u29 to u32 ppkp

11
Ruj. Kami: ( 17 ) dlm.KK(S)-523(639) Jld.5 Tarikh : 24 Julai 2013 SEPERTI EDARAN YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, URUSAN PEMANGKUAN BAGI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29 KE GRED U32 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Dengan hormatnya saya diarah untuk memaklumkan bahawa Kementerian ini akan mengadakan urusan pemangkuan bagi jawatan di atas dan dengan ini sukacita mempelawa permohonan daripada pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan untuk pemangkuan bagi jawatan berkenaan iaitu:- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 layak dipertimbangkan bagi pemangkuan ke Gred U32 apabila telah : (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi perkhidmatan yang ditetapkan; (c) diperakukan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan; (d) berkhidmat sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun di Gred U29 pada tarikh iklan ditutup; (e) bebas dari hukuman tatatertib; (f) telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan; dan (g) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan. 2. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang NP(S) 8.1 seperti dilampirkan dan dikemukakan lengkap dengan satu salinan dokumen yang bertanda dalam senarai semak seperti di Lampiran A.

Upload: ahmad-ash

Post on 02-Jan-2016

238 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Page 1: U29 to U32 PPKP

Ruj. Kami: ( 17 ) dlm.KK(S)-523(639) Jld.5 Tarikh : 24 Julai 2013

SEPERTI EDARAN YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, URUSAN PEMANGKUAN BAGI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29 KE GRED U32 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Dengan hormatnya saya diarah untuk memaklumkan bahawa Kementerian ini akan mengadakan urusan pemangkuan bagi jawatan di atas dan dengan ini sukacita mempelawa permohonan daripada pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan untuk pemangkuan bagi jawatan berkenaan iaitu:-

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 layak dipertimbangkan bagi pemangkuan ke Gred U32 apabila telah :

(a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi perkhidmatan yang ditetapkan;

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan;

(d) berkhidmat sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun di Gred

U29 pada tarikh iklan ditutup; (e) bebas dari hukuman tatatertib; (f) telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan; dan

(g) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan

Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan. 2. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang NP(S) 8.1 seperti dilampirkan dan dikemukakan lengkap dengan satu salinan dokumen yang bertanda dalam senarai semak seperti di Lampiran A.

Page 2: U29 to U32 PPKP

3. Dimaklumkan juga tarikh tutup permohonan pemangkuan bagi jawatan ini adalah pada 30 Ogos 2013. Manakala senarai kekosongan jawatan adalah seperti di Lampiran B. Semua permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:-

Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Sumber Manusia, Unit Naik Pangkat (Sokongan), Aras 9, Blok E7, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590, W. P. PUTRAJAYA. (u/p: Puan Nor Hasfazila binti Abdullah)

4. Pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dipohon supaya menghebahkan perkara ini kepada semua yang berkenaan dan memastikan hanya mengemukakan permohonan daripada calon-calon yang memenuhi syarat-syarat seperti yang terkandung dalam surat edaran ini. Permohonan yang lewat diterima atau tidak lengkap dengan dokumen-dokumen yang diperlukan sebagaimana di senarai semak tidak akan dipertimbangkan. Sila akui penerimaan surat ini dengan mengembalikan borang Lampiran C yang dikembarkan. 5. Dimaklumkan juga bahawa surat edaran/iklan dan borang berkaitan dengan urusan pemangkuan ini boleh didapati melalui laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia di alamat http://www.moh.gov.my atau http://humanres.moh.gov.my. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,

(MASNAH BINTI HJ ABD. HAMID) Bahagian Sumber Manusia b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia

S.K.: - Setiausaha Bahagian Bahagian Sumber Manusia

- Timbalan Setiausaha Bahagian (NPK) Bahagian Sumber Manusia

- Fail berkaitan

Page 3: U29 to U32 PPKP

SENARAI EDARAN

- Setiausaha Bahagian Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia

- Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

- Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

- Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak

- Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

- Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

- Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

- Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya

- Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

- Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

- Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor

- Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

- Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

- Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Page 4: U29 to U32 PPKP

- Pengarah

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

- Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

- Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan

- Pengarah Hospital Kuala Lumpur

- Pengarah Institut Kesihatan Umum

- Pengarah Institut Pengurusan Kesihatan

- Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan

- Pengarah Institut Perubatan Respiratori

- Pengarah Pusat Darah Negara

- Pengarah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan

- Pengarah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan

- Pengarah Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan

- Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Sumber Manusia - Setiausaha Bahagian Bahagian Sumber Manusia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Page 5: U29 to U32 PPKP

LAMPIRAN B

SENARAI MAKLUMAT KEKOSONGAN BAGI JAWATAN KUMPULAN PELAKSANA, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

(Sehingga 15 Julai 2013)

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U32

BIL. NEGERI / INSTITUSI KEKOSONGAN

1. PERLIS 4

2. KEDAH 0

3. PULAU PINANG 3

4. PERAK 1

5. SELANGOR 5

6. W.P. KUALA LUMPUR 13

7. NEGERI SEMBILAN 0

8. JOHOR 0

9. MELAKA 0

10. PAHANG 0

11. TERENGGANU 3

12. KELANTAN 0

13. SABAH 1

14. W.P. LABUAN 0

15. SARAWAK 0

16. IPKKM 3

17. HKL 0

18. IKU 1

19. BPL (KOLEJ) 3

20. KPKT 0

21. KSM 1

JUMLAH 38

Page 6: U29 to U32 PPKP
Page 7: U29 to U32 PPKP

LAMPIRAN A

SENARAI SEMAK (CHECKLIST) BAGI URUSAN PEMANGKUAN JAWATAN KUMPULAN PELAKSANA, KKM

Sila pastikan dokumen-dokumen yang bertanda √ dihantar dan disusun dengan kemas dan lengkap mengikut susunan berikut.

ADA/TIADA 1. Borang N.P (S) 8.1

2. Borang PP-1

3. Lembaran kelakuan yang menyatakan sama ada tindakan tatatertib pernah atau sedang diambil ke atas pemohon

4. Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini

5. Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tahun 2010, 2011 dan 2012

6. Salinan sijil Pos Basik

7. Salinan Ijazah yang diiktiraf

8. Lesen memandu kelas ‘E’

Page 8: U29 to U32 PPKP

LAMPIRAN C

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Sumber Manusia, Unit Naik Pangkat(Sokongan), Aras 9, Blok E7, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 PUTRAJAYA. Tuan, PENGESAHAN PENERIMAAN SURAT EDARAN/IKLAN BAGI URUSAN PEMANGKUAN JAWATAN………………………………………………………………………………....... Perkara di atas adalah dirujuk dan dimaklumkan bahawa surat edaran/iklan tuan bil……………………………………bertarikh……………………..telah diterima pada……………….. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, …………………………………………… (Tandatangan) Nama : …………………………………….. Jawatan : …………………………………….. Cop Jabatan : …………………………………….. …………………………………….. ……………………………………..

Page 9: U29 to U32 PPKP

BORANG NP(S) 8.1

Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Sumber Manusia, Unit Naik Pangkat (Sokongan), Aras 9, Blok E7, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 W.P.Putrajaya. Tuan/Puan, PEMANGKUAN SKIM PERKHIDMATAN

DARI GRED KE GRED

Saya dengan sukacitanya memohon untuk dipertimbangkan pemangkuan skim perkhidmatan

……………………………………………… dari Gred ………………… ke Gred……………………….

1. Butir-butir peribadi saya adalah seperti berikut :-

(a) Nama Penuh : ……………………………………….

(b) Tarikh Lahir : …………………………………….....

(c) No. Kad Pengenalan : ………………………………………. (d) Tarikh dilantik ke perkhidmatan sekarang : ……………………………………….

(e) Tarikh disahkan dalam perkhidmatan : .........................................................

(f) Tarikh dinaikkan pangkat ke gred sekarang

: ……………………………………….

2. Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya:

(a) pernah / tidak pernah* dikenakan tindakan tatatertib dalam

tahun…………………… dan hukumannya ialah ………………………………

(b) telah mengisytiharkan harta mengikut peraturan yang ditetapkan pada tahun

…………………………..

(c) pernah / tidak pernah* dilanjutkan tempoh percubaan dengan denda mulai

……………………. hingga …………………….

(d) pernah / tidak pernah* mengambil cuti tanpa gaji selain dari cuti belajar tanpa gaji

dari ……………………. hingga …………………….

Page 10: U29 to U32 PPKP

3. Saya sesungguhnya mengetahui bahawa urusan pemangkuan ini berkemungkinan

menyebabkan saya ditukarkan ke tempat lain. Oleh itu saya bersedia / tidak bersedia* ditukarkan

sekiranya saya berjaya dalam urusan pemangkuan ini.

4. Saya bersetuju bahawa keputusan penempatan adalah muktamad dan tiada sebarang

rayuan akan dibuat.

Yang benar, …………………………………………. (Tandatangan Pemohon ) Nama :

Jawatan :

Tempat Bertugas :

Tarikh :

*Potong mana yang tidak berkenaan

UNTUK DIISI OLEH KETUA JABATAN Disahkan bahawa keterangan-keterangan di atas adalah betul dan calon ini telah memenuhi

syarat-syarat untuk dipertimbangkan pemangkuan seperti yang dinyatakan dalam surat edaran /

iklan Kementerian.

2. Permohonan pemangkuan pegawai ini * disokong / tidak disokong. ……………………………………………….. (Tandatangan Ketua Jabatan)

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

* Potong mana yang tidak berkenaan

Page 11: U29 to U32 PPKP

BORANG PP-1

Rujukan (Fail) : __________________

Ketua Setiausaha

Kementerian Kesihatan Malaysia,

Bahagian Sumber Manusia,

Unit Naik Pangkat (Sokongan),

Aras 9, Blok E7, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62590 W.P. PUTRAJAYA.

SURAT AKUAN PINJAMAN PENDIDIKAN INSTITUSI / TABUNG PENDIDIKAN

Saya.............................................................. No. K.P :............................................. mengesahkan bahawa:

Saya tidak ada mengambil pinjaman pendidikan daripada mana-mana institusi / tabung pendidikan; Saya ada mengambil pinjaman pendidikan daripada .......................................mulai tarikh .......................hingga.................sebanyak RM ................ dan................mulai tarikh .................. hingga................sebanyak RM............. Saya mengesahkan masih belum membuat bayaran; Saya ada mengambil pinjaman pendidikan daripada ...................................... mulai tarikh .............. hingga .............sebanyak RM ............ dan pada masa ini sedang membuat pembayaran secara bulanan melalui pembayaran tunai / potongan gaji mulai ....................................; Saya ada mengambil pinjaman pendidikan daripada ................................................ mulai tarikh ............. hingga ...........sebanyak RM .................. dan saya telahpun menyelesaikan sepenuhnya pinjaman pada ......................

PERAKUAN Saya mengaku bahawa pengisytiharan yang dinyatakan di atas adalah benar. Sekiranya tidak benar, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 4(f) dan Peraturan 4(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. ...................................... Tandatangan Pegawai

Nama :

Jawatan :

Alamat Pejabat :

Tarikh :