ulasan artikel.docx

6
Ulasan Artikel Penyebab Masalah Penglihatan di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah di Daerah Sitiawan, Perak, Malaysia Berdasarkan jurnal yang dikarang oleh Duratul Ain Hussin, Dr.Rokiah, dan Victor Feizal Knight, terdapat beberapa perkara yang boleh diulas. Perkara tersebut ialah isi penting artikel, kekuatan dan kelemahan artikel dan cadangan untuk penambah baikan artikel. Jurnal ini merupakan satu penulisan berilmiah yang mengkaji mengenai Penyebab Masalah Penglihatan di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah di Daerah Sitiawan, Malaysia. Para penulis jurnal ini bersetuju bahawa masalah penglihatan yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak ialah ralat refraksi, ambliopia, strabismus dan pelbagai jenis penyakit okular. Hasil dapatan mereka mengesahkan bahawa pengesanan di peringkat awal penting untuk memastikan masalah mereka dapat diatasi pada usia yang awal. Hal ini dipersetujui Yeo Li Shuan (2013) yang mengulas dalam artikelnya di Kosmo mengenai jurnal ini. Beliau mengatakan bahawa kepekaan ibu bapa adalah amat penting bagi memastikan sebarang masalah boleh dikesan dan dirawat pada peringkat awal usia kerana kanak-kanak mungkin tidak dapat menyuarakan mengenai penglihatannya lantaran mereka masih kecil untuk mengenalpasti masalah mereka. Oleh yang demikian, jelaslah daripada tulisan jurnal ini dan ulasan Yeo Li Shuan bahawa, ibu bapa mestilah memerhatikan gerak-geri kanak-kanak dan peka pada aduan mereka untuk mengenalpasti jika mereka mempunyai masalah pengihatan. Terdapat beberapa kekuatan dalam jurnal ini iaitu, penulis menggunakan beberapa kaedah ujian mata untuk menyaring masalah mata kanak-kanak. Ujian-ujian yang digunakan ialah ujian katup, ujian akuiti visual, ujian Hirschberg, pemeriksaan eksternal okular dan oftalmoskopi. Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti daripada jurnal ini. Penulis cenderung untuk melakukan pemeriksaan mata ini dengan melibatkan sebahagian besar iaitu 59.9% kanak-kanak ialah kanak-kanak Melayu. Sewajarnya, penulis perlu mengambil responden dengan jumlah bilangan kaum yang sama supaya bancian mengenai kanak-kanak bermasalah penglihatan dapat dibuat dengan lebih tepat. Selain itu, penulis melakukan pemeriksaan mata hanya di satu kawasan iaitu di kawasan Sitiawan. Pada pandangan saya, penulis sepatutnya mengambil responden dari kalangan kanak-kanak yang berbeza negeri supaya pembaca dapat mengetahui masalah penglihatan kanak-kanak dari tempat lain. Selain itu, penulis jurnal ini juga tidak mengenalpasti sama ada kanak-kanak di kawasan tersebut mengalami masalah buta warna atau tidak kerana tiada sebarang ujian yang menunjukkan mereka mengkaji mengenai masalah buta warna. Menurut informasi yang dibekalkan oleh Colourblindness.com, sebanyak 5 peratus warga Asia yang terdiri daripada lelaki mengalami masalah buta warna. Dengan ini, kajian jurnal ini seharusnya menjalankan ujian penglihatan warna supaya masalah buta warna dalam kalngan kanak- kanak dapat dikesan pada peringkat awal lagi. Saya berpendapat bahawa, kanak-kanak perlu menjalani pemeriksaan mata seawal umur 4 tahun dan kerajaan Malaysia perlu mewajibkan pemeriksaan mata ini bukan sahaja di sekolah malah mewujudkan klinik bergerak di desa. Hal ini kerana, terdapat kanak-kanak yang masih tidak bersekolah di Malaysia dan kesihatan mereka tidak dipantau sepenuhnya di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan mewujudkan klinik bergerak di desa, kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan di pedalaman juga dapat menerima rawatan yanng sepatutnya. Saiful Bahri Kamaruddin (2012) dalam artikel menyatakan bahawa Kanak-kanak harus menjalani pemeriksaan mata setiap tahun seawal usia empat tahun lagi kerana masalah penglihatan di kalangan anak- anak muda semakin meningkat di negara ini.

Upload: brooke-foster

Post on 06-Dec-2015

99 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Artikel.docx

Ulasan Artikel

Penyebab Masalah Penglihatan di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah di Daerah Sitiawan, Perak,

Malaysia

Berdasarkan jurnal yang dikarang oleh Duratul Ain Hussin, Dr.Rokiah, dan Victor Feizal Knight,

terdapat beberapa perkara yang boleh diulas. Perkara tersebut ialah isi penting artikel, kekuatan dan

kelemahan artikel dan cadangan untuk penambah baikan artikel.

Jurnal ini merupakan satu penulisan berilmiah yang mengkaji mengenai Penyebab Masalah

Penglihatan di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah di Daerah Sitiawan, Malaysia. Para penulis jurnal ini

bersetuju bahawa masalah penglihatan yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak ialah ralat refraksi,

ambliopia, strabismus dan pelbagai jenis penyakit okular. Hasil dapatan mereka mengesahkan bahawa

pengesanan di peringkat awal penting untuk memastikan masalah mereka dapat diatasi pada usia yang

awal. Hal ini dipersetujui Yeo Li Shuan (2013) yang mengulas dalam artikelnya di Kosmo mengenai jurnal ini.

Beliau mengatakan bahawa kepekaan ibu bapa adalah amat penting bagi memastikan sebarang masalah

boleh dikesan dan dirawat pada peringkat awal usia kerana kanak-kanak mungkin tidak dapat menyuarakan

mengenai penglihatannya lantaran mereka masih kecil untuk mengenalpasti masalah mereka. Oleh yang

demikian, jelaslah daripada tulisan jurnal ini dan ulasan Yeo Li Shuan bahawa, ibu bapa mestilah

memerhatikan gerak-geri kanak-kanak dan peka pada aduan mereka untuk mengenalpasti jika mereka

mempunyai masalah pengihatan.

Terdapat beberapa kekuatan dalam jurnal ini iaitu, penulis menggunakan beberapa kaedah ujian

mata untuk menyaring masalah mata kanak-kanak. Ujian-ujian yang digunakan ialah ujian katup, ujian akuiti

visual, ujian Hirschberg, pemeriksaan eksternal okular dan oftalmoskopi.

Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti daripada jurnal ini. Penulis cenderung

untuk melakukan pemeriksaan mata ini dengan melibatkan sebahagian besar iaitu 59.9% kanak-kanak ialah

kanak-kanak Melayu. Sewajarnya, penulis perlu mengambil responden dengan jumlah bilangan kaum yang

sama supaya bancian mengenai kanak-kanak bermasalah penglihatan dapat dibuat dengan lebih tepat.

Selain itu, penulis melakukan pemeriksaan mata hanya di satu kawasan iaitu di kawasan Sitiawan. Pada

pandangan saya, penulis sepatutnya mengambil responden dari kalangan kanak-kanak yang berbeza negeri

supaya pembaca dapat mengetahui masalah penglihatan kanak-kanak dari tempat lain.

Selain itu, penulis jurnal ini juga tidak mengenalpasti sama ada kanak-kanak di kawasan tersebut

mengalami masalah buta warna atau tidak kerana tiada sebarang ujian yang menunjukkan mereka mengkaji

mengenai masalah buta warna. Menurut informasi yang dibekalkan oleh Colourblindness.com, sebanyak 5

peratus warga Asia yang terdiri daripada lelaki mengalami masalah  buta warna. Dengan ini, kajian jurnal ini

seharusnya menjalankan ujian penglihatan warna supaya masalah buta warna dalam kalngan kanak-kanak

dapat dikesan pada peringkat awal lagi.

Saya berpendapat bahawa, kanak-kanak perlu menjalani pemeriksaan mata seawal umur 4 tahun

dan kerajaan Malaysia perlu mewajibkan pemeriksaan mata ini bukan sahaja di sekolah malah mewujudkan

klinik bergerak di desa. Hal ini kerana, terdapat kanak-kanak yang masih tidak bersekolah di Malaysia dan

kesihatan mereka tidak dipantau sepenuhnya di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan

mewujudkan klinik bergerak di desa, kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan di pedalaman juga

dapat menerima rawatan yanng sepatutnya.

Saiful Bahri Kamaruddin (2012) dalam artikel menyatakan bahawa Kanak-kanak harus menjalani

pemeriksaan mata setiap tahun seawal usia empat tahun lagi kerana masalah penglihatan di kalangan anak-

anak muda semakin meningkat di negara ini.

Page 2: Ulasan Artikel.docx

Menurut Saiful Bahri lagi, Dr.Rokiah dalam kajiannya berkata bahawa kurang penjagaan kesihatan, tabiat

membaca yang tidak betul dan terlalu lama melihat di jarak dekat boleh merosakkan penglihatan kanak-

kanak prasekolah. Saya amat bersetuju dengan pendapat ini. Hal ini kerana,kanak-kanak zaman sekarang

sangat pantas terdedah kepada teknologi yang memerlukan penggunaan deria mata yang tinggi. Mereka

menonton televisyen, bermain alat permainan perisian komputer, menggunakan gajet telefon bimbit, tablet

dan banyak lagi sejak dari kecil. Pendedahan kepada gajet teknologi ini sedikit sebanyak mampu

menjejaskan penglihatan mereka.

Penyelidikan oleh Chung (1996) yang dipetik daripada Saiful Bahri (2012), beliau menyatakan

bahawa miopia di kalangan kanak-kanak Cina di Malaysia yang berusia antara 6-12 tahun adalah 33% dan ia

meningkat kepada 50% di kalangan mereka yang berumur 13 hingga 18 tahun. Bagi kanak-kanak Melayu

berusia antara 7-12 tahun 8% didapati miopia dan meningkat kepada 20% apabila menjangkau usia antara

13 hingga 18 tahun. Perkara ini membuktikan bahawa taburan kanak-kanak yang mengalami masalah

penglihatan, berbeza mengikut kaum. Dengan ini, saya mencadangkan bahawa kajian mengenai masalah

penglihatan bagi setiap kaum perlu dijalankan supaya pemerhatian yang lebih jelas dapat dilihat.

Obesiti merupakan antara masalah lazim yang dialami oleh ramai wanita di negara ini dan di seluruh dunia.Masalah tersebut bukan

saja menggambarkan amalan pemakanan seseorang yang tidak betul, bahkan lebih buruk ia kerap diiringi dengan pelbagai

penyakit termasuk jantung dan darah tinggi.

Dalam pada itu, kajian terbaru mendapati bahawa wanita mempunyai ukur lilit pinggang yang besar mempunyai risiko meninggal

dunia lebih awal berbanding dengan mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil.

Kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat, menunjukkan wanita yang

berpinggang besar lebih cenderung untuk menghidap penyakit yang berkaitan jantung ataupun kanser, walaupun hakikatnya

mereka mempunyai berat badan yang ideal dengan ketinggian mereka.

Terdapat kajian sebelum ini yang menunjukkan pengumpulan lemak di bahagian pinggang sebenarnya meningkatkan risiko

penyakit.

Untuk menjalankan kajian ini, para penyelidik telah membuat analisis data daripada lebih 44,000 orang wanita diikuti dengan

sejarah kesihatan lebih 1,000 jururawat berdaftar di 11 negeri.

"Seperti apa yang dapat diperoleh daripada kajian NIH Obesity Research Task Force, kesan cabaran akibat obesiti, penemuan

terbaru menunjukkan bahawa penyelidikan dapat memainkan peranan dalam pemahaman tentang risiko obesiti," jelas Pengarah

NIH, Elias A. Zerhouni.

Kumpulan penyelidik yang menjalankan kajian tersebut diketuai oleh Cuilin Zhang dari NIH, Eunice Kennedy Shriver dari Institut

Kesihatan Kebangsaan Kanak-kanak dan Pembangunan Manusia (NICHD).

Dana untuk menjalankan kajian ini pula diperoleh daripada NIH, Institut Kanser Kebangsaan dan Institut Diabetis, Pencernaan dan

Buah Pinggang Kebangsaan. Kajian ini disokong oleh Institut Darah, Paru-paru dan Jantung Kebangsaan. Hasil kajian ini telah

diterbitkan dalam Internet menerusi laman web Circulation.

Semakin hari semakin banyak bukti yang mengaitkan lemak berlebihan di abdomen dengan risiko penyakit diabetes dan jantung.

Bagaimanapun perkaitan antara obesiti di bahagian abdomen dengan risiko kematian masih belum dikaji secara meluas.

Page 3: Ulasan Artikel.docx

Kajian terkini menunjukkan bahawa kegemukan di abdomen ada kaitan dengan kematian awal.

Para penyelidik yang menjalankan kajian terhadap 44,000 wanita telah mengikuti rekod sejarah kesihatan dan gaya hidup mereka.

Disebabkan majoriti daripada wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu ialah wanita kulit putih, para penyelidik tidak

begitu pasti sama ada hasil kajian mereka boleh digunapakai untuk wanita mahupun lelaki daripada bangsa lain.

Semua wanita yang terlibat dalam kajian pula terdiri daripada jururawat berdaftar. Pada awal kajian dibuat, mereka diminta untuk

mengukur ukur lilit pinggang dan paha mereka.

Setiap dua tahun, kumpulan wanita ini diminta untuk mengisi borang kaji selidik tentang kesihatan mereka, memberikan maklumat

tentang umur, tahap aktiviti luar, status merokok, diet, tekanan darah dan paras kolesterol.

Para penyelidik ini turut mengkaji punca kematian bagi wanita yang didapati meninggal dunia ketika tempoh kajian ini berlangsung

iaitu sebanyak 3,507 kematian dan daripada jumlah itu 1,748 diakibatkan oleh kanser, manakala 751 kerana penyakit berkaitan

jantung.

Para penyelidik turut mendapati bahawa wanita yang mempunyai lemak berlebihan di pinggang lebih berisiko untuk mati lebih awal

kerana komplikasi jantung berbanding dengan mereka yang berpinggang kecil.

Sebagai contoh, wanita yang bersaiz pinggang sama atau lebih daripada 35 inci dianggarkan untuk meninggal lebih dua kali lebih

awal kerana penyakit jantung berbanding dengan wanita yang bersaiz pinggang 28 inci sahaja (mengenepikan indeks berat badan).

Sama juga risiko bagi mereka ini untuk meninggal akibat kanser.

Pada masa yang sama, wanita yang mengalami obesiti turut berisiko untuk berhadapan maut lebih awal daripada usia yang

sepatutnya.

Menurut para penyelidik, obesiti ditentukan menerusi indeks berat badan (BMI) yang mengukur kesesuaian antara ketinggian

seseorang dengan berat badan mereka.

BMI antara 18.5 dikategorikan berat badan yang ideal dan sihat, manakala BMI 30 hingga 39.9 adalah obes.

Saiz ukur lilit pinggang wanita yang lebar adalah tanda pengumpulan lemak berlebihan pada bahagian depan perut, istilah ini

dipanggilabdominal obesity.

Menurut kajian Panduan Klinikal Untuk Mengenalpasti, Memerhati dan Rawatan Berat Badan Berlebihan dan Obesiti di Kalangan

Orang Dewasa, saiz had pinggang yang sihat ialah 35 inci bagi wanita dan lelaki 40 inci. Saiz ukur lilit pinggang ini boleh diukur

keliling pinggang dari paras pusat.

Menurut Dr. Zhang, dalam tahun 2004 lebih daripada satu setengah orang dewasa Amerika mengalami abdominal obesity.

lArtikel dari laman web www.nih.gov

JUS Diethttp://www.zawiahshop.com/?p=productsMore&iProduct=43&sName=JUS-DIET-MATE-5

Obesiti ; suatu penghayatanGejala obesiti di kalangan masyarakat Malaysia khasnya dan dunia umumnya telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan dari tahun ke tahun. Dalam satu Persidangan Saintifik Kebangsaan Tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga di Seremban pada 4 Disember 2008, Dato Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan

Page 4: Ulasan Artikel.docx

Malaysia telah berkata :-

”Telah ditunjukkan, prevalen bagi penyakit kencing manis di kalangan penduduk Malaysia yang berumur lebih daripada 30 tahun telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 kepada 14.9% pada tahun 2006. Dan penyakit darah tinggi daripada 29.9% kepada 42.6% dalam tempoh dan kumpulan umur yang sama. Masalah kegemukan (obesiti) juga telah meningkat daripada 4.4% kepada 14%”

Berdasarkan kepada dapatan kajian di atas, peratusan masalah kegemukan telah menunjukkan peningkatan 10% dalam tempoh 10 tahun. Kadar peningkatan ini, seharusnya mendapat perhatian yang serius oleh pihak pengurusan kesihatan di peringkat hospital dalam mendidik masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi meningkatkan lagi kefahaman masyarakat mengenai diet sihat, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2005 telah meluluskan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Kedua ( 2006 – 2015) yang memberi penekanan kepada kaedah pemakanan dan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.

Gejala obesiti telah menjadi satu wabak atau epidemik di peringkat dunia globalisasi. Dr. Prakash Shetty dalam pembentangan kerja kerjanya yang bertajuk ” What Is Driving The Epidemic of Obesity In Developing Sicieties?” dalam satu Kongres Sains Antarabangsa pada tahun 2005 telah menyatakan bahawa di kalangan negara membangun, fenomena berlebihan berat badan dan obesiti didapati telah meningkat begitu mendadak berbanding mereka yang mengalami masalah kekurangan zat makanan.

Pembentangannya juga menyatakan di kalangan 150 juta populasi penduduk di negara membangun yang mengalami kurang berat badan, pada waktu yang sama sebanyak 100 juta populasi mengalami masalah kegemukan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh dua faktor utama yang perlu ditangani sebaik mungkin. Pertamanya ialah perubahan corak diet dan komposisi pengambilan makanan hasil peningkatan pengambilan lemak dari produk berasaskan haiwan. Keduanya kurang melakukan aktiviti fizikal akibat dari perubahan gaya hidup seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan proses ubanisasi yang berlaku dalam masyarakat.

Permasalahan obesiti juga boleh memberi kesan ekonomi kepada sesebuah negara. Dalam satu artikel bertajuk ”Causes and consequences of adult obesity : health, social and economic impacts in the United States” yang ditulis oleh Dr. Nancy S. Wellman dan Barbara Friedberg (2002) telah menyatakan:

"The total cost of overweight and obesity in 2000 by some estimates was 117 billion dollar, with 61 billion dollar direct and 56 billion dollar indirect costs. Direct health care costs refer to preventive, diagnostic and treatment services related to overweight and obesity (e.g physician visits, hospital and nursing home care)…..”

Jika kita merujuk pernyataan di atas, sekiranya permasalahan kegemukan ini tidak diatasi dengan baik, kesannya nanti boleh merugikan ekonomi sesebuah negara. Dengan mengurangkan perbelanjaan 117 billion dolar tersebut, kemungkinan besar jumlah ini dapat disalurkan kepada projek – projek lain yang lebih menguntungkan rakyat Amerika.

Dari segi kesannya ke atas kesihatan, banyak jurnal perubatan dan kesihatan seluruh dunia menyatakan bahawa permasalahan obesiti mempunyai perkaitan rapat dengan pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes mellitus), darah tinggi, kanser, arthritis, sleep apnea, hiperlipidemia, penyakit kardiovaskular dan sebagainya. Di Amerika sahaja kematian terhadap gejala obesiti adalah dianggarkan mencecah 300 ribu kematian setahun berbanding kematian akibat dari amalan merokok iaitu 400 ribu orang.

Di negara kita, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan Buku Garis Panduan Amalan Klinikal : Pengurusan Masalah Kegemukan (2004) sebagai satu panduan dan bantuan kepada anggota kesihatan untuk mencegah dan menangani permasalahan ini. Salah satu aspek yang dibincangkan ialah manfaat yang diperolehi sekiranya seseorang dapat menguruskan berat badannya dengan baik. Antaranya boleh menurunkan bacaan tekanan sistolik dan distolik sebanyak 10mmHg dan 20mmHg, pengurangan aras kolesterol sebanyak 10% dan pengurangan lebih 50% risiko penyakit kencing manis.Projek Makan Tengahari

Page 5: Ulasan Artikel.docx

Saya telah membaca suatu artikel yang ditulis oleh wartawan Ziauddin Sharudin (yang telah mengikuti lawatan anjuran Yakult ke Tokyo, Jepun) bertajuk " Sekolah di Jepun laksana program diet sihat). Memandangkan warga Jepun yang kini telah mengalami wabak obesiti yang amat membimbangkan, maka pihak beroutoriti di Jepun telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek makan tengahari di Sekolah Rendah Nisikasai, Tokyo bagi menerapkan amalan diet sihat di kalangan pelajar.Menurut Guru Besar sekolah terbabit, prinsip utama program makan tengahari bernilai RM70 sebulan ini adalah untuk mendidik pelajar supaya memilih makanan yang baik untuk kesihatan. Katanya menu makan tengahari merangkumi nasi, ikan (mentah atau masak), sayur - sayuran, sup dan makanan berasakan soya. Apa yang menarik minat saya ialah semangat yang ditunjukkan oleh Guru Besarnya, Kimiko Yabe yang sangat serius untuk melaksanakan program ini dengan melantik pakar pemakanan bertauliah di sana bagi membuat perancangan dan menguruskan program ini.Dalam satu kenyataannya, Kobayashi (pakar pemakanan tersebut) berkata pihaksekolah sedaya upaya cuba menggunakan produk tempatan yang segar, manakala makanan dimasak di dapur khas sekolah yang amat mementingkan kebersihan.Jika kita buat perbandingan mengenai program makanan tambahan di Malaysia, pelajar makan di kantin dan dalam keadaan tertentu akan timbul suasana berebut - rebut untuk menjamu selera. Namun di sekolah rendah ini, suasana menikmati hidangan lebih menarik iaitu dengan menjamu selera di kelas masing - masing. Dalam artikel tersebut, wartawan Ziaudin Sharudin telah mengalami sendiri dengan duduk semeja bersama pelajar.Dalam jam 12.20 tengahari itu, waktu makan bagi pelajar telah bermula dan diperhatikan pelajar sibuk mengemaskan meja masing - masing dan dalam waktu yang sama troli makanan dari dapur khas sekolahpun tiba. Dalam ketika ini, pelajar di sana telah menunjukkan sifat tanggungjawab yang tinggi dengan menyediakan makanan kepada rakan sekelas. Saya berfikir sejenak,Wah ! kalau begini sifat membantu yang ditunjukkan, maka tidak mustahil bila mereka besar kelak, pelajar ini akan lebih menguntungkan warga Jepun kerana mereka telah dididik untuk mengamalkan amalan bantu - membantu sejak di bangku sekolah lagi.Pelajar - pelajar ini, menurut artikel tersebut lengkap dengan pakaian khas dan topi dan sekumpulan pelajar juga dilihat mencedok makanan ke mangkuk rakan mereka. Setiap pelajar kemudian kembali ke meja makan masing - masing dan secara srentak menjamu selera. Selepas makan pelajar ini akan meletakkan dulang di tempat yang dikhaskan di samping tidak meminggirkan soal kebersihanApa yang kita boleh dapat dalam program ini ialah pihak kerajaan Jepun ingin mendidik dan menggalakkan amalan pemakanan sihat di kalangan rakyat negara itu terutama pada peringkat pelajar sekolah. Penolong Kaunselor Jabatan Penggalakan Pendidikan Pemakanan, Miho Kawano, berkata kesungguhan kerajaan Jepun untuk melihat rakyatnya mengamalkan pemakanan sihat boleh diukur berdasarkan penubuhan Majlis Pendidikan Pemakanan atau Syikuiku. Apa yang mengkagumkan majlis ini diterajui sendiri oleh Perdana Menteri dengan mempunyai struktur organisasi dari peringkat kebangsaan hingga ke peringkat akar umbi seperti kerajaan tempatan dan majlis perbandaran dengan kumpulan sasaran termasuk sekolah dan tadika.Dalam hal ini, banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum program makan tengahari ini dapat direalisasikan di sekolah - sekolah di Malaysia. Antaranya ialah pihak kerajaan harus mengisi keutamaan ini dalam belanjawan pada masa- masa akan datang. Peruntukan untuk projek ini seperti pembinaan dapur sekolah khas yang bertaraf moden perlu menjadi keutamaan ketika merancang pembinaan sekolah - sekolah. Dalam erti kata lain, adakah kita benar - benar bersedia untuk melabur jutaan ringgit untuk melaksanakan projek ini demi kebaikan anak - anak warga Malaysia baik di pendalaman maupun di bandar dan pinggir bandar.Saya rasa projek makan tengahari ini boleh dilaksanakan jika kita benar - benar ada kekuatan / keazaman. Ini kerana, jika ia berjaya dilaksanakan suatu generasi muda yang sihat boleh dibentuk dari peringkat awal lagi, bak kata pepatah 'Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya'. Anda semua boleh bayangkan jika generasi kita sihat mentalnya, sihat fizikalnya dan sihat emosinya maka akan terbentuklah jatidiri warga Malaysia yang sihat dan produktif. Secara langsung, kita boleh membina suatu bangsa Malaysia yang berdaya saing, tahan cabaran dan kuat menghadapi segala kekalutan yang mendatang. Manfaatnya banyak............. terpulanglah kepada segenap warga Malaysia dai pelbagai segenap lapisan masyarakat untuk merealisasikan ya.