zamzam ala kazam

2
Zamzam Ala Kazam Haris membongkok pada salah sebuah tong air yang tersusun berbaris. Dia mencapai sebuah bekas air berbentuk gelas plastik yang tersedia. Dia merenung air jenih dalam gelas plastik dengan penuh tanda tanya. Dia meneguknya beberapa kali dengan wajah berbalut curiga. “Isy! Payau semacam saja air ini! Ee macam rasa air paya bakau. Terasa loya pula! Inikah air zamzam ala kazam yang kononnya banyak khasiat itu? Usy! Tidak yakinlah aku! Demikian cetusan batin Haris yang terluah secara spontan. Haris duduk melihat panorama di dalam Masjid Nabawi dengan bersahaja. Semua Jemaah yang menjadi tetamu Allah kagum melihat suasana di dalam Masjid Nabawi yang unik dan istimewa. Kerawang yang bersalut emas dan suasa menyebabkan mata memandang berkunang-kunang. Haris menunggu waktu Zohor yang belum menjengah. Pada firasatnya Madinah tentulah sedikit sebanyak ciri-ciri London. Dia menyangka umrah dan ziarah itu satu program santai yang seronok dan bahagia. Haris gelisah melayani emosinya yang sedang resah. Tiba-tiba dia merasakan perutnya tiba-tiba memulas –mulas persis diserang angin senggugut. Haris berlari sekuat hati menuju ke hotel bagi melepaskan qada’ hajat. Sudah hampir sepuluh kali dia melepaskan qada’ hajat. Terpancut segala isi perutnya yang melurut keluar melalui dubur dan mulut. Tenaga dan kudratnya hilang dengan serta merta. Lututnya menggigil menyebabkan dia gagal untuk berpaut. Haris diusung ke hospital Madinah dalam suasana amat tragis. Kondisinya serius dan memerlukan rawatan intensif. Selama seminggu Haris terlantar di hospital dalam keadaan koma. Berkat doa sahabat handai yang sedang menjadi tetamu Allah, akhirnya Haris beransur sihat. Muntah dan cirit-biritnya menemui titik noktah. Kami semua bersyukur kerana Haris terselamat daripada penyakit misteri yang hamper meragut nyawanya. Haris menceritakan rentetan peristiwa yang berlaku kepada ustaz tentang mulutnya yang celupar kerana mempersendakan air suci itu dengan panggilan ‘zamzam ala kazam’. Haris menyesal atas keterlanjuran lidahnya berbicara di Tanah Haram Madinah yang penuh berkah. Menurut laporan doktor, air zamzam yang telah menyelamatkan nyawa Haris.

Upload: nur-afiqah-fatin-saipullah

Post on 29-Jul-2015

82 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Zamzam ala kazam

Zamzam Ala Kazam

Haris membongkok pada salah sebuah tong air yang tersusun berbaris. Dia mencapai sebuah bekas air berbentuk gelas plastik yang tersedia. Dia merenung air jenih dalam gelas plastik dengan penuh tanda tanya. Dia meneguknya beberapa kali dengan wajah berbalut curiga.

“Isy! Payau semacam saja air ini! Ee macam rasa air paya bakau. Terasa loya pula! Inikah air zamzam ala kazam yang kononnya banyak khasiat itu? Usy! Tidak yakinlah aku! Demikian cetusan batin Haris yang terluah secara spontan. Haris duduk melihat panorama di dalam Masjid Nabawi dengan bersahaja. Semua Jemaah yang menjadi tetamu Allah kagum melihat suasana di dalam Masjid Nabawi yang unik dan istimewa. Kerawang yang bersalut emas dan suasa menyebabkan mata memandang berkunang-kunang. Haris menunggu waktu Zohor yang belum menjengah. Pada firasatnya Madinah tentulah sedikit sebanyak ciri-ciri London. Dia menyangka umrah dan ziarah itu satu program santai yang seronok dan bahagia.

Haris gelisah melayani emosinya yang sedang resah. Tiba-tiba dia merasakan perutnya tiba-tiba memulas –mulas persis diserang angin senggugut. Haris berlari sekuat hati menuju ke hotel bagi melepaskan qada’ hajat. Sudah hampir sepuluh kali dia melepaskan qada’ hajat. Terpancut segala isi perutnya yang melurut keluar melalui dubur dan mulut. Tenaga dan kudratnya hilang dengan serta merta. Lututnya menggigil menyebabkan dia gagal untuk berpaut.

Haris diusung ke hospital Madinah dalam suasana amat tragis. Kondisinya serius dan memerlukan rawatan intensif. Selama seminggu Haris terlantar di hospital dalam keadaan koma. Berkat doa sahabat handai yang sedang menjadi tetamu Allah, akhirnya Haris beransur sihat. Muntah dan cirit-biritnya menemui titik noktah. Kami semua bersyukur kerana Haris terselamat daripada penyakit misteri yang hamper meragut nyawanya.

Haris menceritakan rentetan peristiwa yang berlaku kepada ustaz tentang mulutnya yang celupar kerana mempersendakan air suci itu dengan panggilan ‘zamzam ala kazam’. Haris menyesal atas keterlanjuran lidahnya berbicara di Tanah Haram Madinah yang penuh berkah. Menurut laporan doktor, air zamzam yang telah menyelamatkan nyawa Haris.

Tahukah anda

Air zamzam adalah anugerah paling besar daripada Allah kepada manusia. Iaterpancardi celah-celah kaki Nabi Allah Ismail yang sedang menghentak-hentakkan kakinya lantaran dahaga yang tidak terhingga. Dinamakan ‘zamzam’ sempena tindakan Siti Hajar mengepung air yang terpancar itu dan jeritan gembiranya yang melafazkan, ‘Zamzam!’ yang bermaksud ‘Berkumpullah! Berkumpullah!’.

Meragui serta memperlekehkan air zamzam sama seperti meragui wujudnya Allah dan mempersendakan zat serta kudrat-Nya

Page 2: Zamzam ala kazam