universiti teknologi mara cawangan pulau pinang … akademik serta peningkatan insaniah secara...

14
FKK NEWS Faculty of Chemical Engineering Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang A Newsletter for Alumni, Students and Friends of The Faculty Issue 6/2013 ::Mesej Koordinator:: Muhammad Zahiruddin Ramli Inside: Faculty Updates p.2 Past events p.3, 10, Recognitions p.4- 7, ChESS Update p.8-9, Reflection p.11 Reminiscence 13 Biography p.12, Upcoming Event p.14. ISSN 2231– 7414 Assalammualaikum w.b.t, Alhamdulillah, rasa syukur saya pusatkan kepada Maha Suci Alllah SWT Pemerintah Sekalian Alam, kerana diberi peluang berkongsi coretan dalam edisi FKK News pada kali ini. Masih tidak terlewat untuk saya ucapkan Syabas dan Tahniah kepada pelajar FKK khususnya yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Mac 2013 yang lalu. Seramai 150 orang pelajar (41%) telah memperolehi Anugerah Dekan (AD) serta 16 orang pelajar telah Tamat Pengajian dengan memperolehi Anugerah Naib Canselor (ANC). Bagi yang tidak berjaya, teruskan usaha pada semester yang berikutnya. Ucapan Tahniah juga saya tujukan pada Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) dari kalangan staf FKK yang telah merangkul beberapa anugerah dalam Pertandingan KIK termasuk Juara Peringkat Kampus serta Juara Peringkat Zon Utara. Tidak lupa juga kepada staf FKK yang bakal menerima biasiswa dan cuti melanjutkan pengajian peringkat kedoktoran pada tahun 2013 iaitu En. Mohamed Syazwan Osman dan Pn. Wan Zuraida Wan Kamis. Sempena permulaan semester ini, ucapan aluan “Selamat Datang” saya tujukan khas pada Pelajar Semester 1 kerana telah berjaya sampai ke menara gading dan memilih program di FKK ini. Tanamkan azam untuk menimba ilmu dengan bersungguhsungguh untuk bersamasama menyumbang dalam kecemerlangan akademik fakulti. Coretan ini adalah kesempatan terakhir saya selaku Koordinator Fakulti yang tamat pada akhir Jun 2013. Peranan tersebut bakal di ambil alih oleh En. Mohd Azahar Mohd Arisebagai Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia. Harapan saya, agar gandingan semua staf bersama warga pelajar FKK dapat memacu fakulti terusmenerus dalam mencapai kecemerlangan akademik serta peningkatan insaniah secara zikal dan spiritual. Terima Kasih. Wassalam. FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof. Madya Mohamad Zaki Abdullah ADVISOR En. Muhammad Zahiruddin Ramli EDITOR Noorzalila Muhammad Niza REPORTERS Nur Fadzeelah Abu Kassim Nurulhuda Amri Mohamed Syazwan Osman Mohd Azahar Mohd Ariff Wan Zuraida Wan Kamis Nor Haslinda Nasuha Filzah Anati Kasim Najihah Ramli

Upload: hoangminh

Post on 16-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang … akademik serta peningkatan insaniah secara fizikal dan spiritual. Terima Kasih. Wassalam. FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof

FKK NEWS Faculty of

Chemical Engineering

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang

A Newsletter for Alumni, Students and Friends of The Faculty

Issue 6/2013

::Mesej Koordinator:: 

Muhammad Zahiruddin Ramli 

Inside: Faculty Updates p.2 Past events p.3, 10, Recognitions p.4-7, ChESS Update p.8-9, Reflection p.11 Reminiscence 13 Biography p.12, Upcoming Event p.14.

ISSN 2231– 7414

Assalammualaikum w.b.t, 

Alhamdulillah,  rasa  syukur  saya  pusatkan  kepada 

Maha  Suci  Alllah  SWT  Pemerintah  Sekalian  Alam, 

kerana diberi peluang berkongsi coretan dalam edisi 

FKK News pada kali ini. Masih tidak terlewat untuk saya ucapkan Syabas 

dan  Tahniah  kepada  pelajar  FKK  khususnya  yang  berjaya memperolehi 

keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Mac 2013 yang  lalu. 

Seramai 150 orang pelajar (41%) telah memperolehi Anugerah Dekan (AD) 

serta 16 orang pelajar telah Tamat Pengajian dengan memperolehi Anuge‐

rah Naib Canselor  (ANC). Bagi  yang  tidak berjaya,  teruskan usaha pada 

semester yang berikutnya.  

Ucapan  Tahniah  juga  saya  tujukan  pada  Kumpulan  Inovasi  dan  Kreatif 

(KIK)  dari  kalangan  staf  FKK  yang  telah merangkul  beberapa  anugerah 

dalam  Pertandingan  KIK  termasuk  Juara  Peringkat  Kampus  serta  Juara 

Peringkat Zon Utara. Tidak lupa juga kepada staf FKK yang bakal meneri‐

ma biasiswa dan  cuti melanjutkan pengajian peringkat kedoktoran pada 

tahun 2013 iaitu En. Mohamed Syazwan Osman dan Pn. Wan Zuraida Wan 

Kamis. 

Sempena  permulaan  semester  ini,  ucapan  aluan  “Selamat Datang”  saya 

tujukan  khas  pada  Pelajar  Semester  1  kerana  telah  berjaya  sampai  ke 

menara gading dan memilih program di FKK  ini. Tanamkan azam untuk 

menimba  ilmu  dengan  bersungguh‐sungguh  untuk  bersama‐sama  me‐

nyumbang dalam kecemerlangan akademik fakulti. 

Coretan  ini  adalah kesempatan  terakhir  saya  selaku Koordinator Fakulti 

yang tamat pada akhir Jun 2013. Peranan tersebut bakal di ambil alih oleh 

En. Mohd Azahar Mohd Ariff sebagai Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan 

Kimia. Harapan  saya,  agar  gandingan  semua  staf bersama warga  pelajar 

FKK  dapat  memacu  fakulti  terus‐menerus  dalam  mencapai  kecemer‐

langan akademik serta peningkatan  insaniah secara fizikal dan spiritual. 

 

Terima Kasih. Wassalam. 

 

 

FKK NEWS EDITORIAL BOARD

PATRON

Prof. Madya Mohamad Zaki Abdullah

ADVISOR

En. Muhammad Zahiruddin Ramli

EDITOR

Noorzalila Muhammad Niza

REPORTERS

Nur Fadzeelah Abu Kassim

Nurulhuda Amri

Mohamed Syazwan Osman

Mohd Azahar Mohd Ariff

Wan Zuraida Wan Kamis

Nor Haslinda Nasuha

Filzah Anati Kasim

Najihah Ramli

Page 2: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang … akademik serta peningkatan insaniah secara fizikal dan spiritual. Terima Kasih. Wassalam. FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof

FACULTY UPDATE FACULTY UPDATES

MR SYAZWAN RECEIVED ’TOKOH KUALITI’ AWARD

MR AZAHAR, THE NEW HEAD OF FACULTY

The Faculty proudly present Mr. Azahar Mohd Ariff as the new Head of Faculty starting July 2013. A 

big THANK YOU to Mr. Zahiruddin for all of his tremendious contributions and commitments 

towards the Faculty. Apparently, he has driven the Faculty towards excellence. The Faculty are 

looking forward for a continued well‐being and success with the new leader.  

Mr. Mohamed Syazwan Osman is the receipient of 2012 ’Tokoh Kualiti’ Award. The ’Tokoh 

Kualti’ award is given to one who has made outstanding contributions to the Campus. 

Congratulations, Syazwan!  The Faculty is pleased to interview and share his point of views 

and experiences in this edition. Find out more on page  6‐7. 

DOCTOR OF PHILOSPHY

The Faculty wish congratulations to Dr. Chang Siu Hua who recently received Doctor of 

Philosphy’s degree from the School of Industrial Technology, University Sains Malaysia. Dr. 

Chang completed her pHD studies as a part‐time student for 3 years with a total number of 10 

journal article publications. May her passion and determinations inspire the rest of the Faculty 

members to succeed in pursuing pHD studies. 

NATIONAL CHEMICAL ENGINEERING SYMPOSIUM (NACES 2013)

The National Chemical Engineering Synposium (NACES) is a special competition held for Chemical Engineering under‐

graduates as a platform to apply the skills and knowledge they have learned. This year, the Faculty is pleased to host 

NACES 2013: 

        DATE OF EVENT: 8 ‐ 10 NOVEMBER 2013 

THEME:  CARBON CONUNDRUM 

VENUE: UiTM CAWANGAN PULAU PINANG 

COMPETITIONS LISTS:  

Technical Essay Writing  

Case Study  

Technical Power Point Presentation  

Technical Video Presentation 

Technical Plant Design  

Chemical Engineering Challenge   

 

For more info visit: http://www.naces2013.com/ 

 

Page 3: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang … akademik serta peningkatan insaniah secara fizikal dan spiritual. Terima Kasih. Wassalam. FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof

PAST EVENTS

Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTMPP telah membawa pelajar-pelajar kursus CHE262 sesi Disember-April 2013 untuk membuat lawatan industri ke Kilang Bitumen Company KBC) Sdn. Bhd., Kemaman, Terengganu (27 Januari 2013) dan juga ke Kualiti Alam Sdn. Bhd., Negeri Sembilan (28 Februari 2013). Aktiviti ini dikategorikan sebagai akademik atau ilmiah kerana objektif utamanya adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai operasi dan juga proses-proses yang berkaitan dengan kejuruteraan kimia yang mereka telah pelajari didalam kursus CHE262. Secara tidak langsung aktiviti ini akan memberi pendedahan secara terus kepada pelajar-pelajar kerana mereka dapat melihat secara ‘live‘ mengenai proses-proses, peralatan-peralatan dan juga mesin-mesin yang berkaitan dengan kejuruteraan kimia. Disamping itu juga pelajar-pelajar akan mendapat pendedahan yang lebih dekat lagi mengenai alam pekerjaan yang bakal mereka tempohi kemudian hari. Tidak dapat dinafikan juga aktiviti-aktivi sebegini akan dapat menghasilkan dan memupuk hubungan dan semangat bekerjasama yang baik di antara pensyarah dan pelajar dan juga pelajar-pelajar di bawah satu organisasi.

LAWATAN INDUSTRI KE KILANG BITUMEN COMPANY DAN KUALITI ALAM SDN. BHD

Laporan Oleh: Mohd Azahar Mohd Ariff

Page 4: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang … akademik serta peningkatan insaniah secara fizikal dan spiritual. Terima Kasih. Wassalam. FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof

RECOGNITIONS 4 

EVENT  MEDAL  PROJECT  TEAM 

NOVEL RESEARCH & INNOVATION COM-PETETION

GOLD ACACREAM: GREEN CREAM LOTION FOR DERMATITIS

MOHD ABU BAKAR BIN ABDUL KADIR JAYALANI, MARTUNIS ZAMZANI IBRAHIM, MUHAMMAD SAIFUDDIN SHAHAR, EN SYAZWAN OSMAN

GOLD WOUND REMEDIES FROM MU-SA SPP.

MUHAMMAD HIDAYAT MD ISA, MOHD HANIF OMAR, MUHAMMAD AMIRUL YASIN, EN. SYAZWAN OSMAN

SILVER SUSTAINABLE ELECTRO-COAGULATION PROCESS FOR THE TREATMENT OF PALM OIL REFINERY EFFLUENT WASTEWATER

WAN AMIRAH WAN AMERI, HARIZ MOHD HANAFIAH, NURUL AKMAL BT DANAS ZAMANHUREE, EN SYAZWAN OSMAN, EN SH MOHD FIRDAUS SH ABDUL NASIR

SILVER PPHERBS: HERBAL TEA MOHD ZAID SHAMSUDDIN, NUR ZU-LAIKHA KAMARUZUHAN, MUHAMMAD AFIQ SAHLAN, EN SYAZWAN OSMAN

KOREA CYBER INTERNATIONAL GENIUS INVENTOR FAIR (CIGIF), SEOUL KOREA

GOLD AND SPECIAL AWARD

FROM ASIA INVENTION AND CREA-

TIVITY ASSOCIA-

TION

ABU BAKAR AS SIDDIQ, FIRDAUS MOH-TAR

ANUGERAH NAIB CANSELOR (ANC AWARD RECEIPIENT)

- - 1. FAHIM SAYUTI BIN MUHAMAD

2. KHALIL BIN ABU BAKAR

3. LYNNA JULIANA BINTI JAMALLUDEAN

4. MAYASHAIRA BINTI ALIDIN

5. MOHAMED HIZAM BIN MOHAMED NOOR

6. MOHD HAZROUL BIN AWAL LUDIN

7. MUHAMAD ANWAR BIN AMI

8. MUHAMMAD AMIROOL ASHRAF BIN MD ISA

9. MUHAMMAD HAZWAN BIN AHMAD SPAIN

10. NUR AFIAH BINTI ADAM

11. NUR SYAHIRAH BINTI RAHMAT

12. NURUL SYAZMIMI BINTI HAMZAH

13. SITI FARHANA BINTI JAMALUDIN

14. SITI NUR ADIBAH BINTI IBNI HAJAT

15. TASNEEM BINTI MOHD NASIR

16. NUR FARAH NABILA BINTI ISHAK

Page 5: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang … akademik serta peningkatan insaniah secara fizikal dan spiritual. Terima Kasih. Wassalam. FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof

RECOGNITIONS

Pada 13 September 2012 telah berlangsung Mini-Konvensyen KIK Staff UiTM Cawangan Pulau Pinang, bertempat di Dewan Serbaguna Kristal. Pihak Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) UiTMCPP telah menyertai pertandingan tersebut atas nama kumpulan I-Chem dengan tajuk "Pengurangan gangguan kumbang rove (charlie) di bilik kediaman pelajar". Kejayaan berpihak kepada kami dengan FKK telah berjaya merangkul 4 Anugerah utama iaitu.

1) Johan Keseluruhan mini konvensyen KIK

2) Tempat Pertama

3) Pembentang Lelaki Terbaik - En Mohamed Syazwan Osman

4) Pembentang Wanita Terbaik - Pn Wan Zuraida Wan Kamis.

Rentetan daripada kemenangan sebagai Johan Keseluruhan Mini Konvensyen KIK UiTMPP, pihak UiTMPP

telah menghantar kumpulan I-CHEM sebagai antara wakil untuk Mini Convention on Team Excellence Wilayah

Utara di Kepala Batas yang telah berlangsung pada 21 Mac 2013. Buat pertama kalinya menyertai pertand-

ingan ini, kumpulan I-CHEM telah merangkul anugerah EMAS. Kemenangan anugerah EMAS di dalam pertand-

ingan ini melayakkan kumpulan I-CHEM untuk ke ‘Regional Convention on Team Excellence’ yang telah ber-

langsung pada 4-5 Jun 2013 yang lepas di Hotel Equatorial, Pulau Pinang. Sekali lagi, kumpulan I-CHEM me-

menangi anugerah EMAS. Semoga kemenangan berganda ini menjadi titik tolak untuk lebih bersemangat lagi

sekiranya terpilih untuk mewakili ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti.

Tahniah I-CHEM: Mohamed Syazwan Osman, Mohd Azahar Mohd Ariff, Wan Zuraida Wan Kamis, Noorzalila

Muhammad Niza, Siti Maznah Hj. Sulaiman, Saiful Anuar Roswan, Hamizura Hassan, Rasyidah Alrozi, Husin-

banu Zakaruddin.

MINI KONVENSYEN KIK UITMPP Laporan oleh: Wan Zuraida Wan Kamis

’MINI CONVENTION AND REGIONAL CONVENTION ON TEAM EXCELLENCE 2013’ Laporan oleh: Noorzalila Muhammad Niza

Page 6: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang … akademik serta peningkatan insaniah secara fizikal dan spiritual. Terima Kasih. Wassalam. FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof

RECOGNITIONS

Apakah pekerjaan atau bidang kerjaya yang pernah diceburi? Selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah pertama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), saya telah diterima bekerja se-bagai jurutera proses (bahagian R&D) di Intel Technology Sdn Bhd, Bayan Lepas,Pulau Pinang dari 2006 – 2008 (2 tahun 11 bulan 14 hari). Ban-yak pengalaman sebenar sebagai seorang jurutera telah dikutip dan kadang-kadang perasaan bangga terbit apabila produk komputer di pasaran dan ru-mah banyak menggunakan cip pemprosesan Intel

yang telah direka pasukan kami. Seterusnya pada 22 Disember 2008, saya memulakan perjalanan karier sebagai seorang pensyarah muda kontrak di UiTM Pulau Pinang dan dilantik sebagai pensyarah tetap pada 27 Oktober 2010 sehingga kini.

Mengapa memilih profesion sebagai pensyarah? Saya bercita-cita menjadi pensyarah sejak tahun akhir di universiti kerana memikirkan bah wa profesion ini amat mulia apabila ilmu dan sumbangan kita dapat dirasai oleh masyarakat dan insya Allah diterima amal yang berpanjangan di sisi Allah. Walau bagaimanapun, saya mengambil keputusan untuk bekerja sebagai jurutera dahulu sebelum terjun ke bidang akademia ini kerana saya rasa amat penting jika saya ingin menjadi seorang pensyarah bi-dang kejuruteraan untuk merasai terlebih dahulu apa erti sebenarnya menjadi seorang ju-rutera. Saya fikir pengalaman singkat ini amat membantu dalam karier saya sekarang. Apakah rahsia kejayaan sehingga terpilih sebagai Tokoh Hari Kualiti? Tiada rahsia yang spesifik sebenarnya, pada hemat saya, “passion” atau minat amat penting untuk kita berjaya dalam karier. Saya selalu menganggap setiap tugasan yang diberikan se-bagai satu amanah untuk saya dan saya perlu lakukan dengan sebaik mungkin dalam ke-mampuan saya. Selain itu, rasa tanggungjawab mendidik anak bangsa sehingga berjaya menjadi salah satu motivasi terkuat saya untuk mencari keseronakan dalam bekerja tanpa memikirkan anugerah/pengiktirafan yang bakal diterima.

Sepanjang penglibatan sebagai seorang pensyarah, telah banyak penyelidikan yang telah dilakukan. Apakah yang mendorong minat untuk melakukan penyelidikan? Saya mempunyai satu kecenderungan suka merenung dan memikirkan sesuatu fenomena kehidupan dan apa saya boleh buat untuk menambahbaik keadaan tersebut. Sifat suka mengambil risiko, berfikiran di luar kotak amat membantu saya dalam dunia penyelidikan. Sungguhpun demikian, banyak lagi ilmu yang saya perlu dipelajari dalam dunia penyelidikan ini.

WAWANCARA BERSAMA TOKOH KUALITI UITMPP 2012

Page 7: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang … akademik serta peningkatan insaniah secara fizikal dan spiritual. Terima Kasih. Wassalam. FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof

RECOGNITIONS

Apakah penekanan dalam mendidik para pelajar universiti? Keseimbangan ilmu di dalam kelas (hard-skills) dan ilmu kehidupan (soft-skills) serta penajaman kedua-dua skil ini. Berdasarkan pengalaman saya di industri, keseimbangan dua-dua komponen ini amat penting bagi menatijahkan model graduan universiti yang unggul.

Idea untuk menarik minat pelajar dalam melakukan penyelidikan? Apakah caba-rannya? Suka berkongsi di dalam kelas bagaimana ilmu teori yang dipelajari dalam kelas mampu di-aplikasikan dalam dunia sebenar. Cabarannya pasti bagaimana ingin memecahkan benteng menggalakkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif dan sentiasa menjadi orang yang lebih baik dari hari sebelumnya.

Apakah cabaran sepanjang penglibatan dalam profesion ini? Saya saya menganggap setiap cabaran sebagai satu peluang untuk kita menjadi orang lebih baik dari sebagai satu halangan untuk berjaya. Jika ada mentaliti tersebut, insya Allah semuanya akan dipermudahkan Allah. Secara peribadi, saya lebih sukakan cabaran dalam hidup, kelak menjadi warna-warni mematangkan kita.

Bagaimana membahagikan masa antara kerja dan keluarga? Tahu bagaimana meletakkan prioriti pada tempat yang sewajarnya. Kadang-kadang kita ke-na bertugas di hujung minggu atau malam, jadi perlu kita cari ruang dan masa untuk meng-gantikan dengan masa yang berkualiti bersama keluarga. Sejujurnya, saya amat bersyukur dikurniakan seorang isteri dan anak-anak yang memahami kerja saya yang perlu memberi sumbangan kepada masyarakat.

Harapan pada masa akan datang? Saya ingin melihat universiti ini menjadi satu tempat yang lebih baik dari hari ini dan sentiasa membudayakan kecemerlangan dalam konteks bekerja. Setiap orang dalam organisasi me-mainkan peranan secara proaktif bagi meletakkan UiTM di mata dunia. Sesungguhnya per-juangan kita masih jauh lagi tapi kita sedang berada di landasan yang tepat.

En. Mohamed Syazwan Osman merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan telah memenangi Anugerah Tokoh Kualiti 2012, UiTM Pulau Pinang

Page 8: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang … akademik serta peningkatan insaniah secara fizikal dan spiritual. Terima Kasih. Wassalam. FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof

ChESS UPDATE

Majlis Anugerah Dekan untuk semester pengajian November 2012 – April 2013 telah diadakan pada tanggal 2 Mac 2013 yang lalu dan di-anjurkan oleh Persatuan Pelajar Kejuruteraan Kimia (ChESS). Majlis telah bermula seawal 8.30 malam dan telah diadakan di Dewan Serbaguna Kristal. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.50 ke atas dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Kimia (EH110) dimana seramai 121 orang pelajar telah diraikan pada majlis tersebut. Antara tentatif program majlis ialah ucapan perasmian dari koordinator pro-gram iaitu En. Muhammad Zahiruddin bin Ramli, persembahan dari Persatuan Kebudayaan UiTM Pulau Pinang, jamuan makan dan se-

terusnya program kemuncak adalah majlis penyampaian plak penghar-gaan kepada para pelajar. Majlis telah tamat pada sekitar jam 11.00

malam.

MALAM MAJLIS ANUGERAH DEKAN 

  Laporan Oleh: Filzah Anati Kasim  

PENCAPAIAN 2012:

1) Anugerah Persatuan/Kelab Terbaik Keseluruhan UiTM 2012

2) Tempat Pertama Kategori Kreatif/Inovatif

5) Anugerah Penasihat Persatuan Terbaik 2012: Mohamed Syazwan Osman

MAJLIS PRA GRADUASI SEMESTER 6  

Laporan Oleh: Najihah Ramli 

Pada 8 mac yang lalu, Majlis Pra Graduasi Semester 6 sesi Jun 

2010 ‐ Dis 2012 telah pun berlangsung di Hotel Summit Bukit 

Mertajam, Pulau Pinang. Majlis  tersebut  telah bermula pada 

jam 8.30 malam dengan kedatangan para pelajar dan diikuti 

oleh  para  pensyarah  dan  juga  tetamu.  Majlis  di  mulakan 

dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan alu ‐ aluan 

oleh  saudara Mohd Hanafiz  selaku wakil pelajar  semester 6. 

Cik Nur Fadzeelah meneruskan majlis dengan ucapan beliau 

selaku wakil kepada koordinator Fakulti Kejuruteraan Kimia.  

Majlis  tersebut dihadiri oleh hampir  semua pelajar  semester 

akhir dan para pensyarah  fakulti. Majlis diserikan  lagi dengan persembahan nyanyian oleh para pelajar yang mewakili 

kelas masing ‐ masing. Terdapat beberapa anugerah yang telah diberikan kepada pelajar dan juga pensyarah. Majlis ber‐

jalan  dengan  lancar  hasil  kerjasama  dari  ahli  jawatankuasa  majlis  ini.  Semoga  memori  sepanjang  tempoh  3  tahun 

perkenalan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. 

Page 9: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang … akademik serta peningkatan insaniah secara fizikal dan spiritual. Terima Kasih. Wassalam. FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof

ChESS UPDATE SEHARI BERSAMA PENASIHAT AKADEMIK 

SCIENCE INVENTION & INNOVATION COMPETITION 2012 

Persatuan  Pelajar  Kejuruteraan  Kimia  (ChESS)  UiTM  Pulau  Pinang 

telah membuka tirai Semester 2 2012/2013 dengan mengadakan aktiviti 

yang bertemakan ukhuwah untuk mengeratkan hubungan silaturahim 

antara pelajar dan pensyarah Kejuruteraan Kimia. Pada 5  Januari 2013 

yang  lepas,  ChESS  telah  mengadakan  satu  program  Sehari  Bersama 

Penasihat Akademik Fakulti Kejuruteraan Kimia yang disertai seramai 

135 orang pelajar dan 6 orang pensyarah di Pantai Kerachut, Teluk Ba‐

hang, Pulau Pinang. Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi dimana 

para pelajar berkumpul di depo bas untuk menaiki bas ke Taman Nega‐

ra Teluk Bahang,  Pulau  Pinang.  Setiba  disana,  pelajar  dan  pensyarah 

diberi  penerangan  dan  taklimat  serba  sedikit  tentang  Taman  Negara 

Teluk Bahang, Pulau Pinang. Pelajar perlu mendaki bukit dan merentasi 

hutan  untuk  sampai  ke  Pantai  Kerachut.  Pelajar  dan  pensyarah  telah 

dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bergerak mengikut kum‐

pulan. Pergerakan dan perjalan program bergerak dengan  lancar  tanpa 

sebarang masalah besar. Pelajar juga dapat menikmati alam sekitar dan 

panorama  indah  di  dalam  hutan.  Perjalanan mendaki  dan merentasi 

hutan mengambil masa  selama  3  jam. Selepas  sampai  sahaja di Pantai 

Kerachut,  para  pelajar  berehat,  makan  dan  solat  zohor.  Selepas  itu, 

bebrapa aktiviti telah dilakukan disana yang disertai oleh pelajar dan 

pensyarah  

Page 10: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang … akademik serta peningkatan insaniah secara fizikal dan spiritual. Terima Kasih. Wassalam. FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof

PAST EVENTS BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS SOALAN DAN SEMAKAN KOKURIKULUM FKK DI UITM DUNGUN 

Laporan oleh: Nurulhuda Amri 

Bengkel Penyediaan Kertas Soalan dan semakan silibus bagi Fakulti Kejuruteraan Kimia telah diadakan pada 20-23 November 2012 bertempat di Hotel UiTM Dungun, Terengganu. Pada kali ini, bengkel ini telah dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Dungun. Bengkel ini telah dihadiri oleh hampir kesemua pensyarah daripada cawangan Pu-lau Pinang, Dungun dan 3 orang wakil daripada UiTM Shah Alam iaitu Dr. Nornizar Anuar, Puan Sharmeela Matali dan Puan Amizon Azizan. Di dalam bengkel ini, para pensyarah dari kedua-dua cawangan telah berkumpul untuk menye-mak kembali kertas-kertas soalan peperiksaan akhir yang telah disediakan oleh para pensyarah bagi setiap kod kur-sus dari segi kandungan dan kualiti soalan dan ianya telah dipantau oleh ketiga-tiga wakil dari UiTM Shah Alam. Selain daripada itu, para pensyarah juga telah menyemak dan mengemaskini kembali CO-PO bagi setiap subjek agar CO-PO yang telah ditetapkan di dalam dokumen selari dengan data analisis OBE yang dijalankan pada setiap semester. Di samping itu, para pensyarah juga telah berbincang mengenai kursus-kursus yang bakal ditawarkan kepada di dalam pakej 4 iaitu pakej terkini bagi program Diploma EH110 yang dijangka akan mula dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Diharap bengkel ini dapat diterus-kan pada masa-masa akan datang bagi mengekalkan kualiti kertas soalan peperiksaan akhir dan secara tidak langsung ianya dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama para pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM di seluruh Malaysia.

KEM PENGURUSAN ORGANISASI DAN AKTIVITI FKK

Laporan oleh: Nur Fadzeelah Abu Kassim

Seramai 45 orang peserta telah menyertai Kursus Pengurusan Or-ganisasi dan Aktiviti FKK 2013 yang telah diadakan pada 23 – 24 Februari 2013 di Kem Ayer Itam, Batu Kurau, Perak. Tujuan pro-gram ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada sekretariat NACES 2013 dan I-SORAE 2013 tentang pengurusan sebuah organisasi yang lebih efisien disamping tujuan utamanya adalah untuk menjayakan program pertandingan NACES 2013 di peringkat kebangsaan dan persidangan I-SORAE 2013 di peringkat antarabangsa. Kedua-dua program ini berunsurkan kecemerlangan akademik dan bakal diadakan sekitar November 2013 di mana Fa-kulti Kejuruteraan Kimia akan menjadi pengajur atau tuan rumah. Beberapa aktiviti telah disediakan oleh fasilitator-fasilitator yang ber-

pengalaman yang terdiri daripada 4 orang pensyarah FKK UiTM Pulau Pinang seperti permainan Ice Breaking, “Aku, Kau dan Dia” dan “Akulah Si Buta Itu”. Di samping itu, para peserta telah menjalani ujian personaliti untuk mengenali potensi diri masing-masing. Pada program ini juga, para peserta telah berjaya membentuk organisasi untuk kedua-dua buah program di samping skop tugas dan tanggungjawab untuk setiap unit yang bakal terlibat telah dibincangkan secara terperinci. Di akhir program, seorang fasilitator jemputan iaitu pensyarah FKK UiTM Shah Alam telah berkongsi pengalaman dan idea beliau bersama-sama dengan para peserta ketika menganjurkan NACES 2010.

10 

Page 11: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang … akademik serta peningkatan insaniah secara fizikal dan spiritual. Terima Kasih. Wassalam. FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof

REFLECTION 11 

TEKNOLOGI OH TEKNOLOGI…

Pada ruangan kali ini, kak Suri ingin mengaitkan perubahan zaman dalam bidang teknologi yang memberi kesan ter-hadap pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan. Kak Suri akan berkongsi pengalaman kak Suri berkenaan dengan zaman ketika kak Suri menuntut ilmu iaitu bermula dari zaman persekolahan sehinggalah zaman kak Suri di universiti.

Di zaman sekolah rendah kak Suri, buku-buku rujukan UPSR yang berada di pasaran adalah sangat terhad dan bilangan penerbit buku yang ada boleh dikira dengan jari. Ini menyebabkan buku-buku rujukan yang sesuai agak sukar didapati. Justeru itu, selain daripada ilmu yang dapat ditimba dari guru-guru di sekolah, tempat yang sering kak Suri kunjungi adalah perpustakaan awam. Di tempat sebeginilah, kak Suri boleh mendapatkan rujukan yang lebih variasi selain daripada buku teks.

Ketika di alam sekolah menengah pula, kak Suri mula mempelajari menggunakan komputer. Penggunaan komputer pada ketika itu lebih terjurus kepada penyediaan dokumen-dokumen yang boleh disimpan dan diubahsuai. Pada masa itu juga merupakan peralihan penggunaan mesin taip kepada penggunaan komputer. Sistem operasi WINDOWS ketika itu masih baru dan ianya telah berjaya menggantikan sistem operasi DOS yang kurang mesra pengguna. Kak Suri masih ingat lagi, warna skrin yang dipaparkan adalah hitam putih ala-ala zaman filem P Ramlee.

Di awal kewujudan internet di Malaysia pula hanya bermula dua tahun sebelum kak Suri menghabiskan pengajian di universiti. Dari situ kak Suri kenal apakah itu email dan yahoo. Pada ketika itu, pelajar-pelajar universiti hanya mampu memiliki komputer yang berjenis desktop yang berharga linkungan RM5000 di mana prestasi dan keupayaan komputer pada ketika itu adalah agak terhad. Jadi, tugasan hanya boleh dilakukan di bilik kolej mahupun rumah sewa. Ianya ber-tambah sukar jika terdapat pembahagian tugasan dalam kumpulan terutama maklum balas dari ahli-ahli kumpulan amat diperlukan.

Di samping itu juga, salah satu penyimpan data mudah alih pada ketika itu ialah floppy disk atau dikenali sebagai disket di mana saiz penyimpanannya hanya sebesar 1.44 MB telah diperkenalkan. Mungkin para pelajar tertanya-tertanya, apakah jenis fail yang boleh dimuatkan dengan disket sebesar itu? Apa yang kak Suri boleh gambarkan di sini ialah satu disket hanya boleh memuatkan 3 – 4 artikel penyelidikan sahaja. Jika kak Suri mahu menyimpan lebih artikel, maka terpaksalah kak Suri mendapatkan satu set di mana terdapat 10 keping disket. Berbanding dengan pendrive yang ber-saiz kecil dan agak tahan lasak, disket lebih mudah rosak dan lebih mudah diserang virus. Ini menambahkan lagi kesu-karan terhadap simpanan data yang telah dilakukan.

Untuk menghasilkan laporan projek sarjana muda (tesis) pula, mendapatkan artikel penyelidikan yang bersesuai men-jadi salah satu cabaran pada ketika itu. Sistem pengkalan data dalam talian (online database) masih terlalu baru. Untuk mendapatkan artikel-artikel yang bersesuaian, kak Suri akan duduk seharian di perpustakaan dan membelek jurnal-jurnal di rak-rak jurnal satu persatu. Pada ketika itu, kak Suri sangat pasti yang pencarian artikel sangat tidak efektif dan tidak menyeluruh kerana ianya bergantung kepada nasib, sama ada artikel yang sesuai dijumpai ataupun tidak. Ini me-nyukarkan para penyelidik pada ketika itu untuk mencari artikel yang bersesuaian dan yang terkini untuk bidang penyelidikan masing-masing.

Namun sekarang, satu perkembangan yang amat ketara iaitu ledakan teknologi telah merubah pencarian maklumat mahupun ilmu pengetahuan berbanding secara konvensional. Penggunaan internet sebagai medium komunikasi pada awalnya telah berkembang menjadi satu medium perkongsian dan penyebaran maklumat mahupun ilmu pengetahuan. Manakala penggunaan teknologi berasaskan laman sesawang sosial untuk perkongsian maklumat seperti rangkaian; facebook, twitter dan lain-lain lagi membolehkan pelajar-pelajar berhubung dengan lebih efektif antara rakan sekuliah mahupun rakan sekumpulan.

Kini, ilmu pengetahuan hanya boleh dicapai di hujung jari sahaja menerusi internet. Tetapi harus diingatkan lambakan maklumat dan ilmu pengetahuan yang boleh dicapai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja ini memungkinkan para pelajar cenderung untuk menghadapi masalah dalam menentukan maklumat dan ilmu pengetahuan yang ber-sesuaian yang perlu dicapai. Di samping itu juga, para pelajar akan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang terdapat di internet kerana tidak semua maklumat yang diperolehi adalah bermanfaat dan berunsurkan positif. Justeru itu, para pelajar haruslah bijak dalam membuat penilaian dan pilihan yang tepat tentang apa yang cuba dicapai menerusi internet.

Apa yang menyedihkan kak Suri, para pelajar dilihat tidak mengambil peluang atau langkah yang positif dalam pencari-an maklumat dan ilmu pengetahuan menerusi internet berbanding dengan zaman ketika kak Suri menuntut di universiti dahulu. Para pelajar kelihatan cenderung mencari bahan-bahan berunsur hiburan ataupun yang berunsurkan negatif. Natijahnya, para pelajar generasi ini, generasi V (Virtual Generation) menjadi tidak pro aktif, malas berusaha, kurang daya saing, kurang kemahiran berkomunikasi, kurang kemahiran kerja berpasukan dan lain-lain lagi. Secara kese-luruhannya, kak Suri boleh rumuskan secara lebih tepat sebagai kurangnya kemahiran insaniah dalam diri para pelajar.

Kesimpulannya, pelajar seharusnya bijak menilai dan menguasai apa yang dicapai melalui internet dan tidak menjadi pengguna internet yang pasif di mana menerima apa saja yang dicapai dan dibaca. Para pelajar seharusnya menjadi lebih kritikal terhadap apa yang diperolehi serta mengambil manfaat yang semaksima mungkin dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan kesan dari ledakan teknolgi kini. Maka akan lahirlah generasi yang peka kepada peru-bahan teknologi dan mampu berdaya saing di peringkat globalisasi.  

Page 12: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang … akademik serta peningkatan insaniah secara fizikal dan spiritual. Terima Kasih. Wassalam. FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof

BIOGRAPHY

NAME: NURULHUDA BINTI AMRI

BORN: 21 NOVEMBER 1982, IPOH, PERAK

ALMA MATER: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (B. ENG, MSc CHEMICAL ENGINEERING)

INTEREST: SHOPPING AND TRAVELLING

PLACE OF INTEREST: MAKKAH AND

MADINAH

Tell us about your family.  

I’m a wife and mother of two daughters. 

What is your philosophy in teaching and learning? 

I believe that all students can learn, but how they learn largely depends on their prior knowledge, the 

method of instruction with which they learn most successfully, and their attitude towards learning. 

What were your favorite and least favorite chemical engineering classes? 

Favorite chemical engineering class is Fluid Flow in Chemical Engineering and least favorite is Com‐

putational Method in Chemical Engineering 

Other than chemical engineering, what field that you are interested to study?  

Material Engineering. 

What was the best memory of your time at UiTM?   

The best moment at UiTM is when I was selected as one of the favorite lecturers for FKK in 2009/2010. 

Where you will be in 10 years from now?   

Still in UiTM because UiTM Sentiasa DiHatiku~ 

What are some of your beliefs on how to be successful? 

In order to succeed, your desire for success should be greater than your fear of failure. 

 

What advices would you give to currents students and recent graduates?  

Strength doesn’t come  from winning….Your struggles develop your strength…When you go through 

hardships…And decide not to surrender…That is strength. 

12 

Page 13: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang … akademik serta peningkatan insaniah secara fizikal dan spiritual. Terima Kasih. Wassalam. FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof

REMINISCENCE

By: NORHASLINDA NASUHA

13 

Page 14: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang … akademik serta peningkatan insaniah secara fizikal dan spiritual. Terima Kasih. Wassalam. FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof

Enquiries & Feedback: 

Faculty of Chemical Engineering, 

UiTM Cawangan Pulau Pinang, 

13500 Permatang Pauh, 

Pulau Pinang. 

Tel: 04‐3822536 

UPCOMING EVENT:UPCOMING EVENT: