidmat kepada orang lain.

Ahli keluarga saya terdiri daripada 8 orang termasuk datuk dan nenek. Kami tinggal bersama sejak pindah ke sini. Semua ahli keluarga saya saling menghormati antara satu sama lain.

Kami mengamalkan kasih sayang terhadap keluarga. Kasih saying terhadap keluarga bermaksud perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. Kami sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Apabila salah seorang ahli keluarga sakit, kami akan bergilir-gilir menjaganya dan sentiasa berdoa.

Selain itu, kami juga mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga . Ayah saya sentiasa membeli barang keperluan untuk rumah agar dapat memenuhi permintaan anak-anak. Ayah saya juga menghantar saya ke sekolah apabila umur kita mencecah 7 tahun agar kita mempunyai masa depan yang cerah. Malah, beliau sentiasa menasihati kami untuk belajar bersungguh-sungguh.

Kami juga menyambut hari perayaan bersama-sama misalnya Deepavali. Kami mengamalkan nilai mengekalkan tradisi keluarga. Mengekalkan tradisi kekeluargaan ialah menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun. Kami sekeluarga bersama-sama menyediakan kuih untuk perayaan dan membersihkan rumah.

Di samping itu, kami juga mengamalkan nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga. Hormat dan taat kepada anggota bermaksud memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan member layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis. Orang yang muda tidak menengking orang yang lebih tua. Kami selalu memanggil

Page 6: 51983171-Folio-Moral.docx

orang yang tua dengan menggunakan gelaran-gelaran yang tertentu. Kami selalu bergurau senda dan menukar pendapat apabila menonton televisyen pada masa lapang.

Kesimpulannya, menjaga keharmonian keluarga merupakan tanggunjawab bersama. Kami bersama-sama berusaha untuk mengekalkan kebahagiaan keluarga agar dapat melahirkan keluarga yang bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

Page 7: 51983171-Folio-Moral.docx

Alam sekitar merujuk kepada segala benda hidup(manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan) dan benda bukan hidup seperti air, tanah, cuaca, oksigen dan cahaya dalam bumi dan udara. Interaksi atau saling antara benda hidup dengan benda bukan hidupan dalam sesuatu kawasan yang dikenali sebagai ekosistem. Seluruh alam kita merupakan satu ekosistem. Masalah alam sekitar akan timbul apabila sesuatu perubahan akan membawa kepada ketidakseimbangan dalam ekosistem. Jadi, pelbagai langkah harus diambil untuk menjaga kebersihan alam sekitar.

Kita sebagai manusia sepatutnya menyayangi dan menghargai alam sekitar dengan memelihara dan memulihara alam sekitar supaya keseimbangan ekosistem dapat dipulihkan. Peraturan dan undang-undang memainkan peranan yang penting dalam penjagaan alam sekitar. Undang-undang dikuatkuasakan untuk mengawal individu dan golongan peniaga daripada memusnahkan alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar pula mempunyai tanggungjawab untuk mengalakkan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar yang baik dalam proses pembangunan negara supaya kualiti hidup rakyat Malaysia pada masa kini dan masa hadapan terjamin.

Selain itu, badan bukan kerajaan seperti Persatuan Pencipta Alam Malaysia . Persatuan ini memainkan peranan yang penting dalam mengubah budaya masyarakat ‘menbuang’ kepada ‘mengitar semula’ barangan dalam kehidupan seharian kita.Manakala, Sahabat Alam Malaysia (SAM) mendidik orang ramai tentang kepentingan perkembangan teknologi yang mapan.

Konklusinya, semua pihak harus bekerjasama dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Alam ini merupakan kurniaan Tuhan yang tidak ternilai. Kita sebagai penghuni alam ini harus menjaganya dengan baik.

Page 8: 51983171-Folio-Moral.docx

Sejak kebelakangan ini, alam sekitar yang indah ini semakin rosak. Pelbagai kegiatan yang dilakukan oleh manusia dalam sesebuah masyarakat untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad telah mengubah permukaan alam sekitar sehingga menjejaskan keseimbangan sistem ekologi dan memudaratkan manusia sendiri. Setiap individu perlu peka dan prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar.

Kita perlu menanamkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar dalam diri kita. Kita perlu mempunyai kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling. Alam ini merupakan tempat untuk semua kehidupan, jadi kita perlu menjaganya untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Tambahan pula, kita juga boleh mengurangkan kekotoran di alam sekeliling.

Selain itu, kita juga perlu menjaga keharmonian antara manusia dengan alam sekitar. Kita memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling. Dengan ini, kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara. Tambahan pula, dengan pelupusan sisa terancang dan berteknologi menjamin persekitaran berkualiti. Kita juga boleh mengguna semula bahan terbuang. Secara tidak langsung, ini akan mengajar masyarakat supaya tidak membazir dan menjadikan alam sekitar lebih bersih dan segar.

Di samping itu, kemampanan alam sekitar juga amat penting. Pengekalan keseimbangan alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama. Pengurusan tanah kehidupan berkualiti. Kita perlu menjaga alam bersama-sama supaya keseimbangan flora dan fauna dikekalkan.

Kita juga perlu peka terhadap isu-isu alam sekitar. Kita harus prihatin dengan persoalan berkaitan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya. Pengekalan keseimbangan alam sekitar tanggungjawab bersama.Walaupun

Page 9: 51983171-Folio-Moral.docx

sekarang banyak berlaku pencemaran alam namun, sekiranya masyarakat mengambil berat dan menyokong kempen-kempen yang dianjurkan oleh kerajaan.

Kesimpulannya, kita harus bersama-sama menjaga alam sekeliling. Semua pihak harus memainkan peranan agar alam sekitar dapat dijaga. Dengan ini, generasi akan dating boleh menikmati keindahan alam sekitar.