untai kata
TRANSCRIPT
1
A Z A M B A RU JA B A TA N P E M B A N G U NA N
EDIS1 1 JAN— APRIL 2011
DI DALAM ISU INI
Editorial
Dari Tinta Pengarah
Info Projek
Sorotan Kenangan
Petua
Tip Penjagaan Ken-
deraan
Imbasan Aktiviti Kelab
Dari Meja Kelab Staf
Karya dan Bakat
Pedoman Hidup
Renjis –renjis dipilis
Dodoi Anakku Sayang
Ruangan Santai
Pembangunan Teras Kecemerlangan
(KAMPUS INDUK)
TO LIVE A CREATIVE LIFE,
I MUST LOSE MY FEAR OF
BEING WRONG
- anonymus -
d
BULETIN
UNTAI KATA
Perkataan azam boleh didefinasikan sebagai sesuatu yang
ingin dicapai atau yang ingin dikecapi di dalam hidup.
Individu yang menanam azam adalah orang yang mempunyai
halatuju dan misi tertentu sama ada untuk diri sendiri atau untuk
masyarakat.
Tahun baru mesti ada azam baru. Adakah azam anda telah tercapai
setakat ini? Pokok pangkalnya percaya pada kebolehan diri, pinggir-
kan kata—kata dan abaikan tanggapan negatif yang boleh menjatuh-
kan diri kita.
Jadilah manusia yang berazam, setidak—tidaknya azam untuk men-
gukuhkan persaudaraan dan persahabatan atau azam untuk men-
jernihkan hubungan yang keruh.
Sebenarnya tidak pernah terlambat untuk menanam azam baru.
Cabarlah diri sendiri untuk melakukannya. Teruskan perjuangan,
setelah berjaya, berilah ‗token‘ kepada diri sendiri. Bak kata
pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. An-
da boleh lakukannya. ―YAKIN BOLEH‖
“Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah bumi “
- Kejayaan itu lambat atau sukar diperoleh namun kejatuhan
atau kerugian mudah terjadi
(http://pembangunan.usm.my)
2
Assalamualaikum. Sebagai pembuka bicara, tidak terlewat kiranya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua warga Jabatan Pembangunan.
Bertemu kita untuk pertama kalinya di dalam Buletin Un-tai Kata Jabatan Pembangunan Edisi 1 Tahun 2011. Ini adalah sa-tu langkah dan azam baru Jabatan ini dalam mewujudkan sebuah buletin rentetan dari keluaran buletin beberapa tahun yang lalu. Buletin ini akan menemui anda dalam masa 4 bulan sekali. Insya- Allah.
Setinggi—tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan, Ir. Hj. Mohamad Sofian Bin Ahmad yang telah memberikan kebenaran dan sokongan yang padu dalam penghasilan buletin ini. Dorongan dan bimbingan beliau amatlah kami hargai.
Dalam keluaran akan datang, pelbagai aktiviti staf di kam-pus akan dimuatkan dan buat permulaan biarlah kita bermula dengan agenda yang ringkas tetapi padat. Ini adalah sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada staf—staf jabatan ini.
Tidak dilupakan para AJK Buletin yang telah turut mem-bantu dalam mencari idea—idea baru serta terlibat dalam kerja—kerja penerbitan. Bagi kami, biarlah buletin ini seadanya tetapi ilmu yang dicetuskan dapat dimanfaatkan bersama.
Pihak kami mengharapkan sokongan anda semua warga Jabatan Pembangunan untuk memberi input—input menarik demi kebaikan Jabatan. Cadangan serta penambahbaikan dari an-da semua amatlah dialu—alukan demi kelestarian Jabatan Pem-bangunan, USM.
Sekian. Wassalam
Pengarang
Juliana Abdul Mutalib
ED I TOR IA L
SIDANG PENGARANG
Penaung
Ir. Hj. Mohamad Sofian Ahmad
Penasihat
Sr. Hj. Aziz Che Jusoh
Penasihat Pentadbiran
Encik Amin Karim
Encik Mohd Zuki Ariffin
Pengarang
Juliana Abdul Mutalib
Lembaga Editorial
Shamsudin Saad
Abdullah Yusoff
Emelda Rohaiza Mohd Radzi
Rahmah Mohamad Daud
Shakina Shamsudin (wakil Kelab)
- UNTUK EDARAN DALAM
USM SAHAJA -
SILA AJUKAN CADANGAN DAN KAR-YA ANDA KEPADA
3
Assalamualaikum..wbt
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas
dan tahniah kepada semua yang terlibat, terutamanya
Pengarang dan Lembaga Editorial di atas azam dan
usaha kuat mereka untuk menghasilkan ―Buletin UNTAI
KATA‖ Jabatan Pembangunan.
Adalah menjadi harapan saya Buletin ini akan
menjadi satu media di mana staf Jabatan Pembangunan
dapat mengasah bakat penulisan serta kemahiran yang
ada. Di samping itu, ianya juga akan menjadi saluran
maklumat untuk mengetahui perkembangan di Jabatan.
Saya yakin dan percaya keluaran sulung ini akan
menyemarakkan lagi semangat staf untuk menyumbang
bahan dan ide bagi memastikan kelangsungan buletin
ini.
Usaha—usaha sedemikian akan mampu mening-
katkan azam kita untuk meningkatkan prestasi dan pen-
capaian Jabatan secara keseluruhan.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakam
penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua yang
terlibat.
Sekian. Terima kasih.
Ir. Hj. Mohamad Sofian Ahmad
Pengarah
D A R I T I N TA P E N G A R A H J A B A TA N P E M B A N G U N A N
“Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada
usaha yang besar."
TINTA EMAS PENGARAH
DI PAGI JUMAAT
Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa
Bulat air kerana pembentung,
teguh Jabatan
kerana muafakat
― 5 Star Team ―
Committed to each other
Committed to vision
Committed to customer
Committed to resolving
conflicts
Committed to details
Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa adalah budi
Rosak budi bangsa binasa
Dicatat oleh :
Shakina Shamsudin
―Change work or work smarter? Considering discussing with colleagues, take time out,
shed responsibilities, and remember what you enjoy about it‖
- MR. FLYER -
4
Oleh : Juliana Abdul Mutalib
NAMA PROJEK
CADANGAN MENGUBAHSUAI
BANGUNAN H29 DAN MEMBINA
BANGUNAN TAMBAHAN UNTUK
PUSAT KESIHATAN, KAMPUS INDUK
I N F O P R O J E K R M K— 9
Oleh : Juliana Abdul Mutalib
No. Kontrak
06/13/B/35/B/BGN
Harga Kontrak
RM7,179,011.86
Nama Kontraktor
Jalziz Sdn. Bhd.
Tarikh Milik Tapak
9 Ogos 2006
Tarikh Siap Asal
8 Oktober 2007
Tarikh Lanjutan Masa
31 Januari 2008
Tarikh Siap Kerja Sebenar
2 September 2008
Tempoh Kontrak Termasuk
Lanjutan Masa
17 Bulan 24 Hari
Status Kemajuan
Siap Sepenuhnya
Kemajuan Fizikal (Jadual)
100%
Kemajuan Fizikal (Sebenar)
100%
Gambar : Dari Pusat Sejahtera Blogspot
FAKTA
Dikenali sebagai Pusat Sejahtera (Pusat Kesihatan dan
Pergigian)
Lokasi tapak bangunan ini pada asalnya adalah pejabat
Desasiswa Cahaya Gemilang dan kantin pelajar.
Projek ini dikawal selia oleh Perunding yang dilantik oleh USM.
Bangunan baru ini dibina kerana Pusat Kesihatan yang lama
tidak dapat menampung permintaan dan keperluan kesihatan
yang semakin meningkat.
Bangunan baru ini dapat memberi keselesaan yang optimum
di samping perkhidmatan yang lebih cekap dan sistematik.
5
No. Kontrak
08/11/B/84/B/BGN
Harga Kontrak
RM13,064,961.65
Nama Kontraktor
Fokus Murni Sdn. Bhd.
Tarikh Milik Tapak
6 Ogos 2008
Tarikh Siap Semasa
5 November 2009
Tarikh Lanjutan Masa
2 Mac 2010
Tempoh Kontrak
15 Bulan
Bilangan Tingkat : 5
Status Kemajuan
Siap Sepenuhnya
Kemajuan Fizikal (Jadual)
100%
Kemajuan Fizikal (Sebenar)
100%
I N F O P R O J E K R M K— 9
NAMA PROJEK
CADANGAN BANGUNAN TAMBAHAN
PERPUSTAKAAN HAMZAH SENDUT
KAMPUS INDUK
FAKTA
Perpustakaan utama sedia ada telah beroperasi sejak tahun
1979 dan menghadapi masalah kekurangan ruang yang kritikal
disebabkan pertambahan bilangan koleksi, pertambahan staf dan
penggunaan ICT yang meningkat. Pembinaan bangunan tamba-
han ini akan memberi keselesaan kepada pelajar dan staf.
Majlis Perasmian telah diadakan pada 3 Mac 2011 yang dirasmi-
kan oleh Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato‘ Dzulkifli Abdul Razak, Naib
Canselor USM.
“ Jika inginkan sebuah kejayaan,
JANGAN memikirkan akan
kegagalan”
6
Oleh : Emelda Rohaiza Mohd Radzi
KENANGAN SAMBUTAN
AIDIL FITRI 2010
Wei….bila nak boleh makan
7
Duit raya..duit raya…..duit raya
Aktiviti Lapangan
Hari Keluarga Jabatan
Pembangunan
8
Oleh : Rahmah Mohamad Daud
BELUM CUBA, BELUM TAHU
Kurangkan kadar kolestrol
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua
atau tiga hari sekali atau setiap kali mengmbil makanan berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan
dapat dirasai dalam masa seminggu.Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.
Rawatan jika terkena minyak atau air panas Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena
minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.
Badan Ringan Dan Bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air
rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk
meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Hapuskan pecah-pecah telapak kaki.
Ambil buah betik yang masih muda dan potong hingga keluar getah. Kaki yang pecah-pecah itu hen-
daklah dibersihkan dahulu. Kemudian barulah digosok sama rata dengan menggunakan getah betik.
Biarlah getah betik itu kering supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu barulah dicuci
dengan air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali dan dengan izin Allah tapak kaki anda akan menjadi
lebih baik. Pecahan pada telapak kaki anda akan hilang.
Mengelakkan gula dimasuki semut
Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari.
Cara merawat penyakit panau
Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini.
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda
akan perolehi hasilnya.
Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan
mengering selama 20 minit.Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka
berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Mengurangkan Dengkur Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa
minit sebelum tidur
9
TIP PENJAGAAN KENDERAAN
Semakin ramai di kalangan wanita yang memandu sendiri kenderaan sama ada ke
tempat kerja atau untuk urusan harian seperti menghantar anak ke sekolah. Satu
hal yang perlu diambil berat bagi yang memiliki kereta sendiri ialah menyelia dan
menyenggaranya supaya ia sentiasa berkeadaan baik dan selamat digunakan.
Menukar minyak enjin
Penukaran minyak enjin dibuat setiap 5000 km atau tiga bulan atau yang mana sampai dahulu. Jarak dan bulan pe-
nukaran ini tidak sama antara satu kenderaan dengan kenderaan dan ia juga bergantung kepada keadaan atau tempat di
mana kenderaan itu digunakan serta mutu minyak yang dipakai.
Menukar penapis minyak enjin (oilfiller)
Kebiasaannya ia ditukar sekali pada setiap dua kali penukaran minyak enjin. Pastikan jenis penapis yang disyorkan ada-
lah tulen dan mengikut spesifikasi.
Menukar penapis udara (air filter)
Kebiasannya ia akan diperiksa pada setiap 10,000 km atau enam bulan atau yang mana dahulu. Keadaan penapis itu
akan menentukan sama ada ia perlu ditukar atau dibersihkan. Menggunakan penapis udara yang kotor atau tersumbat
boleh mengakibatkan penggunaan bahan api yang tinggi dan ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada piston dan
jara (dinding silinder). Pastikan penapis yang ditukar adalah tulen dan mengikut spesifikasi.
Jika anda terpaksa meletakkan kereta di tempat terbuka dan panas pastikan anda meletakkan penghadang cahaya
pada cermin hadapan kereta. Ini mengurangkan tahap haba dalam kereta. Suhu terlampau menyebabkan keretakan pada
bahagian papan pemuka serta komponen plastik di ruang dalaman kereta.
Elak daripada membawa muatan besar dan berat kerana ini boleh merosakkan bahagian dalaman dan juga sistem
penyerap hentak kereta. Membawa muatan berlebihan di dalam kereta penumpang juga satu kesalahan trafik.
Ini Penting:
Anda juga dikehendaki memeriksa bahagian penting tayar seperti tekanan angin, keadaan tayar dan tayar gantian.
Periksa bahagian brek seperti minyak brek, brek tangan dan keberkesanan brek serta memeriksa getah pengelap cermin.
Dapatkan rehat mencukupi. Elakkan diri memandu di tengah malam ataupun awal pagi kerana ketika itulah tubuh me-
merlukan masa rehat. Perjalanan jauh selepas bekerja atau makan menyebabkan anda letih dan mengantuk.
Hindarkan perasaan negatif seperti marah, kecewa dan teragak-agak sebelum memandu
Perbuatan berkenaan boleh mendorong untuk melanggar peraturan jalan raya seperti memandu laju dan secara berbaha-
ya.
Jangan lupa tips ini……….
Sebelum hidupkan enjin, tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum enjin hidup, pastikan lampu‖engine
check‖ padam sebelum hidupkan enjin.
Bila enjin sudah hidup, jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas, kemudian jalan ke depan sikit dan tekan lagi brek, jika
kereta berhenti, baru boleh teruskan jalan.
Seminggu sekali kalau boleh, periksa semua lampu brek termasuk lampu ketiga. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet en-
jin, buka penutup dan periksa air bateri. Pastikan ia berada pada paras antara maksimum dan minimum.
Dua minggu /sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada dicatatkan di
bahagian tiang B (tiang antara pintu depan dengan pintu belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar sim-
panan.
Hanya Tiga
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila anak Adam (yakni manusia) meninggal dunia, maka putuslah amalannya, melainkan dari tiga macam perkara, yaitu sedekah
jariah atau ilmu yang dapat diambil kemanfaatannya atau anak yang soleh yang suka mendoakan untuknya."
Oleh : Shamsuddin Saad
10
IMBASAN KENANGAN AKTIVITI KELAB STAF 2010
Pada tarikh 20 Ogos 2010, Kelab telah menganjurkan pro-gram berbuka puasa bersama Anak-Anak Yatim Gemilang Sik, Kedah. Lokasi yang dipilih adalah di RECSAM, Pulau Pinang. Seramai 57 orang anak yatim lelaki, 30 anak yatim perempuan dan 6 orang warden turut terlibat. Mereka dibawa melawat kawasan USM, solat Jumaat di USM dan melawat Muzium. Seramai 100 orang ahli terlibat termasuk ahli keluarga.
Bagi menjayakan program, aturcara berbuka bersama-sama anak yatim, solat maghrib, isyak, terawikh berjemaah. Pen-yampaian cenderahati oleh Pengarah disusuli dengan En. Aziz, En. Hamdan dan En. Amin. Majlis ini adalah hasil usahasama Kelab Staf Pembangunan Induk dan Kelab staf Pembangunan Transkrian. Wakil dari Transkrian seramai 7 orang. Suasana sungguh terharu pada waktu itu. Terpancar wajah keriangan dan keseronokan pada anak-anak ini, perasaan tidak sabar-sabar kerana terlalu gembira dengan pemberian sumbangan berupa duit raya dan beg (pen, pensil, buku nota, penanda buka) hasil usahasama Unit Latihan, Pusat Islam dan Penerbit sebagai tanda kenangan.
Pengusaha Cafeteria RECSAM turut menyampaikan sum-bangan berupa duit raya. Menimbulkan satu keinsafan pada diri kita betapa anak-anak ini perlukan perhatian dari masyarakat untuk meneruskan kehidupan ini. Di sinilah peran-an kita. Bagi yang menginap di RECSAM, keesokannya pukul 3.30 pagi ada majlis Qiamullail. Kami bersembahyang ber-jemaah bersama-sama.
Pada 30 Oktober 2010, sumbangan disampaikan melalui hasil kutipan dari ahli-ahli Kelab yang berupa beras, minyak, keper-luan dapur dan pakaian terpakai. Mereka amat mengalu-alukan kedatangan kita memandangkan pada bulan itu, agak berkurangan sumbangan yang mereka terima. Bak kata pepatah "Pucuk Dicita Ulam Mendatang".
11
Perancangan Aktiviti Kelab Staf Jabatan Pembangunan Tahun 2011
Bulan Kegiatan
Jan, Feb, Mac Perlawanan persahabatan antara staf Jabatan Pembangunan
Karnival Sukan
Iklan Januari
Tarikh perlawanan (Rujuk papan kenyataan)
Acara Sukan: Takraw, bola tampar, badminton, Futsal, Ping-pong dll
Senarai nama, pegawai-pegawai mesti terlibat
Indoor game: congkak, batu seremban, bowling
Jumble Sale - "Jualan Lambak"
April Mencari income untuk Kelab. Cadangan adakan sewaan tapak utk
gerai jualan. Sebar melalui Buletin Notes
Mei Perlawanan Persahabatan dengan UNIMEPS
Jun Hari Keluarga - Lokasi Cadangan Taman Belia
Penyampaian anak-anak cemerlang result tahun 2008, 2009
Keputusan 2010 ditangguhkan bergantung pada Budget yang ada
Julai Aktiviti bersama anak-anak yatim Gemilang, Sik
Lokasi cadangan - Chalet Puteri Ayu ( atas pengalaman Puan Shakina
pernah menginap di sana "family day")
Perlu booking awal tempahan sentiasa penuh
- Muka Head
- Kem motivasi UPSR, PMR, SPM
Ogos Majlis Berbuka puasa bersama staf Jabatan Pembangunan
Lokasi cadangan - Hotel Vistana
minggu ke 3 puasa - Hotel Sri Malaysia
September Cadangan tarikh 8 atau, 9 September 2011
Jamuan Raya
Lokasi cadangan - Kebun Pak Uda
- Eco-Hub
September 30/9/2011, 1, 2 Oktober 2010
Penghujung Lawatan ke Kelantan, Terengganu, Pulau Perhentian
Perancangan collection duit akan dibuat bermula pada awal tahun
November-Disember
Perancangan dan persiapan untuk Mesyuarat Agong Dwi Tahunan yang dijangka-kan diadakan pada penghujung Januari 2012
DARI MEJA
KELAB STAF PEMBANGUNAN
OLEH : SETIAUSAHA KELAB
12
K A R Y A D A N B A K A T Penyertaan dari staf sempena Program Ekspresi Semarak Patriotisme USM 2007
KEMERDEKAAN
Desiran ombak memukul pantai
Deru angin sepoi-sepoi bahasa
Sungguh indah ciptaan Tuhan
Bumiku pijak alam yang nyata
50 tahun kemerdekaan telah dikecapi
Malaysia tanahair kudiami
Terasa aman di bumi bertuah ini
Apa yang ku inginkan sudah pun kumiliki
Terkenang sejenak peristiwa silam
Sejarah tanahair perjuangan diilham
Pelbagai tohmah dan nista terpaksa diredang
Menggapai impian Kemerdekaan diidam
Walau apa pun halangan sanggup dirempuhi
Berkat usaha gigih kemuafakatan diperolehi
Kini Malaysia Menyusun Strategi
Ke Arah Pembangunan Globalisasi........
”Semoga Malaysia Terus Maju Mencapai Wawasan ”
Bisikan hati :
Shakina Samsudin
MALAYSIAKU CINTAKU
MALAYSIA YANG TERCINTA
PADAMU KUSERAHKAN SEGALA
JIWA DAN RAGA KUKORBANKAN
DEMI KEUTUHAN WARGA
MALAYSIA YANG TERCINTA
ACAPKALI BUMIMU MEMBUKTIKAN
RAKYAT BERSATU BUMI GEMILANG
KEDAULATAN BANGSA DIPERTAHAN
MALAYSIA YANG TERCINTA
JALINAN CINTA YANG DISEMAI INI
KEKUATAN EKSPRESI JIWA
PERJUANGAN 50 TAHUN ANAK BANGSA
MALAYSIA YANG TERCINTA
SEMANGAT PERWIRA BENTENG KETEGUHAN
LAMBANG JATIDIRI RAKYAT MERDEKA
MALAYSIAKU GEMILANG
Secebis rasa luahan jiwa,
Juliana Abdul Mutalib
Rangkap-rangkap pantun :
Ayunya si gadis langkahnya sopan
Membawa bakul atas kepala dijunjung
Merdeka! Merdeka! Merdeka! suara laungan
Semangat nasionalisme semarak disanjung
Berkelah di tepian sambil berseloka
Bersantapan ulam lauk sembilang
Seruan Perdana Menteri kita
Rakyat “Cemerlang Gemilang Terbilang”
Alam Flora cantik anggun persada
Burung berkicauan mengasyikkan jiwa
Bak kata Hang Tuah pujangga kita
“Takkan Melayu hilang di dunia”
Inang menghibur penglipur lara
Lenggok tarinya tiada bandingan
Bangkitlah bangsaku teruslah mara
Kibarkan panji lambang kecemer-
langan
Sirih dan kapur selera nenda
Tradisi temurun bangsaku jejak
Rindu hatiku terfana pesona
Aman damainya bumi ku pijak
Nukilan rasa..
Sunita Jamaluddin
13
PEDOMAN HIDUP
RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur
dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan
dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau
waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang
kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan
menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam
keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain terjaga da-
ripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya
saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan
diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat
Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menan-
dakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut
dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-
ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spek-
trum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang me-
rangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar
akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang
ini terpisah (tidur). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ re-
produktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan
oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini
menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat ber-
tenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-
eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana banyak interferens (pembelauan)
berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah
ialah keyakinan, pada frekuensi otot,saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegela-
pan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersa-
maan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada da-
lam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam
Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam
kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu
dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus
dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini di-
panggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah
sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi
yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga
alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di‘kurniakan‘ syariat solat oleh Allah s.w.t
tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini seharusnya
menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan
penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Oleh : Abdullah Yusoff
Sumber : Internet
14
RENJIS—RENJIS DIPILIS, DITEPUNGILAH TAWAR ...….
Encik Nur Zamzairi dan
Puan Wana Najib
Encik Zaini Harun dan
Puan Farah Farhana
DODOI ANAKKU SAYANG
Hazim Akif Alkhair
(anak kedua En. Fitri)
Oleh : Emelda Rohaiza Mohd Radzi
Nota : Gambar ehsan dari staf
15
(Cucu sulung kepada
Puan Huziah)
Tajudeen
(Anak kedua kepada
Puan Roziah)
Tajudeen
Oleh : Emelda Rohaiza Mohd Radzi
Mohamad Aish
(cucu sulung kepada Pu-
an Huziah)
Muhammad Aqeel Uzair
(anak kedua kepada
Puan Roziah)
Muhammad Izz Najmi
(anak kedua Pn. Fiza)
Nota : Gambar ehsan dari staf
16
Oleh : Juliana Abdul Mutalib Sumber : http://cahayasufi.blogspot.com (25/4/11)
R
U
A
N
G
A
N
S
A
N
T
A
I