warisan keluarga
DESCRIPTION
saje je neyhTRANSCRIPT
FUNGSI KONDUKTOR DAN INSTRUMEN MUZIK DI DALAM ORKESTRA.
Konduktor
Seorang konduktor menurut Espie Estrella, ialah seorang yang mengetuai dan membimbing
sesebuah orkestra atau sekumpulan penyanyi demi menghasilkan karya muzik yang terbaik.
Konduktor juga diaplikasikan di pementasan teater, filem, persembahan kumpulan muzik
(live band) dan disebalik tabir TV selain daripada mengetuai orkestra dan koir.
Tanggungjawab Konduktor
Konduktor dipertangungjawabkan supaya karya muzik dapat diterjemahkan secara sempurna
oleh para pemuzik atau penyanyi mengikut bimbingan konduktor. Konduktor atau maestro
memberi arahan melaui gerak isyarat yang dapat dilihat oleh ahli orkestra yang lain atau
penyanyi. Keharmonian serta keserasian dapat dijalinkan untuk antara konduktor muzik dan
ahli orkestra yang lain sekiranya konduktor meneliti score muzik dan membuat perubahan
sekiranya perlu dan konduktor muzik merancang penjadualan latihan, pelan sandiwara
orkestra dan mengepalai segala hal yang melibatkan kumpulan muzik beliau.
Antara konduktor muzik yang terkenal – Jakob Ludwig Felix Mendelssohn Bartholdy atau Felix Mendelssohn
Ciri-ciri seorang konduktor muzik
Menurut Sir Henry Wood, maestro yang pertama untuk The Henry Wood Promenade
Concerts presented by the BBC –kini dikenali sebagai The BBC Proms- menulis di dalam
bukunya mengenai konduktor muzik apa yang sepatutnya ada pada seorang Konduktor Muzik
ialah:-
1. Ilmu yang meluas mengenai tentang muzik.
2. Mengetahui lebih dari serba sedikit perihal dan teknik kesemua instrumen muzik serta
pengetahuan serta praktikal intensif mengenai instrument bertali – violin digalakkan.
3. Kebolehan bermain piano dengan baik.
4. Mempunyai telinga yang sensitif, serta menafsiran irama yang bagus.
5. Kebolehan yang tinggi di dalam seni gerakan badan (gestures).
6. Kesempurnaan di dalam kebolehan sight-reading.
7. Berpengetahuan di dalam seni nyanyian.
8. Fizikal yang sihat, kawalan emosi yang baik serta berdisiplin.
Contoh dari Malaysian Philharmonic Orchestra - seorang konduktor mengetuai orkestra.
Instrumen di dalam Orkestra
Orkestra atau orkestra simfoni ialah sekumpulan pemuzik mengubah muzik yang terdiri daripada bahagian instrumen bertali (string instruments), bahagian percussion, bahagian wind dan bahagian brass. Selalunya melibatkan 100 pemuzik dan diiringi oleh korus atau instrumen semata-mata. Berikut merupakan contoh instrumen mengikut bahagian atau keluarga masing-masing di dalam orkestra:-
instrumen bertali
Cellos Double bass Biola
instrumen bahagian brass
Trompet French Horns
woodwinds
Oboe Clarinets Seruling
percussion
Tenor Drum Tambourine Timpani
Susun atur orkestra
Bibliografi
Danial Uzair (2010) Personal Interview. 04 August
Estrella, E. (2010). What is Orchestra. Music Education.
Retrieved August 05, 2010, from
http://musiced.about.com/od/lessonsandtips/f/bands.htm
Gale, B. (2010). Introduction. Conducting.
Retrieved August 04, 2010, from
http://www.theconcertband.com/conducting.htm
Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Conducting
http://en.wikipedia.org/wiki/Musical_instrument
http://en.wikipedia.org/wiki/Orchestra
http://en.wikipedia.org/wiki/Promenade_concert