ucapan dasar presiden parti islam se … file‘am, ashab al-fadhilah ahli majlis syura ulamak,...

28
1 UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) Muktamar Tahunan PAS ke - 61 2015 BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN MUKADDIMAH الحمد حمدالحامدين ا, وحمدالشاكرين ا, وحمداوافي ي نعمهكافي وي مزيده, يا ربنا لك الحمد كمانبغي يل لج وجهك وعظيم سلطانك. أشهد أن إله إ وحده شريك له, لهملك ال وله الحمدهو و على كل شيء قدير. وأشهد أنحمدا م عبدهرسوله و, البدر الدجى والسراج المنير. لهم ال وصل وسلم وبارك علىحمد م أشرفنبياء امرسلين وال, وعلى آ له وصحبه أجمعين, ومن سار علىجه نه إلى يوم الدين. Yang dihormati DatoPengerusi Tetap, YBhg. Sohibul Fadhilah Tuan Guru DatoDr Haron Din Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), YAB DatoTimbalan Mursyidul Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS, DatoSetiausaha Agung dan seluruh Ahli Jawatankuasa Harian, Ahli- ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, NGO, seluruh para perwakilan dan pemerhati, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekelian. Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum, selamat datang dan selamat bermuktamar, kepada semua para perwakilan dan tetamu yang memeriahkan Muktamar Agung Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang julung kali bertandang ke Kuala Selangor pada tahun 2015 ini. Marilah dengan penuh yakin kita memohon kepada Allah SWT akan keberkatan dan fadhilat, serta pahala yang berlipat ganda daripada kelebihan ribat fi sabilillah, kerana keyakinan terhadap dasar dan matlamat perjuangan kita. Muktamar kita kali ini diadakan dalam suasana kita kehilangan murabbi parti dan ummah yang begitu banyak jasanya kepada perjuangan Islam di tanah air kita, al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malam 22 Rabiul Akhir 1436 Hijriah bersamaan 12 Februari 2015 yang baru sahaja berlalu. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh beliau dan pimpinan serta ahli parti yang telah kembali ke rahmatullah agar ditempatkan di kalangan para syuhada dan solihin. Al-Fatihah.

Upload: vuongkhuong

Post on 01-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

1

UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

Muktamar Tahunan PAS ke - 61 2015

BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

MUKADDIMAH

ينبغي كما الحمد لك ربنا يا , مزيده ويكافي نعمه يوافي وحمدا , الشاكرين وحمدا , الحامدين حمدا هلل الحمد

كل على وهو الحمد وله الملك له , له شريك ال وحده هللا إال إله ال أن أشهد . سلطانك وعظيم وجهك لجالل

على وبارك وسلم وصل اللهم . المنير والسراج الدجى البدر , ورسوله عبده محمدا أن وأشهد . قدير شيء

.الدين يوم إلى نهجه على سار ومن , أجمعين وصحبه لهآ وعلى , والمرسلين األنبياء أشرف محمد

Yang dihormati Dato’ Pengerusi Tetap, YBhg. Sohibul Fadhilah Tuan Guru Dato’ Dr

Haron Din Mursyidul ‘Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), YAB Dato’ Timbalan Mursyidul

‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib

Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Dewan Himpunan

Penyokong PAS, Dato’ Setiausaha Agung dan seluruh Ahli Jawatankuasa Harian, Ahli-

ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah

Persekutuan, pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, NGO, seluruh para

perwakilan dan pemerhati, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekelian.

Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum, selamat datang dan selamat

bermuktamar, kepada semua para perwakilan dan tetamu yang memeriahkan Muktamar

Agung Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang julung kali bertandang ke Kuala

Selangor pada tahun 2015 ini. Marilah dengan penuh yakin kita memohon kepada Allah

SWT akan keberkatan dan fadhilat, serta pahala yang berlipat ganda daripada kelebihan

ribat fi sabilillah, kerana keyakinan terhadap dasar dan matlamat perjuangan kita.

Muktamar kita kali ini diadakan dalam suasana kita kehilangan murabbi parti dan ummah

yang begitu banyak jasanya kepada perjuangan Islam di tanah air kita, al-Marhum Tuan

Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malam 22 Rabiul Akhir 1436 Hijriah bersamaan 12

Februari 2015 yang baru sahaja berlalu. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh

beliau dan pimpinan serta ahli parti yang telah kembali ke rahmatullah agar ditempatkan

di kalangan para syuhada dan solihin. Al-Fatihah.

Page 2: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

2

MENGANGKAT TEMA MUKTAMAR

1. Marilah kita sama-sama menghayati dan memahami firman Allah SWT kepada

Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص dan umatnya yang beriman dan setia :

مرتكما فٱستقمينإلتركنو ا ول١١٢بصيرتعملونبماۥإنهتطغوا ولمعكتابومنأ ظلموا ٱلكم نلكموماٱنلارفتمس دونم ولا ءمنٱلل

ونلثمأ ١١٣تنص

(Beristiqamah kamu (wahai Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص) dan sesiapa yang bertaubat

bersama mu dan jangan sekali-kali kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia

(Allah) Maha Melihat apa-apa yang kamu amalkan. Dan jangan sekali-kali

kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu disentuh oleh

api neraka, dan tidak ada penolong bagi kamu selain Allah. Kemudian kamu

tidak diberi pertolongan)

2. Muktamar Agung Tahunan kali ke-61 pada tahun ini mengangkat tema

“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”. Istiqamah adalah bermakna

tetap berada di atas dasar, amalan dan perjuangan yang benar daripada Allah,

iaitu Islam yang sempurna, tetap dalam perkara prinsip dan anjal dalam

pelaksanaan di sepanjang zaman. Ianya bukanlah satu retorik untuk mencapai

kemenangan dunia yang sementara, tetapi yang paling besar ialah kemenangan

akhirat yang berkekalan.

3. Kemenangan adalah menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Islam

mempunyai konsepnya yang tersendiri mengenai maksud “kemenangan”, dan

ianya adalah berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi

serta fahaman lain. Kemenangan juga hendaklah dikaitkan dengan kemenangan

di akhirat yang merupakan kemenangan yang sebenar. Walaupun pejuang-

pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan

perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan.

Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam.

4. Marilah kita menghayati apa yang di firmankan oleh Allah SWT :

ها يأ ينٱي نصاركونو ا ءامنوا ل

ٱأ مريمبنٱعيسقالكمالل نصاري مننللحواري

هٱإلأ قاللل

نصارننلواريونٱهٱأ ا ئفةرامن فلل ن ط ءيلبن م هطوكفرتإسر يدناا ئفةر

ينٱفأ ىوا ءامنل ع

صبحوا معدو ه١٤ظىهرينفأ

Page 3: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

3

"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama)

Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-

pengikutnya yang setia: ""Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku

(untuk menegakkan agama) Allah?"" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata:

""Kami lah penolong-penolong agama Allah"", lalu segolongan dari Bani Israel

beriman dan segolongan (yang lain) kafir; maka kami berikan kekuatan kepada

orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka

menjadi orang-orang yang menang." [As-Sof : 14]

Firman Allah lagi :

ىبقونٱو لونٱلس و

نصارٱولمهىجرينٱمنل

ينٱول بعوهمٱل ٱرضبإحسىن ت عدوعنهورضوا عنهملل

أ

ى لهم نهىرٱتتهاتريجنبدا فيها خىلينل

ىلكأ ١٠٠لعظيمٱلفوزٱذ

"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara

orang-orang muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka

dengan baik, Allah rida kepada mereka dan mereka pun rida kepada Allah dan

Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di

dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan

yang besar." [at-Taubah : 100]

5. Tema “istiqamah” diangkat sekali lagi dalam muktamar kali ini bagi menegaskan

betapa pentingnya “istiqamah” dalam perjuangan Islam yang sangat mencabar,

sehingga ada yang terhenti di pertengahan jalan, ada yang tercicir dan

terpesong, dan sebilangan terus bersama dengan jemaah ini sehingga ke akhir

hayat mereka. Istiqamah inilah yang menjadi doa kita semua agar hidup kita

berakhir dengan husnul khatimah. Ingatlah apa yang dinyatakan oleh Allah SWT

:

قاصداوسفراقريباعرضاكنلو ة ٱعليهمبعدتولىكن تبعوكل ق وسيحلفونلش ٱب ستطعناٱلوللنفسهميهلكونمعكملرجنا

ٱوأ ىذبونإنهميعلملل ٤٢لك

"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah

diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu,

tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan

bersumpah dengan (nama) Allah: ""Jika kami sanggup tentulah kami berangkat

bersama-samamu"" Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah

Page 4: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

4

mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang

berdusta.” [at-Taubah : 42]

Istiqamah di atas prinsip dan dasar PAS 6. Ingin saya memperingatkan para hadirin sekelian, bahawa apa sahaja yang kita

bicarakan dalam memandu perjuangan ini hendaklah merujuk kepada panduan

yang menyeluruh dari al-Quran dan as-Sunnah, serta memahami bahawa PAS

adalah sebuah gerakan Islam yang mengambil jalur tarbiyah, dakwah dan siyasah.

Manakala Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi bagi PAS

adalah al-Quran, Hadis, Ijma’ Ulama dan Qiyas.

7. Inilah yang membezakan kita dengan suara demokrasi Barat yang melaungkan

slogan Suara Rakyat Suara Keramat, Hidup Rakyat, atau pun kita mengikut

kehendak rakyat yang jahil atas nama demokrasi, sehingga melanggar sempadan

Allah.

8. Maka Muktamar dan musyawarah kita adalah syura yang tidak boleh mengatasi

hukum tertinggi dalam perlembagaan PAS. Inilah pegangan PAS yang wajib

difahami dan dipegang oleh semua pimpinan dan ahli. Konsep ini tidak ada

pemisahan di antara ulama dan para ilmuan dalam apa jurusan sekalipun. Inilah

yang membezakan kita dengan pihak lain. Maka PAS wajib memelihara jati dirinya

sendiri dalam semua keadaan. Laksana ikan yang tidak menjadi masin, walau pun

berada dalam lautan masin yang luas mengelilinginya.

9. PAS menegakkan konsep demokrasi beraqidah Islam bertuhankan Allah Yang

Maha Esa. Bukan demokrasi barat yang bertuhankan manusia walau sebijak

mana sekali pun.

10. Kita ingin tegaskan sekali lagi pada hari ini, bahawa PAS tidak mengamalkan

konsep Teokrasi yang mempertuhankan ahli agama sebagai pencipta peraturan

dan dasar yang tidak boleh dipertikaikan. Kita menolak konsep teokrasi

berpandukan peringatan Allah.

ا ذو حبارهمٱترباباورهبىنهمأ

نأ دونم ٱلل

(Mereka jadikan para paderi dan pendita, tuhan-tuhan yang lain daripada

Allah).

Page 5: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

5

11. Golongan ahli kitab itu menjadikan para pendita dan rahib mereka sebagai

pembuat dasar yang bercanggah dengan hukum Allah serta mengadakan

hukum sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah. Firman Allah :

مؤا لهمأ نلهمشعوا شك ينم ذن لمماٱل

بهيأ ىلمإونبينهم لقضٱلفصلكمةولولٱلل يٱلظ

لمرعذاب لهم٢١أ

(Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (dilantik menjadi tuhan) kepada

mereka, yang berkuasa mengadakan hukum syariat dalam apa-apa perkara yang

tidak diizin Allah ,dan kalaulah tidak kerana adanya keputusan yang difirman

Allah, sudah tentu meraka sudah dihukum di kalangan mereka . Dan

sesungguhnya orang-orang yang zalim itu disediakan kepada mereka azab yang

sangat menyeksakan). [as-Syuura : 21]

Istiqamah menolong agama Allah 12. Istiqamah juga menjadi menjadi syarat mendapat pertolongan dari Allah SWT,

dengan kita berpegang kepada tiga prinsip yang utama :

i. Berpegang dengan Islam

ii. Tidak melampau

iii. Tidak terpengaruh dengan mereka yang zalim

13. Ketiga-tiga prinsip ini adalah bagi mencapai kemenangan yang luas berkekalan,

sepanjang dunia hingga akhirat. Memberi kebahagiaan bagi diri, keluarga dan

masyarakat. Kita mahu berjaya di dunia ini sehingga memerintah negara

berkebajikan terhadap rakyat dan mengurus alam, melalui pertolongan Allah Rab

‘Alamin. Firman Allah SWT :

ن ولنص همنٱلل إنۥ ينص ين٤٠عزيز لقوي ٱلل كإنٱل ىهمم رضفنقاموا ٱل

ةأ لوى وءاتوا ٱلص

ة كوى مروا ٱلزوأ ٱلمنكر عنونهوا ٱلمعروفب ىقبةولل مورع

٤١ٱل

(Dan Allah pasti menolong sesiapa yang menolong (agamanya) dan

sesungguhnya Allah itu Maha kuat Lagi Maha Perkasa. Orang-orang yang

kami berikan kepada mereka kuasa memerintah, mereka mendirikan

sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh kepada yang baik dan mencegah

Page 6: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

6

kemungkaran dan bagi Allah sahaja akibat (penentu kesudahan segala

perkara dengan ganjaran pahala dan balasannya).

14. Oleh itu, adalah tersangat penting untuk kita mengukuhkan keaslian jalan

tindakan kita dalam menegakkan Islam di tanahair kita ini. Islam yang kita bawa

pula adalah berteraskan Aqidah, Syariat dan Akhlak, dan tidak memisahkan

urusan dunia dengan agama. Islam yang sempurna sehingga mampu

menunaikan tugas dan matlamat kejadian manusia untuk : (1) Beribadah, (2)

Berkhilafah dan (3) Menunaikan amanah.

15. Hal ini menuntut kita berpegang kukuh di atas dasar, matlamat dan cara yang

benar, tanpa terpesong daripada landasannya, dengan cara dan adab yang

betul. Kita juga tidak boleh jumud atau melampaui batas, tidak terpesong ke

kanan atau kiri dan tidak berundur ke belakang, tidak juga melampau sehingga

terjerumus ke lembah yang membinasakan.

Istiqamah Mengukuhkan Kepimpinan Ulama, Mengangkat Peranan Professional 16. Islam ini dipelihara Allah dalam kitab al-Quran yang tidak boleh diselewengkan.

Sunnah Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص pula dijaga ilmu dan cara amalannya oleh para ilmuan

Islam yang dinamakan para ulama. Mereka perlu mewarisinya dengan benar dan

amanah, sebagaimana yang ditegaskan oleh sabda Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص :

ادرهاوالديناراي ور ثوالالنبياءإن,االنبياءورثةالعلماءوإن أفمنالعلمور ثواوإن خ .وافر بظ أخد أب و رواه ) ي داو ذ ه م والت رم ( وغير

(Sesungguhnya para ulama itu adalah para pewaris pusaka (peninggalan para

anbiya). Mereka (para anbiya) itu tidaklah meninggalkan pusaka mata wang

dinar (duit emas) dan dirham (duit perak). Sesungguhnya mereka

meninggalkan pusaka ilmu (daripada wahyu dan hikmah Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص. Maka

sesiapa yang menerimanya nescaya dia mendapat bahagian yang banyak).

17. Para Rasul yang menegakkan negara besar, seperti Nabi Daud A.S., Nabi

Sulaiman A.S. dan Nabi Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص, dan pengikut Rasul seperti Zulqarnain,

semuanya meninggalkan pusaka ilmu Islam yang dipelihara Allah. Mereka tidak

meninggalkan tamadun kebendaan seperti Namrud dan Firaun, supaya manusia

mengambil iktibar, dan bukannya berbangga dengan kesan jahiliyah itu.

18. Maka PAS meletakkan kepimpinan ulama bagi memelihara asas dan matlamat

Islam yang kukuh bersama warisan ilmu daripada hidayah Allah. Semua

keperluan yang lain yang menjadi urusan duniawi juga wajib beristiqamah di atas

Page 7: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

7

landasan Islam. Maka para ulama feqah mewajibkan kepimpinan berilmu Islam

yang mampu memahami nas dan mampu berijtihad dalam perkara yang tidak

ada nas dalam urusan dunia yang menjadi jambatan akhirat, sehingga tidak

terpesong daripada Islam.

19. Di zaman mutakhir ini, ijtihad perlu diwujudkan secara jama’ei (kolektif). Inilah

tujuannya diwujudkan Majlis Syura Ulama, yang menggabungkan para ulama

dalam berbagai bidang ilmu Islam daripada kalangan kepimpinan PAS sehingga

mampu mencapai tujuan nas dan berijtihad dalam perkara yang tidak ada nas.

Para ilmuan dalam jurusan yang lain wajib diambil kira kepakaran masing-

masing dalam membuat ijtihad.

20. Golongan profesional adalah tenaga yang sangat penting dalam parti,

sebagaimana pentingnya golongan ulama dan aktivis parti. Bahkan kita

menerima siapa sahaja yang ingin menyumbang kepada kemenangan Islam.

Jangan ada di kalangan kita yang terperangkap dengan mainan musuh yang

cuba memecahbelahkan kita dengan melontarkan slogan pengasingan antara

ulama dan profesional.

21. Sejarah PAS tersangat jelas, di mana kedua-dua golongan ini berganding bahu

menubuh dan menggerakkan PAS hingga ke hari ini. Gagasan kita jelas dalam

puluhan muktamar, bahawa kitalah yang menggerakkan usaha mengulamakkan

profesional dan memprofesionalkan ulama.

22. Para profesional dalam PAS telah dan secara berterusan memberikan

sumbangan kepada parti samada dalam bidang ekonomi, pembangunan dasar

dan polisi, strategi, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Kesemua ini

adalah mutiara indah yang menjadi khazanah berharga dalam PAS di atas

pengorbanan mereka untuk bersama memenangkan perjuangan Islam.

23. Sebenarnya tidak ada pemisahan di antara ulama dan profesional dalam bahtera

PAS. Apa yang berlaku adalah kita berdepan dengan tempias sekularisma yang

diwujudkan untuk penghalang kebangkitan Islam, yang cuba membolos ke dalam

saf gerakan Islam. Usaha sebegini dilakukan oleh musuh Islam di seluruh

pelusuk dunia, dengan mengambil kesempatan daripada kelemahan yang wujud

dalam saf kebangkitan Islam terkini. Maka di sana wujud kalangan yang mahu

menang secara cepat dan tergopoh-gapah, berjuang secara tasahul dan

tasyaddud.

24. Kalangan berjuang secara tasahul, ingin menceduk setiap perkembangan yang

berlaku daripada luar Malaysia, seperti Revolusi Islam Iran, AK Turki, Ikhwan dan

Hizbu al-Nahdhah di negara Arab, tanpa melihat perbezaan waqie’ di bumi

tempat kita berpijak. Sedangkan kita di tanahair ini telah jauh bergerak ke

Page 8: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

8

hadapan dalam matlamat memurnikan aqidah dan amalan masyarakat Islam ke

jalan yang tulen berbanding dengan suasana masyarakat di tempat rakan rakan

kita di luar sana. Mereka adalah rakan-rakan seperjuangan kita tetapi di bumi

yang berbeza dan waqie yang juga berbeza.

25. Manakala dari kalangan yang kedua pula iaitu ber tasyaddud, iaitu mahu

melaksanakan Islam dalam sekelip mata, atau menang secara cepat tanpa

pilihan raya seperti Taliban, al-Qaeda dan ISIS atau DAAISH. Kumpulan ini juga

melibatkan kalangan ulama dan ilmuan yang bersemangat Islam tetapi tidak

feqah dalam harakah Islamiyyah dan perlu dinasihati dan dibimbing.

HALATUJU PAS 26. Bagi mendepani berbagai mehnah, ujian, kekalahan dan kejayaan di sepanjang

perjalanannya pada waktu ini, ada tiga sudut yang ingin ditekankan dalam

halatuju PAS untuk tempoh setahun ini. Ianya adalah, (1) Istiqamah PAS dengan

dasar; sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini; (2) Mempertegaskan bahawa

PAS membawa mesej Islam, di mana semua urusannya berkait adalah dengan,

Islam; dan (3) Mengadakan semua pedekatan dengan pihak lain mengikut

panduan al-Quran dan Sunnah, seperti Tahaluf Siyasi, Ta’awun, Dialog dan lain-

lain.

Hubungan Semua Urusan dengan Islam

27. Al Quran meletakkan sifat mendapat kuasa untuk memerintah negara (Tamkin),

hendaklah berkonsepkan : Mendirikan sembahyang; di mana kepada kerajaan

Islam bukan sekadar mendirikan masjid dengan bangunannya sahaja, tetapi

juga meletakkan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan seluruh aspek

perlembagaan, undang-undang negara dan pengurusannya adalah sebahagian

daripada urusan agama yang termasuk dalam perhitungan dosa dan pahala.

ين ىهمإنٱل ن ك رضفمقاموا ٱل

ةأ لوى ةوءاتوا ٱلص كوى مروا ٱلز

وأ ٱلمنكر عنونهوا ٱلمعروفب ىقبولل ةع

مور٤١ٱل

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan

memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi

zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan

kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah

kesudahan segala urusan. (al-Haj : 41)

Page 9: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

9

28. Maka di sinilah penghujung wawasan yang menentukan kemenangan yang

besar sekiranya kita beristiqamah, bukan sekadar wawasan 2020 dan bukannya

berhenti sekadar di Putrajaya. Wawasan kita ialah kemenangan dunia yang dekat

dan kemenangan paling besar di akhirat. Inilah juga perbezaan kita dengan

semua pihak yang lain sama ada kawan atau lawan.

29. Generasi awal zaman keemasan umat ini telah menjadi contoh, bukan sahaja

mencapai kemenangan menegakkan negara di Madinah, selepasnya pula

mereka melakukan Futuhat Islamiyyah, di mana Islam yang dibawa bukan sahaja

menguasai wilayah yang luas bahkan membuka hati-hati manusia di negeri yang

diperintah oleh Islam. Kedatangan yang membezakannya dengan penaklukan

dan penjajahan. Bermakna kemenangan membawa rahmat dan adil terhadap

semua. Bukannya membalas dendam dan zalim. Kemenangan membawa

amanah bukannya mendapat peluang berkuasa semata-mata.

Pendekatan dengan pihak luar dari PAS

30. Sejarah PAS sejak dari tahun 1951 lagi, mencatatkan bahawa kita telah dan

sedang melaksanakan berbagai pendekatan yang dirujuk kepada panduan al-

Quran dan as-Sunnah sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam kita

menerokai siyasah. Maka kita melaksanakan Tahaluf, Ta’awun, Dialog, dan

berbagai pendekatan lainnya.

31. Aspek Tahaluf siyasi atau kerjasama politik adalah merupakan dasar yang telah

melalui satu perbincangan para ulama dan diterima oleh PAS sejak berpuluh

tahun lalu. Sejarah panjang perjuangan PAS meyaksikan bagaimana PAS telah

melakukan kerjasama politik dengan Parti Negara yang di asaskan oleh Dato

Onn Jaafar bila mana beliau keluar dari parti UMNO yang diasaskannya.

Demikian juga PAS menyertai Kerajaan Campuran dan BN selepas pergolakan

politik tahun 1969, Majlis Perunding Ekonomi Negara bersama Angkatan

Perpaduan Ummah 1990, bersama dengan PKR dan DAP tahun 1999 dalam

Barisan Alternatif dan kini bersama Pakatan Rakyat yang di asas pasca pilihan

raya umum 2008.

32. Sejarah ini membuktikan bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang tertutup, atau

juga bukan parti yang hanya menghafal hukum-hukum feqah semata-mata

sehingga tidak memahami waqie politik negara. Namun kesemua ini dilakukan

melalui kaedah - kaedah yang dibenarkan syarak dan syarat-syarat yang tidak

mengikat kita untuk membawa Islam. Perlu kita ingat, bahawa apa sahaja

Page 10: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

10

persepakatan yang mengikat PAS untuk meninggalkan perjuangan dan agenda

Islam yang dibawa adalah tidak boleh diikuti sama sekali.

33. Sepanjang sejarah tahaluf dan lain-lain, kita sering memperingatkan pimpinan

dan ahli agar memelihara batas tahaluf, menjaga prinsip dan dasar perjuangan,

memelihara ketaatan kepada parti agar tidak terlalu ghairah sehingga

meninggalkan prinsip dan dasar perjuangan. Allah Taala menguji kita dengan

sedikit kemenangan, namun jangan kita terlalai dengan kemenangan sehingga

lupa amanah untuk menegakkan agama dan memastikan dunia diurus tadbir

dengan peraturan agama.

34. Maka sebagaimana yang berkali-kali diperjelaskan sebelum ini, bahawa PAS

melaksanakan tahaluf siyasi bersama PR ini adalah dalam perkara-perkara yang

dipersetujui bersama, seperti - menentang kezaliman, rasuah, ketirisan,

urustadbir telus dan lain - lain yang menjadi titik pertemuan. Agenda ini kita

rangkakan sebagai panduan, sebagai perkara yang dipersetujui dalam Polisi

Bersama PR.

35. Manakala perjuangan yang menjadi agenda yang berbeza yang sudah tentunya

tiada dalam Polisi Bersama, adalah menjadi perjuangan parti masing-masing.

Sebab itulah, walaupun kita tahu parti kawan kita adalah memperjuangkan

perlembagaan sekular, yang tentunya sangat bercanggah dengan dasar PAS,

tetapi PAS tidak pernah meminta mereka mengkaji dan membawa dasar sekular

ini dalam perbincangan. Apatah lagi kita tidak pernah mencampuri siapa yang

patut atau tidak patut berada dalam kepimpinan parti masing-masing, walau kita

diserang siang dan malam.

36. Oleh yang demikian, PAS akan terus dan tetap melaksanakan Tahaluf Siyasi

bersama Pakatan Rakyat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan panduan

al-Quran dan as-Sunnah. Tentunya dalam masa yang sama kita wajib berhati-

hati dengan peringatan Allah SWT dalam al-Quran; yang sangat jelas

peringatannya; firman Allah SWT :

ىفرينٱلمؤمنونٱيتخذل ولا ءلكىلكيفعلومنلمؤمنيهٱدونمنأ ٱمنفليسذ ء فلل نل إش

أ

ىة منهمتتقوا ركمتقى ٱويحذ ٱإولۥ نفسهلل ٢٨لمصيٱلل

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi

teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa

yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat

perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga

diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan

Page 11: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

11

Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya

(menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.

MEMBANGUN NEGARA MALAYSIA

Menentang kezaliman dengan pendekatan demokrasi

37. PAS memilih pendekatan muwajahah silmiyyah melalui proses demokrasi yang

tidak melampau dan hanyut, menentang pemimpin yang menyalahgunakan

kuasa, kedudukan, rakyat dan harta. Perjuangan kita berkonsepkan hadis

Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص :

،رسوليقالوا:مظلوماأوظالماأخاكانصر االل ظالما؟ن نصرفكيفما،مظلون نصرهقال: (البخاري.) يديهف وقتخ

(Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Mereka berkata: “Wahai

Rasulullah !, yang dizalimi ini kami menolongnya, bagaimana pula menolong

yang zalim”. Sabdanya: “Pegang tangannya supaya jangan berlaku zalim”).

38. Kita menentang kezaliman itu dengan memberi nasihat yang diberi kelebihan

Jihad Akbar. Tegasnya sabda Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص :

أفضلالهادكلمةعدل عندسلطان جائر "رواأبوداود،والرتميوقال:حديث حسن

(Jihad paling afdal ialah ucapan menegakkan yang adil di hadapan pemerintah

yang zalim).

39. Inilah pendekatan yang wajib dilaksanakan dalam masyarakat Islam di tanahair

sendiri yang tenggelam dalam kejahilan setelah mengalami kesan penjajahan,

sehingga meletakkan Islam tidak berkuasa memimpin dengan istiqamah.

Keadaannya sangat berbeza dengan suasana menghadapi musuh luar yang

menceroboh tanah air. Kewajipan kita ialah membetulkan pemimpin dan rakyat

supaya kembali kepada Islam dengan beristiqamah.

40. Maka pendekatan demokrasi adalah paling aslah bagi kita, walau pun masih

banyak kepincangan dan kecacatan yang menyulitkan kita untuk mencapai

kejayaan dengan cara yang baik. Ini adalah kerana kejahatan wujud dengan

Page 12: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

12

berlesenkan demokrasi yang tidak adil. Antara kezalimannya ialah, keadaan

demokrasi tempang tanpa hak media, pembahagian kawasan pilihanraya yang

menzalimi PAS secara khusus, tidak beramal dengan konsep Federalisma yang

lebih demokratik, khusus terhadap kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

41. Maka kita wajib beristiqamah menentang kezaliman ini, tanpa melakukan

perkara yang zalim juga terhadap rakyat dengan tindakan-tindakan yang

melampaui batas yang diajar oleh Islam. Atau melakukan perkara yang memberi

pulangan mudarat yang lebih besar. Inilah makna pelaksanaan Feqah

Aulawiyyat yang sebenar.

Membela masyarakat peneroka dan luar bandar

42. PAS merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Felda, Generasi Kedua

dan Ketiga yang telah menunjukkan isyarat jelas dalam PRK Rompin baru- baru

ini. Pencapaian yang boleh dibanggakan hasil kerja keras seluruh ahli dan

pimpinan parti, bagi mengangkat martabat warga Felda. Isu yang melibatkan

kebajikan dan hak warga Felda seperti kadar Gred Perahan, kos Tanam Semula

yang begitu tinggi, isu Koperasi Permodalan Felda (KPF), serta kedudukan

saham FGV yang kini menjunam hampir sekali ganda menambahkan lagi

bebanan kepada warga Felda.

43. Termasuklah isu Perumahan Rumah Generasi Kedua dan Ketiga yang gagal

disediakan, manakala yang telah dibina pula tidak mampu dibeli oleh mereka.

Kerajaan sepatutnya mengatasi masalah mereka dan bukannya menambah

bebanan mereka.

44. PAS juga kesal kerana kerajaan gagal menunaikan tanggungjawab untuk

mengganti Tanah Rezab Melayu yang telah digunakan bagi tujuan

pembangunan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara.

Begitu juga kampung tradisi dan Peneroka Bandar, samada tanah yang

mempunyai hak milik atau bersifat sementara (Tol) turut menjadi mangsa

seperti Kampung Abdullah Hukum, Kerinci, Kampung Chubadak Tambahan dan

Puah Seberang.

45. Kesemua isu-isu yang melanda masyarakat peneroka dan rakyat ini, menuntut

supaya PAS melipat gandakan usaha untuk membela dan membantu golongan

yang dizalimi ini. Sasaran kita biarlah jelas, kerana kita bukan bermusuh dengan

institusi Felda atau mana-mana institusi yang lainnya, dan kita juga tidak

bermusuh dengan mana-mana kakitangan institusi ini, tetapi kita menggempur

dasar yang menekan rakyat, bersama pimpinan BN yang tidak bersifat amanah

Page 13: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

13

ini. Felda adalah hak rakyat negara ini yang perlu diperbetulkan kaedah

pengurusannya.

Mengolah Masyarakat Majmuk 46. Beristiqamah dengan Islam membolehkan kita menyelesaikan masalah

masyarakat majmuk. Masalah masyarakat majmuk ini dipaksakan oleh penjajah,

kerana berbagai kaum yang datang dipaksa oleh penjajah menjadi hambanya,

namun secara kebetulannya inilah mesej Islam yang wajib kita sampaikan.

Syaratnya bukan sekadar kita telah berjaya menghalau penjajah itu, kita juga

wajib membebaskan diri daripada belenggu ideologi dan sistem yang

ditinggalkan penjajah itu, serta membebaskan seluruh manusia dengan cara dan

pendekatan Islam. Mengapa dibiarkan kapitalis, sosialis, komunis, pragmatis

yang asing daripada kaum dan bangsa Asia ini membawa perjuangan mereka

ke sini ?.

47. Mesej ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya Islam diberi peluang mentadbir

negara, bukan sekadar menumpang pihak lain yang tidak memberi ruang supaya

Islam dilaksanakan, tetapi hanya menjadi alat atau tangga, atau kuda

tunggangan menjulang kemenangan tanpa istiqamah.

48. Islam menjadikan manusia seluruhnya adalah satu keluarga yang berasal

daripada seorang bapa dan seorang ibu, Adam dan Hawa. Firman Allah :

ها يأ نخلقنىكمإناٱنلاسي نثىذكر م

كرمكمإنعارفو ا لوقبا ئلشعوباوجعلنىكموأ

عندأ ٱلل

ىكم تقىإنأ ١٣خبيرعليم ٱلل

(Wahai manusia ! ; Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada

seorang lelaki dan seorang perempuan, berbangsa-bangsa dan bersuku kaum,

supaya kamu berta’aruf, dan yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah

ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui

berkenaan diri kamu Lagi Amat Berpengetahuan berkenaan urusan kamu).

49. Maka kewujudan masyarakat majmuk dalam negara kita ini mestilah diolah oleh

PAS supaya ianya memperkuatkan negara kita ini. Oleh yang demikian, kita perlu

juga melihat masyarakat majmuk ini dari kacamata dakwah yang menjadikan

mereka sebagian mad’u kita, bukan hanya dari kacamata politik semata-mata.

Page 14: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

14

Kita hidup dalam rumpun berbagai kaum, bangsa, agama; yang wajib berta’aruf,

kerana berasal daripada Adam dan Hawa.

50. Islam membawa konsep tidak ada paksaan dalam agama walaupun diwajibkan

berdakwah kepada seluruh manusia, dan wajib berlaku adil terhadap semua,

memberi hak menganut agama dan beramal dengan ajarannya oleh

penganutnya. Semuanya ini ada kaedah dan feqahnya mengikut Islam. Firman

Allah :

ها يأ يني ىميكونوا ءامنوا ٱل قو شهدا ءلل قوم انشنيرمنكمولٱلقسط ب ع ل

لوا ٱعدتعدلوا أ

قربهوهأ ٱتقوا وللتقوىى إنٱلل ٨تعملونبماخبي ٱلل

(Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang

menegakkan keadilan yang disaksikan menjadi contoh, dan janganlah dengan

sebab permusuhan kamu terhadap sesuatu kaum sehingga menyebabkan

kamu tidak berlaku adil. Kamu wajib berlaku adil kerana ia lebih hampir kepada

takwa. Bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-

apa yang kamu kerjakan)

Membina Pendidikan dengan acuannya

51. Pendidikan adalah acuan pembangunan manusia dengan ilmu, namun

hendaklah mengikut acuan Allah pencipta alam semesta. Makhluk manusia ini

difitrahkan kejadiannya dengan sifat-sifat berjasad, roh dan akal, secara individu,

berkeluarga dan bermasyarakat. Maka mereka diwajibkan beribadah kepada

penciptanya, berperanan di alam bumi bagi memakmurkannya (Khilafah), dan

wajib menunaikan amanah menegakkan syariat adil membawa rahmat dengan

beriman dan akhlak.

52. Acuan pendidikan manusia mengikut acuan Islam, wajib merangkumi segala

aspek fitrah kejadian dan peranannya di alam dunia ini. Sebagaimana jawapan

Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص kepada soalan malaikat Jibril berkenaan Islam, Iman dan Ihsan. Ini

adalah acuan Allah supaya pendidikan manusia itu merangkumi Aqidah (Iman),

Syariat (Islam) dan akhlak (Ihsan) iaitu lah membangun jasad, roh dan akal. Inilah

yang perlu dijadikan dasar pendidikan oleh pihak kerajaan supaya pendidikan

awal ini melalui proses acuan yang menekankan aqidah, syariat dan akhlak.

Page 15: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

15

53. Acuan ini telah berjaya melahirkan manusia generasi awal di tanah Arab yang

tidak ada sumber ekonomi, dan tanpa tamadun duniawi yang dijadikan rukun

kemajuan terkini, tetapi telah berjaya memimpin dunia dengan iman dan amal

soleh yang menjadi syarat kemenangan yang dijanjikan oleh Allah.

54. Kini pula kita menyaksikan kemusnahan tamadun barat yang beracuannya

sendiri. Adapun kita masih lagi meminjam dan melaksanakan acuan pendidikan

yang sama. Akibatnya ialah menerima hasil pemimpin dan masyarakat yang

sedang dirasai bahang kemusnahannya juga. Inilah yang perlu diperbetulkan

dalam negara kita ini.

55. Apa yang kita lihat sedang berlaku sekarang ialah, anak-anak kita dan guru

menjadi bahan ujikaji pelaksanaan kaedah-kaedah baharu yang ingin dijalankan

oleh pihak kerajaan tanpa persiapan prasarana yang benar mencukupi, bertukar

ganti dasar apabila menterinya bertukar. Akibatnya murid dan guru dibebankan

dengan kerja, yang akhirnya menyebabkan tugas sebagai pendidik akan terjejas.

Ekonomi negara

56. Kebanyakan kita hanya mengenali dua mazhab ekonomi dalam mengurus

negara dan rakyat, serta sumber hartanya. Pertama, mazhab Liberal Kapitalisma

yang lebih berpihak kepada segelintir kroni golongan kaya raya dan kedua,

mazhab Sosialisma dan pecahannya seperti komunisma yang kononnya

berpihak kepada rakyat tertindas (pekerja dan petani) tetapi menzalimi golongan

kaya yang patut membantu kejayaan ekonomi yang adil.

57. Mereka tidak tahu bahawa Islam adalah berbeza dengan semuanya, kerana

Islam tidak menjadikan kebendaan sebagai dasar dan matlamat. Islam

meletakkan manusia adalah modal ekonomi yang sangat penting. Modal insan

ini hendaklah dibangun mengikut segala aspek fitrahnya, roh, jasad, individu,

keluarga dan masyarakat. Beracuankan Islam daripada Allah, yang telah

menetapkan juga perkara-perkara aqidah, syariat dan akhlak dalam aspek

ekonomi sehingga tidak berpisah di antara satu sama lain.

58. Negara Malaysia tanahair kita ini berada di atas bumi yang subur dan bersumber

di dalam perutnya hasil mahsul yang banyak, di mana Bank Dunia mengiktiraf

Malaysia sebagai antara negara yang terkaya dari segi sumber per kapita

rakyatnya. Tetapi hasil yang banyak ini tidak befungsi sebagaimana sepatutnya.

Ini semua adalah kerana kita membentuk manusia yang bertuhankan harta

benda dan berlumba sekadar mengisi perut tanpa makanan roh dan akal, di

Page 16: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

16

mana kekayaan berlegar di kalangan pihak pemodal kaya-raya, ditambah pula

dengan wujudnya kepincangan tadbir-urus dan tata-kelola kepimpinan negara.

59. Lihatlah bagaimana pengurusan ekonomi yang adil, berakhlak dan berkat,

sebagaimana contoh Raja yang adil Zulqarnain yang menolak cukai yang hendak

diberikan kepadanya oleh kaum yang lemah, sebagaimana yang dinyatakan

dalam al-Quran :

جوجإننيٱلقريىذاقالوا جوجيأ

رضفمفسدونومأ

خرجالكنعلفهلٱل نع

ننابيتعلأ

اوبينهم ماقال٩٤سد ن فيهمك عينونخيررب

ة فأ جعلبقو

٩٥ردماوبينهمبينكمأ

(Mereka berkata :” Wahai (Raja) Zul Qarnain sesungguhnya kaum Yakjuj dan

Makjuj melakukan kejahatan dalam negeri kami. Adakah kami bayarkan cukai

kepadamu supaya kamu dirikan kota pertahanan yang menghalang musuh” .

(Zulkarnain menjawab) : ”Apa yang Tuhan kurniakan kekuasaan kepada ku

lebih baik lagi (tidak perlu membayar cukai itu). Tolong sahaja dengan tenaga

kerja yang kuat, nescaya aku dapat dirikan kota yang teguh boleh menghalang

serangan mereka terhadap kamu“.

60. Manakala Raja Sulaiman A.S. pula menolak rasuah, sebagaimana yang

dinyatakan dalam al-Quran :

ا وننقالسليمىنجا ءفلم تمدىنفما بمال أ ۦءاتى ا خيرٱلل م ىكم م نتمبلءاتى

٣٦ونتفرحبهديتكمأ

Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman,

berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): Tidaklah patut kamu memberikan

kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah

kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan

aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang

bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau

yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah). [an-Naml : 36]

61. Negara yang kita idamkan ialah yang ditegakkan di atas hidayah daripada Allah

yang dijamin keteguhannya, bukan negara jibayah yang bergantung dengan

cukai daripada rakyat dan membeli rakyat. Negara inilah yang menerima janji

Allah :

Page 17: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

17

نولوهلأ

قوا وءامنوا ٱلقرىأ نبركى عليهملفتحناٱت ما ءم رضوٱلس

بوا ولىكنٱل خذنىهمكذ

فأ

٩٦يكسبونكنوا بما

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta

bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan)

yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka

mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa

disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

62. Sekiranya kita meneliti perspektif ekonomi dalam negara ini, kita akan dapati

bahawa berbagai perancangan dan dasar dikemukakan oleh Kerajaan BN yang

memerintah sejak puluhan tahun. Antaranya ialah Bajet Tahunan, Dasar

Ekonomi Baru (DEB) sejak 1971 hingga 1990, Dasar Pembangunan Nasional

(1991-2000) dan Dasar Wawasan Negara (2001-2010). Kemudianya, Dasar

Transformasi Negara dan terkini pembentangan Rancangan Malaysia ke-11.

Marilah kita dengan secara ikhlas membuat ukuran dan menilai pencapaian

dasar-dasar ini secara adil dan berani, dengan berdasarkan kepada apa yang

dikatakan oleh pihak ketiga, iaitu mereka yang lebih pakar dan sememangnya

menumpu perihal kajian ekonomi dan kewangan negara.

63. Antaranya, sekumpulan penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa

merakamkan dalam laporan kajian mereka (Fairness, Competition &

Development – Foundation for A Social Market Economy in Malaysia, 2012),

bahawa ‘sejarah pembangunan sosio-ekonomi Malaysia adalah satu yang

bersifat ‘pencapaian agak rendah secara relatif atau perbandingan’. Sementara

indikator pertumbuhan ekonomi dan sosial kita, mendahului negara-negara jiran

seperti Thailand, Filipina dan Indonesia, tetapi negara seperti Korea Selatan,

Singapura, Taiwan dan Hong Kong telah jauh meninggalkan dan mengatasi

prestasi ekonomi Malaysia sejak 1980an.

64. Lihatlah contohnya Korea Selatan yang mempunyai ‘pendapatan per kapita’

(GNI per capita) pada tahun 1970 sebanyak USD$270, di mana rakyat di negara

Malaysia ketika itu mengecapi pendapatan per kapita sebanyak USD$470

(mengikut data World Bank Atlas Method). Pada tahun 1980, Korea Selatan

telah hampir menyaingi Malaysia. Korea Selatan telah meningkat kepada

US$1,810 yang tidak jauh di belakang US$1,820. Namun, ketika Malaysia

disajikan dengan pelbagai program dan dasar-dasar pembangunan, Korea

Selatan terus memacu pertumbuhan per kapita rakyatnya. Pada tahun 2011,

Page 18: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

18

Korea Selatan terus memecut pertumbuhan per kapita rakyatnya sebanyak

USD$20,870 sementara Malaysia terus berada di paras “Perangkap

Pendapatan Sederhana” dengan hanya mampu mencapai USD$8,420 masih

hampir 3 kali ganda ketinggalan.

65. Lebih mengaibkan lagi adalah negara-negara umat Islamlah yang tercicir dan

terkebelakang dari segi tata-kelola dan tadbir-urus negara termasuklah gejala

dan amalan rasuah serta penyalahgunaan kuasa penguasa politik negara.

66. Kita ingin mengingatkan kepimpinan negara supaya tidak hanya bermegah

membentang dasar demi dasar, program demi program. Saya bersedia

mengakui bahawa sebahagian dasar-dasar dan program-program ini adalah

baik kerana dibuat oleh pihak birokrat negara yang sejak dulu sememangnya

hebat dan kompeten, kerana mereka terdiri dari pemikir-pemikir anak watan

yang terpelajar dan terlatih.

67. Unit Perancangan Ekonomi (EPU) adalah think-tank kerajaan sejak dahulu telah

memerah otak fikiran mereka untuk menghasilkan kajian dan penyelesaian

terhadap pelbagai kemelut dan gejala ekonomi yang serba bersimpang-siur dan

pelbagai tuntutan yang saling bersilang dalam sebuah masyarakat majmuk

berbagai kelas ekonomi.

68. Hari ini mereka sedikit diketepikan kerana kecenderungan kerajaan untuk

memberikan kepada ‘konsultan atau perunding luar’ yang dibayar secara mewah

sekaligus meminggirkan pakar-pakar tempatan dalam persiapan pelbagai kajian

sosial, pendidikan, kesihatan dan pembangunan ekonomi. Ini sangat malang

dan amalan ini harus dihentikan.

69. Maka seandainya kepimpinan negara tidak komited untuk benar-benar

menghayati tuntutan Allah dan Syariat sebenar, khasnya dalam pembangunan

ekonomi dan pengurusan kewangan, kesemua matlamat pembangunan ini akan

tersasar.

70. Terkini, hampir-hampir seluruh urusniaga dan pengurusan kewangan 1-

Malaysia Development Berhad (1-MDB) adalah lambang segala kekalutan dan

kecurangan pengurusan kerajaan BN.

71. Bermula sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) yang berhajat untuk

mencagar wang royalti Terengganu dan kemudian bertukar menjadi 1-MDB,

selepas 6 tahun penubuhan (2009) dan operasinya, apa yang dapat ditunjukkan

hanyalah timbunan hutang ke paras RM42bilion ! . Manakala Aset RM 50 bilion,

gagal menjana aliran tunai positif.

Page 19: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

19

72. Kerajaan juga tidak wajar memangsakan simpanan rakyat dan dana rakyat

dalam apa jua tabung sekalipun samada KWSP, KWAP, LTAT, TH dan

sebagainya. Cubaan untuk menggunakan dana Tabung Haji telah mencetuskan

amarah ummat Islam khasnya dan rakyat seluruhnya kepada pihak kerajaan BN.

Skandal demi skandal berulangan walaupun pimpinan negara bertukar;

setengahnya sudah ditelan sejarah seperti isu BMF, Perwaja, Maika Holdings,

PKFZ dan berbagai lagi.

73. PAS sekali lagi menekankan bahawa sebuah kerajaan yang dimandat rakyat,

mestilah bertanggungjawab menunaikan amanah dan harapan rakyat ini. PAS

memahami sebuah pemerintahan itu, antara tugas utamanya adalah terangkum

dalam seperti ditegaskan dalam Surah Hud, ayat 61:

خاهمثمود۞إولىٱعبدوا ٱيىقومقالصىلحا أ نلكممالل كمهوۥهغيهإلىه م

نشأنأ رضٱم

ل

إنإله توبو ا ثمستغفروهٱففيهاستعمركمٱو يبرقريبررب ٦١م

Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Dia

berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan

bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan

bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun

kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat

dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa

memperkenankan permohonan hambaNya (Hud : 61)

HAK PELAKSANAAN SYARIAT

74. Usaha mendaulatkan syariat ini terus diperjuangkan sejak awal oleh PAS.

Bacalah kembali apa yang pernah disebut oleh pimpinan PAS yang telah

meninggalkan kita. Prof Zulkifli Mohamed mengungkapkan pada tahun 1956 :

“Kita (PAS) adalah umat Islam, dengan sebab itu kita ingin melihat

hukum-hukum Allah dapat dilaksanakan di bumi Allah ini..”.

Manakala Dr Burhanuddin al-Helmy menyebut dalam Ucapan Dasar Yang

DiPertua Agung Pas pada 24 Ogos 1957 :

“… kemerdekaan bangsa dan nusa sepenuhnya belumlah lagi ber arti

tercapainya cita-cita PAS, dan belumlah dihitungkan telah merdeka

sepenuhnya, melainkan setelah berjalan hukum-hukum Islam pada orang

Page 20: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

20

seseorang, masyarakat dan negara, barulah tercapai kemerdekaan yang

dicita-citakan oleh PAS”.

75. Maka adalah tidak benar sama sekali pandangan pihak yang tidak memahami

sejarah dan dasar perjuangan PAS, bahawa PAS bersikap gopoh dalam

mengambil langkah ke arah pelaksanaan syariat Allah SWT ini. Lihat sahajalah

bahawa kita sangat beransur dalam tindakan (tadarruj), di mana PAS bercakap

dari tahun 1950an lagi, hanya meggubal dan diluluskan enakmen pada tahun

1993, iaitu setelah berlalu 40 tahun lebih dan generasi pula telah berubah

bertukar ganti. Sejak dari tahun 1990an, PAS dan Kerajaan Kelantan

mengadakan perbagai kempen, seminar, dialog, perbincangan pakar dan lain

lain, tanpa melaksanakan enakmen itu sama sekali kerana kita menyedari akan

kekangan yang wujud. Kepada mereka yang tidak memahami ini, jangan dibaca

sejarah PAS hanya dari tahun 1990 ataupun tahun 1999.

76. Setelah lebih 20 tahun pula berlalu selepas enakmen ini diluluskan

(menjadikannya lebih dari 60 tahun langkah-langkah diambil oleh PAS), maka

kita lihat ada ruang kecil boleh dilakukan untuk mengangkat taraf mahkamah

syariah yang kini hukuman di Mahkamah Tinggi Syariah pun adalah jauh lebih

rendah dari Mahkamah Rendah (Sivil), maka kita mengambil langkah proaktif

untuk membawa pindaan Akta 355 [Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa

Jenayah) 1965]. Itupun hanya untuk kesalahan rotan, denda dan penjara sahaja;

untuk meningkatkan hukuman kesalahan syariah supaya tidak tertakluk kepada

hanya 3 tahun penjara, denda maksima RM5000 dan 6 kali rotan sahaja

sebagaimana pada waktu ini.

77. PAS menghadapi isu pelaksanaan syariat Islam ini sebagai satu senjata menolak

Islam sejak zaman penjajah lagi. Namun kita menangani semua persoalan ini

secara demokrasi bermula dengan pendekatan ilmu sehinggalah mencetuskan

kesedaran melaksanakan undang-undang syariat yang dikemukakan oleh

kerajaan negeri Kelantan. Pelaksanaan syariat ini, bahkan isu peningkatan taraf

hukuman untuk kesalahan syariah pula adalah hak orang Islam yang wajib

diperkukuhkan sesuai dengan Islam sebagai agama Persekutuan.

78. Kerajaan Kelantan pimpinan PAS wajib mengusahakan agenda ini kerana

desakan umat yang sudah ingin kembali kepada Islam, kerana Islam menjadi hak

setiap penganutnya dan manusia yang mahu melihatnya. Masyarakat pula

dilanda wabak jenayah dan keruntuhan akhlak yang tidak terkawal oleh undang-

undang ciptaan manusia. Ketepikan mereka yang degil melawan Allah walaupun

tenggelam bersama tanda kemusnahan.

Page 21: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

21

79. Allah pernah berfirman kepada Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص ketika menghadapi kumpulan

seperti ini di zamannya:

ننزلبما بينهمٱحكموأ

أ هوا ءهمتتبعولٱلل

نٱحذرهموأ

نزلما بعضعن يفتنوكأ

أ إنفإلكهٱلل

مالمٱعفتولوا نيريدأ نٱلل

نكثياإونذنوبهم ببعضيصيبهمأ ٤٩لفىسقونٱنلاسم

(Dan hendaklah kamu berhukum di kalangan mereka dengan apa yang telah

diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dan

berwaspada terhadap mereka daripada godaan terhadapmu supaya

meninggalkan sebahagian daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah

kepadamu. Maka sekiranya mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah

hendak mengenakan ke atas mereka dengan sebab sebahagian daripada dosa-

dosa mereka. Dan sesungguhnya ramai daripada kalangan manusia itu orang-

orang yang fasik).

80. Maka PAS menolak mereka yang tidak mahu memberi jalan kepada pelaksanaan

Islam atau Islamnya tidak istiqamah di atas konsep adil terhadap semua. PAS

juga menolak kalangan bercita-cita untuk membalas dendam terhadap mereka

yang dianggap musuh, kerana kita diajar oleh Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص menjadi penyelamat

kepada seluruh manusia. Maka inilah perbezaan kemenangan Islam dengan

revolusi barat dan timur yang banyak mengorbankan nyawa, mencabul maruah

dan harta kerana membalas dendam.

81. Kita hendaklah membezakan PAS dengan kalangan yang mahu melaksanakan

Islam tanpa feqahnya menyebabkan wajah Islam dirosakkan kerana tidak

mengikut tasawurnya dengan istiqamah. Jangan siapa yang menyekat

perjuangan kita atau memesongkan perjalanan kita secara berterangan atau

menipu helah dengan cara mengikat PAS supaya tidak bergerak ke hadapan

dalam membawa agenda Islam.

MENGUKUHKAN ORGANISASI PAS

82. Organisasi dalaman PAS mestilah bergerak seiring untuk diperkukuhkan dengan

diberi suntikan baharu dalam merancang dan melaksanakan gerakerja.

Penyelarasan bersama untuk merangka gerakerja antara Lajnah-Lajnah di

peringkat Pusat dan Negeri-Negeri perlu dilakukan agar kita dapat

memaksimakan gunatenaga ahli parti.

83. Penumpuan khusus menerokai negeri Sabah dan Sarawak secara intensif akan

dilakukan nanti, terutamanya dalam aspek dakwah, diikuti tarbiyah

Page 22: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

22

memperkukuhkan kefahaman ahli dan persediaan berdepan dengan politik

pilihanraya di Sarawak dalam tempoh dua tahun akan datang ini.

Dakwah

84. Sehubungan dengan itu juga, gerakerja dakwah yang menjadi tugas yang

penting di era kepimpinan ulama ini perlulah dipertingkatkan, terutama di luar

bandar, kawasan orang asal, kawasan kepadatan penduduk tinggi di pinggir

perbandaran, dan di kalangan generasi muda yang disebut sebagai Gen-Y.

Bahkan aktiviti dakwah jalanan yang dijalankan juga adalah sangat baik dan

perlu diteruskan.

85. Proses dakwah kita mestilah meliputi semua golongan, kerana kita mesti

menjadi agen penyelamat ummah. Lantaran itu semua ruang dan peluang yang

ada mesti dimanfaatkan semaksima mungkin. Aktiviti dakwah kepada golongan

bukan Islam mestilah dipertingkatkan. Perkembangan teknologi maklumat dan

capaian media baru mesti dipenuhi oleh info yang berguna dan bermanfaat. Para

daei juga mestilah meningkatkan kemahiran, ilmu pengetahuan serta

keterampilan dengan akhlak Islamiyah.

Tarbiyah

86. Pemuda dan pemudi dalam parti, mestilah sentiasa beristiqamah meneruskan

gerakerja kebajikan dan kemasyarakatan, sehingga mampu menjadi contoh

yang dikagumi oleh masyarakat. Aktiviti tarbiyah mesti dirancakkan, terutama

kepada ahli dan medan baharu di kalangan masyarakat awam. Program khusus

menjelaskan tentang dasar parti, dan pengisian fikrah perjuangan PAS mesti

dilaksanakan dengan segera kepada semua ahli baharu parti. Usrah disemua

peringkat terutamanya di Negeri, Kawasan dan Cawangan mestilah digerakkan,

dan dijadikan satu agenda penunjuk prestasi (KPI) dalam mesyuarat Cawangan,

Kawasan dan Negeri.

87. Kaedah untuk mentarbiyah, berurusan dan menarik generasi muda yang dikenali

sebagai Gen-Y ini mestilah tanpa kita meninggalkan asas dasar PAS, bukannya

kita mengikut mana-mana kehendak mereka yang bersalahan dengan panduan

al-Quran dan as-Sunnah semata-mata untuk memenangi hati mereka. Di sinilah

letaknya peranan tarbiyah, bukan sekadar ilmu, bahkan ilmu bersama iman,

kemampuan beramal dan berakhlak. Bukan sahaja untuk kemenangan,

Page 23: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

23

termasuk juga memenuhi syarat kemenangan dan mengisi kemenangan selepas

mencapainya.

Ulama - Pemuda - Muslimat

88. Golongan ulama di seluruh peringkat dalam PAS, mestilah senantiasa bersedia

dengan ilmu dan kefahaman yang sentiasa di pertingkatkan dalam berdepan

dengan cabaran baharu yang sangat hebat pada masa kini. Kita bukan sahaja

mesti memahami kitab-kitab Turath yang menjadi khazanah ilmu Islam, tetapi

dapat membaca – menganalisa - menjelaskan kefahaman baharu sebagai suatu

tajdid untuk membawa umat ini ke hadapan, berpandukan kepada panduan al-

Quran dan as-Sunnah itu sendiri.

89. Ulama - Pemuda - Muslimat perlulah juga proaktif dalam mengemukakan

penyelesaian masalah semasa yang wujud hasil dari zaman yang terus

berkembang, terutamanya dalam zaman tanpa sempadan ini. Masyarakat

menunggu sesuatu penyelesaian Islam yang selalu disebut oleh kita sebagai

satu cara hidup. Zaman kita hanya berucap tanpa memgemukakan apa-apa

penyelesaian yang berpijak di alam nyata ini sebenanrya sudah berlalu.

90. Hubungan yang proaktif dengan NGO yang tidak menentang Islam dan

mendampingi masyarakat awam mestilah menjadi agenda ketiga-tiga Dewan ini

agar penyelarasan kefahaman dan tindakan dapat dilaksanakan dengan efektif.

91. Kepada seluruh ahli PAS, kita semua mempunyai tanggungjawabnya tersendiri

sebagaimana yang disebut dalam Perlembagaan parti. Bermakna PAS wajib

menyediakan ahlinya sebagai ‘Aamilin dan Du’aat yang berjati diri mengikut

acuan Allah.

92. Marilah kita semua menjadi ahli PAS yang menyempurnakan sifat atau ciri-ciri

kumpulan Islam yang dapat memenuhi syarat dijanjikan kemenangan oleh Allah

:

وعد ينٱلل ىلحى وعملوا منكمءامنوا ٱل رضفليستخلفنهمٱلصينٱستخلفكماٱل بلهمقمنٱل

ن يدينهملهمولمك نلهملهمٱرتضىٱل ن ولبد منا خوفهمبعدم ومنا شيبيشكونليعبدوننأ

ىلكبعدكفر لئكذ و ٥٥ٱلفىسقونهمفأ

(Allah berjanji kepada kalangan orang-orang yang beriman dan mengerjakan

amal yang soleh, bahawa Dia akan jadikan mereka berkuasa memerintah

Page 24: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

24

negeri di bumi ini, seperti pernah dikurniakan kepada kalangan sepertinya di

zaman dahulu, lalu Agama yang Diredainya (Islam) berkuasa (Tamkin) dan

bertukarlah keadaan daripada ketakutan kepada keamanan, dalam keadaan

mereka beribadah kepadaku (tanpa gangguan) dan mereka tidak berlaku syirik

terhadapku. (Ingatlah) sesiapa yang kufur selepas itu, maka merekalah orang-

orang yang fasik).

93. Dewan Himpunan yang menjadi satu sayap penting PAS perlulah juga

diperkukuhkan peranannya. Organisasi DHPP wajar diberi lonjakan baharu dari

segi keahlian, struktur organisasi dan perancangan gerakerja. Pembinaan modul

kursus untuk memahami sejarah dan dasar PAS, kursus organisasi, dan lain-

lain yang perlu hendaklah dirangkakan dengan segera pada sessi ini.

Pengurusan Maklumat

94. Sejak beberapa muktamar yang lepas, saya banyak memberikan peringatan

kepada perwakilan berhubung keperluan mendekati senjata terkini ICT dan

Media Baru dalam memperkasakan jentera pentadbiran, penerangan dan

dakwah serta pilihan raya kerana internet merupakan lebuhraya maklumat yang

terbesar yang perlu dimanfaatkan.

95. Internet kini telah menjadi sebahagian gaya hidup dan keperluan dalam mencari

maklumat dan melakukan tugasan harian. Satu perkara yang perlu ditekankan

kepada pimpinan dan pengguna berbagai aplikasi-aplikasi IT ini ialah isu

keselamatan siber dan penyamaran identiti online yang menyebabkan

berlakunya banyak gelaja-gejala buruk, adu-domba dan fitnah di alam siber.

Justeru itu, banyak kali saya menegaskan supaya pimpinan PAS tidak menerima

bulat-bulat apa yang terdapat atau dipetik dari Internet, terutama apabila

sumbernya tidak sahih dan meragukan. Ingatlah sabda Nabi Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص

dalam satu hadis yang panjang dalam Riyadhus Shalihin :

“Adapun orang yang engkau datangi, ia sedang dipotong-potong

hujung mulutnya sampai ke tengkuknya dan dari lobang hidung

sampai ke tengkuknya dan juga dari matanya sampai ke tengkuknya

itu ialah orang-orang yang pergi dari rumahnya lalu membuat kata-

kata dusta dengan kedustaan yang sampai mencapai ke segala

penjuru.”

96. Seperti yang ditegaskan dalam muktamar sebelum ini, media parti seperti

Harakah, Harakahdaily dan radio internet hijau.fm, mestilah tidak terlibat dengan

fenomena-fenomena negatif dalam berkarya dan jangan sekali-kali terpengaruh

Page 25: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

25

dengan pendekatan sensasi-songsang yang bertujuan melariskan jualan

semata-mata dengan menjejaskan kredebiliti sebagai sebuah media Islam.

Sebaliknya hendaklah sentiasa berusaha membentuk fikrah dan menyampaikan

maklumat berdasarkan acuan parti untuk memberi kefahaman sebenar kepada

rakyat.

MEMPOSISIKAN PAS DI PENTAS ANTARABANGSA

97. Di persada antarabangsa, PAS amat bimbang dan tersentuh dengan konflik dan

pertumpahan darah yang berlaku di Semenanjung Tanah Arab seperti di Yemen,

Syria, Iraq dan Libya. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa pertumpahan

berdarah yang sedang berlaku ini mesti dihentikan segera. Apa yang kita sedang

lihat adalah amat trajis dan memilukan kita semua umat Islam.

98. Di Syria, kini lebih 250,000 rakyat awam yang terbunuh dan lebih dari 7 juta

rakyatnya terpaksa menjadi pelarian di negara-negara jiran. Di Iraq peperangan

terus disemarakkan oleh musuh sehingga mengakibatkan ratusan ribu yang

terkorban dan menjadi pelarian. Perbezaan mazhab yang sudah ribuan tahun

dapat ditangani, kini diapi-apikan semula sehingga seseorang itu dihukum akibat

dari perbezaan mazhabnya. Begitulah juga dengan apa yang sedang berlaku di

Yemen di mana peperangan proksi Kuasa-Kuasa Besar mengakibatkan ribuan

rakyat awam Yemen yang menjadi mangsa korban.

99. Saya juga ingin tegaskan sekali lagi, PAS tidak mahu campurtangan asing

berlaku di bumi umat Islam. Biarlah rakyat Yemen, Syria, Iraq dan Libya

menentukan masa depan negara mereka tanpa sebarang campurtangan Kuasa

Asing yang cuba memporak-perandakan negara-negara ini.

100. PAS amat tersentuh dengan kezaliman terbaru yang dilakukan kepada umat

Islam di Mesir oleh pihak yang bersekongkol dengan kudeta. Mahkamah yang

didokong oleh junta tentera Mesir telah menjatuhkan hukuman mati kepada lebih

100 orang pejuang Islam, termasuk Presiden Mesir yang sah Dr Mohammad

Morsi, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr.Mohammad Badi', serta Sheikh Yusuf

Qardhawi yang kini menetap di Qatar. Apakah dosa sebenar mereka ini

melainkan dendam kesumat yang ada pada pemimpin kudeta yang gagal

meredakan kemarahan rakyat Mesir meskipun sudah hampir 2 tahun berlaku

rampasan kuasa.

101. Kezaliman yang dilakukan oleh pihak rejim Zionis terhadap penduduk awam di

Gaza dan Palestin juga nampaknya tiada penghujungnya. Agensi antarabangsa,

terutamanya Kerajaan Malaysia yang berada dalam Majlis Keselamatan Bangsa-

Page 26: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

26

Bangsa Bersatu (PBB) mestilah menggunakan semua ruang yang ada untuk

membantu umat Islam yang disembelih setiap hari ini.

102. Begitu jugalah dengan apa yang berlaku di Bangladesh. Rejim Sheikh Hasina

yang zalim telah menjalankan hukuman mati ke atas beberapa pimpinan gerakan

Islam Jamaat Islami Bangladesh termasuk Abdul Qader Mulla dan Penolong

Setiausaha Agung Jamaat Mohamed Kamaruzaman. Sementara itu Amir Jamaat

Islami Bangladesh, Maulana Motiur Rahman Nizami sedang menunggu saat

hukuman di tali gantung ke atas beliau.

103. Di Myanmar, PAS menentang sekerasnya penafian berterusan terhadap hak

asasi manusia kaum minoriti di Myanmar yang berasaskan kebencian terhadap

agama. Penafian ini tidak memberi petanda yang baik untuk penyatuan Myanmar

mahupun kestabilan komuniti Asean. Penduduk minoriti Rohingya telah di halau

dari bumi mereka sendiri dengan dibakar perkampungan mereka, sekolah-

sekolah serta masjid-masjid yang mengakibatkan beribu-ribu umat Islam

Rohingya kini menjadi pelarian.

104. PAS ingin membuat seruan terbuka kepada kerajaan Malaysia selaku rakan

ASEAN dengan Myanmar agar melihat isu ini secara tegas dan matang dengan

menyatakan secara tegas terhadap kerajaan Myanmar. Bantuan kemanusiaan

kepada ribuan pelarian Rohingya yang sedang terumbang-ambing di tengah-

tengah laut harus dilaksanakan secepatnya tanpa bertangguh.

Pemerhati dan Perwakilan yang dihormati sekelian,

KESIMPULAN

Bertitik tolak di atas tema “Beristiqamah Hingga Kemenangan” ini, maka marilah sama-

sama kita pada hari ini memahaminya dan menggerakkan jemaah ini untuk menghadapi

apa juga cabaran yang sedang menunggu di hadapan dengan penuh yakin kepada dasar

dan prinsip perjuangan ini dengan mengambil tindakan-tindakan berikut :

1. Marilah sama-sama pada hari ini kita menyatakan kesetiaan kita kepada

perjuangan Islam dengan penuh istiqamah, berdasarkan kepada panduan al-

Quran dan as-Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص dengan penuh

keikhlasan kepada Allah SWT.

2. Marilah kita memahami maksud kemenangan yang dinyatakan oleh Allah SWT.

Kemenangan yang mahu dicapai adalah sebahagian dari usaha mendapatkan

Page 27: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

27

redha Allah SWT. Kita berjuang siang dan malam adalah kerana mencari redha

Allah SWT. Justeru itu, marilah kita pastikan diri kita semua, dan jemaah yang

menjadi platform perjuangan kita memenuhi syarat kemenangan yang telah

digariskan oleh Islam dengan makna kemenangan yang sebenar.

3. Marilah kita sama-sama memantapkan tarbiyah ahli dan kepimpinan, dengan

setiap dari kita bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam program tarbiyah yang

dijalankan oleh jemaah. Tarbiyah inilah yang akan menyediakan diri kita untuk

lebih faham dan yakin terhadap fikrah perjuangan ini yang sempadannya bukan

sahaja di dunia tetapi hingga ke akhirat.

4. Marilah kita mengemaskini pentadbiran parti di semua peringkat, semua Dewan-

Dewan dan Lajnah, termasuklah Cawangan, Kawasan dan negeri. Saya menyeru

kepada semua perwakilan dan pemerhati supaya merapatkan saf perjuangan

bersendikan fikrah perjuangan yang jelas dan tulen, melipat gandakan gerakkerja

amal jamaie dan Islammi, dengan tumpuan kepada halatuju perjuangan untuk

meraih kemenangan di dunia melalui dakwah dan siasah berpilihanraya, serta

menang pula di akhirat iaitu mendapat syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT.

5. Marilah kita membawa mesej Islam sebagai penyelesaian kepada masyarakat

majmuk yang ada dalam negara kita ini. Semua pihak dan peringkat dalam

organisasi ini mestilah memahami fiqhul-waqie, dengan merujuk kepada panduan

al-Quran dan as-Sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص.

6. Marilah kita meneruskan kerjasama Tahaluf dalam Pakatan Rakyat dengan rukun

dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam mengikut panduan al-Quran dan as-

Sunnah, dan berta’awun dengan semua pihak dalam perkara kebaikan umat Islam

dan bukan Islam dalam negara kita, serta tidak bertolak ansur dalam perkara

kezaliman dan kemungkaran.

7. Marilah kita mengukuhkan kedudukan dan peranan PAS di peringkat

antarabangsa, membela pihak yang dizalimi, mengusahakan penyelesaian konflik

di rantau ini dan antarabangsa untuk mewujudkan dunia yang lebih aman, dan

menolak campurtangan kuasa besar dalam konflik di dunia umat Islam.

Page 28: UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan

28

Akhirnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan

penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi, Pengarah dan

Jawatankuasa Panitia Muktamar, Badan Perhubungan PAS Selangor, Petugas-petugas,

anggota Jabatan Amal dan semua pihak yang menjayakan Muktamar ke 61 ini.

Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Saya RASMIKAN Muktamar PAS kali ke 61 ini dengan menyebut sabda Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص:

. هللا بركة على سيروا

. لعالمين ا رب الحمدهلل أن دعوانا وآخر

. الحمد وهلل, أكبر هللا, أكبر هللا, أكبر هللا