usaha-usaha pemilihan kerjaya di kalangan remaja … · sulit (mengandungi maklumat yang berdarjah...
TRANSCRIPT
USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA MELAYU DI FELDA DAERAH JERANTUT,
PAHANG
RAMLAN BIN ABDUL WAHAB
UNIVERISITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16(Pind. 1/97)
LNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS "
JUDUL : Usaha-Usaha Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Remaja
Melayu Di FELDA Daerah Jerantut.
SESI PENGAJIAN : 200712008
Saya RAMLAN BIN ABDUL WAHAB 74n0601-06-5613 (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSWSarjanaIDoktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengaj ian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( 4 )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olc organisasihadan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK T E k A D Disahkan Oleh
I / -
J
(TANDATANGAN PENULIS) PENY ELIA)
Alamat Tetap : NO. 305 FELDA SUNGAI TEKAM UTARA, PROF DR RASHID 27060 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR.
Tarikh: APRIL 2008 Tarikh: APRIL 2008
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SUL*IT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan
menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
I, Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Prolek Sarjana Muda (PSM).
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)."
Tandatangan
Nama Penyelia : PROFDRHJ AMMAD RASHID B. RAJUDDIN
Tarikh
i
USAHA-USAHA PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA MELAYU DI FELDA DAERAH JERANTUT , PAHANG
RAMLAN BIN ABDUL WAHAB
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya."
Tanda tangan ............ +--= .............. : .....................
Nama Penulis RAMLAN BIN ABDUL WAHAB
Tarikh APRIL 2008
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan seribu kesyukuran kepada Allah
SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya maka dapat menyiapkan kajian penyelidikan
ini. Terima kasih tidak terhingga kepada Penyelia Projek Sarjana Muda saya iaitu
Profesor Dr. Haji Muhammad Rashid Rajuddin. Ini kerana, beliau begitu banyak
memberi tunjuk ajar, nasihat ikhlas serta jujur dan meletakkan kepercayaan kepada
saya menyiapkan kajian penyelidikan ini. Tanpa beliau, sudah tentu tugasan ini tidak
berjalan seperti yang telah dirancang.
Kepada pihak FELDA, pengurus-pengurus FELDA terbabit dan rakan-rakan
seperjuangan sama ada secara langsung dan tidak langsung yang memberi pandangan
dan kritikan bernas, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.
Sesungguhnya saya sentiasa terbuka menerima pandangan dan kritikan. Jasa baik
kalian semua akan saya kenang sampai bila-bila.
Maaf dipinta kepada semua pihak sekiranya sepanjang saya menyiapkan
tugasan ini berlaku kesilapan. Saya hanya mampu merancang dan berusaha, Allah
jua yang menentukan segala-galanya.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Pada masa ini sebahagian remaja di tanah-tanah rancangan FELDA juga
terlibat dengan masalah sosial yang semakin serius seperti penyalahgunaan dadah,
lumba haram, mencuri dan sebagainya. Salah satu punca masalah ini kerana mereka
menganggur dan kurang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka perlu
berusaha membuat pilihan pekerjaan yang sesuai dan terbaik pada masa hadapan.
Namun sejauh manakah tahap usaha-usaha remaja ini dalam pemilihan kerjaya
mereka telah dilaksanakan. Justeru itu kajian yang dilaksanakan ini adalah
ditumpukan untuk mengenal pasti pelaksanaan usaha-usaha pemilihan kerjaya di
kalangan remaja Melayu FELDA di Daerah Jerantut, Pahang. Responden kajian
terdiri remaja yang berumur di antara 14 hingga 25 tahun seramai 125 orang.
Penyelidik telah menjalankan kajian deskriptif secara tinjauan. Seterusnya,
instrumen kajian adalah berdasarkan soal selidik yang digubal oleh pengkaji setelah
dijalankan kajian rintis. Penyelidikan dilaksanakan menggunakan borang soal
selidik berdasarkan Skala Likert. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan
Perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 13.0). Keputusan
kajian yang diperoleh menunjukkan majoriti responden telah berusaha untuk
mengumpul maklumat kerjaya, meningkatkan tahap akademik, kesedaran diri dan
merancang kerjaya pada masa hadapan.
vi
ABSTRACT
Some of the youth at FELDA today are involved in social ills which are
getting more serious earch day such as drugs, racing, stealing and many more. One of
the cause for this problem is because they are unemployed and take very less effort to
get a job. They should work hard to choose the most suitable and best job for their
future. Unfortunately, they don’t really take this matter seriously as no effort is taken
by them. Therefore, this research was conducted to determine the efforts taken in
choosing the right carrier among Malay teenagers at FELDA Jerantut, Pahang.
Respondents for this research were aged between 14-25 years old, and a total of 125
respondents were chosen randomly. Descriptive methodology was used in this
research. Researcher used the questionnaire as the research instrument after pilot
study was carried out. Research was carried out using questionnaire according to
Likert Scale. The results was processed using SPSS software. Results shows that
majority respondents has worked hard to collect information about carrier, increase
academic achievement, self realization and did career planning for future
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Kajian 10
1
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Terminologi Kajian 10
1.10 Penutup 15
viii
BAB
2
PERKARA
SOROTAN PENULISAN
HALAMAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Mengumpul maklumat kerjaya. 17
2.3 Meningkatkan tahap pendidikan kerjaya 19
2.4 Meningkatkan tahap kesedaran diri 24
2.5 Membuat perancangan kerjaya 26
2.6 Penutup 28
3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Reka bentuk Kajian 30
3.3 Populasi dan sampel kajian 30
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Bahagian A
3.4.2 Bahagian B
31
32
32
3.5 Prosedur Kajian 34
3.6 Kajian Rintis 36
3.7 Analisis Data 37
3.8 Penutup 38
ix
PERKARA
ANALISIS DATA
HALAMAN
4.1 Pengenalan 39
4.2 Bahagian A (Latar Belakang Responden)
4.2.1 Jantina Responden
4.2.2 Umur Remaja
4.2.3 Kelulusan Akademik
4.2.4 Status Diri
4.2.5 Bidang Kerja Yang Diminati
40
40
40
41
42
42
4.3 Bahagian B
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1
Apakah usaha mengumpul maklumat di kalangan remaja Melayu di FELDA daerah Jerantut apabila membuat pemilihan kerjaya?
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2
Apakah usaha meningkatkan tahap pendidikan di kalangan remaja Melayu di FELDA daerah Jerantut apabila membuat pemilihan kerjaya ?
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3
Apakah usaha meningkatkan tahap kesedaran diri di kalangan remaja Melayu di FELDA daerah Jerantut apabila membuat pemilihan kerjaya?
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4
Apakah usaha merancang kerjaya remaja Melayu di FELDA daerah Jerantut apabila membuat pemilihan kerjaya?
4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5
Apakah perbezaan bidang kerjaya yang diminati antara jantina di kalangan remaja Melayu di FELDA daerah Jerantut?
43
45
48
51
54
56
4.4 Rumusan Dapatan Kajian 57
BAB
4
4.5 Penutup 59
x
PERKARA
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
HALAMAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Rumusan
5.2.1 Rumusan Kajian
5.2.2 Rumusan Dapatan Kajian
5.2.2.1 Latar belakang responden
5.2.2.2 Rumusan persoalan kajian
61
61
63
63
64
BAB
5
5.3 Perbincangan
5.3.1 Usaha-usaha mengumpul maklumat di
kalangan remaja Melayu di FELDA
daerah Jerantut apabila membuat
pemilihan kerjaya.
5.3.2 Usaha-usaha meningkatkan tahap
pendidikan di kalangan remaja Melayu
di FELDA daerah Jerantut apabila
membuat pemilihan kerjaya.
5.3.3 Usaha-usaha meningkatkan tahap
kesedaran diri di kalangan remaja
Melayu di FELDA daerah Jerantut
apabila membuat pemilihan kerjaya.
5.3.4 Usaha-usaha merancang kerjaya remaja
Melayu di FELDA daerah Jerantut
apabila membuat pemilihan kerjaya
5.3.5 Perkaitan antara remaja lelaki dengan
remaja perempuan Melayu di FELDA
daerah Jerantut apabila membuat
pemilihan kerjaya
66
67
72
74
78
82
xi
PERKARA HALAMAN
5.4
Cadangan-cadangan
5.4.1 Pihak FELDA
5.4.2 Pihak MARA
5.4.3 Pihak Kementerian Lain
5.4.3.1 Kementerian Pelajaran Malaysia
5.4.3.2 Kementerian Sumber Manusia
5.4.3.2 Kementerian Belia & Sukan
83
83
86
88
88
89
91
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 93
BAB
5.6 Penutup 94
BIBLIOGRAFI 95
LAMPIRAN A-C 101-110
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Analisis Pencapaian PMR 2007 23
2.2 Profil Tenaga Kerja Dan Struktur Pendidikan 1990-
2010(’00 Orang)
25
3.1 Taburan Aspek Persoalan Kajian, Pembahagian Item Dan
Jumlah Item.
33
3.2 Skor Skala Likert 5 Mata 34
3.3 Tahap Penilaian Berdasarkan Persoalan Kajian Yang
Digunakan
38
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 40
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur Remaja 40
4.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 41
4.4 Taburan Responden Mengikut Status Diri 42
4.5 Taburan Responden Mengikut Bidang Kerja Yang Diminati 42
4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus Bagi Aspek Usaha
Mengumpul Maklumat Apabila Membuat Pemilihan
Kerjaya.
45
xiii
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.7 Taburan Responden Mengikut Peratus Bagi Aspek Usaha
Meningkatkan Tahap Pendidikan Apabila Membuat
Pemilihan Kerjaya.
48
4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus Bagi Aspek Usaha
Meningkatkan Tahap Kesedaran Diri Apabila Membuat
Pemilihan Kerjaya.
51
4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus Bagi Aspek Usaha
Merancang Kerjaya Apabila Membuat Pemilihan Kerjaya.
54
4.10 Taburan Responden Berdasarkan Crosstabulation Jantina
Dan Bidang Kerjaya Yang Diminati
56
4.11 Taburan Peratus Dan Tahap Keseluruhan Bagi Setiap
Persoalan
57
iii
Dedikasi
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Buat isteri tercinta , SAMANI BINTI MOHD DAUD
Pengorbanan masa, tenaga dan buah fikiran mu ku ucapkan terima kasih
Buat anak-anak tersayang MUHAMMAD AFIQ JAZIMIN & MUHAMMAD AMIR HAZIQ
Kehadiran kalian menguji kesabaran dan kekuatan ayah mu
Ayahan anda dan bonda
Dorongan dan pengorbanan kalian pembakar semangat ku
Ayah dan ibu mertua serta keluarga
Terima kasih kerana cuba memahami tugas ku
Pensyarah-pensyarah
Tunjuk ajar mu amatlah berguna
Teman-teman perjuangan
Sokongan dan Kenangan bersama mu akan ku kenang selamanya
Terima kasih semua
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Carta Alir Prosedur Pengendalian Kajian 35
4.1 Taburan Peratus Keseluruhan Bagi Setiap
Persoalan Kajian.
58
5.1 Model Pemilihan Kerjaya 69
5.2 Carta Alir Perancangan Kerjaya Pelajar 79
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN
FELDA -
-
Federal Land Development Authority
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
MARA - Majlis Amanah Rakyat
ILP - Institut Latihan Perindustrian
SPSS - Statistical Package For Social Science
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SRP - Sijil Rendah Pelajaran
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
SPM(U) - Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
Bil - Bilangan
% - Peratus
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Surat Pengesahan Pelajar 101
B Borang Soal Selidik 102
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada
Pengarah Besar FELDA
110
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Idea penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang
diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1954. Idea beliau ini adalah
bertepatan dengan cadangan Bank Dunia supaya Tanah Melayu pada masa itu
memberikan perhatian kepada pembangunan tanah untuk meningkatkan hasil
pengeluaran pertanian (Zainal, 2007).
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development
Authority( FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Akta Kemajuan Tanah
1956 hasil daripada syor Jawatankuasa Kerja Kerajaan. Ia ditubuhkan untuk menjadi
sebuah agensi pembangunan tanah yang utama di Malaysia. Selain itu, tujuan utama
FELDA ditubuhkan ialah untuk membantu masyakat luar bandar dengan melaksanakan
pembangunan kawasan secara terancang. Agensi ini akan membantu masyarakat luar
bandar untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup mereka (FELDA, 2007).
2
Semasa awal penubuhan FELDA hanya berperanan sebagai sebuah lembaga
yang mengurus, melaksana dan menyalurkan bantuan yang diperlukan oleh negeri-
negeri di Malaysia. Selain itu, ia bertindak untuk menyelaraskan pembangunan tanah
dan perpindahan penduduk di negeri-negeri Tanah Melayu. Pada tahun 1961 peranan
FELDA terus berkembang sebagai lembaga yang diberi tanggung jawab untuk mengurus
dan melaksana sendiri rancangan-rancangan pembangunan tanah dan pembangunan
penempatan di Malaysia (FELDA, 2007).
FELDA ketika penubuhannya merupakan institusi tunggal yang membuka
peluang sekumpulan masyarakat Melayu untuk membina kehidupan baru di penempatan
terancang bagi menangani masalah kemiskinan. Aspirasi Perdana Menteri Kedua,
Allahyarham Tun Abdul Razak mahu melihat masyarakat Melayu keluar dari
kepompong kemiskinan dengan mengerjakan tanah ladang melalui program yang
dirancang di bawah FELDA. Ternyata usia tersebut memberi nafas baru kepada 1.2 juta
masyarakat peneroka seluruh negara yang kini hidup selesa di 317 tanah rancangan
(Zunaidah, 2008).
Menurut Sulong (1985), matlamat-matlamat penubuhan FELDA adalah selari
dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). FELDA telah membangunkan komuniti desa baru
yang mempunyai hubungan dengan matlamat DEB dengan lebih meluas, iaitu
membasmi kemiskinan dan menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi
ekonomi.
Pada masa ini, FELDA telah membuka dan membangunkan lebih kurang 480
buah kawasan baru berjumlah seluas 853,313 hektar yang merangkumi kawasan
pertanian, perladangan dan penempatan di seluruh negara. Manakala seramai 112,635
orang peneroka telah dipilih dari masyarakat luar bandar untuk membangunkan tanah –
tanah rancangan FELDA ini. Semua usaha ini telah membantu perkembangan
pembangunan ekonomi dan sosial serta mewujudkan kestabilan politik sehingga kini.
(FELDA 2007).
3
Kini FELDA melangkah jauh ke hadapan dalam era pemodenan bersepadu
menerusi beberapa projek masa depan yang dirancang dengan teliti demi kepentingan
masyarakat peneroka di seluruh negara. Penyenaraian FELDA di Bursa Saham Kuala
Lumpur (BSKL) akan memberi faedah kepada kumpulan syarikat FELDA, peneroka dan
koperasi serta kerajaan negeri yang telah memberi tanah untuk dibangunkan sebagai
ladang FELDA (Dr. Mustafa, 2003).
Pada masa ini FELDA telah berjaya membangunkan masyarakat luar bandar dari
segi fizikal, sosial dan ekonomi. Masyarakat FELDA kini telah mendapat pelbagai
kemudahan fizikal yang terbaik dan moden seperti air, elektrik, jalan raya berturap,
dewan orang ramai, masjid, perpustakaan awam, khidmat pos, telekomunikasi,
perkhidmatan bas, sekolah, balai polis, balai bomba, pusat kesihatan dan lain-lain lagi.
Manakala dari segi sosial pula masyarakat FELDA telah bersatu padu menjadi
contoh masyarakat luar bandar yang berjaya meningkatkan taraf hidup dan membasmi
kemiskinan khususnya di kalangan orang Melayu sendiri. Selain itu, masyarakat FELDA
juga boleh berbangga memperoleh pendapatan yang lebih baik melalui pembangunan
tanah seperti penanaman kelapa sawit, getah dan koko. Ini semua jelas menunjukkan
masyarakat FELDA telah berjaya meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.
Selain itu, generasi muda peneroka pada masa ini banyak diberi peluang oleh
FELDA untuk meningkatkan tahap pendidikan mereka. Penubuhan Kelab FELDA
membolehkan anak peneroka yang berada di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
berusaha dan membantu ke arah meningkatkan pendidikan kepada generasi peneroka. Ia
juga turut memperkenalkan gagasan Wawasan Pembangunan Sosial yang bertujuan
melahirkan generasi kedua FELDA yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Selain
itu, ia telah berjaya melaksanakan skim Tuisyen FELDA yang membantu anak peneroka
mendapat kelas-kelas tambahan percuma untuk menghadapi peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
4
Ringkasnya FELDA telah terbukti berjaya mengubah masyarakat Melayu untuk
menjadi masyarakat yang berdaya saing di negara ini. Masyarakat FELDA kini diiktiraf
oleh kerajaan sebagai komponen utama dalam pembangunan negara khususnya
pertanian berasaskan pengeluaran kelapa sawit dan getah. Oleh sebab itu, FELDA perlu
lebih bersifat pragmatik dan melakukan evolusi bukan sahaja di peringkat nasional tetapi
di peringkat antarabangsa.
1.2 Latar belakang masalah
Menurut Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dalam teks ucapannya pada Anugerah Belia
FELDA Malaysia (ABFM) 2006 ;
“Kita mengimpikan agar belia FELDA lebih ramai menerajui pelbagai bidang; belia FELDA lebih berilmu dan mahir melalui pelbagai program pendidikan dan kemahiran; belia FELDA lebih bersaing dalam dunia keusahawanan. Kita mengimpikan agar kawasan rancangan bebas daripada belia yang terjerumus dalam gejala sosial; kawasan rancangan penuh dengan pelbagai aktiviti belia berunsur kerohanian, pendidikan, kemahiran, khidmat masyarakat, kesukarelaan, sukan, kebudayaan dan sosial ekonomi.”
Menurut Dr. Mustafa (2003), FELDA perlu berusaha untuk menghadapi cabaran
dan strategi pada alaf baru ini. Cabaran utamanya ialah untuk meningkatkan produktiviti
pengeluaran dan menjamin kualiti tanaman terutamanya kelapa sawit. Selain itu, ia perlu
terus kekal sebagai agensi pengeksport produk tanaman terulung di rantau Asia
Tenggara, meningkatkan taraf hidup dan menjamin pendapatan lumayan kepada para
peneroka.
5
FELDA perlu menghadapi apa jua cabaran terhadap usaha-usaha meningkatkan
lagi kualiti ekonomi dan sosial masyarakat peneroka. Penekanan juga perlu diberikan
kepada generasi muda FELDA kerana mereka merupakan pewaris atau penyambung
untuk memajukan lagi masyarakat peneroka. FELDA perlu memberi peluang kepada
anak-anak peneroka ini untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai bagi membantu
mereka memperoleh pendapatan yang tetap dan mengelakkan pengangguran.
Seterusnya, penyediaan peluang pekerjaan ini akan membantu mereka untuk terus
bekerja di tanah-tanah rancangan FELDA dan meningkatkan taraf sosial ekonomi
mereka.
Laporan Ekonomi 2007/2008 menyatakan pasaran buruh dijangka terus
menggalakkan sejajar dengan aktiviti ekonomi domestik yang rancak tahun ini. Guna
tenaga berkembang 2.1 peratus dengan kekosongan pekerjaan bertambah 379, 945
dalam tempoh enam bulan. Kadar kumpulan tenaga kerja aktif berumur 15 hingga64
tahun dijangka terus tinggi pada 67 peratus tahun ini. Namun, kumpulan tenaga kerja 15
hingga 24 tahun berkurangan kepada 24.6 peratus berbanding 24.8 peratus pada tahun
2006.
Namun pada masa kini peluang pekerjaan di luar bandar khususnya di kawasan
FELDA adalah terbatas. Ini kerana kadar pertumbuhan ekonomi di FELDA adalah
terhad dan bertumpu dalam sektor pertanian sahaja. Ini menyebabkan ramai golongan
remaja FELDA berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan
sesuai dengan mereka. Remaja yang tinggal di FELDA pula terpaksa bersaing dengan
pekerja-pekerja asing untuk mendapat peluang pekerjaan. Ini akan menimbulkan
masalah kepada remaja FELDA untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup mereka.
Kajian yang dijalankan oleh Yahya (1995), ke atas remaja FELDA mendapati
bahawa mereka mudah terlibat dengan masalah sosial. Kebanyakan diri remaja yang
tinggal di kawasan tanah rancangan FELDA mempunyai peluang pekerjaan yang terhad
dan tidak mempunyai pendidikan tinggi dan kurang berkemahiran.
6
Remaja di kawasan FELDA juga mempunyai masalah sosial yang berterusan dan
sukar dikawal. Ini jelas, apabila banyak berita pada surat khabar dan majalah-majalah
menyiarkan tentang kebanyakan remaja FELDA di hadapkan di mahkamah berusia 15
hingga 25 tahun. Semua pihak perlu memberi perhatian serius terhadap masalah sosial
remaja ini seperti gejala budaya lepak, lumba haram, dadah, sumbang mahram, mencuri
dan menyamun. Kesemua masalah sosial ini menjadi duri dalam daging kepada
masyarakat peneroka yang ingin berdaya maju dan bersaing di peringkat global.
Kawasan FELDA di daerah Jerantut juga mengalami masalah sosial remajanya.
Ini mungkin disebabkan pelbagai faktor pendorong permasalahan ini. Salah satu punca
masalah sosial remaja di kawasan ini ialah pengangguran yang tinggi di kalangan
generasi mudanya. Selain itu, masalah sosial ini juga berlaku kerana segelintir generasi
mudanya mempunyai kes penyalahgunaan dadah yang serius dan berterusan. Apabila
segelintir remaja ini tidak bekerja, ruang waktu mereka digunakan dengan menagih
dadah. Seterusnya, remaja ini memerlukan banyak wang untuk membeli dadah dan
akibatnya terpaksa mencuri dan melakukan jenayah untuk mendapatkan wang.
Persoalannya sekarang adakah remaja FELDA ini yang terlibat dengan gejala
sosial ini kurang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan diri
mereka. Adakah mereka lebih suka membuang masa dengan aktiviti yang tidak
berfaedah dan terjerumus ke arah perlakuan jenayah. Sebaliknya, pihak kerajaan dan
swasta berusaha menyediakan peluang-peluang pendidikan seperti kursus-kursus dan
latihan-latihan teknik dan vokasional kepada mereka. Malahan, terdapat banyak peluang
kerja disediakan oleh pihak FELDA untuk membantu anak-anak peneroka bagi
mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan diri mereka.
7
1.3 Pernyataan masalah
Pemilihan kerjaya merupakan satu proses yang sangat kompleks. Walaupun
terdapat berbagai jenis pekerjaan yang boleh diceburi, namun bagi golongan remaja atau
lepasan sekolah yang mempunyai pengetahuan dan maklumat serta perhubungan yang
sangat terbatas tentang dunia pekerjaan sememangnya memerlukan bimbingan. Remaja
ini memerlukan maklumat, bimbingan dan motivasi yang cukup agar dapat membantu
mereka memilih kerjaya yang sesuai dan memberi kepuasan diri pada mereka. Oleh
yang demikian penyelidik ingin mengetahui usaha-usaha pemilihan kerjaya di kalangan
remaja Melayu iaitu usaha mengumpul maklumat, usaha meningkatkan tahap
pendidikan, usaha meningkatkan kesedaran diri dan usaha merancang kerjaya.
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mendapat kepastian mengenai beberapa persoalan
seperti berikut :
i. Apakah usaha mengumpul maklumat di kalangan remaja Melayu di
FELDA daerah Jerantut apabila membuat pemilihan kerjaya ?
ii. Apakah usaha meningkatkan tahap pendidikan di kalangan remaja Melayu di
FELDA daerah Jerantut apabila membuat pemilihan kerjaya ?
iii. Apakah usaha meningkatkan tahap kesedaran diri di kalangan remaja
Melayu di FELDA daerah Jerantut apabila membuat pemilihan kerjaya ?
8
iv. Apakah usaha merancang kerjaya remaja Melayu di FELDA daerah
Jerantut apabila membuat pemilihan kerjaya ?
v. Apakah perbezaan bidang kerjaya yang diminati antara jantina di kalangan
remaja Melayu di FELDA daerah Jerantut ?