vitato- varieti baru keledek
TRANSCRIPT
-
8/17/2019 Vitato- Varieti Baru Keledek
1/16
-
8/17/2019 Vitato- Varieti Baru Keledek
2/16
2 BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN
Pengenalan
Ubi keledek (Iptomea Batatas L. Lamk) dari keluarga
Colvolvulaceae adalah dari jenis umbisi yang ditanam
di atas batas menggunakan keratan sebagai benih.
Keledek dipercayai berasal dari bahagian tropika
Benua Amerika dan pada masa ini, ianya mempunyai
taburan yang luas di semua kawasan tropika,
sub-tropika dan kawasan yang bercuaca panas.
Terdapat pelbagai varieti atau klon keledek. Antara
klon yang disyorkan termasuklah Gendut, Telong,
Jalomas, Keledek Cina, Ubi Biru, Susu Lembu,
Bukit Naga, Serdang 1, Kuala Bikam, Large White,
Kangkong dan VitAto.
Di Malaysia, Ubi Keledek VitAto kini ditanam dengan
meluas di kawasan kelompok petani di bawah
seliaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Ianya
merupakan projek di bawah Program Pembangunan
Ladang Kontrak di Kelantan dan Terengganu seluas
hampir 120 hektar. Ianya kini sudah mula dipasarkan
secara runcit, di pasar tani dan juga di pasaraya-
pasaraya terpilih.
Kelebihan Ubi Keledek VitAto
Ubi keledek VitAto, dikenali dengan keunikan
isinya yang berwarna oren adalah kaya dengan
bahan anti-oksidan seperti Vitamin C dan BetaKarotena yang ditukar menjadi Vitamin A di dalam
badan. Bahan anti-oksidan dapat mengelakkan
kerosakan pada DNA dan sel-sel badan yang
seterusnya boleh menghalang kanser tertentu
serta melambatkan proses penuaan. VitAto juga
mengandungi serabut diet dan zat galian kalium
yang tinggi serabut diet berkesan menentang
diebetis, sembelit dan mengurangkan risiko
kanser usus besar. Kalium pula berguna untuk
mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan
penyakit kardiovaskular.
Keledek
Tanaman Masa Kini Oleh: Zaheran Abd Ghani (Ibu Pejabat LPP)
-
8/17/2019 Vitato- Varieti Baru Keledek
3/16
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 3
Indeks Glisemik
Indeks glisemik (kadar menjadi glukos dalamdarah) bagi ubi keledek ialah 54, iaitu rendah jika
dibandingkan dengan roti putih (96) atau nasi putih(70). Ini bermakna ubi keledek lebih selamat dimakan
oleh pesakit diabetes.
JADUAL PERBANDINGAN INDEKS GLISEMIK
Jenis Makanan Indeks Glisemik
Glukos 100
Roti Putih 96
Cornflakes 84
Rice Krispies 82
French Fries (Jejari Kentang) 75
Madu 73
Karot 71
Nasi Putih 70
Minuman Ringan 70
Kacang Panggang 68
Aiskrim 61
Ban Hamburger 61
UBI KELEDEK 54
Sumber MARDI
Penggunaan Ubi Keledek VitAto
Anda dan seisi keluarga boleh menikmati VitAto
secara direbus, dikukus, dibakar/panggang, digoreng
atau dimasak di dalam ketuhar mikro-gelombang. Ia
juga boleh diproses menjadi produk makanan seperti
jejari goreng (fries, kek, ban dan muffin).
Ianya juga boleh digunakan dengan pelbagai cara
mengikut citarasa dan selera anda. Yang paling
penting, VitAto bukan sahaja boleh dijadikan hidangan
yang lazat tetapi juga kaya dengan pelbagai khasiat
yang dapat membantu kita menjalani kehidupan yang
lebih sihat, tampak bergaya dan rasa lebih segar
serta mengurangkan atau menghapuskan risiko
sesetengah penyakit.
-
8/17/2019 Vitato- Varieti Baru Keledek
4/16
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN4
STANDARD OPEATING PROCEDURE
(SOP) KELEDEK VITATO
-
8/17/2019 Vitato- Varieti Baru Keledek
5/16
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 5
-
8/17/2019 Vitato- Varieti Baru Keledek
6/16
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN6
Kerajaan masa kini amat menggalakkan petanimengusahakan pelbagai kegiatan pertanianmerangkumi tanaman, ternakan dan ternak air
dalam usaha meningkatkan pendapatan dan
memaksimumkan segala sumber yang ada.
Kebanyakan projek pertanian yang diusahakan kini
lebih terpengaruh dengan keadaan persekitaran
dan keperluan penduduk atau infrastruktur serta
keadaan fizikal tanah setempat. Sebelum sesuatu
projek pertanian diusahakan pelbagai faktor perlu
diteliti terlebih dahulu supaya kesan ke atas projek
ditahap minimum. Antara faktor yang perlu diberi
perhatian termasuklah keadaan fizikal tanah dengan
kesesuaian tanaman.
Pelbagai usaha boleh dilakukan bagi memaksimumkan
penggunaan tanah seperti mengintegrasikan sesuatu
jenis tanaman dengan tanaman lain. Antara usaha
yang telah dilakukan dan terbukti berjaya ialah
integrasi tanaman nanas dengan kelapa sawit. Nanas
merupakan tanaman yang boleh tumbuh subur di atas
lapisan tanah yang dalam dan mempunyai saliran
baik. Di kawasan yang selalu ditakungi air, nanas
tidak sesuai ditanam. Tanah gambut dengan saliran
baik dan pengurusan sempurna membolehkan pokok
nanas hidup subur serta mampu mengeluarkan hasilyang tinggi.
Pokok kelapa sawit selalunya hidup subur di atas
tanah gambut tetapi hasil yang diperolehi ternyata
kurang dibandingkan jika ia ditanam di kawasan
tanah selain tanah gambut. Di samping itu pokok
kelapa sawit akan kelihatan condong dan tidak
sekata disebabkan keadaan tanah yang lembut
mengakibatkan akar pokok tidak mampu memegangkuat pada tanah.
Oleh itu langkah-langkah bagi meningkatkan
pendapatan perlu diambil berdasarkan kesesuaian
yang ada. Tanah gambut yang dimiliki tidak mungkin
dapat diubah jenisnya tetapi tanaman nanas secara
integrasi dengan kelapa sawit merupakan jalan
penyelesaian kepada masalah tersebut.
Dalam usaha meningkatkan pendapatan pekebun,tanaman nanas daripada variety Josaphine dan
Moris yang diintegrasikan dengan kelapa sawit ketika
pokok masih kecil boleh dilakukan kerana dari masa
menanam hingga pengutipan hasil pokok nanas
hanya mengambil masa selama 12 bulan. Daripada
pemantauan yang dilakukan, tanaman nanas
mengikut amalan agronomi yang disyorkan mampu
memberi pulangan yang menguntungkan di samping
meningkatkan kesuburan tanah melalui pereputan
sisa pokok nanas.
Untuk memastikan tanaman nanas integrasi dengan
kelapa sawit boleh memberi pulangan yang baik,
beberapa langkah perlu diikuti dari peringkat awal
hingga pengeluaran hasil.
Nanas Integrasi Dengan
Kelapa SawitOleh: Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)
-
8/17/2019 Vitato- Varieti Baru Keledek
7/16
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 7
Penyediaan Kawasan
Pembersihan dan penyediaan kawasan adalahmengikut kehendak dan sistem penanaman kelapa
sawit. Semua pokok dan anak kayu perlu dimusnahkan
kerana pokok nanas memerlukan cuaca panas yang
tidak terlindung daripada cahaya matahari. Manakala
tunggul-tunggul kayu dan semak samun perlu
dibuang dan dibersihkan kerana kawasan tersebut
boleh menjadi perumah kepada binatang/serangga
perosak dan penyakit. Sistem perparitan merupakan
mekanisasi penting yang perlu dipantau. Lebihan
air daripada sistem perparitan yang tidak betul akan
mengganggu pertumbuhan pokok nanas.
Penyediaan Bahan Tanaman
Pokok nanas biasanya ditanam menggunakan sulur
tanah atau sulur udara dan sulur tanah selalunya
menjadi pilihan penanam. Bahan tanaman perlu
diambil daripada pokok induk yang subur dan
mempunyai saiz yang seragam. Lazimnya sepokok
nanas mampu mengeluarkan lebih daripada 10 sulur
dan sulur tersebut perlu digredkan mengikur saiz.Bagi mendapatkan keseragaman tumbesaran pokok
selepas ditanam, plot-plot tanaman perlu ditanam
berdasarkan gred anak pokok nanas.
Sistem Tanaman
Anak pokok nanas ditanam dalam dua barisberkembar dan jarak antara baris dengan baris
ialah 2 kaki. Manakala jarak antara baris berkembar
pertama dengan baris berkembar kedua adalah 3
kaki. Sementara itu jarak antara pokok dalam barisan
ialah 1 kaki. Jarak antara baris pokok nanas dengan
baris pokok kelapa sawit pula ialah 4 kaki. Diantara
dua baris pokok kelapa sawit boleh ditanam empat
baris kembar dengan dua atau lapan baris pokok
nanas. Diantara pokok kelapa sawit tambahan
sebanyak 14 pokok nanas boleh dibuat melibatkan
satu atau dua baris kembar pendek.
Pengawalan Rumpai dan Penyakit
Merumpai boleh dilakukan secara manual atau
menggunakan racun rumpai bersesuaian. Kerja-
kerja merumpai selalunya dibuat tiga bulan selepas
menanam dan penggunaan racun rumpai dilakukan
tiga pusingan semusim. Di samping itu serangan
penyakit perlu diawasi bagi mengelakkan ia merebak
seterusnya menyebabkan kemusnahan pada pokok.
Penyakit fruit collapse adalah antara penyakit yangsering menyerang pokok nanas tetapi ia boleh diatasi
melalui pemantauan tanda-tanda serangan serta
penggunaan racun yang sesuai.
-
8/17/2019 Vitato- Varieti Baru Keledek
8/16
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN8
Hormon Pendebungaan dan Pembesaran Buah
Untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan
membolehkan buah masak serentak, penggunaan
sejenis hormon Etephon/ethrel yang disembur
pada pucuk pokok nanas dilakukan ketika umur
pokok 8 bulan dengan kadar bancuhan 10 ml
ethrel dicampurkan 180 gm urea dan 16 liter air.Bancuhan tersebut disembur ke pokok dengan
kadar 30 ml/pokok pada waktu pagi atau petang bagi
meningkatkan keberkesanannya.
Mengutip Hasil
Buah nanas boleh dikutip untuk pasaran apabila
mencapai indeks kematangan antara 2 hingga 5,
manakala indeks 6 dan 7 masih boleh dipasarkan
tetapi kurang mendapat sambutan. Setelah buah
dikutip, kerja-kerja menggred perlu dilakukan bagimenentukan saiz buah A, B atau C. Saiz buah nanas
yang diterima berdasarkan tiga saiz iaitu besar
(A), sedang (B) dan kecil )C) dengan kecacatan
kurang 5%. Kecacatan atau kerosakan boleh terjadi
semasa proses memungut hasil dan penghantaran.
Dianggarkan pendapatan kasar daripada tanaman
nanas integrasi dengan kelapa sawit adalah diantara
RM6,000 sehingga RM7,000 setiap 0.4 hektar/
musim.
Pokok nanas boleh ditanam sehingga dua musim
bergantung kepada keadaan pokok kelapa sawittersebut. Jika pokok kelapa sawit telah bernaung iaitupelepah antara pokok telah bercantum penanamanpokok nanas tidak lagi sesuai kerana tiada cahayamatahari. Berdasarkan pendapatan yang mampudiperolehi melalui penanaman nanas integrasi dengankelapa sawit ini, petani atau penanam pokok kelapasawit di tanah gambut tidak perlu lagi risau keranapendapatan mereka boleh ditingkatkan sementara
menunggu pokok kelapa sawit mengeluarkan hasil.
Jika petani melaksanakan amalan agronomi serta
pengurusan tanaman yang baik dan sistematik iaitudari segi penanaman, pembajaan dan penjagaan,
tanaman nanas dari variety Josaphine danMoris ternyata mampu memberi pulangan yang
membanggakan.
JENIS GRED BERAT (KG) HARGA/BIJI (RM)
A+ 1.5 ke atas 1.60 - 1.80
Josaphine A 1.3 - 1.5 1.50
B 1.0 - 1.3 1.00
C 1.0 ke bawah 0.60 D - 0.40
A 1.5 ke atas 0.70 - 0.80
Moris B 1.3 - 1.5 0.45 - 0.50
C 1.3 ke bawah 0.30
Kategori buah nenas dan harga dikira berdasarkan jadual berikut:
-
8/17/2019 Vitato- Varieti Baru Keledek
9/16
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 9
Pada masa kini, walaupun peranan yang dijalankanoleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)secara umumnya lebih menjurus kepada kegiatanekonomi, namun perkhidmatan kepada ahli masih
menjadi objektif utama.
Kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh PPK biasanya
turut melibatkan ahli peladang. Ini dilakukan
bertujuan meningkatkan taraf sosio-ekonomi ahli
selain mempermudah dan membantu dalam urusan
yang ada hubungkait dengan pertanian.
Bagi PPK Kota Marudu, Sabah, keperihatinan
terhadap ahli menjadi agenda utama dalam merangka
aktivitinya. Kesepakatan Pihak Pengurusan PPK
dengan barisan Ahli Jemaah Pengarah membolehkan
setiap aktiviti yang dijalankan menjurus kepada
penglibatan dan membantu ahli. Antara aktiviti
ekonomi yang begitu menonjol dan mendapat
sokongan padu daripada ahli ialah pemasaran
getah.
Pada awalnya aktiviti tersebut dilakukan bertujuanmembantu ahli yang mengusahakan kebun getah
memasarkan hasil mereka. Sebelum ini segala hasil
getah diperolehi dipasarkan kepada beberapa orang
pemborong yang beroperasi di pekan Kota Marudu
dengan harga yang ditentukan oleh mereka.
Memandangkan kesukaran yang dihadapi oleh ahli
dan mengurangkan monopoli harga oleh pemborong
setempat, PPK telah mengambil inisiatif menjalankan
aktiviti pemasaran getah pada tahun 1980an Pusat
pengumpulan dan pemasaran getah tersebut terletak
di Stor Getah PPK Kota Marudu, bagi memudahkan
urusan jualbeli.
Menurut Encik Azlee Shah Abdullah, Pengurus
Besar PPK Kota Marudu, PPK dalam mengendalikan
pemasaran getah ini melaksanakannya melalui
dua cara iaitu pembelian setempat dan pembelian
bergerak. Pembelian setempat mengkehendaki ahli
menghantar sendiri hasil getah keping atau skerap
PPK Kota Marudu Pelopori Pemasaran GetahOleh: Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)
-
8/17/2019 Vitato- Varieti Baru Keledek
10/16
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN10
mereka ke pusat pengumpulan, manakala untuk
pembelian bergerak, pekerja PPK dengan lori khas
akan ke unit-unit ahli yang jauh dari PPK bagi membeli
dan mengangkut getah ke pusat pengumpulan.
Pembelian bergerak ini dilakukan mengikut jadual
yang telah ditetapkan walaupun unit peladang
tersebut jauh dipedalaman. Kemudahan tersebut
ternyata membolehkan ahli memasarkan getah yang
dikumpul dalam jangkamasa tertentu. Selain daripada
itu, pembelian bergerak turut mendapat permintaan
penduduk setempat dan bukan ahli.
Sebelum dihantar ke kilang, getah-getah yang dibeli
oleh PPK dan dibawa ke pusat pengumpulan untukproses penggredan bagi memperolehi harga yang
tinggi dan seimbang. Bagi getah keping yang tidak
bercampur benda asing, kering dengan ketebalan
kurang 2.5 cm digredkan sebagai gred kepingan.
Manakala getah keping yang ketebalannya melebihi
2.5 cm, basah dan kotor digredkan sebagai gred
kentalan.
Seterusnya gred kentalan yang basah dan bercampur
dengan benda asing digredkan sebagai gred
sekerap. Sekerap yang basah, kotor dan bercampurdengan benda asing akan ditolak sedikit beratnya
bagi mengimbangi berat sebenar.
Walaupun pada awalnya aktiviti pembelian getah ini
dilakukan bertujuan membantu ahli memasarkan hasil
mereka tetapi atas desakan dan permintaan ramai,
ianya turut diberi kepada bukan ahli. Perkembangan
tersebut membuatkan pusat pengumpulan getah
PPK sentiasa sibuk menerima urusniaga terutama
pada awal pagi hingga tengahari. Untuk aktivititersebut PPK telah memperolehi lesen Membeli
getah daripada Pejabat Daerah Kota Marudu bagi
urusan pengumpulan dan pemasaran getah.
Pembelian getah daripada ahli dan bukan ahli melalui
pembelian setempat dan bergerak dilakukan secara
tunai. Ia dibuat bagi memudahkan ahli yang tinggal
jauh dipedalaman mendapatkan tunai tanpa pergi ke
pejabat PPK. Penentuan harga pembelian berdasarkan
harga semasa yang dikeluarkan oleh Lembaga Industri
Getah Sabah (LIGS). Kesemua getah yang dibelisetelah digred akan dihantar ke Pusat Pembelian dan
Pemprosesan LIGS menggunakan lori PPK. Manakala
kekerapan penghantaran getah pula bergantung
kepada jumlah belian yang dilakukan.
Daripada kegiatan yang dijalankan ini, PPK berjaya
memasarkan getah sebanyak RM1,965,390.00 pada
tahun 2007 dengan memperolehi pendapatan kasar
sekitar RM131,026.00 disebabkan harga komoditi
tersebut melonjak tinggi kebelakangan ini. Dengan
keuntungan yang diperolehi itu, ahli-ahli juga turutmenikmatinya melalui pemberian dividen tahunan.
PPK akan cuba memperluaskan dan meningkatkan
lagi aktiviti tersebut dengan memberi penerangan
kepada ahli di unit-unit peladang tentang kelebihan
yang mampu diperolehi bersama melalui pembahagian
keuntungan dalam bentuk hadiah atas langganan.
-
8/17/2019 Vitato- Varieti Baru Keledek
11/16
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 11
Perkhidmatan PelangganPertubuhanPeladang
Oleh : Wan Salahuldin Wan Mohd Rashdi(PPK Cameron Highlands)
Pengurusan PP perlu mengambil langkah-langkahproaktif dalam memberi perkhimatan pelangganyang terbaik. Perkhidmatan pelanggan yangmemuaskan hati akan memupuk kepercayaan dankerjasama ahli-ahli peladang. Sistem perkhidmatankaunter, konsep pejabat terbuka, pejabat contoh,kempen meningkatkan produktiviti dan KumpulanMeningkatkan Mutu Kerja(KMK) akan meningkatkan
imej korporat PP.
Etika Sosial merupakan sopan santun di dalamberinteraksi, perilaku, budi bahasa, harga diri,imej sosial, komunikasi berkesan, gerak geri sertakeyakinan diri dan ia perlu diterapkan dalam dirisetiap anggota PP.
Fungsi Keterampilan Etika Sosial
Berfungsi sebagai pemangkin yang amat berkesandalam meningkatkan imej Pertubuhan Peladang,mempereratkan hubungan silatulrahim dan jalinan
rangkaian hubungan ‘networking’
Konsep Amalan Etika Sosial
a. Menghormati dan mengutamakanpelanggan.
b. Gaya dan tingkah laku yang betul. c. Kebijaksanaan budi bicara dan
pekerti yang baik. d. Imej sosial yang baik. e. Keyakinan diri dan keterampilan yang
positif.
Nilai Etika Sosial Negara
a. Prinsip Rukunegara ‘Kesopanan DanKesusilaan’
b. Wawasan 2020 ‘Masyarakat BertataEtika Dan Bermoral’
c. Wawasan 2020 ‘Masyarakat BerhatiDan Berbudaya Penyayang’
d. Pelan Integriti Nasional. e. Kempen Budi Bahasa Dan Nilai-Nilai
Murni f. ‘Budaya Kerja Berkualiti’ g. ‘Kod Etika Kerja’ h. ‘Piaggam Pelanggan’
Ciri-Ciri Minda Kelas Pertama
a. Nilai Budaya Yang Tinggi. b. Integriti Dan Kekuatan Moral. c. Tindakan Bermaruah. d. Penguasaan Dan Nilai Ilmu Yang
Tinggi. e. Sikap Proaktif. f. Berakhlak Luhur. g. Tidak Mementingkan Diri. h. Memberi Sumbangan Bermakna.
Perkhidmatan Pelanggan PP Yang Positif
a. Memberi perkhidmatan kaunter yangbaik dan peka kepada masalah-masalah yang dihadapi pelanggan.
b. Menerima cadangan ke arahmemperbaiki perlaksanaanprkhidmatan pelanggan PP.
c. Langkah pembetulan supaya konsepini difahami dan dihayati secara lebihberkesan.
d. Mewujudkan suasana sosial,psikologi dan organisasi PP yangsihat.
e. Mewujudkan suasana saling percayamempercayai, kerjasama, semangatperundingan dan muafakat dalamorganisasi PP.
-
8/17/2019 Vitato- Varieti Baru Keledek
12/16
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN12
f. Kemahiran perhubungan sosial‘interactive skills’ dalam organisasiPP dipertingkatkan.
g. Memperbaiki kualiti sistempengurusan dan pentadbiranorganisasi PP.
h. Mempercepatkan proses membuatkeputusan dengan memudahkanborang proses dan peringkatkelulusan Mesyuarat JemaahPengarah PP.
i. Mewujudkan sistem maklumatpengkalan data dan fail yangkemaskini.
j. Mengelakkan pertindihan atauketidakjelasan kuasa dan
tanggungjawab anggota PP. k. Penyelarasan yang berkesan anara
agensi-agensi kerajaan danpelaksana dasar.
Perkhidmatan Pelanggan PP Yang Negatif
a. Layanan perkhidmatan kaunter yangtidak mesra.
b. Tidak suka senyum bila bertegursapa atau semasa memberi khidmat.
c. Tidak berterima kasih atau bersyukur
bila mendapat sesuatu yang baik. d. Tidak mementingkan budaya
kebersihan. e. Perhubungan yang tegang dalam
organisasi PP. f. Tekanan kerja dan konflik dalaman
PP. g. Struktur dan iklim organisasi PP yang
tidak sihat.
h. Faktor luaran anggota sepertimasalah peribadi, keluarga dan krisisdalam kehidupan.
Perkhidmatan Pelanggan Pertubuhan Peladang
a. Perkhidmatan Pengurusan DanPembangunan Sumber Manusia
Perkembangan pesat penggunaan dan pemindahanteknologi dalam pembangunan pertanian memerlukanlebih ramai tenaga kerja professional dan mahir. PPperlu mempunyai program pembangunan sumberyang komprehensif bagi menjayakan program danprojek pengeluaran makanan. Dengan meningkatkanpenglibatan PP dalam memberi latihan maka para
peladang akan dapat menimba ilmu pengetahuan,kemahiran dan membuat perubahan yang positifdalam melaksanakan projek-projek pertanian.
b. Perkhidmatan Mekanisasi DanAutomasi Ladang
Selaras dengan usaha meningkatkan pengeluaranhasil pertanian negara, perkhidmatan mekanisasidan automasi ladang amat diperlukan dalam setiapaktiviti pengeluaran, pemperosesan dan pemasaranhasil-hasil pertanian. Para peladang digalakkan
menggunakan jentera ladang secara intensif bagimeningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian,mengurangkan penggunaan tenaga manusia danmeningkatkan daya saing produk pertanian.
c. Perkhidmatan Infrastruktur Ladang
PP dalam menggerak dan memastikan projek yangdiusahakan oleh peladang berjaya mengeluarkan
-
8/17/2019 Vitato- Varieti Baru Keledek
13/16
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 13
hasil yang optimum. PP menyelaras perkhidmataninfrastruktur ladang dengan jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri AsasTani serta swasta. Infrastruktur ladang adalah antarafaktor penting dan penentu kejayaan sesuatu projekyang diusahakan berdaya maju.
d. Perkhidmatan Bekalan Ladang
Aktiviti perkhidmatan bekalan ladang dilaksanakanoleh PP untuk memberi kemudahan kepada peladangdan bukan untuk mengaut keuntungan. Khidmat iniakan dapat memastikan hasil keluaran peladang
terjamin dan memberi pulangan yang maksimum.Perkhidmatan ini akan menggalak dan mendorongpara peladang untuk menceburi bidang pertanianberskala besar dengan menggunakan teknologiterkini.
e. Perkhidmatan Pembiayaan
Pembiayaan penting kerana modal diperlukan untukmenyedia infrastruktur dan modal kerja sesuatuprojek. Tanpa kewangan yang mencukupi, prasaranamenjadi tidak lengkap dan kos operasi projek
tidak dapat ditampung. Peladang digalak untukmendapatkan pembiayaan melalui LPP dan BankPertanian Malaysia bagi memastikan projek berjalanlancar.
f. Pengembangan dan KhidmatNasihat
Perkhidmatan ini amat diperlukan bagi membantupara peladang menjayakan projek-projek pertanian kearah mencapai taraf komersil. Usaha memindahkan
teknologi terkini yang bersesuaian dalam bidangperladangan dan penternakan kepada peladang-peladang perlu dipergiatkan. Setiap anggotaPP hendaklah meningkatkan ilmu pengetahuandan kemahiran supaya dapat memberi khidmatpengembangan dan nasihat yang berkesan
g. Perkhidmatan Teknologi Lepas Tuai
Perkhidmatan ini adalah pengendalian aktiviti lepastuai hasil-hasil keluaran pertanian di peringkat ladangsebelum sampai kepada pengguna, tidak rosak,berkualiti dan mendapat harga yang berpatutan. Aktiviti ini dapat menggalakkan para peladangmenjayakan projek-projek pertanian berskala besardan menggunakan teknologi terkini.
h. Teknologi Memproses Makanan
Perkhidmatan ini akan meningkat nilai kualitiproduk pertanian yang sedia ada melalui khidmatpengurusan, khidmat teknikal dan khidmat kewangan.Memberi nilai tambah kepada hasil pertanian yangdikeluarkan. Membangunkan produk baru melaluikepelbagaian produk makanan, mempromosi hasilproduk, pemindahan teknologi kepada peladang danmenghasilkan produk sampingan daripada sisa-sisapemprosesan.
i. Perkhidmatan Pemasaran
Untuk mencapai matlamat program pemasaran
ini, infrastruktur dan kemudahan pemasaran PPakan dipertingkatkan. PP menyediakan saluranpemasaran yang berkesan bagi mengelakkan hasil-hasil pertanian mengalami kerosakan. Mengaturpeladang mengusahakan bidang pertanian mengikut jadual yang bersesuaian dengan kehendak pasaran.Menguruskan kontrak pemasaran dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta.
j. Perkhidmatan Pusat SumberSibertani
Pusat pengumpulan maklumat yang boleh digunakan
oleh pelbagai lapisan masyarakat untuk mendapatkanmaklumat berterusan secara maya atau fizikal. Untukmenghebah dasar kerajaan dan membantu institusipeladang sebagai institusi sosio ekonomi desa yangkaya dengan informasi dan melahirkan peladangkomersil yang celik dengan teknologi maklumat kearah tranformasi pertanian.
-
8/17/2019 Vitato- Varieti Baru Keledek
14/16
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN14
Pembajaan tanaman merupakan amalan yangperlu dilakukan dalam usaha meningkatkanpengeluaran hasil di samping pergantungan baja
secara semulajadi dari tanah.
Membaja bukan sekadar menabur disekeliling pokoktanaman sahaja tanpa mengikut teknik-teknik yang
betul tetapi keadaan pokok tanaman dan sukatan
keperluan pokok mesti difahami bagi mengelakkan
pembaziran kos dan masa. Pembaziran berlaku
disebabkan kurang kefahaman terhadap teknik-
teknik pembajaan yang betul kerana kemungkinan
baja yang ditabur akan terlupus keudara atau terhakis
dibawa air hujan.
Teknik pembajaan yang tidak betul akanmengakibatkan baja tidak dapat diserap oleh pokok
secara maksimum mungkin disebabkan akar pokok
jauh dari taburan baja. Taburan baja yang belebihan
daripada keperluan pokok juga menyebabkan
pembaziran kerana lebihan baja hanya akan terlupus
keudara atau terhakis oleh air hujan.
Terdapat teknik-teknik pembajaan yang didapati
berkesan untuk tumbesaran pokok dan mudah
dipraktikkan oleh pengusaha projek pertanian.Teknik-teknik yang dinyatakan ini amat bersesuaian
dipraktikkan kepada pokok tanaman yang lebih kepada
sifat tanaman kekal seperti tanaman buah-buahan. Di
bawah ini ditunjukkan teknik-teknik pembajaan yang
betul sebagai penduan kepada petani-petani dalam
mengusahakan projek pertanian.
Lurah Keliling
Berpandukan kepada teknik ini, lurah perlu digali
sedalam 10 -15 sm dengan lebar 20 sm di sekeliling
pokok pada jarak hujung dahan pokok tanaman. Baja
dimasukkan ke dalam lurah yang digali mengikut
Teknik Pembajaan TanamanOleh: Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)
-
8/17/2019 Vitato- Varieti Baru Keledek
15/16
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 15
kadar yang disyorkan bergantung kepada umur
pokok dan ditimbus supaya tidak dapat dibawa olehair hujan. Baja akan dapat diserap oleh akar-akar
pokok yang aktif pada jarak tersebut.
Lurah Jejari
Teknik pembajaan lurah jejari boleh diamalkan pada
pokok-pokok tanaman yang sensitif seperti pokok
durian. Cara ini tidak merosakkan akar-akar yang
aktif dan jika berlaku kerosakkan pun hanya ditahap
paling minimum tanpa menjejaskan tumbesaran
pokok. Teknik pembajaan lurah jejari dilakukan
dengan mengali lurah sedalam 10 – 15 sm dengan
lebar 20 sm memanjang dari pangkal pokok hingga
ke hujung kanopi pokok.
Pembajaan menggunakan teknik lurah keliling.
Pembajaan menggunakan teknik lurah jejari.
Terdapat teknik-teknikpembajaan yang didapati
berkesan untuk tumbesaranpokok dan mudah
dipraktikkan oleh pengusahaprojek pertanian.
Lurah yang digali ini jika dilihat daripada atas akan
kelihatan seperti huruf “ t “. Jumlah lurah yang digali
bergantung kepada saiz kanopi pokok iaitu antara 4
– 6 lurah. Baja dimasukkan dalam lurah tersebut dan
ditimbus bagi mengelakkan hakisan oleh air hujan.
-
8/17/2019 Vitato- Varieti Baru Keledek
16/16
Penaung Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad
Penasihat
Haji Arpan Shah bin SatuHajah Mariam Mas bte Yaacob
Ketua Pengarang
Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail
Penyunting Azizan bin Othman
Rohman bin Jasmani
Edisi Internet
Haninah bte Abd. Rahman
Diterbitkan Oleh:
Lembaga Pertubuhan Peladang,Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,
50990 Kuala Lumpur.
Berita Transformasi Elektronik
boleh dilayari di
http://www.lpp.gov.my
Grafik/Illustrator Rohman bin JasmaniKamaruzzan bin Hanif
16
Poket atau Saku
Teknik ini berbeza sedikit dengan cara lurah kelilingkerana lubang yang digali kelihatan putus-putus.
Lubang dibuat di sekeliling pokok mengikut garisan
kanopi sama seperti lurah keliling. Kedalaman lubang
antara 10 – 15 sm dengan lebar 20 sm dan panjang
20 – 30 sm.
Jumlah lubang pula bergantung kepada saiz pokok,
semakin besar pokok lubang yang diperlukan semakin
banyak untuk diselaraskan dengan kuantiti baja. Baja
dimasukkan ke dalam lubang dan ditimbus semula
juga bagi mengelakkan hakisan oleh air hujan.
Kesimpulan
Teknik-teknik pembajaan yang tersebut di atasmerupakan amalan yang digunapakai olehkebanyakan petani. Pembajaan jika dilakukanmengikut teknik-teknik yang betul akandapat menggalakkan tumbesaran pokok danpengeluaran hasil yang tinggi kerana baja yangditabur dapat diserap sepenuhnya oleh pokok
selain menjimatkan kos serta mengelakkanpembaziran.