umi kajian tindakan

6
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH SK SERI KAMPUNG TENGAH (JBA2024) Nama pengkaji : FAZILAH BINTI ABDUL RAZAK Nama Panitia : PANITIA SAINS Matapelajaran : SAINS TAHUN 4 Tajuk Kajian : TEKNIK JARI TELUNJUK DAPAT MENGATASI KEKELIRUAN PELAJAR MENGENALPASTI CORAK/POLA BAGI GRAF UNTUK SOALAN SAINS BAHAGIAN B MEREFLEK Saya mengajar di kelas 4 LAVENDER bagi mata pelajaran Sains Masalah utama bagi murid saya ialah tidak dapat menjawab dengan baik bagi mengenalpasti corak/pola graf untuk sains bahagian B walaupun soalan tersebut adalah yang paing mudah dan ini amat merugikan murid yang sepatutnya dengan mudah mendapat markah. Hal ini dapat dibuktikan daripada semakan latihan murid dan keputusan ujian dalam kelas semasa saya mengajar Sains Bahagian B Saya telah menyediakan soalan ujian pra untuk melihat sejauhmana kefahaman murid saya sebelum diberi penerangan menggunakan Teknik Jari Telunjuk. Analisis yang didapati daripada latihan yang diberikan adalah seperti berikut : Nombor Soalan Jumlah Betul Jumlah Salah Soalan 1 10 17 Soalan 2 9 18 Soalan 3 11 16 Soalan 4 13 14 Soalan 5 9 18 Soalan 6 11 16 Soalan 7 10 17 Soalan 8 8 17 Soalan 9 10 17 Soalan 10 9 18 Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan ujian 1

Upload: rokoksalem

Post on 04-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Page 1: Umi Kajian Tindakan

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

SK SERI KAMPUNG TENGAH (JBA2024)

Nama pengkaji : FAZILAH BINTI ABDUL RAZAKNama Panitia : PANITIA SAINSMatapelajaran : SAINS TAHUN 4Tajuk Kajian : TEKNIK JARI TELUNJUK DAPAT MENGATASI KEKELIRUAN PELAJAR MENGENALPASTI

CORAK/POLA BAGI GRAF UNTUK SOALAN SAINS BAHAGIAN B

MEREFLEK

Saya mengajar di kelas 4 LAVENDER bagi mata pelajaran Sains

Masalah utama bagi murid saya ialah tidak dapat menjawab dengan baik bagi mengenalpasti corak/pola graf untuk sains bahagian B walaupun soalan tersebut adalah yang paing mudah dan ini amat merugikan murid yang sepatutnya dengan mudah mendapat markah.

Hal ini dapat dibuktikan daripada semakan latihan murid dan keputusan ujian dalam kelas semasa saya

mengajar Sains Bahagian B

Saya telah menyediakan soalan ujian pra untuk melihat sejauhmana kefahaman murid saya sebelum diberi

penerangan menggunakan Teknik Jari Telunjuk.

Analisis yang didapati daripada latihan yang diberikan adalah seperti berikut :

Nombor Soalan Jumlah Betul Jumlah Salah

Soalan 1 10 17

Soalan 2 9 18

Soalan 3 11 16

Soalan 4 13 14

Soalan 5 9 18

Soalan 6 11 16

Soalan 7 10 17

Soalan 8 8 17

Soalan 9 10 17

Soalan 10 9 18

Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan ujian

1

Page 2: Umi Kajian Tindakan

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak memahami maksud pola menaik, pola

menurun dan pola mendatar dan cara mentafsir graf

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana saya beranggapan murid boleh melihat pola menaik

dengan hanya membuat pemerhatian pada graf sahaja dan saya tidak perlu menunjuk cara atau teknik

membaca graf.

FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan /menguasai kemahiran

(a) Kemahiran Proses Sains : Mentafsir Maklumat

(b) Mentafsir pola pada graf

Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan terus membuat kesilapan.

Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana bahagian ini amat mudah untuk

menjawab.

Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mencuba TEKNIK JARI TELUNJUK DAPAT MENGATASI KEKELIRUAN PELAJAR MENGENALPASTI CORAK/POLA BAGI GRAF UNTUK SOALAN SAINS BAHAGIAN B

Tujuan/objektif kajian :-

Secara amnya akan dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk menjawab dengan mudah dan yakin.

Secara khususnya :-

1. Murid dapat meningkatkan kefahaman mentafsir maklumat daripada graf terutamanya mengenalpasti corak / pola graf

2. Murid dapat menjawab soalan berbentuk mengenalpasti corak/pola dalam graf dengan betul

3. Guru dapat mengatasi masalah murid kehilangan markah pada soalan yang mudah.

Kajian ini melibatkan 27 orang pelajar daripada kelas 4 Lavender.

2

Murid menjawab pola tersebut menaik dan menurun

Page 3: Umi Kajian Tindakan

MERANCANG Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini. Bilangan aktiviti/intervensi bergantung kepada masalah yang guru hadapi dan cara guru menyelesaikannya. Apa yang penting setiap aktiviti/ tindakan/intervensi yang akan dijalankan perlu dipejelaskan jenis dan pelaksanaannya dengan terperinci.

Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah :

1. Jari Telunjuk untuk membaca pola / corak pada graf

2. Ujian Pra dan Ujian Pos

Pelaksanaan tindakan yang akan saya dijalankan ialah :-

i. Aktiviti 1 : Ujian Pra ( Tarikh : 7/8/2015 )

Langkah 1 : Mengedarkan Ujian Pra yang mengandungi 10 soalan Bahagian B yang mengandungi

Kemahiran Proses Sains Mentafsir Maklumat terutamanya pola/corak pada graf

Langkah 2 : Murid menjawab soalan berdasarkan pemahaman mereka yang lalu.

ii. Aktiviti 2 : Memperkenal Kaedah ( Tarikh : 10/8/2015)

Langkah 1 : Murid diperkenalkan dengan kaedah Jari Telunjuk untuk mentafsir maklumat berbentuk corak/

Pola pada graf.

Langkah 2 : Murid menjawab Ujian POS untuk melihat peningkatan pencapaian setelah diperkenalkan dengan

Kaedah yang dirancang.

Langkah 3: Guru menganalisis dapatan

3

Jenis perancangan

Mengubah suai cara /kaedah mencipta cara baruyang sedia ada. (inovasi PdP guru terhasil dari sini)

Projek PdP Terancang

(Kaedah PdP untuk

menyelesaikan masalah)

Page 4: Umi Kajian Tindakan

BERTINDAK

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

(Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/diari)

Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut Ujian Pra dan Memperkenalkan Kaedah

Aktiviti 1 : Ujian Pra ( Tarikh : 7/8/2015 )

Langkah 1 : Mengedarkan Ujian Pra yang mengandungi 10 soalan Bahagian B yang mengandungi

Kemahiran Proses Sains Mentafsir Maklumat terutamanya pola/corak pada graf

Langkah 2 : Murid menjawab soalan berdasarkan pemahaman mereka yang lalu.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini dapat membantu saya mengenalpasti kelemahan pelajar dan keberkesanan pengajaran saya

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa saya perlu memperkasakan pengajaran saya dengan mempelbagaikan teknik untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran aktif dan berkesan.

Aktiviti 2 : Memperkenal Kaedah ( Tarikh : 10/8/2015)

Langkah 1 : Murid diperkenalkan dengan kaedah Jari Telunjuk untuk mentafsir maklumat berbentuk corak/

Pola pada graf.

Langkah 2 : Murid menjawab Ujian POS untuk melihat peningkatan pencapaian setelah diperkenalkan

dengan Kaedah yang dirancang.

Langkah 3: Guru menganalisis dapatan

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini telah membantu meningkatkan pemahaman murid dan pengajaran saya berkesan.

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa murid perlu dibantu dengan kaedah yang berupa maujud seperti Jari Telunjuk untuk membina konstruk pembelajaran .

MEMERHATI

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

4

Melaksanakan perubahan.

(tindakan)

Tindakan yang diambil mungkin melibatkan beberapa masa PdP biasa. Dalam waktu pembelajaran atau di luar waktu pembelajaran (mesti dilaksana oleh guru sendiri, yang penting dalam kawalan guru sebagai pengkaji)

Catat segala tindakan dan buat refleksibagi setiap aktiviti semasa pelasanaan.

Page 5: Umi Kajian Tindakan

(Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/diari)

Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati, teknik TEKNIK JARI

TELUNJUK DAPAT MENGATASI KEKELIRUAN PELAJAR MENGENALPASTI CORAK/POLA BAGI

GRAF UNTUK SOALAN SAINS BAHAGIAN B yang diperkenalkan kepada murid 4 Lavender merupakan

kaedah yang

paling berkesan untuk mengenalpasti corak / pola pada soalan bahagian B yang melibatkan soalan berbentuk graf.

Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang cepat dan pantas serta

memperolehi keputusan peningkatan pemahaman dan prestasi pelajar yang tinggi.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu

melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami

oleh murid. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan dengan mengenalpasti

pembolehubah dalam soalan Sains menggunakan Teknik Mengeksperimen.

5

Membuat penilaian keberkesanan proses

tindakan dan mengukur pencapaian objektif kajian.

Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru sendiri sebagai penyelidik atau guru juga boleh meminta bantuan daripada guru lain untuk membuat pemerhatian semasa sesi pengajaran guru . Penilaian mesti dilakukan untuk menilai keberkesanan TINDAKAN.

Guru membuat renungan atau refleksi terhadap kajian yang telah dilakukan sama ada berjaya atau tidak .Dapatkan data sekali lagi Gunakan cara mengutip data yang sama semasa peringkat awal(pemerhatian tingkah laku murid / semakan latihan murid/ keputusan ujian/ temubual/analisis head count/) analisis item

Laporan juga ditulis di peringkat ini. Dokumentasi penting. Sekiranya program tindakan tersebut berjaya, maka bolehlah disebarkan kepada guru-guru lain. Jika tidak berjaya, perlu dirancang semula.