tugasan & senarai rujukan〔18。9。2010;10.36pm〕
TRANSCRIPT
NO KP : 531001-08-6399
1.0 PENGENALAN
Masalah pengangguran di kalangan graduan institusi pengajian tinggi (IPT)
bukanlah isu baru dan ia bagaikan tiada penghujungnya.Salah satu faktor
kepada masalah ini adalah kerana tahap penguasaan soft skills atau kemahiran
generik graduan adalah rendah. Oleh itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
sedang memperkasa pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit di IPT
tempatan, selain menerapkan elemen kemahiran insaniah dalam pembelajaran
setiap kursus.
Penekanan pelajar dalam kokurikulum ini adalah kaedah berkesan dalam usaha
mengasah kemahiran generik pelajar di institusi pengajian tinggi dan di sekolah
menengah juga . Ia perlu ditambah baik menerusi pemantapan sistem
pengajaran dan pembelajaran.
Antara inti pati Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan individu yang
seimbang daripada segi jasmani,emosi, rohani dan intelek. Dalam konteks inilah
peranan kokurikulum sebagai pelengkap kepada kurikulum memainkan
peranannya. Ini kerana menerusi kurikulum semata-mata adalah sukar untuk
sesebuah institusi pendidikan melahirkan individu yang seimbang secara
sempurna. Intelligence Quotient (IQ) boleh dikembangkan menerusi kurikulum
tetapi Emotional Quotient (EQ) agak sukar dikembangkan menerusi kurikulum,
EQ lebih mudah dikembangkan menerusi kokurikulum. IQ penting dalam
menentukan kejayaan seseorang pelajar dalam alam persekolahan tetapi EQ
1
NO KP : 531001-08-6399
penting dalam menentukan kejayaan seseorang dalam alam pekerjaan dan
kehidupan sebenar .
2.0 TAKRIF KOKURIKULUM
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas,Kegiatan kokurikulum
ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang
untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang
dipelajari di bilik darjah.
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus
Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan".
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan
No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-
peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu :
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan
mengandungi yang berikut:
1. Penyertaan dalam sukan dan permainan
2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab
3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan
2
NO KP : 531001-08-6399
3.0 TAKRIF KEMAHIRAN GENERIK
Dalam pengertian yang lebih mudah kemahiran generik ialah kemahiran
umum yang boleh digunakan dalam banyak pekerjaan dan tidak mengkhusus
kepada sesuatu pekerjaan atau industri. Contohnya kemahiran komunikasi, kerja
dalam kumpulan dan penyelesaian masalah. Jabatan Perkhidmatan Awam
(2003)
mengaitkan kemahiran generik dengan kompetensi generik iaitu pengetahuan,
kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu kepada setiap anggota tanpa mengira
jawatan yang disandangnya dalam sesuatu kumpulan seperti kepimpinan,
kemahiran komunikasi dan membuat keputusan.
Menurut Universiti Teknoloji Mara, kemahiran generik terbahagi kepada
tujuh iaitu; Kemahiran komunikasi (Communication Skills), Kemahiran bekerja
dalamkumpulan (Teamworking), Kemahiran menyelesaikan masalah (Problem
solving), Fleksibelatau mampu menyesuaikan diri (Adaptability), Pembelajaran
sepanjang hayat (LifelongLearning), Keyakinan diri (Self-Esteem) dan Kemahiran
dalam Etika atau moral (Ethics).
3
NO KP : 531001-08-6399
4.0 PERANAN KOKURIKULUM DALAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
GENERIK DI SEKOLAH
Dalam konteks hubungan antara kokurikulum dengan kemahiran generik, antara
focus utama kegiatan kokurikulum ialah membina kemahiran generik supaya
pelajar dapat berdikari. Selain daripada itu, aktiviti kokurikulum dapat
memberikan latihan awal dari segi kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di
kalangan pelajar.
Kepimpinan dapat dilatih melalui aktiviti pakaian seragam, persatuan, kelab dan
sukan. Ini kerana Ilmu memimpin dan mengurus bukannya seperti orientasi ilmu
akademik yang kebanyakannya berkisar dalam kelas dan kertas-kertas ujian,
tetapi melalui satu pendidikan yang mesti didalami dan dirasai sendiri oleh
pelajar tersebut, sebab memimpin dan mengurus ianya berhadapan dengan
manusia. Lantaran itu,apabila pelajar diberikan peluang mengurus persatuan-
persatuan, kelab atau sebagainya,maka secara serentak mereka akan
memimpin dan mengurus ahli-ahlinya (manusia), memerlukan kebijaksanaan,
komunikasi, phisykologi dan strategi yang tertentu.
Lanjutan daripada idea yang menyatakan pelajar boleh mendapat kemahiran
generik dalam konteks memimpin daripada kegiatan kokurikulum, beberapa
aspek kepimpinan sepatutnya wujud di kalangan mereka yang memegang
persatuan. Antaranya ialah mesti mempunyai kemahiran tertentu seperti
kemahiran menghurai, mengamalkan dan mengawal tingkah laku, kemahiran
4
NO KP : 531001-08-6399
memahami masalah dan membantu mencari penyelesaian, kemahiran
mentafsir, memberi maklumat, membuat rumusan dan hubungan manusia.
Daripada perbincangan yang dikemukakan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa
kemahiran generik wujud dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan disesebuah
institusi pendidikan. Hubungannya boleh diringkaskan menerusi jadual berikut:
Jadual 1: Peranan Kokurikulum Dalam Pembangunan Kemahiran Generik
Contoh Aktiviti Kokurikulum
Contoh Ciri Kemahiran Generik
1
Perbahasan,
Kuiz,
Lawatan Persatuan Dan
Kelab
Kepimpinan, memahami idea khusus,
Membuat keputusan, Keyakinan diri ,
Berani Mengambil risiko, Kesopanan,
Penyelesaian masalah komunikasi,
Kemahiran bahasa, Kreatif, Inovatif,
Kekuatan emosi dan mental,
Interpersonal.
2
Pertolongan cemas
Bertanggungjawab, Bermoral,
Bersahsiah tinggi, Berdedikasi,
Boleh membimbing masyarakat
5
NO KP : 531001-08-6399
3
Latihan sukan,
Latihan permainan,
Pertandingan Sukan Dan
Permainan
Semangat juang, Bermotivasi,
Semangat berpasukan, Berdisiplin,
Pemikiran strategik, Penetapan matlamat,
Keyakinan diri, Mematuhi peraturan,
Memberi tumpuan ,
Kekuatan fizikal, rohani, emosi dan
mental.
4Kawat, Perkhemahan Unit
Beruniform
Bekerjasama dalam kumpulan,
Disiplin diri, Mematuhi pemimpin,
Ketahanan fizikal, rohani dan emosi,
Bertanggungjawab, Siap sedia,
Komunikasi, Berdikari dan Berusaha.
5 Pencegahan Kebakaran
Protokol dan etika, Pengurusan diri ,
Berdaya tahan mental dan fizikal,
Jati diri
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) dan Bahagian Kurikulum
6
NO KP : 531001-08-6399
Teknikal dan Vokasional (2000).
5.0 KEGIATAN KOKURIKULAM DI SMK DARUL RIDWAN, TAIPING,
Di SMK Darul Ridwan, sekolah saya,kegiatan kokurilum dirancang dengan rapi
sebelum dijalankan pada awal tahun.Setiap hujung tahun, Jawatankuasa
Pelaksana Kokurikulium (JKPK) yang dipengerusikan oleh Penolong Kanan
Kokurikulm, akan mengkaji semula segala rancangan, pelaksanaan dan
pencapaian aktiviti kokurikulum .Daripada hasil perbincangan itu, segala
kelemahan dan kelebihan disenaraikan untuk tindakan susulan,iaitu kelemahan
dan kesilapan pelaksanaan dibetulkan dan kelebihan dikekal dan seterusnya
ditingkatkan.
Selepas itu dibentuk Jawatankuasa Kokurikulum dan Jawatankuasa Penilaian
Aktiviti Kokurikulum baru untuk tahun berikutnya. Ahli Jawatankuasa
Kokurikulum terdiri daripada Pengerusi ,Setiausaha, Penyelaras(Persatuan
Akademik, Unit Beruniform, Kelab Sukan/Permainan),Penyelaras Papan
Kenyataan,Penyelia Displin Pelajar ,Setiausaha Sukan, OlahragaDan MSSPK ,
dan semua ketua panasihat Persatuan Akademik, Unit Beruniform, Kelab
Sukan/Permainan. Ahli Jawatankuasa Penilaian Aktiviti Kokurikulum pula terdiri
daripada Penasihat (dipegang oleh tuan Pengetua) ,pengerusi(dipegang oleh
Penolong Kanan Kokurikulum),Setiausaha,Penolong Setiausaha (Pengurusan
Markah Kokurikulum),semua Guru Kelas ,semua ketua panasihat Persatuan
Akademik, Unit Beruniform, Kelab Sukan/Permainan.
Pada awal setiap tahun,sebaik sahaja sekolah dibuka semula, pandaftaran
7
NO KP : 531001-08-6399
ahli untuk semua Persatuan Akademik, Unit Beruniform, Kelab
Sukan/Permainan.
akan bermula secara bergilir-gilir.Seminggu kemudian ,Mesyuarat Agong
Tahunan akan diadakan untuk memilih ahli jawatankuasa baru setiap badan
tersebut. Lepas itu, ahli jawatankuasa mengadakan mesyuarat kali pertama
sendiri untuk membincangkan aktiviti tahunan.Penasihat turut hadir dalam
Mesyuarat Agong Tahunan tersebut, tetapi tidak campur tangan,segala-galanya
dijalan dan diputuskan oleh murid-murid sendiri.Sekira perlu ,Penasihat berikan
pandangan atau cadangan untuk membantu menyelesaikan masalah.
Biasanya, pada minggu ketiga, satu kursus sehari akan diadakan untuk melatih
ahli jawatankuasa baru setiap badan kurikulum tentang cara menguruskan
kegiatan . Kursus ini dibahagikan kepada dua sesi.Sesi pertama dijemput Ketua
Panitia Bahasa Melayu untuk member penerangan seperti berikut:
a. cara mencatat minit mesyuarat dengan format yang betul,
b. cara menulis surat resmi kepada pentadbir sekolah untuk memohon atau
meminjam kemudahan , kelengkapan sekolahdan sebagainya.
c. cara menulis surat resmi kepada pentadbir sekolah untuk membuat
lawatan atau rombongan ke luar kampus sekolah.
d. cara menulis notis yang betul.
Sesi kedua dikelolakan oleh Guru Perakaunan.Beliau bertugas menerangkan :
a. .cara mencatat penerimaan dan pembayaran wang pada buku akaun.
b. prosedur membayar sejumlah wang yang besar
8
NO KP : 531001-08-6399
c. penggunaan baucer dan resit
d. cara mengaudit akaun
Pada hari itu, peserta bukan sahaja didedahkan kepada cara pengurusan badan
kokrikulum,bahkan diberikan berbagai latihan untuk mengukuhkan pengetahuan
yang diperolehi .
Contoh 1: Beberapa orang peserta disuruh menulis surat kepada pengetua agar
mendapat kebenarannya untuk menggunakan dewan sekolah.Kemudian hasil
kerja mereka ditunjuk kepada para peserta dengan menggunakan powerpoint.
Melalui perbincangan, kesilapan format dan bahasa dibetulkan dan para peserta
akan diberikan edaran yang mengandungi contoh yang paling sesuai sekali.
Contoh 2: Semua peserta diberikan beberapa keeping resit yang menuntut
pembayaran.Peserta dihenhendaki mencatat perbelanjaan itu dalam Akaun
Tunai dan membayar jumlah itu dengan mengeluarkan baucer dan mendapat
tandatangan penerima.
Melalui kursus pendek itu, maka para peserta telah menguasai cara
menguruskan badan kokurikum dan segala aktiviti seterusnya akan dijalankan
oleh jawatankuasa sendiri kecuali menghadapi masalah di luar duagaan dan
kemampuan mereka ,barulah penasihat campurtangan.
9
NO KP : 531001-08-6399
6.0 RANGKAKERJA AKTIVITI KOKURIKULUM DI SMK DARUL RIDWAN
Aktiviti-aktiviti kokurikulum memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan menyeluruh (holistic) pelajar-pelajar. Jika ianya diurus,
dirancang dan dilaksanakan, aktiviti-aktiviti tersebut akan merangsang setiap
pelajar untuk meminati sesuatu kemahiran sepanjang hayat. Sebagai contoh,
tidak kira ianya berbentuk sukan atau muzik, ini akan membantu pelajar
tersebut untuk mempunyai perkembangan yang seimbang apabila dewasa
kelak. Semua aktiviti-aktiviti kokurikulum menitikberatkan interaksi social, dan
setiap aktiviti mempunyai objektifnya yang tersendiri. Sebagai contoh, sukan
mengembangkan ketahanan, “fair play” dan “team spirit” kepada pelajar.
Aktiviti kesenian dan kebudayaan mencerapkan perasaan kelembutan dan
menghargai bangsa yang mempunyai adat resam dan yang berbagai budaya.
Aktiviti unit beruniform pula bertujuan untuk pelajar menjadi warganegara
yang berguna dengan menanamkan sifat tidak bergantung kepada orang lain
dan semangat untuk berkhidmat untuk orang lain. Selain daripada
menanamkan nilai-nilai murni, aktiviti-aktiviti kokurikulum juga mengenalkan
pelajar kepada semangat keusahawanan (entrepreneurial), belajar
menghadapi risiko dan menghargai seni dan budaya, di mana semuanya
adalah penting bagi perkembangan yang menyeluruh atau holistik pelajar.
10
NO KP : 531001-08-6399
Seharusnya, keseluruhan rangkakerja aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti Rajah 1,
adalah sesuatu yang komited untuk membina peribadi dan menanam nilai-nilai
murni pada diri pelajar. Ianya menyumbang kepada kurikulum formal dalam
mencapai matlamat pendidikan yang dihasratkan . Penekanan terhadap nilai-
nilai tersebut memberi makna terhadap peranan aktiviti-aktiviti kokurikulum
dalam membina peribadi pelajar.
Prinsip Panduan
• Membina peribadi, semangat berpasukan dan tanggungjawab• Hendaklah luas dengan peluang untuk pengkhususan dan mengembangkan kemahiran• Hendaklah responsif untuk menerapkan nilai kebangsaan• Mempromosi integrasi sosial
Program Aktiviti Kokurikulum Program Pembangunan Jati Diri
Keagamaan,Kesenian &
Kebudayaan
Keperibadian dan Kemahiran
hidup bermasyarakat
Sukan & Permainan Kewarganegaraan
Unit Beruniform Keusahawanan
Kelab & Persatuan
11
NO KP : 531001-08-6399
Penyertaan Luar Sekolah
Rajah 1: Prinsip Garis Panduan
Oleh sebab-sebab tersebut di atas ,maka setiap pelajar SMK Darul Ridwan
diwajibkan menengambil bahagian dalam 3 kegiatan kokurikulum,iaitu 1
persatuan /kelab, 1 badan beruniform dan 1 sukan/permainan.Ketiga-tiga
kegiatan akan mengadakan perjumpaan masing-masing mengikut jadual.Untuk
menjamin keberkesanan kegiatan kokurikulum, jadual perjumpaan badan
kokurikulum tesebut diedar kepada setiap kelas pada awal tahun dan seterusnya
diumumkan pada setiap hari perjumpaan pagi supaya pelajar bersedia untuk
menghadirinya. Tidaklah dapat kaki ponteng mencari alasan bahawa mereka
terlupa membawa peralatan yang dikehendaki atau tidak dapat hadir kerana
masalah pengangkutan.
Kategori-kategori dan kepelbagaian aktiviti-aktiviti dalam garis panduan dan
penilaian sekolah adalah berperanan untuk menggalakkan penglibatan
pelajar dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Ini adalah untuk memastikan semua
pelajar mengalami pendidikan yang berasaskan kepelbagaian yang
akan menyediakan mereka dalam kehidupan yang sempurna. Selain dari aktiviti-
aktiviti kokurikulum, garis panduan juga menggalakkan penyertaan pelajar dalam
aktiviti-aktiviti pengkayaan seperti kursus kepimpinan, kem pengembaraan,
bengkel etika sosial dan seminar-seminar kemahiran-kemahiran hidup yang
dibahagi-bahagikan dalam Program Pembangunan Jati Diri (Character
12
NO KP : 531001-08-6399
Development Programme).Jadinya, rangkakerja aktiviti-aktiviti kokurikulum SMK
Darul Ridwan diteguhkan lagi dalam mengembangkan minat pelajar bagi aktiviti
rekreasi yang berpanjangan dan mengembangkan pengalaman-pengalaman
pelajar.
7.0 GARIS PANDUAN DASAR AKTIVITI KOKURIKULUM SMK DARUL
RIDWAN(18.7.2010;8.58)
7.1 Program aktiviti-aktiviti kokurikulum SMK Darul Ridwan direka bentuk
dalam lingkungan pembelajaran kemahiran dan pengetahuan dan dapat
mengukuhkan secara efektif atau berkesan nilai-nilai murni dalam diri pelajar
yang diselaraskan dalam matlamat yang dihasratkan dalam pendidikan
kokurikulum.
Perancangan program aktiviti-aktiviti kokurikulum di SMK Darul Ridwan
dirangka dan dilaksanakan berpandukan prinsip-prinsip berikut:
7.1.1 Membina Peribadi, Semangat Berpasukan dan Rasa Tanggungjawab
Aktiviti-aktiviti kokurikulum SMK Darul Ridwan menggalakkan pelajar
dalam jurusan yang bermakna dan menyediakan peluang untuk
membina peribadi dan kepimpinan dan mempromosi aplikasi
kemahiran social dan semangat kerjasama. Dalam proses
mempelajari sesuatu permainan sukan, kumpulan muzik atau dalam
pasukan beruniform, pelajar belajar nilai-nilai disiplin, kerja
berpasukan, tanggungjawab dan komitmen. Latihan-latihan tahan
lasak dalam sukan melahirkan ketahanan dan kekuatan. Pelajar
13
NO KP : 531001-08-6399
yang terlibat dalam pertunjukan kesenian dan kebudayaan serta
tradisi akan melalui rutin yang sangat berdisiplin dan belajar nilai-nilai
kerja berpasukan dan berkumpulan (team-work).
7.1.2 Luas dan Berpeluang Untuk Menjadi Mahir
Seperti juga pelajar-pelajar didedahkan dengan berbagai mata
pelajaran di sekolah, mereka juga ditawarkan dengan berbagai
aktiviti-aktiviti kokurikulum yang mendedahkan mereka dengan
pengalaman-pengalaman yang berbeza dan menggalakkan mereka
untuk mencuba berbagai minat. Pelajar yang mempunyai minat yang
tinggi atau sangat berbakat dalam sesuatu aktiviti diberikan peluang
untuk lebih memahirkan diri dan mengembangkan minat tersebut.
7.1.3 Responsif Terhadap Nilai-Nilai Kebangsaan dan Kemahiran
Sesetengah aktiviti adalah disesuaikan dengan menanamkan nilai-nilai
kebangsaan dalam diri pelajar. Contohnya projek-projek komuniti atau
kemasyarakatan menanamkan sikap tanggongjawab sosial dan
kembara warisan (heritage trails) membantu pelajar mengembangkan
rasa kenegaraan. Kemahiran-kemahiran asas seperti pertahanan
awam dan pertolongan cemas boleh juga diajarkan melalui
aktiviti-aktiviti kokurikulum.
7.1.4 Mempromosi Integrasi Sosial
Aktiviti-aktiviti kokurikulum SMK Darul Ridwan memberikan ruang bagi
pelajar-pelajar dari beberapa latar belakang untuk menyertai dan
mengikuti aktiviti yang sama dan menjalani proses untuk saling
14
NO KP : 531001-08-6399
mengenal antara satu dengan yang lain. Ini akan memperkayakan
pengalaman social pelajar dan membolehkan mereka mendapat
kefahaman yang lebih jelas mengenai spektrum masyarakat.
7.2 Untuk membolehkan pelajar mendapatkan pendidikan yang lebih
menyeluruh.
Semua pelajar adalah hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya
SATU aktiviti kokurikulum daripada Aktiviti Sukan dan Permainan; Pasukan
Beruniform;,Keagamaan, Kesenian dan Kebudayaan; dan Kelab atau
Persatuan.
7.3 Sekolah menawarkan berbagai jenis aktiviti bagi menampung berbagai
minat pelajar.
Aktiviti-aktiviti tersebut konsisten dengan misi sekolah, dengan mengambil
kira jumlah tenaga pengajar dan prasarana yang terdapat di sekolah.
Sekiranya sekolah hendak menawarkan aktiviti baru,misalnya menubuhkan
Kelab Pencinta Alam, sekolah memaklumkannya kepada Jabatan
Pendidikan Kokurikulum untuk mendapat kebenaran. Ini adalah untuk
Memastikan aktiviti-aktiviti tersebut adalah selaras dengan Dasar
Kementerian Pendidikan.
7.4 Sekolah merangka rancangan program 20 hingga 24minggu setahun.
Tindakan Jawatankuasa Pelaksana Kokurikulum SMK Darul Ridwan
demikian bertujuan melibatkan pelajar dengan aktiviti sepanjang
tahun. Bagi setiap aktiviti, ruang diberikan untuk pelajar bagi
mempelajari kemahiran asas , dan bagi yang berbakat pula dapat
15
NO KP : 531001-08-6399
meningkatkan lagi prestasi dan mengembangkan kemahiran mereka.
7.5 Pelajar yang ingin menyertai aktiviti lain yang ditawarkan di sekolah boleh
menukarnya pada awal tahun persekolahan.
7.6 Penglibatan dan komitmen guru diberikan perhatian serius bagi
keberkesanan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Kehadiran guru
adalah penting bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan pelajar
semasa mengikuti aktiviti-aktiviti kokurikulum selain daripada merangsang
dan memandu mereka. Walau bagaimanapun jumlah jam atau masa bagi
tugasan aktiviti-aktiviti kokurikulum adalah bergantung kepada jenis aktiviti.
Apabila guru diberi tugasan aktiviti-aktiviti kokurikulum pihak sekolah
mengambil kira pengajaran dalam bilik darjah dan tugasan yang lain. Kelas-
kelas tambahan adalah tidak dikira sebagai tugasan aktiviti-aktiviti
kokurikulum guru.
7.7 Nisbah guru dan pelajar adalah 1:20.
8.0 KERJASAM DAN KOMITMEN PIHAK BERKEPENTINGAN
Pihak Pentadbir SMK Darul Ridwan sedar bahawa kegiatan kokurikulum tidak
boleh dijayakan secara bersendirian.Ia merupakan bidang yang melibatkan dan
memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan. Oleh yang demikian ,SMK
Darul Ridwan memastikan semua pihak berkepentingan mempunyai kefahaman
yang jelas dan mendalam tentang matlamat dan sasaran kokurikulum yang ingin
dicapai serta pelan tindakan yang akan dilaksanakan. Untuk mencapai tujuan
16
NO KP : 531001-08-6399
tersebut, SMK Darul Ridwan sentiasa bersikap terbuka terhadap cadangan dan
saranan yang dikemukakan oleh semua pihak berkepentingan. Di samping itu,
SMK Darul Ridwan juga sentiasa berusaha bekerjasama dan meningkatkan
penglibatan semua pihak berkepentingan , khasnya ibubapa, agar setiap
program yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat yang disasarkan.
Berikut disenaraikan beberapa kegiatan kokurikulum SMK Darul Ridwan yang
melibatkan kerjasama pihak berkepentingan.
Contoh Aktiviti KokurikulumContoh Pihak Berkepentingan
Dan Sumbangan Yang Diberikan
1
Kawat Kaki
(St. John Ambulance,
Kadet Remaja Sekolah,
Pengakap, Kadet Trafik)
Kem Tentera Kamunting,
Pusat Latihan Penjara Taiping,
Balai Bomba Taiping
(Latihan kepakaran)
2
Lawatan Sambil Belajar
(Persatuan Ekonomi dan
Perdagangan, Persatuan
Geografi dll)
Syarikat Swasta, Pusat Krafttangan,
Pusat Penternakan, Kilang
(Layanan mesra , Penerangan
serta demonstrasi)
3
Ekspedisi Ke Gunung Hijau
Taiping, Trekking Rimba,
Persatuan Belia Bersatu,
4H Hash Club
17
NO KP : 531001-08-6399
(Pasukan pengawas sekolah,
Kadet Remaja Sekolah)
(Membimbing menentukan trek ,
Membantu menjaga keselamatan )
4 Berkhemah Ibubapa
(Mengangkut buluh, khemah)
5
Pertandingan Perbahasan,
Pertandingan Syarahan,
Pertandingan Deklamasi Sajak,
Chorus Speaking,
PIBG
(Sumbangan hadiah, Elaun makan
dan minum)
6
Temasya Sukan,
Merentas Desa,
Pertandingan Permainan
Alumin, Lembaga Pengelola Sekolah
(Sumbangan piala,hadiah,makanan
dan minuman)
7
Ceramah Anti Dadah,
Ceramah Keselamatan
Ceramh Pencegahan Jenayah
Ceramah Kesihatan
Ceramah Kerjaya
Kempen Anti Merokok
Hospital Besar Taiping
Balai Polis Taiping
Doktor Klinik Swasta
Kolej Swasta,
(Penerangan, Pertunjukan Slid,
Pameran, )
8 Hari Kantin, Ibubapa, Alumin
18
NO KP : 531001-08-6399
Hari keusahawanan (Menderma barang jualan,
Mengangkut Barangan Jualan)
9 Pameran Seni & Kraftangan
Konsert Tahunan
PIBG, Lembaga Pengelola Sekolah
(Tajaan, Sokongan Moral)
9.0 Cabaran Kegiatan Kokurikulum SMK Darul Ridwan
Dengan adanya rancangan sempurna, pelaksanaan,penyeliaan dan penilaian
yang rapi,kegiatan kokurikulum SMK Darul Ridwan masih belum mencapai
tahap kecemerlangan secara keseluruhannya. Cabaran berikut harus dihadapi
dan masalah-masalahnya diselesaikan secara berperingkat untuk menjamin
peningkatan kejayaan kelak.(18.9.2010;7:19am)
9.1 Kekurangan peralatan sukan dan permainan serta ruang yang
mencukupi
Memandangkan ahli yang begitu ramai untuk setiap kelab sukan dan
permainan,masalah timbul apabila ahli-ahlinya tidak mempunyai
peluang yang cukup untuk menguasai kemahiran yang dijangkakan
pada sesuatu tempoh tertentu akibat daripada kekurangan peralatan .
Contohnya,anak panah dan busur(Kelab Memanah),meja pingpong
(Kelab Ping Pong).Pada masa yang sama, kekurangan ruang yang
mencukupi menggagalkan banyak kelab sukan dan permainan untuk
mencapai sasaran mereka. Antaranya, gelanggang terhad tidak dapat
menampung keperluan Kelab Bola Keranjang, Kelab Bola Tampar ,
19
NO KP : 531001-08-6399
Kelab Sepak Takraw,dan Kelab Bola jaring.Demikian juga, Kelab Bola
Sepak, Kelab Bola Baling, Kelab Softbol bukan sahaja terpaksa
berebut-rebut di antara ahlinya untuk menggunakan padang sekolah
bahkan di antara Kelab sukan dan permainan yang lain.
9.2 Masalah Kehadiran Pelajar
Walaupun telah ditegaskan beberapa kali bahawa kegiatan
kokurikulum diwajibkan hadir oleh semua pelajar SMK Darul Ridwan
pada Hari Rabu (7.30am-8.30am) dan Hari Khamis (3.00pm-5.00pm),
kehadiran segolongan pelajar masih kurang memuaskan kerana
sebab-sebab tertentu. Antaranya sesetengah pelajar terpaksa
bekerja di kilang atau bengkel untuk menampung perbelanjaan
keluarga. Ada pula menghadapi masalah pengangkutan berulang
alik dari rumah ke sekolah kerana tinggal terlalu jauh dari sekolah dan
semua ahli keluarga bekerja sepanjang hari itu tidak sempat
menghantarnya.
9.3 Masalah kekurangan guru yang berpengalaman dan
berpengetahuan,
kemahiran khas dalam sesuatu bidang.
Setiap kali selepas seseorang guru bersara atau bertukar ke sekolah
lain, kekosongan itu akan diisi oleh samada Guru Sandaran Tak
20
NO KP : 531001-08-6399
Terlatih atau guru terlatih.Kelayakan dan kesanggupan mereka untuk
mengajar subjek akademik memang tidak dapat dinafikan tetapi
kesanggupan untuk mengganti tugas kokurikulum guru telah bersara
atau bertukar selalunya menjadi satu pertanyaan kerana kekurangan
pengalaman, pengetahuan dan kemahiran khas dalam sesuatu
kegiatan kokurikulm, khasnya sukan dan permainan. Hal demikian
memang mengganggu pencapaian objektif yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun SMK Darul Ridwan telah dan sedang berusaha dengan
ibubapa,PIBG,PPD dan JPN agar impak tersebut ke atas kecemerlangan
kegiatan Kokurikulum dapat dikurangkan.
10.0 Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan kemahiran generik boleh dilaksanakan menerusi
pengintegrasian atau penerapan dalam kurikulum seperti yang disarankan
olehRadloff, dan De La Harpe (2002). Namun begitu, berdasarkan dapatan
kajian yang dijalankan oleh Mohd. Yusop Ab. Hadi (2003) kurikulum semata-
mata tidak dapat memberi input kemahiran generik yang lengkap kepada pelajar.
Oleh itu amatlah sesuai jika dikatakan kokurikulum sebagai pelengkap kurikulum
di atas faktor keunikan kokurikulum itu sendiri.
Kemahiran generic yang dikuasai pelajar merupakan satu aset untuk mereka
berdaya saing samada ketika memohon pekerjaan atau setelah berstatus
pekerja. Oleh yang demikian, Diharapkan aspek tersebut disedari dan diberi
21
NO KP : 531001-08-6399
penekanan oleh semua pihak berkepentingan , khasnya pelajar dan ibubapa
sendiri .
Senarai Rujukan:
1. Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah. Bahagian
Sekolah.Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Ab. Alim Abdul Rahim (1999). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
3. Che Aziz Jaafar dan Aminuddin Yusof (2002). “Perlunya Kokurikulum
Dalam Sistem Pendidikan Sekolah.”
4. Greder, D. L. (2001). “Co-Curricular Programs.” Illionis: Universiti
Wesleyan Illionis.
5. Sumarni Dahrir dan Borhan Yusof (2002). “Matlamat Dan Implikasi
Kokurikulum Terhadap Pelajar.”
6. Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof (2002).
Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications
and Distributors Sdn. Bhd..
7. Suriati Chek Pi dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002). “Kokurikulum
Menjana Ke Arah Keseimbangan Pelajar .”
8. Vasudevan T. Arosoo (1988). Kegiatan Ko-Kurikulum: Penyeliaan Dan
22
NO KP : 531001-08-6399
Pentadbiran. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd..
(18.7.2010;10.33pm)
23