piagamparit.mrsm.edu.my/data/pelajar/kaunseling/maklumat...unit bimbingan & kaunseling mrsm...
TRANSCRIPT
Unit Bimbingan & Kaunseling MRSM Parit
1
1
FALSAFAH UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
MRSM PARIT
BAHAWASANYA SETIAP PELAJAR MEMPUNYAI POTENSI YANG BOLEH
DIGEMBELINGKAN SECARA OPTIMUM MENERUSI PENGURUSAN MENYELURUH
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG CEKAP, BERKESAN DAN
BERAMANAH BERTERASKAN SUMBER DALAMAN DAN LUARAN BAGI
MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI ASPEK INTELEKTUAL, JASMANI,
EMOSI DAN ROHANI SERTA BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.
PIAGAM UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
MRSM PARIT
MEMBERI PERKHIDMATAN TANPA SYARAT, BERSEDIA MENDENGAR DAN
MEMBANTU, MERAHSIAKAN MAKLUMAT KLIEN, MENGHORMATI NILAI BUDAYA
DAN AGAMA KLIEN SERTA BERPEGANG TEGUH KEPADA ETIKA DAN AKTA
KAUNSELOR
VISI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
MRSM PARIT
MEWUJUDKAN IKLIM PENDIDIKAN YANG KONDUSIF,
TERAPUTIK DAN ELEKTIF DARI ASPEK FIZIKAL, PERHUBUNGAN DAN
PENGURUSAN BERTERASKAN KONSEP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING BERKUALITI SECARA MENYELURUH DAN BERKESAN DEMI
KECEMERLANGAN PELAJAR DAN MAKTAB.
MISI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
MRSM PARIT
DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MEMBANTU PELAJAR DARI ASPEK
PENGAYAAN, PERKEMBANGAN, PENCEGAHAN DAN PEMULIHAN UNTUK
MEMPERTINGKATKAN PENGETAHUAN, KETRAMPILAN DAN KONSEP KENDIRI
POSITIF YANG PERLU DALAM MENGHASILKAN MASYARAKAT MADANI MELALUI
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG BERKESAN SERTA
BERAMANAH BERTERASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
Unit Bimbingan & Kaunseling MRSM Parit
2
2
PERANAN DAN PERKHIDMATAN GURU BIMBINGAN Perkembangan Personaliti
Guru Bimbingan boleh membantu pelajar membentuk personaliti yang sihat dan membimbing pelajar supaya menimbulkan perasaan dan kepercayaan bahawa dirinya diperlukan dan dihargai.
Keselesaan Emosi
Guru Bimbingan boleh memberi perkhidmatan kaunseling secara individu ataupun kelompok supaya dapat memperbaiki keadaan diri. Sesi kaunseling adalah sulit. Di samping itu Guru Bimbingan membimbing pelajar supaya memahami dan mengenalpasti tingkahlaku yang tidak diterima oleh masyarakat dan membimbing pelajar supaya bertingkahlaku yang tidak merosakkan diri.
Perkembangan Kerjaya
Guru Bimbingan boleh membimbing pelajar menyediakan diri untuk dunia pekerjaan. Pelajar dibimbing untuk mempelajari isu-isu peribadi dan pekerjaan seperti kedudukan akademik, konsep diri, nilai yang dipegang, minat diri, peluang dan prospek pekerjaan.
Perkembangan Pembelajaran
Guru Bimbingan bertanggungjawab menjaga kedudukan akademik pelajar dan menentukan supaya pelajar memperoleh pencapaian yang setaraf dengan keupayaan akademiknya.
Penyesuaian Diri
Guru Bimbingan boleh membimbing pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dalam suasana yang berlainan seperti menyesuaikan diri dengan kehidupan di MRSM, sistem akademik di MRSM dan penyesuaian dengan dunia luas di luar.
Pentadbiran dan Penyimpanan Rekod
Guru Bimbingan menyimpan rekod berkaitan dengan kliennya dan membantu tugas Hal Ehwal Pelajar. Guru Bimbingan juga menyimpan rekod berkaitan konsep kendiri pelajar, kecenderungan kerjaya, kemajuan kelas subjek khas dan program lain yang berkaitan dengan kecenderungan emosi.
Kajian
Guru Bimbingan menjalankan kaji selidik dan kajian supaya dapat membantu maktab dalam perancangannya.
Pakar Runding / Pakar Rujuk
Guru Bimbingan berperanan selaku pakar runding dalam hal-hal perkembangan personaliti, remaja, tingkah laku, perasaan, komunikasi dan proses kaunseling.
Unit Bimbingan & Kaunseling MRSM Parit
3
3
Perhubungan Dengan Agensi Luar
Jika Guru Bimbingan tidak berkemampuan untuk membantu pelajar, Guru Bimbingan boleh menentukan agensi luar untuk merujukkan pelajar tersebut. Di samping itu, Guru Bimbingan membentuk perhubungan dengan ibu bapa / penjaga, guru, persatuan dan badan profesional, pihak ibu pejabat MARA dan MRSM lain untuk kebaikan dan perkembangan pelajar.
RAJAH
Unit Bimbingan & Kaunseling MRSM Parit
4
4
PERANAN GURU BIMBINGAN & PERKHIDMATAN YANG DIBERI
1. PERKEMBANGAN PERSONALITI ▪ Perkembangan konsep kendiri ▪ Kemahiran berkomunikasi ▪ Motivasi ▪ Perkembangan tingkahlaku ▪ Pencegahan salahlaku ▪ Pakar runding
2. KESELESAAN EMOSI ▪ Kaunseling individu ▪ Kaunseling kelompok ▪ Resolusi konflik ▪ Pengurusan stress ▪ Intervensi krisis
3. PERKEMBANGAN KERJAYA ▪ Kecenderungan kerjaya KPD411,
Ujian-ujian ▪ Lawatan ▪ Edaran mklumat ▪ Ceramah ▪ Peluang belajar
4. PENYESUAIAN DIRI ▪ Pelajar-pelajar baru ▪ Sistem akademik MRSM ▪ Kepada dunia luar
5. PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN ▪ Kemahiran belajar ▪ Kemahiran berfikir ▪ Pengurusan masa ▪ Motivasi
6. PAKAR RUJUK ▪ Perkembangan personaliti ▪ Remaja ▪ Tingkahlaku ▪ Komunikasi
7. PERHUBUNGAN DENGAN AGENSI LUAR ▪ Ibu bapa ▪ Persatuan / badan profesional ▪ Ibu pejabat ▪ Pakar-pakar lain ▪ MRSM
9. PENTADBIRAN & PENYIMPANAN REKOD ▪ Konsep kendiri ▪ Kerjaya ▪ Kelas Subjek Khas
8. KAJIAN ▪ Ujian Psikologi ▪ Masalah pelajar ▪ Keberkesanan program
K
INVENTORI PSIKOLOGI