ustrian enciptaan

8
PERINDUSTRIAN DAN PENCIPTAAN TAHAP 3 Meneroka Membongkar Menaakul orbit buku Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my

Upload: truongmien

Post on 14-Jan-2017

224 views

Category:

Documents

2 download

TRANSCRIPT

Perindustrian dan Penciptaan daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda. Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang – sains sosial, sains, dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topik-topiknya yang dipilih dengan teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara kritis dalam kalangan pembaca muda.

Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi.

Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa.

Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.

Perindustriandan Penciptaan

PE

RIN

DU

ST

RIA

N D

AN

PE

NC

IPT

AA

N

TAHAP3

Meneroka • Membongkar• MenaakulMenarik • Mengasyikkan • Mendidik

Perindustrian dan Penciptaan

orbit buku

Untuk maklumat lanjut, layari DiscoveryEducation.com Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Zaman penciptaan .................................6

Sebelum 1700-an ...................................8

Enjin stim ..............................................10

Lampu elektrik .....................................12

Mesin jahit ............................................14

Penuai...................................................16

Kalkulator .............................................18

Telegraf ................................................20

Telefon ..................................................22

Pempasteuran ......................................24

Enjin pembakaran ................................26

Kamera gerak .......................................28

Glosari ..................................................30

Indeks ...................................................32

Kandungan

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

6 P E R I N D U S T R I A N D A N P E N C I P T A A N

Zaman penciptaanTahun 1800-an merupakan tempoh kemunculan beberapa tokoh yang mencetuskan

idea yang mengubah kehidupan manusia. Pada permulaan abad itu tidak ada lampu elektrik, kereta api, kereta, dan cara untuk berkomunikasi jarak jauh tanpa perutusan

dengan tangan. Pada akhir tahun 1800-an, penemuan sains telah dapat mengubati penyakit, lampu elektrik menerangi rumah dan jalan raya, orang berjalan jauh dengan menaiki kereta api, kereta mula menggantikan kuda, dan orang menggunakan telefon untuk menghantar pesanan.

1800 Alessandro Volta, ahli fizik dari Itali, merupakan pelopor dalam kajian tentang elektrik. Pada tahun 1800, beliau menciptakan cerucuk voltan yang dapat menyimpan elektrik. Alat ini ialah bateri yang pertama.

1814 Jurutera Inggeris, George Stephenson, membina lokomotifnya yang pertama pada tahun 1814 untuk mengangkut batu arang dari lombong. Beliau membina landasan kereta api. Dengan anaknya Robert, beliau membina kereta api stim yang berkuasa dan efisien.

1837Samuel Morse, pelukis Amerika, tidak pernah disangka menjadi pereka. Kerana terdengar suatu perbualan, tercetus ideanya tentang potensi kiriman pesanan dengan elektromagnet. Hasilnya, terciptalah telegraf. Pesanan pertamanya, “Apakah yang telah ditentukan oleh Tuhan”.

1829 William Burt, pereka dan ahli politik dari Amerika mencipta mesin yang mempunyai abjad pada kerangka yang berputar. Beliau menamakan rekaannya sebagai mesin tipografi. Usaha ini membawa kepada penciptaan mesin taip.

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

P E R I N D U S T R I A N D A N P E N C I P T A A N18

KalkulatorKomputer dianggap sebagai penciptaan abad kedua

puluh, tetapi idea untuk mencipta mesin yang dapat memproses kiraan yang rumit telah

dilakukan jauh lebih awal. Pada tahun 1820-an, ahli matematik dari England, Charles Babbage, membuat keputusan untuk mencipta mesin yang dapat mengira sifir matematik.

Sebagai ahli matematik, Babbage berasa jengkel terhadap kadar kesilapan yang tinggi yang dilakukan oleh orang lain apabila membuat kiraan. Beliau mula mereka bentuk kalkulator pada tahun 1822, namun beliau tidak menyudahkannya. Walau bagaimanapun, segala usaha dan nota yang dibuat oleh beliau itu menyebabkan penciptaannya dapat disempurnakan oleh pencipta yang lain lebih daripada seratus tahun kemudian.

Charles BabbagePada tahun 1824, Charles Babbage dianugerahi Pingat Emas oleh Royal Astronomical Society di London untuk penciptaan mesin yang menghitung sifir matematik dan astronomi. Persatuan itu begitu kagum akan idea beliau kerana beliau baru sahaja memulakan rekaan mesinnya pada waktu itu.

Model lokomotif stim dengan cowcatcher.

COWCATCHERCharles Babbage turut menyempurnakan beberapa ciptaan. Antaranya termasuklah kerangka logam yang dipasangkan pada bahagian depan enjin kereta api untuk menyingkirkan sebarang halangan di landasan. Nama ciptaan ini ialah pilot tetapi kemudiannya lebih dikenal sebagai cowcatcher.

19K A L K U L A T O R

Komputer modenKalkulator mekanikal pertama yang berfungsi dibuat pada tahun 1930-an. Setelah siap, teknologi dan kepintarannya mencetuskan penciptaan mesin elektronik, kemudian penciptaan komputer. Pada hari ini, lebih daripada satu bilion komputer digunakan di seluruh dunia.

Enjin analisisPada tahun 1830-an, Charles Babbage mula membina kalkulator yang digelarnya enjin analisis. Reka bentuk yang dicadangkan ialah 4.6 meter tinggi dan 1.8 meter lebar. Beliau tidak dapat menyudahkan rekaannya itu, tetapi sebahagian daripada rekaan tersebut berada di Muzium Sains di London, United Kingdom. Orbit Buku Sneak Peak!

www.orbitbuku.com.my

P E R I N D U S T R I A N D A N P E N C I P T A A N22

TelefonBeberapa ciptaan telah mengubah komunikasi

manusia sama seperti telefon yang telah berubah. Alat ini berfungsi dengan mengubah

bunyi suara manusia menjadi isyarat elektrik yang dipancarkan menerusi dawai, dan kemudiannya menjadi bunyi seperti suara asal.

Ada beberapa tokoh yang mempunyai kaitan dengan penciptaan telefon, tetapi dua tokoh yang utama ialah Alexander Graham Bell dari Scotland dan Elisha Gray dari Amerika. Yang peliknya, mereka memfailkan tuntutan paten bagi telefon pada hari yang sama, iaitu 14 Februari 1876.

Bell dan WatsonPesanan pertama melalui telefon adalah daripada Alexander Bell kepada pembantunya, Thomas Watson. Mereka berada di bilik yang berasingan di dalam rumah yang sama. Pesanan itu berbunyi “Mari sini, Watson. Saya memerlukan kamu”.

Telefon kaki lilinTelefon yang pertama dikenal sebagai telefon kaki lilin dan tidak mempunyai nombor untuk didail. Sebaliknya, pemanggil disambungkan kepada penerima oleh operator.

Telefon awal

1

2

3

4

5

Telefon selTelefon sel dicipta pada tahun 1970-an. Penambahbaikan teknologi menjadikan telefon sebagai alat komunikasi yang serba boleh dan bukan sekadar alat untuk menghantar dan menerima pesanan suara.

Ibu sawat telefonTempat operator menyambungkan pemanggil dengan penerima disebut ibu sawat telefon. Operator menerima panggilan daripada pemanggil dan menyambungkan pesanan pemanggil secara manual kepada penerima. Ibu sawat telefon yang pertama dibuka pada tahun 1877 di Connecticut, Amerika Syarikat. Ibu sawat telefon secara manual masih digunakan hingga pertengahan tahun 1900-an.

1 Bateri

2 Selongsong belakang

3 Kamera

4 Antena

5 Kad SIM

6 Papan litar

7 Mikrocip

8 Sentuhan butang

9 Soket fon kepala

10 Penggetar

11 Pembesar suara

12 Skrin sentuh dan paparan

13 Mikrofon

14 Selongsong depan

7

6 1011

12

13

14

8

9Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Perindustrian dan Penciptaan daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda. Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang – sains sosial, sains, dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topik-topiknya yang dipilih dengan teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara kritis dalam kalangan pembaca muda.

Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi.

Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa.

Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.

Perindustriandan Penciptaan

PE

RIN

DU

ST

RIA

N D

AN

PE

NC

IPTA

AN

TAHAP3

Meneroka • Membongkar• MenaakulMenarik • Mengasyikkan • Mendidik

Perindustrian dan Penciptaan

orbit buku

Untuk maklumat lanjut, layari DiscoveryEducation.comOrbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my