weight loss: health risks associated with obesity fileweight loss: health risks associated with...

32

Upload: duongdieu

Post on 04-Mar-2018

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity
Page 2: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011

The health problems associated with obesity are numerous. Obesity is not just a cosmetic problem. It\\\\\\\'s a health hazard. Someone who is 40% overweight is twice as likely to die prematurely as is an average-weight person. This is because obesity has been linked to several serious medical conditions, including:

• Heart disease and stroke. • High blood pressure. • Diabetes. • Cancer. • Gallbladder disease and gallstones. • Osteoarthritis. • Gout. • Breathing problems, such as sleep apnea (when a person stops breathing for a

short time during sleep) and asthma.

Doctors generally agree that the more obese a person is the more likely he or she is to have health problems. People who are 20% or more overweight can gain significant health benefits from losing weight. Many obesity experts believe that people who are less than 20% above their healthy weight should still try to lose weight if they have any of the following risk factors.

Family history of certain chronic diseases. People with close relatives who have had heart disease or diabetes are more likely to develop these problems if they are obese.

Pre-existing medical conditions. High blood pressure, high cholesterol levels, or high blood sugar levels are all warning signs of some obesity-associated diseases.

"Apple" shape. People whose weight is concentrated around their stomachs may be at greater risk of developing heart disease, diabetes or cancer than people of the same weight who are "pear-shaped" (they carry their weight in their hips and buttocks).

Fortunately, even a modest weight loss of 10 to 20 pounds can bring significant health improvements, such as lowering one\\\\\\\'s blood pressure and cholesterol levels.

How Is Obesity Linked to Heart Disease and Stroke? Heart disease and stroke are the leading causes of death and disability for people in the U.S. Overweight people are twice as likely to have high blood pressure, a major risk factor for heart disease and stroke, than people who are not overweight. Very high blood levels of cholesterol can also lead to heart disease and often are linked to being overweight. Being overweight also contributes to angina (chest pain caused by

1  

Page 3: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

decreased oxygen to the heart) and sudden death from heart disease or stroke without any signs or symptoms.

The good news is that losing a small amount of weight can reduce your chances of developing heart disease or a stroke. Reducing your weight by 10% can decrease your chance of developing heart disease.

How Is Obesity Linked to Diabetes? Type 2 diabetes reduces your body\\\\\\\'s ability to control blood sugar. It is a major cause of early death, heart disease, stroke, and blindness. Overweight people are more than twice as likely to develop type 2 diabetes compared to normal weight people. More than 80% of cases of type 2 diabetes can be attributed to being overweight or obese. You can reduce your risk of developing type 2 diabetes by losing weight and exercising more. If you have type 2 diabetes, losing weight and becoming more physically active can help control your blood sugar levels. Increasing your physical activity may also allow you to reduce the amount of diabetes medication you need.

How Is Obesity and Cancer Linked? Several types of cancer are associated with being overweight. Being obese also increases the risk of dying from cancer. In women, these include cancer of the uterus, gallbladder, cervix, ovary, breast, and colon. Overweight men are at higher risk for developing colorectal cancer and prostate cancer. For some types of cancer, such as colon or breast, it is not clear whether the increased risk is due to the extra weight or to a high-fat, high-calorie diet.

How Is Obesity Related to Gallbladder Disease? Gallbladder disease and gallstones are more common if you are overweight. Your risk of disease increases as your weight increases. It is not clear how being overweight may cause gallbladder disease.

Ironically, weight loss itself, particularly rapid weight loss or loss of a large amount of weight, can actually increase your chances of developing gallstones. Modest, slow weight loss of about 1 pound a week is less likely to cause gallstones.

How Does Obesity Cause Osteoarthritis? Osteoarthritis is a common joint condition that most often affects the knee, hip, and lower back joints. Carrying extra pounds places extra pressure on these joints and wear away the cartilage (tissue that cushions the joints) that normally protects them.

Weight loss can decrease stress on the knees, hips, and lower back and may improve the symptoms of osteoarthritis.

How Is Obesity Linked to Gout?

2  

Page 4: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Gout is a disease that affects the joints that is caused by high levels of a substance called uric acid in the blood. The large amount of uric acid can form into solid or crystal-like masses that deposit in the joints. Gout is more common in overweight people and the risk of developing the disorder increases with higher body weights.

Over the short term, certain dietary changes may lead to an attack of gout in people who have high levels of uric acid or who have had gout before. If you have a history of gout, check with your doctor before trying to lose weight.

How Is Obesity Linked to Sleep Apnea? Sleep apnea is a serious breathing condition that is associated with being overweight. Sleep apnea can cause a person to snore heavily and to stop breathing for short periods during sleep. Sleep apnea may cause daytime sleepiness and even heart failure. The risk for sleep apnea increases as body weight increases. Weight loss usually improves sleep apnea.

Sumber : www.preventobesity.my Tarikh Akses : 9 Ogos 2012

3  

Page 5: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Obesiti Dan Pemakanan

Ketagihan gula Tubuh manusia mudah menjadi ketagih terhadap pelbagai jenis bahan dan molekul kimia seperti alkohol, kafein, garam dan gula. Otak manusia mempunyai sejenis memori yang mengesan bahan kimia.

Apabila lidah merasa bahan kimia tersebut, otak akan membuat rakaman memori itu. Apabila tidak mendapat bahan tersebut, otak akan ‘meminta’ sehingga akhirnya ketagihan berlaku sehingga akhirnya mengganggu sistem tubuh kita.

Ketagihan gula menyebabkan perubahan struktur dalaman dalam darah sehingga menyukarkan pembakaran lemak secara efektif. Akibatnya tubuh kita cenderung mengumpulkan lemak. Seseorang yang ketagihan gula cenderung untuk minum minuman manis beberapa kali sehari.

Kita juga cepat lapar dan mudah letih. Bila mengambil minuman manis dia berasa seolah-olah bertenaga. Namun perasaan itu tidak kekal lama. Dalam tempoh beberapa jam dia teringin minuman manis semula. Dengan erti kata lain perasaan letih dan lapar yang dialaminya merupakan satu ketagihan.

Meskipun banyak gula diambil, paras gula dalam darah sentiasa rendah (hypoglycaemia). Tubuh begitu cepat menukarkan gula kepada lemak. Kadar tindak balas kimia dalam darah begitu cepat sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak baik.

Pada peringkat awal golongan ini menganggap diri mereka sihat kerana doktor memberitahu mereka tidak mengidap kencing manis. Mereka sering berkata ‘tak apa gemuk asalkan saya sihat’. Namun selepas beberapa tahun mereka pasti akan terkejut apabila disahkan mengidap kencing manis dan penyakit kronik yang lain seperti jantung. Tubuh pula semakin letih tidak bermaya.

4  

Page 6: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Jelaslah obesiti dan paras gula yang rendah pada awalnya merupakan suatu petanda buruk dan permulaan kepada bahaya-bahaya lain yang bakal menimpa.

Kenapa begini

Metabolisme rendah mengundang keletihan, jantung berdebar-debar dan mood yang tidak stabil. Ramai yang pergi berjumpa doktor kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh mereka. Tetapi doktor gagal mengesan masalahnya kerana pemeriksaan pada darahnya adalah normal.

Antara pemeriksaan yang dibuat adalah paras gula, paras kolesterol dan tekanan darah. Doktor memberitahu supaya berdiet dan melakukan senaman. Itu sahaja.

Mereka yang mengalami masalah ini pasti tertanya-tanya, jika mereka sihat mengapa berasa letih. Hati meronta-ronta mahu membuat senaman dan menjalani gaya hidup aktif tapi tubuh tidak mahu bergerak.

Apakah sebenar yang berlaku

Apabila kita makan banyak makanan berkarbohidrat dan bergula tinggi paras gula dalam tubuh kita meningkat. Insulin iaitu hormon yang mengawal kestabilan paras gula dalam tubuh juga akan meningkat. Apabila terdapat terlalu banyak insulin maka paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Lama kelamaan tubuh kita tidak lagi sensitif kepada insulin.

Maka insulin mula terhasil dengan semakin banyak mula memberikan kesan negatif. Paras insulin yang tidak menentu menyebabkan paras gula tidak stabil. Apabila gula terlalu rendah seseorang mula berasa gelisah, resah, berdebar-debar dan moodnya tertekan dan akan sering kelesuan.

Kitaran yang berbahaya Tubuhnya yang lemah akan memberi signal berterusan kepada otak bahawa ia kurang tenaga. Akibatnya mereka akan mengambil makanan manis bagi meningkatkan paras tenaga. Keletihan dan kurang tenaga disalah tafsir oleh otak sebagai lapar. Fenomena ini menjadi suatu kitaran yang berbahaya kerana lama kelamaan tubuh akan menjadi bertambah gemuk serta mengundang pelbagai penyakit kronik.

Apabila tubuh tidak lagi sensitif terhadap insulin maka kitaran hormon dalam tubuh kita

5  

Page 7: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

akan menjadi kelam kabut. Hormon adrenal seperti ACTH akan keluar dengan banyak menyebabkan lemak berkumpul pada belakang tengkuk dan belakang badan kita.

Badan akan mengembang menjadi bertambah lebar dan semakin besar. Bahagian dari pinggang ke atas tampak besar longgar dan menggeleber. Usaha bersenam dan berdiet adalah sia-sia kerana lemak seperti ini tidak boleh dipulihkan dengan diet. Sebaliknya ia hanya boleh dipulihkan dengan pemulihan sistem hormon tubuh kita.

Pemulihan semula memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia melibatkan perubahan dalam cara makan, pemilihan makanan dan aktiviti seharian.

sumber : Utusan Malaysia

Siapakah yang tergolong dalam obesiti

• Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal; • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya; • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI); • Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Makanan dan kesesuaian

Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang

6  

Page 8: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda.

Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan.

Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.

Apakah berat badan sepatutnya?

Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus.

Jika anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.

Pemakanan

Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya.

Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.

7  

Page 9: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Apakah Indeks Jisim Badan? Indeks Jisim Badan (BMI) atau Body Mass Index merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.

Kandungan lemak dalam makanan

Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.

Makanan tinggi lemak

• Hamburger saiz biasa 11.8 39 • Hot dog 14.5 54 • Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang • digoreng dengan minyak sayuran) 12.247 • Keropok kentang - 1 aun 10.1 61 • Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94 • Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85 • Kek keju 16.3 57

Makanan rendah lemak

• Kacang hijau - direbus = cawan 0.2 9

8  

Page 10: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

• Roti - 1 keping 1.1 16 • Mil oat - 1 cawan 2.4 15 • Buah epal - 1 biji 0.5 6 • Ubi kentang - 1 biji dipanggang 0.2 1

Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.

Risiko kesihatan Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah: • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung) • Strok (angin ahmar) • Tekanan darah tinggi • Batu hempedu • Diabetes (kencing manis) • Paras kolesterol darah yang tinggi • Gout • Sakit di bahagian bawah belakang badan • Sukar bernafas • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut • Gangguan pembuangan air kecil • Penyakit hati • Barah usus

Senaman yang boleh dilakukan

Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:

• Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik. • Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa. • Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.

9  

Page 11: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

• Berjalan-jalan, berkebun. • Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Kenapa perlu bersenam?

Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah: • Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. • Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat. • Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok). • Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah. • Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal. • Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain. • Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.

sumber : http://ms.wikipedia.org/

Info

Apa Itu Kalori Kosong (Empty Calories)? Anda mungkin pernah mendengar perkataan “empty calories” yang mana selalu disebut oleh pakar pemakanan. Tetapi, adakah anda mengetahui apa itu “empty calories? Kenapa ia merupakan tabiat buruk yang perlu dielakkan dalam diet harian anda?

“Empty calories” bermaksud makanan yang tinggi kalori tetapi rendah kandungan zat nutrient. Makanan yang mengandungi kalori adalah makro nutrien (karbohidrat, protein, lemak) manakala makanan yang tidak mengandungi kalori pula ialah mikro nutrien (semua vitamin, mineral, serat). Makanan yang tinggi kandungan kalori boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan. Ini berlaku kerana pengambilan kalori yang berlebihan ini akan disimpan sebagai lemak dalam badan. ‘Empty Calories = High Calories but Low Nutrition’

“Empty calories” juga dikenali sebagai makanan rapu (junk food) yang mana kurang kandungan mikro nutriennya. Kebanyakan makanan yang tersenarai sebagai “empty calories” adalah yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi. Satu sudu kecil gula bersamaan dengan 5 kalori. Bagi lemak pula, 1 gram bersamaan dengan 9 kalori manakala karbohidrat dan protein cuma 4 kalori bagi 1 gram.

10  

Page 12: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

1 gram lemak = 9 kalori

1 gram karbohidrat = 4 kalori

1 gram protein = 4 kalori

Contoh-contoh makanan yang dipanggil “empty calories” adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

1. Makanan yang tinggi kandungan gula

• Gula-gula, makanan rapu dan makanan manis. Makanan ini bukan sahaja tinggi kandungan gula tetapi juga mengandungi pewarna dan bahan pengawet. Ia tinggi kalori tetapi tiada kandungan mikro nutrien. • Minuman berkarbonat (coca-cola, pepsi) • Minuman manis (botol, kotak atau tin) • Beer, wine dan semua jenis minuman beralkohol

2. Makanan yang tinggi kandungan lemak dan minyak

• ‘Fast food’ seperti kentang goreng, ayam goreng, chips, burger, hot dog dan sebagainya. Kebiasaannya, satu set ‘fast food’ mengandungi 500 – 600 kkal. Kalori ini kebanyakannya datang daripada lemak (lemak tepu dan lemak trans) dan hanya sedikit kandungan mikro nutrien. Selain itu, kandungan garam juga teramat tinggi. • Makanan sejuk beku (frozen food) • Butter, marjerin, shortening, mayonis dan lemak tepu

Bagaimana cara mengelakkan daripada pengambilan “empty calories”?

• Baca label pada makanan. Elakkan makanan yang tinggi gula, garam dan lemak. • Elak pengambilan makanan yang bergoreng. Pilih makanan yang disediakan dengan cara yang lebih sihat seperti bakar, panggang, rebus, kukus dan sebagainya yang hanya menggunakan sedikit minyak. • Kurangkan pengambilan minuman manis dan minuman dalam tin, kotak atau botol. • Ambil makanan bijirin penuh (roti wholemeal, bijirin sarapan pagi) untuk mendapatkan serat dan anti-oksidanya. • Pilih snek yang menyihatkan seperti buah-buahan, yogurt rendah lemak, popia basah, biskut dan roti wholemeal.

http://i-healthylife.blogspot.com/

• Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal; • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya; • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana

11  

Page 13: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

mengira BMI); • Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan. • Hamburger saiz biasa 11.8 39 • Hot dog 14.5 54 • Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang • digoreng dengan minyak sayuran) 12.247 • Keropok kentang - 1 aun 10.1 61 • Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94 • Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85 • Kek keju 16.3 57 Makanan rendah lemak • Kacang hijau - direbus = cawan 0.2 9 • Roti - 1 keping 1.1 16 • Mil oat - 1 cawan 2.4 15 • Buah epal - 1 biji 0.5 6 • Ubi kentang - 1 biji dipanggang 0.2 1 Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan. Risiko kesihatan Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah: • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung) • Strok (angin ahmar) • Tekanan darah tinggi • Batu hempedu • Diabetes (kencing manis) • Paras kolesterol darah yang tinggi • Gout • Sakit di bahagian bawah belakang badan • Sukar bernafas • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut • Gangguan pembuangan air kecil • Penyakit hati • Barah usus

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di atas bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.

12  

Page 14: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Obesiti

Obesiti ialah sejenis penyakit nutrisi. Seseorang dikatakan obes jika beratnya adalah 30% lebih tinggi daripada julat normal bagi tinggi badan, jantina dan umurnya.

Tip Rawatan:

• Memperbanyakkan karbohidrat kompleks yang terdapat dalam pasta dan ubi kentang, buah-buahan, sayur-sayuran dan salad, daging tidak berlemak dan ikan.

• Mengurangkan semua jenis lemak dan alkohol. • Mengelakkan produk tenusu lemak penuh , snek berlemak dan bergula seperti

biskut, kek dan kacang dan daging berlemak.

Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my Tarikh Akses : 9 Ogos 2012

13  

Page 15: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Tip Pemakanan Elak Obesiti

Oleh: EDITORIAL PAMA Tarikh: 20 Julai 2012

Amalan pemakanan sihat memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan diri seseorang kanak-kanak. Pengabaiannya sejak di peringkat awal usia bakal menjadikan dia seorang yang obes sekali gus mengganggu gugat kemampuan diri dalam menjadi insan yang berkualiti.

Kanak-kanak montel sering dianggap comel sehingga ramai yang tanpa disedari membentuk generasi gemuk dan berpenyakit untuk masa akan datang. Secara asasnya, pendidikan pemakanan dibentuk oleh ibu bapa. Segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan adalah dicedok daripada apa yang diberikan, dibentuk dan ditunjukkan oleh anda!

Anda pasti mahu melihat anak membesar dengan sihat dan kuat. Jadi, dia perlu disediakan dengan makanan yang berkhasiat. Pada umur awal tumbesaran, adalah lumrah apabila sesetengah kanak-kanak kurang berselera makan dan sebaliknya. Namun, jangan memanjakan dia dengan memberi segala jenis makanan dengan harapan dia mendapat semua khasiat yang diperlukan. Dikhuatiri, anda gagal mengawal pemakanannya sehingga menyebabkan dia cenderung mengambil makanan tertentu secara berlebihan.

14  

Page 16: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Sesungguhnya rumah merupakan tempat yang paling baik untuk memupuk amalan pemakanan secara sihat di kalangan anak-anak dan ahli keluarga yang lainnya. Pada masa yang sama, anda perlu menjadi agen iaitu menjadi pembentuk generasi sihat dengan mendidik si kecil untuk mengamalkan rutin pemakanan yang baik.

Seimbangkan Makanan Hal ini dapat dilakukan dengan mengajar anak-anak untuk makan secara bersederhana bagi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat, protein dan lemak. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula, ia perlu diambil dalam jumlah yang banyak tetapi tetap perlu diseimbangkan dengan jenis kumpulan makanan yang lain juga. Apa yang berlaku pada masa kini ialah si anak dibiarkan makan secara berlebihan. Lemak yang terlalu banyak daripada makanan yang diambil akhirnya disimpan di dalam tubuh lalu menjadi penyebab obesiti terjadi.

Minimumkan Makanan Ringan Makanan ringan mengandungi perisa dan pewarna yang dapat memikat selera si dia untuk memakannya secara berlebihan. Pengambilan makanan ringan seperti snek, gula-gula dan seumpama dengannya boleh menyebabkan anak enggan mengambil makanan yang lebih berkhasiat. Ketahuilah, bahan tambahan yang terdapat dalam makanan sebegini juga boleh menjejaskan kesihatan anak anda apabila meningkat dewasa.

Sekat Minum Berkarbonat Ada segelintir ibu bapa gemar memberi si kecil minuman berkarbonat sedangkan ia tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana kandungan gulanya yang tinggi. Gula yang tinggi boleh menyebabkan anak menjadi hiperaktif dan tidak dapat memberi tumpuan dengan sebaik mungkin. Selain daripada itu minuman berkarbonat turut mengandungi bahan tambahan, pewarna dan perisa yang boleh menyukarkan proses perkumuhan buah pinggang. Jika meminum air berkarbonat menjadi amalan biasa, kegagalan buah pinggang boleh berlaku di usia muda.

Banyakkan Minum Air Anak perlu dididik minum air antara enam hingga lapan gelas sehari. Ia penting untuk fungsi fisiologi tubuh, mengawal suhu badan dan mengeluarkan toksik.

Wajibkan Sarapan Setiap pagi, pastikan anak mengambil sarapan. Ia merupakan makanan yang wajib diambil sebagai sumber bekalan tenaga agar tumpuannya terhadap aktiviti seharian tidak terjejas.

Tingkatkan Aktiviti Fizikal Galakkan anak anda bermain di luar rumah seperti taman permainan kanak-kanak. Secara tidak langsung, dia dapat mengurangkan aktiviti fizikal yang memerlukan hanya berada di dalam rumah dengan bermain permainan video atau menonton televisyen sambil makan.

15  

Page 17: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Galakkan juga dia untuk bersukan. Jika kurang berminat dengan aktiviti sukan, cukuplah sekadar berenang atau mengayuh basikal.

Hadkan Gula Tambahan Gula tambahan sering dirujuk sebagai kalori kosong. Pengambilannya secara berlebihan meningkatkan risiko obesiti. Tindakan mengehadkan jumlah gula tambahan dalam diet kanak-kanak memang disyorkan. Anda perlu sedar hakikat ini apabila membuat keputusan mengenai jenis makanan dan minuman yang disediakan untuk anak. Hal ini kerana wujud gula tambahan dalam pelbagai makanan dan minuman yang diproses.

Disebabkan nama ramuan yang kurang dikenali digunakan seperti sukrosa, maltose, dekstrin, sirap jagung dan sirap glukosa, ramai tidak menyedari bahawa mereka memberikan anak terlalu banyak gula.

Kurangkan Makanan Segera Kebanyakan makanan segera mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Namun, tidak dinafikan kebanyakan restoran makanan segera masa kini mempunyai banyak pilihan makanan yang lebih berkhasiat. Jadi, kurangkan kekerapan anda memberi anak makanan segera sebaliknya memilih makanan yang berkhasiat apabila pergi ke restoran makanan segera.

Bijak Membeli Makanan Pengendalian bijak dalam membeli bahan makanan untuk seisi rumah dapat mengawal gaya pemakanan si anak. Jika anda tidak membeli makanan tidak berkhasiat, maka anak anda tidak mengambil makanan berkenaan. Selain itu, setiap kali membeli-belah baca label makanan yang dibeli. Pastikan ia rendah kalori, kurang gula dan lemak.

Sumber : http://pama.karangkraf.com Tarikh Akses : 9 Ogos 2012

16  

Page 18: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Statistik Obesiti di Malaysia (2006-2011) Posted on July 17, 2012 by Joy Kalonas

Entri kali ini, SS ingin berkongsi trivia statistik terkini berkenaan obesiti di Malaysia. Tapi sayangnya SS tak pandai nak buat sebuah info-grafik yang cantik, padat dan berinformasi macam yang orang lain selalu buat tu (kalau ada yang nak tolong buat, amat dialu-alukan). Apa-apa pun buat masa ini kalau di susun dalam bentuk entri begini pun kira OK juga kan?

Statistik obesiti mengikut negeri

1 – Kelaziman di sini bermaksud kebarangkalian untuk satu-satu kes itu berlaku dalam populasi tersebut. Semakin tinggi nilai peratus kelaziman, semakin cenderung (tinggi kebarangkalian) sesuatu kes itu berlaku.

2 – Adalah amat mengejutkan apabila negeri yang kecil seperti Perlis mempunyai kelaziman obesiti paling tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia (21.7%). Ini mungkin disebabkan budaya hidup masyarakat di sana yang memandang ringan aspek

17  

Page 19: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

beriadah, juga gaya hidup yang kurang aktif. Tidak menolak kemungkinan juga budaya sering menggunakan gula ketika memasak turut menjadi penyebab utama.

3 – Negeri lain yang terkenal dengan masakan dan makanan yang manis, Kelantan, menduduki tempat ke-4 kelaziman obesiti paling tinggi (16.2%), di belakang Selangor dan Melaka yang masing-masing sekitar 17% kelaziman obesitinya.

4 – Kelaziman obesiti bagi negeri-negeri lain berada di tahap sederhana (13% – 16%), namun tak mustahil untuk meningkat sekiranya tidak dibendung.

5 – Berdasarkan data ini, Sabah adalah negeri yang paling sihat dengan kelaziman obesiti hanyalah sebanyak 10.6%, iaitu separuh dari kelaziman obesiti negeri Perlis (ironinya Sabah jauh lebih besar saiz populasinya berbanding Perlis).

Jantina yang Berisiko?

Pada tahun 2006, sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia mendapati perempuan lebih cenderung untuk obese (kelaziman 17.4%) berbanding lelaki (kelaziman 10.0%). Hasil kajian ini masih kekal relevan sehingga tahun 2011 (disokong oleh WN Mohamud et. al, 2011).

Kaum yang berisiko?

Hasil kajian pada tahun 2006 menunjukkan kaum Melayu dan India lebih cenderung untuk memiliki berat badan obese (masing-masing kelaziman sebanyak 13.6% dan 13.5%) berbanding kaum Cina (kelaziman 8.5%). Namun setelah 5 tahun berlalu (2011), angka ini terus bertambah sehingga lebih 23% untuk kaum India dan Melayu, sedangkan kaum Cina terus kekal rendah dengan kelaziman hanya 8.2% sahaja. Ini mungkin menjelaskan mengapa negeri tinggi populasi kaum Cina seperti Pulau Pinang mempunyai kelaziman obesiti kedua terendah selepas Sabah (12.8%).

Adakah ini menunjukkan kaum Melayu dan kaum India kurang peka dalam menjaga kesihatan dan mengamalkan senaman sebagai sebahagian dari gaya hidup, berbanding kaum Cina?

18  

Page 20: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Umur yang berisiko?

Hasil kajian yang sama juga menunjukkan mereka yang berumur 40 tahun ke atas lebih cenderung untuk obese berbanding mereka yang tergolong dalam usia ‘belia’. Hal ini bukan saja boleh dilihat di Malaysia, bahkan di negara-negara lain. Antara faktor yang menjurus kepada hal ini adalah disebabkan penurunan kadar metabolisma apabila usia meningkat (umur sebahagian dari variable pengiraan BMR, apabila umur bertambah, BMR akan menurun). Di samping itu, diet dan gaya hidup juga memainkan peranan yang besar.

Kanak-kanak juga berisiko?

Hasil kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi kajian bertajuk “Prevalence of obesity among children” pada tahun 2008 menunjukkan peningkatan kadar obesiti sehingga 30% di kalangan kanak-kanak berusia 6-12 tahun, berbanding tahun-tahun sebelumnya.

SUMBER RUJUKAN: [1] Mohammad Nor et. al, 2006. The Third National Health and Morbidity Survey (NHMS III) 2006: nutritional status of adults aged 18 years and above. [2] Rampal et. al, 2007. A National Study on the Prevalence of Obesity among 16,127 Malaysians. [3] WN Mohamud et. al, 2011. Prevalence of overweight and obesity among adult Malaysians: an update.

19  

Page 21: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Terjah Obesiti #2: Sambal Tumis (Minyak) Posted on July 12, 2010 by Joy Kalonas

Minggu lepas, segmen Terjah Obesiti telah mengupas akan susu pekat manis selaku faktor utama yang menyumbang kepada kegemukan dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia. Minggu ini, kita fokus pula kepada sebuah lagi makanan (makanan? ye la kot..) yang tidak asing lagi dalam masakan Melayu, iaitu sambal tumis.

Apa itu sambal tumis?

Sambal (tumis) merupakan sos/bumbu/kuah yang popular dalam masakan Melayu. Ia juga sering digunakan dalam masakan-masakan di negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Pendek kata, hampir semua sumber protein boleh dimasak bersama sambal tumis, daripada ayam, ikan, telur, hinggalah kepada tauhu dan petai.

Di Malaysia, ia dipanggil sambal tumis kerana sambal itu digoreng/ditumis bersama minyak terlebih dahulu sebelum bahan-bahan yang lain dimasukkan.

Mengapa sambal tumis dikatakan punca obesiti?

Terdapat 2 faktor yang menyedapkan sesebuah sambal, iaitu sejauh mana rasa manis sesebuah sambal itu, dan sejauh mana rasa ‘lemak’ sambal tersebut. Dua faktor ini sekali gus menjadi penentu sejauh mana pekatnya sambal tumis tersebut.

Lebih pekat sesebuah sambal, bererti lebih banyak minyak, gula, atau kombinasi kedua-duanya, digunakan. Dalam erti kata lain, lebih pekat sesebuah sambal, lebih tinggi kalori yang terkandung di dalamnya.

Setelah membuat analisa dan pengiraan, Susu Sejat mendapati satu sudu besar sambal tumis (pekat) mengandungi kira-kira 50 hingga 100kcal, bergantung kepada resepi (berapa banyak minyak dan gula) yang digunakan. Secara purata, rakyat Malaysia akan mengambil kira-kira 5 sudu besar sambal tumis setiap hari, menerusi:

1) Sarapan pagi (jika makan nasi lemak) 2) Makan tengahari atau makan malam (jika makan sambal tumis ayam, ikan, telur, dan sebagainya)

20  

Page 22: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Dan itu membawa kepada kira-kira 250kcal hingga 500kcal secara purata dalam sehari. Apabila digenapkan selama seminggu, ia akan membawa kepada 1750kcal hingga 3500kcal, dan itu sudah cukup untuk menghasilkan satu pound lemak!

Susu Sejat ada penyelesaian untuk masalah ini?

1 - Jika anda seorang yang kuat pendirian, seelok-eloknya berhenti terus dari mengambil sambal tumis. Ubah cara pemakanan kepada cara nenek moyang kita yang tidak terlalu bergantung kepada makanan pedas, dan makan hanya makanan yang direbus atau ulam-ulaman (Ye la, zaman dahulu mana ada minyak, proses pengekstrakan minyak masih belum ditemui). Namun, berapa ramaikah yang sanggup berbuat sedemikian? Susu Sejat berpegang kepada sebuah tag-line iaitu “sampai bila kita harus mengharamkan makanan tradisi kita”, dan mungkin ada sesetengah pihak yang tidak boleh menerima cara yang pertama ini.

2 – Jika anda seorang suri rumah tangga, kurangkan penggunaan minyak dan gula ketika memasak. Gantikan dengan minyak zaitun untuk lebih sihat, berbanding minyak sayuran dan minyak kelapa sawit. Sekiranya anda atau suami/anak anda seorang yang tidak boleh menerima perubahan secara mendadak, sila kurangkan penggunaan minyak dan gula dalam masakan anda secara berperingkat-peringkat. Sebagai contoh, minggu ini, anda mungkin menggunakan 7 sudu besar minyak masak dan 5 sudu besar gula. Untuk minggu seterusnya, ubah (modify) sedikit resipi yang asal dengan 6 sudu besar minyak masak dan 4 sudu besar gula, dan begitulah juga untuk minggu yang seterusnya, kurangkan sedikit demi sedikit.

3 – Jika membeli nasi lemak di luar, sila pilih sambal tumis yang lebih cair dan bukannnya pekat. Sudah menjadi kebiasaan peniaga nasi lemak akan menyediakan berbagai jenis lauk dan sambal untuk dipilih oleh para pelanggan.

4 – Sekiranya anda seorang peniaga makanan, kurangkan penggunaan minyak dan gula dalam masakan anda. Bukan sahaja boleh berjimat dan mengurangkan kos, secara tidak langsung anda juga membantu membawa rakyat Malaysia ke arah gaya hidup yang lebih sihat berbanding sekarang. Kata nak tengok skuad bola sepak Malaysia masuk ke Piala Dunia? Mulakannya dari makanan (Susu Sejat yang cakap).

5 – Sekirannya sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada sambal tumis yang pekat ini, selemah-lemah iman, kurangkan pengambilannya dari satu sudu besar, kepada setengah sudu besar untuk setiap hidangan. Jika membeli nasi lemak di luar, pesan kepada penjual itu agar mengasingkan kuah/sambal, atau letakkan ‘seciput’ di tepi dan bukannya dibanjirkan terus di atas permukaan nasi.

21  

Page 23: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Terjah Obesiti #1: Susu Pekat Manis

Posted on July 5, 2010 by Joy Kalonas

Mulai hari ini, aku nak memperkenalkan sebuah segmen baru dalam Susu Sejat, yang dikenali sebagai ‘Terjah Obesiti‘. Apa tu? Melalui segmen ini, Susu Sejat akan membongkar satu persatu makanan/produk di Malaysia yang menjadi punca kepada kegemukan rakyat Malaysia sejak sekian lama.

Memanglah kegemukan itu disebabkan amalan pengambilan lebih kalori daripada yang sepatutnya, di samping gaya hidup yang kurang berkualiti (membawa kepada penurunan kadar metabolisma), namun mesti ramai juga yang nak tahu kan, dalam banyak-banyak makanan/produk di Malaysia, yang mana satukah penyebab kegemukan yang paling ketara.

Untuk episod pertama ini, apa kata kita mulakan dengan sejenis ‘penyedap’ masakan/minuman yang tidak asing lagi, iaitu susu sejat susu pekat manis. Errr.. Pernah dengar?

Apa itu susu pekat manis?

Kalau ada yang tak tahu apa itu susu pekat manis, bagi aku memang tak layak dipanggil Malaysian. Ini merupakan ‘penambah baik rasa’ yang kita kenal sejak zaman kita-dah-mula-boleh-minum-Milo lagi (lebih kurang umur 2 tahun). Setelah umur kita meningkat sedikit, ibu mula membenarkan kita minum kopi dan teh, yang juga disedapkan dengan kehadiran susu pekat manis. Masuk alam remaja, dah pandai pula melepak di restoran mamak (mapley), dan memang tak sah kalau tak pesan teh tarik. Oh, teh tarik pun pakai susu pekat ye En. Susu?

Mengapa susu pekat manis dikatakan punca obesiti?

Perhatikan info pemakanan susu pekat manis F&N di bawah.

22  

Page 24: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Tercatat bahawa satu sajian susu pekat manis ini adalah bersamaan dengan 20g (2 sudu teh) dan mengandungi 69kcal. Bayangkan, secara purata, setiap rakyat Malaysia membancuh minuman panas (Milo atau kopi) sebanyak 3 kali sehari, iaitu ketika awal pagi, minum petang, dan sebelum tidur (cicah dengan biskut segi empat). Dan katakan, setiap bancuhan juga melibatkan 2 sudu teh, bererti dalam sehari mungkin mengambil sekurang-kurangnya 6 sudu teh susu pekat manis.

69kcal x 3 = 207kcal (sehari)

Sekiranya diamalkan setiap hari, dalam setahun…

207kcal x 365 = 75555kcal

Dan apabila ditukarkan ke kilogram,

75555kcal/ 7700 = 9.8kg!!!

9.8kg, itulah berat lemak yang mungkin bertambah dalam diri anda dalam setahun, jika anda mengamalkan gaya hidup yang ‘lemah’ dan kurang aktif. Itu baru setahun, katakan jikalau kita dah amalkan pengambilan susu pekat manis ni sejak 10 tahun yang lalu…

9.8kg x 10 = 90.8kg

23  

Page 25: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

90.8kg?!! Itulah angka yang mungkin anda dapat jika anda sentiasa mengambil lebih kalori daripada yang sepatutnya, terutamanya daripada susu pekat manis (namun besar kemungkinan ini tidak mungkin berlaku kerana terdapat juga hari/tempoh di mana pengambilan kalori kita lebih rendah daripada yang sepatutnya, terutama melalui senaman ataupun puasa. Namun angka ini cuma teori atas kertas berdasarkan kiraan matematik. Hakikatnya, ini yang akan berlaku jika anda langsung tidak bersenam, ambil lebih kalori daripada yang sepatutnya, setiap hari, dalam tempoh 10 tahun).

Susu Sejat ada penyelesaian untuk masalah ini?

1 – Jika anda seorang yang kuat pendirian, seelok-eloknya berhenti terus dari mengambil susu pekat manis. Anda mungkin akan kehilangan berat sebanyak 9.8kg selama setahun jika mengamalkannya. Mulakan tabiat minum minuman secara ‘O’ seperti Kopi O, Milo O, Teh O (kurang manis, atau ‘kosong’).

2 – Jika No.1 adalah membebankan bagi anda, gantikan 2 sudu teh susu pekat manis tadi dengan 2 sudu teh sumber tenusu yang lebih berkualiti seperti susu rendah lemak, atau susu skim.

3 – Jika No.1 dan No.2 juga membebankan bagi anda, selemah-lemah iman, kurangkan pengambilan susu pekat manis, iaitu hadkan pengambilannya hanya ketika sebelah pagi, hanya 1sudu teh sehari.

Sumber : http://sususejat.com Tarikh Akses : 9 Ogos 2012

24  

Page 26: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?

Adakah anda biasa dengan senario ini?

Kasim suka snek manis

Kasim, 7 tahun, berlebihan berat badan untuk umurnya. Apabila terasa lapar antara waktu makan, dia mengambil coklat dan snek manis. Ibu bapanya khuatir kerana dia sudah mula bersekolah dan mereka tidak dapat mengawalnya daripada mengambil snek yang tidak sihat di kantin sekolah.

Sara yang ingin jaga imej badan

Ibu Sara mengejutkannya setiap pagi hanya 20 minit sebelum loceng sekolah berbunyi. Justeru, Sara yang berusia 12 tahun ini selalu kelam kabut dan tidak sempat mengambil sarapan. Sara memang tidak berminat untuk bersarapan kerana dia sudah mula mementingkan penampilan diri dan ingin menjaga imej badan.

Kumar sentiasa sibuk

Kumar, 10 tahun, kurang bersenam kerana dia sentiasa sibuk. Sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan UPSR, ibu bapanya mendaftarkan Kumar dalam pelbagai kelas tuisyen selepas waktu sekolah. Kumar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain komputer untuk merehatkan fikirannya. Apabila ibunya berleter, dia menjawab: “Takkan tak boleh main sekejap pun. Bosanlah kalau belajar sepanjang masa.”

Anak-anak anda yang sudah bersekolah mungkin menghadapi masalah yang sama seperti Kasim, Sara dan Kumar. Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Apabila ini berlaku, waktu makan yang sepatutnya menyeronokkan bagi ibu bapa dan anak-anak, akan bertukar menjadi keadaan yang merimaskan.

25  

Page 27: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Mengasuh anak-anak makan dengan betul

Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.

Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan makanan yang salah.

Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.

Adakah kanak-kanak Malaysia mengalami masalah pemakanan?

Kebanyakan kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Walau bagaimanapun, masih terdapat juga ramai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah malpemakanan. Masalah ini timbul sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan nutrien secukupnya atau mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara pada 2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan, dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.

• Makan secara berlebihan

Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan menjadi gemuk apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berlebihan berat badan atau

26  

Page 28: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan boleh menimbulkan perasaan rendah diri.

• Kekurangan zat makanan

Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat cukup tenaga daripada makanan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan pengambilan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan yang optimum.

Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?

Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.

Satu kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:

1. Tidak mengambil sarapan

Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.

2. Snek tidak sihat

Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang

27  

Page 29: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu makan.

3. Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal

Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan luar bandar.

Permulaan hari yang sihat

Jika anak anda cerewet makan, langkah pertama ialah kenal pasti punca masalah. Adakah mereka tidak mengambil sarapan? Kurang aktiviti fizikal atau kerap makan snek? Apabila sudah mengenal pasti puncanya, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk menangani masalah ini.

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk memperkasakan diri anda sendiri, supaya anda dapat menanamkan tabiat makan yang sihat di kalangan anak anda sejak kecil. Pelajari asas pemakanan yang baik dan turunkan pengetahuan ini kepada anak-anak anda.

Ajar anak anda memilih makanan mereka dengan bijak, serta mengamalkan tabiat makan yang sihat dan gaya hidup aktif sejak kecil. Ini akan memastikan mereka mempunyai asas yang kuat untuk membesar menjadi remaja dan orang dewasa yang sihat sepanjang hayat.

Rencana ini dibawakan kepada anda oleh Jawatankuasa Pemandu Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) Kebangsaan.

28  

Page 30: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Makan Secara Sihat Di Bulan Ramadhan

MAKAN SECARA SIHAT DI BULAN RAMADHAN

Kepentingan berpuasa untuk kesihatan

• Puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

• Dari segi kesihatan, berpuasa adalah penting untuk merehatkan sistem penghadaman setelah 11 bulan bekerja.

• Berpuasa juga boleh : o Mengurangkan berat badan. o Merendahkan paras kolesterol darah. o Merendahkan kandungan gula dan trigliserida dalam darah. o Merendahkan tekanan darah.

• Nabi Muhammad SAW juga ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit dan amalan pemakanan yang betul adalah sumber ubat’.

Khasiat dan kebaikan buah kurma

• Mengandungi hanya 60 kalori bagi 3 biji buah kurma bersaiz sederhana. • Mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin A, C, B1 & B2. Ini

membekalkan nutrien penting untuk tubuh. • Mengandungi gula ringkas seperti fruktosa dan dekstrosa yang bertindak

sebagai tenaga segera yang mampu mengembalikan tenaga dan mencergaskan badan dengan cepat.

• Kaya dengan serat.

Panduan pemakanan semasa berbuka

• Jangan gelojoh semasa berbuka. Seelok-eloknya berbuka mengikut sunnah. • Mulakan dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong. • Jika perlu, ambil hanya 1 gelas minuman manis semasa berbuka. • Bersederhana dalam pengambilan makanan. Jangan makan berlebihan atau

mengikut nafsu. • Kurangkan pengambilan makanan yang boleh memudaratkan seperti makanan

yang berlemak, berminyak, tinggi garam dan tinggi gula.

29  

Page 31: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

Contoh menu berbuka

i) Sebelum solat Maghrib

Kurma 3 biji 30 60 Kuih pelita 1 biji 70 100 Jus buah-buahan tanpa gula 1 gelas 250 60 Air kosong 1 gelas 250 0

Jumlah 220

ii) Selepas solat Maghrib

Nasi putih 2 senduk 150 200 Ayam percik 1 ketul 80 140 Sup sayur 1 mangkuk kecil 150 50 Sambal tumis udang 1 senduk 60 150 Betik 1 potong 210 80 Air kosong 1 gelas 250 0

Jumlah 620

Contoh menu moreh

Bubur kacang hijau 1 mangkuk kecil 150 160 Minuman bersusu 1 gelas 250 130 Air kosong 1 gelas 250 0

Jumlah 290

Panduan pemakanan semasa sahur

• Ambil makanan yang mengenyangkan seperti nasi, roti atau oat. • Ambil buah dan sayur. • Minum air secukupnya. • Lewatkan waktu bersahur.

Contoh menu sahur

Nasi putih 2 senduk 150 200 Sup ayam 1 mangkuk 150 80

30  

Page 32: Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity fileWeight Loss: Health Risks Associated With Obesity 13 July 2011 The health problems associated with obesity are numerous. Obesity

31  

Telur dadar 1 potong 45 100 Sayur campur 1 senduk 40 40 Pisang berangan 1 biji sederhana 90 60 Air kosong 1 gelas 250 0 Kurma 3 biji 30 60

Jumlah 540

Amalan pemakanan yang memudaratkan di bulan puasa

• Makan berlebihan semasa berbuka. Ini boleh meningkatkan berat badan walaupun di bulan puasa dan malas untuk melakukan ibadat.

• Makan makanan berat semasa moreh dan tidur sejurus selepas makan. Ini boleh mengakibatkan ketidakhadaman.

• Minum banyak air manis semasa berbuka dan bersahur. Ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah dan boleh memudaratkan terutamanya bagi pesakit diabetis.

• Kurang mengambil buah dan sayur. Ini boleh mengakibatkan sembelit.

Panduan membeli atau menyedia juadah berbuka

Memandangkan kita membeli dalam keadaan lapar, nafsu membeli perlu dikawal dan elakkan pembaziran dengan :

• Membuat catatan senarai makanan yang perlu sahaja untuk dibeli. • Mengutamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan ataupun

menggunakan minyak secara minima. • Mengurangkan membeli kuih-muih yang manis serta bubur manis. • Mengelakkan membeli air minuman yang dijual. Sebaik-baiknya, sediakan

sendiri air minuman di rumah. • Masak sendiri makanan untuk berbuka puasa dan elakkan makan atau berbuka

di luar seperti di hotel dan restoran. Dengan cara ini, kita dapat mengawal pemakanan di samping menghadkan penggunaan minyak dan garam di dalam masakan.

• Jika membeli di luar, pilih gerai yang bersih dan makanan yang bertutup.

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan di bulan yang mulia ini. Amalkan makan secara sihat untuk sihat sepanjang hayat.

Bahagian Pemakanan 26 Julai 2012 Sumber : http://www.moh.gov.my Tarikh Akses : 9 Ogos 2012