ulasan borang penilaian

3
Ulasan Borang Penilaian Pakej Pembelajaran saya iaitu “Agama-agama Utama di Malaysia” yang berasaskan perisian courselab telah dinilai oleh rakan saya Rahu a/l Sellappa. Komen-komen yang telah diberikan oleh rakan saya telah diambil kira dan beberapa penyesuaian dan perubahan telah dibuat dalam pakej pembelajaran ini. Bagi memudahkan rakan saya untuk menilai pekej pembelajaran ini, saya telah membuat satu boring penilaian yang mengandungi aspek-aspek yang penting dan yang perlu diambil kiran dalam sesuatu pakej pembelajaran yang bakal menarik minat murid-murid. Antara aspek yang dinyatakan dalam boring tersebut adalah jenis, saiz dan warna tulisan, kesesuaian warna untuk slaid- slaid latar, teknik kreatif yang digunakan bagi slaid latar dan setiap aktiviti, teknik penceritaan yang termasuk gambar, audio dan video, keberkesanan animasi, kreativiti yang diaplikasikan untuk setiap aktivti, serta pemilihan bahan. Rakan saya telah memberi komen untuk setiap aspek yang dinyatakan supaya pakej pembelajaran saya boleh diperbaiki dan menjadi satu pekej pembelajaran yang sempurna dan menarik. Kebanyakkan komen yang deberikan oleh rakan saya adalah positif dan dia selalu tekankan kelebihan dan kelemahan pakej pembelajaran saya. Merurut pandangan dan komen rakan saya, pesembahan multimedia saya yang berasaskan perisian courselab adalah sangat bersesuaian untuk murid-murid pendidikan khas yang mempunyai masalah pembelajaran terutamanya murid lembam. Selain itu, pakej ini mampu menyeronokkan murid-murid lalu menyajakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, dalam pakej ini, terdapat aktiviti-aktitivi yang mudah dan

Upload: thillai-malar

Post on 20-Feb-2016

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bb

TRANSCRIPT

Page 1: ULASAN BORANG PENILAIAN

Ulasan Borang Penilaian

Pakej Pembelajaran saya iaitu “Agama-agama Utama di Malaysia” yang berasaskan

perisian courselab telah dinilai oleh rakan saya Rahu a/l Sellappa. Komen-komen yang telah

diberikan oleh rakan saya telah diambil kira dan beberapa penyesuaian dan perubahan telah

dibuat dalam pakej pembelajaran ini. Bagi memudahkan rakan saya untuk menilai pekej

pembelajaran ini, saya telah membuat satu boring penilaian yang mengandungi aspek-aspek

yang penting dan yang perlu diambil kiran dalam sesuatu pakej pembelajaran yang bakal

menarik minat murid-murid. Antara aspek yang dinyatakan dalam boring tersebut adalah jenis,

saiz dan warna tulisan, kesesuaian warna untuk slaid-slaid latar, teknik kreatif yang digunakan

bagi slaid latar dan setiap aktiviti, teknik penceritaan yang termasuk gambar, audio dan video,

keberkesanan animasi, kreativiti yang diaplikasikan untuk setiap aktivti, serta pemilihan bahan.

Rakan saya telah memberi komen untuk setiap aspek yang dinyatakan supaya

pakej pembelajaran saya boleh diperbaiki dan menjadi satu pekej pembelajaran yang sempurna

dan menarik. Kebanyakkan komen yang deberikan oleh rakan saya adalah positif dan dia selalu

tekankan kelebihan dan kelemahan pakej pembelajaran saya. Merurut pandangan dan komen

rakan saya, pesembahan multimedia saya yang berasaskan perisian courselab adalah sangat

bersesuaian untuk murid-murid pendidikan khas yang mempunyai masalah pembelajaran

terutamanya murid lembam. Selain itu, pakej ini mampu menyeronokkan murid-murid lalu

menyajakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, dalam pakej ini, terdapat

aktiviti-aktitivi yang mudah dan menarik khas untuk murid-murid bermasalah pembelajaran.

Setiap aktiviti yang dimasukkan dalam pakej ini adalah berserta dengan arahan yang

direkodkan secara audio bagi memudahkan murid-murid untuk memahami aktiviti atau soalan

yang diberikan. Cara ini juga membolehkan para murid untuk membuat aktiviti tanpa

bergantung kepada guru.

Di samping itu, dalam pakej pembelajaran ini animasi dan gambar digunakan di tempat

yang bersesuaian dan mampu menarik murid-murid. Hal ini kerana, murid-murid bermasalah

pembelajaran lebih berminat untuk mempelajari sesuatu melalui gambar dan animasi. Menurut

pandangan rakan saya, penggunaan gambar dan animasi adalah satu teknik yang sangat

berkesan dalam pakej pembelajaran ini. Tulisan atau font yang digunakan juga adalah sesuai

kerana saya telah menggunakan tulisan yang besar dan ia memudahkan murid-murid untuk

senang membaca arahan atau maklumat yang telah ditaip. Pembelajaran kendiri turut

Page 2: ULASAN BORANG PENILAIAN

digalakkan melalui persembahan multimedia saya. Satu muzik latar juga diselitkan agar murid-

murid tidak berasa bosan apabila mereka pergi ke aktiviti yang seterusnya.

Selain kelebihan, kelemahan pakej pembelajaran saya juga turut disenaraikan oleh

rakan saya. Antaranya adalah, murid-murid yang menggunakan pakej pembelajaran ini perlu

dibimbingi oleh guru semasa melaksanakan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam program ini. Hal

ini adalah kerana, terdapat aktiviti yang banyak dalam masa yang singkat iaitu 45 minit. Jika

murid-murid ingin habiskan setiap aktiviti tersebut dalam masa yang ditetapkan, maka perlulah

bimbingan guru bagi mengelakkan pembaziran masa. Menurut komen rakan saya, tempoh

masa yang diambil untuk video dalam pakej pembelajarna ini adalah panjang dan tidak sesuai

digunakan untuk waktu pengajaran dan pembelajaran yang bertempoh 45 minit.

Setiap komen dan maklumat yang telah diberikan oleh rakan saya telah saya diambil

kira untuk mengubahsuai dan menaik taraf pakej pembelajaran saya. Selain komen-komen

yang diberikan oleh rakan, saya juga percaya bahawa saya telah memilih bahan media yang

sesuai dan menarik dalam pakej pembelajaran ini,. Hal ini kerana, pemilihan media yang sesuai

dan menarik adalah penting bagi mendorong murid-murid ini untuk melibatkan diri dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, jelaslah bahawa media dalam proses pengajaran

dan pembelajaran bagi murid-murid aliran perdana mahupun murid-murid bekeperluan khas

merupakan satu pendekatan yang sangan sesuai, positif dan berkesan. Melalui penilaian ini,

saya telah mendapati segala kelebihan dan kelemahan dalam pakej pembelajaran saya dan ia

memberi peluang kepada saya untuk menukarkan kelemahan yang telah saya lakukan kepada

kelebihan.