tugasan mate (kalkulator) sem 4

7
1.0 Pendahuluan Teknologi merupakan perkara penting dalam kehidupan seharian. Tanpa teknologi manusia tidak mungkin sampai ke bulan. Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi diperlukan sesuai dengan kemajuan dunia. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, salah satu inovasi teknologi yang diambil perhatian ialah penggunaan kalkulator. Kemajuan sains dan teknologi telah membawa satu makna baru dalam kehidupan manusia masa kini. Secara sepintas lalu, umumnya akan memberi pendapat bahawa kalkulator mampu membantu seseorang itu untuk mengira dengan pantas. Bagaimanapun, keupayaan alat canggih untuk mengira dengan pantas ini bukanlah perkara yang penting untuk diambil perhatian. Tetapi, persoalannya adalah bagaimana kalkulator digunakan secara bermakna agar para pelajar boleh memahami sesuatu konsep, perkaitan, prinsip dan sebagainya dalam matematik . Kalkulator adalah suatu alat mengira yang menggunakan teknologi moden untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan cepat dari masalah empat operasi (tambah, tolak, darap dan bahagi ) dan juga nilai daripada berbagai-bagai fungsi trigonometri dan logaritma. 2.0 Sejarah kalkulator dan penggunaannya di sekolah-sekolah di Malaysia Kalkulator berasal dari negara Perancis. Ia dicipta oleh Colmur pada tahun 1820. Bagaimana pun, kalkulator yang lebih sempurna untuk mengira permasalahan empat operasi adalah dicipta oleh

Upload: crystal-hamilton

Post on 29-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Mate (Kalkulator) Sem 4

1.0 Pendahuluan

Teknologi merupakan perkara penting dalam kehidupan seharian. Tanpa teknologi manusia tidak

mungkin sampai ke bulan. Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi diperlukan sesuai

dengan kemajuan dunia. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, salah satu inovasi

teknologi yang diambil perhatian ialah penggunaan kalkulator. Kemajuan sains dan teknologi

telah membawa satu makna baru dalam kehidupan manusia masa kini. Secara sepintas lalu,

umumnya akan memberi pendapat bahawa kalkulator mampu membantu seseorang itu untuk

mengira dengan pantas. Bagaimanapun, keupayaan alat canggih untuk mengira dengan pantas ini

bukanlah perkara yang penting untuk diambil perhatian. Tetapi, persoalannya adalah bagaimana

kalkulator digunakan secara bermakna agar para pelajar boleh memahami sesuatu konsep,

perkaitan, prinsip dan sebagainya dalam matematik .

Kalkulator adalah suatu alat mengira yang menggunakan teknologi moden untuk

mendapatkan jawapan yang tepat dan cepat dari masalah empat operasi (tambah, tolak, darap

dan bahagi ) dan juga nilai daripada berbagai-bagai fungsi trigonometri dan logaritma.

2.0 Sejarah kalkulator dan penggunaannya di sekolah-sekolah di Malaysia

Kalkulator berasal dari negara Perancis. Ia dicipta oleh Colmur pada tahun 1820. Bagaimana

pun, kalkulator yang lebih sempurna untuk mengira permasalahan empat operasi adalah dicipta

oleh Boldwin dari Amerika Syarikat pada tahun 1875. Sejak itu, beberapa model baru telah

muncul dari masa ke semasa dan sehingga hari ini. Sehingga kini, kalkulator yang lebih canggih

dan berteknologi tinggi telah dan masih dicipta dari masa ke semasa. Kalkulator moden bukan

sahaja terhad untuk mengira permasalahan empat operasi tetapi juga untuk mendapatkan hasil

punca, kuasa, dan permasalahan statistik.

Perkembangan teknologi maklumat yang pesat kini telah mengubah cara guru mengajar

dan pelajar belajar matematik. Sejak dahulu lagi, pembelajaran matematik sentiasa berubah

seiringi dengan perkembangan teknologi. Dengan terciptanya kalkulator, pengalaman

pembelajaran matematik disekolah sepatutnya lebih pantas dan selari dengan cabaran teknologi

abad ke – 21. Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) juga telah menekankan penggunaan

teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik di Malaysia.

Di Malaysia, terdapat beberapa rencana yang membincangkan isu-isu mengenai kalkulator serta

menyokong dan menggalakkan penggunaannya di sekolah - sekolah di sekitar tahun 1984

Page 2: Tugasan Mate (Kalkulator) Sem 4

hingga tahun 1989. Walaubagaimanapun, tiada kajian empirikal dijalankan ke atas sampel

pelajar di Malaysia. Keadaan ini berlaku kerana kalkulator masih belum dibenarkan

penggunaannya oleh murid sekolah rendah. Penggunaan kalkulator hanya dibenarkan pada

peringkat matrikulasi atau sekolah menengah sedangkan negara-negara di Eropah telah lama

menggunakannya dalam pengajaran di peringkat awal sekolah rendah lagi. Di negara-negara

barat, kalkulatur telah diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak mereka berumur lima tahun lagi,

pada hal kita di Malaysia masih menilai sama ada ianya sesuai atau tidak diperkenalkan kepada

pelajar sekolah rendah. Penggunaan kalkulator di kalangan pelajar di Malaysia bermula di

peringkat sekolah menengah dan ke atas. Di sekolah menengah, terbahagi kepada dua peringkat.

Bermula tingkatan 1 hingga 3, penggunaan kalkulator hanya untuk menjawab soalan di Kertas 1

sahaja (objektif) dan di menengah atas ialah pada Kertas 1 dan Kertas 2. Jadi, kesimpulan yang

boleh dibuat di sini ialah, penggunaan kalkulator masih terhad penggunaannya di kalangan

pelajar di Malaysia.

3.0 Tujuan penggunaan kalkulator di sekolah rendah

Penggunaan kalkulator memberikan banyak kelebihan dan keberkesanan dalam

pengajaran matematik di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Namun, penggunaan di

negara kita, Malaysia hanya terbatas di peringkat menengah sahaja sedangkan negara-negara di

Eropah telah lama menggunakannya dalam pengajaran di peringkat awal sekolah rendah lagi. Di

Malaysia, penggunaan kalkulator dilihat sebagai melangkau peringkat operasi konkrit iaitu

pelajar menggunakan contoh yang jelas, ini sekaligus menjadikan pelajar malas untuk mengira

secara manual. Pertembungan pendapat ini menjadi isu apabila kebanyakan negara maju lebih

menekankan aspek penyelasaian masalah dalam Matematik dan bukan pengiraan semata-mata.

Jika kebergantungan Matematik itu hanya pada pengiraan, maka pelajar Malaysia akan

ketinggalan jauh dalam bidang pendidikan Matematik, seterusnya negara akan terus ketinggalan

jauh jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Berbanding aplikasi pendidikan di beberapa

negara maju yang menekankan konsep penyelasaian masalah, mereka dapat maju ke hadapan

dalam pendidikan Matematik kerana penggunaan kalkulator ini akan dapat membantu pelajar

mereka melangkau lebih jauh.

Penekanan kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam bilik darjah adalah satu

langkah ke arah mengubah cara pelajar belajar matematik. Keadaan ini telah menyebabkan

Page 3: Tugasan Mate (Kalkulator) Sem 4

kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar. Berdasarkan kepada objektif ke tujuh

kurikulum matematik yang digarisi oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, iaitu menggunakan

perkakasan dan perisian teknologi yang bersesuaian untuk membina pemahaman konsep,

menguasai kemahiran matematik dan menyelesaikan masalah, adalah bersesuaian dengan hujah

yang dibincangan dalam kertas kerja ini. Penggunaan kalkulator dalam pengajaran dan

pembelajaran di peringkat sekolah rendah kini adalah perlu dan digalakkan.

Guru-guru seharusnya memandang ke hadapan agar tidak terperangkap apabila

permasalahan dan situasi terbit menerusi penggunaan kalkulator. Sama ada bersedia atau tidak,

murid akan membawa kalkulator ke kelas dan mula bertanya soalan-soalan. Sama ada sesuatu

aktiviti itu melibatkan pengetahuan sedia ada pelajar atau mencari pola-pola nombor abstrak,

kalkulator mampu menjadikannya lebih mudah dikendali. Kalkulator sebenarnya memberikan

laluan kepada guru untuk mempraktikkan pengajaran penyiasatan lebih daripada sebelum ini.

Disamping itu, penggunaan kalkulator perlulah ditangani dengan sebaik-baiknya agar

keberkesanannya benar-benar berguna kepada murid dan pelajar dalam proses penerimaan ilmu

pengetahuan.

Pengaplikasian kalkulator dalam pendidikan matematik khususnya dan amnya dalam

pendidikan sejagat sudah sampai masanya ke arah mewujudkan generasi berteknologi dalam

mengharungi era globalisasi yang berdaya saing dalam ekonomi selaras dengan wawasan 2020

negara. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting semestinya melakukan inovasi yang

drastik ke arah pencapaian matlamat. Potensi dan teknologi yang amat canggih perlu

dimanafaatkan sepenuhnya. Oleh itu, untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu

anjakan paradigma diperlukan dalam cara berfikir dan penggunaan kalkulator.

4.0 Kebaikan penggunaan kalkulator

Kalkulator mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi

keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran

yang berbeza dengan apa yang biasa mereka lakukan di mana mereka boleh membuat apa sahaja

dengan kalkulator, membantu belajar nombor, boleh menambah dengan banyak dan membantu

kerja melibatkan nombor. Perkara ini turut dipersetujui oleh Hembree dan Dessert (1986) yang

menyatakan bahawa murid dapat membina sikap positif terhadap pembelajaran matematik dan

mempunyai keyakinan diri. Murid-murid yang telah menggunakan kalkulator menunjukkan

Page 4: Tugasan Mate (Kalkulator) Sem 4

prestasi yang lebih baik dalam pengiraan matematik. Soalan-soalan yang mana nombor dan

operasi diberikan dapat diselesaikan dengan mudah tanpa disusun semula. Contohnya, 145 x 35

+ 46 mudah diselesaikan dengan kalkulator tanpa disusun semula. Secara tidak langsung,

penggunaan kalkulator ini menjadi satu elemen visual dalam mencorak pembelajaran kendiri

murid. Kalkulator juga telah menjimatkan masa guna tenaga pengiraan berbanding penggunaan

kertas dan pensil. Masalah membuat pengiraan yang panjang lebar tidak lagi menjadi gangguan

kepada mereka kerana kalkulator telah membantu dalam mendapatkan jawapan yang pantas.

Secara tidak langsung, situasi ini menjadikan pembelajaran matematik lebih bermakna dan

memberi keseronokan kepada murid.

Penggunaan kalkulator yang lebih canggih seperti kalkulator saintifik dan kalkulator

grafik lebih sesuai digunakan di sekolah menengah manakala di peringkat sekolah rendah,

kalkulator asas di gunakan sebagai bahan bantu belajar atau BBB. Kalkulator asas ini adalah

satu bahan bantu belajar berasaskan teknologi yang boleh menarik dan memotivasikan murid

sekolah rendah. Ianya lebih murah berbanding bahan bantu belajar yang lain dan murid hanya

memerlukan beberapa kemahiran asas untuk menggunakannya. Di samping itu, kemahiran

pengunaan kalkulator akan menjadi semakin penting dan lebih ditekankan apabila murid-murid

sekolah rendah ini naik ke peringkat persekolahan yang lebih tinggi. Ianya juga menghasilkan

output yang maksimum dengan input yang minimum iaitu murid dapat meningkatkan kemahiran

matematik dengan hanya menekan beberapa butang kalkulator yang berkemampuan untuk

menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan empat operasi asas iaitu tambah (+), tolak (-),

darab (x) dan bahagi (÷) selain dari fungsi memori, punca kuasa dua dan peratus. Secara tidak

langsung, penggunaan kalkulator ini telah memberi peluang kepada murid-murid mengenal

simbol serta membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam tentang sesuatu konsep

matematik contohnya konsep pendaraban. Sebagai contoh konsep pendaraban;

5 = 5, 5 x 1 = 5

5 + 5 = 10, 5 x 2 = 10

5 + 5 + 5 = 15, 5 x 3 = 15

Kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu konsep yang telah diajar kepada murid-murid

seperti menggunakan "number sense" atau berkerja dengan cara yang berbeza. Contohnya dalam

menyelesaikan   _ _ _ 5 + _  _ _ 2 = _ _ _ . Di sini murid boleh mencuba pelbagai angka yang

berakhir dengan lima dan dua untuk diselesaikan dan mendapatkan jawapannya.

Page 5: Tugasan Mate (Kalkulator) Sem 4

Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakkan kreativiti dan aktiviti penerokaan ke

atas nombor di kalangan murid-murid. Ini menggalakkan idea-idea yang kreatif dalam

menyelesaikan masalah. Sesetengah murid didapati tidak mampu untuk menyelesaikan masalah

pengiraan yang melibatkan nilai angka yang lebih besar walaupun mereka telah mempelajarinya

di sekolah. Namun, dengan menggunakan kalkulator, masalah atau halangan seperti ini mampu

mereka atasi.