undang undang perkhemahan pandu puteri
DESCRIPTION
Pandu PuteriTRANSCRIPT
S
DASAR PERTUBUHAN
UNDANG-UNDANG
BAHAGIAN PERKHEMAHAN
“SELALU SEDIA”
PERKHEMAHAN
S Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti luar yang utama bagi seseorang Pandu Puteri. Dalam aktiviti ini, seseorang Pandu Puteri di kehendaki mendirikan khemah untuk penginapan di luar sesebuah bangunan kekal
S Aktiviti perkhemahan merupakan salah satu program Pandu Puteri yang disukai sejak pergerakan Pandu Puteri bermula dan tidak boleh diasingkan daripada kehidupan seseorang Pandu Puteri. Kelayakan berkhemah adalah perlu bagi seseorang untuk mengendalikan apa juga jenis perkhemahan atau lawatan sambil belajar di bawah nama Pandu Puteri.
JENIS-JENIS
PERKHEMAHAN
S CUTI PASUKAN
S Aktiviti bercuti bagi ahli Pandu Puteri Tunas di bangunan
kekal yang lengkap dengan perabot, sekolah atau dewan
yang sesuai. Ahli-ahli juga boleh berkhemah dibawah
jagaan seorang pemimpin yang mempunyai esen
perkhemahan dengan syarat di kawasan yang berdekatan
dengan bangunan kekal.
Sambungan…
S Perkhemahan Pandu Puteri Remaja dan Renjer
S Perkhemahan untuk ahli dewasa (Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi dan Pemimpin)
S Aktiviti Perkhemahan boleh merangkumi :
S Cabaran
S Latihan
S Ujian Pandu Puteri
S Aktiviti yang mempunyai elemen keseronokan, lawatan dan permainan
S Aktiviti yang mempunyai ciri-ciri intergrasi antara unit-unit yang berlainan
KEBENARAN AM
S Kebenaran untuk mengadakan perkhemahan Pandu
Puteri mesti diperoleh daripada Pesuruhjaya Daerah dan
Ketua Pesuruhjaya Cawangan sekurang-kurangnya
enam (6) minggu sebelum tarikh perkhemahan. Tiga (3)
salinan borang yang berkaitan dihantar kepada Ibu
Pejabat Kebangsaan sekurang-kurangnya satu bulan
dari tarikh perkhemahan.
PERKHEMAHAN LUAR
NEGARA
S Seorang pemimpin yang berhajat untuk membawa ahli-ahlinya berkhemah di luar negara hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pesuruhjaya Daerah, Ketua Pesuruhjaya Cawangan, pesuruhjaya Kebangsaan Bahagian Antarabangsa dan Ketua Pesuruhjaya terlebih dahulu
S Ahli rombongan mestilah telah menjadi ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk sekurang-kurangnya (2) tahun dan boleh bertutur di dalam Bahasa Inggeris
S Ketua rombongan mestilah seorang pemimpin yang berwaran dan mempunyai sekurang-kurangnya Juru Pertolongan Cemas Perkhemahan dan sebaik-baiknya Lesen Perkhemahan.
PENTABIRAN
S STRUKTUR ORGANISASI
S Untuk perkhemahan kumpulan yang ahlinya tidak melebihi
lapan (8) orang termasuk ketua kumpulan maka ketua
kumpulan mesti mempunyai permit perkhemahan
S Suatu perkhemahan yang ahlinya tidak melebihi lapan belas
(18) orang mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua (2)
orang dewasa yang bertanggungjawab dan berusia lebih
daripada 18 tahun. Salah seorang daripada mereka
mestilah mempunyai waran perkhemahan
Sambungan…
S Sesuatu perkhemahan yang ahlinya tidak melebihi 36 orang
mesti mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang dewasa
yang bertanggungjawab. Salah seorang daripada mereka
mestilah mempunyai lesen perkhemahan
S Untuk perkhemahan yang ahlinya melebihi 36 orang
perkhemahan tersebut hendaklah dibahagikan kepada
beberapa subkem yang mempunyai staf perkhemahannya
sendiri tetapi di bawah pengawasan seorang Ketua Komandan
NOTA :
S Pemimpin beraran yang tidak memiliki lesen
perkhemahan dibenarkan menjalankan perkhemahan
tidak lebih dari 3 malam dengan persetujuan Ketua
Pesuruhjaya Cawangan
S KPC mestilah berpuashati bahawa pemimpin berkenaan
mempunyai sekurang-kurangnya pengalaman sebagai
Penolong Kem Komandan serta boleh mendapatkan
bantuan daripada orang lain yang berpengalaman untuk
mengendalikan perkhemahan
Sambungan…
S Seorang pemegang Lesen Perkhemahan mesti dilantik
oleh KPC untuk memegang jawatan Komandan Kem dan
memantau perkhemahan tersebut.
TUGAS KEM KOMANDAN
S Merancang dan mengelolakan sesuatu perkhemahan
dengan bantuan atau nasihat KPC atau Pesuruhjaya
Bahagian tertentu
S Membuat anggaran perbelanjaan bagi sesuatu
perkhemahan
TUGAS JURUMASAK
S Jurumasak merupakan seorang pemimpin yang
mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan
bekalan makanan dan peralatan perkhemahan
TUGAS JPC
S Juru Pertolongan Cemas merangkumi kesihatan dan
kebersihan perkhemahan mesti ditugaskan kepada
seorang Juru Pertolongan Cemas iaitu seorang
pemimpin yang bertanggungjawab, berpengalaman, dan
berpengetahuan dalam pertolongan cemas.
S Seorang penyelamat nyawa bertauliah diperlukan bagi
setiap 12 orang ahli sekiranya perkhemahan itu
melibatkan aktiviti air
KEWANGAN
S Perbelanjaan perkhemahan adalah tanggungan
penganjur itu sendiri
PAKAIAN SERAGAM
S Pekhemah wajib memakai pakaian seragam PP yang
lengkap dalam perjalanan ke tapak perkhemahan dan
balik.
S Staf perkehmahan memakai baju logo hijau
S Pakaian semasa perkhemahan ialah t-shirt biru PP
S Untuk upacara rasmi dalam perkhemahan semua staf
perkhemahan wajib memakai pakaian rasmi PP
Sambungan…
S Untuk istiada panji-panji
S Semua staf perkhemahan dan Pasukan Panji-panji perlu
memakai pakaian seragam yang lengkap
S Pekhemah boleh memakai pakaian seragam PP yang
lengkap atau pakaian perkhemahan mengikut arahan kem
komandan
Pemakaian seluar jeans dan seluar pendek tidak dibenarkan
dalam perkhemahan
LATIHAN
S KPC dengan bantuan Jawatankuasa Kecil Latihan dan
Jatankuasa Kecil Perkhemahan memberi keputusan
tentang latihan dan kebenaran untuk mengadakan cuti
pek perkhemahan
S Latihan perkhemahan diadakan untuk membolehkan staf
perkhemahan mengenali pekhemah dan membuat
persediaan sebelum perkhemahan bermula
UJIAN
S Calon yang ingin mengambil ujian semasa perkhemahan
hendaklah mendapatkan kebenaran P.Daerah, surat dan
borang permohonan hendaklah dihantar kepada KPC
sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum tarikh
perkhemahan
S Semua ujian perkhemahan bagi PP Remaja, PP Renjer,
PP Kadet, PP Dewasa, PP Siswi dan ahli Guild Trefoil
ialah tanggungjawab Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Sambungan
S Ujian kelayakan perkhemahan untuk sijil Juru
Pertolongan Cemas, Quatermaster, Permit Perkhemahan
dan Permit Perkhemahan Kumpulan ialah
tanggungjawab PPPM cawangan masing-masing
S Ujian bagi lesen perkhemahan dan permit cuti pek ialah
tanggungjawab Ibu Pejabat PPPM
PERMIT PERKHEMAHAN
KUMPULAN
S Ahli PP Remaja atau ahli PP Renjer yang mempunyai
Permit Perkhemahan Kumpulan boleh mengendalikan
Perkhemahan Kumpulan untuk ahli pasukannya
KELAYAKAN
S Telah mendapat Lencana Perkhemahan dan Lencana
Pertolongan Cemas
S Telah meningkat umur 15 tahun
S Telah berkhemah sekurang-kurangnya 10 hari
S Telah dipersetujui oleh AJK Pasukan
S Telah mendapat kebenaran daripada Pesuruhjaya
Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan
TEMPOH
S Tempoh perkhemahan tidak kurang daripada 3 hari 2
malam atau minimum 48 Jam
UJIAN AMALI
S Ujian merangkumi perancangan awal, mendapat
kebenaran serta meancang dan mengelolakan program
perkhemahan supaya semua yang menyertai
perkhemahan ini mendapat manfaat
S Pekhemah boleh terdiri daripada PP Remaja dan PP
Renjer. Jumlah pekhemah tidak boleh kurang daripada 5
orang dan tidak lebih daripada 7 orang . Salah seorang
daripada mereka hendaklah menyertai perkhemahan
TAPAK PERKHEMAHAN
S Calon dikehendaki melawat tapak perkhemahan yang
ditetapkan terlebih dahulu
S Tapak perkhemahan mestilah sesuai, berdekatan dengan
bangunan kekal dan mudah untuk mendapatkan bantuan
jika perlu
S Tapak perkhemahan mestilah diersetujui terlebih dahulu
oleh Pesuruhjaya Daerah dan pemilik permis
PERANCANGAN
S Menyediakan borang-borang yang diperlukan (borang
penyertaan, borang kebenaran waris, borang kesihatan
dan borang permohonan perkhemahan
S Menghantar surat kepada pihak yang berkenaan (polis,
hospital dan bomba)
S Menghantar borang permohonan kepada P.Daerah
sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum tarikh
perkhemahan
Sambungan…
S Merangka program perkhemahan untuk cuaca baik dan
buruk
S Menyediakan jadual tugas perkhemahan
S Menyediakan anggaran perbelanjaan perkhemahan
S Menyediakan senarai peralatan yang diperlukan
Sambungan…
S Menguruskan pengangkutan
S Mengambil insuran perkhemahan
S Urusan-urusan lain yang berkaitan
KRAF KEM
S Mendirikan, menganginkan dan menurunkan khemah
S Mengetahui cara menjaga dan membaiki khemah
S Membuat perparitan di sekeliling khemah setelah
mendapat kebenaran. Sekiranya tidak mendapat
kebenaran perlu tahu teorinya
S Membuat minimum 5 gajet yang sesuai dan diperlukan
serta menggunakannya
S Mengetahui dan boleh menggunakan kapak, gergaji,
tukul, parang, cangkul serta menjaga peralatan tersebut
PERMAINAN LUAS
S Mengelolakan permainan luas yang meliputi sekurang-
kurangnya 3 daripada aktiviti tersebut
S Mengembara (hiking)
S Penggunaan kompas
S Tanda mengesan
S Membuat perlindungan sementara
S Memasak ( Hike Cooking)
S Mengendap
3K
Keselamatan, Kebersihan dan kesihatan
S Bertanggungjawab atas keselamatan, kebersihan dan
kesihatan ahli pekehmah
S Mengetahui cara-cara mencegah kebakaran
S Mengetahu langkah-langkah keselamatan yang perlu
diambil dalam keadaan sejuk, panas dan lembap pada
waktu siang dan malam
S Aktiviti air tidak dibenarkan
ISTIADAT DAN UPACARA
S Mengelolakan upacara menaikan dan menurunkan Panji-
panji
S Untuk upacara Panji-panji aktiviti tersebut mesti
dijalankan
S Bcaan doa
S Kata-kata hikmah
S Malam Pandu Puteri
S Mengelolakan satu acara malam Pandu Puteri
TUGAS-TUGAS LAIN
S Mengawasi perjalanan keseluruhan program
S Mempengerusikan Majlis Jawatankuasa Kumpulan
S Mempamerkan senarai nama ahli kumpulan, senarai
tugasan, program dan peraturan
S Melakukan pemeriksaan perkhemahan
Sambungan…
S Menyediakan akaun perkhemahan serta menjelaskan
segala perbelanjaan
S Membuat penilaian perkhemahan
S Menyediakan Buku Log Perkhemahan
S Memastikan tapak perkhemahan bersih pada akhir
perkhemahan
S Merakankan ucapan terima kasih kepada semua yang
terlibat
SYARAT PERMIT
PERKHEMAHAN
S Calon mestilah mengelolakan perkhemahan dengan
jayanya
S Calon hendaklah memahami pentingnya rancangan yang
menarik dan beraneka
S Calon hendaklah mengamalkan pemeliharaan alam
sekitar dalam aktiviti perkhemahan
TEORI DAN PENGUJI
S Tiada ujian teori
S Penguji bagi permit perkhemahan kumpulan ialah
seorang Jurulatih bertauliah yang mempunyai Lesen
Perkhemahan atau seorang pemegang Lesen
Perkhemahan yang dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya
Cawangan