xcmen kaub sem 4
TRANSCRIPT
Analisis tugasan
proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh seseorang murid.
membantu guru menyusun atur kemahiran
yang hendak diajar
memberi latihan yang konsisten
menilai tahap pencapaian murid.
Langkah-langkah Penyediaan Analisis
Tugasan :
memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut tahap keupayaan
huraikan secara ringkas kemahiran yang dipilih
kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil
buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut kelemahan dan kebolehan murid
guru menjalankan analisis tugasan
guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai kemahiran yang diajar
membuat penambahan dan perubahan dimana perlu sehingga murid dapat menguasai kemahiran yang hendak diajar
KESIMPULAN
Merupakan satu prosedur yang membahagikan sesuatu tugasan kepada komponen yang lebih kecil.
Guru perlu mengenalpasti komponen yang belum ada dan memberikan pengajaran yang sepatutnya.
Membantu guru mencapai objektif RPI
oleh Dr Lee Lay Wah
Analisis tugasan merupakan proses yang penting dalam perancangan dan pengajaran murid berkeperluan khas. Proses ini bertujuan untuk memecahkan sesuatu aktiviti yang lebih kompleks kepada langkah-
langkah kecil yang ringkas. Langkah-langkah tersebut kemudian diorganisasi mengikut urutan yang bersesuaian. Pengajaran dilaksanakan mengikuti langkah-langkah kecil yang lebih ringkas. Hal ini bermaksud bahawa murid berkeperluan khas akan diajar langkah demi langkah sehingga mereka menguasai keseluruhan kemahiran sasaran. Kecekapan guru pendidikan khas adalah dalam menganalisiskan tugasan tersebut supaya bersesuaian dengan tahap keupayaan murid berkeperluan khas mereka.
Proses melaksanakan analisis tugasan diringkaskan sebagai berikut:
1. Nyatakan dengan jelas tugasan pembelajaran atau isi kandungan 2. Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah-langkah kecil
yang diperlukan untuk mempelajari kemahiran sasaran. 3. Letakkan langkah-langkah tersebut mengikut urutan pengajaran
yang logikal 4. Uji secara tidak formal untuk menentukan langkah-langkah yang
sudah dikuasai oleh pelajar 5. Mulakan pengajaran mengikut urutan analisis tugasan
1. Kaedah penanaman hidroponik
Definisi hidroponik.
Hidroponik berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos yang
bermaksud bekerja. Ia adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar
pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini hanya
menggunakan air dan larutan nutrien atau baja khas sebagai agen utama untuk
pertumbuhan. Kaedah hidroponik sangat mudah dan menyenangkan serta tidak
memerlukan kos yang tinggi untuk penyelengaraan. Hidroponik adalah kaedah
tanaman yang tidak melibatkan pengeluaran peluh malahan dengan kos yang
rendah pengguna dapat menjimatkan wang mereka daripada membeli sayur dari
pasar yang tidak diketahui jaminannya.
Peralatan asas hidroponik
Takung hidroponik (43x35x15cm) – sama ada siap dipasang di kedai alat
perkebunan atau dibeli secara berasingan dari kedai plastik atau alatan.
Penutup takung (polystreen) – tebal lebih kurang 2 cm.
Baja hidroponik – cecair atau ketul
Cawan penyukat baja (250 ml)
Media pertumbuhan – benang / span / rockwool.
Bakul media – bekas plastik.
Biji benih
Jenis tanaman yang sesuai digunakan kaedah hidroponik.
Tanaman sayur – sayuran seperti Bayam, Kangkung dan Salad.
Sayuran jenis buah dan kekacang seperti Tomato, Timun, Cili dan Terong.
Tanaman jenis hiasan atau bunga – bungaan seperti Ros dan Kekwa.
Cara - cara penanaman hidroponik
1. Tuangkan 20 liter air atau paras 3 suku ke dalam takung hidroponik (paras air
kira-kira 1 inci dari atas takung)
2. Tutup takung dengan penutup polisterin
3. Potong Benang media dan gumpalkan (lihat gambar) dan masukkan ke dalam
setiap bakul media dan tarik untuk membuat sumbu(lihat gambar). Pastikan
lubang bakul media tertutup sepenuhnya (lihat gambar).
4. Rendam kesemua bakul media di dalam air paip (lihat gambar). Kemudian
letakkan kelapan-lapan bakul media pada lubang polisterin.
5. Semaikan tiga biji benih ke dalam tiap-tiap bakul media. Oleh kerana jangka
masa matang adalah berlainan, hanya satu jenis benih bagi setiap takung.
6. Masukkan air ke dalam bekas dengan kira-kira 20 cawan penyukat.
7. Keluarkan semua baja dan baja cecair dan masukkan ke dalam satu bekas
8. Gaulkan kesemua baja dan air sehingga rata
9. Masukkan 2 cawan baja cecair tersebut ke dalam setiap takung hidroponik
10. Gaulkan bancuhan air baja hidroponik di dalam takung hidroponik
11. Tutup baki bancuhan baja hidroponik dan simpan di tempat yang tertutup untuk
kegunaan seterusnya.
12. Pada hari ke-7, cabutkan satu daripada benih yang telah bercambah dan biarkan
dua tumbuhan bagi setiap bakul.
2. Kaedah penanaman polybag
Apa itu kaedah polybag?
Polybag merupakan satu kaedah penanaman yang dilakukan di dalam bekas.
Antara jenis tanaman yang biasa dilakukan menggunakan polybag ialah
tanaman cili. Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi
masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut
kaedah penanaman yang betul.
Cara menanam menggunakan kaedah polybag.
1. Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah satu
bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. Isikan
polybag dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan
polybag.
2. Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam polybag sedalam 2 hingga 5 cm.
Tinggalkan hanya sepokok setiap satu atau dua minggu selepas menanam.
3. Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari
hujan.
4. Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap
minggu.
5. Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok
sebagai kompos semulajadi.
6. Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam.
Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 – 15 kilogram
sepokok.
3. Kaedah penanaman fertigasi
Takrif fertigasi
Sistem pengairan fertigasi adalah pemberian air dan baja secara serentak
kepada tanaman. Media yang biasa digunakan dalam teknik fertigasi adalah
sabut kelapa atau sekam bakar, tanpa penggunaan tanah. Pokok mendapat
nutrien lengkap daripada air baja yang diberi 5 kali sehari secara berkala.
Kebaikkan Pertigasi:
Kaedah ini memudahkan penyelengaraan disamping dapat menentukan kadar
pembajaan dan pengairan yang lebih teratur dan dapat dikawal pada kadar yang
sempurna. Ini juga menyumbang kepada produktiviti sesuatu kawasan pertanian.
Ia dapat mengelak masalah berkaitan kesuburan dan kesesuian tanah dan
nutrien dapat dibekalkan secara berkala dan mengikut keperluan asas tanaman
bagi jenis. Kaedah penanaman yang teratur dan terlindung ini juga dapat
menghindari daripada serangan penyakit. Ia juga memudahkan kerja
penyelengaraaan dan pengasingan terhadap tanaman yang di serang penyakit
atau bermasalah. Malah kurang atau tida masalah merumput. Maka pengunaan
racun rumpai dan perosak dapat dikurangkan. Dari itu sistem penanaman secara
fertigasi ini berupaya memberi hasil pengeluaran yang lebih tinggi dan bermutu.
Cabaran:
Penanaman secara fertigasi memerlukan modal permulaan yang agak tinggi bagi
menyediakan peralatan pengairan dan penyediaan media. Malah penggunaan
baja yang banyak menyebabkan kos yang tinggi. Tenaga buruh yang intensif
diperlukan untuk meneliti aspek tanaman dan pengairan, disamping memerlukan
pengetahuan dalam kesesuian pembajaan dan penjagaan rapi dan teliti terhadap
tanaman. Sistem ini memerlukan kualiti air yang baik disamping media, suhu dan
kelembapan yang perlu dipantau mengikut kesesuaian tanaman.
Cara menanam menggunakan kaedah fertigasi :
Penyediaan biji benih
1. Gunakan dulang semaian.
2. Basahkan cocopeat
3. Isi cocopeat ke dalam dulang tanaman.
4. Kambus semua biji benih.
5. Memeram biji benih yang disemai.
6. Pindahkan anak benih ke takung yang besar.
7. Siram dan beri baja mengikut keperluan.
Cara pembajaan dalam sistem fertigasi
1. Baja yang digunakan dalam teknik fertigasi mestilah larut dalam air.
2. Selain itu, kandungan baja perlulah sesuai untuk pertumbuhan pokok
daripada keadaan pokok yang masih kecil, berbunga dan berbuah.
3. Kandungan baja fertigasi untuk tanaman cili adalah Set A (Kalsium nitrat,
Zat besi) dan Set B ( Kalium Nitrat, Mono-kalium hydrogen fosfat,
Magnesium sulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan
Natrium molibdat).
4. Larutan Set A dan Larutan Set B perlu diasingkan ke dalam bekas yang
berlainan untuk mengelak berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya
mendakan.
5. Sedikit larutan Set A dan sedikit larutan Set B dicampurkan ke dalam air
bersih dan diukur dengan menggunakan EC Meter untuk dijadikan air baja
yang dialirkan ke dalam polybag
Cara penjagaan pokok cili dalam sistem fertigasi
1. Pokok cili perlu dipacakkan kayu pancang/sokongan untuk mengelakkan
pokok daripada tumbang jika angin kuat.
2. Selain daripada itu, kayu sokongan juga diperlukan untuk mengikat dahan
daripada melentur dan patah jika buah lebat pada sesuatu dahan.
3. Pokok perlu dipantau setiap hari untuk mengesan jika terdapat penitis yang
tersumbat dan pokok tidak dapat bekalan air baja.
4. Kaedah penanaman batas
Kaedah penanaman batas merupakan satu kaedah penanaman yang mudah
dilakukan terutama untuk menanam tanaman sayur – sayuran berdaun seperti
sawi, bayam atau sayuran jenis buah seperti petola, tomato dan sebagainya.
Tanaman lain seperti jagung dan cili juga boleh ditanam dengan menggunakan
kaedah penanaman di atas batas.
Cara penanaman di atas batas :
1. Gemburkan tanah dengan menggunakan jentera.
2. Ratakan permukaan batas.
3. Membuat alur untuk menyemai.
4. Kemudian rawat biji benih dengan racun kulat atau racun serangga.
5. Siram tanah sebelum menyemai.
6. Semai biji benih di dalam alur dan tutup dengan tanah halus.
7. Letak sungkupan pada batas yang telah disemai.
8. Siram dua kali sehari pada pagi dan lewat petang.
5. Kaedah penanaman aeroponik
Definisi aeroponik
Aeroponik berasal dari perkataan aero yang membawa maksud udara dan
ponos yang bermaksud daya atau kerja. Aeroponik disimpulkan sebagai
kaedah memberdayakan udara. Aeroponik merupakan suatu sistem
hidroponik yang menggunakan udara sebagai media utama dan
mendapatkan nutrisi & air melalui kabut (mist/fog) buatan.
Teknik ini menempatkan tanaman dimana akar diposisikan tergantung di
udara dan di tampung oleh styrofoam. Nutrisi diberikan dengan cara
pengkabutan secara merata di daerah sistem perakaran. Akar tanaman
yang tergantung akan menyerap larutan nutrisi tersebut.
Pertumbuhan tanaman dalam sistem aeroponik menghasilkan tanaman
yang bersih, pertumbuhan yang lebih efektif dengan kadar pertumbuhan
yang lebih cepat. Tanaman boleh di tanam dan di tuai dalam satu sistem
bagi setiap tahun tanpa sebarang gangguan bakteria dan pencemaran
dari tanah.
Selain daripada itu, sistem tanaman aeroponik ini juga mempunyai
kelebihan di mana anak benih yang di gunakan semasa penanaman tidak
akan mudah pecah apabila akar mula keluar dan tanaman lebih mudah
mengalami proses percambahan tanpa menghadapi risiko petumbuhan
terbantut.
Kaedah penanaman aeroponik sebenarnya dapat membantu
mengurangkan penggunaan air sebanyak 98% disamping
memaksimumkan kadar pertumbuhan tanaman. Tumbuhan yang di tanam
menggunakan sistem aeroponik selalunya mengandungi kandungan
mineral dan vitamin yang tinggi, membuatkan tanaman aeroponik lebih
berkhasiat dan bernutrisi tinggi untuk di makan.
Jika di bandingkan dengan sistem tanaman hidroponik, kedah tanaman
aeroponik lebih bergantung kepada sistem akar dimana kaedah ini tidak
memerlukan akar tanaman tersebut direndam ke dalam mana-mana
takungan air. Ianya menggunakan semburan jet micro yang bertekanan
tinggi yang dapat memberikan semburan air dan nutrient yang sempurna
pada sistem akar. disebabkan oleh sistem akar tanaman terdedah kpada
kandungan udara yang beroksigen tinggi, ianya membantu
mempercepatkan kadar pertumbuhan tanaman hampir 50%.
Aplikasi utama dalam sistem aeroponik adalah tekanan (pressure) yang
dihasilkan oleh selang saluran. Tekanan tinggi pada selang saluran akan
menghasilkan butiran air berbentuk kabut. Permasalahan utama untuk
teknik aeroponik pada umumnya adalah tekanan yang dihasilkan di
selang saluran adalah kurang tinggi sehingga butiran air yang terbentuk
adalah kasar. Semakin kecil butiran air maka permukaan butiran air
semakin luas dan meyebabkan kandungan udara semakin banyak.
Semakin banyak kandungan udara di permukaan wap air, maka
kemungkinan penambatan O2 oleh butiran air semakin meningkat.
Cara penanaman menggunakan kaedah aeroponik
1. Baja khas disembur kabus selang 2-3 minit pada akar pokok.
2. Akar tergantung dlm gelap supaya algae tidak tumbuh
3. Akar pokok perlu sentiasa lembab
Sediakan satu analisis tugasan untuk proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran berkebun.
Senarai semak : Analisis tugasan
Nama murid :
Kemahiran : Menyemai biji benih
Bil Aktiviti Dengan bimbingan guru
Sebahagian dengan bimbingan guru
Tanpa bimbingan guru
Penilaian 1= sangat lemah2= lemah3=sederahana4=baik5=cemerlang
Tarikh mula
Tarikh mula
Tarikh mula
Tarikh Skor
1. Pergi ke kawasan kebun
2. Ambil pasu yang kosong
3. Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5cm dari permukaan pasu.
4. Ambil penyedok tanah
5. Gemburkan tanah di dalam pasu dengan menggunakan penyedok tanah.
6. Ambil biji benih.
7. Keluarkan biji benih daripada plastik.
8. Semai terus tiga atau empat biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5cm.
9. Pastikan setiap biji benih tidak terlalu rapat.
10.l
Letakkan pasu yang berisi biji benih di tempat yang terdapat cahaya matahari.
11. Siram pokok pada waktu awal pagi dan lewat
petang.
12. Simpan semula penyedok.
Peralatan yang diperlukan semasa menanam biji benih.
Biji benih
Cara – cara menanam biji benih
Ambil pasu kemudian isikan pasu dengan
tanah campuran.
Biji benih yang telah disemai.
Gembur tanah di dalam pasu.
Ambil biji benih dan semai di dalam pasu.