ifolio.ukm.my · web viewyang ada pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan...
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA
MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2012/2013
TARIKH
30 APRIL 2013
TEMPAT
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR),
Universiti Kebangsaan Malaysia
ANJURAN
Sekretariat Majlis Tertinggi
Kolej Ungku Omar,
Universiti Kebangsaan Malaysia
TEMA
60’ an
KERTAS KERJAMAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN
KOLEJ UNGKU OMARSESI 2012/2013
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan
kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)
untuk mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar bagi sesi
2012/2013 ini. Selain itu, untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan
kerajaan dan swasta dengan tujuan membantu melancarkan perjalanan program
dan memberi makluman secara teperinci mengenai program kepada pihak yang
terlibat.
2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG
Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar merupakan suatu majlis besar
yang secara gahnya diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
Universiti Kebangsaan Malaysia pada penghujung semester kedua pengajian
setiap tahun. Ungkapan penuh bermakna ‘Kenangan, Anugerah dan
Memori’dipilih sebagai tema majlis makan malam pada kali ini dan dipadankan
dengan konsep ’60 an’ di mana tetamu yang hadir akan mengenakan pakaian yang
bersesuaian dengan tema mengikut kreativiti masing-masing. Ungkapan tersebut
juga memberikan gambaran bahawa tidak kira apapun penampilan pada Majlis
Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar sesi 2012/2013 itu, diharapkan di
penghujung majlis ini, setiap tetamu dapat menikmati saat yang berlalu dan
kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Tujuan utama majlis ini diadakan
adalah untuk menzahirkan rasa terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga
kepada penghuni Kolej Ungku Omar yang selama ini telah berusaha bersungguh-
sungguh menyumbangkan tenaga dan buah fikiran mahupun wang ringgit dalam
menjayakan setiap aktiviti kolej sepanjang sesi ini. Di samping itu, majlis ini juga
bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan
sesama penghuni kolej yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan
kepercayaan. Manakala bagi mahasiswa/i tahun akhir, penganjuran majlis makan
malam ini secara tidak langsung merupakan acara untuk meraikan mereka yang
bakal memulakan kehidupan di alam pekerjaan kelak.
Selain itu, majlis ini juga diadakan untuk menghargai kejayaan pelajar kolej ini
dalam bidang akademik mahupun kokurikulum yang secara keseluruhannya telah
membantu menaikkan imej dan nama kolej. Oleh yang demikian, diharapkan agar
majlis makan malam ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya sekaligus
memberi kesan yang amat mendalam kepada semua warga kolej dalam usaha
untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persefahaman seterusnya
meninggalkan satu kenangan indah yang sentiasa diingati.
3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, menjadi tanggungjawab untuk
memastikan kelancaran program ini dengan :
3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya
dapat membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dan berdisiplin.
3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang
ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.
3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas
pelaksanaan program.
4.0 MATLAMAT
Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran majlis
adalah:
4.1 Menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, bantu-membantu, semangat
bersatu
padu dan sebagainya ke dalam diri setiap warga kolej.
4.2 Mengukuhkan semangat membina dan mengharumkan nama Kolej Ungku
Omar ke
peringkat yang lebih tinggi.
4.3 Membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dalam semua aspek di samping
membentuk sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan organisasi
yang
efektif.
4.4 Menjaga dan memelihara kebajikan warga kolej agar para pelajar berasa
bertuah
menetap di Kolej Ungku Omar.
5.0 OBJEKTIF
Selari dengan 8 Kontrak Pembelajaran pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana
menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai :
5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan
kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata)
yang sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan
dengan cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah
mencapai keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan
sebagainya.
5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang
ada pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus,
memberi arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi
dimensi , membantu rakan-rakan secara proaktif serta membina kerja
berpasukan untuk mencapai matlamat yang disepakati.
5.3 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan
pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka
isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri.
5.4 Mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar seperti mencadangkan
idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh
menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan
rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial dan
sebagainya.
5.5 Mendedahkan kepada pelajar kemahiranpengurusan dan keusahawanan
dalam mencari dana bagi melancarkan majlis.
5.6 Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu
agar melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah,menunjukkan
tingkah laku profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan.
5.7 Melahirkan sifat sosial dan kebertanggungjawaban dengan melahirkan
kepekaan terhadap alam sekitar dan situasi sosial seperti perpaduan dan
kebajikan pelajar.
5.8 Menilai tahap pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan
saintifik setiap ahli jawatankuasa dalam mengenal pasti masalah tersurat dan
tersirat serta mensintesiskan masalah dengan tapat.
6.0 TEMA
‘60 an’
7.0 ANJURAN
Sekretariat Majlis Tertinggi
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA)Sesi 2012/2013
Kolej Ungku Omar
Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 30 April 2013
Hari : Selasa
Masa : 8.00 malam – 11.00 malam
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat program yang dicadangkan ialah :
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor Darul Ehsan.
10.0 PUBLISITI
Publisiti bagi majlis ini bercadang dilaksanakan sekitar Kolej Ungku Omar
khususnya dan Universiti Kebangsaan Malaysia amnya menerusi
i. Poster
ii. Banting
iii. Kain rentang
iv. Skrin digital
v. Pembukaan ‘booth’ ketika Hari Keluarga Kolej Ungku Omar
vi. Mewujudkan satu sudut info majlis di kawasan kafetaria
Poster akan ditampal di setiap blok kediaman dan di bangunan pentadbiran. Banting
dan kain rentang akan digantung di sekitar kolej. Pembukaan booth ketika hari keluarga Kolej
Ungku Omar dan sudut info di kafetaria pula lebih menekankan aspek konsep pemakaian
ketika majlis dengan harapan semua penghuni kolej akan hadir dengan mengenakan pakaian
yang menepati konsep yang telah ditetapkan oleh pihak jawatankuasa pelaksana. Sudut info
akan membekalkan serba sedikit maklumat penting kepada penghuni seperti, pengedaran
kupon, nama perasmi dan sebagainya. Jawatankuasa pelaksana juga bercadang
menghebahkan mengenai majlis ini menggunakan skrin digital yang terletak di hadapan pintu
masuk utama Universiti Kebangsaan Malaysia dua minggu sebelum majlis ini berlangsung.
11.0 CADANGAN PERASMI
I. YB Datuk Haji Fadillah bin Yusof
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
II. Kapten Dr. Azhan Bin Awang
Pengetua Kolej Ungku Omar , UKM
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Sasaran peserta : Semua warga Kolej Ungku Omar
Jumlah urusetia :50 orang
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C.
16.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :
Jawatan kuasa Kebajikan Siswa/Siswi (JAKSA)
Kolej Ungku Omar
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan.
(u/p : , Ketua Pengarah Program)
Nama : Muhamad Arif Bin Abdul Aziz
Tel : 0178229394
E-mel : [email protected]
17.0 PENUTUP
Diharapkan agar kertas kerja Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar
sesi 2012/2013 ini mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan
Pelajar (JPPel) dan juga amat diharapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar
(JPPel) mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan permohonan bantuan
kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, menjadi harapan
Jawatankuasa Majlis Makan Malam agar program ini dapat berjalan dengan lancar
dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran majlis ini juga
diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua mahasiswa/i yang telah sedaya-
upaya memerah tenaga dan buah fikiran sekaligus menjadi pemangkin dan batu
loncatan buat dalam menempuh alam pekerjaan kelak. Secara tidak langsung,
kolej akan dapat melahirkan warga mahasiswa/i yang berfikiran positif, dinamik,
aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan,
komitmen dan pengembelingan tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan.
Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan
sepenuhnya agar majlis ini dapat dijayakan dengan
sempurna dan dapat memberi satu kenangan khususnya kepada semua warga
Kolej Ungku Omar dan mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.
Disediakan oleh,
MUHAMAD ARIF BIN ABDUL AZIZ
Ketua Pengarah
Majlis Makan Malam Tahunan
Kolej Ungku Omar Sesi 2012/2013
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Disemak oleh,
MOHD SHAH RIZAL BIN OTHMAN
Felo Penasihat
Majlis Makan Malam Tahunan
Kolej Ungku Omar Sesi 2012/2013
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Disahkan oleh,
KAPTEN DR. AZHAN BIN AWANG
Pengetua
Kolej Ungku Omar
Universiti Kebangsaan Malaysia.
LAMPIRAN ASTRUKTUR ORGANISASI
MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR SESI 2012/2013
PenaungY.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan
ShahabudinNaibCanselor, UKM
PengerusiY.Bhg. Prof. Ir. Dr. Othman Bin A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM
PenyelarasTuan Haji Musa Bin Zainal Adidin
Timbalan Pendaftar,Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
Penasihat Utama
Kapten Dr. Azhan Bin Awang
Pengetua Kolej Ungku Omar , UKM
FeloPenasihat
Mohd Shah Rizal B. Othman
Felo Kanan Kolej Ungku Omar,UKM
Ketua Pengarah
Muhamad Arif Bin Abdul Aziz
A136806/ FKAB/2/017-8229394
Timbalan Ketua Pengarah I
Siti Farhannie Bt Mohd Adnan
FSSK/2/A136585/013-9669707
Timbalan Ketua Pengarah II
Illyna binti Ibrahim/FSSK/ A140755/0176548280
Setiausaha
Syakirah Bt Sulaiman/FSSK/A140898/0145453099
Timbalan Setiausaha
Nor Nadia Fadiha Bt Aizuddin/FST/ A142741/019-2998437
Bendahari
Nur Siti Aisyah Bt Muhammad/FST/A142709/017-5088216
Pengarah Program : Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676
: Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926
: Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A1400
: Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360
: Nazrina Bt Mohamed Nasir /FST/ A140603
: Mustaqim Bin Mohamad/FEP/A139722
Pengarah Pemasaran : Wan Muhammad Hafiz Bin Wan Izanatar / FSSK / A140520
: Nur Syazana Binti Nordin / FEP / A130735
: Wan Nur Insyirah bt Wan Ramzan/ FST / A141066
: Muhammad Ameerul Amin B Bakar@Omar/FST/ A141994
Pengarah Publisiti dan Media : Ammar Safwan Bin Aminnudin / FEP / A140052
: Siti Nadzirah Bt Ali /FPend/ A141973
: Muhammad Haziq Bin Mohd Rohir / FSSK /A141836
: Tun Sapian Bin Abdullah /FSSK/A131986
Pengarah Cenderamata & Penerbitan : Tg. Nur'aisyatul Akmal Tg. Hashim/FST/A142719
: Nasuha Bt Marzuki / FST/A142641
: Fiona Leong Zi Yi/FST/A142580
: Maizatul Akma Bt Othman/FSSK / A141840
Pengarah Teknologi dan Dokumentari : Muhamad Zainol Bin Mohamad
Raafik/FST/A142742
: Husain Bin Amiruddin / FEP / A139613
: Ahmad Ruzaini bin Rahim / FTSM / A141925
: Nurul Nazifa Bt Nordin/ FKAB/ A141783
: Nazihah Bt Mohamad Shariff / FST / A140412
Pengarah Protokol : Norazlina Bt Ajis / FSSK / A140740
: Nor Alyaa Shahira Bt Abdul Aziz / FPI / A139479
: Siti Zahidah Bt Kosran/ FPI / A139349
: Syaza Syahirah Bt Meor Zainal/ FKAB /A141437
: Nur Dalilah Husna Bt Romainor/FEP/A139676
: Nur Nabihah Bt Mat Som/FEP/A142616
Pengarah Teknikal : Muhamad Helmi Bin Hashim /FTSM / A142173
: Mohamed Erwan Bin Mohd Tuhaimi /FPend / A141365
: Nor Syuhadah Bt Mohamed/FST/A141818
: Noor Hafiza Bt Ahmad / FEP / A140062
: Muhamad Hamizan Bin Hanafi/FKAB/A140484
Pengarah Gimik & Persembahan : Mohd Saiful basri Bin Rusli /FST/A141770
: Diana anak Henry / FSSK /A140814
: Siti Syahirah Bt Razali / FEP / A139839
: Fatin Roshafera Bt Che Saari/FPend/A140978
: Mohd Sazwan Bin Ahmad/FSSK/ A141811
Pengarah Jamuan : Nur Hasnina Bt Tual / FEP /A139760
: Nurul Fatihah Bt Kamsan / FPend / A140953
: Puteri Amylia Bt Ulul Azmi/ FSSK /A140236
: Nurhidayah Balkis Bt Wahid /FPI/ A140656
: Mohd Helmihazim Bin Mohd Rashidi/A138048/FKAB
Pengarah Kebajikan & Tugas-Tugas Khas
: Yougan a/l Nagaya / FSSK/A141405
: Muhammad Noorel Yaqin bin Mazlan/ FST/A1405
: Farah Diyana Bt Zailan/FST/A142744
: Nor Aqlina Bt Abdul Halim/FKAB/A139843
: Muhamad Juhairi Bin Mohamad Akhir/FKAB/ A137796
: Leong Xin Fang / FSSK /A140624
LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM
MASA PERKARATEMPAT
Dewan Canselor Tun Abdul
Razak (DECTAR)
8.00 malamKetibaan Mahasiswa/i Kolej Ungku
Omar
8.15 malam Ketibaan Tetamu Jemputan
8.25 malam Ketibaan Perasmi
8.35 malamPersembahan Pembukaan (Tarian era 60
an)
8.40 malam Alu-aluan Pengacara Majlis.
8.45 malam Bacaan Doa
8.50 malamUcapan Ketua Pengarah oleh:
Saudara Muhamad Arif Bin Abdul Aziz
8.55 malam
Ucapan Pengetua Kolej Ungku Omar
oleh:
Kapten Dr. Azhan Bin Awang
9.00malamUcapan Perasmi oleh:
YB Datuk Haji Fadillah bin Yusof
9.15 malam Gimik Perasmian
9.20 malam Jamuan Makan Malam
9.30 malam Persembahan Teater daripada Kelab Seni
Pementasan Teater (SEPET) yang
bertemakan ‘ 60 an ’
10.00 malam Cabutan Bertuah Selingan 1
Dewan Canselor Tun Abdul
Razak (DECTAR)
10.05 malamPersembahan ‘Tarian Sepanjang Zaman’
oleh Kelab Titis tari
10.20 malam
Penyampaian Anugerah kepada:
i. Mahasiswa Cemerlang
ii. Mahasiswi Cemerlang
iii. Mahasiswa Harapan
iv. Mahasiswi Harapan
v. Atlit Lelaki Terbaik
vi. Atlit Perempuan Terbaik
vii. JAKSA Terbaik
viii. Program Kolej Terbaik
10.30 malam
Persembahan 1 Malaysia oleh:
Sekretariat Integrasi dan Perpaduan
Kaum
*bergantung kepada situasi
10.45 malam Cabutan Bertuah Selingan 2
10.55 malam Anugerah King And Queen Of The Night
11.00 malam Bersurai
LAMPIRAN BELANJAWAN
ANGGARAN PENDAPATAN
BI
L
PERKARA RM
1.
2.
3.
Tabung Pengetua Kolej Ungku Omar
Sumbangan
i. Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)
ii. Perasmi
iii. Syarikat-syarikat swasta
Lain-lain
i. Jualan Keusahawanan
20 000
3000
2 000
4000
1 000
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 30 000
ANGGARAN PERBELANJAAN
BI
L
PERKARA RM
1.
2.
Pengurusan
i. Peralatan alat tulisii. Kertas A4(RM 10 × 3 ring)
iii. Fotokopiiv. Toner Ink(RM 200 × 1)v. Kad Ring-Ring ( RM 10 × 30 keping)
vi. Kebajikan AJK ( RM 5 ×50 orang)
Pengangkutan
50 30200200300250
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
i. Minyak Kenderaan (RM 20 × 8 hari)ii. Kecemasan
Jamuan i. Mahasiswa/i (1000 × RM 18)
ii. VIP (10 × RM 18)iii. VVIP (3 × RM 25)
Persembahani. Alatan Persembahan Teater
Teknikal ii. Dekorasi Pentas
iii. Penyelenggaraan
Protokoli. Kad jemputan (RM 1.50 × 80 keping)
ii. Buku Cenderamata (RM 6 × 80 buah)
Publisitii. Kain Rentang 8’ × 3’(RM 70 × 4 keping)
ii. Bunting 2’ × 6’(RM 40 × 8 keping)iii. Poster A3 (RM 11.50 × 20 keping)
Sijil dan Cenderamata i. Sijil (RM 1.50 × 200 keping)
ii. Hamper (RM 50 × 10 buah)iii. Cenderamata Anugerah(RM 30 × 10 orang)iv. Cenderamata Perasmi(RM 200 × 2 orang)v. Cenderamata Mahasiswa/i(RM 4 × 1000
orang)Tugas-Tugas Khas
i. Backdropii. Tag Nama (RM 2 × 50 orang)
Rencam
160100
18 000 180
75
300
700700
120480
280320230
300500300400
4 000
300100
1425