unit 2 isu2 kontemporari

10
Isu-Isu Kontemporari | 15 UNIT 2 ISU-ISU KONTEMPORARI PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH UJIAN PRA-PELAJARAN Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya. Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju 1 2 3 4 5 Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5 1 Saya telah dapat mengenal pasti isu-isu pendidikan matematik sekolah rendah 2 Saya telah dapat menganalisis isu-isu pendidikan matematik sekolah rendah.

Upload: aminah-rahmat

Post on 24-May-2015

1.918 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 2 isu2 kontemporari

I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 15

UNIT 2

ISU-ISU KONTEMPORARI PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

UJIAN PRA-PELAJARAN

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya.

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju

1 2 3 4 5

Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5

1 Saya telah dapat mengenal pasti isu-isu pendidikan matematik sekolah rendah

2 Saya telah dapat menganalisis isu-isu pendidikan

matematik sekolah rendah.

Page 2: Unit 2 isu2 kontemporari

I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 16

ISU-ISU KONTEMPORARI PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat: i. mengenal pasti isu-isu pendidikan matematik sekolah rendah; dan ii. menganalisis isu-isu pendidikan matematik sekolah rendah.

2.1 PENDAHULUAN

entu anda sering mengikuti isu-isu kontemporari dalam pendidikan ini? Adakah anda sedia arif dengan maksud isu ini? Dalam literatur pendidikan, istilah “isu” mempunyai beberapa makna, antaranya:

sesuatu yang memerlukan penyelesaian;

perkara yang dipertikaikan oleh pihak yang mempunyai pendapat berbeza;

masalah, persoalan, atau kepincangan yang telah dikenal pasti dan memerlukan tindakan;

keadaan, perkara, topik atau masalah yang memerlukan penyelesaian;

perkara pokok yang dipersoalkan dan memerlukan resolusi; dan

masalah yang berpunca daripada perbezaan pendapat yang berasaskan sistem nilai berbeza yang menghasilkan cara berbeza untuk melakukan perkara tertentu.

Secara realiti, isu pendidikan melibatkan keperluan, keprihatinan atau

kebimbangan manusia semasa menguruskan perubahan yang berlaku dalam kehidupan mereka. Apabila situasi pendidikan berubah, maka isu pendidikan juga mungkin turut berubah.

Mengikut Nik Aziz Nik Pa (2008), isu pendidikan merupakan idea, perkara, atau

topik pendidikan yang timbul daripada peristiwa, perkembangan, atau proses tertentu dan terdapat pendapat yang berbeza tentang idea, perkara, atau topik tersebut. Menurutnya lagi, sesuatu isu wujud apabila kumpulan orang yang mengalami kesan dasar atau polisi pendidikan yang tertentu mempunyai nilai pertimbangan yang berbeza tentang apa yang sepatutnya berlaku.

Cuba fikirkan situasi pendidikan yang berubah sepanjang pelaksanaan KBSR. Apakah isu-isu pendidikan yang timbul daripada perubahan situasi pendidikan tersebut? Senarikan isu-isu pendidikan yang timbul sepanjang pelaksanaan kurikulum KBSR dan apakah tindakan yang telah diambil? Bincangkan dalam sesi tutorial.

T

Page 3: Unit 2 isu2 kontemporari

I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 17

2.2 JENIS ISU

ekarang kita akan membincangkan tentang jenis-jenis isu ini. Dalam bidang pendidikan, isu pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

Isu Kontemporari

Isu Sedang Muncul

Isu futuristik Sekarang kita lihat maksud setiap jenis isu-isu pendidikan tersebut.

Isu Kontemporari Isu kontemporari ini dirujuk sebagai isu semasa atau isu masa kini. Isu ini selalunya mendapat perhatian dan minat yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Tindakan perlu diambil dengan segara untuk menangani isu tersebut. Contoh isu ini adalah seperti isu pengajaran pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Isu Sedang Muncul Isu sedang muncul pula dirujukkan sebagai isu yang baru muncul atau berkembang. Isu ini selalunya kurang diketahui umum dan juga kepentingan isu tersebut sedang mengalami peningkatan dalam menarik perhatian masyarakat. Isi ini cenderung dikesan hanya setelah pengamatan teliti atau penyelidikan dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berminat tentang perkembangan pendidikan ini. Keupayaan mengesan dan melaksanakan langkah mengatasinya daripada awal akan membantu menanganinya dengan berkesan. Kegagalan menanganinya mungkin akan memberi kesan atau akibat yang serious. Antaranya adalah seperti isu keberkesanan pendidikan sekolah ke arah 4M (menulis, membaca, mengira dan menaakul).

Isu Futuristik Isu ini merujuk kepada isu yang masih belum jelas tetapi mempunyai potensi untuk berkembang menjadi isu yang melibatkan banyak pihak pada masa akan datang. Kajian yang berbentuk futuristik amat perlu bagi mengesan isu-isu yang mungkin akan berlaku ini. Isu-isu futuristik ini kurang diberi perhatian oleh masyarakat umu, tetapi biasanya diberi perhatian oleh pihak berkuasa seperti pihak kementerian yang bertanggungjawab dan juga penyelidik atau pakar pendidikan di institut pengajian tinggi. Di Malaysia, antara isu futuristik yang mungkin timbul adalah seperti isu merealisasikan pendidikan sekolah sebagai institusi tidak formal. Antara tiga isu pendidikan ini, isu kontemporari merupakan isu yang mendapat

perhatian untuk ditangani segera isu tersebut. Isu sedang muncul dan isu futuristik kurang menjadi fokus untuk penyelesaian. Walau bagaimanapun, untuk menghadapi masa hadapan dengan jayanya, kedua-dua isu tersebut perlu difikirkan dan mengenal

S

Page 4: Unit 2 isu2 kontemporari

I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 18

pasti peluang dan ancaman yang akan memberi impak kepada pembangunan pendidikan nanti.

Dalam konteks ini, kita perlu membentuk visi yang jelas tentang keadaan futuristik pendidikan matematik Negara yang diharapkan. Visi ini membabitkan gambaran mental, tanggapan atau pandangan jauh dan mendalam tentang pembangunan atau keadaan masa depan yang hendak dicapai. Tanpa visi yang jelas dalam pendidikan matematik, kita tidak dapat bersaing dan mudah dihanyutkan oleh isu-isu yang timbul tanpa terdapat perancangan awal.

Senaraikan isu kontemporari, isu sedang muncul dan isu futuristik dalam pendidikan matematik dan bincangkan satu daripada isu tersebut. 2.3 ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

ahukah anda bahawa Isu-isu di Malaysia dalam pendidikan matematik boleh dikategorikan kepada beberapa komponen, antaranya adalah isu tentang pengajaran pembelajaran, penilaian, ict dan penyelidikan.

• Isu dalam pendidikan matematik boleh membabitkan satu atau lebih komponen; • Dalam sebarang bidang pengajian termasuk pendidikan matematik,

pengetahuan manusia tidak berbentuk lengkap dan terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani;

• Perhatian diberikan kepada kekurangan dalam pengetahuan dan masalah yang

belum diselesaikan dengan mengemukakan persoalan yang relevan dan kemudiannya berusaha mencari jawapan melalui penyelidikan yang sistematik.

2.3.1 Isu Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

(PPSMI) Dasar PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar Kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Ekoran daripada keputusan Jemaah Menteri Dasar Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada sesi persekolahan tahun 2003 secara berperingkat iaitu bermula dengan Tahun Satu di sekolah rendah, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah di sekolah menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk sekolah menengah dan sekolah rendah pada tahun 2008. Isu yang ditimbulkan adalah hasil daripada laporan TIMSS 2007 di mana pencapaian dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai merosot disebabkan oleh penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran pembelajaran dua mata pelajaran tersebut. Kedudukan Negara dalam mata pelajaran Matematik menurun daripada

T

Page 5: Unit 2 isu2 kontemporari

I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 19

kedudukan ke 10 (top ten) pada tahun 2003 kepada kedudukan ke 20 daripada 79 buah Negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS. Kedudukan mata pelajaran Sains dilihat menurun daripada kedudukan ke 20 kepada kedudukan ke 26. Malahan dalam kajian PISA kedudukan pencapaian Matematik Negara berada pada kedudukan 57 daripada 68 buah Negara. Isu pencapaian yang buruk ini juga dibuktikan oleh beberapa kajian yang dijalankan. Antaranya kajian-kajian yang memberi impak adalah seperti berikut:

a) Cheong Yuen Keons (2010), Kajian Impak PPSMI Ke Atas SJK Cina. Antara dapatnya adalah murid-murid hilang minat untuk belajar Matematik dan Sains, kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris menyebabkan murid-murid sekolah Cina tidak mendapat keputusan yang baik seperti yang dicapai oleh mereka belajar Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda.

b) Kajian „Tahap Kompetensi Guru Dalam PPSMI serta Implikasinya Terhadap Pembangunan Modal Insan Murid oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) 2009, mendapati PPSMI telah membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang. Malahan dapatan kajian juga menunjukkan peningkatan minimum penguasaan Bahasa Inggeris (4%) dan mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah.

c) Kajian Nor Hashimah (2004) turut memberi kesan yang negatif di mana 75 % pelajar bersetuju PPSMI mendatangkan masalah pemahaman dan 96% guru pula setuju pelajar semakin kurang minta mempelajari Sains dan Matematik.

Bagi mengatasi isu PPSMI ini ditangani dengan berkesan, KPM turut memperkenalkan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dasar MBMMBI ini adalah dasar KMP untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai than 2010. Dalam proses peralihan ini, pengajaran pembelajaran sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di SRJK Cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di SRJK Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Dengan pendekatan berperingkat-peringkat (soft landing) ini pengajaran pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut adalah pada tahun 2021.

Page 6: Unit 2 isu2 kontemporari

I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 20

Keputusan Jemaah Menteri untuk melaksanakan pengajaran pembelajaran matematik dan sains dalam Bahasa Malaysia secara berperingkat-peringkat. Apakah kesan tindakan pelaksanaan secara berperingkat-peringkat dilaksanakan? Bincangkan dalam kelas tutorial. 2.3.2 Isu Penilaian Berasakan Sekolah (PBS) Isu yang timbul tentang PBS adalah „Adakah guru dapat menghasilkan pentaksiran yang dapat membina pengetahuan murid, menjana pemikiran matematik, dan membantu dalam penyelesaian masalah?` Instrumen pentaksiran juga turut dilihat tidak mengikut kecenderungan atau kebolehan murid. Persoalannya, adakah PBS adil kepada murid yang berasal daripada pelbagai latar belakang budaya, etnik, tahap penguasaan bahasa dan status sosioekonomi? Sejauh manakah tahap profesionalisme dan kompetensi guru dalam menjalankan PBS? Bagi memahami persoalan-persoalan yang ditimbulkan di atas, adalah lebih bermakna jika kita melihat konsep PBS ini. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistic iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS ini mentaksirkan bidang akademik dan juga bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, KPM. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik. PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada tahun 2016, mulai Tingkatan 1 pada tahun 2012 dan PMR 100% PBS pada tahun 2014. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integrity dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksirkan muridnya kerana mereka:

Boleh memantau perkembangan murid secara berterusan;

Boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid;

Lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid; dan

Mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.

Page 7: Unit 2 isu2 kontemporari

I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 21

Dalam usaha penambahbaikan sistem pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi. Apakah yang dimaksudkan dengan Standard Prestasi? Standard Prestasi adalah satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan suatu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk dengan kepada standard yang ditetapkan. Bagi penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS ini, beberapa tindakan kawalan dilaksanakan, iaitu melalui:

Pementoran – proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. Pementoran boleh dilakukan oleh mentor dalaman yang terdiri daripada Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru Cemerlang, Guru Besar atau guru yang dilantik sementara mentor luaran terdiri daripada Pegawai Lembaga Peperiksaan, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah atau mana-mana pegawai yang dilantik khusus.

Penyelarasan – proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan. Penyelaras dalaman terdiri daripada Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru Cemerlang, Guru Besar atau guru yang dilantik sementara mentor luaran terdiri daripada Pegawai Lembaga Peperiksaan, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah atau mana-mana pegawai yang dilantik khusus.

Pemantauan – proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Pemantauan dalam terdiri daripada guru yang dilantik oleh JK PBS peringkat sekolah dan Pemantau Luaran terdiri daripada pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengesanan – proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrument pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

Pada pandangan anda, adakah PBS ini merupakan pentaksiran yang baik untuk dilaksanakan di Negara kita? 2.3.3 Isu Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Matematik Menurut Kilpatrick (1998), isu kritikal tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik perlu ditangani dengan bijaksana dan berhemah. Contohnya, pelajar yang

Page 8: Unit 2 isu2 kontemporari

I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 22

menggunakan kalkulator dalam pembelajaran matematik mungkin tidak membentuk beberapa miskonsepsi yang lama tentang matematik yang lazimnya berlaku apabila mereka menyelesaikan masalah menggunakan kertas dan pensel. Pelajar tersebut besar kemungkinan membentuk miskonsepsi yang baru tanpa dapat dikesan oleh guru. Penggunaan kalkulator, komputer, perisian pendidikan (CAL dan CAI), laman web dalam internet dan pakej pembelajaran sedia ada dalam pasaran dapat meningkatkan dan mempelbagaikan pedagogi dalam pengajaran pembelajaran matematik. Walau bagaimanapun, penggunaan alatan teknologi tersebut memerlukan pengetahuan untuk mengakses alatan teknologi sebagai prasyarat kepada pelajar. Guru tidak boleh mengharapkan pelajar-pelajar mengakses alatan teknologi tersebut dengan mudah jika kemudahan prasarana tidak disediakan di sekolah. Penekanan penggunaan alatan teknologi dalam kurikulum perlu dilihat semula oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM supaya keperluan penyediaan komputer, kalkulator, kalkulator grafik dan perisian-perisian berkaitan dengan pembelajaran matematik dibekalkan di semua sekolah.

Isu penggunaan ICT dalam pengajaran matematik telah dibangkitkan tentang pengetahuan guru di mana kurangnya celik ICT dalam kalangan guru dan kurang pendedahan ICT secara berterusan kepada guru kerana tiada silibus yang khusus (Mohd Zaaba & Zurida, 2002). Guru juga kurang peka dan kreatif untuk menggunakan ICT sebagai alternatif sebagai alat bantu mengajar (ABM). Kekurangan kemudahan ICT di sekolah dan kerosakan alat merupakan alasan kukuh guru kurang menggunakan ICT dalam pengajaran matematik. Kebolehan guru untuk mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran pembelajaran di bilik darjah secara kreatif dan produktif akan menjadi mangkin bagi pembentukan persekitaran yang kaya bagi pembelajaran matematik. NCTM (2000), menegaskan bahawa penggunaan alatan teknologi secara berkesan dalam bilik darjah matematik banyak bergantung pada guru. Guru perlu bersedia untuk berfungsi sebagai pembuat keputusan yang berpengetahuan dalam menentukan bila dan bagaimana pelajar-pelajarnya dapat menggunakan teknologi terkini dengan berkesan.

Secara khususnya, isu ICT dalam pengajaran pembelajaran matematik

merupakan isu peralatan, isu matlamat (kurikulum) dan isu penggunaan alatan teknologi di bilik darjah. Ketiga-tiga isu ini jika dapat ditangani alatan teknologi berpotensi untuk membantu pelajar mempelajari matematik dengan lebih baik.

Adakah penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran matematik dapat membantu dan meningkatkan pencapaian pelajar? 2.3.4 Isu Penyelidikan Pendidikan Matematik Penyelidikan dalam pendidikan matematik adalah suatu bentuk inkuari berdisiplin yang dijalankan tentang fenomena tertentu dalam pendidikan matematik bertujuan mengembangkan atau menjana pengetahuan dalam bidang pendidikan matematik.

Page 9: Unit 2 isu2 kontemporari

I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 23

Sebahagian besar penyelidikan dalam bidang pendidikan matematik dijalankan oleh pelajar pasca siswazah bagi memenuhi keperluan ijazah sarjana dan doktor falsafah. Fakulti pendidikan tidak dapat menentukan hala tuju dan isu-isu kritis yang seharusnya dikaji oleh pelajar pasca siswazah di mana pelajar bebas memilih sebarang isu yang menjadi pilihan mereka. Bagi mengatasi masalah ini fakulti pendidikan dan institusi pendidikan guru perlu bertindak secara kreatif dan proaktif dalam mengkoordinasi aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar dan pensyarah dan mensintesiskan hasil dapatan kajian yang dijalankan untuk meningkatkan keberkesanan dan keberhasilan penyelidikan dalam bidang pendidikan matematik. Sebahagian besar kajian dalam pendidikan matematik didapati gagal memberi perhatian sewajarnya kepada pengetahuan terkini tentang aliran dan amalan dalam penyelidikan pendidikan matematik di peringkat antarabangsa. Kesimpulannya, sebahagian penyelidikan dalam pendidikan matematik adalah bersifat individualistik, terasing, kurang koheren, dan kurang kualiti kumulatif. Tajuk-tajuk yang dikaji hanya berkisar kepada aspek kemahiran, persepsi, dan perbandingan mudah. Penyelidikan pendidikan matematik sering dicengkam oleh amalan dikotomi atau pembahagian dan polarisasi antara perspektif berbeza. Contohnya, kaedah pengajaran guru lawan pencapaian pelajar; dan penyelidikan kuantitatif lawan penyelidikan kualitatif. Penyelidikan pendidikan matematik perlu dilihat sebagai kegiatan manusia yang kompleks. Penyelidikan tentang fenomena yang kompleks memerlukan teori dan kerangka teori yang kukuh, bersepadu, dan bebas daripada cengkaman dikotomi dan polarisasi. Contohnya, penyelidikan ditumpukan kepada aspek peribadi, sosial, dan kedinamikan budaya secara serentak dan bersepadu semasa mengkaji cara pelajar belajar matematik.

Adakah budaya penyelidikan berlaku dalam kalangan guru matematik? 2.4 KESIMPULAN Secara umum, isu-isu tentang pendidikan matematik boleh digolongkan kepada tiga jenis ialah isu-isi kontemporari, sedang muncul dan futuristik. Bagaimanapun dua isu-isu sedang muncul dan isu futuristik bukan menjadi penekanan dalam kursus ini. Isu kontemporari diberi penekanan dalam kursus ini. Isu kontemporari dalam pendidikan matematik agak luas, daripada pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah, hinggalah kepada isu-isu bahasa dan ICT. Oleh itu para guru matematik perlulah peka dengan isu-isu ini dan pengetahuan yang ada perlulah sentiasa ditingkatkan demi menjadikan pengajaran matematik menjadi lebih berkesan. 2.5 SOALAN PERBINCANGAN

1. Sepanjang pelaksanaan KBSR, bincangkan isu-isu pendidikan matematik

sekolah rendah yang timbul berkaitan dengan: i) Pembelajaran

Page 10: Unit 2 isu2 kontemporari

I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 24

ii) Pengajaran iii) Penilaian iv) Penyelidikan.

2. Apakah yang hendak dicapai dalam pendidikan matematik pada abad ke 21 ini?

Bincangkan dalam sesi tutorial.

UJIAN PASCA-PELAJARAN Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:

Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5

1 Saya telah dapat mengenal pasti isu-isu pendidikan matematik sekolah rendah

2 Saya telah dapat menganalisis isu-isu pendidikan

matematik sekolah rendah.