undang-undang malaysia - agc.gov.my · pdf filepengertian kanun keseksaan [akta 574]. kuasa...

36
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 104 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH 1973 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Act 1973. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

Upload: lenhi

Post on 04-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

UNDANG-UNDANGMALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 104

AKTA LEMBAGA KEMAJUANTERENGGANU TENGAH 1973

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Lembaga Kemajuan TerengganuTengah Act 1973. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) AktaBahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32] , teks ini bukan perundangan.

Page 2: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

2 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

Tarikh Perkenan Diraja … … … … 6 April 1973

Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 12 April 1973

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1994

Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 2000

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANUTENGAH 1973

Page 3: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 104

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANUTENGAH 1973

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas

2. Tafsiran

BAHAGIAN II

LEMBAGA

3. Lembaga

4. Fungsi Lembaga

5. Keanggotaan Lembaga

6. Perlindungan Pihak Berkuasa Awam

7. Pekhidmat awam

8. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

9. Kawasan Terengganu Tengah

10. Fungsi tambahan bagi Lembaga

11. Penyata, laporan, akaun dan maklumat

Page 4: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

4 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

BAHAGIAN III

BAHAGIAN, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT

Seksyen

12. Pengerusi hendaklah menjadi ketua pegawai pengurus

13. Pengurus Besar

14. Penyusunan Lembaga kepada Bahagian-Bahagian

15. Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain

16. Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan bagi pegawaidan pekhidmat

16A. Jawatankuasa tatatertib

16B. Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib

16C. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib

16D. Pengenaan surcaj

16E. Pemberitahuan surcaj

16F. Penarikan balik surcaj

16G. Mendapatkan surcaj

16H. Keanggotaan Lembaga dalam kes khas

BAHAGIAN IV

KEWANGAN

17. Penubuhan Kumpulan Wang

18. Pengimbangan akaun hasil

19. Kumpulan wang rizab

20. Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

21. Perbelanjaan dan penyediaan Anggaran

22. Akaun dan audit

BAHAGIAN V

KUASA LAIN LEMBAGA

23. Pewakilan kuasa Lembaga

24. Kuasa untuk meminjam

25. Pelaburan

Page 5: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 5

Seksyen

26. Kuasa untuk mengambil kerja ejen

27. Kuasa untuk memberikan pinjaman

28. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan

29. Pengambilan tanah dengan paksa

BAHAGIAN VI

AM

30. (Dipotong)

31. Obligasi kerahsiaan

32. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

33. Perkara yang dilakukan pada menjangka Akta ini akan diisytiharkan

JADUAL PERTAMA

JADUAL KEDUA

Page 6: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

Page 7: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 7

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 104

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANUTENGAH 1973

Suatu Akta bagi memperbadankan Lembaga Kemajuan TerengganuTengah dan untuk mengadakan peruntukan berkenaan dengan perkarayang bersangkutan dengannya.

[1 Mei 1973, P.U. (B) 159/1973]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga KemajuanTerengganu Tengah 1973.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maknayang lain—

“Bahagian” ertinya Bahagian yang ditubuhkan di bawahseksyen 14;

“Kawasan Terengganu Tengah” ertinya mana-mana kawasanyang ditetapkan oleh Menteri menurut seksyen 9;

“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkandi bawah seksyen 17;

Page 8: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

“Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah yangditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Negeri” ertinya Negeri Terengganu;

“pegawai perakaunan” termasuklah tiap-tiap pegawai danpekhidmat yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut,menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut,menerima atau mengakaunkan, apa-apa wang dalam KumpulanWang, atau yang dipertanggungkan dengan kewajipan membayar,atau yang sebenarnya membayar, apa-apa wang, dan tiap-tiap pegawaidan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan penerimaan, penjagaanatau pelupusan, atau pengakaunan, apa-apa barang simpanan danharta Lembaga atau yang sebenarnya menerima, memegang ataumelupuskan barang simpanan dan harta itu;

“Pengarah” ertinya Pengarah sesuatu Bahagian yang ditetapkandi bawah seksyen 14;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawahseksyen 5;

“Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar yang dilantik di bawahseksyen 13;

“perbadanan” ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawahseksyen 28;

“syarikat” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikankepada “perbadanan” di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat1965 [Akta 125]; dan

“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yangdilantik di bawah seksyen 5.

BAHAGIAN II

LEMBAGA

Lembaga

3. Suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga KemajuanTerengganu Tengah” ditubuhkan yang kekal turun temurun danmempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guamandan dibawa guaman atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagimaksud Akta ini, boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh,

Page 9: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 9

membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis hartaalih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan,menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan,mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atauselainnya melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainyayang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa terma sebagaimanayang difikirkannya patut.

Fungsi Lembaga

4. (1) Fungsi Lembaga adalah—

(a) untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan danmengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalamKawasan Terengganu Tengah;

(b) untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan danmengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian,perindustrian dan komersial dalam Kawasan TerengganuTengah; dan

(c) untuk mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan kegiatanyang disebut terdahulu dalam Kawasan Terengganu Tengah.

(2) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segalaperkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu atau yangbersampingan dengan penjalanan fungsinya, dan khususnya, tetapitanpa menyentuh keluasan kuasa yang disebut terdahulu—

(a) menjalankan segala kegiatan khususnya dalam perusahaankomersial dan perindustrian, yang penjalanannya difikirkandikehendaki, berfaedah atau mudah untuk atau berkenaandengan penjalanan fungsi yang tersebut itu, termasukmembuat, memasang, memproses, membungkus,memeringkatkan dan memasarkan keluaran, penyelidikandan latihan;

(b) memulakan kajian permulaan tentang kawasanpembangunan dan pembangunan semula yang mungkindan membuat rancangan permulaan yang menerangkansecara kasar kegiatan pembangunan atau pembangunansemula dan tinjauan permulaan untuk menentukan samaada projek pembangunan atau projek pembangunan semulamungkin boleh dijalankan dan dilaksanakan;

Page 10: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

(c) bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan atau KerajaanNegeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-manasyarikat, mana-mana perbadanan, mana-mana badan ataumana-mana orang atau bertindak sebagai ejen atau ejenpengurus baginya atau selainnya bertindak bersamadengannya atau bagi pihaknya;

(d) memajukan dan menyelaraskan penjalanan kegiatan ituoleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, pihakberkuasa awam, mana-mana syarikat, perbadanan, ataubadan atau orang lain;

(e) menubuhkan atau memperbesar, atau memajukanpenubuhan atau pembesaran syarikat, perbadanan ataubadan lain untuk menjalankan mana-mana kegiatan itusama ada kesemua atau sebahagiannya di bawah kawalanLembaga atau secara bebas;

(f) memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasaawam, syarikat, perbadanan atau mana-mana badan atauorang lain yang, pada pendapat Lembaga mempunyaikemudahan untuk menjalankan mana-mana kegiatan itu,termasuk bantuan kewangan dengan mengambil syer ataumodal pinjamannya atau dengan memberikan pinjamanatau selainnya;

(g) membeli, menanggung beli atau selainnya memperolehapa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awamatau persendirian, dan melupuskannya atas apa-apa termadan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

(h) menghendaki jabatan, dan agensi kerajaan dan bukankerajaan yang menjalankan atau bercadang hendakmenjalankan pembangunan dalam Kawasan TerengganuTengah supaya mengemukakan laporan yang mengandungibutir-butir dan maklumat sebagaimana yang dinyatakanoleh Lembaga berkenaan dengan kegiatannya atau kegiatanyang dicadangkan olehnya;

(i) melantik ejen atau menubuhkan badan lain sebagaimanayang difikirkan patut olehnya bagi maksud menjalankanfungsinya;

(j) mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkan patutolehnya bagi melaksanakan mana-mana kuasa ataufungsinya;

Page 11: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 11

(k) menerima apa-apa komisen atau bayaran sebagaimanayang dipersetujui sebagai balasan bagi perkhidmatan yangtelah diberikan olehnya:

(l) mengawal selia pembangunan dalam Kawasan TerengganuTengah; dan

(m) melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yangdifikirkan patut bagi menjalankan fungsi dan kuasanyadengan berkesan.

(3) Tertakluk kepada seksyen 8, hendaklah menjadi tanggungjawabLembaga dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini untukmemastikan fungsi itu dilaksanakan secara yang sejajar dengandasar Kerajaan yang berkuat kuasa pada masa ini dan khususnyadasar yang berhubungan dengan pembentukan semula masyarakat.

Keanggotaan Lembaga

5. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikutdilantik oleh Menteri, kecuali Pengurus Besar—

(a) seorang Pengerusi;

(b) seorang Timbalan Pengerusi;

(c) tiga orang wakil Kerajaan Persekutuan;

(d) tiga orang wakil Kerajaan Negeri;

(e) tiga orang yang mempunyai kedudukan profesional yangberkaitan; dan

(f) Pengurus Besar.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (3) dan (4), Jadual Pertamahendaklah terpakai bagi anggota Lembaga.

(3) Perenggan 1, 2, 3 dan 7 Jadual Pertama tidak terpakai bagiPengurus Besar.

(4) Pengurus Besar tidak mempunyai hak untuk mengundi dalammana-mana mesyuarat Lembaga.

(5) Apabila jawatan Pengurus Besar kosong, subseksyen (1)hendaklah dibaca seolah-olah perenggan (f) telah dipotong.

Page 12: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

Perlindungan Pihak Berkuasa Awam

6. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaanatau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota,pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apaperbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukanolehnya atas sifatnya yang demikian itu.

Pekhidmat awam

7. Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga, semasamereka menjalankan kewajipan sebagai anggota, pegawai danpekhidmat, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikutpengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri danMenteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan yangselaras dengan peruntukan Akta ini dan Lembaga hendaklah, denganseberapa segera yang boleh, melaksanakan semua arahan itu.

(2) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertaklukkepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untukmemberikan arahan hendaklah termasuk memberikan arahan kepadaLembaga—

(a) tentang pelupusan aset modal; dan

(b) tentang penggunaan hasil daripada aset modal yangdilupuskan itu,

walaupun arahan itu mengenai sesuatu yang tertentu:

Dengan syarat bahawa, selagi apa-apa wang yang dipinjam olehLembaga mengikut peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan,tiada apa-apa arahan itu boleh diberikan.

Kawasan Terengganu Tengah

9. (1) Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh, dengan persetujuanKerajaan Negeri, dari semasa ke semasa, menetapkan melaluipemberitahuan dalam Warta kawasan yang di dalamnya Lembaga

Page 13: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 13

akan menjalankan fungsinya di bawah Akta ini dan kawasan ituhendaklah dinamakan “Kawasan Terengganu Tengah”.

(2) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulisyang lain, hendaklah menjadi tanggungjawab Lembaga menjalankanfungsi yang diperuntukkan oleh Akta ini dalam Kawasan TerengganuTengah.

Fungsi tambahan bagi Lembaga

10. Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan dankuasa yang terletak hak pada Lembaga menurut Akta ini, Lembagaboleh menjalankan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasalain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain bagiapa-apa maksud yang boleh diuntukkan atau diberikan kepadanyaoleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan dalammelakukan yang demikian Lembaga hendaklah disifatkan menunaikanmaksud Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagiLembaga berkenaan dengan fungsi itu dan berkenaan denganpentadbiran dan pembelanjaan wang itu:

Dengan syarat bahawa akaun bagi wang itu hendaklah disimpanberasingan dan berlainan daripada akaun Kumpulan Wang.

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

11. (1) Lembaga hendaklah memberi Menteri dan mana-mana orang,kumpulan orang atau pihak berkuasa awam lain sebagaimana yangdiarahkan oleh Menteri, penyata, laporan, akaun dan maklumatyang dikehendakinya atau diarahkannya dari semasa ke semasaberkenaan dengan harta dan kegiatan Lembaga.

(2) Tanpa menyentuh keluasan peruntukan subseksyen (1),Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, selepasberakhir setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantarkepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepadaKerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatulaporan berkenaan dengan kegiatan Lembaga dalam masa tahunkewangan yang sebelumnya dan mengikut apa-apa bentuk danmengandungi apa-apa maklumat berhubungan dengan prosidingdan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan dari semasa kesemasa oleh Menteri.

Page 14: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

BAHAGIAN III

BAHAGIAN, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT

Pengerusi hendaklah menjadi ketua pegawai pengurus

12. (1) Pengerusi hendaklah menjadi ketua pegawai pengurusLembaga dan dia hendaklah bertanggungjawab bagi menyediakanprogram, skim atau projek untuk pertimbangan Lembaga, bagimengeluarkan panduan dasar atau penerangan mengenai keputusanLembaga kepada Pengurus Besar dan pegawai dan pekhidmat laindan bagi menyelia dan mengawal pelaksanaan keputusan itu.

(2) Semua pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah terletakdi bawah kawalan am Pengerusi.

(3) Pengerusi hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lainatau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri darisemasa ke semasa.

(4) Jika Pengerusi tidak ada dalam Malaysia buat sementaraatau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau keranaapa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya,Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan kewajipan Pengerusiitu dalam masa dia tidak ada buat sementara atau tidak berupayakerana apa-apa sebab lain itu.

Pengurus Besar

13. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik mana-mana orang yang dinamakan “Pengurus Besar” untuk menjadiketua pegawai kerja dan padanya diletak hak apa-apa kuasa dandikenakan apa-apa kewajipan dan fungsi sebagaimana yang ditentukanoleh Lembaga.

(2) Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankansegala program, skim atau projek, bagi melaksanakan keputusanLembaga dan arahan Pengerusi.

(3) Pengurus Besar bertanggungjawab kepada Pengerusi.

Page 15: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 15

(4) Tertakluk kepada arahan Pengerusi, Pengurus Besar hendaklahmempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai dan pekhidmatLembaga.

(5) Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipanlain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembagaatau Menteri dari semasa ke semasa atau sebagaimana yang diarahkanoleh Pengerusi dari semasa ke semasa.

(6) Jika Pengurus Besar tidak ada dalam Malaysia buat sementaraatau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau keranaapa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya,Lembaga boleh mengarahkan mana-mana anggota atau pegawaiatau pekhidmat Lembaga supaya melaksanakan kewajipan PengurusBesar itu dalam masa dia tidak ada buat sementara atau tidakberupaya kerana apa-apa sebab lain itu.

(7) Tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yangdifikirkannya patut, Lembaga boleh mengarahkan supaya mana-mana atau segala kuasa, kewajipan atau fungsi yang terletak hakatau yang dikenakan pada Pengurus Besar menurut Akta ini dijalankanatau dilaksanakan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembagadan selepas itu Pengurus Besar itu tidak boleh lagi menjalankanatau melaksanakan kuasa, kewajipan atau fungsi itu.

Penyusunan Lembaga kepada Bahagian

14. (1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa Bahagian sebagaimanayang difikirkannya wajar, dan setiap Bahagian hendaklah diletakkandi bawah kawalan dan jagaan seorang pegawai kerja yang dinamakan“Pengarah”.

(2) Pengarah bagi setiap Bahagian hendaklah dilantik olehPengerusi dengan kelulusan Menteri.

(3) Menjadi tanggungjawab Pengarah Bahagian yang berkenaanuntuk melaksanakan dan menjalankan keputusan Lembaga mengenaiperkara berkaitan dengan Bahagiannya, untuk menghantar syormengenai dasar untuk pertimbangan Lembaga, untuk mengambilbahagian, tanpa hak mengundi, dalam mana-mana mesyuaratLembaga apabila perkara berkaitan dengan Bahagiannyadipertimbangkan dalam mesyuarat itu dan juga untuk menjalankansegala kuasa yang diwakilkan kepadanya oleh Lembaga.

Page 16: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain

15. (1) Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat dibawah seksyen 16, Lembaga boleh melantik atas apa-apa termadan syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar beberapa orangpegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksudAkta ini.

(2) Tiada seorang pun yang mempunyai secara langsung atausecara tidak langsung, sama ada sendiri atau melalui pekongsinya,apa-apa syer atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau apa-apakontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembagalayak diambil bekerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga.

(3) Mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yangmempunyai atau memperoleh apa-apa syer atau kepentingan tersebutboleh, menurut budi bicara Lembaga, dibuang kerja terus tanpanotis.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatanbagi pegawai dan pekhidmat

16. (1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusanMenteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syaratperkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmatnya.

(2) Melainkan jika diperuntukkan selainnya, sebutan mengenaiseorang pegawai Lembaga dalam Akta ini hendaklah termasuksebutan mengenai Pengurus Besar dan Pengarah.

Jawatankuasa tatatertib

16A. (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib terhadapsemua pegawai dan pekhidmatnya dan hendaklah menjalankankawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang sedemikianmengikut Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahseksyen 16C.

(2) Bagi maksud seksyen ini—

(a) Suatu jawatankuasa tatatertib Lembaga hendaklahditubuhkan berkenaan dengan Pengurus Besar yang terdiridaripada—

(i) Ketua Setiausaha Kementerian, yang hendaklahmenjadi pengerusi jawatankuasa itu; dan

Page 17: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 17

(ii) dua orang anggota Lembaga yang hendaklah dilantikoleh Lembaga; dan

(b) Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta,menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagikategori berlainan pegawai atau pekhidmat Lembaga.

(3) Berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana jawatankuasatatatertib yang ditubuhkan menurut perenggan (2)(b):

(a) jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada apa-apabilangan anggota Lembaga, selain Pengerusi Lembaga,atau pegawai Lembaga, atau apa-apa kombinasi anggotadan pegawai itu; dan

(b) seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatujawatankuasa tatatertib tidak boleh lebih rendah pangkatnyadaripada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang keatasnya jawatankuasa yang dia menjadi anggota mempunyaikuasa tatatertib.

(4) Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan (2)(b)hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yangberhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yangdiletakkan di bawah bidang kuasanya.

(5) Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatujawatankuasa tatatertib yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklahmempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib danmengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasidua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkandi bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16C.

Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib

16B. (1) Suatu keputusan jawatankuasa tatatertib di bawah perenggan16A(2)(a) bolehlah dirayu kepada Menteri.

(2) Keputusan mana-mana jawatankuasa tatatertib di bawahperenggan 16A(2)(b) boleh dirayu kepada Jawatankuasa RayuanTatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a) Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusiJawatankuasa Rayuan Tatatertib dan mempunyai undipemutus; dan

Page 18: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

(b) tiga orang anggota Lembaga, yang bukan anggotajawatankuasa tatatertib yang keputusannya ialah hal perkararayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusiJawatankuasa Rayuan Tatatertib dengan kelulusan Lembagabagi maksud rayuan itu.

(3) Menteri atau Jawatankuasa Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan ataumengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.

(4) Apabila Jawatankuasa Rayuan Tatatertib menimbangkansesuatu rayuan di bawah subseksyen (2), seorang anggotajawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itudibuat yang juga anggota Lembaga tidak boleh hadir pada ataudengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosidingyang berhubungan dengan rayuan itu.

(5) Keputusan Menteri atau Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dibawah subseksyen (3) hendaklah muktamad dan konklusif.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib

16C. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untukmengadakan peruntukan bagi tatatertib pegawai dan pekhidmatLembaga.

(2) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawahseksyen ini—

(a) boleh mewujudkan kesalahan tatatertib;

(b) boleh mengadakan peruntukan bagi hukuman tatatertibsebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, danhukuman itu boleh meliputi amaran, denda, pelucuthakanemolumen, penangguhan pergerakan gaji, pengurangangaji, penurunan pangkat dan buang kerja;

(c) hendaklah memberikan orang yang terhadapnya prosidingtatatertib itu diambil peluang untuk membuat representasiterhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya

Page 19: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 19

sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertibitu kecuali dalam hal yang berikut:

(i) jika seseorang pegawai atau pekhidmat Lembagadibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasankelakuan yang berkenaan dengannya suatupertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;

(ii) j ika Lembaga, atas syor Menteri yangdipertanggungkan dengan hal ehwal dalam negeri,berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatanMalaysia atau mana-mana bahagiannya tidak suaimanfaat untuk menjalankan kehendak perengganini; atau

(iii) jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai ataupekhidmat Lembaga apa-apa perintah tahanan,pengawasan, kediaman terhad, buang negeri ataudeportasi, atau jika telah dikenakan terhadap pegawaiatau pekhidmat Lembaga apa-apa bentuk sekatanatau pengawasan dengan bon atau selainnya, dibawah mana-mana undang-undang yang berhubungandengan keselamatan Malaysia atau mana-manabahagiannya, pencegahan jenayah, tahananpencegahan, kediaman terhad, buang negeri,imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis;

(d) boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja denganpengurangan emolumen pegawai atau pekhidmat Lembagasementara menanti selesainya prosiding jenayahterhadapnya atau prosiding tatatertib terhadapnya dengantujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya;dan

(e) boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan tanpaemolumen seseorang pegawai atau pekhidmat Lembagajika Pegawai atau pekhidmat itu telah disabitkan olehmana-mana mahkamah jenayah atau jika suatu perintahtahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan ataudikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat itu.

Pengenaan surcaj

16D. (1) Seseorang yang sedang atau telah bekerja dengan Lembagaboleh disurcaj jika ternyata pada Lembaga bahawa orang itu—

(a) tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepadaLembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;

Page 20: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

(b) yang atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaranwang daripada Lembaga yang tidak sepatutnya dibuatatau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskandengan sewajarnya;

(c) yang atau telah bertanggungjawab, secara langsung atautidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagipemusnahan, apa-apa wang, barangan atau harta lainLembaga;

(d) sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidakatau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yangsepatutnya; atau

(e) tidak membuat apa-apa pembayaran, atau yang atau telahbertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalampembayaran wang daripada Lembaga, kepada mana-manaorang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat dibawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antaraorang itu dengan Lembaga.

(2) Lembaga hendaklah, sebelum orang itu disurcaj,menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanyamenunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj.

(3) Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalamempat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu,Lembaga boleh—

(a) dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcaj terhadaporang itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun yangtidak dipungut, atau apa-apa bayaran yang tidak sepatutnyadibuat, atau kekurangan dalam, atau pemusnahan hartayang dilakukan; dan

(b) dalam hal perenggan (1)(d) dan (e) mensurcaj terhadaporang itu apa-apa jumlah wang sebagaimana yangdifikirkannya patut.

Pemberitahuan surcaj

16E. Lembaga hendaklah memberitahu orang yang disurcajberkenaan dengan apa-apa surcaj yang dikenakan di bawahsubseksyen 16D(3).

Page 21: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 21

Penarikan balik surcaj

16F. Walau apa pun subseksyen 16D(3) dan seksyen 16E, Lembagaboleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yangberkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterimaatau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj sepatutnya dibuat,dan Lembaga hendaklah dengan serta-merta memberitahu orangyang disurcaj itu akan penarikan balik itu.

Mendapatkan surcaj

16G. Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen16D(3) dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 16F hendaklahmenjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orangyang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh dibawa guamandan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembagadan boleh juga, jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga, didapatkanmelalui potongan—

(a) daripada gaji orang yang disurcaj; atau

(b) daripada pencen orang yang disurcaj,

dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihisatu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikutmana-mana yang berkenaan, orang itu.

Keanggotaan Lembaga dalam kes khas

16H. Dalam apa-apa tindakan bagi surcaj terhadap Pengurus Besar,keanggotaan Lembaga bagi maksud seksyen 16D dan 16G tidaklahtermasuk Pengurus Besar.

BAHAGIAN IV

KEWANGAN

Penubuhan Kumpulan Wang

17. (1) Bagi maksud Akta ini, ditubuhkan suatu kumpulan wangyang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.

(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a) apa-apa wang sebagaimana yang diperuntukkan dari semasake semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau DewanUndangan Negeri;

Page 22: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

(b) apa-apa wang sebagaimana yang diuntukkan dari semasake semasa kepada Lembaga daripada wang pinjaman;

(c) wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek,skim atau perusahaan yang dibiayai daripada KumpulanWang;

(d) wang yang didapati atau yang terbit daripada apa-apaharta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yangdiperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

(e) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debenturyang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

(f) wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksudmenjelaskan mana-mana daripada obligasinya ataumenjalankan mana-mana daripada kewajipannya; dan

(g) segala wang atau harta lain yang boleh dengan apa-apacara kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembagaberkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingandengan kuasa dan kewajipannya.

(3) Dalam seksyen ini ungkapan “kumpulan wang pinjaman”ertinya apa-apa wang sebagaimana yang dapat diadakan dari semasake semasa bagi Kerajaan Persekutuan atau Negeri sebagai pinjaman.

Pengimbangan akaun hasil

18. Lembaga hendaklah mempunyai kewajipan untuk memeliharaKumpulan Wang dengan menjalankan dan menyempurnakan kuasa,fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini supaya jumlah hasilLembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan olehMenteri di bawah seksyen 8, cukup untuk membayar semua wangyang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya,termasuk, tanpa menyentuh keluasan ungkapan itu, peruntukanberkenaan dengan obligasinya di bawah seksyen 17 dan 19 dankesusutan dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Kumpulan wang rizab

19. Lembaga hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatukumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang itu.

Page 23: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 23

Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada KumpulanWang

20. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

(a) membayar segala perbelanjaan yang dilakukan di bawahseksyen 25;

(b) memberikan pinjaman di bawah seksyen 27;

(c) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengansah oleh Lembaga, termasuk bayaran ukur, guaman danbayaran serta kos lain, dan saraan bagi pegawai danpekhidmat yang dilantik dan diambil bekerja oleh Lembaga,termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

(d) membayar apa-apa perbelanjaan atau kos lain yangdilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya olehLembaga dalam melaksanakan kewajipannya ataumenjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;

(e) membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera, barang-barang dan apa-apa bahan lain dan memperoleh tanahdan mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerjadan usaha lain dalam melaksanakan kewajipannya ataumenjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;

(f) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawahAkta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

(g) pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagimelaksanakan peruntukan Akta ini.

Perbelanjaan dan penyediaan Anggaran

21. (1) Perbelanjaan Lembaga hingga sebanyak yang dibenarkanoleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripadaKumpulan Wang.

(2) Sebelum permulaan bulan September setiap tahun Lembagahendaklah menghantar kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan(termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yangberikutnya mengikut apa-apa bentuk dan dengan mengandungiapa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan sebelumpermulaan tahun yang berikutnya itu Menteri hendaklah memberitahuLembaga jumlah wang yang dibenarkan untuk perbelanjaan amnyaatau jumlah wang yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.

Page 24: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

(3) Lembaga boleh, pada bila-bila masa, menghantar kepadaMenteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun danMenteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagianperbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran tambahanitu.

(4) Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya menghantarsalinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Kerajaan Negeri atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

Akaun dan audit

22. (1) Lembaga hendaklah menyimpan dengan sepatutnya akaundan rekod lain berkenaan dengan penjalanan dan hendaklahmenyediakan penyata akaun bagi setiap tahun kewangan.

(2) Akaun Lembaga hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh KetuaAudit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Lembaga dengankelulusan Menteri.

(3) Selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, dan selepassahaja akaun Lembaga diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkansupaya suatu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteriatau, apabila diarahkan demikian oleh Menteri, kepada KerajaanNegeri atau mana-mana orang lain, bersama dengan suatu salinanapa-apa pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara ataujuruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) mengenaimana-mana penyata atau mengenai akaun Lembaga.

(4) Menteri hendaklah menyebabkan dibentangkan suatu salinantiap-tiap penyata dan pandangan itu di hadapan Dewan Rakyat.

BAHAGIAN V

KUASA LAIN LEMBAGA

Pewakilan kuasa Lembaga

23. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yangdifikirkannya patut, Lembaga boleh mewakilkan kuasa kepadaPengerusi, Pengurus Besar atau mana-mana orang lain untuk

Page 25: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 25

menjalankan bagi pihaknya apa-apa kuasa, kewajipan atau fungsiyang terletak hak atau yang dipertanggungkan pada Lembaga menurutAkta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, kecuali kuasauntuk meminjam wang, mendapatkan pinjaman atau membuatperaturan-peraturan; dan apa-apa kuasa atau fungsi yang diwakilkandemikian itu boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh Pengerusiatau Pengurus Besar atau mana-mana orang lain itu, mengikutmana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.

(2) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), Lembaga bolehmewakilkan kuasa kepada Pengerusi, Pengurus Besar, mana-manadaripada anggotanya yang lain atau mana-mana orang untukmembenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain di bawah kawalan Lembaga hingga setakat yangdinyatakan oleh Lembaga dalam hal itu.

Kuasa untuk meminjam

24. (1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa meminjam, atasapa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apaterma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnyasebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuanMenteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan olehLembaga bagi menjelaskan mana-mana obligasinya atau bagimenjalankan mana-mana kewajipannya.

(2) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusanMenteri serta persetujuan Menteri Kewangan, meminjam wangdengan mengeluarkan bon, debentur atau saham debentur, ataumendapatkan modal dengan mengeluarkan syer atau saham daripadaapa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma sebagaimana yangdifikirkannya suai manfaat bagi segala atau mana-mana daripadamaksud yang berikut:

(a) mengadakan modal kerja;

(b) menunaikan kewajipan Lembaga di bawah Akta ini;

(c) menunaikan apa-apa fungsi tambahan sebagaimana yangdijalankan oleh Lembaga di bawah Akta ini;

(d) menebus apa-apa syer atau saham yang ia dikehendakiatau berhak menebusnya; dan

(e) apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkandengan sepatutnya pada akaun modal.

Page 26: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

Pelaburan

25. Aset Lembaga, setakat yang tidak dikehendaki untukdibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkanmengikut cara yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuanMenteri Kewangan.

Kuasa untuk mengambil kerja ejen

26. Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen danpenasihat teknik termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank,broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untukmenjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatanyang dikehendaki diuruskan atau dilakukan dalam melaksanakankewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengancara yang lebih baik.

Kuasa untuk memberikan pinjaman

27. Pada melaksanakan kewajipannya atau pada menjalankanfungsinya Lembaga boleh memberikan pinjaman, dan pinjaman ituboleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syaratsebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan dalamhal tertentu.

Kuasa untuk menubuhkan perbadanan

28. (1) Lembaga boleh dari semasa ke semasa dengan Perintahyang disiarkan dalam Warta menubuhkan sesuatu perbadanan denganapa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembagauntuk melaksanakan apa-apa projek, skim atau perusahaan yangtelah dirancangkan atau dijalankan oleh Lembaga pada melaksanakankewajipannya atau pada menjalankan fungsinya.

(2) Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi perbadanan yangditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).

Pengambilan tanah dengan paksa

29. (1) Apabila apa-apa harta tak alih yang bukan tanah Kerajaanperlu diperoleh oleh Lembaga bagi maksud Akta ini, harta ituboleh diperoleh mengikut peruntukan mana-mana undang-undang

Page 27: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 27

bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatumaksud awam, yang pada masa ini berkuat kuasa di Negeri itu, danapa-apa akuan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undangbertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuatwalaupun pampasan akan dibayar oleh Lembaga; dan akuan ituhendaklah berkuat kuasa seolah-olah ia suatu akuan bahawa tanahitu diperlukan bagi suatu maksud awam mengikut undang-undangbertulis itu.

(2) Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan mana-manaharta tak alih yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklahdibayar oleh Lembaga.

(3) Apabila apa-apa harta tak alih telah diperoleh di bawahseksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumenhakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklahmembayar apa-apa cukai yang mungkin dikenakan atas harta itu.

BAHAGIAN VI

AM

30. (Dipotong oleh Akta 478).

Obligasi kerahsiaan

31. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud sesuatuprosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada seorang pun anggota,pegawai atau pekhidmat Lembaga boleh menzahirkan apa-apamaklumat yang telah didapatinya semasa menjalankan kewajipannyadan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.

(2) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen(1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan bolehdipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didendatidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

32. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuatperaturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakanperuntukan Akta ini dengan cara yang lebih baik.

Page 28: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

(2) Tanpa menyentuh subseksyen (1), peraturan-peraturan dibawah subseksyen itu boleh dibuat bagi—

(a) menetapkan cara bagaimana dokumen, cek dan surat caradaripada apa-apa jenis akan ditandatangani ataudisempurnakan bagi pihak Lembaga;

(b) menetapkan tanggungjawab dan kawalan bagi pegawaidan pekhidmat Lembaga;

(c) mengenakan bayaran dalam hal yang ditentukan olehLembaga;

(d) mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara berkaitandengan syer, saham, bon, debentur atau saham debenturyang dikeluarkan di bawah Akta ini sebagaimana yangpada pendapat Lembaga perlu atau suai manfaat, dankhususnya, bagi mengadakan peraturan mengenai caramengeluarkan, memindahkan hakmilik, menebus, atauurusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atausaham debentur itu;

(e) menetapkan cara dan terma dan syarat yang bagi pinjamanboleh diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 27; dan

(f) mengadakan peruntukan secara am bagi menjalankan kuasadan kewajipannya di bawah Akta ini.

(3) Peraturan-peraturan itu boleh—

(a) menetapkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalanyang melanggar peruntukan mana-mana peraturanhendaklah menjadi suatu kesalahan; dan

(b) mengadakan peruntukan bagi mengenakan penalti kerana,kesalahan itu, dan penalti itu tidak boleh lebih daripadasatu ribu ringgit.

Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini akandiisytiharkan

33. Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang ataupihak berkuasa bagi pihak Lembaga pada dan bagi menyediakanpelaksanaan yang sepatutnya mengenai mana-mana peruntukanAkta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan yang berhubungan

Page 29: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 29

dengannya pada menjangkakan bahawa Akta ini akan diisytiharkanhendaklah disifatkan telah diberi kuasa oleh Akta ini; dan segalahak dan obligasi yang diperoleh atau dipertanggungkan bagi pihakLembaga daripada apa-apa perkara atau apa-apa perbelanjaan yangdilakukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasiLembaga apabila Akta ini mula berkuat kuasa.

JADUAL PERTAMA

[Subseksyen 5(2)]

Terma dan syarat pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan

1. (1) Seseorang anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan selama sesuatutempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan olehMenteri dalam surat cara pelantikannya.

(2) Pelantikan seseorang anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan olehMenteri tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

(3) Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannyamelalui surat yang dialamatkan kepada Menteri.

(4) Seseorang anggota hendaklah menumpukan seberapa banyak masa yangperlu bagi menjalankan kewajipannya terhadap urusan Lembaga.

Jawatan disifatkan telah dikosongkan

2. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah dikosongkan—

(a) jika dia mati;

(b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatupertuduhan mengenai—

(i) kesalahan berkenaan dengan fraud, kecurangan atau keburukanakhlak;

(ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yangberhubungan dengan rasuah; atau

(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan(hukuman pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepadadenda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada duatahun;

(c) jika dia menjadi bankrap;

(d) jika dia tidak sempurna akal atau kerana apa-apa sebab lain tidakberupaya menjalankan kewajipannya;

Page 30: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

(e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpakebenaran Lembaga;

(f) sekiranya peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(g) jika pelantikannya dibatalkan.

(2) Jika mana-mana anggota itu terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannyamengikut peruntukan yang terpakai bagi anggota itu.

Saraan dan elaun

3. Anggota Lembaga atau mana-mana orang lain hendaklah dibayar apa-apagaji, saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga selepasberunding dengan Menteri.

Mesyuarat

4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan.

(2) Kuorum Lembaga ialah enam orang.

(3) Dalam semua mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau jika dia tidak hadir,Timbalan Pengerusi atau jika kedua-dua orang itu tidak hadir, seorang anggotayang dipilih oleh anggota yang hadir, hendaklah mempengerusikan mesyuaratitu.

(4) Jika atas apa-apa persoalan yang hendak diputuskan oleh Lembaga terdapatbilangan undi yang sama banyaknya, Pengerusi atau anggota yangmempengerusikan mesyuarat itu berhak undi pemutus selain undi biasanya.

(5) Tertakluk kepada subperenggan (1), (2), (3) dan (4), Lembaga hendaklahmenetapkan tatacaranya sendiri.

Lembaga boleh mempelawa orang lain untuk menghadiri mesyuarat

5. Lembaga boleh meminta sesiapa jua (yang bukan anggota Lembaga) untukmenghadiri mana-mana mesyuarat atau penimbangtelitian Lembaga bagi maksudmenasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-manaorang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuaratatau penimbangtelitian tersebut.

Meterai perbadanan

6. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yangmengandungi sesuatu tanda sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga danmeterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuatbaharu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Page 31: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 31

(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga suatu cap yang mengandungiperkataan “Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah” boleh digunakan danhendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.

(3) Meterai perbadanan itu atau cap yang disebut dalam subperenggan (2)hendaklah berada dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yangdiberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Pengerusi atau olehorang yang diberi kuasa itu atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehsalah seorang daripada mereka dengan bertulis; dan semua surat ikatan, suratandan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut,disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telahdisempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya;

Dengan syarat bahawa apa-apa suratan atau surat cara yang, jika disempurnakanoleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendakidimeteraikan dengan meterai itu boleh disempurnakan oleh Lembaga dengancara demikian itu juga dan mana-mana suratan atau surat cara itu bolehdisempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmatLembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksuditu.

(4) Meterai Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Penzahiran kepentingan

7. Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau secara tidak langsung,mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam sesuatusyarikat atau usaha yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrakitu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklahmenzahirkan kepada Lembaga hal dan jenis kepentingannya itu, dan penzahiranitu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, melainkan jika dibenarkandengan khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagiandalam apa-apa penimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungandengan kontrak itu.

Minit

8. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan disenggarakan dan disimpan minitmengenai segala mesyuarat Lembaga dalam bentuk yang sepatutnya.

(2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jikaditandatangani dengan sewajarnya boleh diterima sebagai keterangan dalamsegala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuaratLembaga yang minit mengenai prosidingnya telah dibuat sedemikian hendaklahdisifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggotadalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Page 32: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

Sahnya perbuatan dan prosiding

9. Tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau tiada apa-apa prosiding yangdiambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—

(a) bahawa ada apa-apa kekosongan di kalangan anggota, atau apa-apakecacatan dalam keanggotaan, Lembaga;

(b) bahawa ada sesuatu yang bersalahan pada mana-mana anggota Lembagaberhubung dengan penzahiran yang dibuat olehnya mengenaikepentingannya; atau

(c) bahawa ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau luar aturan yangtidak menyentuh merit sesuatu perkara.

JADUAL KEDUA

[Subseksyen 28(2)]

Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan denganperbadanan

1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh mana-mana perbadananditubuhkan di bawah seksyen 28, membuat peraturan-peraturan berkenaan denganperbadanan itu yang menentukan—

(a) maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;

(b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;

(c) sistem pengurusannya; dan

(d) hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak-hakpengawalannya ke atas perbadanan itu.

Kecualian

2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan memberi kuasakepada Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan untuk menubuhkan mana-mana perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas bidangnyadaripada maksud atau tujuan Lembaga telah ditubuhkan atau memberi kepadasesuatu perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasukantara hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini.

Page 33: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 33

Peraturan-peraturan tertakluk kepada Akta

3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuatdi bawah seksyen 32, sesuatu perbadanan hendaklah terikat kepada mana-manaperaturan yang dibuat berkenaan dengannya di bawah perenggan 1 dan peraturan-peraturan itu hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.

Pindaan peraturan-peraturan

4. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau membuattambahan kepada, mana-mana peraturan yang dibuat berkenaan dengan sesuatuperbadanan di bawah perenggan 1 dan seksyen 34 Akta Tafsiran 1948 dan 1967[Akta 388], hendaklah terpakai bagi mana-mana peraturan yang dipinda ataudibatalkan itu seolah-olah peraturan itu ialah undang-undang bertulis.

Daftar perbadanan

5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkanmengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 28 dandaftar itu bersama dengan salinan segala peraturan yang dibuat di bawah perenggan1 hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh awam di mana-mana tempat dan padabila-bila masa yang ditetapkan olehnya.

Penggulungan

6. (1) Lembaga boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkansupaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.

(2) Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, asetperbadanan itu hendaklah dipindahkan hakmilik dan diletakhakkan pada Lembagaselepas pembayaran segala tanggungan.

(3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklahdijalankan dengan apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.

Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan

7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 hendaklahmenjadi pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan olehLembaga dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meteraiperbadanan dan boleh mendakwa dan didakwa atas nama itu, dan bagi maksudmelaksanakan projek pembangunan berdaftar yang kerananya ia telah ditubuhkania boleh membuat kontrak dan boleh memegang, berniaga atau membuat apa-apa urusan berkenaan dengan harta alih atau harta tak alih dan boleh melakukansegala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatupertubuhan perbadanan, yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan tertaklukkepada apa-apa sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Lembaga dalamsetiap kes.

Page 34: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

Meterai perbadanan bagi perbadanan

8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadananyang mengandungi sesuatu tanda sebagaimana yang diluluskan oleh perbadanandengan persetujuan Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasadipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh perbadanan dengan persetujuanLembaga, sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah perengganini suatu cap yang mengandungi nama perbadanan melingkungi huruf “LKTT”boleh digunakan sebagai suatu meterai perbadanan.

(3) Meterai perbadanan itu atau cap yang disebut dalam subperenggan (2),hendaklah berada dalam jagaan seseorang yang diarahkan oleh perbadanan danhendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat ikatan, suratan dan suratcara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkansebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakandengan sahnya sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang, jikadisempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidakakan dikehendaki dimeteraikan dengan meterai boleh disempurnakan dengancara demikian itu juga oleh perbadanan; dan mana-mana dokumen atau suratcara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawaiatau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadananbagi maksud itu.

(4) Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dankehakiman.

Page 35: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 35

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 104

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANUTENGAH 1973

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasayang meminda dari

Akta A255 Akta Lembaga Kemajuan 14-06-1974Terengganu Tengah (Pindaan)1974

Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975(Ringgit) 1975

Akta A445 Akta Lembaga Kemajuan s.5Terengganu Tengah (Pindaan) 01-06-1978,1979 peruntukan

selainnya16-02-1979

Akta A520 Akta Lembaga Kemajuan 01-01-1981(Pindaan) 1981

Akta 478 Akta Pembatalan Pengecualian 21-02-1992Daripada Bayaran Duti-DutiSetem 1992

Akta A967 Akta Lembaga Kemajuan 27-09-1996Terengganu Tengah (Pindaan)1996

Page 36: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my · PDF filepengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 8. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 104

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 104

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANUTENGAH 1973

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

2 Akta A967 27-09-1996

5 Akta A255 14-06-1974Akta A445 16-02-1979Akta A520 01-01-1981

16A Akta A967 27-09-1996

16B Akta A967 27-09-1996

16C Akta A967 27-09-1996

16D Akta A967 27-09-1996

16E Akta A967 27-09-1996

16F Akta A967 27-09-1996

16G Akta A967 27-09-1996

16H Akta A967 27-09-1996

30 Akta 478 21-02-1992

31 Akta 160 29-08-1975

32 Akta 160 29-08-1975

Jadual Pertama Akta A445 16-02-1979Akta A520 29-05-1981