tugasan seni sem 5
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
HBAE 1403
Fakulti Pendidikan dan Bahasa
May 2013
HBAE 1403
Mengambar
NAMA : CHONG CHEE LENG
NO. MATRIKULASI : 820207105007001
NO. KAD PENGNEALAN : 820207105007
NO. TELEFON : 012-9178814
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : Shah Alam Learning Centre
1
HBAE 1403
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
1.0 Pengenalan 3
1.1 Peranan Guru Pendidikan Seni Visual 3
1.2 Pengetahuan dalam Seni Sebagai Guru Pendidikan Seni Visual 4
1.3 Kreativiti Kanak-kanak 4
2.0 Apresiasi Seni 6
2.1 Apresiasi Seni Murid 7
2.2 Penilaian guru 9
3.0 Kesimpulan 10
4.0 Rujukan 11
5.0 Lampiran 12
2
HBAE 1403
1.0 Pengenalan
1.1 Peranan Guru Pendidikan Seni Visual
Peranan utama guru seni adalah membantu murid supaya dapat berinteraksi
dengan pelbagai hasil seni dan kraf. Guru juga perlu membantu murid menghayati,
membuat analisis, menghuraikan dan menilai terhadap karya-karya dengan
menggunakan bahasa yang tepat.
Guru pendidikan seni visual adalah sebagai pelaksanan dalam kurikulum yang
telah diselaraskan. Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru seni visual adalah amat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah
sentiasa melaksanakan kurikulum yang telah diselaras dan mengamalkan konsep 5P
dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep 5P terdiri daripada proses
pengabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai, pemulihan
dan pengayaan. Konsep tersebut adalah aspek yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana melalui proses ini, murid dapat menyesuaikan maklumat dalam
rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta
mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid.
Selain daripada mengamalkan konsep di atas dalam P&P, guru seni visual perlu
juga memainkan peranan dalam menghasilkan ruang atau bilik khusus yang memberi
impak yang maksimum kepada murid. Kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah
sekolah terletak kepada guru seni visual itu sendiri dan tempat operasi. Perkara yang
ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatid dan
melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi
menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi. Guru sebagai pengurus dalam
merancang dan mengurus proses P&P termasuk menggariskan matlamat
pembelajaran, merancang strategi yang sesuai serta mengurus tingkah laku murid,
mentaksir serta menilai hasil pembelajaran. Guru seni visual juga perlu menguruskan
bahan bantu mengajar dan bertanggungjawab terhadap bahan dan peralatan di
sekolah.
3
HBAE 1403Guru juga adalah sebagai pembimbing demi menjayakan dan memantapkan mata
pelajaran seni visual. Para murid adalah harus dibimbing dengan sepenuh perhatian.
Jika murid menghadapi sebarang masalah dalam menguasai kemahiran, guru
hendaklah mengadakan aktiviti pemulihan bagi membantu murid yang menghadapi
masalah. Guru juga perlu melaksanakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan untuk
meningkatkan kualiti pembelajaran seni visual.
Semasa menjalankan P&P atau aktiviti, guru haruslah melaksanakan pengajaran
berteraskan ansur maju dan mengelolakan aktiviti pembelajaran mengikut tahap
kebolehan murid. Konsep yang diajar haruslah mengaitkannya dengan situasi yang
sebenar dalam kehidupan murid. Guru juga perlu menerapkan pemahaman,
penghayatan dan kritikkan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti melalui
imaginasi dan konsepsi murid.
Selain yang di atas, guru juga berperanan sebagai mativator yang menjalankan
aktiviti bina semangat dan membentukkan keyakinan murid. Guru seni visual juga
bertanggungjawab dalam memupukkan minat murid dalam bidang artistic supaya
murid berkeinginan untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan
memperlihatkan kepentingan konsep seni visual. Guru juga harus berusaha dalam
merangsang dan menggalakkan murid ke arah kecemerlangan diri, membawa
perubahan kepada murid, memberi dorongan dan bimbingan dan membantu murid
untuk menyelesaikan masalah supaya mereka boleh menghadapi cabaran pada masa
depan.
1.2 Pengetahuan dalam Seni Sebagai Guru Pendidikan Seni Visual
Guru seni haruslah mempunyai beberapa ciri yang berikut:
a) Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang seni lukis dan kraf.
b) Boleh menghasilkan pelbagai jenis hasil seni dan kraf.
c) Boleh menghargai pelbagai jenis hasil sini dan kraf.
d) Mempunyai kebolehan bercakap dan memberi penerangan yang tepat tentang
pelukis, pereka, pengukir, hasil seni dan kraf.
e) Merancang dan menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
1.3 Kreativiti Kanak-kanak
4
HBAE 1403Pendidikan seni visual selalu dipandang rendah dan dianggap sebagai mata
pelajaran yang tidak berapa penting oleh sesetengah ibu bapa dan masyarakat. Ini
berlaku keranan kekurangannya pemahaman dari segi sumber maklumat dan rujukan
yang tidak tetap terhadap Pendidikan Seni Visual. Kreativiti dalam pendidikan seni
memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan. Ia kurang disedari disebabkan
tidak nampak secara kasarnya. Kreativiti dalam pendidikan seni visual telah disemai
dan diamalkan sejak generasi awal lagi. Seni bukan sahaja mengajar seseorang itu
melukis dan mewarna, namun mendidik untuk mengenali dan menghayati keindahan
dan kecantikan serta memupuk nilai-nilai estetik dan nilai-nilai kemanusiaan dalam
diri manusia. Seni harus dilihat sebagai satu subjek yang mampu mengubati
permasalahan yang berlaku dalam jiwa manusia.
Seseorang yang kreatif dikatakan sebagai insan yang mempunyai daya kreativiti,
imaginatif dan nilai estetik yang tinggi. Pendidikan seni bertujuan untuk melahirkan
insan yang mempunyai kreativiti dengan melatih dan mendidik murid supaya dapat
membentuk sahsiah yang positif dengan memiliki sifat-sifat kreatif dan daya kreativiti
yang unggul. Oelh itu, seseorang yang mempunyai nilai kreativiti adalah seorang
yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:
Mempunyai daya persepsi yang tinggi dan mereka peka dan gemar untuk melihat
kekuatan nilai dan makna pada objek dan alam, mendengar bunyi kehidupan di
sekeliling mreka, sedar akan apa yang dirasa dan disentuh dan peka terhadap sesuatu
bau yang dihidu.
Selain itu, seseorang yang kreatif adalah mempunyai daya dan kemampuan untuk
membina dan mencipta idea sendiri atau menggubah sesuatu idea atau benda yang
asal kepada sesuatu yang baru dan berbeza. Ia boleh dilakukan dengan penggunaan
teknik dan gaya yang berbeza dengan memanipulasikan idea tersebut dengan pelbagai
cara. Mereka juga perlu meneroka dan cuba dengan pelbagai dan pendekatan dengan
cara tersendiri bagai menyelesaikan permasalahan sesuatu idea atau ciptaan tersebut
dan untuk itu, perlulah mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berupaya berfikir
secara ’Extraordinaty’.
Seseorang yang kreatif juga suka mencuba, meneroka sesuatu yang baru samada
dengan menggunakan cara-cara baru dan inventif menggabungkan idea dan imej.
5
HBAE 1403Individu tersebut juga harus mampu mengimpikan dan memikirkan kemungkinan-
kemungkinan baru yang luar biasa.
Ciri-ciri kreatif juga dinampak pada seseorang yang suka mengkaji dan
menyelidik serta dapat memberi makna dan pengertian terhadap sesuatu ciptaan atau
idea. Dia akan selalu bertanya dan mencari penjelasan bagi persoalan serta akan
berusaha untuk mencari penemuan yang baru mengenai hubungkait antara idea dan
bahan.
Selain itu, seseorang yang kreatif juha peka terhadap nilai estetik. Mereka akan
lebih tertarik terhadap nilai keindahan, kecantikan, keunikkan, kelainan dan
keharmonian terhadap sesuatu objel, alam dan kehiduoan. Mereka juga dapat
merasakan nilai rentak, iramam dan harmoni terhadap apa yang dilihat dan
dihasilkan.
Akhirnya sekali, seseorang yang kreatif adalah mempunyai keyakinan diri. Dia
dapat menggunakan pendekatan yang flesibel mengikut situasi dan keperluan. Ia juga
boleh berdikari dan mempunyai kekuatan perasaan dan emosi serta dapat membuat
pernyataan diri.
2.0 Apresiasi Seni
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan maksud apresiasi ialah
penghargaan, pengiktirafan serta penghayatan nilai sesuatu karya, sastera atau seni.
Academic Dictionary of Art mengjelaskan bahawa ‘art appreciation’ sebagai “the
introduction of basic principles of visual literacy especially the means to analyzing
form whether with or without reference to subject matter, symbolism or historical
context to general audiences for the purpose of enhancing their enjoyment of works of
art”.
Ia bermaksud, apresiasi seni sebagai pengenalan kepada prinsip asas bahasa
tampak terutamanya untuk menganalisa bentuk samada dengan atau tanpa merujuk
kepada subjek matter, simbolisma atau konteks sejarahnya, bagi orang ramai untuk
meningkatkan penikmatan dan penghayatan terhadap karya seni.
Mohd Johari (2004) menyatakan bahawa apresiasi seni ialah aktiviti seperti
menonton, menghayati atau apresiasi seni juga merupakan salah satu bidang kritikan
6
HBAE 1403seni. Beliau juga berpendapat penasiran terhadap karya seni itu boleh difahami
apabila kita berpeluang menghargainya. Zakaria Ali (1998) juga menyatakan bahawa
pengahrgaan atau apresiasi seni adalah satu latihan yang memerlukan penglibatan
sepenuhnya deria pandang dan sentuh.
Keseluruhan ulasan ilmiah yang boleh dipetik menjurus kea rah maksud yang
sama, iaitu apresiasi seni adalah satu aktiviti memerhati, mengkaji dan menilai
produk seni agar lebih memahami bentuk serta isinya. Hasilnya khalayak akan
menjadi lebih puas menikmati karya seni dengan penuh penghayatan serta sedar akan
aspek bahasa visual yang dipersembahkan oleh pengkarya. Kemampuan menghayati
karya seni dengan lebih mendalam memerlukan penghayat mempunyai pengetahuan
asas seni visual. Pengetahuan tersebut telah pun sedia ada dalam setiap murid sekolah
atau lepasan pelajar sekolah di Malaysia sejak mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
dijadikan mata pelajaran wajib dalam kurikulum bersepadu.
Feldman (1967) dan Smith (1967) telah mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi
seni berasakan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
a) Menggambarkan
b) Menganalisa
c) Tafsiran
d) Penilaian
2.1 Apresiasi Seni Murid
Tema: Alam Semula Jadi – Rama-rama
Bahan: Kertas A4, pensil, pensil warna
Teknik: Lukisan
7
HBAE 1403
1) Menginterpretasi gambar dari tema
Terdapat seekor rama-rama di tengah
Awan dan burung di atas rama-rama
Rumput dan bunga di bawah rama-rama
2) Penggunaan alat, media dan bahan
Murid telah menggunakan peralatan seperti pensil, pensil warna dan
kertas A4 untuk menghasilkan lukisan.
3) Teknik mewarna dan kritikan hasil seni
8
HBAE 1403
Terdapat hue warna, nilai, garisan, bentuk, jalinan dan ruang.
Murid telah menggunakan pelbagai warna untuk menghasilkan
lukisan.
Terdapat keharmonian warna dalam hasil karya murid.
Pelbagai corak yang kreatif di lukis oleh murid di sayap rama-rama.
2.2 Penilaian guru
Lukisan yang dihasilkan oleh murid adalah jelas menunjukkan idea yang
mereka fikir. Murid telah melukis objek yang betul mengikut kehendak tajuk.
Mereka menghiaskan lukisan dengan objek alam sekitar seperti: awan,
burung, rumput, bunga dan sebagainya. Terdapat keseimbangan corak di
sayap rama-rama yang dilukis oleh murid. Ia telah menunjukkan keharmonian
objek yang dilukis.
Murid juga telah menunjukkan bahawa mereka tahu apa yang hendak
dilukis dan mereka menghubungkan pemikiran dengan hasil di atas kerta.
Ruang di antara objek telah diwujudkan dalam karya seni mereka. Objek yang
berada di depan kelihatan lebih jelas dan besar berbanding dengan objek sama
saiz yang berada di bahagian belakang.
Sebahagian murid telah menghasilkan karya hanya tertumpu terhadap
bahagian tengah sahaja. Kebanyakan murid tahu menghasilkan karya pada
keseluruhan kertas dengan objek lain yang munasabah, iaitu objek alam
semula jadi. Mereka telah menggambarkan idea dalam susunatur dan
9
HBAE 1403komposisi yang baik. Apa yang ingin disampaikan adalah dalam keadaan
yang teratur. Rupa dan bentuk yang dihasilkan adalah sesuai dengan tema
yang ingin disampaikan.
Murid telah menggunakan warna yang berbagai-bagai untuk menghasilkan
lukiasna mereka. Setiap individu mempunyai warna yang tersendiri, apa yang
dipilih adalah mengikut apa yang diminati. Didapati mereka lebih suka kepada
warna yang terang.
Bahan atau media yang digunakan oleh murid adalah ditetapkan oleh guru.
Iaitu bahan dan media yang ringkas dan mudah. Ini adalah kerana kesesuaian
dan kemampuan murid telah ditimbang oleh guru. Tetapi cara penggunaannya
adalah terpulang kepada mereka sendiri.
Murid telah menunjukkan idea mereka dengan kreatif. Rama-rama yang
dihasilkan oleh mereka adalah mempunyai keaslian mereka sendiri. Mc Fee
menjelaskan bahawa kanak-kanak berkomunikasi melalui lukisan mereka.
Oleh itu, kanak-kanak akan melukis apa yang mereka tahu atau kenali.
Kesimpulannya, kesemua murid mempunyai daya imaginasi yang tinggi
kerana lukisan yang cuba ditonjolkan menunjukkan daya kreativiti mereka.
Walaupun mereka masih lagi di peringkat awal, tetapi dari gambar-gambar
yang dihasilkan oelh mereka telah jelas menunjukkan kepekaan mereka
terhadap alam sekitar di sekeliling mereka.
3.0 Kesimpulan
Apresiasi seni adalah satu elemen yang penting dalam pengajaran seni visual di
sekolah. Ianya biasa dilakukan pada penghujung pengajaran dan pembelajaran dengan
mengambil masa lebih kurang 10 minit. Dalam ruang apresiasi ini, guru dan murid akan
berbincang tentang hasil karya yang telah dihasilkan oleh murid di dalam kelas.
Dalam tugasan ini, saya telah melakukan apresiasi terhadap hasil karya murid dengan
sendiri dan mula berasa apresiasi adalah sangat penting bagi seorang guru pendidikan
seni visual. Pada mulanya memang agak susah untuk melakukan apresiasi terhadap
kerana biasanya murid akan hantar hasil kerja mereka dan saya akan memberi markah
denga suka hati sahaja. Selepas menyelesaikan tugasan, didapati apa yang dulu pernah
10
HBAE 1403saya buat itu adalah tidak betul. Lukisan atau hasil kerja murid perlu dilakukan apresiasi
dan bukan bagi markah dengan sesuka hati guru.
Apresiasi merupakan satu aktiviti untuk memerhati, mengkaji dan menilai hasil karya
murid supaya lebih memahami bentuk serta isinya. Kemampuan seorang guru seni untuk
menghayati karya seni murid dengan lebih mendalam memerlukan pengetahuan asa seni
visual. Jika seorang guru seni visual yang tidak tahu melakukan apresiasi terhadap hasil
karya murid. Guru tersebut boleh dikatakan tidak layak untuk mengajar Pendidikan Seni
Visual.
4.0 Rujukan
1) Abdul Shukor Hashim. Kajian Senilukis dan Senireka. [Online].
Available:
http://eprints.uitm.edu.my/3342/1/LP_ABDULSHUKOR_HASHIM_99_24.pdf.
[2013, Julai 4].
2) Bazli. (2012). Kreativiti Dalam Pendidikan Seni Visual. [Online].
Available: http://bz-li.blogspot.com/. [2013, June 25].
3) Jahani. Perkembangan PSV Di Malaysia. [Online].
Available: http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html. [2013, Julai 7].
4) Setyahermawan. (2011). Apresiasi Seni. [Online].
Available: http://setyahermawan.blogspot.com/p/apresiasi-seni.html.
[2013, June 28].
11
HBAE 14035) Ushune1908. (2013). Apresiasi-Seni. [Online].
Available: http://www.slideshare.net/ushune1908/21963733-apresiasiseni.
[2013, Julai 2].
5.0 Lampiran:
Hasil Kerja Murid
12
HBAE 1403
13