238650088-teori-deontologikal-elm-moral.pptx
TRANSCRIPT
Teori Deontologikal
Teori Deontologikal
- Deontologi berasal dari perkataan Yunani deon yang
bermaksud yang diharuskan atau diwajibkan
- Teori ini mempunyai dua aspek iaitu tindakan dan peraturan.
- Perbezaannya, teori deontologi peraturan menjelaskan bahawa
pertimbangan moral adalah ditentukan dengan merujuk kepada
perkara-perkara umum seperti peraturan masyarakat atau
prinsip-prinsip tertentu .
- Teori deontologi tindakan pula menyatakan bahawa tidak perlu
untuk membuat rujukan kepada prinsip-prinsip atau peraturan
tetapi menegaskan bahawa tindakan adalah satu persepsi yang
terus terang sama ada sesuatu tindakan itu betul atau salah.
Teori Deontologi boleh dibahagikan kepada dua prinsip utama, iaitu Prinsip Kewajipan dan Prinsip Eksistensialisme.
Prinsip Kewajipan
Satu prinsip kemoralan dalam teori deontologikal peraturan yang dikemukakan olehImmanuel Kant(1724-1804) ialah prinsip kewajipan
Tanggungjawab dianggap sebagai satu nilai utama menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak. Bukan semua tanggungjawab adalah tanggungjawab kemoralan.( Contohnya: tanggungjawab ketepatan masa, sebagai ibu, suami, pemain dalam pertandingan, walaupun kadang kala ia dianggap tanggungjawab etika).
Konsep tekad baik(goodwill) adalah sesuatu yang baik tanpa syarat dalam melakukan sesuatu tindakan.
Menurut Kant, kita perlu mengambil kira niat, tujuan seseorang dalam menentukan sama ada suatu tindakan itu adalah baik atau betul.
Prinsip Perintah Mutlakbermaksud satu perintah
yang wujud tanpa sebarang pengecualiaan atau syarat-
syarat.
Mengandungi tiga prinsip utama iaitu prinsip
tersebut mesti diterima secara umum, dapat menghormati
manusia dan pihak yang bertanggungjawab
Kewajipan Prima Facie
ir William David Ross (18771940) bersetuju dengan Kant bahawa kemoralan pada asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita buat yang berlainan.
Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya. Ross menyusun sebuah daftar kewajipan yang semuanya merupakan kewajipanprima facie:
Kewajipan kesetiaan: kita harus menepati janji yang diadakan dengan bebas
Kewajipan ganti rugi: kita harus melunasi hutang moral dan material
Kewajipan terima kasih: Kita harus berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita.
Kewajipan keadilan: kita harus membahagikan hal-hal yang menyenangkan sesuai dengan khidmat orang berkaitan.
Kewajipan berbuat baik: kita harus membantu orang lain yang memerlukan bantuan kita.
Kewajipan mengembangkan dirinya: Kita harus mengembangkan dan meningkatkan bakat kita di bidang keutamaan, inteligensi, dan sebagainya.
Kewajipan untuk tidak merugikan orang lain (satu-satunya kewajipan yang dirumuskan Ross dalam bentuk negatif)
7
Berasal dari Yunani Deon (yang
diharuskan atau diwajibkan )
Greek: Kesudahan atau keputusan
Pengasas: Immanuel Kant (1724-1804)
TEORI DEONTOLOGIKAL
7
aliran atau gerakan falsafah moden yang menegaskan pentingnya pengalaman dan tanggungjawab seseorang individu dan tekanan-tekanan yang terbit daripadanya ke atas individu berkenaan yang dianggap dapat bertindak dengan bebas
(Kamus Dewan)
EKSISTENSIALISME
JENIS-JENIS TEORI DEONTOLOGIKAL
orang yang menganut falsafah bahawa manusia adalah bebas,bertanggungjawab membentuk kehidupan serta nilainya sendiri dan mesti mengalami kehidupan sepenuhnya pada setiap waktu (Kamus Dewan).
EKSISTENSIALISME
10
Soren Kierkegaard
Martin Heidegger
Karl Jaspers
Gabriel Marcel
EKSISTENSIALISME
Jean Paul Sartre
SIAPA YANG MEMPERKENALKAN TEORI ?
KITA YANG MENENTUKAN
BAGAIMANA KITA HENDAK HIDUP
melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang
berfungsi sebagai panduan moral
Jean Paul Satre
tokoh Falsafah paling terkenal
Memperkenalkan konsep
kemoralan berasaskan
andaian KEBEBASAN
12
Jean Paul Satre
Beliau mengemukakan hujah
mengenai eksistensialisme
dalam bukunya
Being and Nothingness
Etika situasi menilai sesuatu
perbuatan sama ada wajar
atau tidak wajar berdasarkan
situasi atau keadaan pada
waktu tersebut.
Teori ini juga dikenali sebagai etika situasi
Perkenalkan konsep KEWUJUDAN SAH
Heideggar
PANDANGAN LAIN
Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat
pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak
membenarkan dirinya dipengaruhi oleh
pendapat dan pandangan orang lain dalam
membuat pilihan dan keputusan moral.
14
falsafah ini terlalu individualistik
bergantung atas faktor-faktor yang subjektif iaitu merenung ke dalam, penghayatan emosi dan perasaan keseorangan
Menurut Van Scottes, Kraft dan Haas(1979)
kerana
15
Menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice) dalam situasi yang mereka berada.
Terdapat tiga bentuk kebebasan:
Kebebasan kehendak
Kebebasan moral
Kebebasan jasmani
bermaksud kebebasan bertindak
tanpa amanah,paksaan dan larangan.
Mengikut eksistensialisme,seseorang itu merasakan
kewajipannya bukan suatu yang dipaksa dari luar,
tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri.
Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral,
individu mesti menggunakan kebebasannya untuk
mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi
yang dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi
berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan
moralnya sendiri.
Kebebasan moral
Pandangan Eksistensialisme dari sudut Epistemologi ( ilmu )
Mereka berpendapat manusia mengetahui melalui pengalaman.
Tidak ada kriteria atau objektif yang boleh menentukan samada pemahaman seseorang itu betul atau salah.
Kebenaran sentiasa relatif ikut pertimbangan seseorang.
CONTOH TEORI EKSISTENSIALISME
ASPEK PENDIDIKAN
Sistem sekolah atau guru tidak mempunyai hak untuk menekankan matlamat pendidikan ke atas murid.
Maka, matlamat pendidikan tidak digariskan. Selain hal itu, mazhab ini juga tidak menggariskan subjek-subjek yang perlu diajarkan di sekolah.
Walau bagaimanapun, subjek-subjek yang bersifat estetik dan berfalsafah seperti seni, kesusasteraan, dan drama difikirkan relevan.
Dari aspek guru pula, guru berperanan sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi anak murid meluahkan perasaan dan emosi.
Guru juga perlu menggunakan teknik atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan aktiviti serta berpusatkan murid-murid.