· web viewkemahiran mendengar merupakan satu elemen yang dapat menetukan keupayaan murid supaya...
TRANSCRIPT
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYUSEKOLAH RENDAH
INSTITUT PENDIDKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
BMM 3033E
Tugasan:
1: Membina Instrumen Pentaksiran
DISEDIAKAN OLEH:EN.ZULKIBLI BIN MOHD HASHIM
750321-02-5261(G0611/552)
MATEMATIK 3
PENSYARAH:EN. BUKHARI BIN SHAFIE
TARIKH SERAH TUGASAN:29 MAC 2015
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Kemahiran mendengar merupakan satu elemen yang dapat menetukan
keupayaan murid supaya berkebolehan mendengar dengan teliti, memahami, dan
menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai pengucapan serta memberikan
maklum balas. Kemahiran bertutur pula pula merujuk kepada keupayaan murid
berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat,
pendapat , perasaan serta idea yang kritis dan kreatif..
Strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur,
guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid merujuk Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Standard Kandungan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur mempunyai 7 elemen
yang perlu dikuasai oleh murid iaitu:
1.1 Asas mendengar dan memberi respons dengan betul terhadap pelbagai
bunyi dalam persekitaran.
1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata,
perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan,
soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.
1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara
bertatasusila.
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat
menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.
1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber secara bertatasusila.
Standard kandungan merupakan penyataan umum bagi setiap onjektif yang
perlu dikuasai oleh murid. Setiap Standard Kandungan dapat dihuraikan secara
terperinci dalam Standard Pembelajaran.
Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut pelbagai ragam ayat dengan struktur
binaan ayat yang betul dan tepat.
1.3.1 Mendengar, memahami, dan memberikan respons terhadap arahan
berdasarkan ayat perintah mengikut intonasi dengan betul.
1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan terhadap ayat
tanya yang mengandungi kata tanya dengan betul.
1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan menyampaikan
pelbagai pesanan mengikut urutan dengan menggunakan laras bahasa yang
betul.
1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan
menggunakan ayat yang gramatis dalam situasi formal secara bertatasusila.
1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata gelaran yang sesuai
dalam situasi formal secara bertatasusila.
1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri dan kata
ganti nama tunjuk dengan betul dalam situasi formal dan tidak formal secara
bertatasusila.
1.4.4 Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat
dan bahasa badan yang sesuai dalam situasi formal secara bertatasusila.
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi laras bahasa yang
sesuai.
1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang dialami dengan tepat, sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi laras bahasa
yang sesuai.
1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan
tepat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan
jelas daripada media elektronik menggunakan ayat yang mengandungi
peribahasa secara bertatasusila.
1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis tentang sesuatu
perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis
secara bertatasusila.
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR (1)
Tema Keluarga BerwawasanTajuk Keluarga KreatifKemahiran Kemahiran mendengar dan BertuturKelompok 1Tahap Penguasaan 1-Murid mempamerkan tahap
pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang sangat lemah, sangat
terhad dan memerlukan banyak
bimbingan, panduan dan latihan dalam
kemahiran bahasa.
Penyataan Memberikan respons dengan betul
terhadap ragam ayat dan pelbagai jenis
ayat yang diperdengarkan pada tahap
yang sangat terhad.
Aktiviti Pentaksiran 1. Murid bangun dan memberi salam ketika guru masuk.
2. Murid bersoaljawab dengan memberikan alas an terhadap perlakuan memberi salam.
3. Murid membina soalan dan jawapan secara berpasangan berdasarkan tema yang dipilih.
4. Murid membaca dialog pada lembaran kerja.
5. Murid memilih jawapan yang sesuai berdasarkan soalan yang diberi.
Bahan Bantu Lembaran kerja Standard Kandungan : 1.3 Mendengar , memahami dan memberi respons
terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan.
Standard Pembelajaran 1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan
respons secara lisan terhadap ayat tanya yang
mengandungi kata tanya yang betul.
Nama:…………………………………… Kelas :…………………… Tarikh:…………
Tulis respons yang sesuai.
Afif mendapat piala dalam acara larian 100 meter , ayah.
Abang berasa amat bersyukur dan besar hati melihat piala yang dimenangi Afif.
Kem motivasi di sekolah Farhana itu akan diadakan pada minggu hadapan.
Meriah ayah, Afif berasa sangat gembira hari ini.
1. Ayah : Afif, bagaimana dengan temasya sukan hari ini?
Afif :_____________________________________________________
2. Ayah : Bagaimana dengan kedudukan Afif dalam acara tersebut?
Afif :______________________________________________________
3. Ayah : Bagaimana perasaan abang setelah melihat keputusan Afif yang
bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik , malahan aktiviti
kokurikulum pun hebat juga?
Ibu :______________________________________________________
4. Ayah : Farhana pula akan mengahadiri kursus motovasi di sekolahnya.
Bilakah kursus motivasi itu akan diadakan?
Ibu : ___________________________________________________
PENTAKSIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR (2)
Tema Kesihatan dan kebersihanTajuk Sihat EmosiKemahiran Kemahiran mendengar dan BertuturKelompok 2Tahap Penguasaan 2-Murid mempamerkan tahap
pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang lemah, terhad dan
memerlukan sedikit bimbingan, panduan,
dan latihan dalam kemahiran bahasa
Pernyataan Berkomunikasi secara bertatasusila bagi
menyatakan permintaan , memperoleh
dan menyampaikan maklumat dan
mengemukakan pendapat pada tahap
tertentu.
Aktiviti Pentaksiran Aktiviti Pentaksiran :
1. Melihat tayangan slaid kata ganti
nama
2. Murid menyebut kata ganti nama
yang terdapat dalam slaid
3. Murid bersoal-jawab tentang kata
ganti nama diri lain yang diketahui
4. Murid membaca soalan dalam
lembaran kerja secara
keseluruhan.
5. Murid mengisi kata kata ganti
nama yang sesuai dan membaca
dialog dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
Bahan Bantu Lembaran kerja
Nama:…………………………………… Kelas:…………………… Tarikh:…………….PENTAKSIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 2Tema : Kesihatan dan KebersihanTajuk : Sihat Emosi
Standard Kandungan : 1.4 Bertutur , berbual dan menyatakan permintaan
tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dalam situasi formal dan tidak formal
secara bertatasusila.
Standard Pebelajaran : 1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber menggunakan kata ganti
nama diri dan kata ganti nama tunjuk dengan
betul dalam situasi formal dan tidak formal
secara bertatasusila
Kelompok 2
Lengkapkap dialog dengan kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk yang betul.
Situasi 1 : Di Bilik Kaunseling.
Cikgu Rosmawati : Murid-murid, selamat datang ke Bilik Kaunseling. Sekiranya
_____ mempunyai sebarang masalah, usah malu dan segan
untuk berkongsi masalah ________ dengan ________.
Aina : Cikgu, salah seorang rakan _______ menghadapi masalah
keluarga. Emosi______ sering terganggu. Hal _____
menyebabkan ______tidak dapat menumpukan perhatian
dalam pelajaran. ______amat bersimpati terhadap diri.
Cikgu Rosmawati : Aina, bolehkah ______ membawa kawan kamu _____ ke
bilik kaunseling______________? ________akan mencuba
sedaya upaya untuk memberi nasihat yang terbaik
kepada____. Perkara sebegini tidak elok dibiarkan begitu
sahaja. ________wajar membantu kawan kamu______.
Aina : Baiklah, cikgu. _____akan mencuba untuk______ datang ke
sini pada hari _____juga.
Situasi 2: Di dalam Kelas.
Cikgu : Murid-murid, ________tahu atu tidak sebab-sebab Alesya
tidak hadir ke sekolah dari semalam?_____ dah cuba
menelefon penjaga _____pagi tadi tetapi tidak
berjawab._____berasa risau pula.
Zulaikha : Betul tu, cikgu _____pun ada menelefon______malam tadi.
Memang tiada jawapan.______berasa hairan juga kerana
_____tidak pernah bersikap begini.
Fatin : Kalau begitu, ______rasa lebih baik _____ pergi ke rumah
_____ pada petang ini. Risau juga_____
Cikgu : _______amat bersetuju dengan cadangan ______ Fatin.
Baiklah, ______berdua jangan lupa minta izin daripada ibu
bapa masing-masing.______berdua datang ke rumah _____
dan _____akan pergi bersama-sama pada pukul lima petang
nanti.
PENTAKSIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR (3)
Tema KeselamatanTajuk Keselamatan semasa bersukanKemahiran Kemahiran mendengar dan BertuturKelompok 2Tahap Penguasaan 3 – Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan
bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan
berupaya mengungkapkan idea serta menguasai
kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam
kemahiran bahasa.
Pernyataan Berkomunikasi secara bertatasusila bagi menyatakan
permintaan, memperoleh dan menyampaikan
maklumat , dan mengemukakan pendapat pada tahap
sesuai.
Aktiviti Pentaksiran 1. Murid menyatakan bilik-bilik khas yang terdapat
di sekolah.
2. Bersoal jawab tentang peraturan yang terdapat di
dalam bilik khas tersebut.
3. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu Bilik
Kemahiran Hidup,dan Makmal Sains
.
4. Murid membentangkan hasil perbincangan
tentang peraturan di Bilik Kemahiran Hidup,
Makmal Sains dan membandingkan dengan
carta peraturan yang sebenar..
5. Murid menyatakan peraturan Bilik Pendidikan
Jasmani yang diketahui secara lisan.
6. Murid melengkapkan dialog tentang penerangan
.
Bahan Bantu Carta peraturan bilik-bilik khas dan lembaran
kerja
PENTAKSIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR (3)Tema : Keselamatan Semasa Bersukan
Standard Kandungan : 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan
permintaan tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber dalam situasi
formal dan tidak formal secara
bertatasusila
Standard Pembelajaran : 1.4.4 Menyatakan permintaan tentang
sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber menggunakan ayat yang
gramatis dan bahasa badan yang sesuai
dalam situasi formal secara
bertatasusila.
Lengkapkan permintaan berdasarkan maklumat. Kemudian, tuturkan.
Peraturan di Bilik Peralatan Pendidikan Jasmani
Pastikan mendapat kebenaran telebih dahulu daripada guru Pendidikan
Jasmani sebelum mengambil peralatan sukan.
Sila beratur ketika hendak masuk ke dalam bilik peralatan.
Setiap peralatan sukan yang diambil perlu direkodkan ke dalam buku rekod
penggunaan peralatan Pendidikan Jasmani.
Setiap peralatan sukan hendaklah dikembalikan dan diletakkan mengikut
susunan asalnya.
Pastikan pintu stor sentiasa ditutup sebelum beredar untuk mengelakkan
kerosakan atau kehilangan.
Pastikan semua suis telah ditutup sebelum beredar.
Cikgu Zul : Haziq, tolong jelaskan peraturan di bilik Peralatan Pendidikan
Jasmani kepada rakan-rakan kamu.
Haziq : Baiklah, cikgu.
Kawan-kawan, saya akan menjelaskan peraturan di bilik Peralatan Pendidikan
Jasmani. Kita hendaklah mendapatkan kebenaran daripada guru Pendidikan
Jasmani sebelum mengambil peralatan.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________
KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang amat
ditekankan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Kemahiran membaca berupaya
menentukankeupayaan murid supaya menguasai kemahiran membaca dengan
sebutan, intonasi, jeda , dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada
aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan bahan sastera secara
kritis menggnakan pelbagai teknik bacaan. Murid-murid juga berupaya menghayati
teks yang dibaca . Guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid
dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Standard Kandungan Kemahiran Membaca
Murid patut mengetahui dan boleh:
2.1 Asas membaca dengan sebutan yang betul
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai
sumber dengan sebutan yang betul.
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul.
2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada
pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.
2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang
terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi
memupuk minda
Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca
2.2.3 Membaca memahami ayat yang mengandungi imbuhan pinjaman dalam
bahan bacaan prosa dengan sebutan yang betul daripada pelbagai sumber
dan memahami perkara yang dibaca.
2.3.1 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai ragam ayat secara
mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
2.3.2 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk
berbilang subjek dan predikat secara mekanis dengan lancar, sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul.
2.4.1 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada idea utama dan
idea sampingan dalam bahan bagi membuat ramalan dengan tepat.
2.4.2 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan
untuk membuat keputusan dengan alasan yang betul.
2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat
daripada pelbagai bahan untuk membuat ulasan yang betul.
2.5.1 Membaca dan memahami maklumat dalam puisi dengan betul.
2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam puisi dengan betul.
2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul puisi untuk memindahkan maklumat
kepada bentuk prosa dengan betul.
2.6.1 Membaca pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya
berfikir secara kritis.
2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bukan sastera untuk memperkaya
laras bahasa.
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MEMBACA (1)
Tema KeselamatanTajuk Utamakan Keselamatan Ketika Berada di kawasan
Sekolah.
Kemahiran Kemahiran MembacaKelompok 3Tahap Penguasaan 1 –. Murid mempamerkan tahap pengetahuan
bahasa dan kecekapan berbahasa yang sangat
lemah, sangat terhad dan memerlukan banyak
bimbingan, panduan dan latihan dalam kemahiran
bahasa.
Pernyataan Membaca dan menaakul bahan untuk
memindahkan maklumat dengan betul, membaca
bahan dan memahami secara kritis pada tahap
sangat terhad
Aktiviti Pentaksiran
1. Murid berbincang tentang bahasa sastera
lama yang pernah didengar.
2. Murid mencatat perkataan yang telah
dibincangkan.
3. Murid membaca puisi Utamakan
Keselamatan Ketika berada di Kawasan
Sekolah dan mencatat perkataan yang tidak
difahami
4. Murid berbincang secara berpasangan
tentang maksud perkataan tersebut
menggunakan kamus.
5. Murid membaca semula maksud puisi
rmengikut rangkap demi rangkap.
6. Setiap pasangan akan membaca maksud
puisi .
7. Tiga maksud puisi akan dipilih dan akan
dibincangkan.
8. Maksud puisi yang tepat atau hampir tepat
akan dibacakan secara beramai-ramai.
Bahan Bantu Kamus dewan dan lembaran kerja
Nama :…………………………………. Kelas :………………… Tarikh:………………KEMAHIRAN MEMBACA (1)
Tema : Keselamatan
Tajuk : Utamakan Keselamatan Ketika Berada
di kawasan Sekolah.
Kelompok : 3
Standard Kandungan : 2.5 Membaca, memahami dan menaakul
untuk memindahkan maklumat yang
terdapat dalam pelbagai bahan dengan
betul.
Standard Pembelajaran : 2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul
bahan puisi untuk memindahkan
maklumat kepada bentuk prosa dengan
betul.
Arahan : Baca dan fahami puisi. Kemudian jelaskan maksud setiap rangkap
Tika diriku masuk ke kamar ilmu Ketika masuk ke dalam kelas, aku
Salam kuhulur buat sahabat dan guru memberi salam kepada guru dan rakan-
Tanda hormat daripada pencinta ilmu rakan sekelasnya sebagai tanda hormat
Kumohon ilmu dan bimbinganmu. kepada mereka serta memohon ilmu.
Tika berada di kamar belajar ________________________________
Sepenuh jiwa dan raga kuttitipkan ________________________________
Sentiasa mendengar pesanan guru ________________________________
Tidak bermain, bergaduh atau berlari ________________________________
Tika memberli juadah di kantin _______________________________
Aku berbaris menunggu giliran _______________________________
Berebut-rbut membawa padah _______________________________
Waspada padah tidak tertumpah _______________________________
Tika ke bermain di padang sekolah ________________________________
Usah ingkar arahan guru ________________________________
Taati pesanan dan aturan ________________________________
Tidak berlaku tragedi tidak diundang ________________________________
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MEMBACA (2)
Tema Keluarga BerwawasanTajuk Keluargaku KreatifKemahiran Kemahiran MembacaKelompok 1Tahap Penguasaan 2 – Murid mempamerkan tahap
pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang lemah, terhad dan
memerlukan sedikit bimbingan, panduan,
dan latihan dalam kemahiran bahasa
Pernyataan Membaca dan memahami ayat yang
mengandungi perkataan berimbuhan
pinjaman dan ragam ayat secara mekanis
dengan betul pada tahap terhad.
Aktiviti Pentaksiran 1. Seorang murid melakonkan
situasi – sedang menyepak bola.
2. Murid meneka perlakuan rakan
mereka dan membina ayat
lengkap berdasarkan perlakuan.
3. Murid mendengar penerangan
tentang ayat aktif dan pasif serta
dikaitkan dengan perlakuan
seoarang murid tadi.
4. Murid memberikan contoh ayat
aktif dan pasif dengan bimbingan
guru
5. Murid dipilih secara rawak untuk
membaca dan murid lain
menggariskan ayat pasif dak aktif.
6. Murid membacakan semula ayat
telah digariskan bagi memastikan
ayat tersebut aktif ataupun pasif.
Bahan Bantu Teks rangsangan
Kelompok 1Standard Kandungan : 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan
dengan lancar, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul
Standard Pembelajaran : 2.3.1 Membaca pelbagai bahan yang
mengandungi pelbagai ragam ayat
secara mekanis dengan lancar, sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul.
Baca bahan ransangan di bawah . Kenal pasti ayat aktif dan ayat pasif. Tulis pada ruang yang disediakan.
Afif berjaya memenangi Pertandingan Menulis Cerita Haiwan. Tajuk cerita yang
ditulisnya adalah Kerbau Balar. Dia memperoleh hadiah wang tuni berjumlah
RM300.00. Tahniah , Adam!
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulit kedua-
dua ekor kerbau balar itu merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain.
Kerbau-kerbau yang lain seling menghalu mereka. Malah, mereka tidak dibenarkan
makan dan tidur sekandang dengan kerbau-kerbau yang lain. Kedua-dua ekor
kerbau balar itu berasa sangat sedih.
Pada suatu hari, kerbau hiam dan kerbau balar terdengar berita mereka akan
disembelih oleh tuan mereka. Tuan mereka akan memakaikan gelang merah pada
leher semua kerbau. Mereka ditimpa perasaan yang sangat takut.
Pada suatu petang, kedua-dua ekor kerbau balar itu sesat hingga ke tempat
orang menyembelih kerbau. Beberapa kepala dan kaki kerbau dilihat
bergelimpangan di kawasan itu. Apabila melihat keadaan yang menakutkan itu,
mereka pun berpakat untuk melarikan diri.
Pada keesokan harinya, tuan kerbau itu menangkap kesemua kerbau yang
masih tinggal di situ. Gelang merah dipakaikan pada leher kerbau-kerbau out.
Namun , kedua-dua kor kerbau balar itu telah pun berjaya melarikan diri ke hutan.
Akhirnya, selamatlah kedua-dua ekor kerbau balar itu.
Kedua-duanya kini menjadi kerbau liar yang hidup bebas di dalam hutan.
Nama : ……………………………….. Kelas :……………………… Tarikh:…………..
Ayat aktif Ayat pasif
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MEMBACA (3)
Tema KemasyarakatanTajuk Muafakat membawa berkatKemahiran Kemahiran MembacaKelompok 2Tahap Penguasaan 3- Murid berupaya mempamerkan tahap
pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang sederhana dan
berupaya mengungkapkan idea serta
menguasai kemahiran berfikir yang asas
tanpa bimbingan dalam kemahiran
bahasa.
Pernyataan Membaca dan menaakul bahan untuk
memindahkan maklumat dengan betul,
membaca bahan dan memahami secara
kriris pada tahap sesuai.
Aktiviti Pentaksiran 1. Murid membaca petikan “Kami
bersedia untuk Menghulurkan
Bantuan secara mekanis.
2. Murid bersoal jawab tentang isi
penting dalam petikan.
3. Murid menyebut perkataan
bergaris.
4. Murid mencari maksud frasa
menggunakan bahan rujukan
seperti kamus peribahasa dan
kamus Dewan.
Bahan Bantu Kamus Dewan dan lembaran kerja, teks bacaan
Tema : Kemasyarakatan
Tajuk : Muafakat Membawa Berkat
Kelompok : 2
Satandard Kandungan : 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan
bukan sastera yang sesuai bagi
memupuk minat membaca
Standard Pembelajaran : 2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai
bahan bukan sastera untuk
memperkayakan laras bahasa.
Arahan : Baca dan fahami petikan. Nyatakan maksud frasa yang digariskan.
Kami Bersedia untuk Menghulurkan Bantuan
14 Februari 2015- Sabtu
7.30 pagi
Semua anggota Kelab Sukarelawan Muda berkumpul di tapak perhimpunan
untuk sesi taklimat. Kami memasang telinga semasa guru penasihat
menyampaikan taklimat.Pelbagai tugasan diagihkan untuk kami laksanakan bagi
menjayakan Program Bicara Ilmu Sekolah.
8.30 pagi
Pegawai Pendidikan Daerah telah berbesar hati menyempurnakan majlis
perasmian program. Beliau turut mendeklamaiskan sajak yang merupakan suara
hati beliau sendiri.
10.30 pagi
Aku dan rakan-rakan memeberikan minuman dan kuih muih kepada semua guru
dan murid . Sebagai anggota Kelab Sukarelawan Muda, kami sentiasa bersedia
untuk menghulurkan bantuan dengan ikhlas. Aku berganding bahu dengan
anggota kelab yang lain untuk menjayakan program pada hari ini.
12.00 tengah hari
Program Bicara Ilmu berakhir. Kami bekerjasama membersihkan tapak
perhimpunan. Dalam masa yang singkat, tugas tersebut dapat kami
sempurnakan walaupun menyebabkan kami mandi peluh. Guru Besar memuji
semangat waja yang kami tunjukkan dalam menjalankan tugas. Menurut beliau,
berkat kerjasama semua pihak, kerja yang berat menjadi ringan.
Nama:…………………………… Kelas :…………………. Tarikh:………………..
Nyatakan maksud frasa yang digariskan dalan teks tersebut.
1. Memasang telinga :_____________________________________
2. Berbesar hati :_____________________________________
3. Suara hati :_____________________________________
4. Menghulurkan bantuan :_____________________________________
5. Berganding bahu :_____________________________________
6. Mandi peluh :_____________________________________
7. Semangat waja :_____________________________________
8. Menjalankan tugas :_____________________________________
KEMAHIRAN MENULIS
Standard Kandungan Kemahiran Menulis yang terdapat dlam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran bertujuan menentukan keupayaan murid
menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi
dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta
tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka
untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginasi untuk menghasilkan
penulisan. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis, guru
perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis.
Standard Kandungan Kemahiran Menulis 3.1 Asas menulis dengan cara yang betul.
3.2 Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan
betul dan kemas.
3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
3.4 Menulis imlak dengan tepat.
3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber.
3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan
menggunakan bahasa yang santun.
3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.
3.8 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan dengan betul.
3.9 Menulis ulasan tentang pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang
didengar, ditonton atau dibaca dengan betul.
Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis
3.2.6 Menulis teks puisi secara mekanis dengan betul dan kemas.
3.2.7 Menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dalam bentuk tulisan
berangkai dengan betul dan kemas.
3.3.3 Membina dan menulis jawapan kefahaman berdasarkan soalan yang
bertumpu dan bercapah secara kritis dengan betul.
3.3.4 Membina kerangka dan menulis pelbagai jenis karangan dengan betul.
3.4.1 Menulis pelbagai jenis kata ganda dengan ejaan yang tepat secara imlak.
3.4.2 Menulis frasa dan ayat yang mengandungi pelbagai kata ganda dengan
ejaan dan tanda baca yang tepat secara imlak.
3.5.2 Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan daripada pelbagai sumber.
3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul dengan menggunakan
idea utama dan idea sampingan secara koheren dengan bahasa yang
santun.
3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk syaharan,ucapan dan
pidato dengan betul serta menggunakan bahasa yang santun.
3.7.1 Menghasilkan draf perenggan pendahuluan, isi dan penutup dalam penulisan
kreatif dengan betul.
3.7.2 Menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif dengan
betul.
3.8.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan, tanda baca,
kosa kata dan struktur ayat dalam penulisan.
3.9.1 Menulis ulasan tentang bahan bukan sastera yang didengar, ditonton atau
dibaca dengan jelas dan menggunakan bahasa yang gramatis.
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MENULIS (1)
Tema Keluarga kreatifTajuk Sedapnya kek cawanKemahiran Kemahiran Menulis
Kelompok 1
Tahap Penguasaan 1- Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan
kecekapan berbahasa yang sangat lemah, sangat
terhad dan memerlukan banyak bimbingan, panduan
dan latihan dalam kemahiran bahasa.
Pernyataan Menulis ayat secara mekanis dengan betul dan kemas,
menulis ayat yang mengandungi kata ganda secara
imlak dengan tepat,mengedit dan memurnikan hasil
penulisan pada tahap sangat terhad.
Aktiviti Pentaksiran
1. Murid membaca maklumat tentang kek cawan.
2. Murid menonton video cara menulis tulisan
berangkai bagi huruf kecil dan huruf besar.
3. Murid menulis semula huruf kecil dan huruf besar
seperti contoh dalam video pada kertas garis 3
sebagai rujukan.
4. Murid meneliti ayat yang ditulis pada petikan
dalam tulisan berangkai
5. Murid menyalin semula ayat dalam petikan
dalam buku garis 3.
Bahan Bantu LCD, CD Video dan kad tugasan
KEMAHIRAN MENULIS (1)
Tema : Keluarga Kreatif
Tajuk : Sedapnya Kek Cawan
Standard Kandungan : 3.2 : Menulis huruf, suku kata, perkataan,
frasa dan ayat secara mekanis dengan
betul dan kemas.
Standard Pembelajaran : 3.2.7 Menulis ayat dalam perenggan secara
mekanis dalam bentuk tulisan berangkai
dengan betul dan kemas.
Kad Tugasan (Blog Puan Roslina)
Ibu Aina, Puan Roslina , membuat dan menjual kek cawan. Beliau membina blog
untuk memperkenalkan kek cawan buatannya kepada orang ramai. Oleh itu,
perniagaan kek cawannya dapat berkembang. Melalui blog tersebut
Selamat DatangKek Cawan ComelKek yang kami hasilkan sesuai untuk pelbagai majlis seperti sambutan hari lahir, majlis perkahwinan, keramaian dan perayaan. Pelanggan yang berminat hendaklah membuat tempahan seminggu lebih awal. Kami tidak mengenakan bayaran untuk khidmat penghantaran di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.Keistimewaan :
Kek buah dihasilkan secara unik dan comel daripada resepi yang amat
istimewa. Harganya berpatutan manakala keenakkan
rasanya terjamin. Kami mengutamakan kualiti dan
keenakan rasanya.
http://www.kekcawanrazcom.my
Sila hubungi kami untuk membuat tempahan.
http://www.kekcawanraz.com.my
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MENULIS (2)
Tajuk Kesihatan dan kebersihanTema Bersih dan sihatKemahiran Kemahiran MenulisKelompok 1Tahap Penguasaan 2 - Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
dan kecekapan berbahasa yang lemah, terhad dan
memerlukan sedikit bimbingan, panduan, dan latihan
dalam kemahiran bahasa
Pernyataan Menulis ayat secara mekanis dengan betul dan kemas,
menulis ayat yang mengandungi kata ganda secara
imlak dengan tepat, mengedit dan memurnikan hasil
penulisan pada tahap terhad.
Aktiviti Pentaksiran
1. Bersoal jawab tentang jenis-jenis kasut dan
jenama.
2. Murid menyebut warna kasut yang diminati dan
kebaikan kasut.
3. Murid meneliti rangka yang diberi dan
memahaminya
4. Murid dibahagikan kepada kumpulan dan
berbincang bagi melengkapkan rangka karangan.
5. Wakil kumpulan membentangkan hasil
perbincangan dan memurnikannya dengan
bimbingan guru.
6. Murid menulis karangan mengikut perenggan
demi perenggan.
7. Murid dipilih secara rawak untuk membacakan
hasil penulisan masing-masing bagi setiap
perenggan.
8. Murid mendengar penerangan yang disampaikan
berperingkat mengikut keperluan.
9. Murid menyiapkan karangan dalam masa yang
37
ditetapkan
Bahan Bantu Slide pelbagai jenis kasut
KEMAHIRAN MENULIS (2)
Tema : Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk : Bersih dan Sihat
Kelompok 2
Standard Kandungan : 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan
ayat dengan betul.
Standard Pembelajaran : 3.3.4 Membina kerangka dan menulis karangan
naratif dan imaginatif dengan betul.
Bina kerangka karangan berpandukan maklumat di bawah.
Bentuk * _______________
Warna *________________ Pengenalan
Dihasilkan di mana *________
Tugas
Penjagaan Aku Sepasang Kasut Isi
PerkhidmatanTerhadap pemilik
Penutup Menghargai kasut
Nama : ……………………………… Kelas :…………………… Tarikh:…………….
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
KEMAHIRAN MENULIS (3)
Tema : Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk : Sihat Emosi
Standard Kandungan : 3.4 Menulis imlak dengan tepat
Standard Pembelajaran : 3.4.2 Menulis imlak frasa dan ayat yang
mengandungi pelbagai jenis kata ganda
dengan ejaan dan tanda baca yang
tepat.
Tema Kesihatan dan kebersihanTajuk Sihat emosiKemahiran Kemahiran MenulisKelompok 1Tahap Penguasaan 3 - Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan
bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan
berupaya mengungkapkan idea serta menguasai
kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam
kemahiran bahasa.
Pernyataan Menulis ayat secara mekanis dengan betul dan
kemas mengandungi kata ganda secara imlak
dengan tepat, mengedit dan memurnikan hasil
penulisan pada tahap sesuai.
Aktiviti Pentaksiran 1. Murid bersoaljawab tentang kata ganda dan
memberikan contoh yang tepat.
2. Murid mendengar petikan yang dibacakan oleh
guru.
3. Murid diminta mengenalpasti kata ganda yang
terdapat dalam petikan yang telah dibacakan.
4. Murid diperdengarkan bacaan petikan kali kedua
dan mencatat ayat yang mengandungi kata
ganda dalam petikan dalam lembaran kerja yang
diedarkan.
Bahan Bantu Teks Petikan
Tema : Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk : Sihat Emosi
Standard Kandungan : 3.4 Menulis imlak dengan tepat.
Standard Pembelajaran : 3.4.2 Menulis imlak frasa dan ayat yang
mengandungi pelbagai jenis kata ganda
dengan ejaan dan tanda baca yang
tepat.
Kelompok : 1
Tulis ayat yang mengandungi pelbagai jenis kata ganda secara imlak.
Ceriakan Diri dengan senyuman
“ Hai, Haziq! Saya perhatikan sudah berhari-hari awak asyik temenung. Mungkin
awak boleh berkongsi masalah dengan saya kamu dengan saya? Manalah tahu
saya dapat meringankan beban awak.Bantu –membantu amalan mulia, “ kata Aida.
“ Terima kasih , Aida. Hati saya sedang gundah –gulana. Bapa saya akan
bertukar tempa kerja. Jadi, kami sekeluarga akan berpindah. Saya berat hati hendak
berpisah dengan awak dan rakan-rakan kita yang lain,” jawab Geetha.
“Oh, begitu rupanya! Awak tidak boleh mengikut emosi. Awak lihat rakan kita,
Cristina. Dia tidak pernah lokek dengan senyuman. Wajahnya kelihatan bersri-seri.
Berbunga-bunga hati sesiapa yang memandang wajahnya. FIkiran yang sedang
kacau-bilau pasti menjadi tenang tatkala memandang senyumannya.” Pujuk Aida.
“Bolehkah masalah-masalah saya hilang dengan senyuman?” ujar Geetha.
“ Masalah awak itu tidak akan hilang dengan serta –merta. Namun begitu,
awak akan lebih tenang dan dapat memikirkan jalan penyelesaian yang lebih baik.
Jika awak terus menerus memendam perasaan, lama- kelamaan awak akan jatuh
sakit. Sekarang, ceria-ceriakan diri awak dengan senyuman,” jawab Aida.
Nama:………………………………. Kelas:………………………… Tarikh:………………
Ayat
1. Saya perhatikan sudah berhari-hari awak asyik termenung
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
RUJUKAN
Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. (2012). retrieved Mac 2, 2015, from http://www.moe.gov.my
Felder, R.M., and Brent, R. (2004). The ABC’s of engineering education: ABET, Bloom’s taxonomy,cooperative learning. American Society for Engineering Education. Session 1375.
Hafizah Husain, Dzuraidah Abdul Wahab, Aini Hussain, Salina Abdul Samad & Azah Mohamed. (n.d). AJTLHE.Kajian kes ke atas kesan kaedah pembelajaran koperatif teknik Jigswa dalam kursus isyarat dan sistem, 2, 12-21. http:// http://journalarticle.ukm.my/1492/1/2.pdf
Kamarudin Jeon. (2015). On Fun Bahasa Malaysia Tahun 5. Selangor: My Bookpal.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 5. Putrajaya: BPK.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2014). Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Putrajaya: BPK.
Modul PPG Semester 2 / BMM 3103 Pentaksiran Bahasa Melayu SR. (2012) retrieved Mac 2, 2015, from http://www.lmsipda.net
Siti Sarah Abdul Malek. (2015). Bijak DSKP Bahasa Malaysia Tahun 5. Selangor : Sasbadi.
Siti Sarah Abdul Malek, Nurfarah Lo Abdullah, & Sarawati Tumiran. (2014). KSSR Bahasa Malaysia Tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
LAMPIRAN