universiti teknologi malaysiapsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia catatan * potong...

19
PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 23-Jan-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

PSZ 19:16(Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

ii

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

iii

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK SAINS SUKAN

TINGKATAN 5 BERTAJUK SISTEM KARDIOVASKULAR

WAJIHAN BT IBRAHIM

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei 2009

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

iv

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

v

DEDIKASI

“ Alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana dengan limpah

kurnianya memberi saya semangat meneruskan perjuangan

menyiapkat projek ini mengikut tempoh yang telah ditetapkan.”

Di ruangan ini, ingin saya abadikan kenangan bersama…..

KEPADA

ABAH ( Hj. Dr Ibrahim Md Mokti) dan MAK ( Hjh. Haniza Hussin) yang

tidak pernah jemu berdoa demi kejayaan saya serta dorongan dan

sokongan yang diberikan kepada saya selama saya menjalani

kehidupan di UTM.

DAN

Buat Muhd Syafiq B. Zulkarnain…..

TERIMA KASIH diatas tunjuk ajar yang diberikan serta bantuan

yang dihulurkan tanpa mengenal erti jemu.

TERIMA KASIH kerana sentiasa menyokong saya dan juga sentiasa

memberi semangat sehingga akhirnya saya dapat membawa pulang

segulung ijazah yang selama-lama ini dinanti-nantikan. Akan saya

kenangkan sehingga ke akhir hayat.

SERTA

Tidak dilupakan kepada rakan seperjuangan saya…Jasa mu akan

saya kenang selama-lamanya.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

vi

PENGHARGAAN

Dengan sempurnanya penyelidikan yang dijalankan ini, saya dengan tulus

ikhlas ingin merakamkan penghargaan kepada pensyarah penyelia Projek Sarjana

Muda saya; Hjh Hafizah bt Harun atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan

nasihat yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Penghargaan turut ditujukan kepada ibubapa saya serta ahli keluarga yang

lain yang telah memberi dan menghulurkan bantuan dalam proses penyiapan kajian

ini.

Penghargaan istimewa juga ditujukan kepada saudara Muhd Syafiq Bin

Zukarnain serta keluarganya, kerana memberi banyak bantuan dalam melicinkan

proses perjalanan projek.

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan serta individu yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam penyiapan projek ini.

Tanpa sokongan serta bantuan dari semua, Projek Sarjana Muda ini tidak

mungkin terhasil seperti mana yang ada sekarang.

Ribuan Terima Kasih.

Wajihan Ibrahim

Mei, 2009

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

vii

ABSTRAK

Perisian multimedia menerusi web bagi subjek sains sukan tingkatan 5

bertajuk; sistem kardiovaskular ini dibangunkan dalam Bahasa Malaysia sebagai

pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang interaktif diperingkat sekolah.

Perisian ini menyediakan dua kaedah pembelajaran iaitu melalui teori kognitivisme

dan konstruktivisme menerusi penggunaan elemen-elemen multimedia seperti,

grafik, teks, audio, animasi dan video. Selain memberi kesan tarikan kepada pelajar,

video dan animasi yang disediakan di dalam perisian ini, dapat memberi penerangan

visual kepada pelajar terhadap maklumat yang disampaikan. Secara tidak langsung,

ia dapat mempertingkatkan lagi daya ingatan dan pemahaman pelajar terhadap

maklumat yang disampaikan. Perisian ini dibangunkan menggunakan Macromedia

Dreamweaver 8 dan Macromedia Fireworks dengan berpandukan Model ADDIE

serta menyerapkan elemen-elemen model ARCS dalam fasa pembangunan perisian.

Perisian ini merangkumi pautan utama iaitu halaman utama, kuliah, situasi, ujian,

pembangun, peta laman dan bantuan. Pengujian dilakukan terhadap 6 orang pakar

bidang menggunakan soal selidik untuk mendapat ulasan mengenai kesesuaian

kandungan dan teknologi yang digunakan. Prototaip perisian multimedia menerusi

web ini, dinilai oleh populasi sasaran (40 pelajar tingkatan 5 sekitar Johor Bahru)

bagi mengetahui keberkesanan pembelajaran melalui perisian yang dibangunkan

sebagai PBK diperingkat sekolah. Sebagai kesimpulan, kajian ini mendapati hasil

prototaip perisian adalah interaktif dan berjaya digunakan di dalam proses

pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah sebagai PBK kerana ianya

memenuhi sukatan pelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Kesihatan serta

penggunaan teknologi yang digunakan adalah mengikut tahap keupayaaan pelajar.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

viii

ABSTRACT

The web based multimedia application for the form 5 sports science subject, titled;

cardiovascular system was developed for the purpose of extending the interactive

application in “Bahasa Malaysia” as a computer based learning (CBL) applications

for schools. This application consists of two methods of learning, which was based

on theories cognitivisme and constructivisme that follow the usage of multimedia

elements such as graphics, text, audio, and videos. Other than invoking intrest to the

students, the videos and animations were in the application encourages visualization

of the concept. This will indirectly, promotes memorizing and understanding of the

materials taught. This application was developed using Macromedia Dreamweaver 8

and Macromedia Fireworks, accordingly to the ADDIE model and conjunction with

the ARCS model elements during the development phase. This application consists

of links; main page, lecture, situation, test, developer, site map and help. Survey

questionnaires were used to get experts feedback and to test the content suitability of

this application. A survey on target populations (form 5 students around Johor

Bahru) was conducted to evaluate the effectiveness of the prototype as a CBL in

school. As a conclusion, I found that this prototype was suitable for use in teaching

and learning for CBL in school as it also fulfills the sport sciences and physical

education & health silibus.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1-3

1.2 Latar Belakang Masalah 3-4

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.8 Skop dan Batasan Kajian 7-8

1.9 Definisi Operasional 8-10

1.10 Penutup 10

2.0 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kajian-Kajian Yang Berkaitan 12-17

2.3 Masalah Penggunaan PBK Menerusi Web 17-21

2.4 Penutup 21

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

x

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Model Rekabentuk Perisian 22-23

3.3 Fasa Model Rekabentuk ADDIE 24-29

3.4 Teori Pengajaran Menerusi Perisian 29-32

3.5 Spesifikasi Perkakasan dan Perisian 32-33

3.6 Populasi dan Sampel Kajian 33

3.7 Instrumen Kajian 34

3.8 Penutup 34

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 35

4.2 Pakej Perisian 35-36

4.3 Paparan Bentuk Antaramuka Perisian 36-55

4.4 Dapatan Hasil Pengujian Pakar 56-61

4.5 Dapatan Hasil Penilaian Populasi Sasaran 61-64

4.6 Penutup 64

5.0 PERBINCANGAN, RUMUSAN & CADANGAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Perbincangan 65-75

5.3 Rumusan 75-76

5.4 Cadangan 76-78

5.5 Penutup 78-79

RUJUKAN 80-84

LAMPIRAN (A-J) 85-99

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Tahap Penggunaan Internet Dalam Pendidikan 12

2.2 Tahap Penggunaan Perkakasan Bagi Aplikasi Latihan

Berasaskan Komputer

16

3.2 Model Rekabentuk Pengajaran ADDIE 23

3.3.1 Proses Yang Terlibat Dalam Fasa Analisis 24

3.3.2 Jadual Komponen Model ARCS 28

4.3.1 Bentuk Antaramuka “Autorun” 36

4.3.2 Paparan Alamat Perisian 37

4.3.3 Introduksi Video Flash 38

4.3.4 Bentuk Antaramuka Ruangan Halaman Utama 39

4.3.5 Bentuk Antaramuka Ruangan Pengenalan 40

4.3.6 Bentuk Antaramuka Ruangan Kuliah 41

4.3.7 Bentuk Antaramuka Ruangan Kuliah Bahagian

Struktur & Fungsi

42

4.3.8 Bentuk Antaramuka Ruangan Kuliah Bahagian

Peredaran Darah

43

4.3.9 Bentuk Antaramuka Ruangan Kuliah Bahagian

Keluaran jantung

44

4.3.10 Bentuk Antaramuka Ruangan Kuliah Bahagian

Tekanan Darah

45

4.3.11 Bentuk Antaramuka Ruangan Kuliah Bahagian

Hipertrofi & Atrofi

46

4.3.12 Bentuk Antaramuka Ruangan Situasi 47

4.3.13 Bentuk Antaramuka Ruangan Situasi 1 48

4.3.14 Bentuk Antaramuka Ruangan Situasi 2 49

4.3.15 Bentuk Antaramuka Ruangan Ujian 50

4.3.16 Bentuk Antaramuka Ruangan Ujian Objektif 51

4.3.17 Bentuk Antaramuka Ruangan Ujian Subjektif 52

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

xii

4.3.18 Bentuk Antaramuka Ruangan Peta Laman 53

4.3.19 Bentuk Antaramuka Ruangan Pembangun 54

4.3.20 Bentuk Antaramuka Ruangan Bantuan 55

4.4.1 Graf Histogram Bagi Penilaian Penggunaan Elemen

Multimedia

57

4.4.2 Graf Histogram Bagi Penilaian Keberkesanan Sistem

Pautan atau Links

58

4.4.3 Graf Histogram Bagi Peilaian Bentuk Antaramuka

Perisian

59

4.4.4 Graf Histogram Bagi Penilaian Isi Kandungan

Perisian

60

4.5.1 Graf Histogram Mengikut Item Yang Diukur Dalam

Penggunaan Perisian

62

4.5.2 Carta Pai Peratusan Responden Mengikut Markah

Yang Diperolehi

64

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta Alir Model Rekabentuk ADDIE 85

B Carta Alir Halaman Utama 86

C Carta Alir Halaman Kuliah 87

D Carta Alir Halaman Situasi 88

E Carta Alir Halaman Ujian 89

F Carta Alir Halaman Peta Laman 90

G Soal Selidik Pakar Bidang 91-94

H Borang Pengesahan dan Ulasan Am Pakar Bidang 95-100

I Soal Selidik Pelajar 101-103

J Sukatan Pelajaran Sains Sukan dan Pendidikan

Jasmani dan kesihatan

104-106

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penggunaan halaman web dalam bidang pendidikan telah memberi banyak

kemudahan kepada golongan pendidik. Internet berfungsi sebagai pembekal

maklumat seolah-olah pusat sumber yang ada di sekolah. Penggunaan teknologi ini

semakin meluas kerana pendidikan boleh berlaku tanpa sempadan. Sistem

pendidikan di negara kita turut tidak ketinggalan di dalam kemajuan teknologi ini, di

mana Kementerian Pendidikan menyohorkan penggunaannya di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dengan ini, pembelajaran berbantukan

komputer (PBK) telah diwujudkan bagi menyahut cabaran sistem pendidikan di

Malaysia iaitu untuk menerapkan cabang ilmu berteknologi kepada para pelajar.

Perkembangan teknologi internet di Malaysia telah membantu perkembangan laman

web sebagai alat bantu mengajar (ABM) di dalam proses P&P. Oleh itu, sebuah

perisian multimedia menerusi web bagi subjek sains sukan bertajuk sistem

kardiovaskular tingkatan 5 telah dibangunkan oleh pengkaji untuk kegunaan pelajar

sebagai PBK. Penyelidikan-penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan bahawa

pembelajaran menggunakan perisian multimedia menerusi web telah berjaya

membawa nafas baru dalam dunia pendidikan dan ianya menawarkan pelbagai

keistimewaan.

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

2

1.1.1 Perisian Multimedia Menerusi Web

Proses P&P yang disertakan dengan alat bantu mengajar menggunakan

perisian multimedia menerusi web telah semakin meningkat dan ianya akan dapat

menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Ini adalah kerana

kombinasi pelbagai media termasuklah grafik, animasi, teks, suara dan video yang

terdapat di dalam perisian ini, menjadikan persembahan sesuatu maklumat itu lebih

efektif kepada para pelajar.

Multimedia digunakan di dalam perisian menerusi web memberi

kemudahan kepada pengajar untuk menyampaikan bahan pembelajaran. Pelajar yang

mengikuti proses P&P pula akan merasakan diri mereka terlibat dalam proses

pembelajaran kerana teknologi multimedia membolehkan berlakunya interaktiviti.

Menurut Jamalludin Harun (2003), multimedia dalam pendidikan adalah

alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mewujudkan komunikasi di

antara pengajar dengan pelajar semasa proses P&P menjadi lebih berkesan. Pelajar

yang terlibat dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh

mempelajari ilmu yang ada di dalamnya sesuai dengan minat, kesukaan, bakat,

keperluan, pengetahuan dan emosinya

Interaktif dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting

yang tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan daya ingatan

pelajar serta kreativiti minda pelajar terhadap sesuatu pembelajaran. Ini disokong

oleh, Jamalluddin Harun dan Zaidatul Tasir (2000), mengatakan ilustrasi dan

gambar, berupaya ‘bercerita’ serta menarik perhatian pengguna untuk menerangkan

keadaan orang, tempat atau benda dengan lebih berkesan.

Selain itu, sifat internet sebagai medium penyebaran maklumat tanpa

sempadan dapat menyumbang kepada suasana pembelajaran yang konstruktif kepada

pelajar. Menurut Nik Azis dan Nik Pa (1996), kemudahan hiperteks dan hipermedia

yang terdapat dalam laman web dapat menyediakan suatu suasana pembelajaran

yang bercirikan konstruktif.

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

3

Transformasi ini telah mengubah anjakan paradigma pengajar dan pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan negara khususnya

dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti pelajar dan pengetahuan

pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.

1.2 Latar Belakang Masalah

Walaupun penggunaan perisian multimedia menerusi web dikatakan

mendatangkan kebaikan, namun pembelajaran secara terus menerusi rangkaian

laman web yang sedia ada ini turut menyebabkan suasana pembelajaran yang tidak

berstruktur dan menyukarkan. Walau bagaimanapun, persekitaran pembelajaran yang

bermakna dapat diwujudkan sekiranya laman web ini dibangunkan mengikut

falsafahnya yang sebenar.

Menurut Rio Sumarni (1999), pihak yang membina laman web haruslah

memahami falsafah internet itu sendiri di mana setiap warga internet dituntut

menyumbangkan kepada kandungan maklumat di dalam laman web, dengan

memasukkan maklumat khusus mengenai kepakaran yang berkaitan dengan aktiviti

yang dijalankan. Jika falsafah ini dihayati sepenuhnya oleh setiap individu dan

organisasi yang mempunyai laman web, maka barulah internet akan menjadi sebuah

gedung maklumat dan ilmu pengetahuan yang sangat berguna.

Dalam era teknologi kini, terdapat pelbagai laman web yang mengandungi

maklumat mengenai sistem kardiovaskular telah dibangunkan untuk digunakan oleh

para pelajar. Namun, kebanyakkan laman web yang dibangunkan adalah di dalam

Bahasa Inggeris, menyebabkan kesukaran kepada pelajar untuk memahami isi

kandungan dengan lebih mendalam terutamanya pelajar yang mengalami masalah

dalam Bahasa Inggeris. Sehingga kini, masih tiada mana-mana pihak yang

mengambil inisiatif untuk menterjemahkan kesemua maklumat mengenai sistem

kardiovaskular di dalam Bahasa Malaysia. Dan sekiranya ada, maklumat yang

terdapat di dalam laman web tersebut tidak memenuhi sukatan pelajaran sains sukan

dan pendidikan jasmani serta kesihatan

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

4

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik tradisional seperti

chalk&talk masih digunakan dalam diperingkat sekolah. Ini menyebabkan pelajar

menjadi kurang berminat untuk mempelajari sesuatu subjek. Ini disokong oleh

Jamalludin Harun (2003), menerangkan dalam sesuatu pengajaran secara tradisi,

walaupun ianya menjanjikan kejayaan namun, ianya juga membawa bersama

pelbagai masalah dan kekangan seperti komunikasi sehala banyak berlaku yang

boleh menyebabkan pelajar hilang tumpuan dan seterusnya sukar memahami isi

kandungan pembelajaran.

Selain itu, kemudahan laman web yang wujud pada masa kini kurang

menyerapkan elemen-elemen multimedia seperti audio,video dan animasi di

dalamnya menyebabkan sesebuah laman web tersebut adalah statik dan tidak

dinamik. Sesebuah laman web yang statik menyebabkan pelajar pasif. Laman web

yang bersifat konstruktif adalah sesuai dijadikan PBK dalam P&P kerana

membolehkan pelajar belajar mengikut keselesaan sendiri. Ini kerana untuk

memahami sesuatu konsep pembelajaran, pelajar memerlukan pengalaman yang

sedia ada mengikut keselesaan individunya dan pengalaman ini adalah berbeza pada

setiap pelajar (Dodge. B, 1996).

Kehadiran laman web yang berkaitan dengan subjek sains sukan ini turut

membantu meringankan beban serta kekangan yang wujud di dalam sistem

pembelajaran secara tradisi. Ini kerana isi kandungan pengajaran boleh dibentuk

dengan lebih menarik, ringkas dan padat mengikut kreativiti pengajar untuk

dipersembahkan menggunakan kemudahan komputer. Dengan perkembangan

infrastruktur internet, ini juga dapat membantu membekalkan bahan P & P secara

mudah dan berterusan tanpa sempadan.

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

5

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang dinyata dalam

penggunaan PBK menerusi web, masih terdapat kekangan penggunaannya di dalam

proses P&P di sekolah. Kebanyakan laman web yang wujud adalah tidak berstruktur

kerana tidak dibangunkan menggunakan teori pembelajaran dan teknik pembangunan

laman web. PBK menerusi web masih tidak diamalkan sepenuhnya di sekolah kerana

proses P&P kebanyakkannya di jalankan secara tradisional yang melibatkan dua

entiti sahaja iaitu tenaga pengajar dan pelajar. Pengamalan kaedah tradisional ini

bukan sahaja melemahkan sistem pendidikan malah banyak menimbulkan kelemahan

seperti berlakunya komunikasi sehala, pelajar kurang berminat, pembelajaran

menjadi pasif, sukar mengikuti keperluan pelajar dan pembelajaran kurang interaktif.

Selain itu, inisiatif untuk mewujudkan bahan pembelajaran interaktif yang memenuhi

sukatan pelajaran sains sukan dan pendidikan jasmani serta kesihatan di dalam

Bahasa Malaysia tidak ditingkatkan. Maka, kajian ini bertujuan untuk

membangunkan satu perisian multimedia menerusi web di dalam Bahasa Malaysia

bagi subjek sains sukan tingkatan 5 bertajuk sistem kardiovaskular yang memenuhi

sukatan pelajaran sains sukan dan pendidikan jasmani serta kesihatan. Perisian yang

dibangunkan menerapkan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio,

video dan animasi bagi mewujudkan pembelajaran yang bersifat interaktif dalam

P&P. Selain membangunkan perisian, pengujian terhadap kandungan di dalam

perisian serta kesesuaian teknologi yang digunakan turut dilakukan dan penilaian

terhadap keberkesanan perisian sebagai PBK menerusi web di sekolah turut

dijalankan.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada

6

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian yang ditetapkan oleh pengkaji adalah seperti berikut:

1.4.1 Membangunkan perisian multimedia menerusi web bagi

subjek sains sukan tingkatan 5 bertajuk sistem kardiovaskular

di dalam Bahasa Malaysia.

1.4.2 Membangunkan elemen multimedia seperti grafik, teks,

audio, animasi dan video untuk diserapkan ke dalam perisian.

1.4.3 Menguji dan menilai kefungsian perisian sebagai PBK

diperingkat sekolah melalui pengedaran soal selidik.

1.5 Persoalan Kajian

Sehubungan dengan itu, persoalan yang harus dikaji dengan lebih terperinci

di dalam kajian adalah seperti berikut:

1.5.1 Adakah bentuk penyampaian is kandungan yang terdapat di

dalam perisian multimedia menerusi web ini disampaikan

secara jelas dan tersusun?

1.5.2 Adakah penggunaan multimedia seperti teks, grafik, audio,

video dan animasi di dalam perisian menerusi web ini

berkaiatan dengan tajuk sistem kardiovaskular dan ianya dapat

memberi kesan pembelajaran secara aktif serta dapat menarik

minat pengguna?

1.5.5 Adakah pautan atau links yang disediakan dalam prototaip

perisian menerusi web ini berkesan dalam membantu

pengguna menerokai perisian ini?

1.5.6 Sejauh manakah keberkesanan prototaip perisian menerusi

web ini dapat digunakan di dalam proses P&P?