tugasan mini projek d20102040930
DESCRIPTION
educationsTRANSCRIPT
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013
SBA3013 PENGANTAR BIOLOGI
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO.ID NO.TELEFON
ANAS SAFFUAN BIN MD SHAHIDAN D20102040930 013-4400383
KUMPULAN : UPSI03(A131PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN ALENE BINTI TAWANG
TARIKH SERAH : 24 NOVEMBER 2013
PEMARKAHAN
TUGASAN MINI PROJEK
1
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK HALAMAN
1
2
3
4
5
Amali 1 : Mengkaji Proses Osmosis 2
Lampiran : Amali 1
Amali 2 : Mengkaji Sel Haiwan dan SelTumbuhan 7
Lampiran : Amali 2
Amali 3 : Mengkaji Variasi Genetik Pada Manusia Dan Tumbuhan 13
Lampiran : Amali 3
Amali 4 : Mengkaji Tropisme Dalam Tumbuhan 19
Lampiran : Amali 4
Amali 5 : Mengkaji Pertumbuhan Dan Perkembangan Haiwan 22
2
AMALI 1: PROSES OSMOSIS
1
Pengenalan
Osmosis merujuk kepada pergerakan bersih molekul pelarut (air) menyeberangi satu membran separuh telap dari kawasan berkepekatan tinggi kepada kawasan berkepekatan rendah. Proses ini adalah satu proses pasif dan berlaku apabila dua larutan dengan kepekatan yang berlainan diasingkan oleh satu membran separa telap, iaitu membran khusus yang hanya boleh dilalui oleh molekul pelarut sahaja dan bukan molekul bahan yang tidak larut.Proses ini berlaku pada membran sel semula jadi atau membran buatan tanpa menggunakan sebarang tenaga. Dalam satu sistem tertutup, proses in terjadi akibat pergerakan rawak molekul dan berterusan sehingga kepekatan molekul menjadi seimbang dalam seluruh sistem itu.
2
Objektif
Menentukan arah pergerakan molekul air merentasi membran telur
3
Aspek Keselamatan
1. Menggunakan sarung tangan ketika menggunakan cuka
4
Bahan
Radas
1. Sebiji Telur
2. Cuka
3. Gula
4. Air
1. Bekas plastik
2. Jug air
3. Sarung tangan
5
Kaedah
(berserta
rajah/jadual
yang
bersesuian)
1. Rendamkan sebiji telur ke dalam sebuah bekas yang mengandungi
cuka selama 24 jam.
2. Biarkan telur tersebut berendam sehingga keseluruhan lapisan kulit
telur hilang.
3. Selepas 24 jam,bilas telur dengan air secara perlahan-lahan
4. Masukkan satu membran telur ke dalam bekas yang mengandungi gula
sahaja(tanpa air).Lakukan pemerhatian selama 1 hari.
5. Selepas itu, bilas membran telur tersebut dengan air sekali lagi dan
masukkannya ke dalam bekas yang mengandungi air pula
6. Catatkan pemerhatian selama 1 hari.
6
Hasil/Keputu
san (berserta
rajah/jadual
yang
bersesuian
Bil Telur Pemerhatian Inferens
1 Cuka Membran telur
terhasil
Cuka adalah asid asetik
yang boleh menghakis
kulit.
2 Gula Gula bertukar Jika kadar resapan bagi
3
daripada
amali yang
telah anda
jalankan)
menjadi air dua bahan yang sama
saiz molekul
dibandingkan, bahan
yang lebih larut dalam
lipid akan meresap lebih
cepat daripada bahan
yang mempunyai
kelarutan yang rendah.
3 Air Tiada perubahan Air merupakan mineral
dan tidak memberikan
apa-apa kesan
terhadap membran
telur.
7
Perbincangan
1. Molekul yang mempunyai keterlarutan yang tinggi meresap lebih cepat
daripada molekul yang kelarutan yang rendah seperti lipid. Jika kadar
resapan bagi dua bahan yang sama saiz molekul dibandingkan, bahan
yang lebih larut dalam lipid akan meresap lebih cepat daripada bahan
yang mempunyai kelarutan yang rendah.
2. Kadar resapan sesuatu molekul berkadar songsang dengan jarak yang
harus dilaluinya. Berbanding dengan satu membran yang tebal, kadar
resapan memlaui satu membran yang nipis adalah lebih cepat.
8
Kesimpulan
1. Cuka merupakan sejenis asid yang menghakis telur apabila telur
direndam di dalam cuka.
2. Gula menjadi cecair apabila dibiarkan bersama dengan membran telur
9
Soalan dan jawapan
1. Apakah proses Cuka ?
Cuka adalah sejenis asid asetik yang dapat menghakis kulit
2. Apakah yang berlaku pada membran telur di dalam bekas yang mengandungi gula? Gula menjadi cair. Berdasarkan proses osmosis Proses ini adalah satu proses pasif dan berlaku apabila dua larutan dengan kepekatan yang berlainan diasingkan oleh satu membran separa telap, iaitu membran khusus yang hanya boleh dilalui oleh molekul pelarut sahaja dan bukan molekul bahan yang tidak larut.
3. Apakah yang berlaku pada membran telur di dalam bekas yang mengandungi air? Tiada perubahan yang berlaku. Berdasarkan proses osmosis jika dilihat dari ketebalan membrane, kadar resapan sesuatu molekul berkadar songsang dengan jarak yang harus dilaluinya. Berbanding dengan satu membran yang tebal, kadar resapan memlaui satu membran yang nipis adalah lebih cepat.
4
10
Rujukan
Jane B. Reece (2008). Campbell/Reece Biology (Eighth edition)
.PearsonInternational Editionc) Lee Soon Ching (2007). Biology For
Matriculation Semester 1( Secondedition) .Oxford Fajar Sdn. Bhd
Gan Wan Yeat(2004).Ekspolrasi Biologi Tingkatan 4 (1st ed). Shah Alam
PenerbitanFajar Bakti Sdn Bhd
http://wiki.answers.com/Q/Why_don%27t_onion_cells_have_chloroplasts
Diakses pada 21 November 2013
5
LAMPIRAN AMALI 1
Bahan-bahan Amali
Hasil pemerhatian selepas 24 jam
Keadaan telur selepas dikeluarkan daripada rendaman cuka
Telur dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi
gula
6
Hasil pemerhatian selepas 1 hari.
Gula menjadi cair seperti air
Telur direndam di dalam Air.
Tiada perubahan berlaku selepas 1 hari
7
AMALI 2 : MENGKAJI SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN
1
Pengenalan
Semua organisma hidup terdiri daripada unit-unit asas yang dipanggil sel. Sel
merupakan unit fungsi asas hidup bagi organism kerana sel boleh menjalankan
aktiviti perkumuhan, respirasi, perkumuhan dan pembiakan. Sel bersaiz
mikroskopik dan mempunyai pelbagai bentuk dan saiz.
2
Objektif
Menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan dengan menggunakan
teknik pewarnaan yang betul.
3
Aspek Keselamatan
1. Berhati –hati ketika mengambil sampel sel dari bahagian dalam pipi supaya tidak cedera.
2. Berhati-hati semasa mendapat epidermis dari bawang supaya tidak rosak.
4
Bahan
Mikroskop
Slaid mikroskop
Penutup slaid
Alat penitis
Penyepit
Mata pisau
Pencungkil gigi
Methylene biru
Larutan iodin
Bawang
5
Kaedah
(berserta
rajah/jadual
yang
bersesuian)
a) Pemerhatian terhadap sel pipi
1. Mulut dikumur.
2. Lapisan sel nipis di dalam mulut dikikis dengan lembut dengan
menggunakan pencungkil gigi.
3. Satu titisan larutan metilena biru diletakkan pada kikisan yang berada
di atas slaid.
4. Penutup slaid direndahkan dengan berhati-hati di atasnya.
5. Spesimen tersebut di perhatikan di bawah kanta objektif berkuasa
8
rendah dan diikuti dengan kanta objektif berkuasa tinggi.
6. Sel pipi dilukis dan dilabel mengikut bahagian-bahagian tersebut:
nukleus, bahan kromatin, sel membran dan sitoplasma
b) Pemerhatian terhadap sel epidermal daun
1. Kupas lapisan epidermal bawang dengan menggunakan penyepit.
2. Keratin kecil dipotong dan lapisan epidermal diletakkan setitis
larutan iodine pada slaid.
3. Penutup slaid direndahkan dengan berhati-hati di atasnya.
4. Spesimen tersebut di perhatikan di bawah kanta objektif berkuasa
rendah dan diikuti dengan kanta objektif berkuasa tinggi.
5. Sel epidermal bawang dilukis dan dilabel mengikut bahagian-
bahagian tersebut: nukleus, bahan kromatin, sel membrane, sel
dinding, sitoplasma dan vakuol.
6
Hasil/Keputus
an (berserta
rajah/jadual
yang
bersesuian
daripada amali
yang telah
anda jalankan)
Sel Epidermis Bawang menggunakan mikroskop
Sel pipi menggunakan mikroskop
9
7
Perbincangan
Sampel sel pipi manusia diambil menggunakan pengcungkil gigi yang tumpul
dengan mengikiskan bahagian sebelah pipi secara perlahan-lahan. Hasil
pemerhatian yang dilakukan semasa amali ini dilakukan ke atas sel. Ia
menunjukkan keputusan yang berbeza-beza pada setiap pembesaran yang
berlainan. Pada pembesaran 100 menggunakan mikroskop, sel pipi manusia
dapat dilihat tetapi tidak begitu jelas. Ini berbeza pada pembesaran 400, sel
pipi dapat dilhat dengan lebih jelas. Melalui pemerhatian, sel pipi tidak
mempunyai bentuk yang tetap. Metilena biru yang diletakkan pada sel pipi
manusia mewarnakan sitoplasma dan nuklues pipi menjadi biru. Di bawah
mikroskop, struktur sel pipi yang kelihatan ialah membrane plasma, sitoplasma,
dan nuklues.
Amali mengkaji sel tumbuhan pula, sel epidermis bawang telah
digunakan. Pada pembesaran 100 menggunakan mikroskop, sel epidermis
bawang dapat dilihat tetapi tidak begitu jelas. Pada pembesaran 400 sel
epidermis bawang yang dilihat dapat kelihatan lebih jelas.Sel tumbuhan
mempunyai bentuk yang tetap. Larutan iodin mewarnakan bahagian nuklues
sel menjadi perang. Sel bawang tidak mempunyai kloroplas dan dengan itu
larutan iodine tidak menjadi biru hitam kerana tidak terdapat bintil kanji pada
sel bawang. Struktur yang boleh dilihat di bawah mikroskop cahaya ialah
dinding sel, membrane plasma, nuklues dan sitoplasma.
Semasa amali ini dijalankan permasalahan yang sering timbul ialah
gelembung udara. Gelembung udara yang berada pada bawah kaca penutup
akan mengganggu sel-sel yang ingin dilihat menerusi mikroskop. Oleh itu, cara
terbaik untuk mengelakkan daripada gelembung udara tersebut berada pada
bawah kaca penutup adalah dengan mengetuk kaca penutup secara perlahan-
lahan menggunakan pensel yang tajam agar gelembung udara dapat
dikeluarkan.Larutan iodine adalah pewarna umum yang digunakan bagi sel
tumbuhan manakala metilena biru adalah pewarna umum yang digunakan oleh
10
sel manusia dan haiwan.
8
Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan keputusan pemerhatian sel haiwan
tidak mempunyai bentuk tetap dan terdiri daripada membran
plasma,sitoplasma dan nuklues. Sel tumbuhan mempunyai dinding sel ,
membran plasma ,nuklues dan sitoplasma.
9
Soalan dan jawapan
1. Namakan jenis sel yang membentuk lapisan dalam pipi.
Nama sel yang membentuk lapisan dalam pipi ialah Epithelial sel.
2. Mengapakah sel epidermis pada daun bawang tidak mempunyai kloroplas?
Sel epidermis pada daun bawang tidak mempunyai kloroplas
kerana bawang tidak menjalankan proses fotosintesis. Bawang
berfungsi sebagai penyimpan makanan dengan itu kloroplas
tidak diperlukan oleh bawang.
3. Buat perbandingan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.
PERSAMAAN
Sel Haiwan Sel Tumbuhan
Mempunyai nuklues, sitoplasma, membrane plasma, jasad Golgi
,mitokondrian, jalinan endoplasma.
PERBEZAAN
Ciri –ciri Sel Haiwan Sel Tumbuhan
DINDING SEL Tidak mempunyai dinding
sel
Mempunyai dinding sel
BENTUK Bentuk sel tidak tetap Bentuk sel tetap
VAKUOL Tiada vakuol,jika ada
saiznya kecil
Mempunyai vakuol bersaiz
besar
KLOROPLAS Tidak mempunyai
kloroplas
Mempunyai kloroplas
GRANUL
SIMPANAN
Dalam bentuk glikogen Dalam bentuk kanji
11
SENTRIOL Mempunyai sentriol Tidak mempunyai sentriol
10
Rujukan
Lai Oi Ming(2000).SPM Rujukan Lengkap Era 2000. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.Shd. Shah Alam Selangor.
Gan Wan Yeat(2004).Ekspolrasi Biologi Tingkatan 4 (1st ed). PenerbitFajar
Bakti Shd. Bhd. Shah Alam Selangor.
http://wiki.answers.com/Q/Why_don%27t_onion_cells_have_chloroplasts
Diakses pada 23 November 2013
http://people.eku.edu/ritchisong/301notes1.htm Diakses pada 23 November 2013
12
LAMPIRAN AMALI 2
Meletakkan lapisan sel epidermis bawang
diatas slide
Meletakkan larutan iodine ke atas slide dan sel epidermis bawang
Melihat sel menggunakan mikroskop
13
AMALI 3: MENGKAJI VARIASI GENETIK PADA MANUSIA DAN TUMBUHAN
1
Pengenalan
Variasi merupakan perbezaan cirri dalam kalangan organism yang sama
spesies dari segi fenotip dan genotip. Terdapat 2 jenis variasi iaitu variasi
selanjar dan tidak selanjar.
2
Objektif
Memerhati dan membuat analisi tentang beberapa ciri variasi selanjar dan tidak
selanjar pada organisma hidup.
3
Aspek Keselamatan
Berhati-hati semasa menjalankan kajian ke atas murid.
4
Bahan
Radas
1. Buku catatan
2. Kamera
3. Pen
4. Murid di dalam kelas
5. Tumbuhan di sekeliling
1. Pita pengukur
2. Alat penimbang
5
Kaedah
(berserta
rajah/jadual
yang
bersesuian)
Manusia
1. Membuat pemeriksaan ke atas semua murid di dalam kelas.
2. Memerhatikan tiga ciri variasi selanjar dan tidak selanjar
3. Mencatatkan bilangan murid yang mempunyai ciri-ciri tersebut.
Tumbuhan
1. Mengambil tumbuhan
2. Membuat pemerhatian terhadap variasi selanjar dan tidak selanjar
3. Mencatatkan ciri variasi selanjar dan tidak selanjar
14
6
Hasil/Keputu
san (berserta
rajah/jadual
yang
bersesuian
daripada
amali yang
telah anda
jalankan)
Manusia Ciri-ciri variasi selanjar yang terdapat pada manusia: - Ketinggian Murid - Berat Badan murid - Warna Kulit
Ketinggian
130-134
135-139
140-144
145-149
150-154
155-159
160-164
165-169
170-174
Bil pelajar
1 2 3 5 6 5 3 2 1
Berat Badan
15-25
26- 35
36- 45
46-55
56-65
66-75
Bil pelajar
11 6 3 3 4 1
Warna Kulit
Cerah Gelap
Bil pelajar
20 8
Ciri-ciri Variasi Tidak selanjar - Kebolehan menggulung Lidah - Jenis Rambut ( Lurus atau kerinting) - Kumpulan Darah
Jenis Variasi
Kebolehan menggulung Lidah
Tidak Boleh menggulung Lidah
Bil pelajar 10 18
Jenis Rambut
Lurus Kerinting
Bil pelajar
15 13
Jenis Darah
A B O
Bil pelajar
15 5 8
15
Tumbuhan Ciri selanjar tumbuh-tumbuhan - Ketinggian pokok Ciri tidak selanjar tumbuh-tumbuhan - Warna bunga Contohnya bunga raya yang mempunyai berbagai jenis warna
- Rupa bentuk bunga
Contohnya bunga raya yang berbagai rupa bentuk
7
Perbincangan
Variasi ini wujud hasil daripada interaksi sesuatu organisma terhadap persekitaran.Hal ini,menjelaskan fenotip sesuatu organisma yang disebabkan oleh interaksi antara faktor persekitaran dengan faktor genetik.
Contoh keadaan di mana fenotip sesuatu organisma dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti:
1. Cahaya matahari - Kadar pendedahan sesuatu organisma terhadap matahari yang mampu menukar warna kulit(genotip).
2. Nutrisi - Pengambilan nutrisi terhadap sesuatu organisma akan mempengaruhi kesihatan, perkembangan tubuh badan, kecergasan minda dan sebagainya.
8
Kesimpulan
Keputusan pemerhatian menunjukkan ciri-ciri variasi selanjar dan tidak selanjar
ke atas murid di dalam kelas yang mana menyatakan bahawa perbezaan variasi
tersebut dinpengaruhi oleh faktor genotip dan fenotip.
Begitu juga dengan tumbuhan yang mana bunga raya yang mempunyai warna
16
yang pelbagai serta rupa bentuk yang berbeza.
9
Soalan dan jawapan
1. Apakah Punca berlaku variasi dalam kalangan organisma dalam spesies
yang sama?
Faktor yang mempengaruhi berlakunya variasi ialah faktor Fenotip
merupakan suatu ciri fizikal yang boleh dilihat seperti rupa, warna kulit dan
lain-lain. Fenotip dipengaruhi oleh genotip dan persekitaran. Genotip
merupakan kandungan genetik di dalam sesuatu organisma. Genotip tidak
dapat dilihat dengan mata kasar, dan bergantung kepada pewarisan gen
daripada induk-induk organisma.
2. Apakah Perbezaan di antara variasi selanjar dan tidak selanjar?
Variasi selanjar ialah merupakan perbezaan kecil atau kurang jelas
yang wujud antara organisma.Contohnya seperti berat badan,
ketinggian, kepintaran dan sebagainya.Variasi ini dipengaruhi oleh
genotip dan persekitaran.
Variasi tak selanjar merupakan perbezaan yang besar atau ketara yang
wujud antara organisma.Contohnya seperti jenis kumpulan darah,
warna mata, kebolehan menggulung lidah dan sebagainya.Variasi ini
hanya dipengaruhi oleh genotip.
3. Bagaimanakah fenotip sesuatu organisma boleh dipengaruhi oleh faktor
Persekitaran?
Fenotip sesuatu organisma yang disebabkan oleh interaksi antara faktor
persekitaran dengan faktor genetik.
Contoh keadaan di mana fenotip sesuatu organisma dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti:
1. Cahaya matahari - Kadar pendedahan sesuatu organisma terhadap matahari yang mampu menukar warna kulit(genotip).
2. Nutrisi - Pengambilan nutrisi terhadap sesuatu organisma akan mempengaruhi kesihatan, perkembangan tubuh badan, kecergasan minda dan sebagainya
3. Pendidikan - Ilmu yang diserap dan dipraktikan akan mempengaruhi minda untuk cenderung kepada kepintaran
10
Rujukan
Jane B. Reece (2008). Campbell/Reece Biology (Eighth edition)
.PearsonInternational Editionc) Lee Soon Ching (2007). Biology For
Matriculation Semester 1( Secondedition) .Oxford Fajar Sdn..Bhd
Gan Wan Yeat(2004).Ekspolrasi Biologi Tingkatan 4 (1st ed). Shah Alam,
Selangor:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Gan Wan Yat (2011). Success Biology SPM.Shah Alam, Selangor: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
17
LAMPIRAN AMALI 3
Bilangan murid di dalam sebuah kelas
Memeriksan berat badan murid
Mengukur Ketinggian murid
Membuat pemerhatian terhadap warna kulit
18
Kebolehan menggulung lidah
Membuat pemerhatian terhadap jenis rambut
kerinting dan lurus
19
AMALI 4: MENGKAJI TROPISME DALAM TUMBUHAN
1
Pengenalan
Tumbuhan memberikan gerakbalas terhadap rangsangan yang dikenali sebagai
tropisme. Terdapat tiga jenis tropisme iaitu fototropisme (gerak balas terhadap
cahaya). Gavitropisme(gerak balas terhadap gravity) dan tigmotropisme
2
Objektif
Mengkaji dua jenis tropisme di dalam tumbuhan secara individu.
3
Aspek Keselamatan
Berhati-hati semasa menggunakan peralatan penanaman.
4
Bahan &
Radas
1. Biji Benih
2. Pasu
3. Air
4. Peralatan kebun
5
Kaedah
(berserta
rajah/jadual
yang
bersesuian)
1. Cambahkan biji benih di dalam keadaan yang sesuai sehingga anak
cambah mencapai saiz.
2. Mencatatkan pemerhatian terhadap percambahan biji benih
3. Membuat pemerhatian terhadap percambahan biji benih itu.
4. Merekodkan hasil dapatan tentang kajian yang dilakukan.
6
Hasil/Keputu
san
Langkah-langkah Percambahan Langkah 1: Air masuk ke dalam biji benih Langkah 2: Air akan melembutkan testa Langkah 3: Air akan mengembangkan kotiledon Langkah 4: Kotiledon yang mengembang mengakibatkan testa merekah Langkah 5: Radikel akan tumbuh dahulu menjadi akar Langkah 6: Plumur akan tumbuh menjadi daun, batang dan pucuk
7
Perbincangan
Eksperimen ini adalah untuk menguji percambahan biji benih. Percambahan ialah satu proses yang membolehkan biji benih bertumbuh menjadi anak pokok (anak benih). Untuk membolehkan percambahan berlaku, biji benih perlulah jatuh ke tempat yang sesuai. Tempat yang sesuai mestilah memiliki syarat-syarat berikut:
1) Mempunyai Air 2) Suhu di antara 30
oC dan 35
oC
3) Oksigen untuk pernafasan sel
Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contohnya pokok-pokok bunga semusim, pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh dibiak secara tampang.Percambahan biji benih bergantung pada faktor-faktor seperti peratus lembapan, suhu, cahaya dan oksiogen. Percambahan biji benih yang tidak serentak disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, fisiologikal dan persekitaran. Fenomena ini berlaku oleh kerana kulit biji benih (testa) tidak telap air atau biji benih mengeluarkan bahan beracun dan lain-lain faktor dalaman. Kadangkala biji benih memerlukan rawatan tertentu untuk mempercepatkan percambahan.
20
8
Kesimpulan
Percambahan hipogeal akan mengekalkan kotiledon di dalam tanah. Contoh
tumbuhan yang melakukan percambahan jenis ini ialah getah, padi, jagung
dan kelapa.
9
Soalan dan jawapan
1. Nyatakan apakah pembolehubah yang ditetapkan dan dimanipulasi
dalam eksprimen yang dijalankan. Pembolehubah yang ditetapkan ialah pemerhatian terhadap eksprimen yang dijalankan
2. Nyatakan eksprimen kawalan yang digunakan di dalam kajian ini. Eksprimen untuk mengkaji kesan gravitropisme dan fototropisme
3. Apakah yang menyebabkan pembengkokan pucuk ke arah gravity? Pucuk adalaah fototropisme positif dan gravitropisme negatif. Disebabkan itu pucuk akan membengkok kea rah cahaya.
4. Apakah yang menyebabkan akar tumbuhan bergerak ke arah gravity? Akar adalah fototropisme negatif dan gravitropisme positif dan ini menyebabkan akar membengkok ke arah graviti.
10
Rujukan
Jane B. Reece (2008). Campbell/Reece Biology (Eighth edition)
.PearsonInternational Editionc) Lee Soon Ching (2007). Biology For
Matriculation Semester 1( Secondedition) .Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Gan Wan Yeat(2004).Ekspolrasi Biologi Tingkatan 4 (1st ed). Shah Alam,
Selangor .Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Gan Wan Yat (2011). Success Biology SPM.Shah Alam, Selangor: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
21
LAMPIRAN AMALI 4
Proses percambahan pokok jagung
Biji benih baru bercambah
Anak Pokok mula tumbuh
Pokok mula tumbuh
22
AMALI 5: MENGKAJI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN HAIWAN
1
Pengenalan
Pertumbuhan dan perkembangan haiwan bermuladengan pembentukan zigot.
Seterusnya zigot akan terus berkembang bagi membentuk embrio.
Pertumbuhan terus berlaku dan menyebabkan terjadinya perubahan pada
keadaan fizikal haiwan daripada peringkat embrio sehinggalah mencapai
peringkat matang atau dewasa. Metamorfosis adalah proses pembentukan
fizikal yang melibatkan perubahan yang mudah dilihat dan agak mendadak
dalam struktur badan haiwan. Proses ini berlaku disebabkan oleh pertumbuhan
dan pembezaaan sel. Serangga dan amfibia adalah antara contoh haiwan yang
menjalani metamorphosis.
2
Objektif
Memerhati dan membuat analisa pertumbuhan dan perubahan morfologi haiwan.
3
Aspek Keselamatan
Berhati-hati semasa mengendalikan haiwan
4
Bahan &
Radas
1. Bekas Besar
2. Air
5
Kaedah
(berserta
rajah/jadual
yang
bersesuian)
1. Membuat pemerhatian terhadap telur katak.
2. Meletakkan telur katak di tempat yang sesuai
3. Merekodkan pemerhatian kitaran hidup katak daripada telur sehingga
menjadi katak dewasa.
6
Hasil/Keputu
san
Berikut adalah keputusan kitaran hidup katak.
7
Perbincangan
Peringkat 1
Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair. Telur – telur
katak melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. Katak
bertelur berpuluh - puluh sehingga beratus - ratus biji telur. Ini adalah cara
semula jadi untuk memastikan kemandirian hidup spesisnya.
23
Telur katak dilindungi dan dikelilingi dengan struktur seperti agar – agar
dan agak licin. Katak betina tidak akan menjaga telur – telurnya selepas
bertelur. Telur – telur itu akan berkembang tetapi hanya sedikit yang akan
berjaya menetas menjadi katak dewasa. Ini kerana, hidupan lain seperti itik,
ikan, serangga lain – lain haiwan akan memakan sebahagian telur tersebut.
Sel telur membahagi
Satu telur akan membahagi kepada dua. Proses ini berterusan membahagi
kepada 4 sel, dan seterusnya. Sehingga membahagi menjadi banyak sel.
Embrio
Sel yang membahagi akan membentuk embrio. Organ dan insang terbentuk.
Peringkat 2
Berudu
Selepas 21 hari tempoh perkembangan, embrio akan meninggalkan cengkerang
agar – agar, dan melekatkan dirinya pada rumpai air di dalam air. Kemudian ia
menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di
dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan
tumbuhan air yang kecil yang melekat pada tumbuhan air yang lebih
besar. Tumbuhan kecil ini dipanggil alga
Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air. Ia mudah
mati, dan bergantung kepada keupayaan menyamar untuk melindunginya.
Berudu juga terancam dan ia boleh dimakan oleh hidupan air yang lain.
Kadangkala berudu mati apabila kolam atau kawasan berair menjadi kering.
Peringkat 3
Berudu mula berubah
Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk,
diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang
kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru – paru mula
berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat.
Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke permukaan air untuk bernafas.
Ekornya juga membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu
mula makan tumbuh – tumbuhan dan haiwan yang reput.
Peringkat Hampir menjadi katak
Lama – kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan
kulit. Mulutnya mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil,
dan kaki membesar. Paru – paru semakin menjalankan fungsinya.
Peringkat akhir
Katak
Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang
mempunyai paru – paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak
lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam air.
Katak yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing. Ia akan menjadi
katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan
proses ini berulang kembali.
8
Kesimpulan
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kitaran hidup katak tidak mengambil
masa yang lama bermula daripada telur katak dikeluarkan sehinggalah ianya
menjadi katak dewasa.
9
Soalan dan jawapan
1. Adakah terdapat perubahan fizikal pada haiwan tersebut?
Ya . Terdapat perubahan pada setiap peringkat perkembangan bermula daripada telur katak sehinggalah menjadi katak.
24
2. Adakah haiwan tersebut mengalami metamorfosis sempurna atau tidak sempurna? Ya. Katak ini mengalami metamorphosis yang sempurna.
3. Apakah faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan perubahan morfologi haiwan tersebut? Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perubahan katak ini ialah: a) Faktor suhu persekitaran. Kelembapan suhu menggalakkan
pertumbuhan anak katak menjadi lebih cepat b) Faktor tempat tinggal- kawasan proses perubahan peringkat
perkembangan katak berada pada tempat yang sesuai
10
Rujukan
Jane B. Reece (2008). Campbell/Reece Biology (Eighth edition)
.PearsonInternational Editionc) Lee Soon Ching (2007). Biology For
Matriculation Semester 1( Secondedition) .Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Gan Wan Yeat(2004).Ekspolrasi Biologi Tingkatan 4 (1st ed): Shah Alam
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Gan Wan Yat (2011). Success Biology SPM.Shah Alam, Selangor: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.