4.4 tutorial 1.docx

Upload: hongyu93

Post on 06-Jul-2018

212 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 4.4 TUTORIAL 1.docx

    1/1

    TUTORIAL 1

    Bincangkan sejauh manakah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kanak-

    kanak boleh meningkatkan kesejahteraan modal insan negara kita.

    Kanak-kanak atau remaja di sekolah merupakan harta yang bernilai bagi

    sesuatu negara kerana mereka merupakan bakal-bakal pemimpin negara pada suatu

    hari nanti. Oleh itu, kepentingan kanak-kanak adalah diutamakan dan harus diambil

    berat supaya perkara-perkara yang baik dapat diamalkan sejak kecil lagi.

    Berdasarkan prinsip bimbingan dan kaunseling, ia merupakan satu proses

    pendidikan yang terancang dan berterusan. Bimbingan dan kaunseling adalah

    disediakan sepanjang tempoh persekolahan individu pada semua peringkat dan

    tahap sekolah. Oleh itu, semua kanak-kanak boleh menggunakan perkhidmatan

    yang ditawarkan serta melibatkan diri dalam semua aktiviti berkaitan yang

    dilaksanakan. Mereka dibimbing untuk memperoleh pengalaman dan memupuk nilai,

    sikap, tingkah laku dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat

    majmuk di negara kita. Hal tersebut adalah selaras dengan !K yang menekankan

    perkembangan yang seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani,

    intelek dan sosial. Oleh itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kanak-kanak

    adalah dapt meningkatkan kesejahteraan dalam kalangan murid-murid di semua

    peringkat sekolah.

    "elain daripada itu, bimbingan dan kaunseling adalah berorientasikan masa

    kini dan masa depan. "egala usaha bimbingan dan kaunseling untuk membantu

    kanak-kanak bersi#at lebih tegas diri, cekap menyesuaikan diri dan memahami

    implikasi tindakan mereka pada masa ini akan diteruskan sehingga masa depan. Hal

    tersebut telah dapat menyediakan modal insan negara yang mulia. Oleh itu,

    bimbingan dan kaunseling adalah sangat penting dan telah memainkan peranan

    yang utama dalam menghasilkan insan yang seimbang dan menyeluruh di sampingmempunyai nilai murni yang boleh diteladani oleh masyarakat.