ulasan jurnal

17
ARTIKEL 1

Upload: aja-mohamad

Post on 29-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

hhh

TRANSCRIPT

Page 1: ulasan jurnal

ARTIKEL 1

Page 2: ulasan jurnal

TAJUK :

Kajian Mengenai Operasi Matematik : Kaedah Pengajaran Operasi Penambahan Dalam

Mata Pelajaran Matematik Dalam Kalangan  Murid Slow Learner.

SUMBER :

http://kanniammalgapaloo.blogspot.com/2013/09/kajian-mengenai-operasi-mt.html

SINOPSIS ARTIKEL :

Artikel membincangkan tentang masalah yang dihadapi murid pendidikan khas

bermasalah pembelajaran bagi membuat operasi tambah yang melibatkan

pengumpulan semula. Murid dinyatakan dapat menguasai pengiraan jika menggunakan

objek atau bahan konkrit namun mengalami masalah apabila bahan konkrit tidak

disediakan. Murid juga keliru apabila menggunakan jari untuk menjawab soalan yang

melibatkan operasi tambah secara mengumpul semula. Guru menggunakan

pendekatan menggunakan objek untuk membantu murid namun pendekatan

melambatkan menyiapkan tugasan dan menyebabkan murid terlalu bergantung kepada

obejk. Lalu guru memperkenalkan konsep “melukis lidi” bagi menangani masalah yang

dihadapi murid. Murid dapat memahami konsep tambah secara kumpul semula dan dan

menjawab lembaran kerja dengan lebih cepat.

KELEBIHAN

Memupuk sifat kerjasama dan sedikit demi sedikit rakan-rakan lain tidak lagi

mengejeknya

Meningkatkan keyakinan diri murid untuk belajar

KELEMAHAN

Kurang tumpuan kepada murid lain kerana murid perlu dibimbing sepenuhnya.

Page 3: ulasan jurnal

PENAMBAHBAIKAN

Aktiviti perlu melibatkan semua murid secara keseluruhan dan bukan murid yang lemah sahaja.

Page 4: ulasan jurnal

ARTIKEL 2

Page 5: ulasan jurnal

TAJUK :

Penggunaan Kaedah “ Side-Counting” Bagi Membantu Murid Pemulihan Tahun 3

Menguasai Kemahiran Menambah Melibatkan Pengumpulan Semula

SUMBER :

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PEM/7%20philomina

%20naomi.pdf

SINOPSIS ARTIKEL :

Artikel ini secara umumnya menjelaskan tentang kaedah “Side- Counting” sebagai satu

inovasi kepada kaedah P&P subjek matematik yang telah sedia ada. Penyelidikan

tindakan ini bertujuan meningkatkan kemahiran menambah murid pemulihan Tahun

Tiga terutamanya operasi penambahan yang melibatkan proses pengumpuklan semula

di samping menambah baik amalan pengajaran.

KELEBIHAN

Membantu murid memahami konsep abstrak yang diwakili oleh proses

pengumpulan semula ketika menambah

Lukisan bulatan sebagai bahan visual konkrit dalam kaedah side-counting

memudahkan proses pengiraan.

Penerangan pengajaran menjadi lebih ringkas dan mudah difahami murid.

Cara ini mudah diingat dan boleh digunakan untuk menjawab soalan penambahan

yang lebih susah

Murid lebih yakin menjawab soalan disamping pembelajaran menjadi lebih mudah

dan berkesan kerana guru tidak perlu membuang masa untuk mengajar murid

berulang-ulang tentang cara menyelasaikan masalah penambahan melibatkan

pengumpulan semula.

Pembelajaran lebih seronok dan kurang tekanan pada murid-murid pemulihan.

Tidak memerlukan bahan bantu yang banyak untuk dilaksanakan.

KELEMAHAN

Page 6: ulasan jurnal

Murid perlu memahami konsep penambahan dengan mengumpul semula

terlebih dahulu sebelum menggunakan kaedah side-counting.

PENAMBAHBAIKAN

Sebelum penggunaan kaedah “Side-Counting”, pengguna perlu memahami

konsep penambahan dengan mengumpul semula terlebih dahulu.

Pelaksanaan program kepada murid seawal tahun 1 demi membantu mereka

menguasai kemahiran penambahan yang melibatkan pengumpulan semula.

Pelaksanaan inovasi ke atas kaedah “Side-Counting” dengan melibatkan operasi

tolak atau darab.

Page 7: ulasan jurnal

ARTIKEL 3

Page 8: ulasan jurnal

TAJUK :

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Asas Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10

Dengan Segi Tiga Pascal

SUMBER :

https://www.academia.edu/2391635/

MENINGKATKAN_PENGUASAAN_KEMAHIRAN_ASAS_OPERASI_TAMBAH_DALAM

_LINGKUNGAN_10_DENGAN_SEGI_TIGA_PASCAL

SINOPSIS ARTIKEL :

Artikel membincangkan tentang kajian yang dilaksanakan untuk mengkaji impak

Segi Tiga Pascal terhadap penguasaan konsep Operasi Tambah dalam Lingkungan 10.

Murid menghadapi permasalahan yang homogenus, iaitu Kemahiran 5.4 – Menambah

nombor satu digit dan satu digit secara spontan. Kadar kebergantungan terhadap

bahan-bahan konkrit adalah tinggi dan menyebabkan peruntukan masa menjawab

setiap soalan adalah lebih banyak berbanding rakan-rakan sebaya. Justeru, penyelidik

mengimplimentasikan kurikulum matematik melalui intervensi yang paling relevan

dengan keperluan pembelajaran kesemua sampel, iaitu rekreasi matematik Segi Tiga

Pascal. Instrumen yang digunakan ialah lembaran kerja serta dilaksanakan dalam Ujian

Pra dan Pos. Data-data daripada ujian ini dikumpul, dianalisis, serta dinilai dan

keputusannya membuktikan bahawa Segi Tiga Pascal adalah sesuai untuk

pembelajaran konsep operasi tambah. Dapatan yang diperolehi itu membuktikan

bahawa rekreasi matematik ini merupakan medium pembelajaran yang sangat

berkesan. Justeru, penyelidik mencadangkan lima rekreasi matematik yang lain bagi

mempertingkat penguasaan konsep Operasi Tambah dalam Lingkungan 10, iaitu

Number Bonds, Highway Numbers, Permainan Interaktif Operasi Tambah dalam

Lingkungan 10, Dotty Dominoes, serta Apparatus Stern/Cuisenaire.

Page 9: ulasan jurnal

KELEBIHAN

Pembelajaran secara rekreasi matematik yang boleh menarik minat murid.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memudahkan guru

menerangkan konsep segi tiga

Mampu meningkatkan kefahaman sesuatu konsep dengan mempersembah

gambaran visual Segi Tiga Pascal.

Pembelajaran menggunakan TMK dapat menggalakkan pembelajaran secara

berdikari dan autonomi

TMK mempunyai daya komunikatif yang tinggi dan menjamin pembelajaran autentik

kepada murid.

Mengurangkan masa yang diambil murid untuk menjawab soalan dalam ujian.

KELEMAHAN

Guru perlu benar-benar mahir dengan kaedah kerana kaedah yang digunakan sukar

dijelaskan secara auditori.

Bentuk yang digunakan bagi menggambarkan Segi Tiga Pascal itu lebih sesuai

dengan bentuk segi empat

PENAMBAHBAIKAN

Kelemahan ini telah diperbaiki dengan menjelaskan penggunaan pembaris supaya

Segi Tiga Pascal itu kelihatan melintang dan rata.

Cadangan-cadangan lain bagi meningkatkan kemahiran murid dalam operasi

tambah ialah Number Bonds, Highway Numbers, Permainan Interaktif Operasi

Tambah dalam Lingkungan 10, Dotty Dominoes, serta Apparatus Stern/Cuisenaire.

Page 10: ulasan jurnal

ARTIKEL 4

Page 11: ulasan jurnal

TAJUK :

Jom Tambah, Sayangku.

SUMBER :

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PRA/3.%20Amanda.pdf

SINOPSIS ARTIKEL :

Kajian ini merupakan sebuah kajian tindakan yang berorientasikan murid prasekolah.

Objektif kajian ini ialah membantu murid prasekolah memahami konsep dan menguasai

operasi tambah dalam keadaan yang menyeronokkan dan bermakna melalui

pendekatan belajar sambil bermain. Terdapat tiga jenis permainan matematik iaitu

“Kotak”, “Bermain Guli”dan “Dadu Ajaib” yang telah dijalankan bagi mengatasi masalah

yang dihadapi murid dalam memahami konsep operasi tambah. Dapatan kajian

menunjukkan kemampuan murid menyelesaikan operasi tambah meningkat selepas

intervensi menggunakan kaedah belajar sambil bermain dijalankan berbanding sebelum

intervensi. Ini menunjukkan penggunaan kaedah belajar sambil bermain dapat

membantu murid dalam menyelesaikan operasi tambah disamping meningkatkan

kefahaman mereka.

KELEBIHAN

Pendekatan belajar sambil bermain ini dapat mencetuskan minat dan

mengurangkan rasa bosan murid-murid prasekolah dalam memahami dan

menguasai operasi tambah.

Pendekatan belajar sambil bermain dapat membantu murid-murid prasekolah

memahami dan menguasai operasi tambah.

Dapat manipulasikan bahan-bahan maujud yang disediakan seperti guli dan

dadu. Menurut lai kim leong, khaw ah hong dan seah ai kuan (2001) menyatakan

bahawa murid-murid lebih gemar belajar secara konkrit dengan manipulasi

bahan maujud

Minat murid dicetuskan dan rasa bosan dapat dikurangkan melalui penggunaan

bahan.

Page 12: ulasan jurnal

Pendekatan belajar sambil bermain telah dapat meningkatkan mutu pengajaran

saya sebagai seorang guru prasekolah.

Membantu seorang murid yang mempunyai masalah dari segi sosioemosi dan

pembelajaran menggunakan pendekatan belajar sambil bermain.

Berpeluang meneliti perancangan teknik pembelajaran dan pengajaran agar

bersesuaian dengan keperluan serta tahap kebolehan murid.

Membolehkan murid menguasai pelbagai kemahiran.

Pendekatan belajar sambil bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan

berstruktur yang memberi peluang kepada murid-murid prasekolah belajar dalam

suasana yang menggembirakan dan bermakna.

KELEMAHAN

Kebergantungan kepada bahan bantu mengajar amat tinggi.

Tertumpu kepada operasi tambah sahaja.

Pelaksanaan memerlukan penyeliaan guru sepenuhnya.

PENAMBAHBAIKAN

Program boleh diperluaskan dengan menggunakan pendekatan yang sama dan

aktiviti permainan yang sama untuk mengajar murid prasekolah mengenai

konsep operasi tolak pula.

Page 13: ulasan jurnal

ARTIKEL 5

Page 14: ulasan jurnal

TAJUK :

Penggunaan Carta Slp Dalam Meningkatkan Kemahiran Membahagi Nombor Bulat

Dengan Pembahagi Dua-Digit Dalam Kalangan Murid Tahun Empat.

SINOPSIS :

Penyelidikan tindakan ini telah dijalankan oleh Mardiah binti Yusof iaitu pelatih

guru Institut Perguruan Kampus Darulaman. Penyelidikan tindakan ini dijalankan

bertujuan mengkaji penggunaan Carta SLP dalam meningkatkan kemahiran

membahagi nombor bulat dengan pembahagi nombor dua-digit sewaktu kelas mata

pelajaran Matematik dalam kalangan murid Tahun Empat. Penyelidikan ini dilakukan ke

atas lima orang responden iaitu murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Seri Amar

DiRaja. Carta SLP digunakan untuk membina sifir dua-digit pembahagi berdasarkan

pola tertentu di mana carta ini dapat membantu proses bahagi nombor bulat dengan

pembahagi nombor dua digit. Bagi menganalisis dapatan kajian , beberapa instrumen

telah digunakan oleh penyelidik bagi mengumpul data iaitu Ujian Pra, Ujian Pasca 1,

Ujian Pasca 2, borang rekod masa dan senarai semak pemerhatian. Hasil daripada

kajian yang telah dibuat oleh penyelidik, penggunaan Carta SLP ini telah berjaya

meningkatkan kemahiran murid-murid dalam membahagi nombor bulat dengan

pembahagi nombor dua-digit.

KEBAIKAN :

Satu inisiatif untuk meningkatkan kemahiran membina sifir pembahagi dua-digit

sebelum melakukan operasi bahagi

Memudahkan murid menyelesaikan operasi bahagi baombor satu digit yang

melibatkan sifir dua digit nombor.

Carta ini juga berpotensi bagi menarik perhatian murid dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

Dapat menghilangkan rasa bosan murid ketika belajar subjek matematik yang

kebiasaanya murid hanya melihat nombor dan perkataan sahaja ketika belajar.

Kaedah visual dapat meningkatkan tahap pemahaman murid ketika belajar

Page 15: ulasan jurnal

Mampu meningkatkan kecekapan dari segi masa dan tingkah laku dalam

kemahiran membahagi nombor bulat dua-digit dengan betul dan tepat.

KELEMAHAN

Murid perlu mahir menggunakan carta SLP terlebih dahulu untuk menyelesaikan

operasi bahagi.

PENAMBAHBAIKAN

Carta SLP ini harus diperkenalkan dan dikongsi bersama degan latihan

Pembangunan Staf, di mana semua guru mata pelajaran Matematik didedahkan

dengan intervensi ini.