universiti teknologi malaysia borang pengesahan … · utm dari segi sikap, ... senarai...
TRANSCRIPT
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI PELAJAR ALIRAN SAINS TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN,
UTM DARI SEGI SIKAP, MINAT DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG POSITIF SEBELUM MENJALANI LATIHAN MENGAJAR
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya NURUL IZZAH BINTI SHARIF
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Pepustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pepustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara Institusi
Pengajian Tinggi 4. Sila tandakan ( / ) ** SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan Oleh _______________________________ _______ ______________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh : 2 MEI 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
**Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengari menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tcsis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
/
NO. 18 JALAN IDAMAN 3, TAMAN IDAMAN, 86000 KLUANG, JOHOR
PROF. MADYA DR. MOHAMMAD YUSOF BIN ARSHAD
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. MOHAMMAD YUSOF BIN ARSHAD
Tarikh : 2 MEI 2008
PERSEPSI PELAJAR ALIRAN SAINS TAHUN DUA FAKULTI
PENDIDIKAN DARI SEGI SIKAP, MINAT DAN PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN YANG POSITIF SEBELUM MENJALANI LATIHAN
MENGAJAR
NURUL IZZAH BINTI SHARIF
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
i
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satu telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : NURUL IZZAH BINTI SHARIF
Tarikh : 2 MEI 2008
ii
DEDIKASI
Khas buat ibu dan ayah tersayang
Hajjah Rohani Binti Abu Talib
dan
Haji Sharif Bin Md. Yatim
Yang tidak jemu-jemu menitipkan
Kata-kata semangat buat anakmu ini
Tanpa kalian perjuanganku ini tak mungkin berjaya
Buat kakak dan adik yang dikasihi
Nurul Huda Binti Sharif
dan
Muhammad Hazim Bin Sharif
Yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan
Yang tidak berbelah Bagi
Buat rakan-rakan seperjuangan
Nurul Haini Binti Zakaria, Noor Rafidah Binti Haji Dollah
Kasmalizi Binti Abdullah dan Siti Hajar Binti Alias
Yang sentiasa memberikan buah fikiran dan idea yang bernas
Terima kasih untuk segalanya
iii
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinnya,
dapatlah saya menyiapkan projek sarjana muda ini. Saya ingin merakamkan jutaan
terima kasih dan penghargaan kepada Profesor Madya Dr Mohammad Yusof Bin
Arshad selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini atas segala bimbingan, bantuan,
keprihatinan dan nasihat serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh
penyelidik menjalankan kajian ini. Segala ilmu yang diberikan amat berharga, tidak
dapat dibalas dengan wang ringgit dan akan dikenang sepanjang hayat.
Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada bonda dan ayahanda yang
disayangi kerana banyak memberi bantuan dari segala aspek sehingga tamatnya
kajian ini. Semoga mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Buat rakan-rakan yang dikasihi, terima kasih di atas bantuan dan sokongan
yang diberikan selama ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak dalam menjalankan kajian ini. Semoga Allah
sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Amin.
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar aliran sains tahun dua
fakulti pendidikan dari segi sikap, minat dan persekitaran pembelajaran yang positif
sebelum menjalani latihan mengajar. Sampel kajian terdiri daripada 132 orang
pelajar aliran sains tahun dua Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan
diwakili oleh pelajar-pelajar daripada enam kursus berlainan iaitu Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) – SPC, Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Fizik) - SPF, Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Serta Pendidikan
(Kimia) - SPK, Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi serta pendidikan ((Fizik) -
SPP, Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) – SPN, Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) – SPM, Ijazah Sarjana Muda Sains dan
Teknologi Serta Pendidikan (Matematik) – SPT. Kajian ini dijalankan di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan instrumen yang digunakan ialah soal
selidik yang mengandungi dua bahagian utama iaitu maklumat berkenaan latar
belakang responden dan persoalan kajian. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan SPSS 11.5 (Statistical Package for Social Science) bagi mendapatkan
nilai min, kekerapan dan sisihan piawai. Kajian Rintis telah dijalankan untuk
menguji kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Hasil kajian rintis mendapati
nilai α = 0.93. Berdasarkan kajian sebenar yang dijalankan oleh penyelidik
mendapati persepsi sikap, minat dan persekitaran pembelajaran yang positif sebelum
menjalani latihan mengajar guru-guru pelatih berada pada tahap yang tinggi. Secara
keseluruhannya, guru-guru pelatih ini telah bersedia untuk menjalani latihan
mengajar. Oleh yang demikian, guru-guru pelatih ini mampu membawa aspirasi
kerajaan dalam mendidik anak-anak muridnya menjadi insan yang cemerlang baik
dari segi akademik mahupun dari segi sahsiah.
v
ABSTRACT
The objective of this study is to determine the perception of second year
science stream undergraduates from Faculty of Education, UTM in terms of attitude,
interest and positive learning environment before undergoing their teachers training.
Samples for this study are 132 second year science stream students from the Faculty
of Education, Universiti Teknologi Malaysia. Respondents were from six different
courses namely Bachelor of Science and Education (Chemistry) – SPC, Bachelor of
Science and Education (Physics) – SPF, Bachelor of Science and Technology and
Education (Chemistry) – SPK, Bachelor of Science and Technology and Education
(Physics) – SPP, Bachelor of Science and Technology and Education (Science) –
SPN, Bachelor of Science and Education (Mathematics) – SPM, Bachelor of Science
and Technology and Education (Mathematics) – SPT. This study is conducted in the
Faculty of Education, UTM. Instrument of research is a set of questionnaire
consisting of 2 parts – background information of the respondents and questions for
this study respectively. Data obtained were analysed using the Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) software version 11.5 to obtain mean, frequency and
percentage. The pilot test was carried out to determine the internal consistency of the
questionnaire. Result reveal the value of α = 0.93. Based on the real study, all three
perceptions of attitude, interest and positive learning environment before undergoing
their teachers training are high. This showed that trainee teachers are ready to
undergo their teachers training. Hence, these future teachers are capable in educating
students wholesomely in line with the country’s aspiration.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
TAJUK
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN i
DEDIKASI ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL x
SENARAI SIMBOL/ISTILAH xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 3
1.2.1 Latihan Mengajar dan Guru Pelatih 3
1.2.2 Sikap dan Minat 4
1.2.3 Persekitaran pembelajaran yang Positif 6
vii
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan kajian 8
1.6 Kepentingan kajian 9
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Istilah 11
1.10 Penutup 13
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Latihan Mengajar dan kepentingannya 15
2.3 Model Latihan Mengajar 15
Universiti Teknologi Malaysia
2.4 Objektif Latihan Mengajar 16
2.5 Sikap 17
2.6 Minat 20
2.7 Persekitaran Pembelajaran Yang Positif 22
2.8 Penutup 24
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Reka Bentuk Kajian 25
3.3 Instrumen Kajian 26
3.4 Prosedur Kajian 29
3.5 Kajian Rintis 29
3.6 Analisis Data 30
3.7 Populasi Kajian 31
viii
3.8 Sampel Kajian 32
3.9 Pengumpulan Data Sekunder 34
3.10 Penutup 34
BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 35
4.2 Penganalisaan Data 35
4.3 Persepsi Sikap Guru Pelatih Sebelum Menjalani 36
Latihan Mengajar
4.4 Persepsi Minat Guru Pelatih Sebelum Menjalani 40
Latihan Mengajar
4.5 Persepsi Guru Pelatih Terhadap Persekitaran 43
Pembelajaran yang Positif Sebelum Menjalani
Latihan Mengajar
4.6 Penutup 46
BAB 5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 47
5.2 Rumusan Kajian 47
5.3 Implikasi Kajian 49
5.4 Cadangan Kajian 50
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 51
5.6 Penutup 52
RUJUKAN 53
LAMPIRAN
LAMPIRAN A 59
x
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Item soalan mengikut persoalan kajian 28
3.2 Skala Likert 28
3.3 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 30
3.4 Taburan Bilangan dan Peratus Responden
Mengikut Jantina
32
3.5 Taburan Bilangan dan Peratus Responden
Mengikut Kaum/Etnik
33
3.6 Taburan Bilangan dan Peratus Responden
Mengikut Tahun dan Kursus
33
4.1 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan
Min bagi Persepsi Sikap Sebelum Menjalani
Latihan Mengajar
59
4.2 Taburan Responden Mengikut Frekuensi
terhadap pandangan sikap yang perlu ada bagi
seseorang guru pelatih
60
4.3 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan
Min bagi Persepsi Minat Sebelum Menjalani
Latihan Mengajar
62
4.4 Taburan Responden Mengikut Frekuensi
terhadap pandangan tentang cara menimbulkan
minat seseorang guru pelatih
63
4.5 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan 64
xi
Min bagi Persepsi Persekitaran pembelajaran
yang positif Sebelum Menjalani Latihan
Mengajar
4.6 Taburan Responden Mengikut Frekuensi
terhadap pandangan cara untuk mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang positif di dalam
kelas bagi seseorang guru pelatih
66
xii
SENARAI SIMBOL/ ISTILAH
IPG Institut Pendidikan Guru
SPC Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
SPK Sarjana Muda Sains dan Teknologi Serta Pendidikan (Kimia)
SPF Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
SPP Sarjana Muda Sains dan Teknologi Serta Pendidikan (Fizik)
SPN Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
SPT Sarjana Muda Sains dan Teknologi Serta Pendidikan (Matematik)
NSTA National Science Teaching Association
SPSS Standard Package for Social Science
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan satu bidang yang penting dalam perkembangan dan
pembangunan negara. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai wawasan
2020, beberapa agenda telah dirangka bagi mencapai matlamat tersebut. Melalui
Rancangan Malaysia ke-9, pendidikan di bawah pimpinan Menteri Pelajaran
Malaysia, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussein telah merangka satu agenda
iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bagi memastikan pendidikan
yang dicapai adalah yang bertaraf dunia seiring dengan perkembangan pendidikan
negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Terdapat enam teras yang telah
digariskan dan teras kelima yang ditekankan ialah memartabatkan profesion
keguruan. Dalam memartabatkan profesion keguruan, Kementerian Pelajaran telah
memantapkan latihan perguruan dengan menaik taraf maktab perguruan kepada
Institusi Pendidikan Guru (IPG) bagi penganugerahan ijazah kepada lepasan IPG
(Utusan Malaysia, 3 Julai 2007).
Menurut Esah (2003), profesion bermaksud pekerjaaan yang memerlukan
pengetahuan dan kepakaran tertentu. Dalam konteks profesion keguruan ini
bermaksud seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang
2
tinggi supaya pengajaran yang dilaksanakan dapat difahami para pelajarnya. Ciri-ciri
profesion keguruan antaranya ialah guru dapat menjalankan tugas dengan cekap,
mempelajari pelbagai aspek termasuk psikologi, sosiologi, falsafah, pedagogi,
teknologi pendidikan dan sebagainya, mempunyai kod etika, mempunyai kuasa
terhadap pelajar dan boleh mengubahsuai dari segi kaedah pengajaran, penilaian dan
juga perancangan pengajaran (Mohd Salleh, 2000).
Oleh sebab itu, latihan perguruan atau pun dikenali juga sebagai latihan
mengajar itu penting sebelum seseorang bakal guru itu mengajar di sekolah supaya
guru-guru yang dilahirkan kelak berkualiti tinggi. Guru yang berkualiti tinggi
mampu membawa hasrat dan matlamat pendidikan negara ke dalam masyarakat.
Guru yang baik mampu melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh
tanggungjawab dalam membinbing anak muridnya. Maka jelaslah di sini, betapa
pentingnya peranan guru dalam mencorak anak bangsanya sehingga mampu
melahirkan cendekiawan yang dapat membangun dan memartabatkan kualiti
pendidikan negara.
Persediaan guru-guru baru dan pembangunan keprofesionalan yang sedang
dijalankan terhadap guru yang sedang berkhidmat merupakan kunci pendidikan.
Oleh yang demikian, Universiti Teknologi Malaysia telah mensyaratkan bagi
seseorang pelajar yang akan menjalani latihan mengajar beberapa peraturan yang
perlu dipatuhi iaitu antaranya lulus mata pelajaran Asas Pedagogi dan Kaedah
Mengajar dan lulus dengan sekurang-kurangnya memperolehi gred B+ bagi mata
pelajaran Pengajaran Mikro serta memenuhi syarat minimum (CPA sekurang-
kurangnya 2.00) dan lulus mata pelajaran pengkhususan (Panduan Latihan Praktik
UTM, 2003).
Latihan Mengajar merupakan faktor penting dalam program pendidikan
perguruan yang memberi peluang kepada guru pelatih mendapat pengalaman amali di
dalam bilik darjah. Menurut Abdul Raof dan Subahan (1991), antara tujuan latihan
mengajar adalah untuk memberi peluang guru pelatih mempergunakan segala teori
3
dan prinsip pengajaran. Maka, guru yang bakal dilahirkan kelak dapat memenuhi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan daripada segi berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
1.2 Latar Belakang Masalah
1.2.1 Latihan Mengajar dan Guru Pelatih
Kursus Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia telah diperkenalkan
bermula pada tahun 1972 (Laporan Tahunan Fakulti Sains 1972-73) dalam Aziz,
Zaleha dan Zulkifli (1989) dan sejak itu telah banyak perubahan telah berlaku di
dalam pengendalian latihan mengajar.
Latihan Mengajar merupakan program yang bertujuan memberikan
pendedahan, pengalaman dan kemahiran mengajar bakal-bakal guru di dalam situasi
sebenar dan ia merupakan perkara yang wajib sebelum seseorang itu layak menjadi
guru. Menurut Ismail (1989), latihan mengajar telah dijadikan satu gelanggang di
mana guru pelatih mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan
mengajar, menimba pengetahuan dan kemahiran baru dan memberi pengalaman
sebenar mengenai tugas seorang guru.
Bagi pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, mereka akan
menjalani latihan mengajar selama satu semester iaitu 13 minggu dan pada semester
ke lima setelah 2 tahun mengikuti pengajian di UTM. Selama 2 tahun mereka
4
mempelajari teori dan kemahiran praktik untuk membolehkan mereka menghadapi
suasana pengajaran guru yang sebenar.
Namun begitu, banyak rungutan dan pandangan negatif daripada pihak
sekolah berhubung dengan kemahiran penyampaian guru pelatih. Guru pelatih
merupakan seseorang yang sedang menjalani latihan mengajar dan memerlukan
bantuan dan tunjuk ajar orang lain yang lebih mahir dan berpengalaman. Glatthorn
(1996), berpendapat bahawa guru pelatih boleh dibahagikan kepada tiga kelas iaitu
”natural”, ” Struggling beginners” dan ”loser”. ”Struggling beginners” dan ”loser”
biasanya mengalami masalah dalam pengajaran mereka. Golongan ”Struggling
beginners” ini merupakan yang menghadapi masalah semasa baru dalam bidang
pendidikan dan kebanyakan guru pelatih tergolongan dalam golongan ini. Golongan
”loser” pula merupakan mereka yang tiada atau kurang berbakat untuk menjadi
seorang guru. Manakala golongan ketiga iaitu ”natural” merupakan mereka yang
dikurniakan dengan bakat secara semulajadi dan kebiasaannya mereka jarang
menghadapi kesukaran semasa latihan mengajar.
1.2.2 Sikap dan minat
Latihan praktik merupakan satu peluang bagi guru pelatih untuk mempelajari
segala teori yang telah dipelajari dan diaplikasikan dalam situasi pembelajaran
sebenar. Menurut Abdul Raof dan Subahan (1991), serta Mok dan Lee (1988)
beberapa perkara yang penting yang perlu ada dalam diri guru pelatih antaranya
adalah sahsiah. Kedua-duanya mempunyai pandangan yang sama berhubung aspek
tersebut. Ia disokong oleh Kamaruddin (1986) yang mana beliau juga menyatakan
bahawa antara aspek penting yang perlu ada pada seorang guru pelatih ialah
personaliti semasa mengajar di dalam bilik darjah. Guru merupakan “role” model
kepada masyarakat hari ini dan segala tindak tanduk guru itu diperhatikan
termasuklah aspek kendiri guru itu seperti personaliti dan ketrampilan diri mereka.
5
Menurut Abdul Rahim et al. (1992) dalam buku Panduan Latihan Mengajar,
antara kelemahan guru pelatih yang menjadi punca masalah disiplin adalah
personaliti yang lemah, sikap yang tidak baik dan hubungan yang tidak harmoni
antara guru pelatih dengan pelajar. Personaliti yang lemah merujuk kepada kurang
berminat dengan pengajaran, kurang dedikasi dan kurang kebolehan mempengaruhi
minat pelajar. Menurut Siti Asma (2000), guru-guru pelatih mestilah mempunyai
personaliti yang baik, cekap dan yakin kepada apa yang disampaikan dan kebolehan
menarik minat pelajar kepada pembelajaran dan pengajaran. Sementara itu, sikap
yang tidak baik adalah kurang ciri-ciri kepimpinan dan tidak menghayati watak-
watak guru yang baik seperti memperkecilkan pelajar dan menghina pelajar.
Menurut Abdul Raof dan Subahan (1991) mendapati sikap dan tingkah laku
guru pelatih adalah seperti ada guru pelatih yang mengajar tidak mengikut rancangan
pelajaran yang disediakan pihak sekolah, guru pelatih tidak berminat mengajar kelas
yang lemah, guru pelatih tidak mengambil berat tentang disiplin pelajar, guru pelatih
tidak atau jarang mahu berbincang dengan guru kanan mata pelajaran sekolah dalam
menyelesaikan masalah. Mereka lebih suka membincangkannya dengan penyelia
masing-masing. Selain daripada itu, guru pelatih kurang melibatkan diri dengan
program sekolah. Mereka menganggap tugasnya di sekolah adalah sementara dan
tidak perlu melibatkan diri secara terus. Penyataan ini disokong oleh Normanhisam
(2000) yang menyatakan bahawa guru pelatih kurang berminat untuk memikul tugas-
tugas lain daripada mengajar. Walau bagaimanapun, mereka sebenarnya tidak dapat
menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap latihan mengajar dan kurang berminat
dengan profesion perguruan. Ini disebabkan apabila seseorang itu memasuki
profesion perguruan mereka seharusnya melibatkan diri secara menyeluruh dalam
aktiviti sekolah termasuk aktivti kokurikulum.
6
1.2.3 Persekitaran Pembelajaran yang Positif
Persekitaran pembelajaran merupakan aspek penting semasa latihan
mengajar. Ia dapat menunjukkan bagaimana seseorang guru pelatih dapat mengawal
kelas dengan baik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Kajian yang
dijalankan oleh Vaughn, Bos dan Schum (1997) terhadap guru pelatih melaporkan
bahawa program pendidikan yang mereka ikuti tidak menekankan aspek kesediaan
untuk menghadapi tuntutan pengajaran di bilik darjah dengan masalah-masalah yang
dihadapi oleh mereka. Hal ini disebabkan program pendidikan lebih kepada
pengajaran secara teori dan guru pelatih sukar untuk mengaplikasikan dalam situasi
pembelajaran yang sebenarnya. Malah ada antara guru pelatih yang cemerlang dalam
bidang teori tetapi lemah dalam praktik iaitu semasa menjalani latihan mengajar.
Guru pelatih ini tidak dapat menyesuaikan diri dengan situasi tersebut menyebabkan
mereka gagal dalam program latihan mengajar.
Selain itu, terdapat guru pelatih yang tidak menggunakan kaedah pengajaran
yang sesuai semasa pengajaran di dalam bilik darjah dan juga makmal iaitu kaedah
tidak jelas dan tidak dipelbagaikan serta tidak menerapkan kemahiran saintifik Ini
disokong oleh Abu Hassan dan Meor Ibrahim (1995), guru seringkali gagal
menyampaikan isi pelajaran dengan menggunakan kaedah atau pendekatan yang
sesuai dan mudah dipelajari murid. Perkembangan pelajaran seringkali terlalu cepat
dan tidak jelas tanpa mengambil kira pencapaian murid. Sementara itu, menurut
Abdul Raof dan Subahan (1991), terdapat segelintir guru pelatih tidak kreatif dan
inovatif dalam pengajaran dan ABM yang digunakan stereotaip. Penyataan ini turut
disokong oleh Aziz, Mohammad Yusof dan Mohd Salleh (1995), yang menyatakan
antara kelemahan guru pelatih adalah tidak menggunakan ABM sepenuhnya, tidak
dapat dilihat dengan jelas oleh murid dan ABM yang disediakan tidak ada kaitan
dengan pengajaran atau tidak sesuai dengan tajuk yang diajar. Selain itu, terdapat
guru pelatih yang tidak dapat mengurus kelas dengan sempurna, pengurusan masa
dan disiplin yang agak lemah.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Latihan Mengajar yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia merupakan satu persediaan yang penting bagi seseorang bakal
guru menjadi seorang guru yang diharapkan dapat memenuhi aspirasi kerajaan.
Segala teori dan kemahiran yang diperoleh semasa latihan mengajar dapat membantu
seseorang bakal guru itu apabila menjadi seorang guru yang sebenar. Latihan
mengajar yang dilalui oleh setiap guru pelatih akan memberi satu kesan positif atau
sebaliknya kepada individu itu sendiri. Namun demikian, kewibawaan guru pelatih
sering dikritik dalam menjalankan tugas dengan kurang berkesan. Sewajarnya guru
pelatih haruslah berkeyakinan untuk berhadapan situasi sebenar proses pengajaran
dalam bilik darjah.
Beberapa isu yang telah dibincangkan di dalam latar belakang masalah
mendapati guru pelatih akan menghadapi beberapa masalah sebelum menghadapi
latihan mengajar. Oleh yang demikian, bagi memastikan sejauh mana kerumitan
masalah ini, satu kajian harus dilakukan bagi memastikan kesahihan masalah ini
terhadap pelajar tahun dua yang mengambil aliran sains sesi 2007/2008 sebelum
mereka menghadapi latihan mengajar. Bagaimana persepsi mereka terhadap
masalah-masalah yang telah timbul sebelum ini dan adakah mereka berkeyakinan
untuk menghadapi situasi yang telah disebutkan di atas? Adakah pelajar aliran sains
tahun dua sesi 2007/2008 ini bakal menghadapi masalah yang sama sebelum
menghadapi latihan mengajar? Oleh yang demikian, pengkaji telah memfokuskan
kajian ini untuk mengkaji persepsi guru pelatih yang merangkumi tiga aspek yang
utama iaitu sikap, minat dan persekitaran pembelajaran yang positif.
8
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauhmanakah persediaaan guru-guru
pelatih Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia sebelum menjalani
Latihan Mengajar. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:
a. Untuk mengenal pasti persepsi sikap guru pelatih sebelum
menjalani latihan mengajar.
b. Untuk mengenal pasti persepsi minat guru pelatih sebelum
menjalani latihan mengajar.
c. Untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap persekitaran
pembelajaran yang positif sebelum menjalani latihan mengajar.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan di bawah :
a. Apakah persepsi sikap guru pelatih sebelum menjalani latihan
mengajar?
b. Apakah persepsi minat guru pelatih sebelum menjalani latihan
mengajar?
c. Apakah persepsi guru pelatih terhadap persekitaran pembelajaran
yang positif sebelum menjalani latihan mengajar?