ulasan buku

5
ULASAN BUKU Tajuk Buku :Siri Berfikir Utusan: Kursus Berfikir Untuk Kolej Dan Universiti Penulis :Ainon Mohd. & Abdullah Hassan Penerbit :Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Tahun diterbitkan :1999 Muka surat :514 halaman 1.0 Pendahuluan Buku ini dibahagikan kepada 12 topik iaitu Berfikir, Pelbagai Pemikiran, Logik Barat, Falasi, Pemikiran Lateral dan Paralel, Pemikiran Kreatif dan Inovatif, Pemikiran Sains dan Teknologi, Menyelesaikan Masalah, Membuat Keputusan, Kesan Faktor Kognitif Ke Atas Pemikiran, Mempengaruhi Pemikiran, dan Pengaruh Psikologi Ke Atas Pemikiran. Dalam setiap topik, penulis memberi definisi kepada tajuk atau istilah-istilah yang digunakan dalam setiap bab serta memberi pelbagai contoh yang berkaitan dengan kehidupan kita sehari- hari. 2.0 Isi/Idea/Konsep Utama Dalam bab pertama iaitu Berfikir contohnya, penulis menyenaraikan pelbagai definisi 'Berfikir' menurut tokoh-tokoh, pakar-pakar psikologi dan ahli falsafah. Antaranya Bartlett (1958),

Upload: oujoelysha-ecah

Post on 08-Aug-2015

74 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Buku

ULASAN BUKU

Tajuk Buku :Siri Berfikir Utusan: Kursus Berfikir Untuk Kolej Dan Universiti

Penulis :Ainon Mohd. & Abdullah Hassan

Penerbit :Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Tahun diterbitkan :1999

Muka surat :514 halaman

1.0 Pendahuluan

Buku ini dibahagikan kepada 12 topik iaitu Berfikir, Pelbagai Pemikiran, Logik Barat, Falasi,

Pemikiran Lateral dan Paralel, Pemikiran Kreatif dan Inovatif, Pemikiran Sains dan

Teknologi, Menyelesaikan Masalah, Membuat Keputusan, Kesan Faktor Kognitif Ke Atas

Pemikiran, Mempengaruhi Pemikiran, dan Pengaruh Psikologi Ke Atas Pemikiran. Dalam

setiap topik, penulis memberi definisi kepada tajuk atau istilah-istilah yang digunakan dalam

setiap bab serta memberi pelbagai contoh yang berkaitan dengan kehidupan kita sehari-

hari.

2.0 Isi/Idea/Konsep Utama

Dalam bab pertama iaitu Berfikir contohnya, penulis menyenaraikan pelbagai

definisi 'Berfikir' menurut tokoh-tokoh, pakar-pakar psikologi dan ahli falsafah. Antaranya

Bartlett (1958), Bruner, Goodnow & Austin (1967), Dewey (1921) dan Edward de Bono

(1976). Penulis menerangkan pelbagai konsep dan istilah yang biasa digunakan oleh pakar-

pakar bidang ini, di mana istilah-istilah dan konsep-konsep itu pada asasnya menerangkan

pelbagai gaya ataupun stail berfikir.

Penulis juga menjelaskan apa yang disebut logik tradisional ataupun logik Barat yang

berasal daripada tradisi berfikir ciptaan tiga orang ahli falsafah Yunani yang terkenal iaitu

Socrates, Aristotle dan Plato. Ia juga menerangkan keterbatasan kegunaan logik tradisional

di dalam kehidupan sebenar.

Page 2: Ulasan Buku

Dalam bab ketiga, iaitu bab Logik Barat, Jika kita lihat kepada sistem pendidikan

negara kita, ia mengajar para pelajar supaya mahir berfikir secara logikal. Bab seterusnya

ialah Falasi. Falasi ialah istilah yang bermakna sesuatu yang kta yakini sebagai benar tetapi

rupa-rupanya ia tidak benar. Dalam bab kelima, iaitu Pemikiran Lateral Dan Paralel,

diterangkan dua konsep pemikiran yang dicipta oleh Dr. Edward de Bono, iaitu pemikiran

lateral dan pemikiran paralel. Cara berfikir lateral dan paralel bukanlah cara yang baru,

malah ia bukanlah suatu cara berfikir melainkan satu gaya berfikir.

Bab keenam ialah Pemikiran Kreatif dan Inovatif. Dalam bab ini penulis

menyenaraikan dan menerangkan pelbagai teknik berfikir yang dicipta di Barat, khususnya

di Amerika dan teknik-teknik yang dicipta di Jepun. Bab ketujuh ialah Pemikiran Sains dan

Teknologi. Dalam bab ini diterangkan pelbagai istilah dan konsep-konsep asas yang

digunakan apabila kita berbincang berkenaan kaedah dan proses-proses berfikir dalam

aktiviti penyelidikan dan penemuan sains. Bab lapan ialah Menyelesaikan Masalah. Aktiviti

menyelesaikan masalah merupakan salah satu bidang aplikasi kemahiran berfikir yang

sangat penting. Sistem pendidikan kita baik di peringkat sekolah mahupun pada peringkat

pengajian tinggi tidak memberikan kepada pelajar kemahiran menyelesaikan masalah-

masalah praktikal sebagaimana yang sebenarnya banyak berlaku di dalam kehidupan

sebenar.

Bab kesembilan ialah Membuat Keputusan. Aktiviti membuat pilihan dan keputusan

adalah satu lagi bidang aplikasi kemahiran berfikir yang amat penting. Bahagian ini

menerangkan faktor-faktor yang kerap menyebabkan seseorang itu membuat pilihan dan

keputusan yang salah. Ia juga menerangkan peranan tekanan kumpulan ke atas keputusan-

keputusan yang dibuat secara bersama. Bab kesepuluh ialah Kesan Faktor Kognitif Ke

Atas Pemikiran. Dalam bab ini penulis ada menyebut bahawa manusia melakukan dua

jenis kesilapan berfikir, iaitu kesilapan logikal dan kesilapan psikologikal. Proses-proses

psikologi menentukan persepsi-persepsi kita. Meskipun kita mungkin menggunakan logik

yang betul tetapi persepsi kita ke atas sesuatu masalah itu mungkin sangat salah.

Bab sebelas ialah Mempengaruhi Pemikiran. Pemikiran-pemikiran kita dan apa

yang kita lakukan mempunyai kesan ke atas orang-orang lain. Begitu pula apa yang

dilakukan oleh individu-individu lain mempunyai kesannya ke atas diri kita. Oleh hal yang

demikian, pemikiran kita sentiasa menjadi sasaran pengaruh pelbagai pihak di sekeliling

kita. Bab terakhir iaitu bab ke-12, membincangkan Pengaruh Psikologi Ke Atas

Pemikiran. Kita bukan hanya memikirkan perkara-perkara yang berada di luar diri kita tetapi

Page 3: Ulasan Buku

kita juga berfikir tentang diri kita sendiri. Apa yang kita fikirkan tentang diri kita sendiri

mempunyai pengaruh yang besar ke atas kejayaan kita di dalam kehidupan sebenar.

3.0 Aplikasi Konsep Dalam Praktikum

Isi Kandungan buku ini banyak memberikan pendapat tentang kemahiran berfikir.

Secara tidak lansung ianya telah banyak memberikan maklumat tentang bagaimana

seorang guru perlu berfikir dengan baik, kreatif dan kritis dalam menghadapi sesuatu

masalah semasa praktikum nanti. Kita percaya bahawa setiap masalah mesti ada jalan

penyelesaiannya, namun cara kita berfikir dan selesaikannya biasanya berbeza mengikut

perbezaan individu itu sendiri.

4.0 Refleksi

Buku ini mempunyai maklumat yang sama dengan kursus-kursus yang telah saya

pelajari sepanjang saya di IPG Raja Melewar. Namun begitu, terdapat juga perbezaan yang

boleh diambil kira sebagai maklumat tambahan untuk saya gunakan semasa praktikum

nanti. Walaupun mempunyai maklumat yang hampir sama, tetapi cara penyampaian buku ini

menyampaikan maklumat adalah berbeza. Ianya menggunakan bahasa yang mudah untuk

difahami dan tidak terlalu panjang dalam satu ayat.

Selain daripada itu, buku ini mempunyai cara yang berbeza kerana penulis turut

memberikan contoh-contoh yang mudah untuk difahami. Penulis juga turut mengaitkan

dengan isu-isu terkini bagi membantu untuk menyelesaikan masalah. Pendedahan

maklumat tentang ilmu pendidikan sangat jelas berdasarkan bukti-bukti yang kukuh.

Walaupun buku ini lebih berfokuskan untuk pelajar kolej dan university, namun ada juga

maklumat yang kita boleh ambil untuk membantu murid sekolah tentang cara berfikir. Tetapi,

kita sebagai guru perlu kreatif dalam menyampaikan maklumat kepada mereka supaya

mereka senang faham apa yang kita ingin sampaikan.

Seterusnya, buku ini sangat sesuai untuk semua golongan terutama golongan

pendidik yang akan mendidik ramai orang untuk melahirkan generasi yang berkualiti dan

berdedikasi. Golongan lain seperti ahli perniagaan, doctor, jurutera dan lain-lain juga sesuai

untuk menambahkan ilmu pengatahuan.