urus wang: elak gaji ‘ghaib’
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
1/21
Urus Wang:Elak Gaji GhaibElak Gaji GhaibElak Gaji GhaibElak Gaji Ghaib
Aliran Gaji yang Ideal Dibuang kerja tapi Masih Senyum Simpanan vs Rezab gaji Bayar apa yang perlu sahaja Beli kereta tanpa interest
Jangan bayar sesen pun pada Bank Kad kredit: Guna Cara bijak Pelan Tindakan Segera
Oleh: Muaz Hadi
Edaran percuma. Anda boleh mengedarkan semula ataupun menjual risalah ini asalkan kandungan
risalah ini tidak diubah. Maklumat dalam risalah ini tidak boleh dianggap nasihat professional tapi ianya
lebih kepada perkongsian maklumat untuk manfaat bersama.
Sekiranya anda mendapat risalah ini tanpa mendaftar di http://pengurusanwang.com/ anda boleh
memilih untuk daftar nama dan email anda di sana untuk membolehkan anda menerima update dan
tool terkinidalam menguruskan wang gaji anda.
Selamat Membaca!
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
2/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 2
Bab 1: Ke Mana Gaji kita?
Pengurusan wang merupakan satu ilmu yang wajib dikuasai. Mencari wang dan menguruskan wang
adalah dua perkara yang berbeza yang mana keduanya saling memerlukan. Tanpa ilmu menguruskan
wang, wang yang dicari bakal ghaib dan tanpa wang, apa perlu ilmu pengurusan kewangan?? Secara
normatifnya kita punya sejumlah wang pada awal bulan dan di akhir bulan ada 3 natijah yang biasanya
berlaku di mana anda akan dapati yang wang anda pada bulan tersebut;
Menyamai perbelanjaan anda pada bulan tersebut (equilibrium state) Melebihi perbelanjaan anda pada bulan tersebut (excess state) Kurang dari jumlah yang anda perlukan pada bulan tersebut (deficit state)
Bagaimanakah keadaan anda? Anda nilai dan catu nilaian wang anda. Untuk berada dalam untaian atau
landasan yang betul, anda seharusnya berada dalam keadaan excess stateatau mempunyai gaji yang
melebihi perbelanjaan anda. Jika anda dapati yang anda berada dalam 2 situasi lain iaitu deficitdan
equilibrium, ketahuilah anda berada dalam keadaan yang genting dan anda perlu belajar dan
menyelaraskan perbelanjaan anda. Anda harus bertindak sekarang dan bukan esok!
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
3/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 3
Carta ini adalah aliran ideal gaji atau pendapatan bulanan anda. Walaubagaimanapun ianya ialah
sekadar pecahan kasar. Untuk yang berumahtangga, pecahannya sedikit berbeza kerana anda perlu
mengambil kira simpanan pendidikan anak-anak, percutian keluarga, perbelanjaan pendidikan anak-
anak yang mencakupi duit tuisyen, wang saku sekolah dan lain-lain. Tetapi konsep secara kasarnya, anda
hanya boleh membelanjakan 70% dari gaji anda, dan baki 30% adalah simpanan anda yang mencakupi
10% untuk simpanan kecemasan anda.
Peruntukan nilai ini penting untuk anda mengawal dan tahu mana hilangnya duit bulanan anda. Adakah
ianya disalurkan ke tempat yang betul yang boleh menjamin keutuhan kedudukan kewangan anda atau
ianya dibazirkan tanpa sedar yang akhirnya menjerut diri anda sendiri.
Jadi mari kita lihat bagaimana pecahan 70-30 yang dicadangkan oleh kebanyakan pakar kewangan.
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
4/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 4
Bab 2: Pecahan Gaji: Simpanan (30%)
Suka untuk saya sentuh sedikit sebanyak tentang pembahagian 30% dari gaji anda untuk simpanan.
Anda perlu disiplin untuk ini. Pastikan, di awal bulan anda keluarkan 30% pendapatan anda dan
bukannya di akhir bulan! Ingat ini, dan praktikkan secepat mungkin. Kebanyakan kita menjadikan
pembahagian simpanan ini di akhir bulan, jika ada duit lebih.. ini attitude yang harus diubah. Keluarkan
gaji anda untuk simpanan sebaik sahaja anda mendapat gaji. Simpan dulu, bakinya baru dibelanjakan.
Simpanan jika anda dapat lihat dibahagikan kepada dua iaitu satu simpanan untuk kecemasan seperti
kereta rosak, bumbung bocor, duit klinik gigi dan keadaan yang memerlukan duit segera; dan satu
bahagian lagi ialah rezab gaji. Anda harus simpan secara tetap dan bezanya, untuk bahagian 10% itu
anda boleh sentuh dalam keadaan terdesak, dan baki 20% itu adalah bahagian yang anda tidak boleh
sentuh sehingga sampai masanya.
Rezab Gaji: Senyum bila dibuang kerja
Apa itu rezab gaji?? Rezab gaji ialah jumlah duit yang perlu disimpan secara tetap sebagai modal
imbuhan duit anda. Salah satu contoh kegunaan rezab gaji ialah untuk kegunaan apabila anda dibuang
kerja. Peruntukan 20% dari gaji untuk simpanan rezab gaji adalah bahagian duit yang anda tidak boleh
sentuh langsung sehingga ianya mencapai tahap minimum 4-6 bulan jumlah gaji anda. Maknanya, kalau
anda dibuang kerja, anda masih ada wang untuk meneruskan kehidupan anda secara normal
sementara mencari pekerjaan baru.
Anda tidak memerlukan masa yang lama untuk mencapai tahap simpanan yang cukup iaitu untuk
mencapai rezab gaji sebanyak 4-6 bulan nilai gaji anda. Kita amik contoh, secara kasarnya graduan
seperti anda mempunyai gaji bersih sebanyak RM 2000;
Jumlah gaji = RM2000 Target capaian = RM10 000 (nilai 5 bulan gaji) 20% simpanan rezab gaji = RM400 sebulan Jumlah bulan: 10000/400 = 25 bulan (2 tahun 1 bulan)
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
5/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 5
Untuk mencapai rezab gaji 5 bulan, anda hanya memerlukan tempoh 2 tahun bekerja sahaja. Di mana
kepentingannya? Dalam keadaan ekonomi sekarang dan trend syarikat, pengambilan pekerja dan gaji
kebanyakannya berdasarkan skim kontrak. Anda diberikan kontrak pekerjaan antara 1 tahun sehingga
2 tahun, dan selepas itu tiada jaminan untuk penyambungan kontrak. Semuanya berdasarkan kepada
keadaan kewangan syarikat, prestasi anda dan keperluan syarikat. Jadi anda harus merancang untuk
zaman kejatuhan sementara anda iaitu apabila kontrak anda tidak disambung. Jika anda beruntung,
anda akan mudah mendapat kerja, mungkin seminggu selepas kontrak anda tamat, anda sudah boleh
mendapat pekerjaan baru, tapi kalau nasib anda kurang baik, anda mungkin mengambil sehingga 3
bulan untuk mendapat kerja baru. Anda nampak apa kepentingan disiplin dalam menyimpan duit rezab
gaji? Makanya, anda sudah ada gaji secara tidak langsung dalam tempoh itu dan anda tidak perlu
pening kepala meminjam di sana sini untuk menampung bayaran bil, ansuran kereta dan rumah, dan
lain-lain perbelanjaan bulanan anda yang biasa anda keluarkan semasa anda bekerja. Dalam kata lain,rezab duit bakal memberikan anda;
Manfaatnya cukup banyak dalam situasi atau keadaan ekonomi dan trend pengambilan pekerja
sekarang. Percayalah, sekiranya anda bekerja secara kontrak atau tidak, mengumpulkan wang rizab gaji
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
6/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 6
amat bermanfaat untuk anda. Anda boleh menjadikan ianya sebagai ibu duit sekiranya anda tidak
ditimpa musibah dibuang kerja. Gunakannya sebagai modal dalam mengembangkan duit anda, ya.. anda
boleh pilih untuk melabur!
Anda sudah nampak kepantingannya bukan? Setelah cukup rezab gaji apakah langkah seterusnya? Anda
ada beberapa pilihan, sekiranya anda diberhentikan kerja dan setelah mendapat kerja semula, teruskan
menyimpan sehingga anda mencapai semula jumlah rezab gaji. Sekiranya anda tidak diberhentikan
kerja, anda boleh memilih menggunakan pendekatan ini;
Create/Generate: Pindahkan semua duit rezab gaji tersebut dan masukkan ke pelaburanamanah, sama ada ASB kalau anda tak mahu ambil risiko, atau cari mana-mana pelaburan unit
trust yang boleh memberikan pulangan antara 10%-15%
Continue: Teruskan menyimpan dan target untuk pelaburan hartanah (beli rumah, beli tanah,bina rumah sewa etc)
Combine/Merge: Satukan pecahan 10% simpanan dan 20% rezab gaji menjadi 30% danbahagikan untuk pelaburan, kecemasan, simpanan target (beli kereta baru, haji, pelancongan,
etc)
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
7/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 7
Ada banyak lagi pilihan yang anda boleh lakukan, tapi pastikan anda tidak menghabiskannya sebaliknya
cuba kembangkan nilainya supaya lebih banyak dan banyak. Secara kasarnya, ianya boleh disimpulkan
dalam carta ini;
Seperti yang disebutkan sebelum ini, anda perlu disiplin dalam menyimpan. Konsep 'simpan dahulu
sebelum berbelanja' adalah satu konsep yang mudah tapi sukar untuk diamalkan. Jika anda boleh
mengaplikasikan konsep ini, ketahuilah di penghujungnya nanti anda bakal tersenyum dengan baki
akaun simpanan anda. Jadi apa yang anda kena buat untuk bahagian penyimpanan ini?
1. Buka 3 akaun yang berbeza. Satu untukakaun gaji, satu akaun simpanan dan satu lagiakaunrezab gajidan saya cadangkan terus buka akaun ASB (yang telah difatwakan 'harus' oleh Majlis
Fatwa Kebangsaan) untuk duit rezab gaji tersebut.
2. Buat potongan 'auto-debit' atau beri instruction khas untuk bank buat potongan terus dari gajianda ke dua akaun lain tadi atau anda buat secara manual setiap kali gaji masuk.
3. Setelah rezab gaji anda mencukupi 4-6 bulan nilai gaji anda , pilih antara 3 cadangan pilihanyang dicadangkan di atas dan saya syorkan untuk anda pindahkan semua jumlah itu untuk
pelaburan 'Unit Trust' yang Islamik
4. Buatsimpanan ini secara konsisten dan monitor juga kadar faedah yang dibayar oleh bank.5. Bagi yang beragama Islam,jangan lupa Halal dan Haram
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
8/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 8
Bab 3: Pecahan Gaji: Perbelanjaan (70%)
Secara kasarnya, inilah jumlah yang anda boleh belanjakan dari wang pendapatan anda setiap bulan.
Sayugianya diingatkan sekali lagi, selepas sahaja anda mendapat gaji, keluarkan 30% untuk simpanan
dan apa yang ada dari baki akaun gaji anda ialah baki 70% yang anda boleh belanjakan sepanjang bulan
tersebut. Umumnya dalam 70% gaji ni ianya di bahagikan kepada 2 bahagian am iaitu;
Perbelanjaan tetap (fix expenses) Perbelanjaan boleh ubah (adjustable expenses)
Dua bahagian inilah yang akan menetukan dalam kategori mana anda berada, sama ada dalam
kategori excessive state, equilibrium state atau pun deficit state. Secara kasarnya saya
masukkan beberapa perbelanjaan secara specific yang termasuk dalam kadua-dua kategori. Untuk
perbelanjaan tetap, anda tidak ada banyak pilihan melainkan membuat satu bahagian tetap dalam
gaji anda bagi menampung perbelanjaan tersebut. Anda ada sedikit ruang untuk mengurangkan
perbelanjaan tersebut terutama dibahagian bil yang mana anda boleh mengurangkan perbelanjaan
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
9/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 9
bil elektrik dan air mahupun bil telefon. Tetapi secara kasarnya, itu adalah perbelanjaan tetap yang
perlu anda langsaikan.
Perbelanjaan boleh-ubah mencakupi expenses anda dalam kegunaan harian, peribadi, kenderaan,
hiburan dan perbelanjaan lain. Sekiranya anda mendapati diri anda berada dalam keadaan
equilibrium stateatau lebih-lebih lagi deficit state, anda harus mengawal semua perbelanjaan di
bawah kategori boleh-ubah ini. Berbelanjalah mengikut keperluan dan kemampuan. Contohnya
saya cerakinkan secara kasar bagaimana anda boleh berjimat melalui sub-kategori dalam
perbelanjaan boleh-ubah;
Hariano Anda boleh memilih untuk berjimat dengan membeli barangan runcit di Carrefour,
Tesco dan Giant; membeli pakaian di Kamdar, Mydin (sekadar memberi contoh).Untuk pakaian yang mahal, anda boleh tunggu sehingga adanya jualan mega seperti
semasa megasales di Jusco dan Isetan
o Anda tidak perlu langganan akhbar, cukup jika hanya membelinya di hujungminggu. Hari-hari biasa, anda boleh membacanya di akhbar ataupun versi online
yang percuma
o Anda boleh memilih untuk hanya menghantar pakaian yang sensitive seperti sutera,kot, jaket dan baju batik ke dobi, untuk pakaian casual anda boleh membasuhnya di
rumah. Lebih menjimatkan.
Peribadio Anda boleh memilih untuk mengurangkan rokok dan anggaplah merokok umpama
membakar duit anda selain masalah kesihatan yang lain
o Nilai dahulu sebelum berbelanja sama ada ianya keperluan atau kehendak.Belanjalah sekiranya anda memerlukannya tapi sekiranya anda ada alternative
seperti meminjam, pilihlah untuk meminjam dan berkongsi
o Untuk makanan, bawa bekal ataupun cari alternative makanan yang murah sepertimembeli di Cold Storage jika anda bekerja di KLCC ataupun gerai Makcik Husna
yang lebih murah tapi pastikan juga kebersihannya jika anda makan di gerai
Kenderaano Berkongsi kereta dengan rakan sekerja ataupun bergilir-gilir dengan mereka
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
10/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 10
o Kalau kadar bayaran parking tidak munasabah seperti yang bekerja di KLCC, pilihalternative menggunakan perkhidmatan LRT dan kenderaan awam. Luangkan
masa untuk buat sedikit pengiraan tentang kos dan tengok mana lebih jimat
o Basuh kereta sendiri di hujung minggu, selain menjimatkan, anda bolehmengeratkan hubungan kekeluargaan sekiranya basuh bersama anak-anak atau
pun isteri
o Ubah gaya pemanduan yang boleh menjimatkan fuel consumption Hiburan
o Anda boleh meminjam DVD dari teman sekerja dan ianya menjimatkan wangbelanja wayang anda
o Cari wayang alternative seperti pergi bersama teman lain ke wayang yangmenawarkan tiket beli 4 percuma 1 ataupun ketika promosi Valentines Dayataupun semasa apa-apa promosi lain
o Begitu juga untuk aktiviti bermain bowling, pergi bersama teman-teman dansemasa promosi lebih menjimatkan dan menyeronokkan
Huraian di atas adalah panduan umum macam mana anda boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan
anda. Nilai diri anda sendiri, selalu lah bertanya pada diri sendiri beberapa soalan penting seperti;
1. Perlukah aku mengeluarkan wang untuk ini?2. Adakah ini keperluan atau sekadar kehendak?3. Jika aku tidak memilikinya, apakah kesan negative terhadap aku dan keluarga?4. Mampukah aku memilikinya?5. Apakah alternative lain yang lebih murah? Bolehkah aku meminjam dari teman-teman?
Dalam kata lain, anda akan menjadi lebih berhemah dalam berbelanja sekiranya selalu menyoal diri
anda sendiri sebelim berbelanja. Orang kata, ukur baju di badan sendiri. Ada yang berkata, ahh apa
salahnya aku nak berbelanja, aku penat bekerja mencari wang, nak juga menikmati wang... Ya betul,
anda ada hak mutlak terhadap wang anda, tapi anda harus tahu satu konsep, anda tidak perlu
membayar lebih dari apa yang sepatutnya. Akan kita bincangkan selepas ini, tapi secara kasarnya,
anda boleh menikmati gaji anda, tapi ukurlah baju di badan sendiri, jangan nantinya di tengah bulan
anda terbelit dengan bebanan kekurangan wang. Jika mampu, silakan.. itu wang anda, buat lah sesuka
hati anda.
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
11/21
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
12/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 12
Banyak bukan? RM255,739, dan seperti saya katakan tadi, anda boleh beli sebuah lagi rumah dengan
duit interest yang anda sedekahkan pada bank! Semakin banyak tahun yang anda pilih untuk
melangsaikan hutang ini, semakin banyak wang interest yang anda perlu bayar. Bukan sedikit
pembaziran yang berlaku di sini, bayangkan apa yang anda boleh buat dengan sejumlah wang interest
tersebut? Ada yang akan berkata nak buat macam mana, kereta satu keperluan... Anda mungkin
salah di sini, dalam kes ini kereta ini bukan lagi asset tapi ianya liability. Anda boleh rujuk buku Rich Dad
Poor Dad karya Robert T.Kiyosaki untuk mengetahui nilaian asset dan liability. Satu perkara yang anda
harus tahu, nilai kereta akan menyusut dengan kadar kasar sebanyak 8%-10% setahun. Sekiranya anda
membeli kereta dengan harga RM40 000, anda akan kerugian RM4000 jika menjualnya pada tahun
seterusnya dengan mengandaikan susut nilai 10%. Maknanya anda tidak akan sekali-kali membuat
keuntungan dengan menjual kereta di kemudian hari. Tapi berlainan pula halnya berbanding penjualan
rumah.
Berhutang untuk membeli rumah mungkin agak berbaloi kerana nilai rumah kalau kena caranya kerana
harganya akan meningkat. Contohnya rumah sekitar daerah Wangsa Maju telah melonjak melebihi
200% berbanding 10 tahun dahulu dan lihat bagaimana anda membuat keuntungan dalam masa 10
tahun. Di samping itu refinancing dan cara cagaran semasa pinjaman perumahan dilakukan
membolehkan anda mengaut sedikit keuntungan tambahan. Ilmu pembelian, sewaan dan pengurusan
hartanah sememangnya menarik untuk dikuasai tetapi saya tak akan ceritakan lebih banyak tentang ini
kerana ianya akan menjadikan risalah ringkas ini lebih panjang. Tapi ianya merupakan ilmu yang anda
harus kuasai.
Kembali kepada isu pembelian kereta, mengikut pandangan pakar pengurusan kewangan seperti Azizi
Ali dan lain-lain, anda hanya boleh dikira mampu memiliki kereta sekiranya anda mampu melangsaikan
hutang kereta dalam masa tidak lebih 3 tahun! Lebih parah lagi, perbelanjaan yang ideal dalam nak
memiliki kereta hanya apabila anda mampu melangsaikan hutang tidak melebihi 3 tahun dengan
bayaran ansuran bulanan hanya 15% dari gaji anda sebulan. Jika tidak anda dikira tidak mampu
memiliki kereta dengan harga yang ditetapkan. Buat masa sekarang, dengan perkembangan trend dan
lifestyle, loan kereta biasa diambil oleh golongan yang baru bekerja adalah dalam lingkungan 7-9
tahun. Anda harus sedar semakin lama tempoh pinjaman, semakin banyak jumlah yang anda perlu bayar
dan anda akan terkejut dengan jumlah interest yang anda bayar. Nasihat saya, kira dahulu berapa
interest yang anda perlu bayar sebelum membuat keputusan membuat pinjaman pembiayaan dari bank.
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
13/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 13
Anda boleh gunakan kalkulator kira interest kereta yang anda boleh dapat secara percuma di
http://pengurusanwang.com/download-tools/
Anda boleh memilih untuk tidak membayar interest itu, tapi anda perlu sedikit sabar. Cuba lihat
perbandingan antara Amer dan Husna. Kedua-duanya mempunyai gaji sebanyak RM4000 dan memilih
untuk memiliki sebuah kereta Honda Civic. Untuk memudahkan pengiraan, kita andaikan kereta
tersebut berharga RM100 000 dan tempoh ansuran selama 5 tahun.
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
14/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 14
Jika anda lihat sekilas carta bayaran tahun ke-4 dan ke-5, pada kawasan yang berwarna merah iaitu pada
penghujung tahun ke-4, jumlah bersih terkumpul ialah RM84,600 sekiranya Amer menyimpan secara
tetap RM1762.50(jumlah yang sama di bayar oleh Husna setiap bulan kepada bank) tanpa mengambil
kira kadar dividen. Tapi kalau dia memilih untuk menyimpan di bank-bank yang menawarkan kadar
dividen yang tinggi, dia akan dapat keuntungan tambahan. Dalam kata lain, pada penghujung tahun ke-
5, Amer akan memiliki sebuah kereta Honda Civic dan dalam masa yang sama dia menikmati bonus
tambahan dari kadar dividen bank. Berbeza dengan Husna, setelah 5 tahun, dia membayar sejumlah
RM15,450 kepada bank manakala Amer pula mengambil sejumlah yang sama (secara kasar) daripada
bank. Dengan sabar sedikit dan konsisten membuat simpanan, dia berjaya mencapai status yang sama
dengan Husna bahkan pada ketika itu dia ada lebihan wang yang boleh digunakan untuk bercuti
bersama keluarga!
Untuk menggunakan kaedah ini, kita harus bijak. Cari bank yang menawarkan kadar dividen yang tinggi
dan bagi orang Islam pastinya kita mahu yang ada 'Shariah compliance'. Kita ambil contoh pengiraan
kasar jika Amer menyimpan di akaun 'Tabung Haji' dengan kadar dividen 4%.
Tahun Jumlah simpanan akhir tahun
(simpanan + cumulatif dividen)
Kiraan Kasar Jumlah
Dividen ~4%
Anggaran Kasar Jumlah
akhir simpanan
1 RM 21150 RM 846 RM 21996
2 RM 42,300 + RM 846 RM 1725.84 RM 44871.84
3 RM 63,450 + RM846 + RM 1725.84 RM 2640.87 RM 68662.72
4 RM 84,600 + RM 5212.71 RM 3592.51 RM 93,405.22
5 RM 105,750 + RM 8805.22 RM 4582.21 RM 119,137.43
Pada tahun ke-5 simpanan wang di "Tabung Haji' berbaki RM119,137.43 bermakna dia mendapat
keuntungan sebanyak RM19,137.43 dari 'Tabung Haji', satu bonus yang besar dan dijamin halal oleh
panel Syariah.
Dari sudut pandangan bagi yang beragama Islam, Amer bukan sahaja menolak unsur-unsur 'syubhah'
dalam pinjaman bank, tapi lebih dari itu dia membentuk satu disiplin penyimpanan wang dan menikmati
keuntungan yang jelas dan dijamin dari aspek 'Syari'e'. Anda boleh rujuk isu halal dan haram dalam skim
pinjaman dan bagaimana kedudukan riba' dari pandangan kepelbagaian ulama'.
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
15/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 15
Secara umumnya anda dapat lihat dan bandingkan keuntungan yang diperolehi oleh Amer apabila dia
memilih untuk tidak membayar lebih dari apa yang perlu dia bayar. Cuba congak apa yang dia dapat?
Sebuah Honda Civic baru ketika Honda Civic Husna sudah berusia beberapa tahun dan mungkinsudah kemek di sana sini
Duit bonus sebanyakRM19,137.43untuk dia bercuti bersama keluarga Penjimatan petrol dan cukai jalan sepanjang dia memandu Kancil ke tempat kerja Di akhirnya, Amer memiliki dua buah kereta yang mana Kancil itu boleh digunakan untuk
aktiviti jarak dekat seperti pergi ke pasar dan masjid yang sekaligus menjimatkan penggunaan
petrol.
Ringkasnya anda perlu sabar dan merancang dengan baik. Apa yang hendak digopohkan kalau manfaat
hasil kesabaran anda lebih besar? Tapi ye lah, siapa yang nak susah, semuanya nak senang tapi akhirnyakita yang mengeluh sendiri.
Ada banyak alternative dan cara dalam pembelian kereta dan rumah. Menggunakan adaptasi Overdraft
seperti yang didedahkan oleh Saudara Razif Yusof adalah salah satu teknik tweaking dalam nak
mengurangkan kadar interest. Begitu juga dengan pinjaman kadar rendah koperasi, skim pinjaman
perguruan, pembelian nilai pajakan dan trade-in adalah antara teknik manipulasi yang boleh digunakan
untuk mencapai tekad bayar apa yang perlu sahaja.
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
16/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 16
Bab 5: Kad kredit dan Skim Ansuran zero interest
Tidak dinafikan, kad kredit boleh dianggap menjadi keperluan masa kini selain trend dan gaya hidup.
Anda perlukan kad kredit ketika kecemasan bahkan ianya boleh memberikan keuntungan sekiranya
dimanipulasikan dengan baik. Sedikit fakta menarik yang anda perlu tahu, kira-kira 11% orang yang
diisytiharkan MUFLIS disebabkan kad kredit ialah mereka yang berumur 20-30 tahun! Anda nak jadi
MUFLIS sila kan lah bergembira dengan kad kredit anda!
Skim pembelian ansuran mudah Zero Interest amat popular sekarang. Ianya betul bermanfaat tapi
anda kena berhati-hati. Memang anda tidak dikenakan interest oleh pihak syarikat tersebut tapi jika
anda menggunakan kad kredit dalam pembayaran, anda tertakluk kepada kadar interest kad kredit
yang tinggi. Anda juga harus membayar bayaran perkhidmatan untuk memasuki skim tersebut. Jadi
jangan mudah terjerat dengan skim ini, awasi penggunaan kad kredit anda. Contohnya seperti Kak Norly
yang baru berkahwin memilih untuk membeli set perabot dan sofa dengan harga RM10 000;
Kita memang sedikit untung kerana tiada kadar interest dari syarikat pembekal, tapi kita tetap kena
bayar sebab penggunaan kad kredit di situ. Seharusnya konsep zero interest yang difahami ialah,
sekiranya kita membeli set kombo tersebut dengan harga RM10 000, kita hanya akan membayar
RM10,00 tapi secara ansuran mengikut tempoh yang dibenarkan. Tapi pada akhirnya kita tertakluk
kepada caj dari pihak kad kredit dan bayaran perkhidmatan dari syarikat penjual perabot tersebut.
Memang nisbahnya boleh dikatakan masih sedikit, tapi anda masih berada dalam belenggu bayar lebih
dari yang sepatutnya.
Interest kad kredit
= RM3,764
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
17/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 17
Kita mudah terpedaya dengan pihak bank kerana hanya perlu mengekalkan pembayaran secara
umumnya 5% sahaja setiap bulan untuk terus menggunakan kad tersebut pada bulan seterusnya. Dalam
kata lain, kalau kita berhutang RM5000, kita hanya perlu bayar RM250 sahaja untuk terus menggunakan
kad kredit. Menarik bukan bunyinya? Tapi pernah tak kita kira berapa banyak wang yang diragut oleh
pihak bank dari kita dengan hutang kad kredit? Tahukah anda, secara umumnya kebanyakan bank
mengenakan kadar interest 18% setahun! Huh cuba anda kira sendiri berapa wang anda bakal ghaib
dengan kadar 18% tersebut. Tak hairanlah mengapa ramai graduan yang baru bekerja MUFLIS!
Guna kad kredit dengan bijak!
Anda boleh memilih untuk bergaya dengan kad kredit setiap kali membuat pembayaran dan menikmati
manfaat yang disediakan seperti rebat minyak bagi pengguna Visa Citibank Petronas, rebat tunai bagi
Visa Citibank Giant, 'Visa RHB Tesco' dan lain-lain tanpa membayar sesen pun interest pada bank.
Caranya ialah anda melangsaikan semua bayaran dalam tempoh yang ditetapkan sebelum kiraan
interest. Anda perlu prihatin terhadap deadline dan dengan cara itu anda sebenarnya berada dalam
zon selesa dan telah mengaplikasikan konsep bayar apa yang perlu sahaja.Jangan jadi muflis kerana
kad kredit, tapi pilihlah untuk mendapat lebih manfaat dan keuntungan dengan kad kredit anda!
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
18/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 18
Bab 6: Pelan Tindakan Cepat
i) Catat dan kawal aliran wang bulanan anda
Anda harus semak status kewangan anda. Ambil kuiz yang direka khas untuk menilai kedudukan
kewangan anda di Facebook. Link akan dihantar terus ke email sekiranya anda mandaftar di
http://pengurusanwang.com/
Setelah anda tahu keadaan kewangan anda,
1. Buat satu nilaian atau hitungan ke mana GHAIB nya wang anda. Monitor dan catat setiapperbelanjaan anda secara terperinci untuk satu bulan supaya anda tahu mana hilangnya duit
tersebut. Guna buku 555
2. Bahagikan catatan perbelanjaan anda kepada dua bahagian utama iaitu Perbelanjaan Tetapdan Perbelanjaan Boleh-Ubah
3. Anda boleh kurangkan perbelanjaan anda di bahagian Perbelanjaan Boleh-Ubah4. Untuk bulan seterusnya, asingkan wang yang sekadar secukupnya untuk setiap portion
perbelanjaan, contohnya bajet untuk barang dapur hanya RM200 dan anda tidak boleh lebih
dari tu.
Isi Carta Aliran Wang bulanan dan isi untuk tahu mana ghaibnya wang gaji anda. (Carta Aliran Wang
Bulanan boleh di download secara percuma di laman web utama)
ii) Beri perhatian kepada perkara-perkara di bawah
Saya senaraikan beberapa benda penting yang anda kena ambil tindakan dan monolog pada diri sendiri.
Anda harus mulakan langkah utama secepat mungkin untuk menjamin kesihatan kewangan anda!
simpan dulu baru belanja
paksa simpan (auto debit) delayed gratification (sabar dengan
kehendak anda)
belanja berkira pantau perbelanjaan harian
mula menyimpan awal
tumpukan pada yang utama enjoy apa yang ada ubahsuai rumah dengan kadar yang
sesuai
elak aksesori kereta
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
19/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 19
beli/belanja 1 level bawahkemampuan anda
jangan kejar fashion beli yang berkualiti kurangkan/pendekkan panggilan
telefon
ambil 'family plan' kalau anda seorangkaki gayut seperti penulis
pergi shopping dengan perut penuh toilettries dan makeup yg murah
iii) Pilih pasangan Low Maintenance
Bagi yang belum mempunyai pasangan, cari dan pilih yang 'low maintenance' untuk kebahagiaan anda di
masa hadapan. Untuk yang dah berkahwin dan berpunya, cuba didik pasangan anda untuk hemah
berbelanja. Ini bukan 'joking' tapi ini serius. Dalam Islam kita disuruh memilih pasangan berdasarkan 3kriteria utama iaitu agama, keturunan dan harta. 3 ciri ini kalau anda lihat secara hikmahnya dalam
lingkungan holistik membawa maksud 'gaya hidup' oleh itu kita sememangnya disuruh dan digalakkan
untuk menilai semua ini . Apakah dia pasangan yang 'high maintenance'? Perhatikan pasangan anda
dan nilai beberapa perkara untuk mengetahui dia nya 'high maintenance" ke tidak. Ini sekadar panduan
kasar;
PEREMPUAN
Beg tangan - kalau begnya Gucci ori
Fashion mahal
Baju jenama mahal
Makeupnya
Gila shopping
Kaki window shopping
Handphone nya
Kasutnya
LELAKI
Henphone nya - cari yang pakai henpon
nokia hitam putih mcm penulis
Rokok
Audio system kereta
Sport rim
Body kit kereta
Baju dan seluar berjenama
Sentiasa mengeluh tak ada duit
Style
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
20/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 20
Bab 7: Penutup
Rasanya cukuplah sekadar ini sahaja perkongsian kali ini. Apa yang penting ialah anda ada kesedaran
tentang pengurusan kewangan dan tahu bagaimana nak menguruskannya. Risalah ringkas ini disusun
supaya ianya ringkas dan mencakupi aspek-aspek kritikal yang kadangnya terlepas pandang oleh
kebanyakan kita. Terima kasih untuk teman-teman terutamanya saudara Rozaidi Rusmin yang banyak
bertanya lantas memaksa kudrat saya menulis risalah ringkas ini. Banyak lagi isu yang perlu anda tahu:
Pembelian rumah Pinjaman peribadi Skim pelaburan dan nilaiannya Insuran dan takaful Manipulasi Overdraft Manipulasi ASB loan, sijil simpanan ASB etc Penggunaan KWSP untuk meminimumkan cukai Zakat dan cukai pendapatan Dan banyak lagi lah
Cari lah maklumat-maklumat tersebut kerana ianya amat berguna dalam menjamin keutuhan kewangan
anda. Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Kalau anda dapati ianya bermanfaat,
sebarkan lah kepada saudara-mara dan teman anda untuk dimanfaatkan.
Anda akan mendapat tools dan maklumat tentang pengurusan kewangan dari semasa ke semasa terus
ke email anda jika anda mendaftar di http://pengurusanwang.com/
Sementara itu anda boleh download perisian percuma di http://pengurusanwang.com/download-tools/
Aliran pendapatan bulanan Pembahagian Pendapatan Ideal atau tidak dan banyak lagi..!!
Jangan biarkan masalah kewangan membelenggu diri anda. Kawal perbelanjaan anda dan mulalah
mencari pendapatan-pendapatan tambahan untuk meningkatkan tahap kewangan anda. Mempunyai
multiple income stream menjadikan anda tidak terlalu bergantung kepada gaji anda!
SalamSalamSalamSalam kebebasan kewangankebebasan kewangankebebasan kewangankebebasan kewangan untuk andauntuk andauntuk andauntuk anda
-
8/14/2019 Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
21/21
Urus Wang: Elak Gaji Ghaib
Oleh: Muaz Hadi 21
Cadangan dari saya, anda boleh dapatkan ebook Bagaimana nak mengurus gaji anda dengan efektif dan
efisien di http://offto.net/uruswang/ tulisan saudara Khairul. Anda akan belajar;
Asas dan prinsip penyediaan belanjawan (bajet) Kaedah membuat agihan ke atas wang gaji Bagaimana untuk memenuhi impian dan kemahuan anda tanpa perlu berhutang? Bagaimana menyediakan sejumlah wang untuk pembayaran insuran dan cukai jalan
kenderaan anda setiap tahun tanpa perlu sakit kepala?
Bagaimana untuk melindungi keluarga dan rumah anda daripada bencana kewangan yang takdisangka-sangka!
Dan banyak lagi!!
Dapatkannya di http://offto.net/uruswang/