08) gandar belakang
TRANSCRIPT
2.3.5 GANDAR BELAKANG
Objektif
Pada akhir unit ini pelajar dapat:
1. Mengenal pasti komponen dan fungsi gandar belakang.2. Mengenal pasti kendalian gear kerbeda ( differential gear ).3. Mengenal pasti jenis syaf gandar belakang.4. Menservis gandar belakang.
Pencapaian Kompetensi
1. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja.2. Dapat menerang fungsi, kendalian dan nama komponen gandar belakang.3. Boleh menggenal komponen utama dan menerangkan kendalian gear kerbeda.4. Boleh menggenal pasti jenis-jenis syaf gandar belakang.5. Dapat melakukan kerja menservis mengikut prosedur.
Maklumat penting
Fungsi gandar belakang.
1. Menampung sebahagian daripada berat kenderaan.2. Menghantar kuasa kepada roda ( bagi jenis gandar hidup ).
Jenis-jenisnya.
Terdapat dua jenis gandar belakang.
1. Gandar mati.2. Gandar hidup.
Gandar mati
Roda berputar secara bebas pada gandar tanpa dipacu. Contohnya kereta kuda.
Gandar hidup
Roda berpusing dengan pacuan gandar.
Terdapat 3 jenis gandar hidup:
1. Separuh terapung.2. Tiga suku terapung.3. Terapung.
58
60
Rajah 2.41 Jenis –jenis gandar hidup
59
KERBEDA
Fungsi
Untuk membezakan kelajuan pusingan roda semasa kenderaan membelok.
Kendalian
Jalan lurus Sewaktu jalan lurus kuasa rintangan pada setiap gear adalah sama. Kuasa yang dihantar melalui gear pinan memusingkan gear gelang dan sangkar gear
bersama-samanya. Pada masa ini gear gelang dan gear planet berpusing seperti satu unit. Gear planet hanya bergolek saja di atas gigi gear matahari.
Semasa membelok Apabila kenderaan mula membelok, kuasa bebanan adalah berbeza. Perbezaan ini menyebabkan gear matahari sebelah dalam mendapat lebih rintangan. Pada masa ini gear planet akan memusingkan gear matahari yang kurang rintangan dan
hanya bergolek pada yang banyak rintangan. Ini menyebabkan roda belakang sebelah luar berputar lebih pantas dari sebelah dalam.
60
Rajah 2.42 Arah tenaga di unit kerbeda
61
Rajah 2.43 Ceraian unit kerbeda
1. Buka palam pengisi dan palam salir. 2. Buangkan minyak kerbeda, pastikan takung berada pada tempat yang betul.
3. Setelah minyak kerbeda habis menitik ikat semula palam salir.
4. Isikan minyak kerbeda yang baru melalui lubang pengisi.
5. Setelah minyak mencukupi atau mula mengalir keluar dari lubang pengisi ikat semula palam pengisi. 6. Paras minyak mestilah berada separas
dengan lubang pengisian seperti di dalam gambarajah.
Aktiviti
Tugasan
Menukar minyak unit kerbeda.
Peralatan
Langkah kerja
Senarai peralatan Senarai bahan / kelengkapan
1. Alat tangan yang sesuai.2. Pam minyak Kerbeda.3. Takung Minyak.4. Jek.5. Sangga keselamatan.
1. Kenderaan pacuan roda belakang. 2. Minyak gear kerbeda.
62
Info:Semasa pengisian minyak kerbeda, kedudukan kenderaan mestilah rata.
Latihan
1. Berikan dua jenis gandar yang anda ketahui.
2. Namakan komponen-komponen pada kotak yang disediakan:
63
Rajah 1