wanita semakin mendominasi dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara
DESCRIPTION
Kajian berkenaan kaum wanita yang kini mendominasi sektor ekonomi negara. Dalam slaid ini, diketengahkan beberapa faktor-faktor dan cara penyelesaiannya. Diharap dapat membantu!TRANSCRIPT
WANITA SEMAKIN MENDOMINASI DALAM MEMBERI SUMBANGAN
KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA
Disediakan oleh :
W. Norasyikin W. Roslan D20071029586
Munirah Binti Abd. Rahman D20071029595
Nur Maizatul Akma Abdul Manap D20071029596
Low Sin Ying D20071029602
Norizan Bte Hassan D20071029606
PENGENALAN Golongan wanita semakin
menceburkan diri dalam pelbagai bidang seperti bidang professional.
Wanita kini semakin menjadi tempat dalam industri dan menjadi lebih berdikari dengan pendidikan yang tinggi.
Akan tetapi, situasi ini akan menjadikan sumbangan golongan lelaki dan wanita menjadi tidak seimbang.
PERMASALAHAN Ketidakseimbangan antara golongan lelaki
dan wanita dalam industri. Wanita semakin ramai menceburi bidang
yang diceburi oleh golongan lelaki. Dengan itu, tidak hairanlah sekiranya
wanita menjadi pendominasi dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara pada suatu hari nanti.
Guna Tenaga Mengikut Pekerjaan Dan Gender pada tahun 2000 dan 2005 (%)
KATEGORI PEKERJAAN 2000 2005
Lelaki Wanita Lelaki Wanita
Pegawai Kanan Dan Pengurus 8.0 4.8 9.4 5.4
Profesional 5.1 7.2 5.5 7.5
Juruteknik dan Profesional Bersekutu 10.9 14.1 12.6 14.0
Pekerja Perkeranian 5.2 18.3 4.6 17.2
Pekerja perkhidmatan dan Jualan 12.9 13.3 12.3 17.7
Pekerja Pertanian dan Perikanan 17.5 10.0 14.7 9.9
Pekerja kraf dan Perdagangan Berkaitan 11.5 4.4 15.2 5.0
Operator Kilang dan Mesin dan Pemasangan
16.2 15.8 15.9 11.5
Pekerja Asas 12.7 12.1 9.8 11.8
JUMLAH 100 100 100 100
FAKTOR-FAKTOR
Sikap Majikan dan Sikap Wanita Wanita lebih komited dan memberi lebih
komitmen dalam pekerjaan yang dilakukan
Pandai memilih bidang pengkhususan mengikut kehendak majikan.
Bukan setakat menerima arahan semata-mata
Pengetahuan mereka berada pada tahap sama dengan majikan
Pandangan dan pendapat boleh diterima pakai dalam usaha memajukan syarikat secara keseluruhan.
Pembangunan yang telah banyak memberi kesedaran kepada rakyat akan pentingnya pendidikan telah membuka ruang kepada kaum wanita ke sekolah dan menimba ilmu yang samarata dengan kaum lelaki.
Berada di alam pekerjaan berganding bahu bersama kaum lelaki dan melaksanakan tugas-tugas penting.
Terdapat wanita memegang jawatan tinggi dalam organisasi – bidang pengurusan.
Golongan wanita kebanyakannya mempunyai ketelitian dalam setiap pekerjaan yang dilakukan - disayangi oleh majikan
Wanita yang sering menitikberatkan ketelitian dan kesungguhan dalam bekerja mengakibatkan golongan wanita yang bekerjaya kian meningkat.
Sikap kaum lelaki yang memilih pekerjaan dan kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu Sikap wanita yang tidak memilih pekerjaan
dan bersesuaian dengan mereka menyebabkan golongan wanita lebih ramai bekerja di sektor awam mahupun swasta berbanding golongan lelaki
Perluasan kemudahan pendidikan dan latihan serta berkembangnya pembelajaran secara maya akan menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat mendapat pendidikan tertiari
Dengan meningkatnya tahap pendidikan dan peluang pekerjaan serta pelaksanaan peraturan kerja yang lebih anjal maka lebih ramai wanita dijangka menyertai secara aktif dalam kegiatan ekonomi.
Memandangkan semakin ramai wanita mendapat pendidikan yang lebih tinggi, kadar penyertaan mereka dalam kumpulan profesional dan teknikal dijangka meningkat
Golongan lelaki sering memilih pekerjaan seperti inginkan kadar upah yang tinggi, suasana yang selesa dan sebagainya.
Pendidikan - golongan lelaki mempunyai masalah dan ini akan menyebabkan kesukaran mencari pekerjaan.
Untuk menyertai bidang pekerjaan yang memerlukan kemahiran, adalah sukar bagi mereka jika kurang kemahiran dan teknikal dalam sesuatu industri.
Banyak industri yang memerlukan tenaga wanita Banyak industri memerlukan tenaga
wanita dan sinonim dengan wanita seperti industri makanan dan sulaman kain.
Ini juga menyebabkan kaum lelaki tidak menyertai bidang tersebut kerana kurang mahir dalam bidang itu.
Banyak jawatan pekerjaan diwujudkan yang memerlukan tenaga wanita terutama dalam tugas-tugas yang tidak sesuai dengan jiwa lelaki seperti tugas yang memerlukan penumpuan dan penelitian yang tinggi.
CADANGAN PENYELESAIAN
Menyediakan insentif untuk bidang-bidang tertentu Bidang kejururawatan dan bidang
pembuatan antara bidang yang kurang diceburi oleh lelaki.
Kerajaan perlu menyediakan insentif untuk menggalakkan penyertaan kaum lelaki di dalam bidang tersebut.
Sebagai contoh : elaun perkhidmatan.
Kerajaan juga perlu menyediakan kuota untuk mengelakkan lambakan pekerja lelaki mahupun wanita dalam sesuatu bidang itu.
Menyediakan kursus kemahiran yang boleh disertai oleh kaum lelaki Kaum lelaki juga haruslah
melibatkan dalam bidang yang dimonopoli oleh kaum wanita.
Kursus kemahiran ini termasuklah kursus seperti menyulam, kraf tangan dan masakan.
Hal ini dapat mewujudkan keseimbangan penglibatan gender dalam industri.
Mengimbangi wanita dan lelaki dalam industri dan pendidikan Kerajaan perlu mewujudkan kuota
tertentu untuk pengambilan kedua-dua gender dalam institusi pendidikan bagi menyeimbangkan kedua-dua gender.
Di samping itu, sistem merit tidak harus menjadi syarat utama kemasukan ke IPT. Contohnya, sistem merit pemberat atau memberi mata tambahan untuk pelajar lelaki.
Begitu juga dengan penglibatan dalam industri, kerajaan perlu menyediakan kekosongan mengikut kuota keperluan setiap gender.
PERATUSAN WANITA DI DEWAN RAKYAT
2.9
5.3
7.3
10.4
0
2
4
6
8
10
12
Peratus (%)
1959 1990 1995 1999
Tahun
PENUTUP Dengan peningkatan kadar penduduk yang terdiri
daripada majoriti wanita menjadikan industri negara semakin didominasi oleh wanita.
Secara keseluruhannya, penglibatan wanita dan lelaki sangat penting dalam pembangunan dan pertumbuhan negara.
Pihak yang bertanggungjawab haruslah mampu menawarkan bidang yang bersesuaian dengan kadar keperluan atau kuota yang diperlukan.
SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER
SEMOGA BERJAYA!!