unit 13 kerosakan kabel

10
KEROSAKAN KABEL E 3042 / UNIT 13/ 1 Objektif am : Mengetahui dan memahami beberapa ujian mengesan kerosakan kabel. Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat : Mengetahui dan memahami cara-cara untuk menerbitkan persamaan untuk : i- Ujian gegelung Murray ii- Ujian gegelung Varley iii- Ujian Pulse Echo Menyenaraikan pengawasan- pengawasan yang perlu diambil dalam mengesan lokasi kerosakan kabel bagi kabel voltan tinggi. OBJEKTIF

Upload: syieda-cyg

Post on 19-Jun-2015

495 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 13 Kerosakan Kabel

KEROSAKAN KABEL E 3042 / UNIT 13/ 1

Objektif am :

Mengetahui dan memahami beberapa ujian mengesan kerosakan kabel.

Objektif khusus :

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

Mengetahui dan memahami cara-cara untuk menerbitkan persamaan untuk :i- Ujian gegelung Murrayii- Ujian gegelung Varleyiii- Ujian ‘Pulse Echo’

Menyenaraikan pengawasan-pengawasan yang perlu diambil dalam mengesan lokasi kerosakan kabel bagi kabel voltan tinggi.

OBJEKTIF

Page 2: Unit 13 Kerosakan Kabel

KEROSAKAN KABEL E 3042 / UNIT 13/ 2

13.0 Pengenalan

Ujian gegelung Murray , gegelung Varley dan ‘Pulse Echo’ adalah diantara kaedah pengujian lokasi kerosakan yang paling asas dan mudah di bina . Kaedah-kaedah ini menggunakan beberapa radas atau peralatan asas yang mudah diperolehi.

13.1.1 Ujian Gegelung Murray

Ujian gegelung murray merupakan variasi titi a.t wheatstone yang digunakan untuk melokasi kerosakan litar pintas atau kerosakan bocor kebumi. Dalam kaedah ini , hendaklah diletakkan satu kabel yang baik selari dengan kabel yang mengalami kerosakan untuk mengetahui tempat sebenar dimana kerosakan tersebut berlaku.

F

INPUT

Kat mana pulak kabel ni terputus?

Page 3: Unit 13 Kerosakan Kabel

KEROSAKAN KABEL E 3042 / UNIT 13/ 3

Rajah 13.1 merupakan sambungan litar bagi pengujian kaedah gelung Murray.

a P Lx

D

S1 Q b

E L

Rajah 13.1 : litar ujian gelung Murray.

Cara kerja : Di hujung kabel yang rosak ( katakan tempat kerosakan di F )satu

kabel yang baik keadaannya disambung dari F ke tempat ujian b melalui penyambung D.

Di tempat ujian , hujung kabel a disambung ke b melalui satu galvanometer dan suis S1. P dan Q dipilih supaya titi dapat diseimbangkan .

Andaikan kabel-kabel yang baik dan rosak mempunyai keratan rentas dan panjang yang sama , dengan itu r /m adalah sama.

Bila seimbang :

Q X ( Perintang kabel aF ) = P X ( Perintang kabel bD + DF) Q X ( r Lx) = P X [ rL + r(L – Lx) ] rQLx = rP ( 2L – Lx) rQLx + rPLx = r2PL rLx ( Q + P) = r2PL Lx = 2PL Q + P

Jika L diketahui nilainya, maka Lx boleh dikira, iaitu jarak kerosakan kabel dari stesyen ujian.

Sekiranya L dan r bagi kabel baik dan rosak tidak sama , maka rumus diatas akan berubah . katakan

r’ = rintangan /unit panjangbagi kabel baik L’ = panjang bagi kabel baik Maka ( rLx )X (Q ) = P [r(L – Lx ) + r’L’] rQLx = Pr( L – Lx) + Pr’L’ rQLx – rP(L – Lx) = Pr’L’ rLx(Q+ P) = PrL + Pr’L’

rLx(Q+ P) = r(PL + Pr’L’) r

Lx = P ( L + r’/r L’ ) ( Q + P)

G

Page 4: Unit 13 Kerosakan Kabel

KEROSAKAN KABEL E 3042 / UNIT 13/ 4

13.1.2 Ujian Gegelung Varley

Ujian gegelung Varley sebenarnya adalah merupakan variasi dari Gegelung Murray . Penyediaan alatan yang digunakan dan juga penyambungannya adalah lebih kurang sama dengan gegelung Murray.Terdapat 3 kaedah sambungan yang berlainan iaitu rajah 13.2 ,rajah 13.3 dan rajah 13.4:

i- A x1 x2

B E

Rajah 13.2

ii- A x1 x2

B

E Rajah 13.3

iii- A x1 x2

E

Rajah 13.4

13.1.3 Ujian ‘Pulse Echo’

G

G

G

Page 5: Unit 13 Kerosakan Kabel

KEROSAKAN KABEL E 3042 / UNIT 13/ 5

Talian kabel di bawah tanah mempunyai salutan yang bertindak sebagai penghalang resapan atau lembapan air kedalam penebat kabel atau dawai pengalir utama kabel tersebut. Lembapan atau air bawah tanah ini menimbulkan masalah kerana air tersebut biasanya berasid dan akan merosakkan penebat kepada pengalir utama yang tertanam di dalam tanah.Ujian ‘Pulse Echo’pada hakikatnya adalah bertujuan untuk mencari kerosakan pada penyalut kabel yang tertanam dengan cara mengenal pasti titik di mana pengalir bertebat bersentuhan secara langsung dengan tanah.

Cara Kerja Sambungkan satu bateri pada hujung ke hujung kabel yang mengalami kerosakan.

( arus akan mengalir sepanjang pengalir ke tempat kerosakan ,dari tempat rosak ke bumi dan seterusnya dari bumi ke terminal bateri yang satu lagi. Arus boleh dibayangkan mengalir keluar dari tempat kerosakan ke semua arah.)

Letakkan ‘probe’ meter volt pada dua titik seperti gambarajah di bawah. Bacaan positif atau negatif akan di perolehi, bergantung kepada arah pengaliran arus dalam tanah di mana kerosakan berlaku.

B

A

Gerakkan meter volt sepanjang kabel sehinggalah pada satu ketika arah bacaan arus pada meter tersebut bertukar arah. Titik di mana arah bacaan jarum penunjuk ini bertukar menunjukkan di mana sebenarnya kerosakan telah berlaku.

AKTIVITI 13a

V

Page 6: Unit 13 Kerosakan Kabel

KEROSAKAN KABEL E 3042 / UNIT 13/ 6

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

13.1 Senaraikan tiga kaedah mencari kerosakan kabel yang di berikan dalam unit ini.

13.2 Lukiskan tiga sambungan yang berlainan bagi kaedah ujian gegelung Varley.

13.3 Rajah 13.5 merupakan salah satu sambungan kaedah Gegelung Varley. Dapatkan persamaan imbang bagi kaedah ini.

P x1 x2

Q

E L

Rajah 13.5

13.1 Berikan carakerja kaedah ‘Pulse Echo’ untuk mencari kerosakan kabel.

G

AKTIVITI 13b

Page 7: Unit 13 Kerosakan Kabel

KEROSAKAN KABEL E 3042 / UNIT 13/ 7

13.2 Dapatkan persamaan imbang bagi kaedah Gegelung Murray pada rajah 13.6. F

P

Lx

Q

E L Rajah 13.6

MAKLUM BALAS 13a

G

Page 8: Unit 13 Kerosakan Kabel

SELAMAT MENCUBA

KEROSAKAN KABEL E 3042 / UNIT 13/ 8

13.1 Rujuk input 13.0

13.2 Rujuk input 13.1.2

13.3 P(rX1) = Q ( rL + rX2 )

rX1 = r Q ( L + X2 ) P X1 = Q ( L + X2 ) P

13.1 Rujuk input 13.1.3

13.2 Rujuk input 13.1.1

SEMOGA BERJAYA

PENILAIAN KENDIRI

MAKLUM BALAS 13b

Page 9: Unit 13 Kerosakan Kabel

KEROSAKAN KABEL E 3042 / UNIT 13/ 9

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.

14.1 Kerosakan apakah yang sebenarnya di kenalpasti melalui ujian ‘Pulse Echo’?

14.2 Lukiskan ketiga-tiga sambungan yang berlainan bagi kaedah ujian Gegelung Varley dalam unit ini.

14.1 Rujuk input 13.2

14.2 Rujuk input 13.1.2

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

Page 10: Unit 13 Kerosakan Kabel

KEROSAKAN KABEL E 3042 / UNIT 13/ 10