unit 9 (perancangan program pembacaan)

13
KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 1 UNIT 9 PERANCANGAN PROGRAM PEMBACAAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Perancangan Program Pembacaan 2. Objektif Program bacaan intensif 3. Objektif program membaca yang fleksibel 4. Aspek penting dalam melaksanakan program a) Menyediakan Sebab-sebab Membaca b) Memperkenalkan Teks c) Menggunakan Teks Secara Keseluruhan d) Mencerakin Teks e) Bagaimana Mencerakin Teks f) Mengenal Pasti Isi Pembelajaran g) Membuat dan mengemukakan Soalan-soalan Penanda h) Membuat Soalan Penanda i) Mengajarkan gaya bahasa baru PENGENALAN Pemilihan teks di sekolah kadang-kala ditentukan oleh guru sendiri atau ahli jawatan kuasa tertentu. Menurut Leonard H. Clark (1981:237), terdapat banyak cara penentuan sesuatu teks. Antaranya ialah bahan yang dipilih itu hendaklah mengandungi data yang betul dan terkini, ditulis oleh pakar dalam bidangnya, gaya penulisan yang baik dan jelas, tidak ada bias, mempunyai ilustrasi yang menarik, mengandungi bentuk grafik untuk memudahkan bacaan dan huruf-huruf yang mudah dibaca. ISI KANDUNGAN Perancangan Program Pembacaan Perancangan yang teliti tentang pemilihan teks bermula dengan kumpulan sasaran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar (Ausubel 1968 dan Stewart 1988). Semasa bahan teks diedarkan, guru mesti mengetahui kemahiran, pengetahuan dan perbendaharaan kata pelajar.

Upload: fir-daus

Post on 14-Aug-2015

65 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 9 (Perancangan Program Pembacaan)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

1

UNIT 9

PERANCANGAN PROGRAM PEMBACAAN

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Perancangan Program Pembacaan 2. Objektif Program bacaan intensif 3. Objektif program membaca yang fleksibel 4. Aspek penting dalam melaksanakan program

a) Menyediakan Sebab-sebab Membaca b) Memperkenalkan Teks c) Menggunakan Teks Secara Keseluruhan d) Mencerakin Teks e) Bagaimana Mencerakin Teks f) Mengenal Pasti Isi Pembelajaran g) Membuat dan mengemukakan Soalan-soalan Penanda h) Membuat Soalan Penanda i) Mengajarkan gaya bahasa baru

PENGENALAN Pemilihan teks di sekolah kadang-kala ditentukan oleh guru sendiri atau ahli jawatan kuasa tertentu. Menurut Leonard H. Clark (1981:237), terdapat banyak cara penentuan sesuatu teks. Antaranya ialah bahan yang dipilih itu hendaklah mengandungi data yang betul dan terkini, ditulis oleh pakar dalam bidangnya, gaya penulisan yang baik dan jelas, tidak ada bias, mempunyai ilustrasi yang menarik, mengandungi bentuk grafik untuk memudahkan bacaan dan huruf-huruf yang mudah dibaca.

ISI KANDUNGAN Perancangan Program Pembacaan Perancangan yang teliti tentang pemilihan teks bermula dengan kumpulan sasaran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar (Ausubel 1968 dan Stewart 1988). Semasa bahan teks diedarkan, guru mesti mengetahui kemahiran, pengetahuan dan perbendaharaan kata pelajar.

Page 2: Unit 9 (Perancangan Program Pembacaan)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

2

Teks itu mestilah berguna, penting dan menarik perhatian pelajar agar dapat diingati (Fleming dan Levic, 1978). Pelajar juga akan berminat terhadap pembelajaran jika mereka dapat mengaplikasikan maklumat baru dan boleh menyumbang perkembangan ke arah individu. Objektif pengajaran bacaan di peringkat sekolah menengah adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar membaca. pelbagai bahan dengan cekap dan kritis serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar. Di samping itu, pelajar dapat memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera secara ilmiah.

Boydell (1974) telah mencadangkan beberapa cara penggunaan teks dalam aktiviti bacaan iaitu dimulakan dengan memberi arahan secara langsung berkaitan dengan teks yang diberi, membaca teks dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan pelajar, menerangkan kandungan teks, menyelia bacaan, mendengar bacaan, membincangkan makna, mengemukakan idea dan memberi komen bacaan pelajar. Merancang satu pelajaran bermula dengan teks yang telah dipilih. Guru haras dapat menentukan yang dia telah mempunyai sebuah teks yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan, terutama sekali tentang kebolehbacaannya. Sekiranya teks bacaan itu terlalu sukar berbanding dengan tahap keupayaan pelajar, guru mungkin akan terpaksa menggunakan kaedah yang telah diterangkan sebelum ini.

Setelah memilih sebuah teks yang sesuai, guru perlu membuat penelitian untuk mengenal pasti potensi buku itu boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan ini penting kerana tiada sebuah buku pun boleh dianggap sebagai cukup lengkap dan sempurna walaupun dalamnya telah disediakan soalan-soalan untuk menguji pemahaman. Oleh itu, guru perlu memilih teks berdasarkan aspek-aspek yang paling berguna untuk pelajar dan seterusnya membuat soalan-soalan tambahan atau. tugasan lain sebagai kerja latihan mengikut tahap keupayaan pelajar.

Dalam pengajaran membaca, guru mungkin akan menggunakan beberapa atau semua kemahiran yang berikut:

a) Memandang sepintas lalu (scanning), membaca sekali imbas (skimming) dan latihan membaca cepat.

b) Mentafsir teks dengan cara:

i) Menggunakan maklumat bukan teks. ii) Menggunakan kemahiran mentelaah kata. iii) Menggunakan kemahiran mentelaah teks dengan menggunakan

pelbagai jenis soalan atau tugasan lain.

c) Menghasilkan sesuatu aktiviti penutup yang berdasarkan teks secara keseluruhan.

Page 3: Unit 9 (Perancangan Program Pembacaan)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

3

Perkara paling penting dalam pengajaran berdasarkan teks sastera, adalah

membuat interpretasi. Guru inginkan pelajar yang dapat memberi tindak balas terhadap teks selaras dengan kehendak penulis. Cara begini melibatkan keupayaan membuat interpretasi dengan betul dan tepat. Selain itu, guru perlu memberi latihan menggunakan pendekatan secara fleksibel seperti melangkaui bahagian yang sukar apabila difikirkan bahagian itu tidak perlu atau tidak bermakna kepada pelajar. Terlebih dahulu guru perlu membuat pertimbangan tentang hubungan yang terdapat antara memahami bahagian-bahagian teks dengan memahami teks secara keseluruhan.

Objekitif Program Bacaan Intensif Terdapat beberapa objektif dalam bacaan intensif yang boleh membantu guru menjalankan program bacaan intensif dengan berkesan di dalam bilik dadah. Antaranya adalah seperti yang berikut:

a) Dapat menggunakan teknik skimming apabila diperlukan untuk memastikan pelajar membaca perkara yang berkaitan di samping membantu pemahaman yang seterusnya.

b) Dapat menggunakan pengetahuan bukan teks seperti carta, gambar rajah,

Jadual dan graf untuk menambah bahan teks yang dibaca dan juga, meningkatkan kefahaman.

c) Boleh membaca dengan cara yang berbeza mengikut tujuan dan jenis teks

yang dibaca.

d) Tidak perlu bimbang, jika pelajar tidak faham maksud setiap perkataan yang dibaca apabila melengkapkan teks pemahaman dengan perkataan yang penting.

e) Dapat mengenal pasti. bahawa penulis yang baik memilih perkataan dengan

teliti dan mempunyai alasan tertentu atau maksud yang berbeza jika dia memilih perkataan A, dan bukan perkataan B. Pelajar yang cekap akan dapat menerangkan sebab-sebab perbezaan tersebut.

f) Menggunakan sistem rujukan dan penanda wacana untuk membantu pelajar

menerangkan maksud petikan yang susah.

g) Sentiasa berwaspada terhadap ayat-ayat yang sama maksudnya tetapi mempunyai nilai budaya yang berbeza mengikut konteks. Pelajar perlu diberi penjelasan tentang nilai tersebut.

Page 4: Unit 9 (Perancangan Program Pembacaan)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

4

h) Berupaya menggunakan bahasa yang retorik dalam teks untuk membantu pelajar mentafsir mesej yang kompleks.

i) Berhati-hati dengan gaya penulisan kerana seseorang penulis tidak melahirkan segala apa yang dimaksudkan di dalam teks. Oleh itu, pelajar diajarkan cara membuat kesimpulan atau rumusan yang diperlukan.

j) Berhati-hati dengan jangkaan pembaca yang dapat mempengaruhi

interpretasinya. Guru perlu mengenal-pasti keadaan tersebut apabila kesimpulan penulis berbeza daripada apa yang dibuat oleh pelajar.

k) Guru perlu memberi perhatian apabila terdapat pelajar yang tidak memahami

teks. Ia harus berupaya mengesan punca ketidakfahaman itu serta berusaha mengatasinya.

l) Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap teks yang telah dipilih melalui

kaedah penyampaian yang sesuai. Objektif-objektif tersebut bukanlah satu perkara yang rigid yang mesti guru ikuti sepenuhnya. Ia mengingatkan guru tentang banyak perkara, yang berbeza yang kita hendak capai dalam. program bacaan kita.

Program Bacaan Yang Fleksibel Perkara yang perlu ditekankan ialah pengajaran membaca sebenarnya tidak mempunyai satu-satu pola yang tertentu. Ini kerana setiap teks memerlukan cara pengendalian yang berbeza-beza, iaitu tidak menggunakan rangka kerja atau prosedur penggunaan yang sama. Tambahan pula, tidak semua pengajaran melibatkan hanya satu teks sahaja.

Seandainya guru berminat mengajarkan kemahiran tertentu umpamanya, kemahiran meramal, guru mungkin perlu menggubah yang menggunakan format yang khusus atau penggunaan berbagai-bagai teks. Namun demikian, kesemua. teks yang digunakan tidak perlu dipelajari secara terperinci. Beberapa kemahiran mungkin dapat dilatih melalui pembelajaran tentang ayat, dan yang lainnya merujuk buku atau teks itu secara keseluruhan.

Oleh itu, keperluan utama dalam program pembacaan perlu fleksibel untuk membolehkan pelajar memberi tindak balas yang pelbagai atau di luar jangkaan. Pelajar diberi tunjuk ajar untuk terus maju secara progresif dalam bidang-bidang yang menimbulkan kesukaran kepadanya, di samping menggalakkan penggunaan pelbagai jenis teks dan kemahiran.

Terdapat beberapa kemahiran membaca yang dikenal pasti dapat diajarkan kepada para pelajar melalui latihan khusus, untuk tujuan tersebut. Oleh itu apabila guru membaca sesuatu teks tertentu, guru perlu prihatin terhadap penggunaan kemahiran yang spesifik, serta menggunakannya bersama-sama dengan kemahiran

Page 5: Unit 9 (Perancangan Program Pembacaan)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

5

yang lain secara bergabung jalin. la dapat membantu guru, mengendalikan bahan bacaan tersebut dengan lebih berkesan dalam bilik dadah.

Dalam program bacaan yang fleksibel, guru perlu meluangkan lebih masa untuk kemahiran yang hendak dikuasai serta memilih teks yang menekankan penggunaan. Kesemua kemahiran kursus. Guru juga mungkin akan semakin kerap, dibebani dengan tugas yang mencabar apabila menggunakan teks yang menghendaki pelajar melatih koordinasi kemahiran.

Kesimpulannya, guru sendiri perlu mendalami kemahiran-kemahiran spesifik dalam. pembacaan. Guru perlu meneliti kebaikan dan kelemahan pengajaran yang berasaskan teks. Pada masa yang sama guru perlu diingatkan bahawa pengajaran bacaan tidak terhad pada satu-satu teks sahaja, tetapi juga bahan-bahan lain yang boleh dieksploitasi untuk pengajaran dan pembelajaran.

Aspek Penting Melaksanakan Program Aspek-aspek penting yang terlibat dalam melaksanakan program pembacaan boleh dirujuk seperti yang berimut:

a) Menyediakan Sebab-sebab Membaca

Apabila guru bercadang, untuk menggunakan sesuatu teks di dalam bilik darjah, guru akan menghadapi satu masalah utama dari segi pengajaran berdasarkan teks. Apa yang istimewa dengan teks itu sehingga menyebabkan seseorang ingin membacanya? Sekiranya guru dapat memilih teks yang dapat memenuhi keperluan dan keinginan pelajar, itu dikira amat menguntungkan. Malangnya kebanyakan guru mengajar pelajar yang tidak mempunyai sebarang keperluan yang khusus, kecuali untuk lulus dalam peperiksaan dan kebanyakan guru pula tidak dapat memilih bahan yang sesuai untuk digunakan. Ini kerana mereka terpaksa menggunakan buku teks yang telah diperuntukkan.

Kita memerlukan suatu rangka tujuan membaca supaya kita boleh menentukan dengan terperinci kefahaman yang kita perlu capai. Oleh itu, adalah amat baik jika pelajar diberi suatu tujuan bayangan untuk membaca. Hal ini membolehkan mereka mengenal pasti apa yang dapat mereka lakukan dalam membaca pantas, dan apa yang perlu mereka lihat secara mendalam berdasarkan kepentingan membaca itu.

Sebenarnya, terdapat banyak tujuan yang memerlukan pemahaman yang teliti terhadap teks (contoh: memahami dokumen perundangan). Teks seperti ini tidak memerlukan pemerhatian dan pemahaman kesemua faktanya, tetapi latihan kemahiran untuk teks-teks seperti ini juga perlu dilakukan. Hal ini tidak bermaksud bahawa guru perlu mengabaikan matlamat untuk mencapai interaksi yang sempurna dan tepat. Cuma kita perlu ingat bahawa terdapat juga cara-cara lain membaca

Page 6: Unit 9 (Perancangan Program Pembacaan)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

6

yang efektif berdasarkan situasi, teks dan tujuan membaca yang lain. Kemahiran ini memerlukan latihan, dan pelajar harus diberi bimbingan secara kerap dalam proses membaca.

Salah satu cara yang boleh membantu pemahaman pelajar adalah dengan membayangkan satu tujuan yang konkrit. Guru mungkin tidak akan menggunakan cara ini pada setiap teks, dan bukan semua teks boleh atau sesuai dengan cara ini. Tetapi jika teks itu sesuai dengan cara ini, biarkan pelajar menumpukan pembacaannya pada suatu tujuan yang spesifik dan mengabaikan bahagian lain teks tersebut. Guru boleh melengkapkan aktiviti ini dengan kerja yang lebih terperinci dan guru akan dapati bahawa sekiranya pelajar membaca sesuatu teks yang sama dengan tujuan yang berlainan, ia akan merangsang minat pelajar serta memperbaiki fleksibiliti pendekatan membaca mereka.

b) Memperkenalkan Teks Kebanyakan guru berpendapat bahawa mereka perlu memperkenalkan setiap teks sebelum pelajar mula menerokainya. Sebenarnya, ia tidak perlu dilakukan setiap kali apabila teks baru digunakan. Tetapi sekiranya pengenalan diberikan kepada pelajar, ia dapat membantu mereka. Walau bagaimanapun, pengenalan yang salah atau tidak sesuai dengan teks akan menyebabkan kesan yang lebih buruk daripada tiada pengenalan langsung. Antara bentuk-bentuk pengenalan yang salah yang biasa dilakukan ialah:

a. Pengenalan terlalu panjang. b. Pengenalan mendedahkan terlalu banyak isi teks. c. Pengenalan tidak relevan dengan teks. Hal ini boleh mengelirukan pelajar

kerana ia akan merangsang ramalan yang salah. d. Pengenalan merupakan satu monolog oleh guru yang biasanya tidak

melibatkan pelajar. Sebelum guru memperkenalkan teks, guru perlu bertanya kepada diri sendiri mengapa dia ingin memperkenalkan teks itu. Memberi biografi penulis jarang berguna kepada pelajar melainkan jika ia ada kaitan secara langsung dengan isi kandungan teks tersebut. Maklumat latar belakang yang meluas juga tidak begitu penting. Guru mungkin tidak memerlukan pengetahuan yang banyak tentang negeri Sabah untuk memahami teks yang berkaitan dengan pendakian Gunung Kinabalu. Matlamat pengenalan adalah untuk merangsang murid, menarik minat mereka serta untuk membimbing mereka ke arah yang betul.

Pengenalan yang panjang mengambil masa yang lama. la pasti akan mendedahkan terlalu banyak isi teks atau isi pengenalan yang tidak relevan pada teks sebenar. Lihat dahulu soalan-soalan yang akan disoal atau tugasan-tugasan lain yang akan diberi kepada pelajar. Bolehkah pelajar melaksanakannya dengan hanya berdasarkan pengenalan daripada guru? Jika ya, tukarkan pengenalan guru.

Page 7: Unit 9 (Perancangan Program Pembacaan)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

7

Pengenalan tidak perlu mengandungi sebarang maklumat yang pelajar boleh dapati daripada teks sama ada secara terus atau deduksi. Jika ada, ini bermakna guru telah melakukan kerja untuk pelajar.

Walau bagaimanapun, ada teks yang susah untuk difahamkan jika guru tidak memberitahu latar belakangnya dan kemungkinan untuk mencapai kesimpulan melalui maklumat yang terkandung di dalamnya adalah rendah. Dalam situasi seperti ini, guru wajar memastikan pelajar seharusnya mempunyai fakta-fakta yang perlu dan berkaitan sahaja.

Sebelum itu, guru harus menguji pelajar untuk memastikan sama ada mereka boleh menyumbang atau tidak fakta-fakta tersebut. Biasanya, ada pelajar yang boleh menyumbangkan fakta-fakta yang dikehendaki sekiranya guru menggunakan teknik penyoalan yang betul dan sesuai. Pengenalan yang baik ialah pengenalan yang isinya banyak disumbangkan oleh pelajar sendiri. Guru hanya merangsang pelajar untuk menyumbangkan maklumat itu. Satu monolog daripada guru tidak akan melahirkan rasa ingin tahu pelajar sebagal satu keputusan yang melibatkan semua pelajar. Ada guru yang dengan jayanya telah menggunakan perdebatan dan main peranan sebagai satu cara untuk memudahkan pelajar memahami teks. Pada kebiasaannya, memang mudah untuk menerapkan soalan-soalan penanda (sign post questions) dalam bahagian pengenalan. Soalan itu juga berfaedah untuk mengendalikan pengajaran bahasa baru yang berkaitan dengan teks, yang selalunya dapat dikenali secara semula jadi. Di samping itu guru hendaklah cuba untuk menimbulkan minat pelajar terhadap teks dengan cara menunjukkan pelajar bahawa, la berkaitan dengan teks. Contoh, menanyakan soalan-soalan seperti " Pernahkah anda?" atau "Apa akan anda lakukan sekiranya ... ?" atau "Apa, pendapat anda tentang ....?

c) Menggunakan Teks Secara Keseluruhan

Untuk kaedah pengajaran tertentu, teks tidak boleh dicerakin. Guru mungkin ingin. membuat skimming dan scanning yang berkaitan dengan teks secara menyeluruh. Cara ini wajar dilaksanakan pada awal pengajaran sebelum mencerakin teks. Selain itu, pengajaran yang memerlukan pemahaman keseluruhan teks (contoh, belajar perkembangan plot atau perdebatan, analisis perkaitan antara perenggan) adalah cara terbaik setelah semua bahagian telah dipelajari.

Dua perkara perlu diberi perhatian. Pertama, pelajar tidak semestinya mempelajari setiap bahagian secara terperinci. Tetapi sekiranya guru ingin pelajarnya membaca dengan pantas serta untuk mendapat isi-isi penting, ia lebih mudah dan berkesan jika pelajar belajar bahagian-bahagian yang pendek terlebih dahulu.

Page 8: Unit 9 (Perancangan Program Pembacaan)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

8

Kedua jika guru ingin pelajarnya memberi tindak balas pada keseluruhan teks, pelajar mesti memahami teks secara menyeluruh. la merupakan satu kemestian pada peringkat awal. Masa perlu diperuntukkan untuk pelajar memahami keseluruhan teks, sungguhpun ada bahagian yang kurang penekanan daripada yang lain, guru boleh mendahulukan bahagian-bahagian yang penting daripada yang lain. Kalau tidak guru akan merasa bersalah kerana terlalu menumpukan perhatian pada bahagian yang pelajar tidak perlu mempelajarinya.

d) Mencerakin Teks Teks yang panjang, sungguhpun tidak sukar, mungkin menakutkan pelajar terutama bagi pelajar yang lemah dalam kemahiran membaca. Apabila guru menyuruh pelajar membaca tanpa bersuara, pelajar yang lemah akan merasa kurang berkebolehan berbanding dengan pelajar bijak yang akan habis membaca lebih awal dari masa yang ditentukan. Ini akan menimbulkan masalah tatatertib kerana ia memberi peluang kepada pelajar bijak mengganggu ketenteraman situasi membaca.

Tidak boleh dinafikan bahawa ada pelajar yang berkebolehan lebih cepat dalam membaca berbanding dengan pelajar lain. Pengurangan kesan perbezaan ini boleh dilakukan dengan cara mencerakin teks kepada bahagian-bahagian yang lebih pendek. Dengan cara ini, pelajar bijak hanya menunggu sekejap bagi setiap bahagian berbanding masa yang lebih sekiranya pelajar lemah perlu menghabiskan seluruh teks.

Membahagikan teks kepada bahagian-bahagian yang pendek ada kebaikannya selain memperbaiki disiplin membaca di kalangan pelajar. Belajar secara menyeluruh dan teratur bagi bahagian-bahagian yang pendek lebih mudah daripada keseluruhan teks yang panjang. Hal ini menggalakkan pelajar lebih cepat mencari perkataan atau ayat untuk diulas, membolehkan bahasa baru diajar sedikit demi sedikit atau bahagian demi bahagian untuk pemahaman.

Satu kebaikan kaedah ini ialah ia mudah untuk mengekalkan minat pelajar kerana hanya perlu membaca bahagian yang pendek. Guru boleh mengajar satu bahagian secara terperinci, kemudian beralih ke bahagian lain. Sekiranya guru menyuruh pelajar membaca kuat (sungguhpun cara ini tidak digalakkan), ia tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama yang akan menjadikan pelajar bosan mendengar bacaan pelajar lain.

Selain itu, guru boleh mempelbagaikan cara mengajar dengan teknik membaca tanpa bersuara sebagai cara utama bagi sesetengah bahagian, melatih pelajar melakukan skimming dan scanning bagi bahagian yang lain, guru membaca bahagian-bahagian yang sukar, dan lain-lain cara.

Membaca teks berdasarkan bahagian-bahagian yang dicerakin boleh membantu pelajar mencapai pembelajaran yang lebih efektif. Guru boleh

Page 9: Unit 9 (Perancangan Program Pembacaan)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

9

menentukan pemahaman menyeluruh supaya apabila bahagian pertama sudah difahami, la dapat menolong pelajar mengenal pasti kefahaman dalam bahagian kedua, dan seterusnya. Dengan cara ini, interpretasi menjadi lebih mudah untuk memahami bahagian awal. Guru juga boleh melatih kemahiran penting dengan menyoal pelajar tentang penulis dan menyuruh mereka mengagak serta meneka apa yang akan ditulis oleh penulis dalam bahagian-bahagian yang seterusnya.

e) Bagaimana Mencerakin Teks Sekiranya teks telah dibahagikan kepada perenggan-perenggan yang sesuai panjangnya, guru perlu menentukan pada bahagian mana hendak memisahkan teks tersebut. Hal ini jarang menimbulkan kesukaran. Sekiranya guru tidak boleh menentukan pembahagian di antara bahagian-bahagian teks secara tepat, cerakinlah secara rambang kerana mana-mana pembahagian adalah lebih baik daripada tiada, terutama pada teks pertama yang digunakan. Guru boleh menggabungkan beberapa bahagian untuk pengajaran kemudian hari sekiranya terpaksa memisahkan bahagian yang seelok-eloknya dibaca secara menyeluruh.

f) Mengenal Pasti Isi Pembelajaran

Setelah menentukan pencerakinan teks, guru perlu menentukan tiga aspek yang berikut: a) Apakah yang penting pada bahagian teks itu? Jawapan terhadap soalan ini tertakluk pada pandangan guru secara menyeluruh tentang teks tersebut. Bagaimana bahagian itu, membantu pemahaman terhadap keseluruhan teks? Apakah yang perlu ditekankan? Apakah yang boleh ditinggalkan? b) Apakah masalah yang akan dihadapi oleh pelajar dalam memahami bahagian itu? Bagaimana bahagian-bahagian itu dapat membantu pemahaman secara menyeluruh? la menyebabkan guru perlu. mengagak rintangan atau masalah yang akan dihadapi dan menilai kepentingannya. Sekiranya guru beranggapan rintangan itu akan mengganggu interpretasi yang secukupnya, cuba ingatkan pelajar supaya membaca dengan lebih berhati-hati. c) Bagaimana guru akan menolong pelajar menghadapi masalah masalah yang dijangka serta rintangan lain yang timbul? Ia memerlukan guru menyelidiki terlebih dahulu isi kandungan teks secara menyeluruh dan terperinci.

Page 10: Unit 9 (Perancangan Program Pembacaan)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

10

g) Membuat dan mengemukakan Soalan-soalan Penanda Sign post terletak di persimpangan jalan untuk menunjukkan pelancong jalan yang hendak diambil. Fungsinya adalah untuk menunjuk arah jalan yang betul agar perjalanan lebih cepat dan menjimatkan masa serta mengelakkan daripada tersesat. Soalan penanda atau sign post question (SPQ) juga mempunyai fungsi yang sama seperti itu. Fungsinya bukan untuk menguji tetapi untuk memberi panduan kepada, pelajar apabila membaca, memfokuskan perhatian pada. perkara penting dalam teks, dan mengelakkan mereka daripada tercicir.

Soalan jenis ini adalah sesuai apabila membaca teks berunsurkan bacaan tanpa suara. Pelajar wajar diberi soalan atau latihan terlebih dahulu sebelum mereka mula membaca. Ini memberi pelajar sebab untuk membaca. Oleh itu, pelajar membaca dengan tujuan mencari jawapan atau untuk menyelesaikan latihan yang diberi. Satu masalah yang akan timbul ialah pelajar hanya akan mencari jawapan pada soalan penanda dan tidak akan membaca seluruh teks. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku guru perlu:

a) Menentukan bahawa pelajar tahu guru akan menanyakan soalan selepas mereka habis membaca. Kerja harus diikuti selepas bacaan.

b) Menentukan soalan penanda tidak boleh dijawab sehingga semua bahagian

telah dibaca.

c) Membuat soalan penanda yang tidak memerlukan maklumat tentang sesuatu perkara sahaja tetapi merangkumi pelbagai aspek yang boleh dieksploitasi daripada teks.

h) Membuat Soalan Penanda Menulis soalan penanda yang baik memerlukan kemahiran yang didapati melalui latihan dan kritikan daripada rakan sekerja. Guru boleh memulakannya dengan mengkritik soalan penanda orang lain. Soalan penanda yang baik adalah berkaitan dengan setiap bahan yang telah dicerakin atau bahagian-bahagian secara menyeluruh. Ini bertujuan supaya soalan tidak boleh dijawab sehingga seluruh bahagian yang dicerakin telah dibaca dan difahami. Guru perlu mengingati fungsi soalan penanda bukan untuk ujian tetapi untuk membantu pembaca atau pelajar memahami teks dengan cara:

a) Memberi perhatian pada perkara yang mungkin tertinggal yang menjadi punca salah konsep.

b) Fokus pada perkara atau isi yang penting. Menggunakan soalan penanda

secara berkesan.

Page 11: Unit 9 (Perancangan Program Pembacaan)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

11

Sebelum membaca tanpa bersuara, tulis di papan tulis atau kertas lut sinar soalan-soalan penanda. Kemudian suruh pelajar membaca teks tanpa bersuara dan cari jawapan. Selepas habis membaca, tentukan pelajar dapat melakukan soalan penanda dengan sempurna. Sekiranya banyak pelajar yang tidak dapat melakukannya, beralih pada soalan yang lain dan kembali semula pada soalan yang tidak dapat dijawab apabila teks telah difahami secara menyeluruh. Dengan itu pelajar akan mendapat jawapan yang lebih memuaskan. Elakkan memberi jawapan kepada pelajar sebelum mereka sendiri mencubanya.

i) Mengajarkan gaya bahasa baru

Hal ini merupakan satu isu kontroversi. Ramai guru suka mengajar semua perkataan dan struktur ayat yang baru dalam teks sebelum memulakan kemahiran bacaan. Ini tidak bermakna bahasa baru tidak seharusnya diajarkan. Lazimnya kelas bacaan membosankan terutama apabila guru menggunakan teks yang terlalu banyak mengandungi gaya bahasa baru. Namun demikian, pengajaran boleh menjadi lebih efektif sekiranya bahagian ini diajar semasa proses membaca berlangsung.

Sukar untuk membuat peraturan yang tegas dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan tatabahasa. Namun demikian, terdapat struktur ayat yang tidak perlu penjelasan sekiranya ia diambil dalam konteks. Guru tidak perlu mengajarkan gaya bahasa baru secara aktif sekiranya ia di luar skop objektif pengajaran. Sekiranya sesuatu itu dapat difahami tanpa pengajaran yang khusus, ia memudahkan pelajar untuk memahami teks dengan lebih mudah.

Antara kandungan gaya bahasa baru ialah senarai perkataan (vocabulary). Guru mungkin terfikir untuk mengajar beberapa perkataan penting sebelum pelajar mula membaca. Tetapi perlu diingatkan bahawa ada beberapa perkataan yang tidak penting dan tidak perlu ditonjolkan, manakala ada perkataan yang boleh digunakan untuk melatih kemahiran meneka maksud daripada konteks. Sekiranya jumlah perkataan penting adalah terlalu banyak, ini merupakan tanda bahawa teks yang dipilih itu terlalu susah. Guru mungkin menghadapi konflik antara belajar membaca dengan belajar bahasa. Cara penyampaian guru akan menentukan sebahagian daripada jenis teks yang guru gunakan. Sekiranya ia adalah untuk mengetengahkan bahasa baru, guru tidak boleh mengabaikannya. Namun begitu, pelajar harus diajar membaca dan memahami. Guru boleh menggunakan teks tambahan jika perlu tetapi gunakan bahasa pengajaran teks yang akan digunakan oleh pelajar untuk membuat latihan membaca.

Dengan ini pelajar dapat berlatih mentafsir bahan bacaan. Cara begini tidak melibatkan pengajaran bahasa. baru terlebih dahulu. Pengajaran bahasa. secara mudah bertujuan menolong pelajar menggunakan bahasa, menurut konteks sebagai

Page 12: Unit 9 (Perancangan Program Pembacaan)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

12

panduan untuk meneka bahasa. baru, dan sebagai latihan item baru selepas membaca dan bukannya sebelum membaca.

Ada masalah yang boleh diselesaikan dengan cara mempelajari teks dalam. bahagian-bahagian pendek seperti cadangan awal di atas. Bahasa baru yang terdapat dalam satu bahagian lebih mudah diatasi berbanding bahasa baru daripada teks yang menyeluruh. Oleh itu, persediaan yang membosankan boleh dicerakinkan menjadi bahagian-bahagian pendek yang boleh diterima dengan mudah oleh pelajar.

Kesimpulannya, apabila guru memperkenalkan teks, guru boleh memperkenalkan item bahasa yang penting dalam konteks yang bermakna. Cara begini adalah lebih efektif daripada memperkenalkan item secara terasing.

RUMUSAN Bab akhir ini membincangkan perancangan program bacaan yang meliputi program bacaan intensif dan fleksibel. Di samping itu, objektif dan aspek penting terhadap program bacaan tersebut turut telah dibincangkan di dalam bab ini.

RUJUKAN Abd. Ghafar Md. Din (1993).Meningkatkan Keberkesanan Dalam Penulisan Pembacaan, dan Pemahaman. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Brown, A.L. (1980). Metacognitive Development and Reading dalam Theoritical Issues In Reading Comprehension Perspectives From Cognitive Psychology Linguistics, Artifical, Intelligence And Education. Spiro R.J (ed.) Hillsdale. Lawrence Erlbaum Associates. Dale D. Johnson dan P. David Pearson (1978). Teaching Reading and Reading Vocabulary. New York. Holt, Rinehart dan Winston. Dorothy Grant Henning (1993).Reading With Meaning. New Jersey. Prentice Hall. Dorothy Rubin (1993).A Practical Approach to Teaching Reading. Boston. Allyn and Bacon. Frank B. May (1990). Reading as Communication. Ohio. Merrill Publication Company. Frank Smith (1971). Understanding Reading. New York. Holt, Rinehart dan Winston.

Page 13: Unit 9 (Perancangan Program Pembacaan)

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

13

H. Alan Robinson (1978). Teaching Reading And Study Strategies. The Content Area. Boston. Allyn and Bacon. Irwin L. Joffe. (1980). Opportunity For Skinful Reading. Sixty Edition. California. Wadsworth Publishing Company. Kathleen T. McWhorter (1984). Academic Reading. Harper Collins College Publishers. New York. Marohaini Yusof (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur. Karya Bistari. McNeil, J.D. (1992). Reading Comprehension. New Directions For Classroom Practice. New York. Harper Collins Publishers. Safiah Osman (1990). Peningkatan Kemahiran Membaca dalam Safiah Karim (ed.) Membaca : Satu Pengenalan. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn. Bhd. Sharon J. Crawley & Lee H. Mountain (1988). Strategies For Guiding Content Reading. Boston. Allyn & Bacon, Inc.