utpsz 19:16 (pind.1/97) universiti teknologi malaysia ... filedata-data diperolehi dengan...
TRANSCRIPT
1
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: AMALAN KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN
AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya SITI FATIMAH BINTI ABD RAZAK
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: Nama Penyelia :
No.4, Jalan Nangka 4, Dr. Yusof Bin Boon
Taman Sri Desa,
28050 Kuala Krau,
Temerloh,
Pahang Darul Makmur.
Tarikh: 22 April 2010 Tarikh: 22 April 2010
2
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis
ini adalah memadai dari segi skop dan kuiti untuk tujuan penganugerahan ;
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) .”
AMALAN KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS DALAM KALANGAN
PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
SITI FATIMAH BINTI ABD RAZAK
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang taip satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ...................................................................
Nama penulis : SITI FATIMAH BINTI ABD RAZAK
Tarikh : .........22 APRIL 2010................................
iii
DEDIKASI
AYAHANDA DAN BONDA
( Encik Abd Razak &Norlehah)
Terima kasih di atas segala dorongan, nasihat dan doa-doa kalian
yang sentiasa mengiringi diri ini.
KAKANDA DAN DINDA
(Siti Aishah,Zulkifli, Siti Fadzillah, Mohd.Hakimin,Siti Sarah)
Terima kasih di atas segala bantuan yang diberikan,
nasihat dan tunjuk ajar darimu.
TEMAN –TEMAN BAIK
Terima kasih di atas segala kerjasama dan pertolongan dan dorongan
yang sentiasa kalian berikan ketika melakukan tesis dan juga
sepanjang menjalani kehidupan di UTM.
Buat rakan-rakan,
Moga ukhwah yang terjalin di sini kekal abadi.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah SWT yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya siapkan
projek sarjana ini.
Sekalung penghargaan kepada penyelia, Dr. Yusof Bin Boon yang banyak
membantu, membimbing, memberi tunjuk ajar, panduan dan nasihat tanpa kenal erti
jemu. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik yang dicurahkan
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pelajar-pelajar tahun akhir
Fakulti Pendidikan yang terlibat dalam kajian ini kerana sudi memberikan kerjasama.
Seterusnya, ribuan terima kasih saya ucapkan buat rakan-rakan seperjuangan
yang tersayang kerana sudi memberikan tunjuk ajar dan berkongsi ilmu.
Akhir sekali, penghargaan buat semua yang terlibat secara langsung atau
tidak dalam menyiapkan projek sarjana muda ini. Wassalam
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan keselamatan di dalam makmal sains
dalam kalangan 55 orang guru pelatih sains tahun empat yang terdiri daripada kursus 4
SPF, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik), 4 SPC, Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Kimia) dan 4 SPN, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Terdapat dua aspek yang dikaji dalam
kajian ini iaitu aspek pengetahuan dan amalan keselamatan di dalam makmal sains.
Data-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30
item untuk memperolehi data. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 11.5 (SPSS
V11.5). Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data. Keputusan yang
diperoleh diringkaskan dalam bentuk jadual peratusan dan kekerapan. Dapatan kajian
menunjukkan amalan responden terhadap keselamatan di dalam makmal sains pada
tahap tinggi dengan nilai min 4.47. Beberapa cadangan diberi untuk meningkatkan
mutu keselamatan di kalangan pelajar semasa melakukan kerja-kerja amali di masa akan
datang.
vi
ABSTRACT
The aim of this study was to identify the practice safety in science lab among 55
practical science teachers in fourth year of programs 4SPF, Bachelor Science and
Education (physic) and 4 SPC, Bachelor Science and Education (Chemistry) and 4
SPN, Bachelor Science and Education (Science) in faculty of education, Universiti
Teknologi Malaysia. Two aspects investiged were knowlege and the safety practice
in science lab. A set of questionnaire consisting of 30 items on understanding and
practice safety was used to collect data. The data were analyzed by using Statistical
Package for Social Science Version 11.5 (SPSS V11.5) software. Descriptive
analysis was used to analyze the data. The results were represented by percentages
and frequency table. The finding showed that the respondents‟ practice safety in
science lab for this topic was at the good level with the value of mean is 4.47. Some
recommendations are given to upgrade the standard of practice on safety in science
lab among students in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENGENALAN 1
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar belakang masalah 5
1.2 Pernyataan masalah 8
1.3 Objektif kajian 9
1.4 Persoalan kajian 10
1.5 kepentingan kajian 10
1.6 Skop dan batasan kajian 11
1.7 Definisi istilah 11
1.7.1 Pengetahuan 11
1.7.2 Pelajar 12
1.7.3 Keselamatan 12
1.7.4 Tahap 12
1.7.5 Amalan keselamatan 13
1.7.6 Makmal sains 13
viii
1.7.7 Peraturan makmal 13
1.8 Penutup 13
2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan 15
2.1 Keselamatan makmal 17
2.1.1 Arahan kesalamatan makmal, bengkel,,
padang, stor sukan dan gelanggang 19
2.2 Panduan peraturan makmal 19
2.3 Amalan keselamatan makmal 22
2.4 Kajian lepas 24
2.5 Penutup 27
3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 28
3.1 Reka bentuk kajian 28
3.2 Populasi kajian 29
3.3 Sampel kajian 30
3.4 Kajian rintis 30
3.5 Instrumen kajian 31
3.6 Prosedur kajian 32
3.7 Analisis data 32
3.8 Penutup 33
4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL
4.0 Pengenalan 35
4.1 Bahagian A : Latar belakang responden 36
4.1.1 Taburan responden mengikut jantina 36
ix
4.1.2 Taburan responden mengikut kursus 36
4.2 Bahagian B : Amalan keselamatan di
dalam makmal sains 37
4.2.1 Tahap pengetahuan terhadap amalan
keselamatan di dalam makmal sains 37
4.2.2 Tahap amalan keselamatan di dalam
makmal sains dalam kalangan pelajar 39
4.2.3 Aspek-aspek dikaji 42
4.3 Ujian-t bagi aspek pengetahuan terhadap
amalan keselamatan di dalam makmal sains
mengikut jantina 42
4.4 Ujian-t bagi aspek amalan keselamatan di dalam
makmal sains mengikut jantina 43
4.5 Ujian Anova bagi aspek pengetahuan terhadap
amalan keselamatan di dalam makmal sains
mengikut kursus 44
4.6 Ujian Anova bagi aspek amalan keselamatan
di dalam makmal sains mengikut kursus 45
4.7 Penutup 46
5 RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan 47
5.1 Demografi kajian 47
5.2 Rumusan 48
5.3 Perbincangan 48
5.3.1 Tahap pengetahuan pelajar terhadap.
amalan keselamatan di dalam makmal
sains 48
5.3.2 Tahap amalan keselamatan di dalam makmal
sains dalam kalangan pelajar 49
5.3.3 Perbezaan tahap pengetahuan pelajar
terhadap amalan keselamatan
x
di dalam makmal sains mengikut jantina 50
5.3.4 Perbezaan tahap amalan keselamatan di dalam
makmal sains dalam kalangan pelajar mengikut
jantina 51
5.3.5 Perbezaan tahap pengetahuan pelajar terhadap
amalan keselamatan di dalam makmal sains
mengikut kursus 52
5.3.6 Perbezaan tahap amalan keselamatan di dalam
makmal sains dalam kalangan pelajar mengikut
kursus 53
5.4 Cadangan 54
5.4.1 Cadangan kajian 54
5.4.2 Cadangan kepada kajian lanjutan 55
5.5 Penutup 56
BIBLIOGRAFI 57
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan populasi pelajar tahun akhir ijazah
sarjana muda sains serta pendidikan (fizik,
kimia, dan sains), Fakulti Pendidikan 29
3.2 Taburan item soal selidik, mengikut aspek
kajian 31
3.3 Pengelasan skor min dan status 33
4.1 Taburan responden mengikut jantina 36
4.2 Taburan responden mengikut kursus 37
4.3 Taburan responden mengikut pengetahuan terhadap
amalan keselamatan di dalam makmal sains 38
4.4 Taburan responden mengikut amalan keselamatan
di dalam makmal sains 41
4.5 Taburan min dan sisihan piawai bagi dua aspek
yang dikaji 42
4.6 Ujian-t bagi aspek pengetahuan pelajar terhadap
amalan keselamatan di dalam makmal sains
mengikut jantina 43
4.7 Ujian-t bagi amalan keselamatan di dalam makmal
sains mengikut jantina 44
4.8 Ujian Anova bagi aspek pengetahuan pelajar terhadap
amalan keselamatan di dalam makmal sains
mengikut kursus 45
4.9 Ujian Anova bagi amalan keselamatan di dalam
makmal sains mengikut kursus 45
xii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN MAKNA
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
PEKA - Pentafsiran Kerja Amali
SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
& - Dan
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik Bahagian A 61
dan Bahagian B
B Reliability Analysis-Scale (Alpha) 67
C Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 68
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Sains dan teknologi adalah merupakan satu elemen penting sebagai asas pembangunan
dalam sesebuah negara di dunia. Tanpa asas ini, sesebuah negara itu tidak dapat
mencapai banyak kemajuan. Penyelidikan dan pembangunan sesuatu produk itu
bermula dari sebuah makmal sains. Di Malaysia, wujudnya makmal-makmal sains di
semua sekolah menengah dan bilik sains di sekolah rendah milik Kementerian Pelajaran
Malaysia serta makmal sains di institusi pelajaran swasta dapat memberikan asas
penyelidikan dan pembangunan lebih awal khususnya kepada pelajar. Semua proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains harus dilakukan di persekitaran bilik
makmal sains bagi memastikan pelajar beroleh kemahiran saintifik dengan lebih
optimum. Aktiviti amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan wadah
utama bagi membolehkan pelajar menguasai kemahiran. Bagi memastikan penggunaan
makmal sains yang berkesan, sistem pengurusan dan pentadbiran makmal sains yang
lebih cekap diwujudkan. Jawatan-jawatan pentadbiran dan pengurusan seperti Ketua
Bidang Sains, Ketua Panitia Mata Pelajaran serta kakitangan sokongan seperti Pembantu
Makmal dan Pembantu Am Pejabat telah diwujudkan. Dengan adanya organisasi ini,
sistem pengurusan makmal akan lebih cekap dan penggunaan yang optimum serta
berkesan dapat direalisasikan.
2
Pendidikan sains bertujuan untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,
berkemahiran serta memenuhi ciri-ciri insan kamil terhadap alam sekelilingnya. Sains
merupakan satu bidang keilmuan dan juga satu kaedah inkuiri dan penyelesaian
masalah. Kurikulum yang digubal adalah untuk memastikan pembangunan serta bidang
keilmuan ini dapat digarap serta dicernakan sebaik mungkin oleh generasi akan datang
amnya.
Kepentingan Pendidikan Sains dalam meningkatkan perkembangan
sosioekonomi dan taraf hidup masyarakat di negara ini telah tercatat dalam Penyata
Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi 1966 (para 100):
Pentingnya ilmu sains dan teknologi dalam memajukan kedua-dua
sumber (tenaga manusia dan alam) ini tidak boleh diperingankan. Satu
asas yang kukuh dalam mata pelajaran Sains dengan kadar tenaga
manusia secukupnya membuat pengkhususan dalam berbagai-bagai
lapangan sains adalah penting bukan sahaja untuk penyelidikan tetapi
juga untuk pembangunan.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan Sains Di Malaysia
memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan
individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai
ilmu sains dan keterampilan teknologi. Sains adalah satu bidang yang merangkumi
pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini
amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu
pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid
memahami alam sekeliling mereka. Ilmu pengetahuan sains ini menjadi lebih bermakna
kepada murid apabila mereka dibimbing untuk menghubungkaitkan fakta dengan
konsep, membuat pengitlakan, mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia
ada serta mengaplikasikan ilmu ini dalam kehidupan harian.
3
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dilaksanakan dalam
sistem pendidikan sekarang telah bermula sejak tahun 1989 bagi pelajar tingkatan 1
dalam mata pelajaran sains. Ini adalah hasil kesinambungan daripada Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan sejak 1982 di 103 buah
sekolah dan keseluruhannya pada tahun 1983. KBSR dan KBSM seharusnya dapat
melahirkan pelajar yang menyeluruh dan cemerlang seperti yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diikuti
selama ini harus dapat menjana pemikiran pelajar ke arah minda yang kreatif, inovatif
dan produktif. Aktiviti yang dijalankan sama ada di bilik darjah, di makmal atau luar
bilik darjah seharusnya dapat memupuk kemahiran-kemahiran berkenaan.
Malaysia mempunyai wawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun
2020 dalam usaha mencapai hasrat ini Malaysia memerlukan ramai tenaga manusia yang
mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi. Untuk memenuhi keperluan
tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan nisbah 60:40 iaitu 60
peratus pelajar dalam bidang Sains dan Teknikal dan 40 peratus pelajar dalam bidang
Sastera. Kedudukan nisbah ini pada tahun 2000 menunjukkan pencapaian dasar ini
masih jauh daripada sasarannya. Cuma 27.7 peratus sahaja pelajar berada dalam jurusan
sains dan teknikal sementara selebihnya adalah dalam jurusan Sastera. Dasar
membenarkan pilihan jurusan oleh pelajar merupakan salah satu faktor yang
menyumbang kepada keadaan ini. Dari segi pemilihan jurusan teknik dan vokasional,
trend menunjukkan peratusan pelajar yang memilih jurusan tersebut telah meningkat
dari 5.12 peratus pada tahun 1980 kepada 16.1 peratus pada tahun 2000. Pencapaian ini
sebenarnya masih jauh daripada sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mencapai 60 peratus pelajar dalam jurusan sains (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2001).
Perubahan dalam era pendidikan kini telah mewujudkan keperluan untuk
mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang dapat mempertingkatkan
kesedaran terhadap keselamatan murid dan warga sekolah. Bagi merealisasikan suasana
yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
4
telah menerbitkan modul dan manual konsep „Sekolah Selamat‟ pada tahun 2002
sebagai panduan pelaksanaan pengurusan menjadikan sekolah selamat. Berdasarkan
panduan ini, semua pihak telah disedarkan tentang peranan masing-masing dalam
menentukan aspek keselamatan.
Dalam melahirkan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan, banyak wang dibelanjakan untuk meningkatkan prasarana
dan kemudahan sokongan serta pembangunan kurikulum. Sejajar dengan hasrat
kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam pendidikan,
maka perlaksanaan amalan keselamatan perlulah juga dititikberatkan dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Pada akhir abad 18, perkembangan makmal sekolah bermula di Eropah apabila
idea terawal mengenai ekperiman dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan
makmal sekolah yang lebih teratur dan lengkap seterusnya bermula pada tahun 1896 di
University of Chicago, Amerika Syarikat, atas daya usaha John Dewey pada yang
ketika itu Ketua Jabatan Falsafah, Psikologi dan Pedagogi di universiti tersebut. Sekolah
tersebut dipanggil Sekolah Dewey iaitu sebuah Sekolah Model yang bertujuan
mewujudkan satu senario yang lengkap dan sempurna bagi tujuan-tujuan seperti
memaparkan, menguji, menentukan serta mengkritik kenyataan yang teoritikal dan juga
prinsip-prinsipnya dan untuk menambah jurnlah fakta dan prinsip-prinsip seperti yang
telah di dalam kurikulum sekolah (DePencier, 1997; Van Til, 1999).
Panduan keselamatan bukan hanya untuk dibaca tetapi haruslah diamalkan bukan
hanya ketika tertentu sahaja. Keselamatan perlu diberi perhatian serius pada setiap masa
dan ketika walau di mana juga kita berada. Keselamatan boleh dianggap sebagai satu
kebiasaan atau satu bentuk sikap. Kebiasaan seseorang itu tidak lahir bersama, ketika ia
lahir ke dunia. Kebiasaan akan sebati bersama jika kita melakukan atau mengamalkan
sesuatu itu berulangkali. Keselamatan adalah perkara yang penting yang perlu dipatuhi
oleh semua pihak, (Abd Rahman, 1993). Keselamatan juga sama pentingnya dengan
5
kesihatan. Kita menjaga kesihatan kerana kita ingin mengelakkan daripada penyakit,
begitulah halnya dengan keselamatan.
Keselamatan di makmal adalah merangkumi semua aspek yang mempunyai
hubungkait dengan kesihatan fizikal, mental, persekitaran, harta benda serta tempat
bekerja yang bebas dari bahaya. Kemalangan yang berlaku di makmal boleh
menyebabkan kecederaan terutamanya pada anggota badan yang terdedah kepada
bahaya seperti tangan dan mata. Kecederaan akan menjadi lebih parah sekiranya
mangsa tidak memakai alat pelindung keselamatan.
Satu buku panduan pengurusan dan peraturan makmal sekolah telah dikeluarkan
oleh kementrian pendidikan Malaysia pada tahun 1977 untuk membantu pihak pentadbir
dan guru mata pelajaran sains bagi memastikan bahawa pelajar di bawah jagaannya
dapat mengikuti proses pembelajaran di makmal dalam keadaan yang selamat buku ini
amat berguna kepada pelajar kerana segala panduan dan keselamatan makmal
terkandung di dalamnya.
Oleh itu, amalan dan kesedaran terhadap keselamatan makmal mesti dipupuk
dalam semua pengguna makmal. Keselamatan di dalam makmal hanya dapat di jamin
jika setiap kumpulan yang terlibat dalam pengurusan dan penggunaan makmal sedar dan
melaksaankan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Dengan itu, setiap pengguna
makmal perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang kepentingan keselamatan
dan mengamalkan budaya kerja yang teratur, berdisplin dan selamat. Kerjasama yang
erat antara satu sama lain perlu wujud bagi menjamin keselamatan diri, orang lain dan
juga harta benda di dalam makmal.
6
1.1 Latar Belakang Masalah
Dalam KBSM, mata pelajaran berasaskan sains wajib diambil oleh semua pelajar sama
ada pelajar aliran sains ataupun pelajar bukan aliran sains. Pelajar-pelajar ini banyak
terlbat dalam penggunaan makmal apabila menjalankan amali dan teori sains. Ini kerana
hampir 4 per 5 daripada proses pengajaran dan pembelajaran sains dilakukan di dalam
makmal sains. Ini bermaksud pelajar-pelajar dan guru juga akan terdedah secara
langsung kepada risiko-risiko kemalangan semasa mereka berada dalam makmal sains
sekolah. Risiko-risiko kemalangan semasa mereka berada dalam makmal sains sekolah
seperti ketika menggunakan bahan beracun, bahan mudah terbakar, bahan kimia
terhakis, pengendalian radas dan peralatan kaca dan sebagainnya. Kemalangan seperti
mencampur aduk bahan kimia sesuka hati, mengubah kaedah eksperimen, cara
menggunakan bahan atau radas yang tidak betul dan lain-lain.akan berlaku ke atas
pelajar dan guru itu sendiri jika tidak mengambil berat atau tidak mengamalkan
keselamatan dalam makmal. Oleh itu, keselamatan dalam makmal perlu dipandang
serious oleh pihak sekolah dan juga para pelajar.
Antara kemalangan yang mungkin berlaku di dalam makmal sains adalah
kebakaran, letupan, kejutan elektrik dan kebocoran gas. Terdapat satu kes yang berlaku
di makmal sains Sekolah Menengah Gunung Rapat, Ipoh (Utusan Malaysia, 2004), yang
mengakibatkan 19 orang pelajar tercedera akibat paip gas makmal sains di sekolah
meletup. Dua daripadanya terpaksa dirujuk kepada pakar mata Hospital Ipoh kerana
dipercayai terkena serpihan daripada letupan tersebut manakala yang lain mengalami
pedih mata dan hidung. Mereka juga mengalami gatal tekak di samping terkejut dengan
kejadian itu. Peristiwa itu berlaku ketika 44 orang pelajar tingkatan satu sedang
menjalankan uji kaji menggunakan penunu Bunsen di makmal sains. Menurut
pengesahan pihak bamba, kejadian tersebut berlaku disebabkan paip gas makmal
tersebut telah bocor akibat dimakan usia.
7
Kemalangan yang berlaku mungkin disebabkan oleh kesilapan kecil, kecuaian
sikap pelajar-pelajar semasa di dalam makmal, kekurangan kelengkapan seperti
kandungan peti pertolongan cemas dan penyelanggaran makmal. Misalnya, kes yang
telah berlaku di makmal sains di Sekolah Tinggi Kem Nasional Lapu-lapu, Apas (Cebu
Online, 2008) yang menyaksikan seorang pelajar yang berusia 15 tahun tercedera akibat
luka terbakar ketika menjalani eksperimen pada 17 September 2008 lepas. Mangsa
menyatakan bahawa punca perebakan api bermula setelah salah seorang rakan
sekelasnya menuangkan alkohol ke dalam bara api ketika merela sedang membuat
eksperimen bahan api. Kejadian ini menyebabkan kulitnya menjadi biru dan rambutnya
terbakar.
Peraturan dan langkah-langkah keselamatan harus sentiasa diingatkan dari
semasa ke semasa agar sentiasa dipatuhi. Selain itu, pelajar juga harus tahu serba sedikit
tentang pertolongan cemas dan sentiasa diingatkan jangan sesekali berada cemas dan
panik apabila berlaku kemalangan. Dengan ini pelajar dapat mengelakkan diri daripada
mengalami kemalangan serta mampu mengendalikan pertolongan cemas jika
berlakunnya kecil seperti kecederaan terkena kaca.
Dalam melakukan kerja-kerja amali di makmal, setiap guru akan menekankan
aspek keselamatan di dalam makmal sebelum, semasa, dan selepas ekperimen.
Kebiasaannya, sebelum kerja amali dijalankan, tenaga pengajar akan memberikan
penerangan terhadap amalan keselamatan kerja amali dan langkah-langkah kerja.
Pelajar akan diingatkan dari masa ke semasa supaya mereka dapat membentuk budaya
kerja yang selamat untuk diri sendiri dan orang lain. Menjadi tanggungjawab guru-guru
untuk menerapkan dan melaksanakan menerapkan amalan dan peraturan keselamatan
kepada mereka sebagai pendedahan awal menjamin keselamatan pelajar- pelajar.
Menjadi masalah seandainya guru-guru sendiri tidak mengamalkan keselamatan
makmal.
Hal ini akan menjadi bertambah buruk apabila guru-guru sains tidak
mengamalkan langkah-langkah keselamatan makmal yang mesti diterapkan setiap kali
8
masuk ke dalam makmal dan menjalankan amali. Tambahan pula, tahap pengetahuan
guru-guru sains mahupun guru pelatih sains adalah tidak begitu memuaskan.
Kebanyakan guru tidak mengambil tahu isu semasa yang berlaku akibat kecuaian guru
terhadap keselamatan makmal. Perkara paling penting adalah guru hendaklah juga
memastikan keselamatan individu lain sebaik diri mereka sendiri. Isu keselamatan yang
dipandang ringan oleh bakal guru ini amat membimbangkan kerana ia akan memberikan
kesan buruk yang melibatkan nyawa terancam kepada para pelajar, diri sendiri apabila
sesuatu kemalangan dalam makmal berlaku.
Secara lazimnya terdapat peraturan-peraturan keselamatan makmal di sekolah di
letakkan di setiap makmal ditetapi bagi pelajar yang kurang pengalaman, adakah mereka
akan sentiasa amalkan dan patuhinya sepanjang masa. Dengan itu langkah-langkah
yang sewajarnya perlulah diambil untuk memelihara dan menjaga keselamatan pelajar
yang terbabit.
Pengetahuan tentang amalan keselamatan makmal adalah penting bagi
mengelakkan diri daripada berlaku kemalangan. Guru yang mengajar aliran sains yang
yang lemah dalam pengetahuan ini akan menyebabkan banyak masalah berlaku.
Sebelum suatu eksperimen dijalankan dalam sesi pengajaran, guru tersebut perlu
memastikan diri mereka lengkap dengan pengetahuan dan mengetahui cara mengatasi
sesuatu masalah dan kemalangan yang berlaku di dalam makmal. Maka, segala masalah
dapat dielakkan berlaku di dalam makmal sains dapat dielakkan sekiranya pengetahuan
peraturan–peraturan dan amalan keselamatan makmal, dikuasai sepenuhnya, guru-guru
dan para pelajar dapat menghindarkan diri dan individu lain daripada mengalami
kemalangan serta tahu mengatasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya
berlaku kecemasan.
Satu kemalangan telah berlaku di dalam makmal kimia di mana seorang pelajar
telah tercedera ketika memanaskan kelalang kon. Kejadian ini berlaku ketika mangsa
9
sedang mengacau larutan trimetilsilietuna yang dimasukan di dalam kelalang kon. Ini
mengakibatkan kelalang kon tersebut pecah akibat terlalu panas.
Kajian dibuat terhadap guru-guru pelatih dalam melaksanakan amalan
keselamatan makmal di sekolah.juga untuk mengetahui kesediaan guru pelatih apabila
keluar mengajar di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan apabila tamat belajar di
universiti nanti. Melentur buluh biar dari rebungnya, melihat dari kepentingan inilah
pengamalan keselamatan makmal perlu ditekankan dalam kalangan guru pelatih supaya
budaya baik ini di bawa semasa mengajar kelak agar kemalangan dapat dielakkan.
1.2 Penyataan Masalah
Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) merupakan instrumen pentaksiran berasaskan sekolah
yang menggunakan pendekatan rujukan kriteria yang menjuruskan kepada penjaminan
kualiti. Ia digunakan dalam menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang
berguna untuk membuat pertimbangan berhubung dengan produk sesuatu proses
pendidikan. Sistem penaksiran ini dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kerangka yang ditetapkan dan
dimoderatkan. Pelaksanaan di peringkat sekolah bermaksud sistem ini dirancang,
ditadbir, diskor, dirumus dan dilapor di peringkat sekolah menggunakan panduan PEKA
yang diselaraskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sistem ini telah dilaksanakan
mulai tahun 1999 bagi pelajar tingkatan empat dan tahun berikutnya bagi pelajar
tingkatan lima.
Aktiviti amali amat penting dalam pembelajaran sains kerana ia dapat
membentuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Fokus kajian ini adalah
mengenai aspek kefahaman amalan keselamatan makmal. dikalangan pelajar tahun akhir
Falkulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini juga mengenal pasti
10
sejauh manakah aspek keselamatan yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas amali
di jalankan.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan mematuhi tahap pengetahuan pelajar tahun akhir Fakulti
Pendidikan UTM tentang amalan keselamatan makmal sains dari segi:
i. Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap amalan keselamatan di dalam
makmal sains.
ii. Mengenal pasti tahap amalan keselamatan di dalam makmal sains dalam kalangan
pelajar.
iii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap pengetahuan pelajar terhadap
amalan keselamatan di dalam makmal sains mengikut jantina.
iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap amalan keselamatan di dalam
makmal sains dalam kalangan pelajar mengikut jantina.
v. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap pengetahuan pelajar terhadap
amalan keselamatan di dalam makmal sains mengikut kursus.
vi. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap amalan keselamatan di dalam
makmal sains dalam kalangan pelajar mengikut kursus.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah berdasarkan objektif kajian yang hendak dicapai:
i. Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap amalan keselamatan di dalam makmal
sains?
11
ii. Apakah tahap amalan keselamatan di dalam makmal sains dalam kalangan pelajar?
iii. Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan pelajar terhadap amalan keselamatan
di dalam makmal sains mengikut jantina?
iv. Adakah terdapat perbezaan tahap amalan keselamatan di dalam makmal sains dalam
kalangan pelajar mengikut jantina?
v. Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan pelajar terhadap amalan keselamatan
di dalam makmal sains mengikut kursus?
vi. Adakah terdapat perbezaan tahap amalan keselamatan di dalam makmal sains dalam
kalangan pelajar mengikut kursus?