lwn 2019/nmd... · 2019-07-23 · 1 dokumen ini hanya untuk rujukan sahaja dan tidak boleh...

14
1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH NMD lwn MA [Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor Darul Ehsan. Kes Saman No: 10002-054-0330- 2018 ( Tuan Ali Najmi Bin Mohd Noordin, HMRS)] [2 Julai 2018M bersamaan 18 Syawal 1439H] Undang - Undang Keluarga Islam- Tuntutan Pengesahan Perceraian Pemohonan pengesahan lafaz cerai di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah Kuasa Mahkamah pendaftaran perceraian di luar Mahkamah seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 Fakta Kes [1] Kes ini merupakan tuntutan kes permohonan pengesahan lafaz cerai di bawah Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Bil.2 Tahun 2003 yang difailkan oleh Plaintif, NMD (No. K/P: xxxxxxxxxxxxx). Manakala pihak Defendan, MA (No. K/P: xxxxxxxxxxxx). [2] Plaintif dan Defendan telah bernikah pada 10hb. September 2013 di Klang, Selangor. Hasil daripada pernikahan tersebut mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. [3] Pada 14hb.Mei 2017 lebih kurang jam 1.00 pagi, Defendan telah melafazkan kepada Plaintif secara lisan melalui panggilan telefon dengan lafaz “Saya lepaskan awak talak tiga”. [4] Menurut keterangan Plaintif, beliau mendengar lafaz tersebut dan Plaintif pada masa itu berada di rumah di Johor Bahru manakala Defendan tidak diketahui lokasi keberadaannya dan setakat pengetahuan Plaintif, Defendan yang bekerja sebagai

Upload: others

Post on 17-Jan-2020

35 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: lwn 2019/NMD... · 2019-07-23 · 1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH NMD lwn MA [Mahkamah Rendah Syariah Klang,

1

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

NMD

lwn

MA

[Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor Darul Ehsan. Kes Saman No: 10002-054-0330-

2018 ( Tuan Ali Najmi Bin Mohd Noordin, HMRS)]

[2 Julai 2018M bersamaan 18 Syawal 1439H]

Undang - Undang Keluarga Islam- Tuntutan Pengesahan Perceraian – Pemohonan

pengesahan lafaz cerai di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah – Kuasa Mahkamah

pendaftaran perceraian di luar Mahkamah – seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga

Islam (Negeri Selangor) 2003

Fakta Kes

[1] Kes ini merupakan tuntutan kes permohonan pengesahan lafaz cerai di bawah

Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Bil.2 Tahun 2003 yang

difailkan oleh Plaintif, NMD (No. K/P: xxxxxxxxxxxxx). Manakala pihak Defendan,

MA (No. K/P: xxxxxxxxxxxx).

[2] Plaintif dan Defendan telah bernikah pada 10hb. September 2013 di Klang, Selangor.

Hasil daripada pernikahan tersebut mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata.

[3] Pada 14hb.Mei 2017 lebih kurang jam 1.00 pagi, Defendan telah melafazkan kepada

Plaintif secara lisan melalui panggilan telefon dengan lafaz “Saya lepaskan awak talak

tiga”.

[4] Menurut keterangan Plaintif, beliau mendengar lafaz tersebut dan Plaintif pada masa

itu berada di rumah di Johor Bahru manakala Defendan tidak diketahui lokasi

keberadaannya dan setakat pengetahuan Plaintif, Defendan yang bekerja sebagai

Page 2: lwn 2019/NMD... · 2019-07-23 · 1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH NMD lwn MA [Mahkamah Rendah Syariah Klang,

2

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

penjawat awam sibuk berkursus. Plaintif juga menyatakan sudah tidak tinggal

sebumbung dengan Defendan selama tempoh anggaran 7 bulan ke setahun.

[5] Sebelum lafaz cerai dibuat oleh Defendan, Plaintif dalam keterangan secara lisan

menyatakan ada meminta cerai daripada Defendan. Selepas beberapa hari selepas

lafaz cerai pada 14 Mei 2017 tersebut, Defendan ada menyatakan hasrat untuk rujuk

bersama Defendan tanpa mengetahui bahawa dirinya telahpun melafazkan talak tiga

terhadap Plaintif.

[6] Defendan dalam keterangan utamanya mengakui dan bersetuju dengan keterangan

Plaintif bahawa ketika melafazkan perkataan cerai, beliau berada dalam keadaan

marah tetapi tidak dalam keadaan sedar, waras dan faham dengan apa yang dilafazkan

kerana sebelum itu beliau mengambil ubat batuk yang diperoleh daripada farmasi.

Defendan juga mengakui bahawa beliau mengambil ubat batuk itu dengan kerelaan

diri sendiri disebabkan stress serta tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.

[7] Defendan juga menjelaskan selanjutnya bahawa ada berlaku pergaduhan diantara

beliau dengan Plaintif ketika itu berkenaan masalah antara mereka dan ketika lafaz

talaq itu dilafazkan, Defendan dalam keadaan tertekan dan dipengaruhi oleh

pengambilan arak dan ubat batuk.

Peguam Syarie

Plaintif : Plaintif tidak diwakili.

Defendan : Defendan tidak diwakili.

Surah al-Quran yang dirujuk

1. Surah Al-Baqarah : ayat 229.

2. Surah Al-Ahzab : ayat 28.

3. Surah An-Nahl : ayat 106.

Page 3: lwn 2019/NMD... · 2019-07-23 · 1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH NMD lwn MA [Mahkamah Rendah Syariah Klang,

3

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Hadith yang dirujuk

1. al-Nawāwī, Imām. 1997. Syarh Sahih Muslim. Jilid 3. Beirut: Dār al-Kutub al-Ilmiyyah.

2. Ibn Hajr al-Asqalānī. t.th. Fath al-Bāri : Syarh Sahih Al-Bukhārī. Jilid 9 dan Jilid 10.

Beirut: Dar al-Fikr.

3. Mālik bin Anas, Imām. 1998. al-Muwatthā`. Juzuk 2. Beirut: Dar al-Marifah.

Kitab yang dirujuk

1. Taqiyuddin Abī Bakr bin Muhammad, Imām. 1999. Kifāyah al-Akhyār fī HillĪ Ghāyh al-

Ikhtisōr. Juzuk 2. Beirut: Dar al-Khair.

2. Muhammad bin Muhammad al-Khotēb al-Syarbini, Imam. 1994. Mughnī al-Muhtāj ilā

Macrifati Maā

cnī alfāz al-Minhāj. Juzuk 4. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

3. Dr. Abdul Karem Zaidan. 1997. Al-Mufassol Fi Ahkam al-Mar`ah wal-Baitil Muslim Fi

al-Syariah al-Islamiyyah. Juzuk 8. Muassasah Al-Risalah.

4. Dr. Wahbah Az-Zuhaili. 1997. al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuh. Juzuk 9. Dar Al-Fikr.

5. Muhammad Ali al-Sobuni. Tafsir Ayat al-Ahkam min Al-Qur`an. Juzuk pertama. Dar

Ihya` al-Turath al-Arabi.

6. Ust. Dr. Mahmud Ali As-Sarthowi. 1997. Syarah Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah. Dar

Al-Fikr.

7. Dr. Muhammah Uqlah. 1990. Nizhom al-Usrah fi al-Islam. Juzuk ketiga. Maktabah Al-

Hadithah.

8. Ali Ahmad An-Nadwi. 1994. al-Qawa`ed al-Fiqhiyyah. Damshik: Dar A-Qalam.

Undang-undang yang dirujuk

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 – s. 62 (2) (b), s. 61

(3) (b).

2. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 – s. 2, s 4, s.

45, s. 57.

3. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 2003 – s. 3, s. 17 (1),

(2), (3).

Page 4: lwn 2019/NMD... · 2019-07-23 · 1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH NMD lwn MA [Mahkamah Rendah Syariah Klang,

4

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Kes-kes yang dirujuk

1. Sharifah Laila bt Syed Shamdin lwn. Abdul Latif bin Arshad, (1994 ) 9 bhg. 1 J.H 16.

Penghakiman Tuan Ali Najmi Bin Mohd Noordin, HMRS

[8] Di dalam menentukan samaada sabit atau tidak berlakunya perceraian sebagaimana

yang didakwa antara Plaintif dan Defendan, Mahkamah terlebih dahulu telah meneliti

beberapa perkara seperti berikut;

1. Bidangkuasa Mahkamah untuk mendengar dan memutuskan kes ini berdasarkan

peruntukan undang-undang yang sedia ada.

2. Adakah sabit talaq tiga dengan sekali lafaz.

Isu Pertama: Bidangkuasa Mahkamah dalam memutuskan kes ini

[9] Mahkamah berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan ini

berdasarkan Seksyen 62(2)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)

Tahun 2003 yang memperuntukkan bahawa " Mahkamah Rendah Syariah, dalam

bidangkuasa Mal ; boleh mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding

yang Mahkamah Tinggi dibenarkan mendengar dan memutuskannya dalam mana

jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak melebihi Seratus Ribu Ringgit

atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang ". Seksyen ini dibaca bersama

Seksyen 61(2)(b)(i) Enakmen yang sama yang memperuntukkan bahawa : Mahkamah

Tinggi Syariah hendaklah dalam bidangkuasa Mal mendengar dan memutuskan

semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan

berkaitan dengan :

(i) Pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembatalan perkahwinan

( fasakh ), atau perpisahan ( faraq ).

Page 5: lwn 2019/NMD... · 2019-07-23 · 1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH NMD lwn MA [Mahkamah Rendah Syariah Klang,

5

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[10] Selain dari itu, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun

2003 iaitu melalui Seksyen 57 yang mana secara khusus memberi kuasa kepada

Mahkamah Syariah untuk mengesah dan mendaftarkan perceraian yang berlaku di

luar Mahkamah. Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri

Selangor) Tahun 2003 memperuntukan:

(1) Walau apa pun seksyen 55, seseorang yang telah menceraikan

isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa

kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari

pelafazan talaq itu melaporkan kepada Mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan

sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum

Syarak.

(3) Jika Mahkamah berpuashati bahawa talaq yang telah dilafazkan

itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah

hendaklah, tertakluk kepada seksyen 125—

(a) membuat perintah membenarkan perceraian dengan

talaq;

(b) merekodkan perceraian itu; dan

(c) menghantar salinan rekod itu kepada Pendaftar yang

berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.

[11] Dari peruntukan Undang-Undang di atas, jelaslah bahawa kuasa menentukan sah

atau tidaknya sesuatu perceraian itu diberi kepada Mahkamah ini secara khusus

berbanding tidak ada peruntukan seumpama itu sebelum Enakmen Undang-

Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 dikuatkuasakan. Setelah

pindaan dilakukan dengan memasukkan peruntukan yang khusus ke dalam

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 maka

permohonan yang lebih jelas boleh dibuat.

[12] Mengenai pemastautinan, Plaintif dan Defendan telah memenuhi syarat mastautin

yang diberikan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri

Page 6: lwn 2019/NMD... · 2019-07-23 · 1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH NMD lwn MA [Mahkamah Rendah Syariah Klang,

6

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Selangor). Berdasarkan keterangan Plaintif, beliau menetap atau tinggal bersama

dengan Defendan di Klang, Selangor sebelum mereka tinggal berasingan.

[13] Fakta-fakta tersebut jelas menunjukkan bahawa permohonan ini telah memenuhi

kehendak peruntukan Seksyen 4 dan juga Seksyen 45 Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 yang hanya memerlukan

pemastautinan salah satu pihak ketika permohonan dibuat adalah di Negeri Selangor.

[14] Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003

pula memperuntukkan : kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata selainnya,

Enakmen ini hendaklah dipakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam negeri

Selangor dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam negeri Selangor

tetapi tinggal di luar Selangor.

[15] Manakala Seksyen 45 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)

Tahun 2003 juga menyebut bahawa:

Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-

apa jua dalam enakmen ini membolehkan mahkamah membuat sesuatu

perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau

membenarkan seseorang suami melafazkan talaq kecuali ;

(a) Jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai

didaftarkan dibawah Enakmen ini; atau

(b) Jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum

Syarak; dan

(c) Jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan itu pada

masa permohonan itu diserahkan adalah dalam Negeri Selangor.

[16] Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003

juga memperuntukkan “bermastautin” ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya

bermukim dalam sesuatu kawasan yang tertentu. Di dalam kes Sharifah Laila bt Syed

Shamdin lwn. Abdul Latif bin Arshad, ( 1994 ) 9 1 J.H. 16, Mahkamah rayuan Syariah

Page 7: lwn 2019/NMD... · 2019-07-23 · 1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH NMD lwn MA [Mahkamah Rendah Syariah Klang,

7

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Selangor telah menyatakan bahawa perkataan mastautin seperti yang terdapat di

dalam Seksyen 2 Enakmen tersebut hanya mensyaratkan seseorang itu tinggal tetap

dalam sesuatu kawasan atau pada lazimnya tinggal di sesuatu kawasan, tidak

disyaratkan hendaklah menjadi rakyat negeri di dalam kawasan ia berada.

[17] Setelah berpuashati bahawa Plaintif dan Defendan telah memenuhi kesemua syarat-

syarat yang dinyatakan dan berdasarkan kepada kepada keputusan Mahkamah Rayuan

Selangor, Mahkamah ini berpendapat ia mempunyai bidangkuasa untuk mendengar

dan memutuskan permohonan ini.

Isu Kedua: Adakah sabit talak tiga dengan sekali lafaz

[18] Isu seterusnya adalah bagaimana Mahkamah hendak menentukan sah atau tidak

sesuatu perceraian itu sebagaimana yang telah dilafazkan oleh Defendan terhadap

Plaintif.

[19] Untuk tujuan ini, mahkamah merujuk kepada kitab حاشية إعانة الطالبني juzuk 4, muka

surat 3, terbitan Dar Al-Fikr (1998) ada menyatakan matan Fath Al-Muin yang

bermaksud:

“Dan adapun rukun talaq itu ada lima, iatu suami, lafaz yang

digunakan, diqasadkan talaq,kepada siapa talaq itu ditujukan

ataupun isteri dan talaq dijatuhkan dengan kekuasaan suami ”.

[20] Dalam kes ini, Defendan telah memenuhi rukun pertama iatu suami yang sah, Islam

yang mukallaf dan aqil baligh.

[21] Mengenai rukun talaq yang kedua pula iatu as-sighah atau lafaz yang digunakan,

sebagaimana yang terdapat di dalam kitab كفاية األخيار يف حل غاية اإلختصار juzuk kedua,

muka surat 388, terbitan Dar Al-Khair 1994 ada disebutkan iatu :

( الطالق ضرابن، صريح وكناية )

Page 8: lwn 2019/NMD... · 2019-07-23 · 1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH NMD lwn MA [Mahkamah Rendah Syariah Klang,

8

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Terjemahan:

Talaq itu ada dua bahagian, iatu yang nyata ( soreh ) dan yang

sindiran ( kinayah ).

[22] Lafaz cerai dengan perkataan talaq adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam

Surah Al-Baqarah ayat 229:

﴾ الطالق مرتن فإمساك بعروف أو تسريح بحسان ﴿

Maksudnya:

Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu

boleh ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang

makruf (sepatutnya) atau melepaskan (menceraikan) dengan cara

yang baik.

[23] Manakala lafaz cerai dengan perkataan sarahah (lepas) pula sebagaimana firman

Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 28:

ن يا وزين ت ها ف ت عالني أمت عك ﴿ ن ي أي ها النب قل ألزواجك إن كن ت تردن الياة الد

﴾وأسر حكن سراحا جيال

Maksudnya:

Wahai nabi (Muhammad s.a.w.) katakanlah kepada isteri-isteri mu,

jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya,

maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut`ah dan aku lepaskan

(cerai) kamu dengan cara yang baik.

Page 9: lwn 2019/NMD... · 2019-07-23 · 1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH NMD lwn MA [Mahkamah Rendah Syariah Klang,

9

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[24] Di dalam kes ini, berdasarkan pengakuan Defendan, lafaz yang dilafazkan oleh

Defendan adalah soreh, terang serta jelas. Lafaz soreh yang dinyatakan didalam

keterangan kedua-dua pihak adalah seperti berikut ;

(i) Melalui keterangan Plaintif dan tidak dinafikan oleh Defendan disepanjang

perbicaraan, Defendan telah melafazkan talaq melalui panggilan telefon pada

14hb Mei 2017 dengan lafaz “Saya lepaskan awak Talak 3”

(ii) Defendan didalam pemeriksaan utama berikrar dan menyatakan bahawa

pada 14hb Mei 2017 jam 1.00 pagi, Defendan telah melafazkan talak terhadap

Plaintif melalui panggilan telefon dengan lafaz “Saya lepaskan awak Talak

3” dan defendan memberikan kenyataan bahawa beliau sedar telah

menceraikan Plaintif ketika itu dengan talak 3.

[25] Imam Taqiyuddin bin Abu Bakar ada juga menjelaskan bahawa lafaz talaq yang soreh

tidak lagi berhajat kepada niat, iatu dengan memetik pendapat Syeikh Abu Sujak;

(يفتقر صريح الطالق إىل النيةفالصريح ثالثة ألفاظ، الطالق والفراق والسراح. وال )

Terjemahan:

Lafaz talaq yang soreh itu ada tiga ; At-Thalaq, Al-Firaq (pisah) dan

As-Sarah (lepas).Talaq soreh juga tidak berhajat kepada niat.

[26] Mahkamah telah mengaitkan persoalan mengenai iqrar bagi mensabitkan perceraian

yang dipohon dalam kes ini dan merujuk kepada Kitab I`anah At-Talibin juzuk 3

muka surat 382 ada diperuntukkan yang berbunyi:

(هو لغة اإلثبات وشرعا إخبار الشخص حبق عليه. ويسمى اعرتافا :اإلقرار)

Page 10: lwn 2019/NMD... · 2019-07-23 · 1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH NMD lwn MA [Mahkamah Rendah Syariah Klang,

10

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Terjemahan:

Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan, manakala menurut syarak

diertikan sebagai memberitahu hak seseorang atas dirinya. Iqrar

disebut juga sebagai i`tiraf.

[27] Didalam Kitab I`anah At-Talibin juzuk 4, muka surat 27 ada menyebut yang

bermaksud:

) بشهادة رجلني حريني عدلني منا يثبت الطالق كاإلقرار بهإ(

Terjemahan:

“Sesungguhnya talaq itu disabitkan dengan persaksian dua orang lelaki

yang adil lagi merdeka, sebagaimana pula ianya disabitkan dengan

iqrar adanya talaq oleh suami”.

[28] Dalam Kitab Mughni Al-Muhtaj, jilid 3 muka surat 26 cetakan oleh Dar Al-Kutub Al-

Ilmiyyah 1994 dan Kitab Hasyiah I`anah At-Talibin muka surat 381 cetakan

Maktabah At-Taufiqiyyah ada menyebutkan:

( وأركانه أربعة : مقر ومقر له وصيغة ومقر به )

Terjemahan:

Rukun iqrar itu ada empat perkara, iaitu; (1)- Muqirrun (orang yang

berikrar). (2)- Muqarrun lahu (orang yang diiqrarkan untuknya oleh

orang yang berikrar). (3)- Sighah ( ucapan atau kata-kata iqrar) dan

(4)- Muqirrun bihi (hak yang diiktiraf oleh pihak yang berikrar).

Page 11: lwn 2019/NMD... · 2019-07-23 · 1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH NMD lwn MA [Mahkamah Rendah Syariah Klang,

11

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Manakala Qaedah Fiqhiyyah juga ada menyatakan :

( املرء مؤاخذ بقراره )

Terjemahan:

Seseorang itu terikat berdasarkan pengakuannya.

[29] Selain itu peruntukan Seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri

Selangor) Tahun 2003 ada juga menyatakan:

(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara

bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia

mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap mana-mana orang lain

berkenaan dengan sesuatu hak.

[30] Seksyen 17 (2) Enakmen yang sama menyatakan:

Apa-apa Iqrar hendaklah dibuat--

(a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau

(b) di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang aqil,

baligh dan 'adil.

[31] Mahkamah dalam memutuskan penghakiman dengan mengambil kira dakwaan

Plaintif serta pengakuan atau Iqrar Defendan sebagai diterima sepenuhnya setelah

memenuhi peruntukan Syarak dan juga peruntukan Seksyen 17(1) dan (2) (a)

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 2003.

[32] Manakala rukun ketiga perceraian iatu qasad, oleh kerana lafaz talaq tersebut adalah

soreh, jelas dan terang serta wujudnya perkataan cerai dan talaq yang dilafazkan oleh

Defendan, dan ianya cukup untuk membayangkan serta mencerminkan niat Defendan

Page 12: lwn 2019/NMD... · 2019-07-23 · 1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH NMD lwn MA [Mahkamah Rendah Syariah Klang,

12

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

bagi menceraikan Plaintif. Mengikut pendapat Mazhab al-Syafi'e, jika suami

melafazkan dengan terus terang (soreh) dikira jelas dan jatuh talaq walaupun tanpa

niat.

[33] Berkenaan jumlah talaq yang dilafazkan, Mahkamah setelah mendengar keterangan

Plaintif dan pengakuan Defendan telah mensabitkan bahawa telah gugur talaq kali

pertama dan berjumlah sebanyak tiga talaq terhadap Plaintif. Ini berdasarkan lafaz

yang telah disebut atau dilafazkan oleh Defendan. Mengikut pendapat Jumhur

Fuqaha` (Imam-Imam Mazhab yang empat dan Az-Zhohiriyyah) gugur tiga talaq

sekiranya suami melafazkan cerai dengan talaq tiga, iaitu dengan satu lafaz samada

sebelum melakukan hubungan suami isteri atau sebaliknya dan walaupun dalam satu

majlis.

[34] Dalam masa yang sama Mahkamah tidak pula menafikan pendapat lain (Ibn

Taimiyyah, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dan Az-Zaidiyyah serta Az-Zhohiriyyah ) yang

mengatakan talaq tiga dengan sekali lafaz adalah dikira gugur satu talaq sahaja.

[35] Mahkamah berpendapat dan berpegang bahawa setiap pendapat ada dalil-dalil dan

hujah-hujah yang tersendiri berdasarkan prinsip yang digunapakai dalam sesuatu

mazhab. Oleh itu pada pendapat Mahkamah semua pendapat yang dibincangkan dan

diputuskan oleh para Fuqaha` adalah benar dan betul semuanya dengan meraikan juga

prinsip yang digunapakai dalam menentukan (mengistinbatkan) sesuatu hukum

berlandaskan samada Al-Qur`an dan As-Sunnah bagi setiap Mazhab. Sebagaimana

yang dimaklumi di dalam kes permohonan ini, Plaintif dan Defendan adalah orang

melayu dan beragama Islam. Maka dalam kes ini wajarlah sekiranya Mahkamah

putuskan bahawa persoalan mengenai talaq adalah mengikut Mazhab al-Syafi`e

memandangkan pernikahan pihak-pihak juga dijalankan mengikut mazhab yang sama.

[36] Mengenai rukun keempat bagi perceraian iatu kepada siapa lafaz tersebut ditujukan,

melalui keterangan Plaintif dan ikrar oleh Defendan, lafaz talaq itu memang ditujukan

kepada Plaintif, NMD iatu isteri yang sah kepada Defendan dan ketika itu dalam

keadaan suci daripada haid.

Page 13: lwn 2019/NMD... · 2019-07-23 · 1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH NMD lwn MA [Mahkamah Rendah Syariah Klang,

13

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[37] Berkenaan rukun kelima, iatu Wilayah `Alaih (keupayaan suami menceraikan isteri),

Defendan dalam ikrar dan keterangannya telah menyatakan bahawa ketika

melafazkan talaq tersebut, Defendan berada di dalam keadaan marah dan was-was

dengan apa yang dilafazkan. Namun walau bagaimanapun, Defendan faham tentang

implikasi lafaz cerai tersebut memandangkan dirinya ada menyatakan hasrat untuk

rujuk kembali Plaintif selepas lafaz itu dibuat melalui panggilan telefon. Dalam hal ini

Mahkamah berpandangan lafaz cerai ini adalah dalam kerelaan Defendan sendiri

cuma dari sudut psikologinya keadaan emosi Defendan sedikit terjejas dengan

pengambilan ubat batuk dan arak.

[38] Plaintif juga di dalam keterangannya menyatakan bahawa sebaik sahaja Defendan

melafazkan cerai tersebut beliau tidak bertanya berkenaan dengan apa yang telah

dilafazkan. Sekiranya Defendan tidak sedar sewaktu melafazkan cerai Defendan pasti

akan bertanya kepada Plaintif apakah yang telah beliau lafazkan. Tindakan Defendan

tersebut menunjukkan bahawa beliau sedar dan menyesal dengan apa yang telah

dilafazkan.

[39] Daripada dua keadaan di atas dapat dirumuskan bahawa Defendan memang sedar dan

mengetahui tentang lafaz cerai yang telah dibuat. Defendan sepatutnya terlebih dahulu

boleh berfikir dan bersabar dengan keadaan yang berlaku samada secara berdiam diri

atau mengambil inisiatif lain untuk mengelakkan daripada berlakunya lafaz talaq

walaupun dalam keadaan dipaksa oleh Plaintif supaya menceraikannya.

[40] Mahkamah dapati tidak berlaku percanggahan di antara keterangan Plaintif dan

Defendan tentang wujudnya lafaz cerai bahkan keterangan-keterangan yang diberikan

adalah memuaskan serta cukup untuk mensabitkan aduan berlakunya lafaz talaq oleh

Defendan. Bersesuaian dengan sabda Rasulullah صلى هللا عليه وسلم ;

( البينة على املدعي واليمني على من أنكر )

Page 14: lwn 2019/NMD... · 2019-07-23 · 1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH NMD lwn MA [Mahkamah Rendah Syariah Klang,

14

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Bermaksud:

Keterangan diatas pihak yang mendakwa dan sumpah keatas pihak yang

mengingkari dakwaan.

[41] Mahkamah berpuashati di dalam kes ini bahawa rukun-rukun perceraian telah

dipenuhi oleh kedua-dua pihak dan perceraian yang berlaku adalah kali pertama bagi

pasangan ini. Seterusnya, Mahkamah meluluskan permohonan pengesahan lafaz cerai

dalam kes ini dan mensabitkan telah berlaku dan jatuh talaq tiga keatas pihak Plaintif.

KEPUTUSAN

Mahkamah setelah meneliti permohonan Plaintif dan mendengar keterangan serta pengakuan

kedua-dua pihak dan setelah meneliti dokumen-dokumen yang dikemukakan, maka

Mahkamah dengan ini memutuskan dan memerintahkan seperti berikut;

1) Mahkamah mensabitkan bahawa lafaz talak oleh Defendan di luar dan tanpa kebenaran

mahkamah pada 14hb. Mei 2017 lebih kurang jam 1.00 pagi adalah merupakan lafaz talaq

yang sah, sabit dan menggugurkan talaq.

2) Mahkamah memutuskan mulai dari tarikh 14hb Mei 2017 jam 1.00 pagi gugurlah talaq

tiga kali pertama dan berjumlah tiga talaq terhadap Plaintif secara talaq bain kubra.

3) Mahkamah perintahkan Plaintif beriddah selama tiga kali suci.

4) Mahkamah perintahkan perceraian ini didaftarkan dan sijil nikah Negeri Selangor No.

Siri: 117325 dipulangkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Klang dan dibatalkan.