tugasanseni jan 2012
TRANSCRIPT
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI 2012
HBAE 3103
KRAF TRADISIONAL
NAMA : KALAIVANI A/P PERUMAL
NO. MATRIKULASI : 770906086578002
NO. KAD PENGENALAN : 770906-08-6578
NO. TELEFON : 017-4945301
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PERGURUAN IPOH
KALAIVANIPERUMAL Page 1
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
ISI KANDUNGAN
PERKARA M/S
Penghargaan 3
Pengenalan 4 - 5
Kraf Tradisional 6 - 22
Ciri-ciri dan pengaruh seni islam 23 - 24
Penggarapan motif dan idea 24 - 25
Rumusan 26
Rujukan 27
KALAIVANIPERUMAL Page 2
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran yang setinggi-tingginya ke
hadrat tuhan kerana dengan kerestuanya memungkinkan saya meyelesaikan tugasan ini.
Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada penyelia
saya , Pensyarah En.Sharil kerana sudi memberikan segala teguran dan panduan yang tidak
ternilai sepanjang penyediaan tugasan ini. Bimbingan , fikiran, pandangan, panduan ,saranan
dan teguran-teguran yang membina dari beliau merupakan rangsangan dan galakan utama
kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini.Sesungguhnya jasa beliau bakal menjadi
kenangan abadi yang tidak dapat dilupakan.
Saya juga menghulurkan ucapan terima kasih kepada Ketua Panitia Pendidikan Seni
Visual sekolah saya Pn. Nithya Achelinggam yang membantu saya dalam mengumpul dan
mencari bahan – bahan rujukan serta memberi tunjuk ajar kepada saya.Segala
pertolongan dan bantuan telah membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Saya juga merakamkankan ribuan terima kasih kepada saudari Pn.Gunavathy yang
sudi membimbing saya sepanjang kajian ini. Tidak lupa juga Pn.S.Letchumi, guru besar
SJK(T) Kampung Baru Batu Matang , rakan sekerja saya iaitu Pn.M.Mohgenavalli,
Cik.S.Subashini dan Cik R.Suguneswary yang telah memberi sokongan moral dan membantu
saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali saya ingin mengambil peluang ini untuk melafazkan terima kasih
kepada suami saya En.Muthuraman dan rakan-rakan yang telah memberi sokongan,
kerjasama ,bantuan dan semangat kepada saya . Budi dan jasa baik mereka tetap akan saya
kenangi.
KALAIVANIPERUMAL Page 3
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
PENGENALAN
Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kegiatan seni ,
budaya dan tradisi mengikut kaum masing-masing. Seni melambangkan kebudayaan tradisi
sesuatu kaum di negara kita.Seperti yang kita sedia maklum, diantara empat bidang
keseniaan, Kraf Tradisional memainkan peranan yang penting dalam mempamerkan cirri-ciri
kebudayaan dan warisan sesebuah negara mahupun kaum.
Dalam membuat kajian terhadap Seni dan Kraf Tradisional didapati bahawa “Seni”
ditakrifkan sebagai sesuatu karya yang dihasilkan melalui hasil bakat seseorang manakala
kesenian pula dinyatakan sebagai perihal seni yang berkaitan dengan seni atau keindahannya,
iaitu kehalusan.( Kamus Dewan Dan Pustaka)
Perkataan “ Kraf ” dari segi entimologi berasal daripda perkataan “Kraft” yang
berasal dari bahasa Jerman.(Siti Zainon Ismail).Menurut Siti Zainon Ismail juga , perkataan
Kraft membawa maksud kekuatan, keteguhan dan kecekapan.Ianya ditegaskan oleh John
Harvey bahawa kekuatan itu terletak pada keahlian dan kecekapan.Kraftangan pula
dimaksudkan sebagai sesuatu hasil seni yang berperanan untuk kegunaan. Ianya dicipta
berdasarkan rasa senang dan disertai oleh khayalan seni.Kraftangan juga disebut sebagai
artefact yang lebih hampir kepada pengertian art atau ars dalam bahasa Latin.( Siti
zainon Ismail )
Menurut Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia “ Kraftangan" diertikan sebagai apa-
apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah
hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran
tangan. Selain itu Kraf tradisional juga didefinasikan sebagai perusahaan (kerjaseni) yang
melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarkat yang
diwarisi turun- temurun.
KALAIVANIPERUMAL Page 4
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
Hasil Seni dan Kraf Tradisional Melayu mempunyai ciri-ciri dan elemen kesenian
Islam. Menurut artikel laman web Islam Grid2.0 Obor Yang Menyinari Alam Islam
merupakan agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada semua manusia tanpa mengenal
bangsa berpandukan al-Quran. Ia juga memaparkan bahawa Seni Islam merupakan
sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam
ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam.
Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun
Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah
satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas.
Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
melampaui batas."
Masyarakat Melayu di negara kita yang mengamalkan rukun Islam,mematuhi dan
menghasilkan hasil-hasil seni dengan menekankan nilai keindahan yang merupakan salah
satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt lantas segala yang diciptakanNya
juga merupakan pancaran keindahanNya. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam Islam
berbeza dengan peradaban yang lain. Seni Islam menekankan bahawa kerangka dasarnya
mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan
falsafah kehidupan manusia. Ianaya juga merupakan satu proses pendidikan yang bersifat
positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat, memimpin batin dan
membangunkan akhlak. Semua aktiviti kesenian Masyarakat Melayu ditundukkan kepada
tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan). Segala nilai yang ditonjolkan di dalam
bidang seni masyarakat Melayu seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.
KALAIVANIPERUMAL Page 5
TEMBIKAR
ANYAMAN
SONGKETUKIRAN
BATIK
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
KRAF MELAYU
TEMBIKAR
Seni Tembikar adalah seni kraftangan yang dibuat
daripada bahan tanah liat yang dibakar dan digilap.
Rupabentuk yang dicipta berdasarkan kepada fungsi
kegunaan menakung air,bekas minuman dan makanan
serta menyimpan bahan-bahan makanan jangka panjang
Sumber : shahalam.olx.com.m seperti jeruk dan pekasam. Menurut F.N.Norton
penciptaan tembikar telah bermula sejak zaman neolitik.Pada zaman itu ia diistilahkan oleh
para pengkaji sebagai primitive pottery. Rekabentuknya sederhana dan dibuat secara
spontan.Tembikar tradisi Melayu digolongkan dalam earthen ware iaitu barang-barang yang
dibuat daripada tanah liat dan dibakar dalam suhu rendah.
KALAIVANIPERUMAL Page 6
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
JENIS-JENIS TEMBIKAR
Bekas Bara
KALAIVANIPERUMAL Page 7
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
Terenang Bekas Perembunan
KALAIVANIPERUMAL Page 8
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
PROSES DAN TEKNIK
Selain dari bahan asas yang terdiri daripada bahan alam semulajadi, beberapa bentuk
dan alat perkakas lain diperlukan juga dalam memproses bahan alam itu sendiri serta
pembentukan dan penciptaan tembikar.Seluruh penciptaan bentuk dibuat dengan kecekapan
tangan secara berperingkat-peringkat dengan menguli tanah liat.
Asalnya, tanah liat yang diperolehi akan dikeringkan terlebih dahulu sebelum ianya
ditumbuk menjadi tepung.setelah halus tanah liat diayak untuk mendapatkan tepung yang
halus dan bersih.tepung yang halus dicampur dengan air dan dikacau dan disipan di dalam
pasu untuk beberapa hari.Cara ini akan meliatkan tanah. Setelah tanah diliatkan proses
membentuk dan menempa dibuat dengan gaya bebas yang ditentukan oleh kecekapan
tangan.Seterusnya proses mengeras dan membakar tembikar akan dilaksanakan dengan cara
tanur dedah.
PROSES PENGGARAPAN MOTIF
Dalam pembuatan tembikar,
pembahagian gaya dan bentuk motif adalah
berdasarkan teknik membuat.Gaya ataupun motif
yang dimaksudkan adalah gaya geometri dan
gaya organik. Semua bentuk motif yang
digunakan dalam gaya geometri menggunakan
Sumber :cikguise08.blogspot.com teknik guris, tekat dan kelar serta bentuk-bentuk
yang tejelma dari unsur garis.bentuk motif yang wujud dari penggunaan unsur ini ialah
KALAIVANIPERUMAL Page 9
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
susunan garis panjang, melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang. Unsur titik
memainkan peranan penting kerana bentuk bentuk tersebut dikategorikan sebagai motif
geometri.Pada tembikar Melayu tradisi, garis-garis dan susunan titik ini diberi nama,antara
yang paling umum ialah susun kisi-kisi, titik tahi lalat,garis keluk, garis berkotak,garis
selangseli,garis tulang ikan,pucuk rebung, bentuk potong wajik dan bentuk segi tiga.
Walaupun penciptaan bentuk motif dibuat dengan gaya geometri, tetapi unsur yang
digunakan adalah secara mengambil idea dari alam.bentuk motif dibuat dengan unsur seni
seperti garis,titik bersilang atau pangkah. Susunan unsur ini menjelmakan beberapa moti
tumbuhan seperti motif bunga pecah empat dan bunga cengkeh.Bunga lawang dibentuk dari
lima garis yang berhubung menjadi bentuk potong wajik dan motif ini selalunya menghiasi
bahagian badan tembikar.bunga tanjung yang disebut sebagai bunga pecah lima disusun
memancar keluar dari satu titik seperti membentu bunga lawang atau bunga cengkeh.Bunga
kundur juga disebut sebagai bunga pecah lapan iaitu dengan menggunakan lapan garis
memancar dari satu titik. Motif pucuk rebung pula dibentuk dengan garis tiga persegi.
Berbagai ragaman pucuk rebung dihasilkan berasaskan dari bentuk tiga segi.bentuk motif ini
sering menghiasi bahagian badan, kaki dan pinggir keliling mulut tembikar.
Motif tembikar adalah hasil gubahan dari unsur alam.Walaubagaimanapun terdapat dua jenis
motif yang paling digemari oleh para tukang tembikar iaitu motif pucuk rebung dan motif
bunga.Dari dua motif penting ini terdapat berbagai variasi yang berbeza-beza antara seorang
tukang dengan tukang yang lain mengikut daya imaginasi masing-masing.
Sumber :fcendvsyudesign.blogspot.com
KALAIVANIPERUMAL Page 10
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
KRAF ANYAMAN
Anyaman merupakan satu proses menjalin helain daun
pandan, mengkuang, bilah buluh,rotan,lidi, bertam,paku
pakis atau bahan-bahan lain dengan menggunakan
Sumber: senivisual1.blogspot.com
Cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang seli helaian antara satu sama lain. Seni
anyaman adalah kraftangan yang muncul dan berkembang tanpa pengaru luar.Proses
anyaman adalah berbeza mengikut bahan asas yang digunakan.
Bahan-bahan asas yang digunakan untuk anyaman adalah seperti :
Pandan dan mengkuang
Nipah
Bertam
Buluh
Paku-pakis
Bemban
Daun serdang
Rotan
Rumput=rumpai
Lidi
Alat dan bahan
Parang untuk menetak daun
Alat jangka
Pelurut
Tempayan atau bekas untuk merendam daun
Besen untuk mencuci
KALAIVANIPERUMAL Page 11
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
Periuk untuk merebus dan mencelup
Penyisip untuk menganyam
Pisau kecil untuk mengerat kaki bilah daun
Seperti tembikar, seni anyaman juga mempunyai proses yang berperingkat.
Diperingkat awal daun yang digunakan untuk anyaman perlu diproses terlebih
dahulu.Diantara prosesnya adalah seperti berikut:-
Melayur daun
- Daun dilayur diatas bara api sehingga kekuning-kuningan supaya daun menjadi
lembut dan tahan lebih lama.
Menjangka daun
- Alat jangka ialah sisir kayu atau buluh yang bermata tajam.Jangka digunakan
untuk membelah daun menjadi bilah-bilah mengikut lebar yang dikehendaki.
Melurut
- Daun dianginkan selama lebih kurang satu jam.Daun kemudian dilirut dengan
menggunakan pelurut.Daun di dilurut agi tujuan melembutkan bilah-bilah daun
untuk mengelakkanya daripada bergulung.
Merendam
- Daun diikat menjadi tongkol-tongkol sebelum direndam.Tongkol-tonkol direndam
selama dua hari dua malam untuk melunturkan warna asal daun hijau.Tongkol
daun kemudian dibuka untuk dicuci dan dijemur sehingga kering.Daun akan
bertukar warna menjadi wana putih pasir.
KALAIVANIPERUMAL Page 12
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
Sumber: lamanseni09.blogspot.com
TEKNIK DAN PROSES ANYAMAN
Lagang
Proses ini dikenali sebagai proses menaja dan merupakan tulang belakang ciptaan
anyaman.
Menganyan
Proses ini melibatkan tiga langkah.Anyaman tengah dilakukan di tengah atau badan
sesuatu anyaman di mana daun diselang selikan secara menegak dan melintang dengan
sehelai di atas dan sehelei lagi di bawah.Mengepai pula proses mematikan tepi
anyaman tikar supaya tidak terburai.
Pepeh /Lepih
Merupakan anyaman mati pada tepi tikar untuk mengakhiri kerja anyaman.boleh
dianyam secara berasingan dan kemudian dijahit pada barangan yang dikehendaki.
Sisip
Dilakukan untuk bagi mengelakkan anyaman daripada terburai.Alat penyisip
digunakan.hujung lebihan daun direncongkan untuk memudahkan kerja sisipan.
Kerat
Pisau kecil yang tajam digunakan untuk memotong lebihan bilah anyaman bagi tujuan
kemasan.
KALAIVANIPERUMAL Page 13
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
Sumber: lamanseni09.blogspot.com
PROSES PENGGARAPAN MOTIF
Seni anyaman terkenal dengan kelarai yang bermaksut corak ataupun motif yang
berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses transformasi idea daripada alam
semulajadi.Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa iaitu
ghadas.Anyaman yang lengkap perlu dihiasi dengan kelarai.Kelari dirancang dengan
menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat.Kelarai dilakukan serentak
dengan proses anyaman.
KELARAI BERASASKAN FLORA KELARAI BERASASKAN GEOMETRI
Kelarai berakar Kelarai anyaman gila
Kelarai beras patah Kelarai apit kala
Kelarai bunga cengkih Kelarai belah ketupatKelarai tampuk manggis Kelarai pecah lapanKelarai bunga mempelas Kelarai swastika
Kelarai pucuk jala
Semua jenis kelarai bersumberkan unsur alam tempatan, iaitu terdiri daripada bahagian-
bahagian tumbuhan, binatang serta unggas.Sumber-sumber ciptaan ini terdapat dalam motif
mahupun ragamhias kraftangan yang lain tetapi sumber alam yang diterapkan dalam seni
anyaman mempunyai ciri dan gaya yang tersendiri. Semua jenis kelarai telah dicipta dalam
gaya geometri. Merujuk kepada nama-nama kelarai dapat disimpulkan bahawa konsep alam
merupakan cerminan langsung dari daya fikiran dan kekayaan imaginasi penganyam.Sumber
alam merupakan punca utama wujudnya pelbagai jenis kelarai berdasarkan tumbuhan seperti
pucuk,bunga , tampuk dan sebagainya.Kelaria juga diberi nama berdasarkan orang perseorang
yang terkemuka seperti kelarai Cik Kedah,Kelarai Cik Ku daud, Sambas dan sebagainya.
KALAIVANIPERUMAL Page 14
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
Sumber: lamanseni09.blogspot.com
KALAIVANIPERUMAL Page 15
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
KRAF SONGKET
Seni songket di Malaysia meliputi pelbagai
teknik penciptaan. Ia dapat dicipta dengan teknik
sulam,merenda,mengait,meruji benang dan
menenun.Songket bukan sekadar menghasilkan
kain dari benang dengan cara menenun tetapi juga
menggunakan berbagai
Sumber:bulletinmetropolis.com
bahan lain untuk melengkapkan sesuatu rupa bentuk.Songket juga merupakan lambang
kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejak zaman berzaman lagi . Kemahiran dan
kreativiti setiap tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang
indah dan menarik. Asalnya, kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah
menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan.
Tenunan songket mula berkembang dibeberepa negeri terutama di negeri-negeri Pantai
Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.Pada zaman silam, motif dan warna yang
terdapat pada tenunan songket melambangkan strata atau kedudukan seseorang.Secara
tradisinya, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta
dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan.Kini, songket ditenun dengan
benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk
majlis-majlis tertentu.Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi
untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai
barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.Tradisi
menenun masih dapat dikekalkan dengan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu.
Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya serta cara menenun itu sendiri
memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar
hingga ke hari ini.
KALAIVANIPERUMAL Page 16
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
Terdapat dua jenis songket iaitu songket jenis tekat tiga dan songket jenis tekat
lima.Nama tekat berkait dengan penggunaan bilangan lembaran benang sutera dan jarak
diantara lembaran-lembaran benang emas yang disongket.Teka tekat tiga lebih sukar dan
rumit daripada tekat lima kerana tenunanya lebih halus.
KALAIVANIPERUMAL Page 17
Celupan benang
Melerai atau menera
Menganing
MenggulungMengepoh/
Menyampuk
Menyongket benang
Menenun
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
PROSES MENYONGKET
PENGGARAPAN MOTIF
Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan
beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain.Penyusunan motif pula
terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur.Motif kain songket terdiri
daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan.Motif yang sering digunakan
KALAIVANIPERUMAL Page 18
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.Motif-motif
rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan.Dengan
teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometri.Motif-
motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan
bercorak.Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain.Manakala
motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).
Sumber : berusdancrayonkami.blogspot
KALAIVANIPERUMAL Page 19
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
UKIRAN KAYU
Ukiran kayu atau seni ukir merupakan seni pertukangan
tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat
Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan
memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang
menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Dalam
menghasilkan
Sumber:senivisual1.blogspot.com
sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu,
memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat
dan pisau wali.Ukiran kayu mempunyai pelbagai jenis ukiran .Diantaranya ialah ukiran
tebuk ,larik,kayu hanyut,bunga timbul dan ukiran arca.
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan
menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau
corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.
Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar,
lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat,
siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta
melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih
ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul
dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah
awan larat, silang dan simetri.
KALAIVANIPERUMAL Page 20
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
Ukiran bunga timbul pula tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak
silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu
serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.
Ukiran arca ialah ukiran yang terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat,
kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul
tetapi lebih halus dan kecil.
Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk
bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering
terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya
Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan
Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada
bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu
induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.
PENGGARAPAN MOTIF
Gaya ukiran pada kayu adalah dipengaruhi oleh faktor cara hidup masyarakat Melayu, seperti
adat, agama, persekitaran, iklim dan bentuk muka bumi. Pemilihan elemen-elemen ini dibuat
berdasarkan keperluan individu dan masyarakat selagi tidak bercanggah dengan kepercayaan
dan adat Melayu. Daripada pelbagai ukiran yang masih wujud sehingga ke hari ini, didapati
bahawa ukiran Melayu tradisi banyak menggunakan elemen tumbuhan. Biasanya tumbuhan
menjalar atau pelbagai tumbuhan yang sesuai menjadi pilihan pengukir. Jenis tumbuhan yang
selalu menjadi inspirasi ialah Kacang, Labu, Daun Salad, Bunga Lawang, Bunga Raya, Bunga
Cina, Bunga Cengkih, Rebung, Bunga Mangga, Pohon Bermin, Bunga Kuda Laut, Bunga
Balung Ayam, Ringgut-ringgut, Teratai, Pokok Susu Ketam, Jari Buaya, Bunga Keduduk,
Pokok Kazan, Jari Hantu, Pokok Ayu-ayu dan sebagainya.
Sumber :melialivita.tumblr.com
KALAIVANIPERUMAL Page 21
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
KRAF BATIK
Kajian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyatakan bahawa, seni batik
merupakan sesuatu bidang seni yang unggul di Malaysia. Ini nyata boleh dilihat apabila
kerajaan mengeluarkan pekililing mewajibkan semua kakitangan awam lelaki memakai baju
batik pada setiap hari Khamis (Bernama, 2008). Menurut ensiklopedia bebas, wikipedia,
perkataan batik berasal dari Jawa. ‘amba’ bermaksud menulis dan ‘nitik’ bermaksud membuat
titik. Kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik dipanggil batik. Sehingga kini,
tiada rekod atau bukti mengenai asal usul batik. Terdapat eviden yang mengatakan bahawa
batik berasal dari India, dan ada pula pihak yang mendakwa ia dari Parsi. Pakar arkeologi
menjumpai cebisan kain yang menyerupai batik. Kain berkenaan digunakan sebagai pakai
harian rakyat Mesir pada tahun 70 Masihi. Namun, ada pihak yang menyangkal pendapat
berkenaan dengan menyatakan bahasa kain sedemikian berasal dari Kepulauan Melayu dan
batik menjelajah dari Asia Tenggara ke benua lain (Winstedt dan Skeat). Kaedah tradisional
digunakan untuk membuat batik dari abad ke 15 Masihi lagi. Masyarakat Melayu tradisional
menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap, tetapi pembangunan pesat yang kita
saksikan sekarang menyebabkan alatan tradisional ini diganti dengan alatan yang moden dan
efisen. Batik menjadi terkenal di negara kita pada tahun 1910 khususnya di negeri Kelantan.
Tetapi, sejak 1700-an lagi, masyarakat Melayu sudah pun mahir dalam mengahsilkan Batik
Pelangi. Kini, negeri Kelantan dan Terenganu menjadi peneraju dalam industri penghasilan
batik di negara kita. Batik dihasilkan dalam pelbagai jenis yang dikenali sebagai batik
canting/tulis,batik blok.batik celup dan batik skrin.
PENGGARAPAN MOTIF
KALAIVANIPERUMAL Page 22
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
Bentuk motif dicipta dalam dua gaya iaitu organik dengan unsur
alam,tumbuhan ,burung,unggas serta gaya geometri.Bentuk dan unsur motif disusun mengikut
jenis ataupun digabungkan.Motif dari unsur alam tumbuhan dipilih dari bentuk
bunga,putik,ranting dan daun.Motif geometri asli terdapat dalam susunan garis-garis halus
pada bahagian kaki kain yang disebut gigi.garis-garis lurus direka dan disusun menjadi motif
buntut siput,kisi-kisi atau jaring bersilang.Beberapa bentuk motif geometri asli lain ialah
bekas-bekas terapan lilin yang berbentuk titik-titik halus.
Susunan bentuk motif dibuat mengikut pembahagian rupa tekstil secara umum.Motif
pucuk rebung ditempatkan pada bahagian kepala kain terutamanya pada kain batik
lasem.Motif pucuk rebung dapat dibentuk dalam gaya organik dan geometri.
Sumber:berusdankrayonkami.blogspot
KALAIVANIPERUMAL Page 23
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
sumber:pendidikansenivisual.blogspot
CIRI-CIRI SENI ISLAM SERTA PENGARUH BUDAYA DALAM HASIL
KESENIAN MELAYU
KALAIVANIPERUMAL Page 24
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
Tamadun Islam adalah tamadun yang didirikan oleh masyarakat muslim dari abad ke 7
hinggalah sekarang. Disebabkan ia diasaskan oleh akidah,syariah dan akhlak ini meletakkan
tamadun islam sebagai satu tamadun yang berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun
islam adalah satu tamadun yang bersifat multi-demensional. Pengaruhnya yang meluas dan
meliputi seluruh pelusuk dunia termasuklah di negara kita. Tidak dapat dinafikan bahawa
masyarakat melayu kaya dengan kebudayaan dan ianya menjadikan ia tempat yang sesuai
dengan perkembangan seni.
Seni Tamadun islam sudah terkenal dengan kecermerlanganya dalam pelbagai bidang.
Oleh yang demikian tidak hairanlah ia selalu dijadikan contoh oleh masyrakat luar. Peluang
ini datang kepada kita apabila pedagang-pedagang arab datang berdagang di nusantara ini. Ini
secara tidak langsung menerapkan unsur-unsur kebudayaan mereka dalam masyarakat
Melayu. Dalam bidang kesenian Islam memperihalkan ciri-ciri yang tersendiri. Islam
mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika,
kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai
nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam,
kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan,
kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap
Masjid-masjid pada awal banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur seni bina
kuil,candi,kebudayaan setempat dan penjajah .Setiap masjid melambangkan menifestasi seni
bina islam yang berkembang dengan perkembangan kebudayaan tamadun islam. Masjid
adalah insitusi utama agama islam. Didalamnya banyak aktiviti dilakukan Sikap dedikasi dan
ketekunan dalam membina masjid dan pengaruh seni dekorasi,seni hias kulit,seni khat
tamadun islam melakukan sturktur seni bina masjid .Batu nisan, merupakan karya seni Islam
yang pertama sekali masuk ke kepulauan masyarakat melayu. Contohnya yang pernah ditemui
ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903 masihi yang dijumpai di
Linggir Kedah. Dari segi coraknya, batu nisan tersebut di samping menerima pengaruh asing,
juga memancarkan daya kreativiti penduduk tempatanSelain batu nisan, masjid merupakan
karya seni Islam yang terpenting Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak
dari abad 14 hingga abad 18, masih berbentuk tradisional. Terdapat juga pengaruh masyarakat
tradisi pada bentuk perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi perhiasan yang berasal
KALAIVANIPERUMAL Page 25
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
dari zaman pra-Islam seperti daun-daunan, bunga teratai, bukit-bukit karang, pemandangan
dan garis-garis geometri.Di samping itu, terdapat juga perkembangan kaligrafi atau seni khat
Islam.Corak arabes amat dipraktikkan di dalam senibina islam dimana corak ini didapati
dalam dua dan tiga dimensi yang tertumpu kepada masalah luasan permukaan.
Seni lukis pula berkait rapat dengan seni ukir. Seni lukis tamadun islam
memperlihatkan kehalusan bentuk dan kecemerlangan warna. Objek lukisan yang menghiasi
kulit atau halaman Al-quran dan kitab –kitab penting dengan unsur-unsur alam seperti
dedaunan dan bungaan dan lain-lainPakaian banyak melahirkan pakaian kebudayaan yang
berkonsepkan ajaran islam. Selain menutup aurat pakaian ini juga melambangkan
keperibadian sesuatu bangsa. Dengan itu nilai seni suatu bangsa tidakkan hilang ditelan
zaman.
PROSES PENGGARAPAN IDEA,MENTAFSIR IDEA DAN PENGARUH
DALAM MEMBERI MAKNA
Proses penggarapn idea dan mentafsir idea merupakan proses awal yang dilakukan sebelum
menghasilkan sesuatu hasil seni.Setiap senimam mempunyai daya kreativiti masing-masing
dalam menghasilkan sesuatu karya mengikut imaginasi dan kefahaman estetiknya.Seni islam
menekankan kesederhanaan dan keindahan serta ketenangan dalam hasil seni.
Motif yang berasaskan tumbuhan digunakan sebagai elemen-elemen seni rupa yang
utama.Motif-motif ini mendapat perubahan bentuk dibeberapa peringkat sama ada sifat
tumbuhan secara langsung ataupun sifat asas atau hanya sifat gerak geri.Garisan berbelit-belit
tetapi dalam susunan yang tenang disendikan dengan motif-motif daun.Garisan-garisan
mempunyai garak yang bersambung yang tiada peringkat dan tiada hujung tetapi terus
sambung menyambung.Motif-motif tumbuhan digunakan dalam susunan geometri
mewujudkan keadaan tenteram yang hasilnya wujud motif-motif yang mempunyai keaslian
tumbuhan yang lembut dan berbentuk abstrak dengan gerak yang lembut dengan ketampanan
garis yang tegas.Motif tumbuhan digunakan dengan mencapai taraf kejayaan yang tinggi pada
lukisan,seni tembikar,ukiran kayu dan sebagainya.
KALAIVANIPERUMAL Page 26
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
Corak berbentuk geometri lazimnya digunakan pada bangunan yang mengwujudkan
hasil yang mempunyai nilai keseluruhan,perpaduan bentuk dan konsep.Corak-corak geometri
dibina mengiut ulangan bentuk-bentuk geometri yang melahirkan pernyataan irama secara
tepat.
Ciri-ciri kesenian Islam banyak mempengaruhi hasil seni di Tanah Melayu sejak turun
temurun lagi.Masyarakat Melayu mahir dalam menghasilkan pelbagai kraf tradisi dan
diantaranya batik merupakan salah satu kraf yang masih aktif dihasilkan dengan
mempraktikkan nilai-nilai keislaman.Walaupun motif flora dan fauna merupakan motif
utama yang digunakan untuk proses penggarapan idea batik namun otif flora lebih
diutamakan kerana islam mengharamkan unsur figuratif.
Selain itu ukiran kayu tradisional masyarakat melayu melambangkan gaya geometri
yang bermotifkan alam tumbuhan dan ayat-ayat suci al-quran.Bentuk figura dan embaga
bernyawa tidak dibenarkan mengikut ajaran islam.Motif-motif biasanya mengambil bentuk
bunga atau daun yang melambangkan keindahan alam semulajadi.Seni ukiran Melayu bukan
sahaja mempunyai keindahan yang tersendiri malah meliputi bidang falsafah dan spiritual
orang-orang islam.Nilai-nilai keagamaan menjadi landasan sesuatu ukiran kayu.Seni ukiran
Melayu tidak hanya dilihat pada kegunaanya semata-mata tetapi juga pada nilai estetika dan
cetusan rasa yang tersirat di dalamnya.
Masjid merupakan tempat sembahyang,pusat sinarnya segala aktiviti masyarakat islam
dan titik pertemuan segala seni.Masjid tidak dihiasi dengan gambar,arca atau benda.Bentuk
yang digunakan untuk membina masjid tidak terpisah dari konsep matematik trdisional
khususnya konsep geometrid an bentuk geomtrik.Bangunan masjid mempunyai dewan yang
bersegi-segi yang dipanggil liwan.di dalam liwan terdapat dewan untuk sembahyang. Ruang-
ruang kosong di dalam masjid dihias dengan seni kaligrafi, bentuk,bentuk geometri yang
terdapat pada bahagian dalam bumbung serta permaidani-permaidani yang terdapat di dalam
masjid.
RUMUSAN
KALAIVANIPERUMAL Page 27
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
Naluri asasi manusia sentiasa mengarah kepada keselamatan dan
kesenangan.Sementara agama pula berfungsi untuk mewujudkan keselamatan dan kesenangan
di dunia dan akhirat.Sosial,ekonomi,politik,pengetahuan dan kemahiran teknik berfungsi
untuk keselamatan jasmaniah manusia di dunia.Namun untuk mendapatkan kesenangan atau
kegembiraan , manusia menikmatinya melalui kesenian.Seni merupakan usaha-usaha untuk
mencipta bentuk-bentuk yang mengembirakan dan menyenangkan (Herbert Read)Seni adalah
pernyataan sesuatu perasaan dan melahirkan apa yang dirasakan.(Emerson).Seni menolong
seseorang mengeluarkan perasaan dan idea .Kegembiraan dan kesenangan yang wujud
melalui kesenian mempunyai had tersendiri. Kegembiraan dan keghairahan yang tidak
bermatlamat serta keterlaluan mampu menghakis dan memusnahkan seseorang mahupun
bangsa.
Justeru itu ,Islam mengharamkan seni yang bermatlamatkan hiburan, keduniaan
ataupun keseronokan yang keterlaluan. Wujud garis panduan yang jelas dalam Islam yang
menyarankan bahawa kesenian itu perlu mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia.
Manusia harus mengemudikan seni menerusi fitrah mansuia yang sedia ada berlandaskan
sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Seni Islam dibentuk untuk
melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab. Konsep seni Islam menyaran
pengabdian diri kepada Allah dengan menjurus ke arah ajaran tauhid. Fungsi seni tidak
kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan
rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan
penciptaanNya. Kesenian Islam yang membuka ruang kepada pembentukkan seni tradisi
orang Melayu. Maka, konsep Islam terdapat dalam kesenian Melayu malah ajarannya juga
disemadikan dalam setiap hati umat Islam di negara ini. Kesenian tersebut melambangkan
keagungan Islam dan masyarakat Melayu yang melintasinya setiap kali akan senantiasa
dingatkan supaya sentiasa akur dan patuh kepada keagunganNya.
Rujukan
KALAIVANIPERUMAL Page 28
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 2012
http://bobezani.tripod.com/budaya.htm
http://callidesign.blogspot.com/
http://diwanikraf.com/tag/seni-khat/
http://eprints.ptar.uitm.edu.my/1345/1/JOHAN_BIN_ABDUL_85_24.pdf
http://impak.uitm.edu.my/?page_id=1208
http://kini2u.com/v1/tag/senibina-rumah-tradisional/
http://perak.uitm.edu.my/kutai/images/present_paper/evolusi%20bentuk%20dan%20
http://resam-melayu.com/2010/08/rumah-melayu-tradisional.html
http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/batik-buatan-malaysia.html
http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=308030
http://www.hbp.usm.my/wburhan/arkitektursbina.htm
http://www.islamgrid.gov.my/articles/seniislam/pengenalan.php
Kathleen Chee,(1997),Sri Pelangi Fokus Pendidikan Seni SPM,Penerbitan Pelangi
Sdn,Bhd.Selangor
Rudofsky,B. Architecture Without Architects: A Short Introduction to Non-Pedigreed
Siti Zainon Ismail,(1986),Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi,Dewan Bahasa Dan
Pustaka,Kuala Lumpur.
Wan Burhanuddin, The Malay House: Rationale and Change, 1981
KALAIVANIPERUMAL Page 29