ucapan pengarah pmt untuk majlis perasmian
TRANSCRIPT
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA OKTOBER 2016
TEKS UCAPAN
YANG BERUSAHA TUAN HAJI
ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
4 OKTOBER 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Rosnah binti
Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Puan Hasnah binti
Hussin
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia dan Salam 1Kimia.
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah kurniaNya, dapat kita bersama-
4
sama dalam Majlis Perhimpunan
Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu
Pejabat bagi bulan Oktober 2016 pada
pagi yang indah ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah dan warga kerja Bahagian
Penyelidikan dan Jaminan Kualiti
(PJK) kerana telah mengatur dan
menganjurkan Majlis Perhimpunan
Bulanan kita pada pagi ini dengan baik
sekali.
5
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[MAAL HIJRAH 1438H]
3. Salam Maal Hijrah 1438H buat semua
warga Kimia yang beragama Islam.
Sambutan Maal Hijrah yang
bertemakan “Ukhuwah Islamiah Asas
Penyatuan Ummah” yang dipilih pada
tahun ini adalah bertepatan dengan
usaha kerajaan untuk
menyatupadukan rakyat, hidup rukun
dan harmoni serta penuh muhibbah
6
yang menjadi transformasi kepada
kemakmuran negara.
4. Ukhuwah Islamiah yang terbina
berasaskan iman dan taqwa akan
menumbuhkan rasa persaudaraan,
kasih sayang dan saling hormat
menghormati antara satu sama lain
tanpa mengira status bangsa, agama
dan fahaman politik.
7
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[HARI SUKAN NEGARA]
5. Sambutan Hari Sukan Negara telah
diisytiharkan pada setiap hari Sabtu
minggu kedua bulan Oktober setiap
tahun. Maka pada tahun ini, ianya
jatuh pada 8 Oktober 2016.
6. Hari Sukan Negara ini adalah penting
di dalam usaha kerajaan
menggalakkan rakyat menerapkan
8
amalan budaya hidup cergas dan aktif
memandangkan peratusan
masyarakat Malaysia yang aktif
bersukan masih lagi rendah iaitu pada
kadar sekitar 40 peratus berbanding
dengan 50 hingga 60 peratus di
negara maju. Budaya sukan melalui
amalan gaya hidup cergas dan aktif
pada masa yang sama dapat
membantu menurunkan kadar
penyakit kronik di kalangan rakyat
Malaysia.
9
[KEJOHANAN PIALA KP]
7. Bertepatan dengan Hari Sukan
Negara, Karnival Sukan Kimia 2016
telah diadakan pada hari Sabtu lepas
(1 Oktober 2016) di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Kuantan, Pahang. Tuan rumah
karnival sukan ini adalah JKMC
Pahang.
8. Sukan yang dipertandingkan adalah
bola tampar dan badminton.
Penyertaan terbahagi kepada 4 zon:
10
- Zon Tengah : JKM Ibu Pejabat
- Zon Selatan : JKMC Johor dan
Melaka
- Zon Timur : JKMC Kelantan,
Terengganu dan Pahang
- Zon Utara : JKMC Pulau Pinang,
Kedah dan Perak
9. Tahniah diucapkan kepada para
pemenang:
- Johan Badminton (Kimia Ibu
Pejabat)
11
- Johan Bola Tampar, Lelaki (Kimia
Selatan)
- Johan Bola Tampar, Wanita (Kimia
Ibu Pejabat)
10. Sekalung penghargaan jua diucapkan
kepada tuan rumah iaitu JKMC
Pahang serta para urusetia yang
bertungkus lumus menjayakan
karnival sukan ini.
11. Untuk makluman semua, Karnival
Sukan 4 Penjuru pula akan diadakan
secara 2 peringkat iaitu pada 15-16
12
Okt dan 21-23 Okt 2016. Karnival ini
melibatkan Jabatan Kimia Malaysia,
METMalaysia, MPC dan MQA. MET
Malaysia dilantik menjadi tuan rumah
kejohanan. Ianya melibatkan 10 acara
iaitu Road Relay (L/P), boling
(kumpulan) (L/P), Badminton
(kumpulan) (L/P), dart (kumpulan)
(L/P), Futsal (L/P), bola tampar (L/P),
ping-pong (kumpulan) (L/P), sepak
takraw, bola jaring dan bola sepak.
13
12. Besar harapan saya agar semua
warga Kimia dapat memberikan
sokongan dalam aktiviti ini.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[PROGRAM KIMIA KE DESA, KAMPUNG
ALOR LIMBAT, MARANG,
TERENGGANU]
13. Untuk makluman awal, Program Kimia
Ke Desa Terengganu akan diadakan
di Kampung Alor Limbat, Marang,
14
Terengganu pada 7 & 8 Oktober nanti.
Program ini bakal diserikan dengan
kehadiran YB Datuk Dr. Abu Bakar bin
Mohamad Diah (Timbalan Menteri
MOSTI) yang telah menyatakan
kesudiannya untuk turun padang bagi
merasmikan program tersebut.
14. Suka saya ingatkan dan selitkan di sini
agar, semua program Jabatan dimulai
dengan lagu Negaraku serta doa
untuk memberkati majlis.
15
[LAWATAN TURUN PADANG KSU
MOSTI]
15. Untuk makluman, Dato’ Dr. Mohd.
Azhar bin Haji Yahaya telah
mengadakan lawatan turun padang ke
Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan
Bintulu pada 16 September yang
lepas.
16. Lawatan ini bertepatan dengan
saranan KSN supaya semua ketua
setiausaha dan ketua jabatan supaya
turun padang untuk melihat sendiri
16
keadaan kakitangan masing-masing
ke arah memberi perkhidmatan terbaik
kepada rakyat. Langkah ini bertujuan
menjaga kebajikan penjawat awam
dalam melaksanakan tugas.
Hadirin sekalian,
[LAWATAN KERJA KP KIMIA KE JKM
CAWANGAN PERAK]
17. Saya sendiri turut mengadakan
lawatan kerja ke JKMC Perak pada 23
September 2016 yang lepas.
17
18. Dalam lawatan ini, saya dapat melihat
sendiri keadaan cawangan dan
beramah mesra dengan kakitangan
Kimia Perak. Lawatan ini juga
membolehkan sistem terbuka
dijalankan, sebagai contoh, ruang
diberi kepada semua warga Kimia
untuk bersua muka dan memberi idea
atau menyatakan sebarang masalah
terus kepada saya.
19. Terima kasih kepada semua yang
telah memberi kerjasama dalam sesi
18
lawatan ini terutamanya yang memberi
pandangan semasa sesi dialog
diadakan. Pihak pengurusan akan
cuba untuk mengambil tindakan atas
segala pandangan yang diutarakan.
20. Semasa lawatan tersebut juga, saya
berkesempatan meraikan Puan
Abiramasundary a/p Ramakrishnan,
Pembantu Makmal Gred C22 yang
bersara pada 2 Oktober 2016. Terima
kasih atas sumbangan selama
berkhidmat dengan KIMIA.
19
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[PROGRAM PEMBUDAYAAN STI]
21. Jabatan Kimia Malaysia telah bergiat
aktif secara langsung dalam aktiviti
pembudayaan STI di seluruh negara.
Antaranya adalah:
JKMC Melaka: Majlis Persada
Inovasi Peringkat Negeri Melaka
di Dewan Seri Negeri, Melaka
(7-8 September)
JKMC Pulau Pinang dan Kedah:
Karnival Kimia Malaysia (K2M)
Zon Utara 2016 di Universiti
20
AIMST, Bedong Kedah (22
September)
JKMC Pulau Pinang: Program
Misi Penyiasat Muda CSI di
SMK Sultan Badlishah, Kulim,
Kedah (24 September)
JKMC Kelantan: Festival Sains
& Inovasi Pendidikan Kelantan
2016 di Sekolah Kebangsaan
Pengkalan Chepa Kelantan (29
September – 1 Oktober).
Bahagian Forensik Ibu Pejabat &
JKMC Melaka: Karnival
21
Creativity & Science4U 2016 di
Dataran Pahlawan Melaka
Megamall (23-25 September).
Dalam carnival Sc4U ini, JKMC
Melaka telah terlibat dengan
pameran, manakala Forensik Ibu
Pejabat pula mengadakan
pertandingan CSI sepanjang 3
hari karnival tersebut.
22. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Semoga dengan usaha anda semua
akan dapat meningkatkan minat
22
masyarakat umum dan pelajar dalam
bidang STI ini.
Hadirin sekalian,
[PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU
PATRIOTIK KIMIA 2016]
23. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
Kimia 2016 bersempena Hari
Kemerdekaan dan Hari Malaysia telah
diadakan di Auditorium Forensik pada
24 September 2016. Seramai 14
peserta telah menyertai pertandingan
ini.
23
24. Syabas diucapkan kepada para
pemenang dan juga kepada Kelab
Sukan & Kebajikan Kimia yang
menganjurkan pertandingan ini.
Tahniah!
[AMANAT KETUA PENGARAH]
25. Sebelum mengakhiri ucapan saya
pada pagi ini, saya ingin menimbulkan
beberapa perkara untuk peringatan
kita bersama.
24
26. Saya ingin mengingatkan semua
pegawai tidak terkecuali para
pengarah tidak kira di Ibu Pejabat atau
makmal Cawangan untuk sentiasa
meningkatkan prestasi ke arah
optimum. Saya secara peribadi akan
memantau prestasi semua. Saya tidak
akan teragak-agak untuk mengambil
tindakan sekiranya nyata ada pegawai
atau pengarah yang tidak
menunjukkan prestasi yang
memberangsangkan atau mengambil
kesempatan di atas kuasa yang diberi.
25
27. Saya juga ingin mengingatkan para
pegawai terutamanya pegawai muda
atau pegawai pelapis Jabatan Kimia
Malaysia untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan serta kemahiran masing-
masing dengan pantas dan cekap.
Sebagai generasi X, Y dan Z, anda
semua seharusnya lebih dominan dan
pantas menimba ilmu untuk
meningkatkan nama Jabatan Kimia
Malaysia ke peringkat yang lebih
cemerlang. Kekal serta tingkatkan
nama Kimia di mata umum.
26
28. Perkara terakhir ingin saya timbulkan
di sini adalah mengenai penglibatan
kakitangan dalam aktiviti luar pejabat
seperti pameran atau sebagainya.
Saya faham ada kakitangan yang
bekerja lebih masa untuk aktiviti rasmi
di luar waktu pejabat. Saya berterima
kasih atas sumbangan yang diberi.
Namun, saya tidak begitu
menggalakkan kakitangan untuk
memohon cuti gantian, cukup sekadar
time-off. Terutamanya kepada para
pegawai dari kumpulan Pengurusan
27
dan Profesional. Anggaplah segala
kerja lebih masa tersebut merupakan
sumbangan tuan/puan kepada
jabatan. Inshaa Allah ianya akan diberi
ganjaran di kemudian hari.
29. Sebelum saya mengakhiri ucapan
saya pada kali ini, saya ingin
mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’
serta semoga panjang umur dan
murah rezeki kepada warga Kimia
yang menyambut ulang tahun
kelahiran pada bulan Oktober ini.
28
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.