ujian subjektif 2014
DESCRIPTION
untuk pembuatan soalan subjektifTRANSCRIPT
UJIAN SUBJEKTIF
DEFINISI
Soalan-soalan yang memerlukan calon memberikan tindak balas secara lisan.
Mungkin berbentuk bebas atau terhad. Tindak balas yang dikehendaki
ditentukan oleh penggubal-penggubal soalan.
CIRI-CIRI
Kamaruddin Hj.Husin (1986)
Pengambil ujian merancang dan melahirkan jawapan dengan bahasa sendiri.
Menumpukan banyak masa berfikir dan menulis.
Kualiti bergantung kepada kemahiran pemarkahan.
PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENULISAN
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986)
Untuk objektif yang perlu diuji dengan esei sahaja.
Perkara yang dijawab harus jelas. Murid diberi latihan menjawab. Beri murid masa yang cukup untuk
menjawab soalan.
BENTUK SOALAN SUBJEKTIF
BENTUK
TINDAK BALAS
TERBATAS
TINDAK BALAS
LANJUTAN
TINDAK BALAS LANJUTAN
Soalan jenis perbincangan. Memerlukan jawapan yang
meluas,bebas dan asli. Boleh mengukur peringkat kognitif yang
tinggi. Merangkumi ujian karangan. Contoh soalan:
terangkan,huraikan,bincangkan.. Kebolehpercayaan pemarkahannya
rendah. Contoh: Soalan Esei.
TINDAK BALAS TERBATAS
Merangkumi jawapan mengingat kembali dan jawapan pendek.
Soalan jenis ini diberi pemarkahan secara objektif.
Contoh: soalan struktur,soalan rangsangan.
JENIS-JENIS SOALAN
Item jawapan pendek. Ditentukan batasan kandungan,tingkah
laku,bentuk,masa dan markah. Dasarkan soalan tersebut kepada
sesuatu masalah.
KELEBIHAN UJIAN SUBJEKTIF
Memberi peluang calon mengemukakan idea atau fakta yang dikuasainya.
Menguji penguasaan murid terhadap isi pelajaran.
Mengemukakan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki murid.
Tidak membuka ruang yang luas untuk calon meniru.
KELEMAHAN UJIAN SUBJEKTIF Kebolehpercayaan pemarkahannya
adalah rendah. Murid lebih cenderung menghafal satu-
satu topik tertentu. Memerlukan masa yang panjang untuk
murid menjawab. Tulisan,kekemasan dan penyusunan
jawapan sedikit sebanyak mempengaruhi pemeriksa.
Penggubalan soalan mengikut aras Domain kognitif melibatkan enam aras:
pengetahuan,kefahaman,penggunaan,analisis, sisntesis,penilaian.(Bloom,1956).
Menekankan memperoleh,mengingat dan mengembangkan ilmu pengetahuan murid iaitu kebolehan intelek.
Penilaian boleh dilakukan melalui ujian bertulis yang melibatkan soalan objektif,soalan struktur dan soalan esei
Aras Pengetahuan
Bertujuan mengingati semula perkara-perkara yang sudah dipelajari.
Melibatkan mengingati semula teori-teori dan fakta yang spesifik dan sukar.
Hasil pembelajaran yang paling rendah dalam aras kognitif.
Ciri-ciri soalan aras pengetahuan Menggunakan proses mental aras
pengetahuan. Soalan memerlukan maklumat yang
serupa dengan pengajaran guru dan buku teks.
Perkataan yang selalu digunakan ialah siapa,dimana,apa,bila dan definisi.
Jawapan boleh ditentukan dengan mudah sama ada betul atau salah.
Aras Kefahaman
Bertujuan memahami sesuatu bahan. Menterjemah,menghurai dan
menjangkakan apa yang mungkin berlaku.
Melangkaui aras mengingat semula.
Ciri-ciri aras kefahaman
Menggunakan proses mental kefahaman. Perkataan yang kerap digunakan adalah
jelaskan,huraikan,bandingkan,bezakan… Maklumat asa telah diberi kepada calon. Calon menyatakan kefahamannya dalam
perkataannya sendiri.
Aras Penggunaan
Menggunakan pengetahuan yang abstark untuk menyelesaikan situasi maujud.
Pengetahuan abstrak itu mungkin dalam bentuk pengetahuan am,peraturan,generalisasi,prinsip atau teori.
Kesemua pengetahuan tersebut harus diingat untuk menyelesaikan masalah yang diberi.
Ciri-ciri soalan aras pengetahuan Perkataan yang kerap digunakan adalah
menggunakan,memilih,membuat,mengira dan selesaikan.
Situasi masalah hendaklah baharu dan tidak serupa dengan masalah yang diajar.
Aras Analisis
Bertujuan supaya pelajar membuat analisis atas dasar menaakul sebab dan musabab.
Melibatkan kefahaman isi dan struktur bahan tersebut.
Ciri-ciri soalan analisis
Perkataan yang selalu digunakan ialah kenapa,mengapa,faktor apa dan buatkan rumusan.
Memerlukan pemikiran secara kritik.
Aras Sintesis
Menekankan pemikiran berpecah bukan pemikiran bertumpu.
Penyelesaian masalah tidak boleh dibuat pada peringkat awal.
Menyelesaiakn masalah dimana terdapat pelbagai jawapan yang kreatif atau hanya satu jawapan yang betul.
Ciri-ciri aras sintesis
Perkatan-perkataan yang selalu digunakan adalah menghasilkan,tuliskan dan cadangkan apa yang akan terjadi.
Hasilnya boleh dinilai oleh pengguna seperti pembaca atau pemerhati.
Beri kebebasan kepada calon menjawab sama ada dari segi isi atau masa.
Aras Penilaian
Kebolehan menilai,menghakimi atau memberikan keputusan terhadap sesuatu bahan.
Dilakukan secara sedar oleh individu.
Ciri-ciri aras penilaian
Perkataan yang selalu digunakan adalah menimbangkan,menentukan atau mempertahankan.
Situasi maslah yang hendak dinilai mestilah baharu,tidak biasa atau berbeza daripada pengajaran.