14586713 penilaian kendalian sekolah rendah pksr pemulihan pengayaan dan pendidikan inklusif

23
Bab 9:Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) ; Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 9.1 Penilaian Berasaskan Sekolah Merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran dalam bilik darjah untuk mengesan kemajuan pelajar dalam konteks perkembangan individu secara menyeluruh. Mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan dikawal mutunya supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna dan bermanfaat. Memainkan peranan untuk meningkatkan keupayaan guru dalam usaha membina dan mereka bentuk jenis-jenis ujian yang lebih bermutu. 9.2 Pengertian Satu bentuk penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSR dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) pula ialah satu penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSM. Hanya melalui proses penilaian yang berterusan, guru dapat memastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid iaitu sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. 9.3 Prinsip Satu prinsip PKSR/PKSM yang penting untuk guru ialah bagi mengetahui tahap pencapaian murid serta untuk mengenal pasti

Upload: il

Post on 14-Dec-2015

307 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pentaksiran

TRANSCRIPT

Page 1: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Bab 9:Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) ;

Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

9.1 Penilaian Berasaskan Sekolah

Merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran dalam bilik

darjah untuk mengesan kemajuan pelajar dalam konteks perkembangan

individu secara menyeluruh.

Mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang

dibina dan dikawal mutunya supaya proses pengukuran pembelajaran

pelajar menjadi lebih bermakna dan bermanfaat.

Memainkan peranan untuk meningkatkan keupayaan guru dalam usaha

membina dan mereka bentuk jenis-jenis ujian yang lebih bermutu.

9.2 Pengertian

Satu bentuk penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSR dan Penilaian

Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) pula ialah satu penilaian yang dibuat

dalam sukatan KBSM.

Hanya melalui proses penilaian yang berterusan, guru dapat memastikan

jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid iaitu sama

ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.

9.3 Prinsip

Satu prinsip PKSR/PKSM yang penting untuk guru ialah bagi mengetahui

tahap pencapaian murid serta untuk mengenal pasti dan membaiki

kelemahan-kelemahan murid sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran

menjadi lebih kronis.

Page 2: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Dalam PKSR, guru menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil

pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran yang berlainan.

Aspek-aspek yang dinilai dalam mata pelajaran yang berlainan dalam PKSR

meliputi:

a) pengetahuan

b) kemahiran berfikir

c) kemahiran berbahasa

d) kemahiran mengira

e) kemahiran belajar

f) kemahiran amali

g) kemahiran manipulatif

h) kemahiran bersosial

i) daya kreatif

j) kemahiran proses sains

k) perlakuan dan amalan nilai-nilai murni

l) sikap

m) kesihatan dan kecergasan

n) kemahiran kenestetik

o) bahan pembelajaran

p) minat

9.4 Tujuan

Untuk membaiki pembelajaran pelajar dengan mengubahsuai aktiviti

pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang diperoleh daripada

PBS.

Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar supaya

tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka

mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti.

Untuk merangsang pelajar supaya terus membaiki pembelajarannya melalui

tunjuk agar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PBS.

Page 3: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Untuk menyediakan pelajar menyesuaikan diri dalam alam kehidupan

manusia melalui penilaian berterusan yang melatih mereka sentiasa sedia

menerima teguran, bimbingan dan ajaran guru.

Untuk mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian

yang dibina dan dikawal mutunya di peringkat tempatan supaya proses

pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermanfaat dan lebih

bermakna.

Untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru dalam usaha membina

jenis-jenis ujian dengan lebih bermutu dan seterusnya meningkat prestasi

mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

9.4.1 Ciri-ciri

Menekan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab secara

lisan dan ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat penguasaan dan

kemajuan pelajar dalam bilik darjah.

Menekan penilaian formatif daripada penilaian sumatif – maklumat yang

diperoleh daripada PBS adalah digunakan untuk membantu perkembangan

pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan.

Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan –

membaiki pembelajaran seterusnya.

Menekankan penilaian secara berterusan – membolehkan guru

mengubahsuai strategi dan teknik, pengajaran mengikut maklumat penilaian

yang diperoleh dari semasa ke semasa.

Menekan penilaian secara menyeluruh – segala potensi pelajar seperti

intelek, rohani, jasmani dan emosi dinilai.

Menekankan penilaian dalaman – guru yang mengajar pelajar itu sendiri dan

bukan diuruskan secara berpusat.

Page 4: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Langkah Pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

1. Merancang -guru perlu menentukan hasil pembelajaran,kaedah penilaian serta instrumen yang digunakan dalam proses penilaian.

2. Menjalankan pemerhatian secara individu/kumpulan - guru menggunakan instrumen spt senarai semak/catatan anekdot. - mengesan kekuatan dan kelemahan murid setelah beberapa kali sesi pembelajaran.

3. Melaksanakan penilaian melalui ujian – ujian lisan atau bertulis.

4. Membina instrumen – merujuk kpd Jadual Penentuan Ujian (JPU) – membina soalan-soalan kognitif (Taksonomi Bloom) yang berlainan

5. Melaksanakan Penilaian – cara lisan/penulisan - penilaian secara profesional supaya terdapat kebolehpercayaan yang tinggi.

6. Merekod - mencatat kemajuan dan pencapaian murid secara sistematik. - menganalisis & mentafsir rekod untuk membuat tindakan susul atau penambahbaikan.

7. Melapor - penyampaian maklumat penilaian tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam bentuk markah atau gred dari semasa ke semasa kepada pihak-pihak tertentu.

Page 5: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Rajah 1: Langkah Pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

9.5 Penilaian Alternatif

- bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian formal seperti penilaian

formatif dan sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah.

- Jenis penilaian alternatif yang bolehdigunakan oleh guru ialah

a) Portfolio

b) Persembahan / Amali

c) Pemerhatian

a) Portfolio

Satu koleksi hasil kerja murid yang terdiri daripada pelbagai bahan dan

sumber

yang relevan dengan objektif mata pelajaran.

Digunakan sebagai rekod untuk menunjukkan pencapaian murid-murid

untuk mata pelajaran yang berlainan di sekolah.

Sebuah portfolio yang lengkap terdiri drpd pengumpulan bahan-bahan

yang berikut iaitu:

- nota-nota yang disediakan oleh guru

- senarai semak yang disediakan oleh guru

- refleksi kendiri pelajar

- buku log

Tindakansusulan-peneguhan-pengayaan

YaMenguasai bahanyang diajar? Tidak

Tindakansusulan-pemulihan

Meneruskan ke pelajaran baru

Page 6: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

- catatan jurnal

- gambar & foto

Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada murid ialah portfolio

kerja, portfolio dokumentari & portfolio produk akhir.

Kebaikan:

- melibatkan murid dgn sepenuhnya dlm proses pengajaran &

pembelajaran.

- Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid.

- Menilai tahap perkembangan murid-murid.

- Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman

kendiri mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan

oleh guru.

b) Persembahan / Amali

Untuk menguji kebolehan & kecekapan seorang individu.

Melibatkan penggunaan radas, alatan konkrit/gambar & tidak banyak

bergantung kpd penggunaan bahasa & kertas-pensel kecuali semasa

arahan diberi.

Amat sesuai bagi pelajar yang kelemahan bahasa.

Guru mesti membimbing murid dlm penyediaan pembentangan spt

berikut:

- mengenal pasti punca-punca maklumat / sumber rujukan.

- menstrukturkan pembentangan.

- menilai & memberi maklum balas tentang pembentangan.

Murid perlu membuat huraian secara terperinci mengenai penglibatan

murid dlm kerja ini. Huraian dinilai oleh guru kerana ia merupakan satu

penilaian yang sah mengenai pembelajaran murid.

Dlm penilaian amali, guru akan menyuruh murid utk memanipulasi satu

set data, selepas itu, mempersembahkan analisis mereka terhadap data

itu.

Guru menilai persembahan / tunjuk cara murid berdasarkan aspek-aspek:

Page 7: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

- contoh-contoh yang dikaitkan

- edaran-edaran yang berkait

- peralatan yang digunakan dlm persembahan

c) Pemerhatian

Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar drpd bidang afektif &

psikomotor, khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral,

Muzik & Pendidikan Jasmani.

Satu bentuk penilaian autentik yang membantu guru membimbing murid-

murid meningkatkan keupayaan mereka secara individu.

Bertujuan utk membantu murid-murid mengaplikasikan pengetahuan yang

diperoleh drpd mata pelajaran yang berlainan dlm kehidupan seharian.

Memberi murid-murid masalah-masalah yang dihadapi dlm dunia sebenar.

Contoh-contoh penilaian autentik yg boleh dijalankan oleh guru ialah

melalui pemerhatian, projek / kerja lapangan.

Mudah dilaksanakan oleh guru tetapi susah utk menjamin kesahihan

dapatannya, kerana pemerhatian dipengaruhi oleh daya pengamatan,

pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai (guru).

Strategi Pelaksanaan

- dibuat secara berterusan mengikut objektif yang dikenal pasti /

dirancang.

- dibuat dengan menggunakan senarai semak/rekod anekdot kognitif,

afektif, psikomotor, bahan & persekitaran.

- dibuat secara global / analitikal mengikut objektif yg ditetapkan oleh

guru.

Page 8: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

PEMULIHAN

Konsep Pemulihan:

Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh.

Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau

membetulkan sesuatu yang tidak betul.

Program Pendidikan Pemulihan adalah

~ satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang

mengalami kesusahan pembelajaran dalm darjah khas di sekolah biasa,

di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam

kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk

pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

~ satu pembelajaran kesedaran bertujuan untuk membolehkan murid

menjalinkan kontak

mesra dengan persekitarannya.

~ satu program yang lebih sesuai untuk murid-murid yang lemah dalam

pencapaian

akademik mereka.

Tujuan dan Rasional Pendidikan Pemulihan:

Untuk membantu murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang

belum dicapainya dalam pelajaran lampau.

Untuk membantu murid dalam memperkembangkan diri dan menunjukkan

potensi mereka.

Untuk membantu murid memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam

menyelesaikan masalah.

Page 9: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Untuk membantu murid membina keyakinan diri.

Unruk membantu murid yagn lemah membina konsep sesuatu kemahiran

dengan betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini.

Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sesuatu mata pelajaran

misalnya matematik mengikut kebolehannya.

Sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas KBSR ialah

disebabkan oleh PERBEZAAN INDIVIDU.

Perbezaan individu ini perlu dijadikan satu pedoman atau pegangan guru

dalam usaha merancangkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

~ menjalankan ujian dignostik

Masalah Pembelajaran:

Masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang menyebabkan mereka

memerlukan kelas pemulihan

Boleh merupakan satu masalah kecil atau besar yang menjejaskan proses

pembelajaran murid-murid itu di dalam bilik darjah.

Terdapat beberapa masalah pembelajaran yang dikenalpasti di mana murid-

murid yang menunjukkan ciri-ciri masalah ini perlu menjalankan kelas

pemulihan

Jenis-jenis Masalah Pembelajaran:

~ Belajar secara lambat, selalu gagal

~ Pencapaian akademik yang tidak tinggi kerana penyesuaian diri dan

konsep kendiri yang

rendah.

~ Kerencatan akal menyebabkan pencapaian akademik yang lebih rendah

daripada potensi

sepenuh.

~ Kekurangan sosial: mempunyai kemahiran interpersonal yang rendah dan

tidak suka

Page 10: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

~ Mundur prestasinya tidak sebaik yang dijangkakan

Faktor-faktor Penyebab:

Faktor-faktor penyebab yang menyebabkan murid memerlukan

pendidikan pemulihan

(i) Faktor psikologi

Faktor kecerdasan mental

~ Semua murid mempunyai kecerdasan mental yang berbeza yang

mungkin disebabkan

oleh faktor genetik/diwarisi daripada ibubapa

~ Kesannya: murid-murid tidak dapat mengikuti pengajaran guru pada

kadar atau

intensiti yang sama

Faktor emosi yang tidak stabil

~ Murid-murid tidak dapat membuat penumpuan mental dan latihan-

latihan dengan baik

di dalam bilik darjah

~ Murid-murid tidak berminat untuk mengikuti pengajaran guru

~ Kesannya: murid-murid sering ketinggalan dalam pembelajaran

akademiknya

(ii) Faktor Biologi/Kesihatan

Murid-murid mempunyai masalah kesihatan

Kesannya: murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada

pengajaran guru

Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan otak/neurologi

~ mereka tidak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik

~ mereka mempunyai masalah tingkah laku

(iii) Faktor Persekitaran

Page 11: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Masalah bahasa

~ Masalah bahasa merupakan salah satu masalah pembelajaran di

mana murid-murid

tidak dapat menguasai bahasa dengan baik atau mempunyai masalah

menyebut

perkataan atau membaca.

~ Untuk mengatasi masalah ini, guru mesti memastikan yang murid-

murid dalam kelas

pemulihan nanti perlu didedahkan kepada pengalaman-pengalaman

bacaan yang positif

serta mengikut satu program bacaan yang berkesan

Amalan Sekolah

Guru-guru sibuk menyiapkan sukatan pelajaran

Aspek kemampuan murid yang pelbagai diabaikan

Wujud jurang akademik yang besar di antara murid

Murid-murid mundur dalam pembelajaran

Memerlukan pendidikan pemulihan

~ Amalan ini merujukkan kepada pengajaran guru, cara pentadbiran serta

susunan kurikulum yang tidak mengambil kira keupayaan murid yang

pelbagai

(iv) Faktor Emosi dan Sosial

Page 12: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Kanak-kanak yang terencat dalam pembelajaran mungkin bersifat

lebih ganas dan agresif.

~ sangat sensitif kepada kritikan guru

~ menunjukkan respon negatif dalan situasi tertentu

~ tidak dapat menyelesiakan masalah mereka dengan positif

Untuk murid-murid seperti ini, guru perlu meningkatkan tahap motivasi

dan aspirasi murid-murid serta memastikan murid-murid mempunyai

sikap positif terhadap buku dan bahan pembacaan

Cara-cara Penilaian Mengenalpasti Murid-murid yang Memerlukan Pemulihan:

Peranan Guru Biasa Dalam Pelaksaan Pemulihan

Untuk proses pemulihan menjadi efektif, ia perlu dijalankan pada peringkat

pra sekolah atau awal sekolah rendah. Ia diperlukan di peringkat sekolah

menengah jika seseorang pelajar memerlukannya

Cara-cara Pengesanan Kesukaran Pembelajaran

PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI~ membentuk senarai semak di mana guru akan menandakan ruang yang berkaitan untuk setiap kemahiran yang berjaya diperolehi oleh murid

PENTAFSIRAN REKOD PROFIL~ rekod profil disediakan pada setiap hujung penggal di mana pencapaian murid diberikan gred yang tertentu oleh guru~ guru membuat pertandingan antara markah murid- murid lain~ murid-murid yang selalu mendapat gred yang rendah memerlukan pemulihan

PERMERHATIAN~ mengenalpasti tanda-tanda yang ada pada murid~ mengesan emosi dan tingkah laku murid~ menyediakan borang-borang anekdot yang sesuai yang membantu guru memahami sebab-sebab kegagalan murid

Page 13: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Pencari dan pemulih kelemahan murid-murid

Menjalankan ujian dignostik

Seseorang guru berjaya atau tidak dalam melaksanakan program pendidikan

pemulihan bergantung kepada:

a) kebolehan dan kecekapannya

b) kerjasama dari rakan-rakan sejawat dan guru besar

c) sokongan dari pihak sekolah

d) kemahiran mengendalikan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran

e) sumber dan personel yang disediakan dalam sekolah

Aktiviti Pemulihan:

Guru menjalankan program bacaan tambahan

~ murid-murid membuat bacaan meluas dengan membuat pelbagai rujukan

daripada buku

dan Internet

~ memberi murid-murid bahan bacaan yang sejajar dengan perkembangan

kognitif murid-

murid

~ tujuan: mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam

kelas

Pemulihan

Guru mengalakkan murid-murid membuat kerja projek

~ dijalankan secara individu atau kumpulan

~ contohnya aktiviti projek yang meminta murid-murid membuat sesuatu

hasilan atau

menyelesaikan sesuatu masalah mudah

~ tujuan: menggalakkan murid-murid untuk berfikir menyelesaikan masalah-

masalah dalam

kelas pemulihan

Page 14: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Guru memikirkan aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh permainan dna rekreasi

yang penting

~ tujuan: mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

menyeronokkan dalam

setiap aktiviti pemulihan

Guru menggalakkan pembelajaran akses kendiri di kalangan murid-murid

~ murid-murid membina bahan akses kendiri daripada pelbagai media

seperti bahan cetak,

rakaman audio, radio dan computer

~ tujuan: memenuhi keperluan kognitif murid-murid

Bahan-bahan Untuk Aktiviti Pemulihan:

Guru perlu menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk

digunakan dalan kelas pemulihan

Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan visual yang kurang:

(i) Bahan-bahan pemulihan mestilah menarik dan berwarna-warni

(ii) Tulisan yang digunakan dalam bahan pemulihan mesti besar saiznya

Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang rendah:

(i) Guru perlu memberikan semua penerangan dengan suara yang kuat,

terang dan jelas.

Begitu juga dengan alat bantuan mengajar.

Untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan fizikal yang rendah:

(i) Alatan mengajar perlu cukup besar supaya murid-murid boleh

memegangnya atau

memanipulasinya dengan mudah

Page 15: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

PENGAYAAN

Konsep Pengayaan:

Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras

kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang

dijalankan di dalam bilik darjah

Tujuan dan Rasional Pengayaan:

Untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada

murid

Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka

Untuk membekalkan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi

daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan

murid-murid dalam pelbagai bidang

Untuk memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima

Jenis-jenis Aktiviti Pengayaan:

Sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid

Bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah

kendiri

Berbentuk lembaran kerja atau projek

Cara-cara Mengelolakan Aktiviti Pengayaan:

Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu

tetap sekolah

Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan

bercorak belajar kendiri

Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru

akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha

mereka dihargai

Page 16: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Proses Pengajaran Pengayaan Matematik:

Pengayaan matematik

~ aktiviti tambahan yang lebih menarik, kompleks dan mencabar, bertujuan

untuk meluaskan

pengetahuan dan kemahiran matematik yang telah dipelajari oleh murid

~ pengayaan dibuat untuk kumpulan murid cerdas dan lambat

Mata Pelajaran Matematik

Penilaian dijalankan

PENDIDIKAN INKLUSIF

Konsep Inklusif:

Peluang pendidikan yang disediakan bagi murid-murid yang mempunyai

pelbagai jenis kecacatan( seperti kecacatan pendengaran atau penglihatan)

yang belajar di dalam bilik darjah biasa bersama-sama dengan murid-murid

yang sebaya dengan mereka.

Dengan perkataan lain, palajar khas diintegrasikan dalam pendidikan

bersama pelajar normal

Pelajar menguasai kemahiran

Program Pengayaan

Pelajar lambat menguasai kemahiran

Program Pemulihan

Penilaian semula

Menguasai kemahiran

Program Pengayaan

Page 17: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Di dalam kelas pendidikan inklusif, murid-murid mengikut kurikulum biasa

yang telah diubahsuai oleh ahli-ahli pendidikan

Murid-murid dalam kelas pendidikan inklusif dibimbing oleh guru reses yang

bekerjasama dengan guru kelas agar mereka dapat memahami konsep yang

disampaikan oleh guru kelas dengan lebih efektif

Murid-murid yang mengalami kecacatan dibantu oleh alat sokongan khas

Jika seseorang murid tidak dapat mengikut kurikulum biasa, murid-murid ini

akan mengikuti kurikulum pendidikan khas.

Objektif Pendidikan Inklusif:

Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak khas

bahawa mereka juga sebahagian daripada ahli masyarakat

Memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan

rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk

mereka

Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang

standing dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep kendiri

mereka

Untuk mengelakkan daripada berlakunya diskriminasi dalam pendidikan dan

kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan

Ciri-ciri Dalam Pendididkan Inklusif:

Penerapan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran perlu dilaksanakan

oleh guru.

Pemupukan budaya sains dan teknologi penting dalam pendidikan inklusif

Peningkatkan dan pengukuhan Bahasa Melayu diutamakan dalam sebarang

program pendidikan inklusif

Penekanan diberikan pendidikan berkonsepkan komputer

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif:

Guru mesti menggunakan prinsip pemeringkatan isi

Page 18: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Strategi pengajaran dan pembelajaran mesti dapat meningkatkan penglibatan

murid melalui kaedah-kaedah dan teknik-teknik bercerita, main peranan,

lawatan dan projek

Di sekolah rendah, Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah Rendah(PKSR)

dijalankan, manakala di sekolah menengah Penilaian Kemajuan Berasaskan

Sekolah Menengah(PKSM) dijalankan. Kedua-dua penilaian berasaskan

kebolehan murid dan bukan terhad kepada satu kurikulum yang berstruktur.

Penilaian yang bersifat formatif boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja

dalam kedua-dua bentuk penilaian ini

Sebarang penilaian yang dibuat dalam kelas pendidikan inklusif mesti

disediakan berdasarkan minat murid. Penilaian ini juga mesti mencabar

minda dan pada masa yang sama tidak menyekat kebolehan murid

Penilaian digunakan dalam pendidikan inklusif boleh dibuat dalam bentuk

berikut:

(a) projek

(b) rekod anekdot

(c) perlakuan

(d) demonstrasi

Murid-murid dalam kelas pendidikan inklusif terikat dengan peraturan-

peraturan bilik darjah yang sama seperti murid-murid yang lain

Jenis-jenis Kanak-kanak Istimewa:

Kanak-kanak yang ~ bermasalah kerencatan akal/mental

~ bermasalah pencapaian akademik

~ bermasalah tingkah laku

~ bermasalah kecacatan fizikal

~ bermasalah kecacatn penglihatan

~ bermasalah kecacatan pendengaran

~ pintar cerdas

Page 19: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Kanak-kanak istimewa yang lain juga boleh dimasukkan dalam kelas

pendidikan inklusif jika masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka

tidak begitu serius

Jika kanak ini bermasalah pembelajaran/kecacatan/tingkah laku yang

sangat serius, perlu dimasukkan dalam sekolah berasingan untuk

mendapatkan pendidikan khas

Peranan Guru Reses dan Guru Biasa Dalam Pelaksanaan Pendidikan

Inklusif:

Dalam sekolah yang tiada program pendidikan khas, guru mesti mengajar

kanak-kanak istimewa dangan kanak-kanak normal dalam satu bilik darjah

yang sama. Oleh itu, guru reses atau guru biasa perlu menggunakan kaedah

koperaktif dan kolaboratif dalam mengendalikan kelas inklusif

Guru terpaksa mengelolakan aktiviti pemulihan untuk kanak-kanak istimewa

dan aktiviti pengayaan pula disediakan untuk murid-murid yang menunjukkan

pencapaian akademik yang baik

Kebanyakan aktiviti dalam kelas pendidikan inklusif berlaku dalam aktiviti

kumpulan

Page 20: 14586713 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah PKSR Pemulihan Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif