2018 · seksyen 16(13) perintah fi (perubatan) 1982, ketua setiausaha perbendaharaan telah...
TRANSCRIPT
34
P endermaan dan pemindahan organ atau tisu ialah satu proses di mana sebahagian daripada organ atau tisu daripada tubuh badan kita ditrans-plantasikan kepada orang lain dengan tujuan un-
tuk menyelamatkan nyawa. Kempen menderma organ kini sedang giat dijalankan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada orang ramai tentang kepentingan menderma organ kepada pesakit-pesakit yang memerlukan. Menurut sumber dari Pusat Sumber Trans-plan Nasional, sehingga kini, hanya seramai 126,000 rakyat Malaysia, iaitu kira-kira 0.39 peratus daripada populasi rakyat Malaysia, yang telah mendaftar sebagai penderma-penderma organ sejak program ini telah diperkenalkan pada tahun 1999. Namun, jumlah ini masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan bilangan rakyat Malaysia yang seramai lebih kurang 32.5 juta orang.
Jenis Organ dan Tisu yang boleh Didermakan Sesiapa sahaja boleh menjadi pengikrar penderma organ asalkan mereka bebas daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti HIV/AIDS, Hepatitis B dan C, dan Siflis. Di Malaysia, hanya beberapa jenis organ dan tisu sahaja yang boleh didermakan. Antaranya adalah beberapa jenis organ seperti jantung, paru-paru, hati, dan buah pinggang. Manakala injap jantung, kornea mata, tulang, dan kulit pula berada dalam kategori tisu. Statistik menunjukkan bahawa kesan daripada pendermaan organ dan tisu ini, 80 hingga 85 peratus penerima tisu Transplantasi Hati boleh hidup melepasi 1 tahun hingga 5 tahun, 83 peratus penerima Transplantasi Jantung boleh hidup selama lebih daripada 1 tahun, manakala 63 peratus penerima boleh kembali bekerja. Selanjutnya, 83 peratus penerima Transplantasi Buah Pinggang pula hidup melebihi 1 tahun manakala 60 peratus penerima boleh kembali bekerja, bersukan, berumah tangga, dan mempunyai anak. Kategori Penderma Organ dan Tisu
Terdapat 2 kategori penderma organ dan tisu, iaitu Penderma Hidup dan Penderma Kadaverik. Penderma Hidup hanya boleh menderma 1 buah pinggang atau sebahagian hati, dan sum-sum tulang sahaja. Secara asasnya, Penderma Hidup ini pula terbahagi kepada 2 jenis, iaitu Pendermaan Ada Pertalian Saudara (Living Related) dan Pendermaan Tiada Talian Saudara (Non-Living Related). Sementara itu, Penderma Kadaverik pula adalah kategori penderma yang telah meninggal dunia. Penderma Kadaverik ini terbahagi kepada 2 jenis, iaitu Penderma yang Kematian Otak dan telah disahkan mati di hospital.
Oleh: Nazlin Emiza Ngah
Faculty of Business and Management
ISSUE
OGOS - DIS
2018
1
Penderma jenis ini boleh mendermakan organ dan tisu seperti jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang (ginjal), mata (kornea), tulang, dan kulit. Secara khususnya, hanya penderma yang kematian otak sahaja yang boleh mendermakan organ dan tisu seperti yang telah disebutkan tadi. Manakala Penderma Kadaverik jenis yang kedua pula adalah Kematian Jantung Berhenti Berdegup di mana penderma ini hanya boleh mendermakan tisu sahaja seperti mata (kornea), tulang, kulit, dan injap jantung. Penderma meninggal di hospital boleh mendermakan semua jenis tisu, akan tetapi bagi penderma-penderma yang meninggal di rumah, mereka hanya boleh mendermakan mata (kornea) mereka sahaja kerana bahagian-bahagian organ yang lain mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri.
Takut Jadi Penderma? Anda tidak perlu rasa takut atau runsing untuk menjadi seorang penderma. Pada bulan Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan telah meletakkan hukum HARUS kepada semua urusan pendermaan dan pemindahan organ dan tisu di mana ia hanyalah dilakukan untuk menyelamatkan pesakit lain yang memerlukan dengan syarat tiada unsur jual beli berlaku. Di samping itu, ia juga diharuskan sekiranya pendermaan dan pemindahan organ dan tisu itu tidak mendatangkan mudarat kepada penderma dan penerima organ tersebut. Selain itu, Akta Tisu Manusia 1974 juga telah digubal di Malaysia untuk menyokong usaha ini secara SAH di sisi undang-undang. Akta ini membenarkan penggunaan bahagian tubuh dan anggota badan orang yang telah mati untuk tujuan perubatan, penyelidikan perubatan, dan pendidikan perubatan dengan kebenaran daripada ahli keluarga si penderma. Satu berita baik buat semua pengikrar. Selaras dengan Seksyen 16(13) Perintah Fi (Perubatan) 1982, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran bil hospital bagi para penderma organ di hospital kerajaan bermula daripada tarikh kemasukan hospital. Arahan ini berkuatkuasa pada 29 Disember, 2003 sepertimana surat Kementerian Kewangan KK/BP(S)09/692/79 Jld.3.s.k.4/2003(4). Kepada orang ramai yang berhasrat untuk menjadi penderma organ, mereka bolehlah mendapatkan borang pendaftaran pengikrar organ secara percuma di semua hospital kerajaan, jabatan kesihatan daerah, pusat kesihatan daerah, Pusat Sumber Transplan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Pusat Sumber Transplan Hospital Pulau Pinang, Pusat Sumber Transplan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, atau memuat turun borang di laman web Pusat Sumber Transplan Nasional di www.dermaorgan.gov.my atau menghubungi talian bebas tol 1-800-88-9080 atau emel terus ke [email protected]. Dermalah organ demi sebuah kehidupan. Saya sudah....anda bila lagi?
2
2 3
Dear valuable readers,
Year 2018 has brought countless excitement to the Faculty of Business and Management (FBM/FPPians). There
have been a number of awards and achievements earned by our faculty members and students that we could be
highly proud of. With a bagful of gold, silver, and bronze medals won from various innovation, invention, and design
competitions, we have also been blessed with a team of energetic, vibrant, and perseverant faculty members espe-
cially the youngbloods.
Community services and FBM Academic Vaganza, for instance, have painted the colour of FBM calendars to fulfil the
Week-Without-Wall (WWW) agenda. The FPPians have succeeded to cross the hurdles despite financial challenges
faced as the events have turned out to be an outstanding and thundering ovation.
Besides, International collaborations with UNISSULA and GUNMA Universities have also enriched both parties’
academic endeavours. In the meantime, the students exchange programme has offered invaluable exposure on
academic and cultural diversity that might have not been encountered without. Not to forget, the academician
exchange programme has also been another eye-opening opportunity in spreading intellectual horizons and getting
opportunities to be adjunct professors in foreign universities.
Observing and evaluating research-proposal presentations by the UNISSULA bachelor’s degree students have
enabled the FPPian academicians to benchmark research standards produced by the students. In exchange, the
FPPians have also sent a group of master’s degree students to present their research papers at UNISSULA.
Such a breath-taking experience, Year 2018 has brought in. Congratulations to our lecturers that have completed
their PhD journeys. Congratulations to all the FPPians that have played their roles in carrying out a string of
success stories. Congratulations to all the writers that have contributed wonderful articles to BizNewz.
Congratulations to BizNewz for scholarly acquiring the e-ISSN code for the benefit of all articles contributors.
Looking forward to a more productive New Year 2019, let’s continue to contribute articles and BizNewz would
continuously publish your writings. Thank you very much and wish all of you a Happy New Year of 2019.
Yours sincerely,
Azian Abd Ghani
BizNewz Chief Editor
33
TITLE PAGE NUMBER
Derma Organ 1—2
Chief Editor’s Note 3
Editorial Board 5—6
Slot Kuiz CCMS: Yang Meriah dan di Luar Jangka 7—8
Economic Poster War 9—10
Generating Surprisingly Handsome Income from Online 11—14
Five Exciting Facts about Fruits 15
Word Art 16
A Passing Glimpse 17—18
Fast Facts about “Innovative Minds & Creative Innovations” 15—16
Konvesyen KIK UiTM 2018 19—20
Changemakers Mindset Modul: Nilai Kreativiti, Pemikiran Kritis 21—24
FBM Meet and Greet 25—26
iAnugerah Emas: Kolaborasi Kajian dan Inovasi Merentasi Empat
Fakulti
27—28
Majlis Sambutan Hari Inovasi 29—30
Pengurusan Tertinggi UiTM berkampung di UiTM Cawangan
Terengganu Kampus Dungun
31—34
4
32
CHIEF EDITOR AZIAN BT ABD GHANI
MANAGING EDITOR NORCHAHAYA BT JOHAR
SPECIAL ISSUE EDITOR HASLENNA BT HAMDAN
ENGLISH EDITOR NAJAH BT LUKMAN
ENGLISH EDITOR NUR SYIKRI BIN HARUN
ENGLISH EDITOR CHE WAN KHALIDAWATY BT CHE WAN
KHALID 5
3
MALAY EDITOR FATHIYAH BT ISMAIL
MALAY EDITOR NUR SYIKRI BIN HARUN
MALAY EDITOR SUZILA BT MAT SALLEH
LAYOUT & GRAPHIC EDITOR NOOR HAFIZA BT MOHAMMED
LAYOUT & GRAPHIC EDITOR NURUL ULFA BT ABDUL AZIZ
LAYOUT & GRAPHIC EDITOR NUR AZWANI BT MOHAMAD AZMIN
LOGISTIC EDITOR HANI SAKINA BT MOHAMAD YUSOF
LOGISTIC EDITOR WAN MAZIAH BT WAN AB RAHMAN
6
4 7
31 8
30 9
5 10
6 11
29 12
28 13
7 14
8 15
27 16
26
Through many years of teaching and, at times, learning, I
bet, as a lecturer, one must encounter many challenges
as well as opportunities. We are what we are, and what
we are is very much associated with what we did
previously.
Challenges come in many forms and some of these
challenges really test our conscience and they can even
go as far as challenging our “maruah”. When it comes to
teaching students, we, as lecturers, have different levels
and definitions of “sayang budak”. Some lecturers may
have defined it as passing all students in all tests or
exams. Some may have defined it as being attentive to all
students’ complaints though not everything said should
be gulped down. Some may have also described it as
giving away marks easily, yet some may be stingy when
giving marks, some may have even gone through a
hugely painstaking marking process and given a lot of
exercises and quizzes as many as they could to help
prepare their students for tests and exams.
Whatever ways taken, I believe that lecturers have their
own plans of evaluating their own students. We have
different backgrounds and, with those differences, we
carry different schools of thoughts. We, as lectures and
colleagues, should respect whichever ways of their
choices. As claimed that we are professionals, this is
what professionals should do. Saying and doing must
come hand in hand. If this does not happen then the
word “munafik” emerges. To keep doing both of these is
another challenge lecturers must do.
Saying lecturers fail students when almost half of the
class fails is also something that the so-called
professionals should not do. I believe that there are no
lecturers who want to fail their students unless that is
what they really deserve. What more if the weightage
has already been predetermined when there are solely
tests and quizzes with no allocation of assignments the
area where lecturers can usually help. Due to this,
lecture in question could be at state. His or her genuine
actions could invite unpleasant views or disrupt the
whole institution system regarding the highest failure
rate. Again, this is what we call a challenge. Accepting
the consequences of our own actions is also a challenge.
17
By: Che Wan Khalidawaty Khalid
9
To keep hand in hand and balance up saying and doing is
not an easy task either. Quality should not be at state
when dealing with “sayang budak”. We want students to
come up to our level of teaching and not go down to
their level. We must keep up to the quality standard,
which is crazily idolized, where it is supposed to be. To
do that, again it is a challenge. In the process of doing
this, lecturers may get tons of students’ complaints of
not knowing how to teach them, then, what are those
years of teaching for? That is why not all students’
complaints should be swallowed and gobbled up eagerly.
Scanning, skimming, and filtering should be done at the
same time to make wise accusations worthwhile. You are
stirring their comfort zone. Their status quo is being
challenged. Having a transactional period from a school
zone to a higher-learning-institution zone makes them,
of course, reluctantly and positively stirred.
In the interim, having created the Olympic-record
highest failure rate could also bring hell to one’s
profession. You could be denied subjects for teaching.
Even though the record created is only once, the after
effect is frustrating. In reaching one’s goal, “the end
doesn’t justify the means” even though the end is
“sayang budak” as the means should not take someone’s
“hak”. If the saying-and-doing is kept closely hand in
hand, then the news of students’ marketability for
employment is less debatable. Is this a true practice of
the so-called professionals?
18
10 19
25 20
24 21
Minggu interim bagi pelajar baharu diploma mod pengajian sepenuh masa Universiti Teknologi MARA (UiTM) bermula pada 16 Julai sehingga 9 Ogos 2018 yang lalu. Terdapat lapan (8) kursus/modul telah disediakan hasil kerjasama daripada beberapa pihak yang bertanggungjawab (PTJ). Kesemua PTJ ini dilantik sebagai pakar rujuk. Objektif utama modul adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran insaniah para pelajar. Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) adalah salah satu PTJ yang terlibat dengan menyediakan Modul Changemakers Mind Set (CMMS) ini.
Tiga (3) orang pensyarah telah mengikuti program latihan pengajar ‘training of trainers’ (ToT) bagi modul ini di MASMED UiTM Shah Alam untuk mendapat input berkaitan. Manakala, seramai dua belas (12) orang pensyarah telah dilantik sebagai fasilitator tambahan dan masing-masing telah menghadiri sesi taklimat sebelum modul bermula. Lantikan ini adalah secara kehormat dan diambil kira sebagai sumbangan kepada universiti dalam Amanah Tugas Pensyarah (ATP). Fasilitator tidak diberikan sebarang imbuhan dari lantikan ini. Di samping itu, seramai tiga puluh tiga (33) orang pensyarah daripada pelbagai fakulti telah dilantik sebagai juri penilai bagi pertandingan kemuncak prototaip CMMS pada minggu terakhir modul.
Objektif modul ini adalah untuk mendedahkan pelajar tentang kemahiran berfikir secara kritis sehingga mampu menyelesaikan permasalahan kompleks bersesuaian dengan kehendak pengguna. Proses simulasi Design Thinking digunakan sebagai panduan pengisian modul. Pelajar diterapkan dengan konsep Learning by Doing iaitu ‘understanding users need, identifying pain points, defining the problem, exploring possible solutions, prototyping these ideas, and testing with real people’. Aktiviti dilaksanakan dalam bentuk perbincangan dan pertandingan secara berkumpulan selama lapan (8) jam iaitu dua (2) jam setiap minggu. Seramai 1,288 pelajar baharu yang berdaftar dibahagikan kepada sembilan (9) kumpulan kecil pada minggu pertama. Bagi minggu berikutnya, kesemua pelajar dikumpulkan di Dewan Aspirasi untuk mendapat pendedahan dan penghayatan sebenar melalui simulasi modul.
Oleh: Rusnah Ismail, Nik Fazlin Hiryati Nik Jaafar, Norchahaya Johar, Norlaila Ibrahim, Azlina Shamsuddin, Nazlin
Emieza Ngah, Norzaidah Ngali, Marha Abdol Ghapar, Norizan Ahmed, Noorazlina Ahmad, Mohd Tajul Hasnan Mohd
Tajuddin dan Wan Ahmad Khusairi Wan Chek
11 22
Berikut adalah pengisian modul:
MODUL TOPIK PERINCIAN
Modul 1 Introduction & Group Formation Mengenali ahli kumpulan/penubuhan kumpulan.
Module2 Empathizing & Defining
Mengenalpasti isu/permasalahan dan kumpulan sasar. Menemuduga kumpulan sasar dan menyaring maklumat daripada pengguna/ Pemilihan maklumat (point-of-views– POVs) yang akan digunakan di dalam Module 3.
Modul 3 Ideating Aktiviti Percambahan Fikiran (Brainstorming)/ Pemilihan idea atau cadangan penyelesaian kepada permasalahan pengguna.
Modul 4 Developing Prototype Pembangunan prototaip secara berkumpulan/ Menyiapkan prototaip mengikut cadangan penyelesaian di dalam Module 3.
Modul 5 Market Testing
Modul 6 Pitching/Presentation/Competition
Mendapatkan maklumbalas mengenai prototaip melalui pembentangan (pitching) kepada bakal pengguna (pelajar-pelajar lain). Menerima ulasan (rating) daripada panel penilai yang terdiri daripada pensyarah pelbagai fakulti.
12 23
Satu kaji selidik ringkas telah dijalankan ke atas 30% daripada jumlah pelajar yang terlibat menggunakan System Quick Response Code (QR code system) yang dibangunkan oleh Ts Dr Ermeey Abdul Kadir (Koordinator MASMED). Hasil kajian tersebut mendapati hampir keseluruhan pelajar telah memberi jawapan setuju dan sangat setuju (Lampiran 1) bahawa Modul CMS telah mendedahkan mereka tentang kemahiran berfikir yang mampu menyelesaikan permasalahan kompleks yang bersesuaian dengan kehendak pengguna.
Jumlah pelajar yang ramai adalah satu cabaran dalam mengendalikan modul ini. Disebabkan fasiliti (dewan atau bilik kuliah) dan bilangan fasilitator yang terhad, setiap fasilitator yang ditugaskan terpaksa mengendalikan seramai 150 pelajar pada setiap sesi. Nisbah ini terlalu besar di mana ia boleh mempengaruhi keberkesanan dan penghayatan pelajar terhadap modul yang dijalankan. Diharap pihak MASMED dapat melatih dan menarik lebih ramai pensyarah untuk terlibat sebagai tenaga pengajar atau fasilitator program keusahawanan ini supaya nisbah fasilitator dan pelajar menjadi lebih ideal. Modul ini sewajarnya diteruskan supaya setiap pelajar universiti mendapat pendedahan dan pengalaman ilmu keusahawanan selari dengan hasrat kerajaan untuk menyemai minda keusahawanan ke dalam seluruh sistem pendidikan yang mampu melahirkan graduan bercirikan keusahawanan dan menjadi penjana pekerjaan. RUJUKAN Garis Panduan Pelaksanaan Minggu Interim, BHEA MASMED, UiTM Shah Alam MASMED, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus
Dungun
Hasil pembelajaran selepas modul ini diharapkan pelajar dapat:
1. Membina keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi melalui aktiviti penubuhan kumpulan dan
temuduga kumpulan sasar.
2. Kemahiran memahami isu/permasalahan dengan cara empati terhadap kumpulan sasar.
3. Kemahiran menyaring dan menganalisa maklumat yang diperolehi daripada temuduga.
4. Membina kemahiran mengenalpasti peluang perniagaan setelah memahami permasalahan pengguna.
5. Kemahiran bekerjasama dalam kumpulan dan membina keyakinan diri untuk memberi idea/cadangan dan
bersedia menerima idea/cadangan orang lain.
6. Kemahiran kreativiti menggunakan sumber terhad untuk menterjemah idea perniagaan. Kemahiran
kerjasama dan penyelesaian masalah secara kreatif dalam masa yang singkat dengan idea/inovasi baru
mengikut kehendak pengguna
7. Kemahiran meringkaskan idea untuk menarik minat dan memberi kefahaman kepada audiens.
8. Kemahiran komunikasi serta membina keyakinan diri melalui pembentangan dan bersedia menerima
maklumbalas untuk penambahbaikan.
23 24
22 25
13 26
14
T he 3rd Educational Project of Innovation Competition (EPIC 2018) telah menyaksikan satu sejarah gemilang antara Fakulti Pengu-rusan dan Perniagaan, Fakulti Sains Kom-
puter dan Matematik, Akademi Pengajian Islam Kon-temporari, dan Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu melalui usahasama kajian dan penerbitan inovasi pembelaja-ran dan pengajaran melalui tasmi’ tahfiz. i-P²T²: Ino-vasi Pembelajaran dan Pengajaran Melalui I -Tasmi’ Tahfiz telah dibangunkan dan diperkenalkan kepada beberapa pelajar tasmi’ tahfiz yang telah berdaftar untuk menyemak hafazan mereka secara berkala se-jak tahun lepas. Projek ini telah dibangunkan oleh Encik Mohd Talmizie Amron (pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik) dan dibantu oleh Dr Wan Anisabanum Salleh (penyelaras isi kandungan), Puan Suhaily Maizan Abdul Manaf (moderator), Dr Aza-rudin Awang (pemantau kajian), Puan Noorimah Mis-nan (penasihat hakcipta), dan Saudara Muhammad Hanif Othman (pelajar Diploma Analisis Pelaburan sebagai pengguna sistem).
Idea asal inisiatif mengumpulkan para pelajar tahfiz ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan in-gatan mereka di samping mengingatkan mereka agar selalu membaca, menghafal, dan mengulangkaji hafazan al-Quran, dikenali sebagai proses tasmi’, wa-laupun sudah meninggalkan alam persekolahan. Membaca dan menghafaz al-Quran dikira ibadah dan diberikan ganjaran pahala yang lebih banyak apabila pelaksanaannya dilakukan secara tartil.
Salah satu faktor pelajar universiti gagal memperolehi kejayaan cemerlang dalam akademik adalah disebabkan kurangnya mengingati bahan-bahan kuliah. Tasmi’ merupakan salah satu pendekatan terbaik untuk mengatasi atau mengurangkan masalah ini. Tasmi’ bermaksud satu kaedah memperdengarkan bacaan dan hafazan baharu kepada seorang guru agar guru tersebut dapat menegur dan memperbetulkan kesalahan muridnya setelah beliau mengesan kesilapan dari segi hafazan atau bacaan al-Quran muridnya itu. Manakala tahfiz pula diambil berasal daripada perkataan ‘hafaz’ yang bererti sudah masuk betul ingatan, dapat mengucapkan pelajaran (ayat al-Quran dan lain-lain) dengan ingatan semata-mata tanpa melihat buku, kitab, dan sebagainya. Berdasarkan kamus Bahasa Arab, tahfiz bermaksud menjaga sesuatu dan mengawalnya daripada hilang. Kajian-kajian lepas mendapati wujudnya hubungkait antara kecemerlangan pelajar dari sudut akademik dan sahsiah dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang digunakan dalam pengajian tahfiz. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang terlibat dalam tasmi’ tahfiz lebih mudah mengingati matapelajaran, membentuk karakter berkarisma, dan memperolehi pencapaian cemerlang dalam akademik. Di samping itu, pelajar-pelajar tahfiz juga menunjukkan peningkatan pencapaian akademik yang cemerlang. Inovasi i-Tasmi’ Tahfiz ini telah dibangunkan untuk memberikan kemudahan kepada para pelajar dan ia juga boleh diaplikasikan oleh para pelajar universiti di mana sahaja mereka berada. Kesannya, ia dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik dan ko-kurikulum mereka.
Oleh: Suhaily Maizan Abdul Manaf, Dr Wan Anisabanum Salleh, Dr Azarudin Awang, Noorimah Misnan, & Mohd Talmizie Amron
27 21
Pembangunan sistem i-Tasmi’ Tahfiz ini juga telah mendapat pengiktirafan hakcipta daripada Research Innovation Business Unit (RIBU), telah diujicuba, dan digunakan sepenuhnya pada bulan Ogos 2018. Projek ini akan diteruskan kesinambungannya pada tahun 2019 dengan kajian yang lebih terperinci tentang keberkesanan sistem ini dan akan diperluaskan ke peringkat komuniti agar ia boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat.
28
20 29
15 30
16
J ulung-julung kalinya, Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu telah terpilih menjadi lokasi bagi Kem Bina Pasukan Pengurusan Tertinggi UiTM. Kem ini telah dilaksanakan sela-
ma 3 hari 2 malam, bermula 23 Februari dan berakhir pada 25 Februari 2018 yang lalu. Program ini adalah anjuran Bahagian Canseleri UiTM dan MOULDER TnC Group UiTM Cawangan Terengganu yang telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikannya. MOULDER (Motivational, Outdoor and Leadership) adalah SIG yang diketuai oleh Prof Dato’ Dr Hj Mustaffa Mohamed Zain, Penolong Naib Canselor (Strategik), Mejar Prof Madya Zaid Ngah, rakan-rakan tenaga kerja UiTM dan warga PALAPES UiTM Cawangan Terengganu. Seramai 68 orang peserta telah menghadiri kem ini yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi UiTM, Pengurusan Kanan, Rektor Kampus Negeri, Dekan Fakulti dan Pusat Akademik, serta Pengarah Pusat Kecemerlangan Universiti (CoE) dan Ketua-ketua Jabatan.
Tujuan kem ini diadakan adalah untuk membina kefahaman tentang kepentingan budaya kerja berpasukan dan membangunkannya di atas asas atau dasar murni bagi mencapai matlamat organisasi, dalam menangani tugasan operasional yang lebih mencabar. Di samping itu, objektif kem ini juga adalah untuk membina perhubungan setiakawan yang ikhlas dan murni, melapangkan fikiran dan minda dari tekanan, mendisiplinkan dan meninggikan keyakinan terhadap diri sendiri, keluarga, majikan dan negara. Alhamdulillah, berdasarkan maklumbalas para peserta, setelah mengikuti semua modul yang telah disediakan, khususnya gabungan aktiviti-aktiviti yang bersifat fizikal yang berlandaskan keanjalan dan keluasan perspektif agama, kem ini telah berjaya mencapai matlamatnya di samping menyarankan agar kem ini perlu dihadiri oleh kakitangan UiTM yang lain.
Oleh: Zaid Ngah, Mohd Aziz Aris, Wan Anuar Wan Mamat, Moktar Awang, Ahmad Ismail Mohd Anuar
31 19
dalam menjayakan program-program dan kerja-kerja kebajikan di UiTMCT pada masa-masa hada-pan serta meningkatkan lagi prestasi kerja yang lebih baik. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak khususnya kepada yang telah memberikan kepercayaan kepada pihak MOULDER bagi melaksanakan program ini. Semoga sokongan dan usaha yang diberikan oleh semua pihak sepanjang program ini berlangsung diberkati dan dirahmati Allah.
Para peserta juga berpendapat, dengan kejayaan MOULDER mengendalikan kem ini, membuktikan bahawa UiTM Cawangan Terengganu mempunyai kumpulan pengendali program ‘Team Building’ yang berada dalam skalanya yang tersendiri. Lebih utama lagi, kejayaan program ini juga adalah kejayaan kita bersama, gambaran kerjasama mantap yang diberikan oleh semua warga UiTMCT. Diharapkan program ini menjadi asas kepada kebersamaan staf dari semua lapisan dan bahagian
32
18 33
17 34